Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Tulisan ini berguna kepada ahli fonetik dan fonologi untuk menerangkan
ujaran.Salah satu kaedah mengetahui cara sebutan yang betul dalam sesuatu bahasa ialah
melalui kaedah transkripsi fonetik. Kaedah transkripsi fonetik merupakan kaedah tulisan
menggunakan simbol-simbol khusus yang mewakili setiap satu bunyi.Senarai abjad atau
simbol bunyi bahasa-bahasa di dunia boleh diperolehi melalui carta fenotik antarabangsa
atau International Phonetic (Mohaspa Mohd Hassan,2014). Penulisan sesuatu perkataan
menggunakan transkripsi membolehkan sesiapa sahaja yang mahir menggunakan kaedah
ini akan dapat membunyikan bunyi-bunyi bahasa dalam apa juga bahasa.

1
2.0 Dialog rakaman bersama responden di Janda Baik, Pahang

Pakcik hanifah: So macam mana dengan kajian bahasa harini? Setakat mana dapat
bahasa.

Dr. Maria: Diorang rakam je belum dengar, buat analisis.

Pakcik Hanifah: Uoll datang sini, saya mintak satu je. Tajam kan satu pisau gunakan pisau
lain apabila perlu. Haa faham tak? Dapat tak? Maksudnya di sini, gunakan ilmu yang lain
bila perlu dalam masa yang sama. Tajamkan ilmu yang korang belajar. Ada sorang
penduduk kampung ni, dia tu cakap memang seghonok dengar. Sebab takde campur dah.
Dia memang sleng piuow cakap. Janda baik dan kampung Lebu. Kalo ikut sejarah penduduk
Janda Baik ni sebenarnya penduduk asal di bentong. Mulanya diorang pindah ke sini pada
tahun 1926. Tanah ni adalah tanah kampung. Tanah kat belakang ni adalah tanah pertama .
Masa tu maklang ni berjalan kaki dari Bentong ke sini. Jadi kampung wujud pada 1926.
Tanah dibuka pada tahun ini. Orang pertama dia amik sebanyak yang dia nak. Lepastu baru
ada sedagha yang ikut.masa tu tiga orang haji ikut. Bila british datang dia satukan tiga
kampung jadi satu walhal sebenarnya ada tiga kampung. Sebabtu kita ada satu saja Tok
Ompat.

Pelajar-pelajar : Kenapa eh nama dia janda baik?

Pakcik Hanifah: Dia ada dua versi. Satu versi lame dan satu versi baru. Yang pertama ni,
mulanya orang asli, tok batin. Dia bercerai kemudian dia rujuk balik. Tapi kalo versi melayu.
Okay, Janda Baik ni laluan pendekar Pahang membantu perang di Selangor. Isteri diorang
duduk dekat Bukit Janda Baik. Isteri-isteri pendekar menunggu di situ. Bila perang tamat,
diorang akan menunggu suami-suami mereka di situ. Jadi ada yang menyambut suami yang
luka parah, ada yang meninggal. Sebab tu dinamakan Janda Baik.

Irdina: Patotlah nama dia janda baik.

Pakcik Hanifah: dulu saya pernah kerja macam-macam tau. Sebenarnya pisau tu kata-kata
daripada bekas bos. Dulu bekas bos saya cina. Suatu hari dia cakap “waa tengok lu ada
banyak pisau ouh,” Saya pun terfikir la, apelah apek ni merepek ni. Masa bila pulak aku
banyak pisau. Masa tu kita tak sedar lagi apa maksud dia. Tapi lepas tu saya baru faham
maksud dia. So, saya cakap kat dia. Lepas ni I nak try belajar lagi dan lagi. Mula-mula I start
belajar IT. So masa kat luar, I belajar bawak ven. Lepastu saya belajar repair barang
komputer. Apa saja yang rosak saya cuba baiki sendiri. Time tu dekat tempat kerja saya la.

2
Jadi bila bos tengok then dia panggil dia terus naikkan gaji saya dan dia cakap awak tak
perlu jadi driver. Awak masuk bahagian IT lah.

Irdina: Tahun berape tu ?

Pakcik Hanifah: Waktu tu di Cheras dekat Taman Quepac. Kalau pernah tengok jenama die
Epac. Saya dengan komputer sejak zaman takde window.

Irdina: Uish ! Lamanya.

Syuhada : Encik, sambal yang kita makan tadi tu buat macam mana eh.

Pakcik Hanifah: Sambal tu, sambal yang bagus sebab dia kurang kolestrol.

Kuyah: takde santan.

Pakcik hanifah: Apa yang takde santan? Sambal ni ade santan.

Epa: Tapi kenapa sambal ade santan?

Pakcik Hanifah: Oghang belah Pahang memang banyak buat sambal tumis letak santan
especially sambal petai.

Irdina: Ohh macamtu. Patutlah lemak-lemak gitu. Encik, terima kasih banyak kerana tolong
kami siapkan kajian dialek bahase Pahang ni. Banyak gak ilmu kami dapat terutama ilmu
hutan dan lain-lain.

Pak cik Hanifah: Sama-sama. InsyaAllah kalo ade rezeki kite jumpe lagi.

3
3.0 Transkripsi Fenotik

4
5
6
4.0 Rumusan Kajian

Pelbagai pengalaman saya tempuhi melalui kajian dialek bahasa Pahang ini. Saya
mendapati bahawa responden saya iaitu Encik Hanifah, lebih menggunakan bahasa melayu
yang standard dan sedikit campuran bahasa Inggeris. Beliau menggunakan dialek Pahang
secara minimum. Saya juga mendapati bahawa beliau merupakan seorang individu yang
berpelajaran, maka kemungkinan besar tahap akedemik itu mempengaruhi bahasa yang
dituturkan olehnya. Namun begitu, beliau masih membunyikan perkataan-perkataan yang
berdialek Pahang.

Saya juga dapat mengenalpasti, unsur sengauan apabila beliau bertutur.


Penggunaan jenis vokal O juga sangat ketara memandangkan dialek Pahang dipengaruhi
unsur dialek Negeri Sembilan, Perak, dan Kelantan. Beliau juga menggunakan campuran
bahasa Inggeris yang ketara di permulaaan ayat seperti penggunaan perkataan ‘so’ yang
membawa maksud jadi dalam bahasa Melayu.

Kesimpulannya, saya sangat bersyukur kerana melalui kajian luar bilik darjah
mengenai dialek Pahang ini dapat membantu saya mempelajari ilmu fenotik dengan lebih
mendalam lagi. Tambahan pula, saya dapat mengenali budaya, adat, serta berkomunikasi
dengan orang kampung di sekitar lokasi kajian.

Sesungguhnya, guru pelatih harus melibatkan diri dalam kajian-kajian seperti ini bagi
menambah ilmu pengetahuan untuk menjadikan guru pelatih lebih berketerampilan dan
menguasai bidang pengetahuan yang dipelajari oleh mereka.

7
5.0 Rujukan

Abdullah Hassan. (1993). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah. (2013). Linguistik Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu.Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan , Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar. (2006) .Fenotik dan Fonologi
Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya Selangor. Penerbitan PTS

Faridah Nazir dan Maridah Alias. (2015) .Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Sasbadi
Sdn. Bhd. Petaling Jaya Selangor.

Dede El- Jumhury. (2014). http://dedeeljumhury.blogspot.com/2014/10/transkripsi-


fonetik.html. Dimuat turun pada 1 September 2018.

Mohaspa Mohd Hassan. (2014). https://www.academia.edu/19387069/Transkripsi_Fonetik

Dimuat turun pada 1 September 2018.

8
6.0 Lampiran

Borang soal selidik responden

Sesi fotografi bersama Encik Hanifah

9
10

Anda mungkin juga menyukai