Anda di halaman 1dari 1

Tuan,

JALINAN KERJASAMA PROJEK INOVASI

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan inovasi SMK RLKT Lasah ingin menjalankan
jalinan kerjasama projek inovasi bersama-sama tenaga pengajar dari MARA Sg. Siput
berkaitan bidang elektrik dan elektronik.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik dari pihak tuan untuk
membenarkan pasukan inovasi kami berurusan dengan tenaga pengajar tersebut bagi
memastikan projek ini berjalan lancar dan dapat saling berkongsi idea dan pendapat.

4. Pertimbangan dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

EN. ADNAN BIN MUSTAFA


PK Kokurikulum
SMK RLKT Lasah

Anda mungkin juga menyukai