Anda di halaman 1dari 2

TALKING POINT

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK


MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM NEGERI BIL 2/2019
29 Ogos 2019

1. Pelaksanaan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS)

Surat Pemantapan Pengoperasian Jawatankuasa Kurikulum Sekolah


bertarikh 11 Januari 2019 oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia ( Sektor Operasi Pendidikan ) adalah jelas.
Para 2: Pengurusan JKS yang cekap, sistematik dan berkesan akan
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menyeronokkan,
bermakna dan berimpak tinggi dan menepati keperluan murid.
Para 3: Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan supaya semua
sekolah memperkasa JKS masing-masing dengan menjadikan
pembelajaran, sahsiah, keselamatan dan kesihatan murid sebagai fokus
utama jawatankuasa ini menggunakan pendekatan dialog prestasi.
Pelaksanaan dialog prestasi ini perlu dijalankan secara berkala sekurang-
kurangnya empat kali setahun bagi membolehkan sekolah membuat
keputusan berdasarkan data dan fakta yang tepat bagi memastikan PdP
yang dijalankan adalah berkualiti dan menepati keperluan murid.
Surat ini dengan jelas memaklumkan peranan JKS. Apa yang berlaku di
peringkat negeri Perak adalah sebaliknya. Pencapaian di peringkat sekolah
rendah adalah amat rendah iaitu Mencapai Tahap Minimum (MTM) dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) bagi Tahun 4 adalah 24.20 % (7960
calon daripada 32897 semua calon), Tahun 5 adalah 28.98% (9602 calon
daripada 33131 calon) dan Tahun 6 hanya 42.21 % (13793 calon daripada
32675)
Keadaan yang sama turut berlaku di peringkat menengah atas. Peratus lulus
atau layak sijil bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) bagi tingkatan 4
(Tahun 2019) adalah 54.42% (15917 calon daripada 29246 calon).
Pencapaian ini adalah hampir sama bagi tiga tahun yang lepas
(2016 – 55.15 %, 2017- 55.80%, 2018 – 53.44% dan calon SPM 2019 adalah
55.93%)
2. Tindakan seterusnya (What’s Next)
Apakah tindakan yang perlu dilakukan di semua peringkat? Tindakan di
peringkat awal perlu dilakukan tanpa menunggu calon berada pada
peringkat akhir.

Anda mungkin juga menyukai