Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bangunan hijau adalah satu konsep pembinaan yang bercirikan teknologi sistem
semula jadi. Tambahan pula, konsep bangunan hijau sudah menjadi perhatian di
pelbagai negara dan sedang membangun di Malaysia. Hal ini adalah kerana untuk
meningkatkan kesedaran pembangunan lestari dalam kalangan pemaju, arkitek,
jurutera, perancang, kontraktor dan orang awam mengenai isu alam sekitar dan
tanggungjawab terhadap generasi akan datang.

Selain itu, matlamat utama bangunan hijau adalah peningkatan penggunaan


sumber semulajadi dan mendapat menjimatkan penggunaan tenaga. Tambahan pula,
dasar kriteria bangunan hijau adalah kecekapan tenaga, pemeliharaan sumber
semualajadi dan reka bentuk bangunan yang mampan. (Hussein, Zulkifli & Shahim,
2017).

Terdapat beberapa kriteria yang diketengahkan untuk mengiktirafkan sesebuah


bangunan sebagai bangunan hijau. Antara faktor-faktor yang diambil kira adalah
penggunaan tenaga yang efektif, kualiti udara di dalam bangunan, reka bentuk yang
lestari, pemuliharaan dan kualiti air dan pemuliharaan sumber.
1.1 Latar Belakang Kajian

Setiap negara atau negeri mempunyai rekabentuk bangunan yang unik dan konsep
yang berbeza. Salah satu konsep bangunan yang sedang berkembang di seluruh
negara termasuk negara yang tengah membangun iaitu Malaysia, India, Mexico,
Brazil dan Indonesia adalah konsep bangunan hijau. Konsep bangunan hijau
merupakan salah satu set latihan aktiviti manusia untuk meningkatkan kecekapan
penggunaan bangunan dari segi penjimatan tenaga, air dan bahan. Matlamat utama
bangunan hijau untuk mengurangkan impak kepada kesihatan manusia dan keadaan
persekitaran melalui pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan kitar hayat bangunan
yang lengkap. (Ahmad, 2012)

Tambahan pula, konsep bangunan hijau membawa kepada pembangunan yang


lestari. Oleh itu, Malaysia telah mengeluarkan alat penarafan bangunan hijau. Green
Building Index (GBI) merupakan salah satu daripada alat tersebut. GBI adalah sistem
yang dirangka pada 21 Mei 2009 oleh Pertubuhan Akitek Malaysia dan Persatuan
Jurutera Perunding Malaysia yang bertujuan untuk mendidik arkitek, pereka, jurutera
dan orang ramai mengenai membina struktur yang mampan. Bangunan ini perlu
mempunyai ciri-ciri mesra alam dimana ia mempunyai kesan negatif kepada alam
sekitar dengan kadar yang minimum. Selain itu, GBI dibangunkan khusus untuk
iklim tropika di Malaysia, konteks alam sekitar dan pembangunan, keperluan budaya
dan sosial. Menurut laman sesawang GBI, terdapat enam kriteria utama untuk
sesebuah bangunan dianugerahkan kedudukan GBI. Antaranya adalah kecekapan
tenaga, kualiti persekitaran dalaman, perancangan tapak dan pengurusan mampan,
bahan-bahan dan sumber-sumber, kecekapan air dan inovasi.
Selain itu, setiap negara mempunyai sistem rating tersendiri, contohnya di
Kanada mempunyai LEED Rating (Leadership Efficiency Enviroment Design).
LEED mempunyai empat peringkat persijilan berdasarkan jumlah mata yang akan
diberi berdasarkan penilaian keatas sesebuah bangunan. 4 peringkat tersebut adlah,
certified, silver, gold dan platinum. Green Building Council Index (GBCI) akan
menganugerahkan salah satu daripada tahap pensijilan LEED yang akan sah selama 3
tahun.

Pengukuran persepsi, kesedaran .dan kepuasan orang ramai merupakan elemen


penting dalam mengintrepetasikan keberkesanan sesuatu kemudahan atau fasiliti di
dalam bangunan. Salah satu fasiliti dan kemudahan yang dititikberatkan dalam
elemen green building adalah kualiti udara di dalam bangunan. Oleh kerana itu,
keselesaan termal sesuatu bangunan adalah penting untuk penghuni bangunan. Selain
itu, kadar kemasukan haba yang berlebihan di dalam sesebuah bangunan memberi
impak yang besar kepada penghuni bangunan. Menurut (Ossen, 2015) mengabaikan
faktor keselesaan penghuni bangunan juga boleh memberi kesan kepada aktiviti
harian di dalam bangunan tersebut.

Dalam sebuah bangunan setiap ruangan memerlukan suhu yang bersesuaian


dengan tahap keperluan pengguna seperti yang ditetapkan. Hal ini kerana setiap
ruangan memerlukan ruang bukaan yang minima seperti tingkap, pintu atau ruang
udara. Terdapat beberapa peruntukan yang telah digubal dalam Undang-Undang
Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL) oleh kerajaan bagi mencapai tahap
keselesaan termal penghuni dalam bangunan. Untuk tujuan pencahayaan dan
pengudaraan semulajadi, UBBL telah menetapkan bahawa bukaan minimum adalah
satu per sepuluh daripada keluasan lantai. (Rahman, 2014).

Tambahan pula, salah satu kriteria dalam membentuk bangunan yang mampan
justeru dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan sumber tenaga adalah
dengan menggunakan penebat haba pada sesebuah bangunan. Keperluan penebat
haba dalam sesebuah bangunan sangat penting. Hal ini kerana, ianya boleh
membantu dalam mengurangkan penggunaan tenaga sekaligus memberi keselesaan
kepada penghuni bangunan yang berada dalam negara yang beriklim tropika. Bagi
iklim seperti negara Malaysia yang panas dan lembap, antara cara untuk
mengurangkan ketidakselesaan terma dalam bangunan adalah dengan memasang
lapisan penebat haba pada kawasan bumbung atau dinding. Dinding yang baik adalah
dinding yang dapat menghalang kemasukan haba berlebihan ke dalam bangunan.
Bahan yang digunakan untuk membina dinding juga mempengaruhi kadar
kemasukan haba ke dalam bangunan. (Zafirol & Al-Hafzan, 2012)

Sektor pembangunan memainkan peranan utama dalam isu perubahan iklim.


Oleh itu, konsep bangunan hijau boleh membantu dalam mengurangkan penggunaan
tenaga di masa hadapan. (Muhamad Hafizi, 2016). Pengurangan penggunaan tenaga
boleh membawa kepada pembangunan yang lestari.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Inisiatif dalam penggunaan penebat haba pada bangunan merupakan salah satu
penyumbang kepada pencapaianan bangunan yang mampan. Justeru, merupakan
salah satu faktor dalam kriteria green building. Dalam perkembangan urbanisasi dan
teknologi ini, penggunaan penghawa dingin dan penggunaan intensif elektrik sebagai
meningkatkan tahap keselesaan sebenarnya menjadi masalah utama. Penggunaan
tenaga yang berlebihan boleh memberi impak kepada alam sekitar dan kepada
generasi akan datang. Dan ini ditegaskan bahawasanya aspek kecekapan penggunaan
tenaga elektrik harus diberikan penekanan kerana merupakan salah satu penyumbang
terbesar kepada perubahan iklim melalui proses penjanaan tenaga dan pembakaran
bahan api fosil. (Rokiah, Hamidi & Mat Khalid, 2013).

Secara umumnya diketahui penggunaan penghawa dingin menyebabkan


penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan dan memerlukan bahan api fosil. Di
Malaysia, sektor elektrik adalah bergantung kepada sumber bahan api fosil (Zuroni,
Syuhaily, Roslina dan Nurul Faizah, 2015). Lagi banyak tenaga elektrik yang
digunakan maka lebih banyak bahan api fosil perlu dibakar. Menurut berita dari
akhbar Borneo Post dalam talian yang diterbitkan pada 2011, Datuk Masidi Manjum
yang berjawatan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah pada
ketika itu berkata bangunan kerajaaan selalu di bebani dengan kos elektrik yang
tinggi. Tambahan pula, dengan memaksimumkan penggunaan cahaya matahari
sebagai pencahayaan boleh menjimatkan penggunaan elektrik.

Selain itu, penggunaan tenaga elektrik berlebihan pada bangunan menyebabkan


pihak kerajaan terpaksa meningkatkan jumlah tenaga yang dijana agar dapat
memenuhi keperluan pengguna. Selaras dengan keadaan tersebut pihak kerajaan
terpaksa menaikkan tarif elektrik dan bil perkhidmatan tenaga elektrik meningkat.
(Rokiah, Hamidi & Mat Khalid, 2013).

Selain itu, elemen termal juga boleh mempengaruhi keselesaan penghuni


bangunan. Hal ini kerana, sekiranya bangunan terlalu terdedah dengan cahaya
matahari dengan keadaan iklim Malaysia iklim tropika dimana kawasan yang
sentiasa panas dan lembap maka keadaan dalam bangunan juga aku panas. Hal ini
dibuktikan dalam artikel, pada suhu 26º C manusia akan mula berasa panas dan
berkeringat. Tambahan pula, daya tahan dan kemampuan kerja manusia akan
berkurangan pda suhu 26ºC - 30ºC. (Basaria, 2005)

Reka bentuk bangunan mempengaruhi radiasi matahari yang masuk ke dalam


bangunan. Maka, semakin luas sesebuah bangunan, semakin tinggi haba yang
diterima oleh bangunan tersebut.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan pernyataan masalah yang dibincangkan, terdapat beberapa persoalan


berkaitan penyelidikan utama. Antaranya ialah :

1. Apakah jenis penebat haba mempengaruhi kepada aspek kriteria bangunan


hijau ?

2. Apakah penggunaan penebat haba mampu menjimatkan tenaga untuk


sesebuah bangunan ?
3. Apakah langkah yang boleh diambil bagi menambah baikan keberkesanan
penebat haba di sesebuah bangunan ?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut :

a) Mengenal pasti keberkesanan double-glazed glass sebagai penebat haba


sesebuah bangunan.

b) Mengenal pasti keberkesan penebat haba adalah salah satu faktor dalam
menyumbang kepada penjimatan tenaga.

c) Mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan kadar


keberkesanan double-glazed glass.

1.5 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini menfokuskan tentang keberkesanan perlaksanaan penebat haba


sebagai salah satu kriteria green building di bangunan Plaza Shell Kota Kinabalu
Sabah. Kajian ini juga di fokuskan di Kota Kinabalu Sabah adalah kerana di Sabah
hanya terdapat dua bangunan yang menggunakan konsep green building dan Plaza
Shell Kota Kinabalu adalah salah satu bangunan tersebut. Untuk mendapatkan
maklumat tentang keberkesanan perlaksanaan penebat haba di dalam bangunan
kaedah temu bual akan dijalankan. Hal ini kerana, penghuni yang menghuni
bangunan tersebut akan mengetahui keberkesanan elemen termal yang
mempengaruhi sekeliling.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini akan memberikan gambaran secara menyeluruh mengenai
keberkesanan penggunaan penebat haba pada sebuah bangunan. Hasil kajian ini akan
membantu banyak pihak untuk melihat pendekatan-pendekatan yang perlu diambil
bagi memperkenalkan lagi penggunaan penebat haba. Antara kepentingan kajian
adalah seperti berikut :

1. Pihak pengurusan bangunan Plaza Shell Kota Kinabalu.

Membantu pihak pengurusan untuk menambahbaik kedudukan peringkat


persijilan bangunan tersebut.

2. Sektor pembinaan

Kajian ini dapat membantu pihak pemaju dan kontraktor dalam menggunakan
sistem penebat haba dalam sesebuah bangunan menerusi aspek persepsi,
kesedaran isu alam sekitar dan tanggungjawab kepada generasi akan datang.
Selain itu, memberi galakan kepada pihak pemaju dan kontraktor untuk
menggunakan konsep bangunan hijau pada setiap bangunan yang ada di Kota
Kinabalu.

3. Ahli akademik

Kajian ini dapat menjadi bahan rujukan kepada ahli akademik yang ingin
mengembangkan lagi topik kajian. Selain itu, dapat memberikan cadangan yang
lebih baik pada masa hadapan.

1.7 METODOLOGI KAJIAN


Metodologi merupakan aspek yang perlu dititkberatkan bagi mendapatkan sesuatu
hasil kajian yang baik. Tambahan pula, ianya merupakan salah satu cara untuk
mengumpul data dan informasi daripada pelbagai sumber. Metodologi penyilidikan
merupakan salah satu cara dalam meningkatkan lagi pemahaman. ( Taylor, Sinha &
Goshal, 2009).

Bagi menyiapkan kajian ini, beberapa metodologi kajian bagi mendapatkan


data-data berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Pada peringkat awal, kajian
dijalankan dengan pengkaji telah mengenalpasti aspek yang dikaji termasuklah
pengenalan tentang kajian, penyataan masalah, objektif kajian, skop kajian dan
metodologi kajian. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan carta alir kerangka kajian yang
menggambarkan keseluruhan perjalanan kajian ini secara ringkas.
Terdapat beberapa peringkat rekabentuk dalam proses pengumpulan analisis data.
Peringkta itu ialah pemahaman awal dan pembentukan isu, peringkat kajian literatur
dan pengumpulan data. Berikut adalah penerangan terhadap peringkat kajian - kajian
ini :

a) Pemahaman awal dan pembentukan isu kajian.

Dalam peringkat awal, pengkaji membuat isu dan permasalahan dengan


membaca isu dan permasalahan yang berlaku di Malaysia. Selain itu, untuk
mendalami lebih dalam pengkaji membuat temubual secara tidak formal untuk
mendapatkan maklumat bagi memahami isu dan permasalahan yang dikaji.

b) Kajian literatur

Seterusnya, kaedah kajian yang digunakan adalah dengan membaca dan mencari
kajian literatur yang relevan dan berkaitan. Dengan menggunakan kaedah ini
ianya membantu dalam mendapatkan pengetahuan asas dan idea berkaitan
dengan tujuan kajian. Contohnya jurnal, artikel dan buku yang berkaitan dengan
pembinaan dan green building di Malaysia amat membantu dalam memberi idea
menjalankan kajian ini. Tambahan pula, kaedah ini amat membantu dalam
mana-mana kajian kerana boleh membantu dalam memahami lebih kepada green
building bukan sahaja di Malaysia malahan negara-negara lain. Selepas
mendapat informasi, seterusnya berbincang dengan penyelia pensyarah, pengkaji
mendapat lebih banyak idea berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
Berdasarkan perbincangan tersebut, ianya dapat membantu dalam mengenal
pasti lebih mendalam tentang masalah kajian.

c) Pengumpulan data

Menggunakan kaedah ini, sumber data yang diperolehi dalam satu temubual.
Data primer dikumpulkan melalui temubual dengan kontraktor yang membuat
pembinaan bangunan di Sabah.

d) Analisis data

Data yang dikumpulkan kemudian dianalisis. Maklumat-maklumat yang


diperolehi akan direkod sebagai keputusan yang didapati.
e) Kesimpulan dan cadangan

Kesimpulan dan cadangan dibuat untuk merumuskan pencarian yang didapati


daripada kajian. Selain itu, cadangan kajian lanjutan dan sebagainya juga
dituliskan sebagai kesimpulan mengakhiri kajian ini. Pada peringkat ini,
penemuan yang diperoleh akan dikaji oleh pengkaji untuk merumuskan hasil
kajian untuk kajian ini.

RUJUKAN

1. Afzainizam Abdul Rahman (2014). Analisis Keselesaan Termal Di Bangunan


Fakulti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
2. Hussein Mohammed Abualrejal, Zulkifli Mohamed Udin, Shahimi Mohtar,
(2017). Green Building Toward Construction Sustainability: Energy Efficiency
With Material And Design Aspects.

3. Ossen, D. R. (2005). Optimum overhang geometry for high rise office building
energy saving in tropical climates (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi
Malaysia).

4. Derek. J. Croome. (1994). The effect of geopathic stress on building


occupants. Renewable energy, 5(5-8), 993-996

5. Anas Zafirol, Al-Hafzan (2012). Kecekapan Tenaga Terhadap Sampul


Bangunan Analisis Kajian OTTV Bangunan Canselori Universiti Sains
Malaysia. Journal of Design+ Built, 5(1).

6. Zuroni, Syuhaily, Roslina dan Nurul Faizah, (2015) Pola Penggunaan Tenaga
Dalam Kalangan Pengguna Bandar

7. Basaria (2005) Menciptakan Kenyamanan Thermal Dalam Bangunan, Volume 6,


No. 3.

8. Taylor, B. Sinha, G. & Goshal, T (2007). Research Methodology: A Guide For


Researcher in Management & Social Sciences.

Anda mungkin juga menyukai