Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN

Bahasa merupakan salah satu alat komunikasi yang terpenting. Dengan berbahasa, manusia
dapat berhubungan dengan manusia lainnya dalam kehidupan sehari-hari, baik secara lisan
mahupun tulisan. Penggunaan bahasa yang baik dan benar, baik secara lisan mahupun
tulisan merupakan satu tuntutan yang penting dalam berbahasa.

Dalam kajian morfologi khususnya dalam klasifikasi kata kelas tertutup terdapat
kelas kata berupa kata penghubung. Kata penghubung ini digunakan untuk menghubungkan
kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, atau kalimat dengan kalimat.
Kata penghubung atau kata hubung ini juga diperlukan supaya kata mahupun perenggan di
dalam sesuatu karangan itu akan menjadi lebih tersusun dan teratur. Keteraturan dan susunan
itu sangat penting untuk memperlihatkan adanya sesuatu kesepaduan diantara kata dan
perenggan satu dengan yang lainnya. Oleh itu penulisan ini akan mengkaji lebih lanjut
tentang kata hubung itu sendiri.

Penggunaan kata hubung mestilah berdasarkan kepada kaedah-kaedah tertentu.


Makna dari satuan-satuan bahasa dalam suatu perkataan mahupun perenggan akan menjadi
lebih jelas jika menggunakan kata hubung. Konteks kata, frasa, klausa atau perkataan yang
berbeza menggunakan kata hubung yag berbeza pula. Oleh itu, kita perlulah mengetahui
penggunaan kata hubung secara tepat dan betul.

Dalam penulisan ini pengkaji memfokuskan kepada isi dan perbandingan di dalam
tiga buah buku yang dijadikan sebagai rujukan bagi penulisan kata hubung ini. Antara buku
yang pengkaji gunakan sebagai rujukan ialah buku Tatabahasa Asas Edisi Kedua, buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan buku Nahu Melayu Mutakhir. Segala isi dan maklumat
yang pengkaji dapati akan dikupas pada penulisan ini.

2.0 KONSEP/DEFINISI

Menurut buku Tatabahasa Asas Edisi Kedua (2016), kata hubung bertugas untuk
menggabungkan perkataan dengan perkataan, frasa dengan frasa, dan klausa dengan klausa.
Kata hubung ini terbahagi kepada dua, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung
pancangan.

Seterusnya, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2016) pula menyatakan kata
hubung sebagai sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau
lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.

1
Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat
majmuk pancangan.

Dalam Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, kata hubung bermaksud kata yang
menghubungkan dua kata, frasa dan klausa. Kata hubung boleh dibahagaikan kepada dua
jenis berdasarkan jenis klausa yang dihubungnya, iaitu kata hubung setara dan kata hubung
tak setara.

3.0 BENTUK KATA HUBUNG

3.1 Bentuk Kata Hubung menurut Buku Tatabahasa Asas.

Dalam buku Tatabahasa Asas, terdapat lima bentuk kata hubung, iaitu bentuk tunggal,
terbitan, majmuk, berpasangan dan ganda.

i) Bentuk tunggal. Contohnya:

demi untuk dan atau serta agar yang kerana


kecuali dengan sejak lalu jika bagai

ii) Bentuk terbitan. Contohnya:

sedangkan asalkan melainkan sekiranya malahan


sebaliknya sewaktu seandainya

iii) Bentuk majmuk. Contohnya:

walaupun meskipun jikalau manakala padahal oleh


sebab sekalipun kendatipun andai kata

iv) Bentuk berpasangan. Contohnya:

entah…entah… jangankan…pun…

bukan sahaja…tetapi juga… baik…mahupun…

sedangkan…tambahan pula… sungguhpun…namun…

v) Bentuk ganda. Contohnya:

moga-moga kalau-kalau seolah-olah seakan-akan

2
4.0 JENIS KATA HUBUNG

4.1 Jenis Kata Hubung yang terdapat di dalam buku Tatabahasa Asas.

Dalam buku Tatabahasa Asas, kata hubung ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata
hubung gabungan dan kata hubung pancangan.

4.1.1 Kata hubung gabungan

Kata hubung gabungan merupakan kata tugas yang menyambungkan dua atau
lebih klausa utama atau klausa bebas yang setara untuk membentuk ayat majmuk
gabungan. Kata hubung gabungan boleh dalam bentuk tunggal, bentuk terbitan,
bentuk majmuk, dan bentuk berpasangan. Antara contoh kata hubung jenis ini ialah:

i) Bentuk tunggal

dan tetapi atau malah


Serta maka lalu lantas
justeru sambil seraya lagi

ii) Bentuk terbitan

asalkan malahan sebaliknya melainkan sedangkan

iii) Bentuk majmuk

walhal manakala
meskipun padahal

iv) Bentuk berpasangan

baik…atau/ataupun… makin…makin…
baik…mahupun… jangankan…pun…
bukan sahaja…tetapi juga… bukan sahaja…malahan…
semakin…semakin sama ada…atau/ataupun…
biar…jangan… sungguhpun…namun…

3
4.1.2 Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang menyambungkan klausa


bebas dengan klausa tak bebas untuk membentuk ayat majmuk pancangan. Kata
hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, bergantung pada jenis ayat majmuk
yang terbentuk, iaitu:

a) kata hubung pancangan relatif.

b) kata hubung pancangan komplemen.

c) kata hubung pancangan keterangan.

4.1.2.1 Kata hubung pancangan relatif.

Kata hubung jenis ini ialah yang. Kata hubung ini menyambungkan klausa
bebas atau klausa utama dengan klausa tak bebas atau klausa kecil. Contohnya, ayat
(a) dihubungkan dengan ayat (b) dengan menggunakan kata hubung relatif yang
untuk membentuk ayat pancangan relatif seperti ayat (c)

(a) Orang itu ke luar negara.

(b) Orang itu kaya.

(c) Orang yang kaya itu ke luar negara.

4.1.2.2 Kata hubung pancangan komplemen.

Kata hubung jenis ini berfungsi untuk menyambungkan klausa tak bebas
yang menjadi komplemen atau pelengkap dengan klausa utama. Kata hubung
komplemen ialah bahawa, untuk, agar dan supaya. contohnya:

Dia menjelaskan bahawa perkara itu tidak benar.


Bahawa perkara itu tidak benar, dijelaskannya.
Untuk dia membela diri sukar sekali.
Sukar sekali untuk dia membela diri.
Dia mengharapkan agar masalah itu dapat diselesaikan.
Saya mencadangkan supaya Ali menjadi ketua kelas.

4
4.1.2.3 Kata hubung pancangan keterangan.

Kata hubung jenis ini merupakan kata hubung yang berfungsi untuk
menyambungkan klausa tak bebas yang memberikan keterangan kepada klausa
bebas dengan klausa utama atau klausa bebasnya.

i) Kata hubung keterangan sebab. contohnya:

kerana, oleh sebab, lantaran

ii) Kata hubung keterangan syarat. contohnya:

jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata, asalkan

iii) Kata hubung keterangan harapan. contohnya:

demi, untuk, bagi

iv) Kata hubung keterangan harapan. contohnya:

agar, supaya, semoga,moga-moga, kalau-kalau.

v) Kata hubung keterangan cara. contohnya:

dengan

vi) Kata hubung keterangan waktu. contohnya:

apabila, ketika, sebelum, tatkala, setelah, semasa, sejak, sewaktu, sementara,


hingga

vii) Kata hubung keterangan akibat. contohnya:

hingga, sehingga

viii) Kata keterangan pertentangan. contohnya:

walaupun,meskipun, namun, kendatipun, sungguhpun, biarpun, sekalipun.

ix) Kata hubung keterangan perbandingan. contohnya:

bagai, seperti, laksana, ibarat, sebagaimana, seolah-olah, seakan-akan,


daripada, bagaikan, bak.

5
4.2 Jenis Kata Hubung yang terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan.

Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata hubung ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.

4.2.1 Kata hubung gabungan.

Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau
lebih sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung
gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan:

Dan Lalu
Atau Malahan
Tetapi Sambil
Serta Kemudian

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.

2. Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi.

3. Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.

4. Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan.

5. Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal.

6. Ia berkata-kata sambil merenung wajah temannya.

7. Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya.

8. Sampah itu dipungutnya kemudian dimasukkannya ke dalam tong sampah.

4.2.2 Kata hubung pancangan.

Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa
tidak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata
hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

6
i) Kata hubung pancangan relatif

ii) Kata hubung pancangan komplemen

iii) Kata hubung pancangan keterangan

4.2.2.1 Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan
yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk
kata hubung jenis ini ialah yang. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif
adalah seperti yang berikut:

1) Budak yang sedang membaca itu adik saya.

2) Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah.

3) Mereka menonton drama yang disukai ramai.

4) Saya membeli baju yang berwarna hijau.

5) Encik Ali guru yang berdedikasi.

6) P.Ramlee seniman agung yang sentiasa dikenang.

7) Yang berjaja kain itu jiran saya.

8) Yang indah itu bahasa.

4.2.2.2 Kata hubung pancangan komplemen.

Kata hubung pancangan komplemen, ringkasnya kata komplemen, berfungsi


menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa
utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk.
Kata komplemen untuk hadir dalam frasa subjek. Contoh penggunaannya dalam ayat
adalah seperti yang berikut:

1) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.

2) Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.

3) Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.

7
4) Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil.

5) Kami tidak sedar bahawa mereka bukan ahli persatuan.

6) Kita harus sentiasa ingat bahawa hidup di dunia ini sementara sahaja.

4.2.2.3 Kata hubung pancangan keterangan.

Kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi


menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Beberapa
contoh kata keterangan adalah seperti yang berikut:

kerana agar meskipun


sekiranya semoga supaya
andai kata kalau kendatipun
hingga jika semasa
sementara setelah sewaktu
ketika tatkala untuk
walaupun sungguhpun apabila

Contoh penggunaannya dalam ayat:

1) Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.

2) Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.

3) Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.

4) Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.

5) Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.

4.3 Jenis Kata Hubung yang terdapat di dalam buku Nahu Melayu Mutakhir

Kata hubung boleh dibahagaikan kepada dua jenis iaitu kata hubung setara dan kata hubung
tak setara.

8
4.3.1 Kata hubung setara

Kata hubung setara menghubungkan dua unsur yang setara sifatnya. Bagi klausa,
kalusa yang dihubungkan merupakan klausa utama. Dalam bahasa Melayu, ada beberapa
kata dan frasa penghubung setara iaitu dan, tetapi, atau,, seraya/serta/sambil,
walhal/padahal/sedangkan, malah/malahan/bahkan dan manakala.

(i) dan

Kata hubung dan menggandingkan dua unsur. Dalam penggandingan klausa,


unsur kedua merupakan lanjutan cerita dari klausa pertama. Dalam penggandingan
klausa dengan dan terdapat penghilangan pada unsur-unsur tertentu dalam klausa,
iaitu unsur yang pewujudannya sama dalam klausa-klausa yang berkenaan.

Dan hanya digunakan dalam bahasa tulisan dan bahasa lisan yang formal
seperti dalam pidato, temu duga, forum dan sebagainya. Contoh penggandingan
klausa dengan klausa seluruhnya adalah seperti berikut :

1. Sekolah akan tutup tidak lama lagi, dan ayah akan membawa kami ke
Pulau Pinang.
2. Saya berdoa siang malam kepada Tuhan, dan akhirnya doa saya pun
dimakbulkan Tuhan.

Contoh di atas menerangkan bahawa untuk memungkinkan penggandingan


dua klausa seluruhnya tanpa sebarang penghilangan pada mana-mana gatra, maka
klausa-klausa yang terlibat tidak boleh mempunyai persamaan kata-kata pada gatra
yang serupa. Berikut adalah contoh penggandingan dua subjek :

1. Ahmad dan kawannya pergi berkelah di kaki gunung.

2. Ayah dan ibunya tidak merestui perkahwinannya.

Predikat dalam ayat di atas sama bagi dua subjek yang digandingkan. Contoh
penggandingan dua predikat adalah seperti berikut :

1. Saya memanggil dia dari jauh dan mengajak dia ke rumah.


2. Dia mengambil penyapu lidi dan menyapu halaman rumahnya.
3. Rumah itu besar dan indah.
9
Penggandingan dua predikat dimungkinkan oleh persamaan pada subjek.
Contoh penggandingan dua objek ialah :

1. Ketua pejabat menjemput saya dan keluarga ke rumahnya.

2. Dia tidak suka makan ikan dan siput.

Untuk memungkinkan penggandingan dua objek, maka perlulah ada


persamaan pada subjek dan predikat, dan juga adverba (jika ada). Adverba yang
hendak digandingkan mestilah adverba dari subgolongan yang sama. Contoh
penggandingan dua adverba ialah :

1. Dia bercuti esok dan lusa.


2. Dia membuat kerja itu dengan teliti dan rapi sekali.

Penggandingan dua subgolongan yang berlainan akan menimbulkan ayat


yang janggal. Contohnya adalah seperti berikut :

1. *Dia bercuti besok dan segera.

2. *Dia bercuti besok dan ke tempat peranginan.

(ii) tetapi

Kata hubung tetapi mempunyai komponen makna “perlawanan” kerana


tetapi menggandingkan dua proposisi yang berlainan satu sama lain. Perlawanan itu
tidak perlu dinyatakan dengan kata nafi. Tetapi menghubungkan keseluruhan dua
klausa atau dua predikat. Contoh penggandingan seluruh klausa adalah seperti
berikut :

1. Dia gemar menonton perlawanan bola tetapi isterinya lebih suka menonton
wayang.
2. Saya tidak suka makan petai tetapi itulah makanan kegemaran suami saya.

Seperti yang ternyata dari ayat (2), penggandingan dengan tetapi mewajibkan
adanya klausa yang terdiri daripada pola yang sama. Dalam penggandingan seluruh
klausa biasanya terdapat penghilangan kata-kata dalam gatra tertentu. Penghilangan
diisyaratkan oleh persamaan kata dalam dua gatra yang sama dalam klausa-klausa
yang berkenaan. Perhatikan contoh-contoh di bawah :

1. Dia suka pergi ke pesta tetapi saya tidak.


2. Kipas itu mahal tetapi yang ini tidak.
10
Dalam ayat-ayat di atas itu didapati klausa kedua masing-masing mengalami
penghilangan sebahagian dari predikat dan bahagaian inilah yang sama dengan
predikat klausa pertama. Penghilangan yang seperti ini berlaku pada predikat klausa
kedua jika klausa ini mewujudkan “perlawanan” terhadap klausa pertama secara
jelas, iaitu dengan menggunakan kata nafi tidak atau bukan. Contoh penggandingan
predikat adalah seperti berikut :

1. Dia pandai bermain muzik tetapi tidak pandai menyanyi.


2. Dia pembengis tetapi baik hati.

Contoh (1) di atas menunjukkan bahawa predikat yang dihubungkan tidak


perlu terdiri daripada pola yang sama. Di samping itu “perlawanan” yang menjadi
komponen makna pada tetapi tidak perlu dinyatakan secara jelas dengan penggunaan
kata nafi atau kata lawan.

(iii) atau

Kata hubung atau menyatakan pilihan antara dua proposisi, kalau bukan x
maka y. Atau dapat menghubungkan dua subjek, predikat, objek atau adverba.
Penggandingan subjek: subjek yang boleh digandingkan dengan atau biasanya terdiri
daripada subjek pelaku dan bukan pelaku. Apabila atau berkenaan merupakan ayat
berita, contohnya adalah seperti berikut :

1. Aminah atau adiknyalah yang menconteng papan hitam itu.


2. Air limau atau air tomato, kedua-duanya minuman yang berkhasiat.

Penggandingan dengan atau pada subjek juga terdapat pada ayat tanya yang
menjawab pertanyaan ya atau tidak. Sebagai contoh :

1. Dia atau abangnya yang akan berkahwin?


2. Bolehkah saya atau salah seorang dari keluarga kami mewakili bapa?

Penggandingan pada predikat: Ayat yang mempunyai predikat yang


digandingkan dengan atau biasanya merupakan ayat tanya atau ayat arahan. Ayat
tanya yang berkenaan memerlukan jawapan ya atau tidak.

1. Hendak makan atau tidak?


2. Sekarang hendak pergi ke muzium atau hendak tengok wayang?

Seperti yang ternyata dari ayat (2) penggandingan predikat dengan atau boleh
menimbulkan penghilangan kata-kat tertentu dalam predikat jika kata yang sama
11
terdapat dalam kedua-dua predikat yang berkenaan. Ayat berita yang mempunyai
predikat yang digandingkan adalah seperti berikut :

1. Air ubat ini boleh diminum atau disapu pada badan.

Ayat tersebut sungguhpun strukturnya merupakan ayat berita tetapi pada


hakikatnya ayat-ayat ini menyatakan arahan atau petunjuk. Seterusnya
penggandingan objek: penggandingan pada objek dengan atau terdapat pada jenis-
jenis ayat berita, tanya dan perintah. Misalnya:

1. Kami akan mengundang dia atau wakilnya ke mesyuarat itu.


2. Bolehkah kita mengundang dia atau wakilnya kemesyuarat itu?
3. Ambillah kuih atau karipap ini.

Penggandingan pada predikat nama: penggandingan pada predikat nama


dengan menggunakan atau terdapat pada ayat tanya ya- tidak seperti dalm contoh-
contoh di bawah:

1. Dia guru atau kerani? 2. Adakah dia guru atau kerani?

Penggandingan pada adverba: adverba yang digandingkan dengan atau


memasuki subgolongan yang sama, dan terdapat pada ayat berita, tanya dan perintah.

1. Mereka merancang hendak berlatih hari ini atau esok?

2. Dia datang dari rumah atau pejabat?

3. Tinggalkanlah dia dengan kakak atau abangmu.

Ayat (2) dan (3), jika adverba yang digandingkan terdiri daripada frasa
preposisi yang sama, maka salah satu dari preposisi itu,biasanya yang kedua, akan
gugur. Penggandingan dengan atau pada unsur-unsur tempelan:

Unsur-unsur tempelan merupakan ulangan subjek, predikat, objek, dan


averba, yang ditempelkan atau diiringkan kepada ayat tanya yang mendahuluinya.
Contohnya adalah seperti berikut :

a. Subjek tempelan

(i) Siapa yang hendak pergi, Minah atau Ali?

b. Predikat tempelan

12
(i) Apa dia buat, menulis atau melukis?

c. Objek tempelan

(i) Yang mana yang tuan pilih, yang ini atau yang itu?

d. Predikat nama tempelan

(i) Siapa orang itu, guru atau murid?

e. Adverba tempelan

(i) Bila dia hendak pindah, tahun ini atau tahun hadapan?

Kata hubung atau kerap digunakan sebagai unsur penghubung berkait, bersama-
sama dengan sama ada atau baik.

iv) Seraya, serta, sambil

Ketiga-tiga kata hubung ini boleh bertukar ganti. Makna yang didukungnya
ialah “dan pada waktu itu”. Di sini dapat dilihat bahawa seraya, serta, dan sambil
mempunyai komponen makna +dan, +waktu. Oleh itu, ketiga-tiga kata depan itu
mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu komponen maknanya
ialah +dan, tetapi di samping itu berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai
komponen +waktu. Seraya, serta dan sambil ini menghubungkan klausa pada
predikatnya sahaja. Contohnya adalah seperti berikut :

1. Dia memberi salam serta menjemput kamu masuk.


2. Puteri itu menjenguk keluar seraya memandang dayang-dayangnya.
3. Kami belajar sambil melancong.

Kata seraya sudah tidak digunakan lagi dalam bahasa Melayu mutakhir, tetapi kerap
terdapat dalam bahasa klasik.

(v) walhal, padahal, sedangkan

Kata walhal, padahal dan sedangkan menyatakan dua keadaan yang berbeza.
Kedua-dua kata ini boleh bertukar ganti. Contohnya :

1. Dia sangat jimat dan cermat, walhal ayahnya seorang hartawan.


2. Dia selalu kelihatan gembira, padahal hatinya sudah hancur lebur
disebabkan kejadian tahun lalu.
3. Buku ini mahal, sedangkan buku itu murah.
13
Dari contoh-contoh di atas ternyatalah bahawa ketiga-tiga penghubung ini
mempunyai persamaan dan perbezaan dengan tetapi. Ayat (1) tidak boleh
menggantikan kata hubung berkenaan dengan tetapi, kerana jika dibuat demikian,
ayatnya akan janggal.

1. *Dia sangat jimat cermat, tetapi ayahnya seorang hartawan.

Ayat (v) (1) dan (3) boleh menggunakan tetapi.

1. Dia selalu kelihatan gembira tetapi hatinya sudah hancur lebur…

2. Buku ini mahal, tetapi buku itu murah.

Dari itu dapat disimpulkan bahawa walhal, padahal dan sedangkan


mempunyai komponen-komponen makna +perlawanan, +tolak ansur. Dengan
mempunyai komponen-komponen ini, maka penghubung-penghubung itu
mempunyai gabungan komponen makna untuk tetapi dan sesungguhnya (atau yang
sama dengannya). Bagaimanpun dari segi fungsi dalam ayat, walhal, padahal dan
sedangkan bertindak sebagai penghubung setara dan dengan itu lebih dekat dengan
tetapi, sedangkan sungguhpun adalah kata hubung tak setara.

(vi) malah, malahan bahkan

Ketiga-tiga kata hubung ini boleh menggantikan satu sama lain. Dari segi
makna, ketiga-tiganya menunjukkan kepada dua keadaan; keadaan yang kedua
menokok tambah kepada yang disebut lebih awal. Bahagian pertama biasanya
mempunyai ungkapan penafian bukan sahaja atau tidak sahaja, sedangkan bahagian
kedua boleh menggunakan juga untuk penegasan. Contohnya :

1. Orang salah itu tidak sahaja dikurung, malah disuruh bekerja juga.
2. Dia bukan sahaja pandai membaca Al-Quran, bahkan pandai juga
mentafsirnya.

Dari contoh-contoh di atas itu kita dapati bahawa ketiga-tiga kata


penghubung itu mempunyai komponen makna +dan, +tokokan. Dengan komponen
+tokokan itu, kata-kata penghubung yang berkenaan memperlihatkan persamaan
makna dengan lagi pula, lagipun dan sebagainya.

14
(vii) manakala

Manakala sebagai kata hubung setara tidak boleh dikacukan dengan


manakala sebagai kata penghubung tak setara. Manakala dalam fungsi yang kedua
ini sudah jarang digunakan. Sebagai kata hubung setara, manakala menyatakan dua
keadaan yang berbeza atau yang menokok tambah. Ayat di bawah ini menyatakan
dua keadaan yang berbeza, manakala dalam ayat di bawah juga boleh digantikan
dengan tetapi.

1. Dia duduk di samping mayat ayahnya dengan mata yang kering,


manakala/tetapi adiknya tidak putus-putus menangis.

Namun, manakala dalam ayat di bawah ini pula tidak menunjukkan dua
keadaan yang berbeza tetapi keadaan yang menokok keterangan kepada keadaan
yang lain. Manakala boleh digantikan dengan sedangkan.

1. Ramai orang yang cedera dan hilang, manakala/sedangkan beratus-


beratus kehilangan rumah tangga dalam gempa bumi itu.

Manakala dalam contoh ayat di atas itu tidak boleh digantikan dengan tetapi.
Dari itu, ayat di bawah ini janggal:

1. Ramai orang yang cedera dan hilang, tetapi beratus-beratus kehilangan


rumah tangga dalam gempa bumi itu.

(viii) lagi

Kata hubung lagi sebagai penghubung setara mendukung makna “dan”. Jika
dan dapat menghubungkan dua subjek atau dua predikat atau lebih, maka lagi hanya
dapat menghubungkan dua predikat sahaja. Misalnya :

1. Tuhan pengasih lagi penyayang.


2. Dia cantik lagi menawan.

Seperti yang dibuktikan oleh contoh-contoh di atas itu, predikat yang boleh
dihubungkan oleh lagi terbatas kepada predikat yang terdiri daripada kata nama dan
kata sifat.

4.3.2 Kata hubung tak setara

Kata hubung setara adalah kata penghubung yang terdapat pada klausa subordinat yang
berfungsi dalam ayat induk. Berdasarkan jenis adverb itu, maka kata hubung tak setara
15
dibahagikan kepada subgolongan yang selaras dengan subgolongan adverb. Untuk contoh
bagi tiap-tiap subgolongan itu, lihat bab mengenai Frasa Adverba.

1. Penghubung Waktu (apabila, bila, ketika, tatkala, manakala, pada masa, pada
waktu, semasa)
2. Penghubung Durasi (selama, selagi)
3. Penghubung Perhinggaan (hingga, sampai)
4. Penghubung Permulaan Waktu (sejak, semenjak)
5. Penghubung Musabab (sebab, kerana, oleh sebab, oleh kerana)
6. Penghubung Tujuan (agar, supaya, agar, untuk)
7. Penghubung Syarat atau Pengandaian (jika, kalua, jikalau, andaikata,
seandainya, sekiranya)
8. Penghubung Tolak Ansur (sungguhpun, meskipun, walaupun)
9. Penghubung Relatif (yang)
10. Penghubung Objek (bahawa, yang)

4.3.3 Penghubung Berkait

Penghubung berkait ialah penghubung yang mempunyai dua bahagian yang letaknya
terpisah. Penghubung berkait dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :

i) baik … atau (pun) vii) makin … makin


ii) baik … mahupun viii) semakin … semakin
iii) sama ada … atau ix) daripada … lebih baik
iv) adakah … atau x) jangankan … pun
v) bagaimana … begitu

4.3.1 Penghubung Judul Berkait

Perkaitan pada subjek ayat :

(i) Baik buruh atau bangsawan, kedua-keduanya adalah manusia juga.


(ii) Baik kereta ini mahupun mesin itu, kedua-duanya adalah barang import.

Perkaitan pada objek ayat :

(i) Baik rumah ataupun kebun, dijualnya untuk membayar hutangnya.


(ii) Baik buku itu mahupun buku ini, saya tidak suka membacanya.

Perkaitan pada adverba ayat :

16
(i) Baik dengan pena atau pedang, kita tetap berjuang untuk mencapai
kemerdekaan.

4.3.2 Penghubung Objek Pilihan Berkait


sama ada … atau, adakah … atau, apakah … atau

4.3.3 Penghubung Cara Berkait


bagaimana … begitu

4.3.4 Penghubung Permakinan Berkait


makin … makin, semakin … semakin

4.3.5 Penghubung Perbandingan Berkait


daripada … lebih baik
4.3.6 Penghubung Penafian Berkait (jangankan … pun)

5.0 PERBANDINGAN KATA HUBUNG DALAM BUKU TATABAHASA ASAS,


TATABAHASA DEWAN, DAN NAHU MELAYU MUTAKHIR.

BUKU KONSEP/DEFINISI JENIS BENTUK


Tatabahasa Asas Kata hubung bertugas 1) Kata hubung Dalam buku
untuk gabungan. Tatabahasa Asas,
menggabungkan  Bentuk terdapat lima
perkataan dengan tunggal bentuk kata
perkataan, frasa  Bentuk hubung, iaitu
dengan frasa, dan terbitan bentuk tunggal,
klausa dengan klausa.  Bentuk terbitan, majmuk,
majmuk berpasangan dan

 Bentuk ganda.

berpasangan

2) Kata hubung
pancangan.
 Kata hubung
pancangan
relatif

17
 Kata hubung
pancangan
komplemen
 kata hubung
pancangan
keterangan
Tatabahasa Dewan Kata penyambung 1) Kata hubung Tidak dinyatakan
Edisi Ketiga ayat ialah kata gabungan bentuk kata hubung
hubung, iaitu di dalamnya.
sejumlah perkataan 2) Kata hubung
yang bertugas pancangan.
menghubungkan dua  Kata hubung
binaan ayat atau lebih pancangan
sehingga menjadi relatif
satu bentuk ayat yang  Kata hubung
berlapis, yang pancangan
dikenali sebagai ayat komplemen
majmuk.  Kata hubung
pancangan
keterangan
Nahu Melayu Kata hubung 1) Kata Hubung Tidak dinyatakan
Mutakhir bermaksud kata yang Setara bentuk kata hubung
menghubungkan dua 2) Kata Hubung di dalamnya.
kata, frasa dan klausa. Tak Setara
Kata hubung boleh  Penghubung
dibahagaikan kepada Waktu
dua jenis berdasarkan  Penghubung
jenis klausa yang Durasi
dihubungnya, iaitu  Penghubung
kata hubung setara Perhinggaan
dan kata hubung tak  Penghubung
setara. Permulaan
Waktu
 Penghubung
Musabab
18
 Penghubung
Tujuan
 Penghubung
Syarat atau
Pengandaian
 Penghubung
Tolak Ansur
 Penghubung
Relatif
3) Kata Hubung
Berkait
Catatan Hanya buku
Tatabahasa Asas
sahaja yang
menyatakan bentuk
kata hubung.
Manakala, buku
Tatabahasa Dewan
dan buku Nahu
Melayu Mutakhir
hanya menjelaskan
konsep dan jenis
kata hubung sahaja.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, definisi, jenis-jenis dan bentuk kata hubung yang terdapat dalam
buku Tatabahasa Asas, Tatabahasa Dewan dan Nahu Melayu Mutakhir tidak mempunyai
perbezaan yang ketara.

Kata hubung ialah kata atau kata-kata yang berfungsi menghubungkan satuan gmatik
yang satu dengan yang lain untuk membentuk satuan gramatik yang lebih besar. Kata
penghubung adalah kata tugas yang berfungsi menghubungkan antara klausa, kalimah, dan
antara perenggan sehingga dapat membentuk suatu cerita.

19

Anda mungkin juga menyukai