Anda di halaman 1dari 3

RUKUN 15 YANG WAJIB

 Rukun Islam

1. mengucap 2 kalimat Syahadat.


2. sembahyang sehari semalam 5 waktu.
3. berpuasa dibulan Ramadhan.
4. membayar Zakat.
5. dan Naik haji ke baitullah.

 Rukun Iman

1. percaya kpd Allah.


2. percaya kpd Rasul Allah.
3. percaya kpd Malaikat Allah.
4. percaya kpd Kitab2 Allah.
5. percaya kpd Hari kiamat
6. percaya kpd kadar baik dan Kadar buruk

 Rukun Syahadat

1. meng isbatkan Dzat Allah.


2. mengisbatkant Sifat Allah.
3. mengisbatkan Af'alullah.
4. mengisbatkan kenbenaran Rasulullah.
RUKUN SHAHADAH EMPAT PERKARA

1. Mengisbatkan Zatullah

2. Mengisbatkan Sifatullah

3. Mengisbatkan Af'al Allah.

4. Menetapkan kebenaran Rasulullah

1. Bagi mengisbatkan (menetapkan) zatullah itu ada (wujud), dan adaNya tidak berjirim dan
berjisim, sedia (qidam), tiada permulaan dan kesudahan, tidak binasa, bersalahan bagi yang
baru (mukhalafatuhu lil hawadith), tidak sama dengan wujud yang baru, ada dengan sendiriNya
(qiyamuhu binafsihi), mustahil dia dijadikan, dan ada zatNya itu Esa (wahdaniyah), mustahil
berbilang-bilang.

2. Mengisbatkan (menetapkan) sifat-sifat Allah hidup, berilmu, berkehendak, berkuasa,


mendengar, melihat dan berkata-kata.

3. Mengisbatkan (menetapkan) af’al Allah iaitu segala kuasa pada sekelian kewujudan
makhlukNya, tiada kerana dengan suatu kerana, tiada sebab dengan suatu sebab, tiada syarat
dan mani’ yang menegahnya yakni berbuat Allah ta’ala dengan kehendakNya.

Di dalam kalimah syahadah ianya mengandungi 4 makna :

1. Tiada yang diabdikan dengan haq melainkan Allah


2. Tiada yang dituntut dengan haq melainkan Allah
3. Tiada yang dimaksudkan dengan haq melainkan Allah
4. Tiada yang ada dengan haq melainkan Allah

Keempat-empat makna tersebut hendaklah diketahui dengan terperinci yakni dengan jalan
tafsil, dari seorang guru yang faham dan boleh menghuraikannya. Tanpa mengetahui, maka
batallah syahadah seseorang itu, kerana tiada kesempurnaan pengetahuannya bagi melafazkan
kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah atau hakikat rasul. Yang dikatakan hakikat rasul itu
adalah 7 sifat ma’ani yang qadim, yang berasal daripada rohullah atau dinamakan juga
nabiyullah yang menerima dan akan menyampaikan amanah daripada zat wajibal wujud yang
bernama Allah. Kemudian, sifat ma’ani inilah yang menjadi kenyataan bagi sekalian makhluk
khususnya manusia. Maka hendaklah disabitkan atau diserahkan kembali kepada zatullah yang
empunya hidup (hayyun bizatihi), dan seterusnya hingga ke tujuh sifat tersebut sebagaimana
yang dikehendaki maksud atau tujuan daripada kalimah syahadah. Dan di sini juga yang
diertikan ‘maqam rasul’ kerana rasul juga tidak berkuasa, dia hanya menyampaikan amanah
Allah dengan lafaz kalamnya LA ILAHA ILLALLAH. Dan sebaliknya jika tidak wujud rasul, maka
tidak zahirlah kenyataan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Amanah Allah buka hanya tertentu
semata-mata dipikul oleh nabi Muhammad sahaja, bahkan ianya dipikul oleh setiap manusia
yang sanggup menerimanya, ketika alam roh sebelum dizahirkan ke dunia yang fana ini.

Anda mungkin juga menyukai