Anda di halaman 1dari 1

KELDAI DENGAN SERIGALA

Pada suatu pagi, seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas. Ia
meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sungguh segar. Lagipun, tiada haiwan lain di
situ, jadi ia dapat meragut rumput dengan senang hati.

“Oh, beruntung sungguh aku hari ini!” Setelah kenyang, keldai memandang sekeliling, tiba-
tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparan sedang menuju ke arahnya…

“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari, tentu serigala itu berjaya mengejar
aku,” rungut keldai yang ketakutan itu. Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri.
Ia berpura-pura berjalan dengan selamba ke arah serigala.

“Apakah yang sedang berlaku? Mengapa kamu tidak lari sebaik sahaja Nampak aku?’ tanya
serigala yang kehairanan. Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.
Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga,” kata keldai dengan berani.

“Betul juga cakap kamu. Kalau kamu terlepas hari ini, esok atau lusa kamu akan jadi mangsa
aku juga,” kata serigala.

“Tapi tiada seronok kalua aku dapat tangkap kamu dengan mudah. Kan lebih seronok kita
main kejar-kejar. Kalau aku berjaya tangkap kamu, aku akan memakan kamu.”

“Baiklah, aku setuju dengan cadangan kamu,” kata keldai. “Tapi, sebelum kita main kejar-
kejar, aku mahu meminta pertolongan kamu. Bolehkah kamu tolong buangkan serpihan duri di
dalam kuku kaki belakang aku?”

“Ya, sudah tentu aku akan tolong kamu!” Kata serigala. Keldai pun menghuluhkan kaki
belakangnya ke arah serigala. Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk
mencabut duri tersebut, keldai pun menendang muka serigala dengan kuat.

“Aaaaaaaahhhhhh!” Jerit serigala dengan kuatnya. Disebabkan tendangan keldai itu amat
kuat, serigala mengalami kecederaan yang teruk. Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya
patah. Akhirnya, ia terasa kesakitan yang amat sangat.

“Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu!” Jerit serigala dengan marah.

Anda mungkin juga menyukai