Anda di halaman 1dari 74

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH MENENGAH

MODUL PEMBELAJARAN

EDUP2013

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN


DI MALAYSIA

Institut Pendidikan Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

November 2015
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

November 2015
(Kemas Kini September 2017)
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif, dan berdisiplin.

November 2015
(kemas kini September 2017)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

ii
KANDUNGAN MUKA SURAT

Notis Hak Cipta i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Falsafah Pendidikan Guru ii

Kandungan iii

Panduan Pelajar iv

vi
Ikon Modul

vii
Agihan Tajuk RMK

Unit Pembelajaran iii

Unit 1. Konsep Asas Falsafah dan Cabang Falsafah 1


1
1.1 Konsep asas falsafah
1,2 Cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah
3
Islam, Barat danTimur
- Ontologi (Kewujudan/Hakikat)
- Epistemologi (Ilmu)
- Aksiologi (Nilai)
- Logik
1.3 Sumber ilmu dan matlamat pendidikan Islam, Barat
dan Timur 6
1.3.1 Pengenalan 6
1.3.2 Sumbber Ilmu Pengetahuan dan Matlamat
Pendidikan dalam Islam
7
1.3.3 Sumber Ilmu Pengetahuan dan Matlamat
Pendidikan Barat 8
1.3.4 Sumber Ilmu Pengetahuan dan Matlamat 10
Pendidikan Timur

iii
Unit 2. Falsafah Pendidikan 13

2.1 Pengenalan Falsafah Pendidikan Barat 13


2.1.1Perenialisme 14
2.1.2 Esentialisme 15
2.1.3 Progresivisme 16
2.1.4 Rekonstruktivisme
17
2.1.5 Eksistensialisme
18
18
2.2 Pengenalan Falsafah Pendidikan Islam dan Timur
2.2.1 Falsafah Pendidikan Islam 19
 Ibnu Khaldun
 Ibn Rusyd
 Al Ghazali
2.2.2 Falsafah Pendidikan Timur 23
 Confucious
 Rabindranath Tagore
 Laozi
2.3 Kepentingan falsafah pendidikan kepada guru 28
2.4 Implikasi falsafah pendidikan Barat, Islam dan
Timur terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan 29

Unit 3. Perkembangan Pendidikan di Malaysia 34


3.1 Sebelum merdeka 34
3.1.1 Sistem Pendidikan Pondok 34
3.1.2 Sistem Pendidikan Vernakular 35
3.1.3 Laporan Cheeseman 36
3.1.4 Laporan Barnes 37
3.1.5 Laporan Fenn-Wu 38
3.1.6 Ordinan Pelajaran 1952 39
3.2 Selepas merdeka 40
3.2.1 Penyata Razak 1957 40
3.2.2 Laporan Rahman Talib 1960 42
3.2.3 Akta Pendidikan 1961 43
3.2.4 Laporan Aminuddin Baki 1964 44

iv
3.2.5 Laporan Jawatankuasa Kabinet 45
3.2.6 Akta Pendidikan 1996 46
3.2.7 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006- 46
2010
3.3 Pendidikan Masa Kini
49
3.3.1 Aspirasi Sistem Pendidikan
50
3.3.2 Aspirasi Murid
51

Rujukan 56

Panel Penulis 57
Panel Pemurini 58

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar


menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran
ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat dan
memperkaya maklumat tersebut sesuai dengan hasil pembelajaran
kursus ini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan


tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri
lebih berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak
dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

v
Pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Menengah
(PDPLI SM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan


40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang
dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60%
daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka manakala
40% adalah tidak bersemuka atau pembelajaran kendiri.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit mempunyai lima eleman
asas yang konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit

2. Sinopsis

3. Penyelidikan

4. Pengalaman

5. Refleksi

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui


e-mel jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar supaya dengan sekali


imbas sahaja pelajar akan mengetahui perkara yang mereka yang harus
dilaksanakan.

vi
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga perlu menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus ini.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu semasa pelajar
mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang
akan diberitahu kemudian.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua unit dalam modul dan juga
interaksi bersemuka bagi topik-topik lain dalam RMK.

IKON MODUL

REFLEKSI

PENGALAMAN

HASIL PEMBELAJARAN

BACAAN LUAS

PERBINCANGAN

vii
RUJUKAN

LATIHAN BERTULIS

PENYELIDIKAN

AGIHAN TAJUK

Nama Kursus : FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Kod : EDUP2013

Kandungan modul ini dibahagi kepada tiga tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan
tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.

JUMLAH JAM MODUL BERSEMUKA


TAJUK / TOPIK CATATAN
PEMBELAJARAN (18 JAM) (27 JAM)
(45 JAM)

1. Konsep Asas Falsafah dan


Cabang Falsafah
 Konsep asas falsafah

 Cabang falsafah menurut


Perlu dibaca
pandangan ahli falsafah
Unit 1 - sebelum
Islam, Barat, Timur
(3 jam) interaksi
- Ontologi bersemuka
(Kewujudan/Hakikat) 3 jam
- Epistemologi (Ilmu)

- Aksiologi (Nilai)

viii
- Logik

 Sumber ilmu dan matlamat


pendidikan Islam, Barat
dan Timur

2. Falsafah Pendidikan
 Barat

 Perenialisme

 Esentialisme

 Progresivisme

 Rekonstruktivisme
6 jam -
 Eksistensialisme

 Islam

 Ibnu Khaldun
Perlu dibaca
 Ibn Rusyd Unit 2 sebelum
(6 jam) interaksi
 Al Ghazali
bersemuka
 Timur

 Confucious

 Rabindranath Tagore

 Laozi

 Kepentingan falsafah
pendidikan kepada guru

- Implikasi falsafah
pendidikan Barat, Islam
dan Timur terhadap
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

ix
3. Perkembangan Pendidikan di
Malaysia

• Sebelum merdeka
-
- Sistem Pendidikan
Pondok

- Sistem Pendidikan
Vernakular

- Laporan Cheeseman 9 jam


- Laporan Barnes

- Laporan Fenn-Wu

- Ordinan Pelajaran 1952


Perlu dibaca
- Penyata Razak 1956 Unit 3 sebelum
(9 jam) interaksi
• Selepas Merdeka
bersemuka
- Laporan Rahman Talib
1960

- Akta Pendidikan 1961

- Laporan Aminuddin Baki


1964

- Laporan Jawatankuasa
Kabinet

- Akta Pendidikan 1996

- PIPP 2006-2010

• Pendidikan Masa Kini

- PPPM 2013-2025

4. Falsafah Pendidikan di
Malaysia -

● Falsafah Pendidikan

x
Kebangsaan (FPK)
6 jam Bersemuka
● Falsafah Pendidikan Guru (6 jam)
(FPG)

- Model Konseptual
Pendidikan Guru

● Peranan guru dalam


merealisasikan FPK dan
FPG

● Implikasi FPK dan FPG


terhadap sistem pendidikan
Malaysia

5. Kurikulum dalam Pendidikan

● Konsep kurikulum

● Jenis kurikulum
6 jam Bersemuka
- Rasmi (6 jam)
- Formal

- Tidak Formal

● Faktor-faktor mempengaruhi
perubahan kurikulum
-
- Perkembangan teknologi

- Keperluan
semasa/keselamatan

- Dasar kerajaan

- Budaya masyarakat

● Peranan guru dalam


pelaksanaan kurikulum

- Pentafsir

- Perancang

xi
- Pelaksana

6. Model Kurikulum dan


Pelaksanaan Kurikulum

● Teori dan model pembinaan


kurikulum

- Model Objektif (Tyler dan 9 jam Bersemuka


Taba) (9 jam)

- Model Proses
(Stenhouse) -

- Prinsip Kurikulum Islam


dan Timur

● Pembentukan dan
kandungan kurikulum
sekolah

● Pelaksanaan dan
perkembangan kurikulum.

7. Etika dan Profesionalisme


Keguruan
 Konsep profesion dan
profesionalisme

 Ciri-ciri guru sebagai


9 jam Bersemuka
seorang profesional
(9 jam)
 Kod Etika Keguruan
Malaysia -

 Peraturan Tatakelakuan dan


Tatatertib Penjawat Awam

 Standard Guru Malaysia

 Standard Kualiti Pendidikan


Malaysia

 Isu-isu etika dalam profesion

xii
keguruan

45 18 27

xiii
UNIT 1 KONSEP ASAS FALSAFAH DAN CABANG FALSAFAH

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit ini pelajar dapat :

1.Menghuraikan konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan.


2.Mengenal pasti cabang-cabang falsafah.
3.Membincangkan sumber pengetahuan dan matlamat falsafah
barat, Islam dan Timur.

Sinopsis
Unit ini memperkenalkan pengetahuan asas falsafah. Oleh hal yang demikian,
perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini meliputi definisi falsafah,
konsep-konsep asas falsafah, falsafah pendidikan, keperluan falsafah pendidikan
serta cabang-cabang falsafah.

1.1 Pengenalan Konsep Asas Falsafah

Usaha untuk memberikan definisi kepada falsafah adalah amat susah. Kebanyakan
ahli falsafah memulakan definisi falsafah dengan menyatakan kerumitannya. Dalam
The Oxford Companion to Philosophy menyatakan bahawa, definisi falsafah ialah
suatu kontroversi sebenarnya. Nigel Warburton dalam buku beliau Philosophy: The
Basics telah menyebut bahawa falsafah adalah 'notoriously difficult' untuk diberi erti.
Anthony Harrison-Barbet apabila menulis dalam Mastering Philosophy berkata
bahawa, "There is no straightforward definition".

Walau bagaimanapun, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek


yang bermakna "love of wisdom ... but it is a wisdom that results from a pursuit of
knowledge, of the most important parts of reality". Oleh itu, falsafah ialah satu bidang
yang cuba menerokai berkenaan ini. Falsafah ialah suatu cubaan untuk mencari
kebenaran dan merupakan suatu kajian yang komprehensif, holistik dan logikal ke
atas pemikiran manusia dalam bidang agama, sastera, sains dan pendidikan.

1
Falsafah boleh dibezakan daripada sains empirikal dan agama. Dalam Encyclopedia
Penguin menyatakan bahawa falsafah berbeza daripada sains kerana soalan-soalan
tidak boleh dijawab secara empirikal; melalui pengamatan atau eksperimen. Begitu
juga kesnya dari sudut agama yang tujuannya adalah semata-mata intelektual.
Perbincangan dalam falsafah tidak menyediakan ruang untuk kepercayaan dan
wahyu. Sebaliknya, falsafah menggunakan sebab tanpa merujuk sebarang
pengamatan yang munasabah atau eksperimen untuk menerangkan sesuatu.

Sesungguhnya, falsafah ialah kajian tentang masalah am berkenaan hal-hal


seperti pengetahuan, kewujudan, kebenaran, kecantikan, keadilan, kesahan, minda
dan bahasa. Semasa menggunakan falsafah untuk menangani pelbagai soalan
(seperti mistik atau mitos) ia berbeza daripada segi pendekatan yang kritik dan
sistematik yang digunakan dan pergantungan penerangan adalah kepada
perbahasan yang berasas

Falsafah boleh dibahagi kepada lima bidang utama seperti ditunjukkan dalam
jadual di bawah. Lima bidang ini boleh menjawab soalan-soalan berikut:

Metafizik atau Kajian tentang kewujudan What's out there?


Ontologi
Epistemologi Kajian tentang ilmu How do I know about it?

Etika Kajian tentang aksi What should I do?

Politik Kajian tentang daya What actions are permissible?


Estetik Kajian tentang seni What can life be like?

Metafizik ialah kajian tentang kewujudan dan sifat kewujudan itu.


Epistemologi atau dikenali juga sebagai ontologi ialah kajian tentang ilmu yang
berkait rapat dengan metafizik. Dalam epistemologi, kita ingin tahu tentang realiti
dan kewujudan. Etika pula bergantung kepada epistemologi. Etika ialah kajian
tentang cara manusia harus bertindak. Etika bergantung kepada epistemologi
kerana seseorang sukar membuat pilihan tanpa ilmu. Politik adalah sebahagian
daripada etika. Politik ialah kajian tentang cara manusia sepatutnya berinteraksi

2
dalam masyarakat. Estetik pula bergantung kepada metafizik, epistemologi dan
etika.

1.2 Cabang-cabang Falsafah

Falsafah boleh dibahagikan kepada lima cabang seperti dalam jadual di bawah:

Falsafah Bidang Konsep

Ontologi / Metafizik Kajian tentang kewujudan Apa di luar sana?

Epistemologi Kajian tentang Bagaimanakah saya akan tahu


pengetahuan tentang ini?
Aksiologi Kajian tentang kualiti atau Apakah tingkah laku bermoral?
nilai
Logik Kajian tentang penaakulan Membina inferen

i. Metafizik/Ontologi

Metafizik atau Ontologi ialah cabang falsafah yang bertanggungjawab ke atas kajian
tentang kewujudan dan asas kepada pandangan yang luas. Metafizik melibatkan
segala benda yang wujud. la membincangkan sama ada dunia ini adalah benar atau
suatu ilusi.

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa metafizik ialah asas kepada


falsafah.Tanpa keterangan atau interpretasi tentang dunia di sekeliling kita, kita tidak
akan dapat menangani realiti. Kita tidak akan dapat memelihara diri kita sendiri atau
mengekalkan kehidupan kita. Metafizik mempersoal tentang:
• Adakah terdapat suatu badan pengetahuan sejagat untuk dipelajari?
• Siapakah yang sepatutnya membuat keputusan tentang apa yang hendak
dipelajari?
• Adakah pelajar pada asasnya baik dan boleh dipercayai?

ii. Aksiologi
Perkataan aksiologi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud nilai atau
dalam bahasa Inggeris value/worth; manakala perkataan logia merupakan suatu

3
kajian tentang kualiti atau nilai. Aksiologi pertama kalinya digunakan pada awal abad
ke-20 oleh Paul Lapie dan E.Von Hartmann. Aksiologi termasuk etika dan estetik,
iaitu bidang falsafah yang bergantung kepada nilai dan ada kalanya dikaitkan
dengan teori, nilai dan meta-nilai. Topik-topik yang patut dibincangkan di sini adalah
yang berkenaan dengan soal moral, etika dan estetik.
Soalan-soalan yang berkaitan dengan aksiologi adalah:
• Apakah itu moral dan bukan moral?
• Apakah itu kecantikan?
• Adakah kehidupan mempunyai makna?
• Bagaimanakah seseorang berkelakuan?
• Apakah tingkah laku bermoral?

iii. Epistemologi

Epistemologi ialah kajian berkenaan cara kita mendapatkan ilmu dan sifat
pengetahuan itu sendiri. Epistemologi memberikan jawapan kepada soalan,
bagaimanakah kita tahu? Epistemolog merangkumi sifat konsep, pembentukan
konsep, kesahihan deria, penaakulan logikal serta pemikiran, idea, ingatan, emosi
dan segala yang berkaitan dengan mental dan pemikiran. la melibatkan cara minda
kita berhubung dengan realiti dan sama ada perhubungan ini sah atau sebaliknya.

Epistemologi ialah penerangan tentang cara kita berfikir yang menjadi satu
keperluan untuk menentukan kebenaran dan memisahkan kebenaran daripada
kesalahan. Epistemologi diperlukan untuk mendapatkan ilmu di sekeliling kita. Kita
tidak boleh mengasingkan kebenaran daripada kesalahan dengan berbekalkan
epistemologi yang salah. Setakat mana epistemologi kita betul adalah bergantung
kepada tahap kefahaman realiti kita serta tahap kita boleh menggunakan ilmu itu
untuk merealisasikan kehidupan dan matlamat hidup kita. Jawapan kepada soalan
epistemologi membekalkan rasional untuk pemilihan bahan untuk pengajaran dan
pembelajaran dan mencadangkan cara maklumat harus diajar atau disampaikan
kepada pelajar.
Oleh itu, dua persoalan epistemologi asas seperti yang berikut.
• Apakah merangkumi pengetahuan?
• Adakah pengetahuan itu tetap atau berubah?
4
iv. Logik

Logik ialah pengkajian terhadap perkara-perkara yang berbentuk penaakulan sah.


Logik berkaitan dengan usaha mencari kaedah yang boleh membezakan
penaakulan sah dengan penaakulan tidak sah atau tidak rasional.

Perkataan logik berasal daripada perkataan Yunani ‘logik’ dan Aristotle


merupakan seorang ahli falsafah yang pertama mengorganisasikan hukum-hukum
penaakulan. Aristotle dikatakan menyusun dunia dalam beberapa kategori, yang
membawa ilmu-ilmu dengan mengenal pasti kualiti-kualiti am di dalam entiti yang
berbeza. Lantaran itu, perkataan silogisme dicipta dengan membawa idea logik
Aristotle seperti berikut:

Diberi dua premis, sesuatu kesimpulan (atau inferens) akan diikutinya. Misalnya :
Premis 1 : Semua manusia ialah makhluk yang fana.
Premis 2 : Socrates ialah seorang manusia.
Premis 3 : Jadi, Socrates ialah makhluk yang fana.

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah pendekatan logik Aristotle digunakan


mirip dengan kaedah deduktif, iaitu menggunakan sesuatu prinsip am untuk
membuat kesimpulan terhadap perkara khusus. Logik deduktif serupa ini sering
berkait dengan mazhab falsafah idealisme dan realisme.

Selain kaedah deduktif, logik induktif sebaliknya digunakan untuk membuat


kesimpulan berasaskan perkara-perkara yang khusus. Seperti kaedah deduktif,
kaedah induktif juga banyak digunakan dalam pemikiran falsafah idealisme dan
realisme. Sesungguhnya, pendekatan penaakulan tidak terhad kepada deduktif dan
induktif sahaja. Misalnya, di bawah pemikiran falsafah rasionalisme, ahli-ahli falsafah
yang menggunakan pendekatan rasionalis berusaha mencari kebenaran atau prinsip
dengan cara penaakulan ataupun melalui perhubungan dengan logik.

Logik berkait rapat dengan ketiga-tiga cabang falsafah, iaitu metafizik,


epistemologi dan aksiologi. Sesungguhnya, logik merupakan kaedah yang
digunakan dalam setiap pemikiran mazhab falsafah. Malah digunakan untuk
5
mengkaji peraturan-peraturan falsafah yang membolehkan ahli-ahli falsafah
berfalsafah dengan membentuk dan mengesahkan usul-usul atau hujah-hujah
falsafah.

Sebagai kesimpulan, diturunkan satu rumusan Morris dan Van Cleve (1961)
yang mengaitkan cabang-cabang falsafah dengan beberapa mazhab falsafah umum
seperti jadual di bawah.

Mazhab Metafizik Epistemologi Aksiologi (Nilai)


Falsafah (Realiti) (Kebenaran) Etika Estetika
Idealisme Alam fikiran Kebenaran Mematuhi Refleksi
sebagai idea yang Maha keunggulan
Kuasa
Realisme Alam Kebenaran Hukum-hukum Refleksi tabii
sebagai fakta tabii (menurut (sifat
kebendaan
yang dapat sifat semula keadaan
dipersepsi jadi) atau bentuk
semula jadi)
Pragmatisme Alam Kebenaran Nilai-nilai Citarasa
sebagai umum umum
pengalaman
pengalaman
yang berlaku
Eksistensialisme Alam Kebenaran Berdasarkan Penjelmaan
sebagai pilihan kebebasan daripada nilai
kewujudan
individu individu dan norma
(kebebasan masyarakat
individualiti)

Perkaitan cabang-cabang falsafah dengan mazhab-mazhab falsafah.


(Sumber : Morris & Van Cleve (1961) Philosoply and the American Schools,
Houghton Mifflin Co. New York, US)

1.3 SUMBER ILMU DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM, BARAT DAN


TIMUR

1.3.1 Pengenalan
Dalam masyarakat yang berpegang kepada agama, mereka percaya bahawa ilmu
pengetahuan itu berasal daripada Allah melalui sumber panca indera secara
empirikal dan sumber akal secara rasional serta logis. Ilmu pengetahuan diperoleh
daripada berita yang benar, mutlak daripada sumber yang berautoriti dan
diformulasikan daripada wahyu, akal dan pengalaman-pengalaman intuisi. Dalam

6
memahami ilmu pengetahuan, masyarakat beragama menggabungkan metodologi
rasionalisme dan empirisme dengan tambahan daripada wahyu.

Pemahaman keilmuan pada sisi masyarakat beragama tidak semestinya


rasional dan empiris sahaja tetapi ada juga bahagian-bahagian yang berbentuk
realiti dan metafizik. Hal ini disebabkan oleh sumber ilmu pengetahuan yang
berbeza-beza. Golongan rasionalisme bersumberkan akal dan idea dalam
membahaskan ilmu pengetahuannya. Manakala golongan empirisme bersumberkan
pengalaman empiris-realistis. Golongan yang cenderung kepada agama pula
menyatakan sumber ilmu pengetahuan boleh diperoleh daripada wahyu dan intuisi
(ilham dan firasat) orang-orang tertentu yang dianggap berwibawa dalam
golongannya. Akibat perbezaan sumber ilmu pengatahuan maka perkara yang
diperolehi daripada hasil pemikiran pun menjadi turut berbeza.

1.3.2 Sumber Ilmu Pengetahuan dan Matlamat Pendidikan dalam Islam.

Menurut pandangan Islam, alam ini merupakan sumber pengetahuan terbuka luas
bagi setiap manusia. Alam yang memiliki hukum yang pasti dan konsisten akan
membentuk pengetahuan kepada manusia. Menusia belajar daripada hukum alam
untuk mengendalikan alam dan mengadakan pengembangan melalui eksperimen
secara berulang-ulang. Banyak persoalan yang berkaitan dengan struktur, keadaan
dan kualiti alam secara berperingkat-peringkat telah dapat dikuasai oleh manusia.
Hukum alam dan ajaran dalam Al-Qur’an datang daripada sumber yang sama iaitu
Allah SWT. Oleh sebab itu, alam mempunyai kaitan erat dengan ayat-ayat Al-
Qur’an.

Al-Qur’an turut memberikan informasi tentang keadaan alam pada masa akan
datang. Masa yang belum dapat diramalkan oleh ilmu pengetahuan manusia. Al-
Qur’an juga memberikan informasi peristiwa masa lampau yang hanya diketahui
oleh kalangan yang sangat terbatas. Malah Al-Qur’an juga menunjukkan jalan
kepada manusia untuk berfikir secara berterusan, juga memberikan motivasi
kepada para ilmuan untuk melakukan kajian atau pembahasan terhadap sesuatu
permasalahan.

7
Dalam keadaan tertentu pula Al-Quran memerintahkan agar manusia
bertafakur dan bertawakuf (diam) (tawakuf) serta menyerahkan segala urusannya
kepada Allah SWT. Ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui kajian dan penelitian
terhadap alam ini pada akhirnya akan menunjukkan kebesaran akan Yang Maha
Pencipta, iaitu Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam surat Ali’Imran ayat 190
dan 191. Hal ini menjelaskan bahawa semua ilmu pengetahuan datang daripada
Allah. Namun sebahagian ilmu pengetahuan diwahyukan kepada orang yang dipilih-
Nya iaitu para rasul dan nabi. Nabi Muhammad menyampaikan ilmu pengetahuan
melalui sabda baginda yang dinamakan hadis dan sunnah.

Hadis dan Sunnah merupakan sumber ilmu pengetahuan dalam pendidikan


Islam. Ada juga manusia lain yang diberi ilmu dengan menggunakan panca indera,
akal, dan hatinya. Pengetahuan yang diwahyukan mempunyai kebenaran yang
mutlak sedangkan pengetahuan yang diperoleh dari indra kebenarannya tidak
mutlak. Bagi orang Islam sumber pengetahuan adalah Allah, tidak ada pengetahuan
selain yang datang daripada Allah. Sumber pertama itu sekarang ini adalah Al-
Qur’an dan hadis Rasul.

Matlamat pendidikan dalam Islam menjurus kepada usaha untuk membentuk


sifat-sifat kesempurnaan dalam diri manusia supaya akhirnya manusia itu beriman,
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal dengan ikhlas. Manusia yang
sempurna itu bukan sahaja berjaya kehidupannya di dunia tetapi juga berjaya di
akhirat iaitu hidup selepas mati. Di dunia, manusia yang sempurna akhlaknya akan
menjadi hamba yang soleh dan di akhirat akan mendapat balasan syurga yang kekal
abadi.

1.3.3 Sumber Ilmu Pengetahuan dan Matlamat Pendidikan Barat.

Di Barat, sumber ilmu pengetahuan dibincangkan mengikut empat aliran iaitu aliran
rasionalisme, empirisisme, kritisisme dan intuisionisme. Aliran rasionalisme
berpendapat bahwa ilmu itu bersumber daripada akal budi manusia. Tokoh aliran ini,
Descartes mengatakan bahwa di dalam jiwa manusia terdapat idea bawaan (innate
ideas) yang dinamakan substansi yang sudah tertanam. Idea bawaan ini
termasuklah pemikiran, Tuhan, dan keluasan (ekstensi). Sumber ilmu yang utama
8
ialah daripada akal pemikiran manusia yang tidak bercampur dengan pengalaman
hidupnya. Ilmu ialah sesuatu yang sudah ‘built in’ dalam jiwa manusia dan tugas kita
adalah mencapainya melalui deduksi. Oleh sebab itu, mereka beranggapan ilmu itu
bersifat universal.

Mengikut aliran empirisisme pula, sumber ilmu pengetahuan bermula


daripada pengalaman. Tokoh aliran ini David Hume, mengatakan bahwa seluruh isi
pemikiran dan pengetahuan manusia berasal daripada pengalaman, yang kemudian
diistilahkan dengan persepsi. Persepsi dibahagikan kepada dua iaitu kesan-kesan
(impressions) dan gagasan (ideas). Ada persepsi yang masuk melalui akal budi
dengan sifatnya kuat dan hidup. Ada juga perspepsi berupa yang gambaran kabur
tentang kesan-kesan. Derivasi ilmiah yang diakui dalam aliran ini ialah induksi
terhadap fakta-fakta empiris. Aliran ini menekankan keterbatasan induksi dan
menolak generalisasi.

Aliran ketiga adalah kritisisme yang merupakan usaha untuk mensintesiskan


dua fahaman, rasionalisme dan empirisisme. Tokoh utama aliran ini adalah
Immanuel Kant. Kant berusaha untuk menunjukkan unsur pemikiran manusia yang
berasal daripada pengalaman dan unsur yang berasal daripada akal. Kant melihat
manusia sebagai subjek yang berfikir dan menjalankan penyelidikan tentang nisbah
manusia dan had pencapaian pemikirannya.

Bagi aliran intuisionisme , mereka mementingkan intuisi. Penekanan terhadap


intuisi ini tidak berarti bahawa mereka menafikan sama sekali peranan akal dan
panca indera. Aliran ini menyatakan bahwa pengetahuan yang diperoleh melalui
penghayatan secara langsung adalah lebih hebat dan sempurna. Secara
epistemologis, pengetahuan melalui intuisi ini diperoleh melalui perasaan langsung
mengenai hakikat sebuah objek, bukan aspek lahiriah objek itu. Tokoh aliran ini,
Henry Bergson menyatakan pengetahuan ada dua jenis iaitu pengetahuan
mengenai (knowledge about) dan pengetahuan tentang (knowledge of).

Oleh sebab pemahaman terhadap sumber ilmu pengetahuan yang berbagai-


bagai dalam masyarkat barat, maka matlamat pendidikan mereka pun berbeza-beza
mengikut aliran masing-masing. Seorang ahli falsafah Amerika yang juga pemikir
9
dalam bidang pendidikan, John Dewey (1859-1952), mengatakan pendidikan ialah
satu proses perkembangan individu. Maka matlamat pendidikan adalah untuk
mengatur ilmu pengetahuan bagi menambah lagi pengetahuan semula jadi yang
sedia ada pada individu, supaya mereka dapat hidup dengan lebih berguna dan
lebih selamat. Manakala seorang lagi pakar pendidikan Barat, T.H. Huxley (1825 –
1895) menyatakan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk memberikan ajaran
yang sempurna kepada manusia supaya mereka bersedia untuk berkhidmat demi
kemajuan diri dan masyarakatnya, serta rela melaksanakan kerjanya dengan ikhlas.

1.3.4 Sumber Ilmu Pengetahuan dan Matlamat Pendidikan Timur.

Dalam epistemologi timur, semua hal dan kejadian dalam pandangan pendidikan
tradisi Timur dipersepsikan oleh panca indera saling yang saling berkaitan dan
berhubung dari sudutnya yang berbeza-beza tetapi manifestasi realiti yang
terakhirnya haruslah sama. Dasar ilmu pengetahuan pada pengalaman mistis dalam
tradisi Timur menyarankan suatu kesejajaran antara ilmu pengetahuan dan
eksperimennya. Hal ini digambarkan dalam tradisi Barat sebagai pemikiran langsung
dari idea realisme intelektual yang terhasil melalui musahabah dalam diri sendiri dan
pemerhatianmnya terhadap persekitaran. Pandangan pendidikan Timur merupakan
pandangan yang didasarkan oleh pengalaman mistis terhadap pengalaman bukan
intelektual ke atas dunia realiti. Pengalaman ini seharusnya tidak dipengaruhi oleh
latar belakang geografi, sejarah dan budaya masing-masing.

Ciri pendidikan di timur mementingkan kesedaran terhadap kesatuan dan


hubungan timbal balik daripada segala sesuatu; benda dan peristiwa dengan
pengalaman atas seluruh fenomena di dunia. Segala sesuatu dipandang sebagai
bahagian yang saling bergantungan antara satu sama lain. Pandangan dari sumber
ilmu di timur sentiasa menjurus kepada hakikat realiti yang tidak boleh terpisah.
Sumber ilmu dalam dunia timur pada prinsipnya menjurus kepada pengalaman
metafizik. Ilmu harus dicari melalui kemampuan rasional namun tetap berlandaskan
metafizik dan perasaan subjektif yang secara holistis menyatu dalam kehidupan
seseorang.

10
Matlamat pendidikan di timur bertujuan melahirkan manusia yang berfikiran
sempurna, berupaya mencapai aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan
penuh makna. Matlamat ini dijelaskan dalam pendidikan konfusianisme untuk
memupuk kesempurnaan tingkah laku dan kesejahteraan hidup manusia. Ajaran
Buddha pula menekankan pencapaian mutakhir iaitu satu keadaan tenteram dengan
melepasi karma (beyond good or evil).

Rumusan

Daripada penjelasan dapat difahami wujudnya perbezaan worldview dalam


pendidikan Barat, Islam dan Timur yang berkaitan dengan sumber ilmu dan
matlamat pendidikan masing-masing. Sumber ilmu pengetahuan pada epistemologi
Barat adalah hanya pada akal (rasional) dan data/fakta empiris sedangkan sumber
epistemologi timur adalah akal yang sihat, panca indera, intuisi dan wahyu.
Manakala epistemologi Islam merujuk kepada sumber ilmu utamanya Al-Quran dan
Hadis.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Konsep Asas Falsafah dan
Cabang Falsafah dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap
sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh,


isu – isu berkaitan konsep asas falsafah dan cabang
falsafah dan isu lain yang berkaitan dengan falsafah.
.

11
Aktiviti 1

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan kefahaman anda


matlamat pendidikan Islam, Barat dan Timur.

Pengalaman

Aktiviti 2

Cabang Falsafah Buat huraian ringkas berdasarkan kefahaman anda

Ontologi / Metafizik

Epistemologi

Aksiologi

Logik

Refleksi :

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat


daripada pelbagai sumber, pilih satu matlamat
pendidikan (Islam, Barat atau Timur) dan
jelaskan sejauh manakah kesesuaiannya dalam
melahirkan murid – murid alaf 21.

12
UNIT 2 FALSAFAH PENDIDIKAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. Menghuraikan prinsip falsafah dari sudut pandangan barat, Islam


dan timur.
2. Membincangkan kepentingan kefahaman tentang prinsip falsafah dan
falsafah pendidikan kepada guru.
3. Menjelaskan implikasi falsafah pendidikan barat, Islam dan timur
terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sinopsis

Unit ini membincangkan falsafah pendidikan barat, Islam dan timur. Oleh hal
yang demikian, perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam tajuk ini meliputi
prinsip falsafah pendidikan dari sudut pandangan barat, Islam dan timur. Selain
itu, dalam tajuk ini disentuh juga tentang kepentingan falsafah pendidikan
kepada guru dan implikasi falsafah pendidikan barat, Islam dan timur terhadap
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.1 Pengenalan Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah Barat terbahagi kepada dua cabang falsafah umum yang utama, iaitu
falsafah aliran tradisional dan moden. Terdapat empat falsafah umum iaitu
idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Aliran idealisme dan
realisme merupakan falsafah aliran tradisional, bagaimanapun terdapat juga
pertentangan fahaman antara kedua-duanya. Aliran pragmatisme dan
eksistensialisme pula adalah dua aliran falsafah moden yang muncul selepas
Perang Dunia Pertama.

Perbezaan antara falsafah aliran tradisional dan falsafah aliran moden


dapat dilihat dari sudut matlamatnya. Falsafah tradisional mempunyai matlamat
telah ditentukan manakala falsafah moden lebih kepada menentukan cara untuk

13
mencapai matlamat. Tokoh falsafah barat yang terkenal, Plato dalam bukunya
The Republic telah membawa aliran tradisional mazhab idealisme yang
memberi fokus kepada elemen akal manusia.

Namun, dalam tajuk ini, tumpuan perbincangan adalah kepada lima


falsafah barat yang beraliran moden iaitu Perenialisme, Esentialisme,
Progresivisme, Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme. Aliran-aliran ini muncul
akibat daripada penentangan terhadap aliran pemikiran tradisional.

2.1.1 Perenialisme

Perenialisme berasal daripada perkataan perennial yang bermaksud abadi atau


kekal. Dengan yang demikian asas kepada kepercayaan dalam aliran
perenialisme adalah berpegang pada nilai-nilai atau norma-norma yang
dikatakan bersifat kekal abadi. Perenilaisme menyatakan bahawa pada zaman
moden ini pelbagai krisis dalam kehidupan manusia memerlukan jalan
penyelesaian yang segera dan terbaik. Maka itu, perenialisme memberikan
solusi jalan keluar daripada permasalahan tersebut dengan kembali kepada
kebudayaan masa lalu yang dianggap cukup ideal dan teruji keteguhannya.
Oleh hal yang demikian, pendidikan harus lebih banyak mengarahkan pusat
perhatiannya kepada kebudayaan yang telah diuji dan teguh.

Perenialisme melihat pendidikan sebagai jalan penyelesaian untuk


mengembalikan kebudayaan dan kehidupan manusia ke arah yang lebih baik.
Perenialisme memberikan sumbangan yang berpengaruh baik samada dari sedi
teori maupun praktik bagi kebudayaan dan pendidikan zaman sekarang.
Perenialisme merupakan suatu aliran falsafah yang mempunyai hasil pemikiran
bagi membentuk sikap yang tegas dan lurus. Perenialisme berpendapat bahwa
mencari dan menemukan arah tujuan yang jelas merupakan tugas utama
sesuatu falsafah pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran menurut ahli
perennialisme adalah latihan mental dan disiplin jiwa. Maka pendidikan sangat
perlu bagi membuat persiapan untuk hidup. Pendidikan bertujuan untuk
mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi dan tidak
mempunyai had masa.
14
Aliran perenialisme dipengaruhi fahaman idealisme yang dipelopori
oleh Plato (427-347 SM), Aristotle (384-322 SM) dan Jacques Maritain (1882-
1973) Plato mengatakan tujuan utama pendidikan adalah untuk membina
pemimpin yang sedar akan asas normatif dan melaksanakannya dalam semua
aspek kehidupan. Manakala Aristotle pula menganggap pendidikan penting bagi
pembentukan kebiasaan pada usia muda dalam menanamkan kesedaran
menurut aturan moral. Dalam aliran perenalisme, guru dianggap sebagai pakar
yang bijaksana serta berwibawa dalam bidang pendidikan dan pengetahuan.
Guru bertanggungjawab menyampaikan ilmu di samping mendisplinkan murid-
murid mereka.

2.1.2 Esentialisme

Esentialisme ialah pendidikan yang berdasarkan kepada nilai-nilai kebudayaan


yang telah ada sejak awal peradaban umat manusia. Esentialisme muncul pada
zaman Renaissnce dengan ciri-ciri utama yang berbeza dengan progresivisme.
Pendidikan esentialisme bersifat lebih fleksible dan terbuka terhadap
perubahan, toleran dan tidak terikat dengan doktrin tertentu berbanding aliran
perenialisme. Aliran ini menunjukkan nilai yang jelas, tahan lama serta guru
haurs memiliki sifat autoriti. Essentialisme ialah gabungan falsafah umum
idealisme dan realisme. Beberapa tokoh dalam aliran ini termasuklah William
C.Bagley (1874-1946), George Wilhelm Friedrich Hegel (1770 – 1831), Thomas
Briggs, FrederickBreed dan Isac L. Kandell.

Falsafah aliran ini mementingkan pembentukan peribadi dan


kurikulumnya disusun dari topik yang mudah kepada yang lebih kompleks serta
menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca. Ahli-ahli
esentialisme mengkaji semula perkara-perkara yang akan dimasukkan ke dalam
kurikulum dan membezakan program-program sekolah kepada pelajaran yang
penting dan kurang penting serta membentuk autoriti guru di dalam bilik darjah.
Pengajaran dan pembelajaran menurut aliran essentialisme bertujuan untuk
menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik individu yang
berketerampilan. Aliran ini memberi tumpuan kepada pengajaran mata pelajaran
15
tradisional yang asas seperti membaca, menulis dan mengira (3M) di samping
mata pelajaran Kesusasteraan, Bahasa Asing, Sejarah, Sains,Seni dan Muzik.
Ia juga berfokus pada pengajaran kemahiran asas,penguasaan konsep dan
prinsip kandungan mata pelajaran.

2.1.3 Progresivisme

Falsafah progresivisme dikatakan wujud pada abad ke-20, tetapi sebenarnya


idea berkaitannya sudah bermula pada akhir abad ke-19. Falsafah ini
berkembang daripada falsafah umum pragmatisme dan kemudian dibentuk
untuk tujuan pendidikan oleh John Dewey. Pada tahun 1915, buku pertama
yang telah diterbitkan berjudul School of Tomorrow seterusnya pertubuhan
pendidikan progresivisme dibentuk empat tahun kemudian.

Pada mulanya, falsafah ini merupakan sebahagian daripada


pergerakan sosiopolitik yang besar di Amerika yang mendukung cita-cita untuk
membuat pembaharuan umum dan dipengaruhi oleh kehidupan di Amerika
Syarikat pada abad ke-19 atau akhir abad ke-20. Ahli-ahli politik progresivisme
seperti Robert La Follette dan Woodrow Wilson mahukan sistem demokrasi
dilaksanakan bagi menggantikan dasar monopoli. Mereka memberikan tumpuan
untuk memperbaiki kehidupan manusia dalam masyarakat.

Progresivisme bertujuan memberikan kemahiran dan alat yang


diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang
sentiasa berubah secara tetap (consistant). Alat ini merupakan kemahiran
penyelesaian masalah apabila individu boleh menggunakannya untuk mengenal
pasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran yang
dipelajari seperti mata pelajaran Matematik Moden, Matematik Tambahan dan
seumpamanya.

Oleh sebab aliran progresivisme berkembang daripada falsafah umum


pragmatisme yang menekankan kemahiran berfikir secara praktikal dan
munasabah dalam menyelesaikan masalah, maka mereka melihat kebenaran
adalah relatif dan tentatif. Bagi mereka pengetahuan akan membawa kepada
16
perkembangan dan pertumbuhan pemikiran kanak-kanak perlu diajar
bagaimana cara berfikir, bukan apa yang perlu difikir. Pendidikan harus
menyediakan pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan
masyarakat di sekelilingnya.

Kurikulum dalam aliran progresivisme dibina berdasarkan minat murid


dan isi kandungannya harus berbentuk interdisiplin yang melibatkan aplikasi
dengan masalah manusia. Selain itu penyampaian kurikulum perlu
menggalakkan pelbagai alternatif seperti aktiviti, pengalaman langsung,
penyelesaian masalah dan kaedah projek. Peranan guru dilihat sebagai
pembimbing dan murid digalakkan membina penerangan dan kefahaman
sendiri. Pengajaran guru lebih banyak berpusatkan murid. Manakala sekolah
berperanan dalam menggalakkan kolaborasi antara pelajar serta mengurangkan
penekanan terhadap pembelajaran dalam bentuk persaingan individu. Sekolah
perlu berperanan secara demokratik, menggalakkan reformasi sosial dan
penyertaan masyarakat dalam aktiviti di sekolah.

2.1.4 Rekonstruksionisme

Kemunculan falsafah rekonstruksionisme bermula pada tahun 1920-an oleh


John Dewey apabila beliau mencadangkan istilah rekonstruktivisme di dalam
bukunya Reconstruction in Philosophy. Pada tahun 1930-an, pergerakan
pendidikan progresif berada di kemuncak dalam masyarakat Amerika.
Pendidikan progresif yang signifikan serta mempunyai kemajuan dan
pembentukan semula dalam pendidikan dan masyarakat telah berlaku. Ahli-ahli
rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi
pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat
(Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979).

Secara amnya, rekonstruksionisme memberikan penekanan terhadap


melahirkan masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis dalam
membangunkan masyarakat tersebut. Guru berperanan penting untuk mendidik
masyarakat agar dapat menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi. Di
samping itu juga, guru berperanan mendidik masyarakat yang kreatif dalam
17
menyelesaikan masalah-masalah pada masa hadapan. Penekanan terhadap
peranan sekolah juga dinyatakan dalam falsafah rekonstruksionisme.

2.1.5 Eksistensialisme

Eksistensialisme ialah salah satu falsafah baharu yang muncul di Eropah


selepas Perang Dunia Pertama. Seorang ahli falsafah Denmark, iaitu Soren
Kierkegaard telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis
mengenai kebebasan dalaman manusia untuk mengarahkan kehidupannya.
Falsafah ini tidak begitu popular pada awalnya tetapi mula mendapat perhatian
umum selepas Perang Dunia Kedua. Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas
(1979), falsafah ini bersifat individualistik dan terlalu bergantung ke atas faktor-
faktor yang subjektif seperti intuisi, renungan ke dalam, penghayatan emosi dan
perasaan keseorangan.

Secara amnya, eksistensialisme berasaskan naturalisme dan mazhab


humanisme yang memberikan tumpuan kepada kewujudan manusia berkait
rapat dengan cara seseorang individu itu dilahirkan dan seterusnya membentuk
diri sendiri. Seseorang individu juga harus bertanggungjawab terhadap dirinya
sendiri dan bebas untuk menentukan arah kehidupannya. Dalam pendidikan,
guru harus menghormati pelajar dan pelajar pula mesti menghormati kebebasan
guru. Kedua-dua situasi ini diperlukan untuk membentuk pendidikan yang
diinginkan secara lebih bebas.

2.2 Pengenalan Falsafah Pendidikan Islam dan Timur

Falsafah pendidikan dari sudut pandangan Islam dan timur mempunyai sedikit
perbezaan dengan falsafah pendidikan barat. Falsafah pendidikan Islam
dipelopori oleh tokoh-tokoh dari negara-negara Islam di kawasan Timur Tengah
dan negara-negara lain yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi
mereka. Manakala falsafah pendidikan timur termasuk beberapa falsafah dari
kawasan Asia seperti India, China, Jepun dan Korea.

18
2.2.1 Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah Islam ialah suatu cabang pengajian Islam yang juga merupakan suatu
percubaan yang berterusan untuk mencipta keharmonian antara falsafah
dengan ajaran Islam. Sebelum melihat kepada Falsafah Pendidikan Islam,
adalah lebih bermakna sekiranya dinyatakan dahulu tentang Falsafah Islam itu
sendiri. Falsafah Pendidikan Islam pula bermaksud menyediakan manusia
dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar seseorang itu tahu dan kenal dirinya
sendiri dan tugas serta tanggungjawabnya. Falsafah Pendidikan Islam juga
mengkehendakinya manusia mengetahui cara untuk menjalankan atau
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.
Perkara-perkara penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah
pendidikan terhadap;
i. akidah
ii. ibadah
iii. akhlak
iv. akal
v. jasmani
vi. rohani
vii. keterampilan
viii. keibubapaan
ix. kemasyarakatan
x. kepimpinan

Pandangan Ahli Falsafah Islam

a. Ibn Rushd (1128-1198 M)

Ibn Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibn Ahmad lahir di
Cordova yang terletak di Tanah Andalusia atau Sepanyol pada tahun 1128 M. Di
Barat, beliau dikenali sebagai Averroes. Ibn Rushd ialah ahli falsafah yang
paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja
berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga dalam kalangan masyarakat di
Eropah. Beliau berketurunan ilmuwan dan ternama. Bapa dan datuknya
19
merupakan seorang kadi di Cordova. Oleh itu, beliau telah dihantar untuk
berguru dengan Ibn Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya. Ibn Rushd
mempelajari ilmu fiqah dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan
tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol. Ibn Rushd pernah bertugas sebagai
doktor istana di Andalusia.

Sumbangan Ibn Rushd

Ibn Rushd terkenal sebagai penterjemah hasil kerja Aristotle yang semakin
dilupai oleh orang-orang Barat. Penterjemahan oleh Ibn Rushd pada awal abad
ke-12 daripada bahasa Latin telah menyebabkan pengetahuan yang
ditinggalkan oleh Aristotle mula diketahui ramai. Ibn Rushd juga telah
menghasilkan bukunya yang terkenal, iaitu Al-Taysir. Buku itu telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris yang berjudul
Faclititation of Treatment. Karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibn Rushd
ialah Kulliyah fit-Thibb yang mengandungi 16 jilid berkaitan dengan ilmu
perubatan secara umum.

Antara penulisan beliau yang lain ialah Mabadil Falsafah (Pengantar


Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza (membicarakan perubatan dan tauhid), Taslul
(mengenai ilmu kalam), Kasyful Adillah (mengungkap persoalan falsafah dan
agama), Tahafatul Tahafut (ulasannya terhadap buku Imam al-Ghazali yang
berjudul Tahafatul Falaisafah) dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a (menyentuh
persamaan antara falsafah dengan agama). Siri karya tulisan tersebut
menunjukkan betapa penguasaan Ibn Rushd dalam pelbagai bidang dan
cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan
beliau ke dalam bahasa lain banyak dilaksanakan.

Buku Kulliyah fit-Thibb ialah karya terbesar Ibn Rushd. Karya ini telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang
Yahudi dari Padua. Kemudian buku itu juga diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang
dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah telah
mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire
20
dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibn Rushd,
tetapi memperoleh ilham daripada pembacaan karyanya. Pemikiran Voltaire dan
Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga mengubah
wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini.

b. Imam Al-Ghazali (1058-1111 M)

Imam Al-Ghazali dilahirkan di Kota Tus yang terletak di negeri Turasan. Beliau
dilahirkan pada 1058 M. Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhamad bin
Muhamad bin Ahmad al-Ghazali al-Tusi al-Shafi'e. Namun nama asalnya ialah
Muhamad sahaja. Beliau digelar sebagai Hujjatul Islam kerana kehebatannya
mempertahankan Islam. Bagi kalangan ilmuwan Barat, Imam Al-Ghazali lebih
dikenali dengan nama Latin, iaitu Algazel'. Antara nama gelaran lain yang
diberikan kepada beliau ialah 'Siraj al-Mujtahidin' dan Zainal Abidin. Imam al-
Ghazali merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yangamat terkenal bukan
sahaja dalam kalangan umat Islam, malah dalam kalangan bukan Islam. Beliau
sangat tinggi ilmunya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, akidah, fiqah, ilmu
kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan Iain-Iain.

Di Al-Madrasah an-Nizamiyyah yang terletak di kota Nisyabur,


ketajaman fikiran Imam al-Ghazali yang luar biasa itu sudah terserlah. Misalnya
di pusat pengajian tinggi ini, beliau telah belajar ilmu-ilmu agama dan bahasa
seperti ilmu fiqah, usul, mantik, falsafah, kalam dan ilmu perdebatan. Semua
ilmu ini telah dikuasainya dengan mudah. Di sini juga, Imam al-Ghazali telah
mula menulis kitab-kitabnya. Beliau merupakan seorang alim yang gemar
mempelajari pelbagai jenis ilmu. Hal ini telah diceritakan oleh beliau sendiri di
dalam kitabnya yang berjudul al-Munqidh Min ad-Dalal.

Sumbangan Imam Al-Ghazali


Kitab-kitab yang telah ditulis oleh Imam al-Ghazali dianggarkan melebihi. 400
buah dalam pelbagai bidang seperti teologi, falsafah, sains dart iJmu sufi.
Antara penulisan beliau yang masih kekal hingga kini ada lebih kurang 50 buah
sahaja termasuklah Tahafut al-Fa. Kebanyakan daripada kitab-kitab ini telah
21
ditulis dalam bahasa Arab, dan ada juga yang telah ditulis di dalam bahasa
Parsi. Antara kitab lain yang ditulis oleh Imam al-Ghazali dan terkenal di negara-
negara Asia ialah:
i. Ar-Risalah al-Ladunniyyah
ii. Al-Munqidh Min ad-Dalal
iii. Bidayah al-Hidayah
vi. Minhaj al-'Abidin
v. Mizan-al-'Amal
vi. Kimiya'as-Sa'adah
vii. Misykah al-Anwar
viii. Ihya' Ulumiddin

c. Ibn Khaldun (1332-1406 M)

Ibn Khaldun atau nama penuh beliau ialah Wali al-Din Abd al-Rahman ibn
Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun. Beliau
dilahirkan di Tunis tahun 1332 M dan meninggal dunia di Kaherah, tahun 1406
M. Ibn Khaldun berasal dari keluarga berada.Oleh itu, beliau mendapat
pendidikan terbaik. Beliau merupakan salah seorang pakar sejarah Arab
teragung. Di samping itu, Ibn Khaldun dikenali sebagai 'Bapa Sejarah
Kebudayaan dan Sains Sosial Moden'. Ibn Khaldun merupakan orang terawal
mengembangkan falsafah yang tidak berasaskan keagamaan. Falsafah ini
terkandung dalam karya Muqaddimah (Pengenalan). Beliau juga orang pertama
menulis berkenaan sejarah Muslim di Afrika Utara.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan penting di bawah pemerintah


Tunisia dan Morocco. Pada tahun 1363, beliau bertindak sebagai duta Raja
Moordi Granada. Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, di
mana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Universiti
Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim
Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo. Selain itu, Ibn Khaldun menyertai orang-
orang Mesir dalam kempen memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol dan
bertanggungjawab mengatur penyerahan bandar Damsyik semasa ketiadaan
Sultan Faraj. Karya teragungnya bermula dengan penulisan yang
22
mengetengahkan sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi
pendekatan saintifik mengenai pemaharman sejarah, politik dan ekonomi. Ibn
Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang dikurniakan Allah SWT boleh
dibuktikan secara empirikal.

Sumbangan Ibn Khaldun

Pandangan Ibn Khaldun terhadap falsafah ada persamaan dengan Imam al-
Ghazali di mana beliau juga memfokuskan ilmu mistik dan teologi. Ibn Khaldun
terkenal kerana hasil kerjanya dalam falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat).
Beliau telah menulis mengenai sejarah dunia di mana naskhah pertamanya
mengandungi analisis peristiwa-peristiwa sejarah. Naskhah tersebut dikenali
sebagai al-Muqaddimah (Pengenalan). Penulisan ini ialah karya agung dalam
kesusasteraan mengenai falsafah sejarah dan sosiologi.

Tema utama dalam karya besar ini adalah untuk mengenali fakta-fakta
psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada
kemajuan tamadun manusia dan peristiwa-peristiwa semasa dalam sejarah.
Beliau menganalisis daya gerak hubungan perkauman dan menunjukkan
bagaimana rasa perkauman (syu'b al-'asabiyyah) dapat menghasilkan kemajuan
tamadun dan kuasa politik baharu. Antara hasil karya Ibn Khaldun dalam bidang
sejarah ialah Universal History dan Sejarah Maghrib manakala dalam bidang
agama ialah Lubab al-Mahsul (.Summary of the Result) dan Shi fa' as-Sail
(Healing of the Inquirer).

2.2.2 Falsafah Pendidikan Timur

Budaya dan latar belakang masyarakat bergantung kepada tempat


berkembangnya sesebuah tamadun. Setiap negara mempunyai cara mereka
sendiri untuk mengembangkan potensi seseorang individu dari segi kemahiran
dan sikap yang perlu dikuasai oleh mereka.

Ahli Falsafah Timur menyatakan bahawa pendidikan merupakan suatu


elemen yang amat penting bagi seseorang individu baik di dunia mahupun di
23
akhirat. Hal ini kerana, pendidikan membolehkan seseorang individu mencapai
kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang
di samping memenuhi kehendak sosial dan ekonomi. Oleh itu, guru seharusnya
memainkan peranan penting sebagai penyampai ilmu kepada orang ramai serta
mengajarkan cara-cara hidup yang baik dan betul. Prinsip yang diutarakan oleh
Falsafah Pendidikan Timur adalah seperti berikut:

1. Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah.


Perubahan ini akan berlaku akibat daripada konteks dengan guru masing-
masing sama ada guru itu seorang Nabi, Sifu atau Tok Guru.
2. Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu
pencapaian kebahagiaan.
3. Manusia belajar melalui pemerhatian alam semula jadi di mana refleksi
kendiri atau muhasabah diri terhadap pemerhatian tersebut akan
menimbulkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk
bertaubat.
4 Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai Nirvana.
Kesemua jalan hidup sebenarnya menghala ke arah tersebut. Apabila kita
sudah menjadi bijak, secara automatik, kita akan berbuat baik dan
mengelakkan dari melakukan kejahatan.

Pandangan Ahli Falsafah Timur

Falsafah Timur mempunyai akar umbinya dalam Islam, Konfusionisme, Taoisme


dan Budhisme (Mahayana).

a. Confucius (551-479 S.M.)

Confucius atau nama sebenar beliau ialah Kong Fu Tze. Beliau lahir di wilayah
Shantung pada tahun 551 S.M. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479
S.M. Confucius ialah seorang ahli falsafah Cina yang terkenal pada Dinasti
Chou. Sejak kecil lagi beliau minat membaca mengenai sejarah, matematik dan
tradisi orang Cina. Beliau juga sangat mahir tentang 'Li' (susunan tingkah laku
yang baik). Walaupun keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap belajar
24
dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17
tahun. Setiap jabatan yang beradadibawah pentadbirannya berjalan dengan
lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negerii
Lu. Oleh sebab sangat puas hati dengan kerja-kerja Confucius, pemerintah Lu
itu telah menaikkan pangkat beliau dengan cepat. Namun begitu, pemerintah Lu
itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius.

Confucius kemudiannya menghabiskan masa beberapa tahun untuk


belajar dan menjadi guru. Beliau berpindah dari satu tempat ke satu tempat
yang lain untuk tempoh 10 tahun sebelum kembali ke negeri Lu pada tahun 484
S.M. Pada masa itu, Confucius telah merantau dan menyebarkan ajarannya.
Beliau cuba mencari seorang pemerintah akan mengikuti ajarannya tetapi gagal.
Beliau kembali ke negeri Lu pada tahun 484 S.M. Beliau telah mengarang
buku-buku termasuk nyanyian dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang
pertama memperkenalkan pendidikan. Beliau meninggal dunia pada tahun 479
S.M semasa berusia 72 tahun.

Falsafah Pendidikan Confusius

Mengikut Confusius, pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira


status sosioekonomi atau kedudukan sosial. Matlamat pendidikan adalah
menghasilkan individu berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi. Aspek
kurikulum berfokus kepada mata pelajaran seperti berikut:

1. Pendidikan Moral—penekanan diberikan kepada nilai seperti hormat


kepada ibu bapa (x/'ao), hormat kepada orang yang lebih tua (£/'), ketekunan
(min), kesetiaan (zhong), jimat cermat (y'/'an), tolak ansur (rang),
kebijaksanaan (zhi) dan keberanian (yong).

2. Buku-buku Confusius merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi dan


kebudayaan ialah:
• Muzik
• Puisi
• Kesusasteraan
25
• Sejarah
• Kod Etika dan Tatacara Kelakuan yang Baik

Kesimpulannya, falsafah Confucius beranggapan guru sebagai fasilitator dan


penyampai ilmu yang mahir. Oleh sebab itu, guru perlu menunjukkan komitmen
terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, guru juga perlu
mengenali dan memahami murid yang diajar agar dapat memaksimumkan
potensi dan kebolehan.

b. R. Tagore (1861-1941)

R. Tagore atau nama penuhnya Rabindranath Tagore dilahirkan dalam sebuah


keluarga Brahmana Bengali (Brahmana yang tinggal di wilayah Bengali) yang
terletak di daerah sub benua India antara India dengan Bangladesh. Beliau
dikenali juga dengan nama Curudev. R. Tagore ialah seorang Brahmo Samaj,
penyair, penulis drama, ahli falsafah, seniman, pemuzik dan sasterawan
berbangsa Bengali. Tagore merupakan orang Asia pertama yang mendapat
hadiah Nobel dalam bidang sastera (1913). Karya-karya tersohor Tagore
termasuk Gitanjali (Song Offerings), Cora (Fair-Faced) dan Chare-Baire (The
Home and the World).

Selain itu, karya puisi, cerita pendek dan novel yang dihasilkan beliau
amat terkenal dan dikagumi seluruh dunia. Beliau juga seorang pembaharu
kebudayaan dan polymath yang memodenkan seni budaya di Benggala. Dua
buah lagu daripada aliran Rabindrasangeet (sebuah aliran lagu yang dicipta
beliau) kini menjadi lagu kebangsaan Bangladesh (Amar Shonar Bangla) dan
India (Jana Maha Cana).

Pada tahun 1901, Tagore mendirikan sebuah sekolah di Santiniketan


yang kemudiannya telah menjadi sebuah universiti pada tahun 1921. Walaupun
kebanyakan hasil karya Tagore ditulis dalam bahasa Bengali tetapi ada juga di
antara karya tersebut telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Antaranya
termasuklah buku-buku dan esei mengenai falsafah, agama, pendidikan dan
sebagainya.
26
Falsafah Pendidikan R. Tagore

Huraian falsafah pendidikan Rabindranath Tagore merangkumi beberapa aspek


berikut:
1 Konsep Pendidikan
Pendidikan merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk
menyara hidup masing-masing kelak.
2 Matlamat pendidikan
Menghasilkan individu yarjg menyeluruh melalui interaksi dan integriti dengan
persekitaran.
3 Kurikulum
Menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. Antara mata pelajaran yang
disyorkan termasuklah muzik, seni, kesusasteraan, drama dan tarian, sejarah
dan pendidikan alam sekitar.
4 Peranan guru
Sebagai fasilitator serta pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid
dan penjana idea dan bernas dalam kalangan murid.

Kesimpulannya, falsafah Tagore beranggapan seseorangyang


berpelajaran dalam erti kata sebenar bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik,
bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang
ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara
serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif. Falsafah
pendidikan Tagore adalah dipengaruhi oleh falsafah pendidikan pragmatisme
dan progresivisme.

c. Lao Tzu (551-479SM)

Laozi atau Lao Tse, ahli falsafah Cina yang terkenal dengan hasil karyanya
“Tao Te Ching”. Beliau ialah pengasas Taoisme. Beliau merupakan tokoh utama
dalam tradisi Cina dan golongan bangsawan serta rakyat biasa menganggap
beliau dalam keturunan mereka. Lao Tzu dikatakan hidup sezaman dengan
Confucius dan menulis banyak buku ilmu pengetahuan. Semasa hayatnya, Lao
27
Tzu bekerja sebagai penyimpan arkib bagi Mahkamah Diraja Zhou. Lao Tzu
membantu untuk membaca karya-karya Maharaja Kuning dan klasik lain pada
masa itu. Lao Tzu merupakan guru kepada Buddha.

Seperti ahli falsafah Cina kuno yang lain, Lao Tzu menjelaskan idea-
idea beliau melalui percanggahan, analogi, pembahagian kata purba,
pengulangan, simetri dan irama. Ajaran Tao mengatakan bahawa manusia
mempunyai keinginan dan kehendak yang bebas. Oleh itu, mereka boleh
mengubah sifat mereka sendiri. Banyak tindakan luar biasa mengganggu
keseimbangan semula jadi manusia. Fahaman Taoisme menyarankan manusia
untuk kembali kepada keadaan asal mereka yang terletak di dalam keadaan
harmoni. Lao Tzu menggalakkan perubahan dalam pendekatan atau kembali ke
“alam semula jadi”.

Falsafah Pendidikan Loazi

Lao Tzu menyatakan sifat kesederhanaan dan rendah diri adalah perkara utama
yang perlu ditekankan dalam pendidikan manusia. Kanak-kanak perlu diberikan
ajaran kebaikan dan menjauhkan perkara yang mementingkan diri sendiri. Hal
ini akan dapat mengelakkan keadaan seperti peperangan, undang-undang yang
keras dan cukai yang berat. Pengikut Laozi percaya bahawa keadaan akal
fikiran itu tidak diketahui dan bebas. Beberapa ahli-ahli teori politik yang
dipengaruhi oleh Lao Tzu berpendapat bahawa merendah diri dalam
kepimpinan akan dapat menghalang rintangan dalam tadbir urus negara.

2.3 Kepentingan Falsafah Pendidikan Kepada Guru

i. Menjadi panduan yang sangat penting dalam pelaksanaan sst sistem


pendidikan.
ii. Sebagai langkah permulaan dalam proses pendidikan.
iii. Merupakan ideologi atau tanggapan sesebuah masyarakat terhadap sistem
pendidikan yang dilaksanakan serta matlamatnya.

28
iv. Sebagai asas pergantungan kepada unsur-unsur dalam pendidian spt
matlamat, isi kandungan pendidikan, pendekatan, strategi dan kaedah
pengajaran .
v. Sebagai satu asas kepada aktiviti pendidikan yang mencerminkan pemikiran
dan falsafah sesebuah negara.

2.4 Implikasi Falsafah Barat, Islam dan Timur terhadap Falsafah


Pendidikan Kebangsaan

Falsafah pendidikan Barat, Islam dan Timur banyak memberi implikasi terhadap
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di negara kita. Menurut Tajul dan Noraini
(1992), sumbangan kurikulum esensialisme barat yang dapat dilihat dalam
perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ialah peranan guru sebagai model
dan peranan pendidikan untuk menyatupadukan masyarakat. Menurut Mok
Soon Sang (2010) sama seperti falsafah esensialisme, falsafah parenialisme
juga mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan menyediakan
pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi negara di samping melahirkan
rakyat yang berdisiplin.

Ada juga prinsip falsafah pendidikan barat yang terlalu progesif dan tidak
sesuai diserapkan dalam Dasar Pendidikan Negara kita. Aliran parenialisme
mementingkan nilai (Azizi Jaafar, 2009) dan hal ini akan dapat
menyeimbangkan antara pembangunan manusia sebagai insan dan kemajuan
sains dan teknologi. Falsafah progresivisme memberi kuasa dan kebebasan
kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dalam pembelajaran mereka. Hal
ini turut dijelmakan dalam pendidikan di Malaysia yang membenarkan pelajar
untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka mengikut minat masing-
masing. Akibatnya pelajar akan lebih yakin dan bersedia dari segi fizikal dan
mental untuk menghadapi dugaan dan cabaran pada masa akan datang (Abdul
Rahman dan Zakaria Kasa, 1986).

Falsafah pendidikan di Malaysia juga mengharapkan potensi pelajar


berkembang dengan menyeluruh tetapi dalam fahaman progresivisme ini,
agama diketepikan. Justeru itu, falsafah pendidikan kebangsaan
29
menyatupadukan antara perkembangan potensi pelajar yang seimbang serta
unsur spiritual. Hal ini kerana kemajuan tanpa agama akan menyebabkan
manusia hilang pedoman serta nilai dalam diri akan terhakis dan manjadikan
manusia bersifat ego dan individualistik.

Berdasarkan penjelasan yang telah dihuraikan, jelaslah bahawa terdapatnya


ciri-ciri falsafah pendidikan barat dalam pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Walau bagaimanapun, hanya ciri-ciri yang sesuai sahaja yang
diserapkan kedalam sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah pendidikan
kebangsaan adalah gabungan daripada aspek-aspek nilai yang baik yang
terdapat dalam aliran falsafah pendidikan barat.

Pendekatan falsafah pendidikan kebangsaan di Malaysia dikenali sebagai


falsafah pendidikan eklektisisme yang berasal daripada perkataan eclectic yang
membawa maksud memilih daripada pelbagai sistem atau falsafah, atau tercipta
daripada pelbagai sumber (Tajul,1992). Oleh hal yang demikian, diharapkan
sistem pendidikan dapat menghasilkan individu dan masyarakat yang berilmu
pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental
dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Prinsip-prinsip falsafah barat, Islam dan timur ini digabungkan dan diubahsuai
mengikut keperluan negara kita. Aspek-aspek yang penting dan berguna sahaja
yang diambil kira dalam penggubalan Falsafah pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga meletakkan kembali asas kepada
perkembangan insan berjiwa kemerdekaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.
Hal ini adalah akibat atau implikasi Falsafah Islam terhadap Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang dapat dilihat apabila FPK mempunyai hubungan yang
rapat aspirasi dan prinsip Falsafah Pendidikan Timur dan Islam. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digubal mengikut beberapa dasar dan
ideologi negara di samping mengambil aspirasi Falsafah Pendidikan Islam. FPK
yang berteraskan konsep kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani
dapat diperhatikan dalam dua ayat berikut;

30
"Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Timur bertujuan mencapai kebijaksanaan, mengekalkan


struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak
sosial dan ekonomi. Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan moral,
politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah terdapat dalam
pendidikan di Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum
pendidikan di China. Pendidikan di China menyatakan bahawa, guru merupakan
fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan FPG untuk


menghasilkan guru yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan
pendidikan. Pendidikan di India juga menekankan peranan guru sebagai
fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid serta menjadi
penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu,
pendidikan sekarang bukan sekadar berpusatkan guru sebaliknya boleh
berpusatkan pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya
mempunyai masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses
komunikasi dua hala dan berkesan.

Rumusan

Falsafah merupakan unsur yang paling utama dan tertinggi dalam bidang
pendidikan kerana sikap manusia yang hendak dibentuk adalah bergantung
kepada falsafah yang digariskan melalui pendidikan tidak kira dalam Falsafah
Pendidikan Barat, Islam mahupun Timur. Walaupun terdapat pelbagai implikasi
31
Falsafah Pendidikan Timur dan Islam terhadap perkembangan pendidikan dari
segi positif mahupun negatif, kita perlulah bekerjasama dan berganding bahu
dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara untuk melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif
dan berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi bersaing
dengan dunia globalisasi.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap
lain-lain sumber rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan
yang lain.

Kenal pasti Falsafah Pendidikan yang digunakan di


dalam sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini.

Untuk perbincangan lanjut;

Bincangkan keperluan Falsafah Pendidikan bagi


sistem pendidikan di sesebuah negara.

Pengalaman

Aktiviti 1

Buat banding beza antara aliran falsafah moden berikut;

Perenialisme dan Progresivisme Esentialisme dan Eksistentialisme

32
Aktiviti 2 :

Hasilkan sebuah peta pemikiran untuk menunjukkan


kefahaman anda terhadap sebelas elemen dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)

Refleksi

Berdasarkan penelitian di perpustakaan, perjelaskan


persamaan prinsip dalam Falsafah Pendidikan Timur
dan Falsafah Pendidikan Islam.
Anda juga mungkin boleh merujuk pandangan tokoh
seperti Dr Yusuf al-Qardhowi dan Mahatma Ghandi.

33
UNIT 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir pengajajaran pelajar dapat:


1. Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan di
Malaysia sebelum merdeka, selepas merdeka dan masa kini.
2. Membanding beza sistem pendidikan sebelum dan selepas
merdeka daripada pelbagai aspek.

Sinopsis

Tajuk ini akan mengenalkan sistem pendidikan di Malaysia dari zaman sebelum
merdeka sehingga masa kini kepada pembaca. Pengenalan ini merangkumi
sekolah agama tradisional dan perkembangan sistem sekolah vernakular sehingga
sekarang. Laporan-laporan yang dihasilkan akan turut dibincangkan supaya sistem
pendidikan pada masa kini dapat difahami dengan lebih mendalam

3.1 Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka

Sistem pendidikan sebelum merdeka berasaskan sistem pendidikan pondok dan


vernakular. Perkembangan sistem pendidikan masa itu dijelaskan dalam Laporan
Cheeseman, Laporan Barnes, Laporan Fern-Wu, dan Ordinan Pelajaran 1952.

3.1.1 Sistem Pendidikan Pondok

Pendidikan (bukan formal) dipercayai berkembang dengan penyebaran agama Islam


di rantau ini pada abad ke-14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam telah
memulakan pendidikan bukan formal ini dengan memperkenalkan sekolah-sekolah
pondok di beberapa buah negeri, iaitu Perlis, Kedah, Melaka, Terengganu, Kelantan
dan Brunei. Pengajian agama Islam yang diadakan di surau-surau dan madrasah
biasanya berlangsung pada waktu malam. Pengajaran diadakan pada waktu ini
kerana guru-guru bekerja pada siang hari. Para guru terdiri daripada imam dan haji.
Pelajar pula terdiri daripada golongan dewasa, lelaki dan perempuan. Pengajaran

34
dan pembelajaran yang diajarkan termasuk bacaan al-Quran dan tajwid, tafsir al-
Quran dan hadis, serta pengajian fiqah dan tauhid.

3.1.2 Sistem Pendidikan Vernakular

Dasar laissez-faire dalam pendidikan telah menyebabkan terdapatnya lima jenis


persekolahan pada zaman pemerintahan Inggeris. Sekolah-sekolah tersebut ialah
sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil,
sekolah Inggeris dan sekolah agama/madrasah. Keadaan ini telah menimbulkan
situasi yang rumit dalam sistem pendidikan sehingga sekarang. Pada masa itu,
kerumitannya dirasai dari segi keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi
nasional. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.

Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu telah berlaku sebelum kedatangan


Inggeris pada abad ke-19. Pada mulanya, penghijrahan tersebut berlaku secara
kecil-kecilan sahaja. Namun mulai pertengahan abad ke-19, mereka telah berhijrah
secara beramai-ramai untuk bekerja di lombong bijih timah. Penjajah Inggeris telah
menggalakkan penghijrahan ini supaya pengeluaran bijih timah berlaku secara
besar-besaran untuk menampung industri-industri yang berkembang pesat di
Eropah pada masa itu. Selain itu, penjajah Inggeris ini telah pun membenarkan
orang India berhijrah dari India untuk bekerja di ladang-ladang kopi, gambir dan
getah. Mereka juga menjadi peniaga dan buruh dalam bidang pengangkutan.

Penjajah telah datang ke rantau ini atas tujuan perdagangan. Ketibaan pihak
Inggeris telah menghasilkan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Tanah
Melayu kerana mereka ingin memonopoli perniagaan bijih timah, emas, rempah,
penerokaan kawasan ladang kopi dan getah serta laluan perdagangan Timur-Barat.
Walau bagaimanapun, pihak Inggeris tidak mahu membazir wang untuk
mengembangkan institusi pendidikan. Sekolah-sekolah hanya dibina untuk anak-
anak bangsawan Melayu sahaja. Oleh sebab itu, sekolah-sekolah persendirian
Inggeris didirikan oleh pendakwah Kristian dan sekolah-sekolah Cina pula didirikan
oleh masyarakat Cina sendiri. Masyarakat India yang tinggal di ladang kurang
berminat mendirikan sekolah. Dengan penubuhan sekolah-sekolah ini juga, pihak
Inggeris telah menentukan kaum Cina, India dan Melayu tidak bergaul.
35
Guru-guru untuk setiap jenis sekolah dibawa dari negara masing-masing. Misalnya,
guru sekolah Cina mengambil tenaga pengajar dari China manakala guru sekolah
Tamil pula adalah dari India. Begitu juga dengan sekolah Inggeris yang
menggunakan tenaga pengajar dari England. Untuk mengatasi masalah
kekurangan guru ini, pihak Inggeris telah menubuhkan dua buah maktab perguruan,
iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim dan Maktab Perguruan
Perempuan Melayu di Melaka. Dengan ini, masalah kanak-kanak perempuan tidak
ke sekolah dapat diselesaikan kerana guru-guru terdiri daripada kaum wanita.

Masyarakat Cina telah menubuhkan dan memajukan sekolah-sekolah


vernakular Cina bagi memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa mereka
di tempat asing. Usaha ini tidak dihalang oleh pihak Inggeris. Kurikulum sekolah
vernakular Cina ini berorientasikan pemikiran orang Cina kerana buku teks dan
guru-guru dibawa terus dari Tanah Besar China. Pelajar-pelajar di sekolah Cina
diajar bahan-bahan klasik, mengira dengan menggunakan sempoa dan menulis
tulisan Cina. Kaedah pembelajaran adalah secara hafalan.

Bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah vernakular Tamil sangat rendah.


Hal ini disebabkan keadaan sekolah yang serba kekurangan dari segi infrastruktur,
buku teks dan tenaga pengajar. Tambahan pula, kesedaran masyarakat India
terhadap pendidikan adalah rendah selain kesan tarikan sekolah-sekolah Inggeris di
bandar-bandar yang lebih kuat. Selain itu, kerajaan Inggeris tidak mempedulikan
soal meningkatkan bantuan dan mutu sekolah-sekolah Tamil. Menjelang tahun
1930, terdapat empat jenis sekolah vernakularTamil, iaitu sekolah kerajaan, sekolah
estet, sekolah persendirian oleh masyarakat India dan sekolah persendirian oleh
pendakwah Kristian.

3.1.3 Laporan Cheeseman

Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris sekali lagi setelah tamat Perang Dunia Kedua.
Pada masa ini, pandangan penduduk Tanah Melayu mula berubah. Orang Cina dan
India menunjukkan mereka ingin bermastautin di Tanah Melayu. Orang Melayu pula
sedar bahawa pendidikan penting untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan
sosial. Ekoran daripada peristiwa ini, kaum Melayu meminta kerajaan Inggeris
36
memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Justeru, Laporan
Cheeseman telah dihasilkan sebagai langkah oleh pihak Inggeris untuk membina
semula sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Antara
cadangan dalam laporan tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri


sekolah vernakular pada peringkat rendah.
2. Pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.
3. Sekolah menengah terdiri daripada dua jenis sahaja.
4. Pendidikan vokasional seperti yang termaktub dalam Laporan
Pelajaran 1938 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Jelas di sini bahawa tujuan laporan ini adalah untuk membina semula dan
mengembangkan setiap sistem pendidikan dan tidak menyentuh tentang perpaduan
kaum. Dapat dilihat di sini bahawa syor-syor dalam Laporan Cheeseman tidak
dilaksanakan semata-mata kerana kerajaan terpaksa membina semula sekolah-
sekolah yang telah musnah semasa peperangan berlaku.

3.1.4 Laporan Barnes

Pada tahun 1950, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes telah
ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan untuk kaum
Melayu. Laporan Jawatankuasa mengenai pendidikan Melayu atau Laporan Barnes
(1951) mengesyorkan seluruh sistem pendidikan dirombak semula serta
mencadangkan:
1. Matlamat pendidikan ke arah membentuk satu rupa bangsa
berasaskan pelbagai kaum.
2. Semua sekolah vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah
kebangsaan.
3. Sekolah kebangsaan hanya menggunakan bahasa Inggeris atau
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah
rendah. Salah satu bahasa ini akan digunakan secara meluas sebagai
bahasa kedua.
4. Kanak-kanak berumur 6-12 tahun yang menerima pendidikan di
37
sekolah kebangsaan diberi pendidikan percuma.
5. Setelah tamat pendidikan sekolah rendah, murid-murid yang
meneruskan pelajaran ke peringkat menengah akan menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
6. Pembinaan sekolah vokasional yang moden.
7. Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti Sains, Seni
Perusahaan dan Sains Rumah Tangga.
8. Pentadbiran dana kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung
oleh Penguasa Pelajaran Setempat dan kerajaan.
9. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.
10. Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil
Persekolahan.

Walau bagaimanapun, Laporan Barnes dan syor-syor yang disebutkan di atas


telah mendapat tentangan hebat, terutama daripada kaum Cina. Mereka
berpendapat laporan ini merupakan usaha untuk menghapuskan bahasa dan
kebudayaan mereka.

3.1.5 Laporan Fenn-Wu

Ekoran tentangan Laporan Barnes, Sir Henry Gurney melantik sebuah jawatankuasa
baharu pada 1951. Jawatankuasa ini diketuai oleh dua orang penasihat daripada
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Mereka ialah Dr. W.O. Fenn dan Dr. Wu
Teh Yau. Laporan Fenn-Wu mendapati bahawa:

1. Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa Inggeris


sebagai bahasa antarabangsa, namun orang Cina perlu diberi peluang
untuk membentuk kebudayaan negara.
2. Galakan diberikan kepada orang Cina untuk menguasai bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris.
3. Orang Cina digalakkan oleh kerajaan Inggeris untuk menguasai ketiga-
tiga bahasa.
4. Pengajaran bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
hendaklah diperbaiki.
38
5. Guru terlatih bagi sekolah Cina tidak mencukupi.
6. Bantuan kewangan untuk sekolah Cina perlu ditambah.
7. Buku teks sekolah Cina, terutama dari negara China dan Hong Kong
perlu disemak dan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.
8. Dasar Pendidikan Negara hendaklah ke arah matlamat membentuk
kewarganegaraan Melayu.
9. Sekolah-sekolah mesti menyediakan kanak-kanak untuk menempuh
semua aspek kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan
masyarakat Melayu.

3.1.6 Ordinan Pelajaran 1952

Pihak Inggeris meneliti laporan-laporan di atas dan mendapati bahawa cadangan-


cadangan yang dikemukakan tidak sama. Oleh itu, kerajaan Inggeris menubuhkan
sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut.
jawatankuasa ini mengemukakan cadangan seperti di bawah:

1. Mengadakan dua sistem persekolahan, iaitu sekolah yang


menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
2. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda
mereka.
3. Pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris, manakala
bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu.

Laporan ini telah dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan telah


diluluskan pada September 1951 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran
1952. Ordinan ini menetapkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem
persekolahan di Persekutuan Tanah Melayu. Sekolah vernakular Cina dan Tamil
tidak diterima sebagai sebahagian daripada sistem persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan bahasa Tamil dicadangkan diajar sebagai bahasa ketiga.

39
Namun cadangan-cadangan Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan
kerana masalah kewangan. Oleh itu, sebuah lagi jawatankuasa khas ditubuhkan
untuk mengkaji kaedah cadangan-cadangan tersebut boleh dilaksanakan. Antara
cadangan tersebut adalah penggunaan dua bahasa di sekolah Melayu dan tiga
bahasa di sekolah Cina dan sekolah Tamil, mengehadkan kemasukan pelajar ke
sekolah Inggeris dan memulakan pendidikan menengah vokasional. Namun begitu,
atas faktor kekurangan wang, maka cadangan-cadangan ini tidak dapat dijalankan.

3.2. Sistem Pendidikan Selepas Merdeka

Sistem pendidikan di Malaysia berkembang pesat sebaik sahaja negara mencapai


kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ini jelas terbukti dengan terdapatnya Penyata
Razak (1957), Laporan Rahman Talib (1959), Akta Pendidikan (1961) Laporan
Aminuddin Baki (1964), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1974) Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025)

Penulisan berikut ialah pelaporan tentang perkara yang berlaku selepas


Malaysia mencapai kemerdekaan. Banyak tinjauan berbentuk kajian dijalankan
untuk memperoleh pendapat para pendidik dan penduduk di Malaysia. Semua ini
dijalankan supaya suatu sistem pendidikan dapat diwujudkan untuk membentuk
warga Malaysia yang makmur dan bersatu padu.

3.2.1. Penyata Razak (1957)

Laporan ini memberikan penekanan kepada dua perkara, iaitu perpaduan kaum dan
penghasilan tenaga kerja. Tujuan utama laporan ini diadakan adalah untuk:
1. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan mengembangkan
sistem pendidikan.
3. Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa
Tanah Melayu.
4. Merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu.

40
5. Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan
berkesan.
6. Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.
7. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal
dan progresif.

Maka dengan adanya laporan ini, syor-syor yang berikut disediakan:


1. Dasar pelajaran ialah tanggungjawab Menteri Pelajaran yang juga
bertanggungjawab atas pelajaran menengah dan latihan guru.
2. Pihak Berkuasa Pelajaran Tempatan bertanggungjawab ke atas
pelajaran sekolah rendah dan pelajaran pertukangan.
3. Guru-guru akan menerima latihan yang serupa.
4. Penubuhan Jemaah Nazir-Nazir Sekolah.
5. Penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah di semua sekolah.
6. Penubuhan skim perkhidmatan yang sama bagi semua guru.
7. Dua jenis sekolah, iaitu sekolah rendah dan menengah persendirian,
serta sekolah rendah dan menengah yang menerima bantuan.
8. Sekolah rendah terdiri daripada sekolah umum (bahasa pengantar
ialah bahasa Melayu) dan sekolah jenis umum (bahasa pengantar
ialah Mandarin, Tamil atau Inggeris).
9. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi bahasa wajib di semua
sekolah. Jika perlu, bahasa pengantar dalam bahasa lain boleh
digunakan.
10. Hanya satu jenis sekolah menengah. Sekolah ini terbuka kepada
semua bangsa dan menggunakan satu sukatan pelajaran dan
kurikulum. Semua bahasa boleh dimasukkan yang mengambil kira
kebudayaan Tanah Melayu.
11. Calon daripada semua sekolah menengah mula mengambil
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan
Tanah Melayu.
12. Dirancang juga pelajaran menengah lanjutan dan sambilan.
13. Penyusunan semula pelajaran teknik.
14. Pengawalan saiz sekolah dan bilik darjah.

41
15. Semua sekolah diorientasikan supaya bersifat kemelayuan dan
memperkenalkan sukatan pelajaran serta jadual waktu yang sama bagi
semua sekolah.

Cadangan di atas telah diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan


disahkan oleh Ordinan Pelajaran Tahun 1957.

3.2.2. Laporan Rahman Talib 1960

Selepas pilihan raya 1959, sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Encik Abdul
Rahman Talib telah ditubuhkan untuk mengkaji semula syor-syor yang
diketengahkan dalam Laporan Razak. Syor-syor laporan ini adalah seperti berikut:
1. Semua kanak-kanak sekolah rendah diberi pelajaran percuma yang
bermula tahun 1962.
2. Semua sekolah rendah bantuan akan dijadikan sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan.
3. Penubuhan sekolah pelajaran lanjutan bermakna dinaikkan umur untuk
berhenti sekolah kepada 15 tahun. Hal ini membolehkan pelajar
menyambung pelajaran selama tiga tahun lagi yakni pelajaran
perusahaan ditekankan.
4. Pelajar dinaikkan darjah secara automatik dengan syarat diadakan
peperiksaan sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan juga
peperiksaan tahunan.
5. Bantuan separuh dihentikan mulai 1 Januari 1962. Sekolah
persendirian diberi kebenaran untuk diteruskan tetapi beberapa syarat
perlu dipatuhi.
6. Semua peperiksaan diadakan dalam bahasa rasmi sahaja.
7. Guru-guru dijamin untuk menerima gaji mereka sebaik sahaja sekolah
mereka menjadi sekolah bantuan penuh.
8. Sistem Lembaga Pelajaran Tempatan digantung.
9. Sistem Jemaah Pengurus atau Pengelola diteruskan. Kenaikan
pangkat perlu disahkan oleh Menteri Pelajaran.
10. Penubuhan Jemaah Penasihat Pelajaran Negara dan Jemaah
Penasihat Pelajaran Negeri.
42
11. Sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah teknik
diadakan.
12. Penambahan sekolah lanjutan kampung yang menyediakan pelajaran
vokasional dan menekankan pelajaran perusahaan kampung menuju
kepada Sijil Rendah Pelajaran dan dibuka kepada lelaki dan
perempuan.
13. Penambahan guru terlatih terutama yang mengajarkan mata pelajaran
vokasional dan guru bahasa Melayu.
14. Pelajaran agama Islam disediakan di semua sekolah bantuan yang
mempunyai pelajar Islam tidak kurang daripada 15 orang.
15. Perbelanjaan pengajaran di sekolah rendah dibahagi antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri. Di sekolah menengah bantuan,
perbelanjaan tersebut ditanggung oleh kerajaan persekutuan.
16. Mengatur langkah lanjutan untuk mengukuhkan kedudukan bahasa
kebangsaan dalam sistem pelajaran di negara ini.
17. Membentuk Jemaah Nazir Tempatan.
18. Menitikberatkan pendidikan akhlak.

3.2.3. Akta Pendidikan 1961

Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam pendahuluan Akta


Pelajaran, 1961, iaitu:

"Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan


Pelajaran, 1957 adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan
dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya ..."

Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya,


Kementerian Pendidikan dengan berpandukan Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak
sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ('tenaga rakyat' ialah istilah
yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.Akta
ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang
43
bercorak kebangsaan yang memberikan tumpuan atau penekanan kepada perkara-
perkara berikut:
1. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
2. Penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah.
3. Pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid.

Tujuan utama Sistem Pendidikan Kebangsaan menekankan perkara-perkara


di atas adalah untuk mewujudkan satu bentuk identiti kebangsaan yang
menyumbang ke arah perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di
negara ini.

3.2.4. Laporan Aminuddin Baki 1964

Pada bulan September 1955, Encik Aminuddin Baki telah terlibat dalam
menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula beliau dipilih
sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman.
Berlandaskan Laporan Aminuddin Baki, sistem pendidikan aneka jurusan bagi
sekolah menengah rendah telah dimulakan pada 1965 untuk menggantikan sekolah
pelajaran lanjutan yang telah dimansuhkan. Dengan ini, semua pelajar yang tamat
pelajaran rendah selama enam tahun ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran
mereka ke tingkatan satu atau kelas peralihan untuk meneruskan pelajaran
menengah selama tiga tahun lagi. Pendidikan aneka jurusan ini disediakan kerana:

1. Pelajaran menengah rendah selama tiga tahun selepas pelajaran


sekolah rendah perlu disediakan sejajar dengan dasar kerajaan untuk
menaikkan umur berhenti sekolah kepada 15 tahun.
2. Perlu menyediakan pelajar menjawat jawatan yang sesuai setelah
mereka tamat pengajian.
3. Menyediakan peluang pelbagai jenis pekerjaan apabila mereka tamat
pengajian berdasarkan bakat dan kebolehan mereka.
4. Boleh mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat melahirkan pelbagai
tenaga manusia yang berkemahiran untuk memenuhi kehendak tenaga
kerja negara.

44
3.2.5. Laporan Jawatankuasa Kabinet

Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974. Perubahan yang


disyorkan olehJjawatankuasa Kabinet bagi mencapai matlamat pendidikan sekolah
rendah ialah seperti yang berikut:
1. Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan
pelajar mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang
komunikasi, manusia dengan alam sekitar dan perkembangan diri
individu yang merangkumi aspek-aspek pendidikan asas.
2. Kurikulum pada masa itu perlu disusun untuk membolehkan pelajar
lemah menguasai kemahiran asas dan pelajar cerdas lebih maju.
3. Kajian semula untuk menentukan cara-cara penyediaan guru dan jenis
perkhidmatan.
4. Susunan bilik darjah perlu dikaji semula untuk memenuhi pendekatan
pengajaran dan pembelajaran masa kini.
5. Mengekalkan kenaikan darjah secara automatik.
6. Menyediakan pendidikan pemulihan bagi pelajar lemah. Jika pelajar
terlalu lemah, mereka dibenarkan mengulang tahun pengajian
berkenaan. Penggunaan ujian rujukan kriteria perlu diperluas.
7. Memperbaiki kaedah mengajar, bahan bantu mengajar dan peruntukan
guru bagi pendidikan pemulihan.

Perubahan yang disyorkan oleh Jawatankuasa Kabinet bagi mencapai matlamat


pendidikan sekolah menengah rendah ialah seperti yang berikut:

1. Kurikulum pada peringkat ini mesti berkembang daripada kurikulum


sekolah rendah iaitu mengukuhkan pendidikan asas.
2. Pelajar didedahkan kepada bidang teknik dan vokasional pada
peringkat menengah rendah secara meluas.
3. Jurusan perdagangan diberi perhatian khas.
4. Catatan pangkat pencapaian untuk tiap-tiap mata pelajaran yang lulus.
5. Memperkenalkan ujian rujukan kriteria dan pendidikan peralihan pada
peringkat menengah rendah.

45
6. Melanjutkan tempoh persekolahan umum dari 9 tahun kepada 11
tahun. Keutamaan diberikan kepada usaha membaiki dan
meningkatkan taraf pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan mundur.

3.2.6 Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 bertujuan memansuhkan
Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 telah mengemukakan
satu undang-undang baharu tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar
pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh FPK dijangka dapat dicapai
melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang memperuntukan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan dan
peperiksaan yang sama. Pendidikan yang disediakan melalui akta ini adalah
pelbagai dan komprehensif skopnya serta dapat memenuhi keperluan negara dan
memupuk perpaduan melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

Akta Pendidikan 1996 bukan sahaja dapat memantapkan sistem pendidikan


kebangsaan tetapi memperluas skop pendidikan di negara kita. Akta ini meliputi
semua kategori sekolah kecuali sekolah antarabangsa dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Semua sekolah kebangsaan harus menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar, satu kurikulum dan peperiksaan awam yang sama.
Selain itu, akta ini juga menyediakan peluang untuk peningkatan pendidikan
prasekolah, pendidikan perguruan, pendidikan khas, pendidikan swasta dan
pendidikan teknikal. Pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua diteruskan
dan pengajaran bahasa asing turut digalakkan di samping memberikan keutamaan
kepada pendidikan nilai-nilai murni.

3.2.7 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

Bagi mencapai Wawasan 2020 serta meningkatkan tahap produktiviti dan daya
saing negara dalam menghadapi cabaran abad ke 21, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka. PIPP ini bertujuan merealisasikan satu
sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.
46
Terdapat enam teras strategik bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara
iaitu;
Teras 1: Membina Negara Bangsa
Teras 2: Membangunkan Modal Insan
Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia


mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga
dalam pelbagai jenis pekerjaan. Selain itu, pelajar akan dilengkapi kemahiran,
komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat
(TMK) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak
secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai
tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi


kepada sekolah rendah kerana pada peringkat ini sekolah memainkan peranan
penting dalam menyemai serta memupuk perpaduan antara kaum dari peringkat
awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah:
1. Infrastruktur lengkap dan berkualiti
2. Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar
menguasai 3M
3. Beraspirasi nasional
4. Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil
5. Pencapaian akademik cemerlang
6. Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi
7. Iklim dan budaya sekolah yang sihat
8. Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan
9. Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan
10. Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang

47
PIPP diharapkan dapat mengurangkan jurang pencapaian akademik dan jurang
digital antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan
pendidikan luar bandar di seluruh negara. Di samping itu, PIPP turut memfokuskan
peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar.
KPM juga mewajibkan guru-guru yang baru tamat pengajian perguruan dari Institut
Pendidikan Guru (IPG) dan mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) berkhidmat di
kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. Usaha-usaha seperti
menambah baik insentif, mewujudkan skim insurans khusus dan menyediakan
rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna bagi para guru yang berkhidmat di
pedalaman dilaksanakan.

Dalam usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia,


dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras
yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi
pendidikan yang sedia ada mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing.
Institusi-institusi model ini akan dibangunkan supaya menjadi showcase di peringkat
antarabangsa.

Pengajaran dan pembelajaran di sekolah pondok dijalankan dengan kaedah


yang lebih sistematik berbanding dengan pengajian di surau atau madrasah. Waktu
pembelajaran berlaku selepas waktu subuh, petang dan malam. Pada sebelah pagi,
para pelajar menjalankan kegiatan bertani, menangkap ikan, mencari kayu api dan
mengangkut air. Tujuannya adalah untuk membantu para guru menyara hidup
mereka. Yuran pengajian tidak ditetapkan jumlahnya oleh pihak pentadbir. Namun
bagi pelajar yang berasal daripada keluarga yang berkemampuan, mereka
digalakkan untuk membantu dengan menderma bagi memajukan infrastruktur
sekolah. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, mereka akan membawa buah
tangan seperti beras, pakaian dan keperluan lain dari rumah untuk guru mereka.

Kaedah pembelajaran yang utama pada masa itu adalah secara hafalan. Bagi
pengajaran al-Quran, pelajar akan mengeja dan membaca berulang-ulang sehingga
mereka dapat menghafal surah-surah dalam al-Quran dengan lancar. Dalam
pengajaran fiqah pula, pelajar mengingati hukum-hukum yang berkaitan dengan
syariat Islam. Seseorang pelajar dianggap telah menamatkan pengajian apabila
sudah empat atau lima kali khatam.

48
Bermula pada abad ke-18, ramai tokoh ulama Islam terdapat di Terengganu,
Kelantan dan Kedah. Tokoh-tokoh yang terdapat di Terengganu ialah Sheikh Abdul
Malik bin Abdullah (dikenali sebagai Tok Rulau Manis), Sheikh Daud bin Abdullah al-
Fatani (dikenali juga Tok Sheikh Duyung), Sheikh Abdul Kadir dan Sayid Muhamad
bin Zainal Abidin. Tokoh-tokoh di Kelantan pula terdiri daripada Tok Selehor, Tok
Padang Jelapang, Tok Kemuning, Tok Bacok dan Tok Kenali. Tokoh-tokoh dari
Kedah pula ialah Haji Muhammad Taib Mufti, Haji Muhammad Noor, Haji
Muhammad Aji, Haji Muhammad Salleh Penaga, Haji Sahar, Sheikh Waksa dan Haji
Muhammad Tamin.

Setelah masa berlalu, sekolah-sekolah pondok ini juga telah ditubuhkan di


semua negeri di Tanah Melayu termasuk Singapura. Organisasi dan reka bentuk
sekolah pondok adalah berlainan untuk setiap negeri, manakala sistem dan
organisasi pendidikan yang terbentuk adalah tidak formal.

3.3 Pendidikan Masa Kini

Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara


secara menyeluruh pada Oktober 2011 dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang baharu. Input telah diperolehi
daripada pelbagai sumber; laporan penyelidikan oleh pakar pendidikan dari
UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini
melibatkan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid, dan orang ramai di seluruh
negara. PPPM telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan
mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras
antarabangsa. PPPM telah mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang
perlu dilaksanakan bagi mencapai visi yang dihasratkan.

PPPM merupakan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan meluas


yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelan ini
dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:
1. Tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard
(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan

49
perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan
sistem.
2. Visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan
secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.
3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif bagi
memenuhi harapan tinggi masyarakat, dan menyokong transformasi
perkhidmatan awam.

3.3.1 Aspirasi Sistem Pendidikan

Generasi murid yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk berdepan dengan


cabaran ekonomi abad ke-21. Aspirasi ini merangkumi aspek sistem pendidikan
secara keseluruhan dan murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi
landasan transformasi sistem pendidikan Malaysia. Ianya berhasrat untuk mencapai
lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses,
kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Keberhasilan yang ditetapkan ini selari
dengan aspirasi yang turut disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan
setanding juga dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan
berprestasi tinggi yang lain.

1. Akses

Setiap kanak-kanak berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi


membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat
memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat
prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.

2. Kualiti

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan


keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan
antarabangsa. Aspirasi negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok
sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan
PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan,
50
Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi
kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi
itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.

3. Ekuiti

Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada


setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang
sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian
antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian
antara gender sehingga 50% menjelang 2020.

4 Perpaduan

Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat
daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid daripada
pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, akan dapat belajar
memahami, menerima dan menghayati perbezaan.

5. Kecekapan

Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun


peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah
disalurkan. Walaupun tahap pelaburan semasa dikekalkan, KPM berhasrat untuk
memaksimumkan keberhasilan murid.

3.3.2 Aspirasi Murid

Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti
yang perlu ada pada setiap individu murid. Secara keseluruhan, pendidik, ibu bapa,
murid, dan ahli masyarakat lain bersatu pendapat dalam visi pendidikan sebagai
wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani. PPPM juga merujuk kepada sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain
untuk membina perincian bagi kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan
51
kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan
dunia global masa hadapan.

1. Pengetahuan

Pada peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya


kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai
mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains, selain pengetahuan am tentang
Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga
digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti
seni, muzik, dan sukan.

2. Kemahiran Berfikir

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan
mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat), membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan
mencipta ilmu baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif
termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini perlu
diberikan lebih perhatian, supaya murid berupaya mengaplikasi ilmu pengetahuan
dan berupaya berfikir secara kritis.

3. Kemahiran Memimpin

Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi


sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk
bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Aspek kepimpinan
merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi,
dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

4. Kemahiran Dwibahasa

Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan


dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
52
antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Mempelajari bahasa lain
sebagai bahasa tambahan juga digalakkan.

5. Etika dan Kerohanian

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi
mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa. Hal ini akan
membolehkan mereka menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat
pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal,
penyayang serta berani melakukan sesuatu yang betul.

6. Identiti Nasional

Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik,
agama atau status sosioekonomi.

Rumusan

KPM memang sentiasa berusaha memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada
bagi mencapai hasrat dan cita-citanya melalui sokongan dan komitmen dari semua
pihak. Ini perlu bagi mencapai masa hadapan yang lebih cerah bagi anak-anak
Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk menjadikan
cita-cita ini suatu realisasi.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Aktiviti 1

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Perkembangan Pendidikan di


Malaysia dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-

53
sumber lain, sumber rujukan dan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan
yang lain.

 Layari internet untuk mendapatkan isu-isu berkaitan


pendidikan semasa. Bincangkan isu-isu tersebut secara
lebih mendalam bersama rakan-rakan di kelas.

 Bincangkan impak 11 anjakan strategik dan operasi


seperti yang telah disenaraikan dalam PPPM.

Aktiviti 2

Rujuk pelbagai sumber yang berkaitan dengan PPPM untuk


pemahaman yang lebih menyeluruh (2013-2015).

Bina satu peta minda untuk menunjukkan pemahaman anda.

Perbincangan

Kenal pasti elemen penting dalam PPPM 2013-2015 berkaitan pendidikan


Sekolah Menengah.

Bincangkan.

54
Aktiviti 3

Lengkapkan jadual di bawah

Perkara-perkara penting yang disyorkan


Laporan Pendidikan

Laporan Fern-Wu

Penyata Razak

Laporan Rahman
Talib

Akta Pendidikan
1961

Laporan
Jawatankuasa
Kabinet 1974

Refleksi

Muat turun PPPM 2013-2025 dari laman www.moe.gov.my. Pilih satu bab
dalam PPPM tersebut dan bentangkan isi kandungannya kepada rakan-
rakan sekelas. Kemudian jelaskan juga peranan anda sebagai pelaksana
kandungan PPM tersebut.

Adakah peranan itu sudah anda laksanakan?

55
RUJUKAN

Education development plan for Malaysia 2001-2010. (n.d.). Retrieved July 30,
2015 from http://planipolis.iiep.unesco.org/upload/Malaysia/Malaysia
Education development plan 2001-2010 summary.pdf

Haliza Hamzah., & Joy Nesamalar Samuel (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan (Siri Pendidikan Guru). Subang
Jaya: Kumpulan Budiman.

Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid
dan alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.

Noriati, A. Rashid, Lee, K.C., Zulkufli Mahayudin., & Zakiah Noordin. (2012).
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur:
Oxford Fajar.

Noriati, A. Rashid, Lee, K.C., Zulkufli Mahayudin., & Zakiah Noordin. (2014).
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Edisi ke 2 (Siri Pendidikan Guru). Kuala
Lumpur: Oxford Fajar.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2015. (n.d.). Retrieved July 25,


2015 from
http://www.sazlie.com/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=
2&Itemid=99999999

Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood


Cliff: Prentice Hall Ltd.

Suppiah Nachiappan (2014). Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Perak:


Perpustakaan Negara Malaysia.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008).
Psikologi Pendidikan(Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.

56
PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN
EDUP2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

NAMA KELAYAKAN
EN MOHD SALLEH BIN MAHAT Kelulusan:
Sarjana Pendidikan (Perancangan dan
Pensyarah Pentadbiran Pendidikan) UM
IPG Kampus Batu Lintang,
Jalan Kolej, Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian
93200 Kuching (Sejarah/Sains Politik) USM

Sijil Perguruan Asas MPRM Seremban


(BM&SEJ)

Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

PN LYDIA ZULAIFA SULLANG BINTI Kelulusan:


ABDULLAH Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) UUM

Pensyarah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian


IPG Kampus Batu Lintang, UNIMAS
Jalan Kolej,
93200 Kuching. Diploma Pendidikan IPGKBL
(B&K dan Kemahiran Hidup)

Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

57
PANEL PEMURNI MODUL PEMBELAJARAN
EDUP2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

NAMA KELAYAKAN

SARDI BIN AHMAD Kelulusan:


Sarjana Pendidikan (Pentadbiran dan
Pensyarah Pengurusan Pendidikan)
IPG Kampus Pendidikan Teknik, UPSI.
Pusat Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Sarjana Muda Pendidikan (PBMP)
UPM Serdang.

Sijil Perguruan Asas MPSI Tg. Malim (PMIA).

Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
.

Yong Lee Choo Kelulusan:


Sarjana Pendidikan (Pentadbiran dan
Pensyarah Perancangan Pendidikan)
IPG Kampus bahasa Antarabangsa UM
59200 Kuala Lumpur
Bachelor Pendidikan (TESL)
UPM Serdang.

Sijil Perguruan Asas (Pengajian Inggeris


Maktab Perguruan Ipoh Hulu Kinta.

Sijil Perguruan Khas (Pengajian Inggeris)


MPIK KL

Pengalaman:
Pensyarah Cemerlang, Jabatan Bahasa
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

Cheok Mei Lick Kelulusan:


M.Sc TESL
Pensyarah UPM Serdang
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
75900 Melaka B.Ed (Hons) ELT & Secondary Education
University of Exeter, UK

PGCE (Training of Trainers)


University College of St. Mark & ST. John (UK)

Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

58
Mahani binti Ibrahim Kelulusan:
Sarjana Pengajian Melayu
Pensyarah UM, KL
IPG Kampus Pendidikan Teknik,
Pusat Pendidikan Nilai B.A (Hons) Antropologi & Sosiologi.
71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan UKM, Bangi

Diploma Pendidikan
Intitut Bahasa
KL

Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

59
60

Anda mungkin juga menyukai