Skrip 1 Drama Sains Is Fun
Skrip 1 Drama Sains Is Fun
TAJUK : ROKET
(Nyanyian Lagu)
https://www.youtube.com/watch?v=WtY9VWreeWs (chici)
Kapten INTAN : Eh, awak pula Kapten ILYA. Tadi Kapten FIRDAUS dengan
makhluk asingnya. Sekarang awak pula dengan dinasour. Kamu
berdua ni dah kenapa?
Kapten ILYA : Hahaha.. Saja.. Saya bosan hari ni. Teringat haritu anak saudara
saya bercerita mengenai filem THE GOOD DINASOUR.
Kapten ANIS : Hai… macam2 awak berdua ni.
Kapten ILYA : Apa yang kamu semua bualkan?
Kapten INTAN : Ni ha.. tentang makhluk asing di Planet Marikh. Benarkah
kewujudannya?
Kapten ILYA : Oh.. satu topik yang menarik.
Kapten FIRDAUS Ya..
:
Kapten ANIS : Kapten ILYA, bila awak bercakap mengenai dinasour ni,saya
akan teringat kaitan Marikh dengan dinasour.
Kapten FIRDAUS Cuba terangkan..
:
Kapten ANIS : Dikatakan beratus juta tahun yang lalu, keadaan di planet Marikh
telah berubah dari “sederhana panas dan basah” kepada “sejuk
1
dan kering”. Ini mungkin disebabkan oleh pelanggaran oleh
asteroid yang besar dan membuat planet Marikh menjadi sejuk
dan kering.
Kapten ANIS : China dan Jepun juga pernah melancarkan kapal angkasa ke
Marikh tapi GAGAL.
Kapten ILYA : Ya. Kapten ANIS. Pada tahun 2013, India telah berjaya
melancarkan roket yang membawa misi pertama negara itu ke
Marikh.
Kapten ANIS : Ya. Negara India bercita-cita besar menjadi negara Asia yang
pertama menjejak Marikh dengan teknologi angkasa yang
relatifnya jauh lebih murah dari segi kos.
Kapten INTAN : Mungkinkah Malaysia akan menjadi negara Asia kedua selepas
India?
Kapten FIRDAUS Wah, kagum saya dengan semangat kamu Kapten INTAN.
:
Kapten INTAN : Tidak mustahil kalau berusaha ni.
Kapten ANIS : Betul tu Kapten intan.
Kapten Ilya : Ya. Untuk ke Marikh, kita perlu mencipta roket yang mampu
melepasi orbit bumi.
Kapten FIRDAUS Ya. Ayuh, kita fikirkan roket yang sesuai untuk ke Marikh!
:
(Mereka berkata serentak sambil menunjukkan semangat yang
tinggi)
Penceritaan Kemudian, mereka semua diam sejenak memikirkan ciri-ciri roket terbaik untuk
meneroka Planet Marikh. Akhirnya, Kapten FIRDAUS memulakan pendapatnya.
Kapten FIRDAUS Kita memerlukan roket yang besar dan berteknologi tinggi.
:
Kapten INTAN : Mesti mahal.
Kapten FIRDAUS Ya Kapten INTAN. Alternatif begitulah yang digunakan oleh
: negara maju yang lain.
Kapten ANIS : Ya betul Kapten FIRDAUS.Tetapi, saya pula berpandangan
adalah lebih baik kita menggunakan alternatif seperti Negara
India.
Kapten INTAN: Macamana tu Kapten ANIS?
Kapten ANIS: RoketIndia direkabentuk jauh lebih kecil dan menjimatkan bahan
api. Ia memulakan pelancaran roket dengan menghantar kapal
angkasa ke orbit yang paling rendah ke orbit paling tinggi. Jadi
pembakaran bahan api tidak banyak digunakan.
Kapten Firdaus : Oh! Begitu..
Kapten ILYA : Emm… jika begitu, kita harus berfikir dari pelbagai sudut. Kita
harus mempertimbangkan dari segi kos yang pelbagai.
2
Kapten ANIS: Ya. Kita mesti lakukan yang terbaik!
Untuk meneroka Marikh bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai peralatan dan
alat bantu yang diperlukan untuk menjayakan misi ini.
No 2
ANGKASAWAN MALAYSIA MENEROKA PLANET MARIKH
Kapten FIRDAUS Dengan tercipta roket ‘MAS-TM’ (Malaysia To Mars) ini, saya
: berasa lebih bersemangat untuk meneroka Planet Marikh.
Kapten ANIS : Hahaha.. Itu la.. Tak payahla nak ferrari, Lambourghini
bagai..Gah tak penting.. yang pasti kene sesuai la.
Kapten INTAN: Ya, betul tu. KERETA Rover tu bagus. Tapi kita kena hantar
tanpa pemandu dulu untuk tinjau apa patut.
Kapten ANIS : Ya, betul tu Kapten INTAN. Kalau boleh Rover boleh ambil
gambar dan pengesan khas.
Kapten INTAN : Betul. Nak tahu tak? A.S ada juga tau hantar rover ni. Kecil je
dan untuk tengok geologi dan habitat di planet di Marikh.
Kapten FIRDAUS Wah! Menarik. Lepas nie nak bina untuk Malaysia
: la..yahoo!!!saya nak warna hijau.
3
Kapten ILYA: Lebih baik kita hasilkan Rover berwarna Merah lagipun
Marikh kan dikenali Planet Merah!!
Kapten INTAN: Saya nak warna biru!
Kapten ANIS : Ala.. nak warna pink!!
Kapten Firdaus: Pink?? Eee…yakkk! GEGURL SANGAT!!..BUWEKKK..
Kapten ANIS : Hahahaha…
Kapten Intan : OK saya ada idea. JOM KITA LATALILAT!!!
Penceritaan Dan…mereka pon bersetuju untuk menghasilkan Rover untuk menjelajah Marikh
nanti.
Penceritaan Adik-adik, sabagai bakal jurutera dan angkasawan, mari kita sama-sama
membantu angkasawan-angkasawan ini menghasilkan Rover ke Marikh. Ayuh!
No 3
TAJUK : SOFT-LANDING
Penceritaan Terima kasih adik-adik kerana telah membantu empat angkasawan tersebut
menghasilkan ‘Rover’ untuk menjayakan misi mereka meneroka Planet Marikh.
Kapten ANIS : Saya rasa, untuk peringkat permulaan, adalah lebih baik kita
menggunakan sistem beg udara terlebih dahulu. Jika berjaya,
barulah kita membuat penambahbaikan yang seterusnya.
Kapten R,S,H : Ya, Kami Setuju! Lets do it!
(Nyanyian Lagu)
Penceritaan Ya adik-adik. Bukan mudah untuk kita meneroka angkasa lepas. Pelbagai peralatan
perlu kita bina untuk menjayakan misi tersebut. Sekarang, mari kita membantu
angkasawan-angkasawan ini membina sistem beg udara untuk mendaratkan
‘Rover’ mereka dengan selamat. Jom!
No 4
EKSPERIMEN : ROBO-ARM
Penceritaan Tahukah adik-adik bagaimana NASA meneroka permukaan planet, bulan atau
asteroid? Mari kita sama-sama saksikan sketsa ini.
Sketsa (Kelihatan Kapten ILYA dan Kapten FIRDAUS membuat gaya tangan Robot)
(Mereka mundar-mandir ke sana-sini)
Kapten ANIS : Pulak dah.. Kenapa kamu berdua menjadi robot plak ni?
Kapten FIRDAUS Sebenarnya Kapten ANIS, untuk meneroka permukaan planet,
: bulan dan asteroid, ‘Rover’ menggunakan lengan robotik
mekanikal untuk mengutip sampel, mengambil gambar atau
memantau persekitaran.
Kapten ILYA : Ya.. Jadi, sekarang ini, kami sedang mempraktikkan lengan
robotik tersebut.
(Kapten FIRDAUS dan Kapten ILYA sekali lagi membuat pergerakan lengan robotik)
Penceritaan Adik-adik, sekali lagi mari kita membantu angkasawan ini menghasilkan lengan
robotik yang mereka inginkan. Semoga berjaya!
No 5
Sketsa Kapten ANIS : Wah! Kapten FIRDAUS dan ILYA, kamu berdua kelihatan
kacak dengan lengkap berpakaian angkasawan.
Kapten INTAN : Ya betul. Kamu berdua kelihatan kacak.
Kapten FIRDAUS: Hahaha..Terima kasih.
Kapten ILYA : Sebenarnya, pakaian angkasawan ini bukan membuatkan
kami kelihatan kacak…
(dalam nada bergurau)
6
Kapten INTAN : Ya.. Ya.. Saya tahu itu. Sebenarnya, saya sangat teruja
dengan ekspedisi kita kali ini. Saya tidak sabar untuk melihat
Marikh.
Kapten ANIS : Ya. Saya juga. Planet Marikh merupakan planet yang keempat
dalam sistem suria kita.
Kapten ILYA : Ya. Saya pun berasa sangat teruja. Saya tidak sabar untuk
melihat Marikh yang juga dikenali sebagai Planet Merah.
Kapten FIRDAUS Betul tu Kapten ILYA. Marikh dikenali sebagai Planet Merah
: kerana sempena warna kemerahannya di langit pada waktu
malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap
satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini mempunyai
kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida.
Kapten INTAN : Ya. Sebab tu misi kali ini sangat menarik. Saya harap kita dapat
melaksanakannya dengan baik.
Kapten ANIS : Semoga kita berjaya.
7
Kapten ILYA : Saya rasa saya nak tukar fikiran. Kapten ANIS, saya fikir awak
yang paling layak untuk menjadi angkasawan pertama
menjejaki Planet Marikh.
Kapten ANIS : Eh, bukan saya. Kapten FIRDAUS yang paling layak.
Kapten FIRDAUS Oh, Tidak! Memandangkan kita semua ada sedikit perasaan
: takut, maka kapten yang paling berani perlu menjadi orang
pertama. Kapten INTAN, awaklah yang paling layak.
Kapten INTAN : Tidak..tidak..tidak… Kapten ILYA, awak yang paling layak.
Semua sudah setuju bahawa awak orang pertama yang akan
menjejaki Marikh.
Kapten ILYA : Saya tidak mahu. Saya tidak mahu.
(Mereka saling menunding jari untuk menentukan angkasawan yang paling layak
menjadi orang pertama menjejaki Planet Marikh)
Penceritaan Mereka terus berbalah sehingga akhirnya mereka menyedari kapal angkasa telah
mendarat dengan bunyi yang sangat kuat.
(Bunyi dentuman)