Anda di halaman 1dari 50

KOLEKSI KERTAS

RAMALAN PEPERIKSAAN

SPM 2019

SEJARAH
JAWAPAN LENGKAP
DISEDIAKAN
KERTAS 1
(40 markah)
Masa : 1 jam

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

Soalan 1-12 dipetik dari Buku Firasat SPM Kertas Model SPM Sejarah 2019 terbitan Ilmu Bakti

1. Konsep tamadun dalam Islam merangkumi


A Lahiriah dan falsafah
B Lahiriah dan kerohanian
C Pembudayaan dan ketuhanan
D Pembadaran dan ketamadunan
2. Tamadun Mesopotamia telah memperkenalkan Kod Undang-Undang Hammurabi.
Apakah kepentingan kod undang-undang tersebut?
A Membentuk pemerintahan teokrasi
B Mengukuhkan organisasi masyarakat
C Melahirkan sistem tulisan Cuneiform
D Menjamin keutuhan Maharaja Hammurabi
3. Maklumat berikut berkaitan dengan ahli falsafah Yunani iaitu Plato.
Pandangan Plato mengenai undang-undang

Negara harus diperintah oleh ahli falsafah

Mengapakah negara harus diperintah oleh ahli falsafah?


A Jujur dan amanah
B Cekap dan terbaik
C Rajin dan cermat
D Berani dan kuat
4. Pendidikan dalam tamadun Rom amat menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan
semangat setia kepada Rom.
Apakah kesan penekanan tersebut?
A Melahirkan tentera yang setia kepada negara
B Penyediaan infrastruktur kepada rakyat
C Kemunculan Zaman Graeco-Rom
D Berlakunya Zaman Pax Romano

2
5. Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.
 Kerajaan Angkor
 Kerajaan Funan
Apakah persamaan yang terdapat pada kedua-dua buah kerajaan tersebut?
A Membekalkan hasil pertanian
B Menjalankan kegiatan perdagangan
C Pusat perkembangan agama Hindu-Buddha
D Mempunyai hubungan perdagangan dengan Rom
6. Bagaimanakah kerajaan agrarian dan kerajaan maritim dikatakan saling berhubungan?
A Mempunyai penduduk yang sama
B Terdapatnya hubungan diplomatik
C Saling membekalkan barangan
D Kawalan terhadap perairan
7. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan dakwah secara bersembunyi pada
peringkat awal?
I Agama Islam masih baharu
II Mengelakkan penentangan
III Terikat dengan perjanjian Aqabah
IV Ingin menyebarkan kepada golongan hamba
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
8. Orang Arab Quraisy telah melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan
keluarga baginda.
Mengapakah pemulauan tersebut tidak bertahan lama?
A Orang Islam menerima bantuan daripada orang Madinah
B Orang Quraisy tidak mematuhi peraturan tersebut
C Kekurangan sumber kewangan untuk pemulauan
D Bimbang dengan Abu Talib

3
9. Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi untuk menyebarkan Islam dengan
menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir dan Habsyah.
Apakah bentuk perutusan tersebut?
A Mewujudkan perjanjian
B Memaksa memeluk Islam
C Membayar wang perlindungan
D Mewujudkan rasa persefahaman
10. Rajah 1 berkaitan dengan hijrah.

Aus
Hijrah
Khazraj

Apakah kesan peristiwa hijrah keatas penduduk Aus dan Khazraj?


A Menjadi golongan Ansar
B Dikenali sebagai Muhajirin
C Menerima kekuasaan Islam
D Ditindas oleh golongan Yahudi
11. Mengapakah golongan Mawali dikenakan cukai tambahan semasa pemerintahan Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq?
A Bukan Islam
B Bukan berbangsa Arab
C Tidak dikenakan bayaran zakat
D Mendapat perlindungan dari pemerintah
12. Dasar sosial Islam telah menarik minat orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.
Apakah dasar sosial Islam tersebut?
A Berasaskan kecemerlangan individu
B Bekerja secara kumpulan
C Konsep persamaan taraf
D Penyatuan ummah

4
Soalan 13 -26 dipetik dari buku koleksi Kertas Klon SPM Sejarah 2019 terbitan Bestari Karangkraf

13. Bagaimanakah status raja mengalami perubahan dengan pertapakan Islam di Asia Tenggara?
A Pengendalian pentadbiran oleh ulama
B Kedaulatan melalui upacara pertabalan
C Raja berperanan sebagai panglima tentera
D Nasab raja dikaitkan dengan keturunan pahlawan Islam
14. Senarai berikut merujuk pemerintah kerajaan di Asia Tenggara.

 Malik al-Zahir
 Ali Mughayat Syah

Apakah sumbangan mereka dalam sistem pemerintahan kerajaan di Asia Tenggara?


A Menerapkan unsur Islam
B Menerapkan unsur Hindu
C Mewujudkan angkatan tentera Islam
D Mengamalkan sistem pemerintahan Arab
15. Apakah faktor utama yang membolehkan Melaka muncul sebagai pusat pengembangan dan
penyebaran Islam yang ulung di Gugusan Kepulauan Melayu?
A Pengislaman raja
B Peranan Tun Perak
C Kedatangan mubaligh Islam
D Pengalaman Sistem Pembesar Empat Lipatan
16.
Encik Rosli anak watan Negeri Sembilan yang mengamalkan adat Perpatih

Antara berikut, yang manakah berkaitan pengamalan adat Encik Rosli?


A Ketua Adat dilantik oleh Penghulu
B Perkahwinan sesama suku digalakkan
C Anak perempuan mewarisi harta pusaka
D Keturunan sebelah bapa diberi keutamaan

5
17. Zaman pertengahan awal Eropah juga dikenali sebagai Zaman Gelap.
Apakah ciri-ciri Zaman Gelap?
I Raja hilang kuasa
II Sistem feudal runtuh
III Kerajaan pusat lemah
IV Ilmu pengetahuan tidak berkembang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
18. Reformation bermula di Jerman kerana gerakan tersebut bersifat keagamaan.
Apakah faktor yang membantu kejayaan tersebut di Jerman?
A Sokongan pemerintah
B Mesin cetak Gutenberg
C Pendedahan Martin Luther
D Kewujudan mazhab Protestan
19. Semasa penjajahan British, tenaga buruh telah dibawa dari Negara China ke negeri Melayu.
Apakah fungsi buruh tersebut?
A Askar upahan
B Peniaga runcit
C Penoreh getah
D Pekerja lombong bijih timah
20. Matlamat rancangan berikut ialah untuk mengawal kejatuhan harga getah di pasaran dunia.
Rancangan Sekatan Stevenson 1922

Mengapakah perlaksanaanya gagal mencapat matlamat?


A Pasaran getah lumpuh
B Pengeluaran getah terlalu banyak
C Perlaksanaan tidak bersungguh-sungguh
D Penyertaan negara pengeluar getah tidak menyeluruh

6
21. Mengapakah perlaksanaan Sistem Encomienda oleh Sepanyol menimbulkan kemarahan
penduduk setempat?
I Cukai tinggi
II Kerahan tenaga
III Memecahkan barangay
IV Melibatkan saudagar Sepanyol
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
22. Maklumat berikut berkaitan faktor-faktor nasionalisme di Asia Tenggara.
Faktor-faktor Nasionalisme di Asia
Tenggara

 Dasar penjajah Barat


 Kemunculan golongan intelektual
 X
Apakah X?
A Pengaruh agama
B Kekayaan hasil bumi
C Persaingan kuasa Barat
D Konsep Beban Orang Putih
23. Maklumat berikut berkaitan sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh kuasa penjajah.
Negara Perlaksanaan

Indonesia Anak golongan priyayi diberi pendidikan yang tersendiri.

Burma Pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh


diperkenalkan.

Apakah kesan perlaksanaan sistem pendidikan tersebut?


A Mewujudkan pengawal tadbir tempatan
B Membangkitkan gerakan nasionalisme
C Mengukuhkan kedudukan kuasa penjajah
D Menggalakkan perkembangan kesusasteraan tempatan

7
24. Gambar berikut menunjukkan pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Gambar 1
Mengapakah beliau bekerjasama dengan pihak Jepun?
A Mengusir British
B Menghormati Jepun
C Berkongsi kemakmuran dengan Jepun
D Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
25. Maklumat berikut berkaitan undang-undang tubuh negeri.
Undang-undang Tubuh Undang-undang Bagi Diri

Kerajaan Johor Kerajaan Terengganu

Bagaimanakah perlembagaan tersebut memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negeri?


A Tatacara perlantikan pewaris takhta
B Peranan dan kedudukan pembesar Melayu
C Melarang penyerahan negeri kepada kuasa luar
D Gabungan pentadbiran tradisional dan pentadbiran Barat
26. Apakah isu utama yang menyumbang kepada penentangan British oleh Penghulu Dol Said
di Naning?
A Kedaulatan negeri
B Sistem pentadbiran Barat
C Kadar cukai yang membebankan
D Perlaksanaan undang-undang Barat

8
Soalan 27-40 dipetik dari buku Score in SPM Kertas Model Sejarah 2019 terbitan Oxford Fajar

27. Maklumat berikut berkaitan dengan prinsip kerakyatan dalam Malayan Union.
Kerakyatan jus soli

Apakah aspek yang dititikberatkan dalam pemberian kerakyatan mengikut kaedah tersebut?
A Keturunan C Tempat tinggal
B Tempat lahir D Kegiatan ekonomi

28. Pernyataan berikut berkaitan dengan ciri-ciri Malayan Union.


Singapura diasingkan sebagai

tanah jajahan mahkota British

Mengapakah British mengasingkan Singapura daripada Malayan Union?


A Kepentingan Pertahanan
B Sebagai Pelabuhan Bebas
C Tidak terletak di Semenanjung
D Pusat pentadbiran Negeri-Negeri Selat
29. Antara pegawai tinggi British berikut, siapakah yang menyokong Malayan Union digantikan
dengan Persekutuan Tanah Melayu?
I Edward Gent
II R.O Winstedt
III Frank Swettenham
IV Malcom MacDonald
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
30. Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada 1951.
Apakah kepentingan Sistem Ahli?
A Mengukuhkan kuasa penjajah
B Memelihara hak penduduk peribumi
C Melatih pemimpin dalam pentadbiran
D Memperakui kuasa pembesar tempatan

9
31. Maklumat berikut berkaitan dengan bilangan ahli dalam Sistem Ahli.
Sistem Ahli terdiri daripada sembilan orang anggota,

iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu dan

empat orang pegawai Inggeris

Siapakah yang bertanggungjawab melantik anggota dalam Sistem Ahli?


A Sultan
B Ratu Britain
C Parlimen Britain
D Pesuruhjaya Tinggi British
32. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) bermesyuarat sebanyak 24 kali untuk
membincangkan pelbagai isu bagi mewajarkan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam
Malaysia.
Apakah isu yang dibincangkan?
A Penentangan Indonesia dan Filipina
B Penetapan tarikh penubuhan Malaysia
C Kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak
D Kewujudan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu
33. Lee Kuan Yew mencadangkan agar Singapura digabungan dengan Persekutuan Melayu.
Apakah alasan yang digunakan Lee Kuan Yew untuk mendesak British berunding dengan
Tunku Abdul Rahman tentang pergabungan tersebut?
A Ancaman lanun
B Ancaman Filipina
C Ancaman Komunis
D Ancaman Indonesia
34. Jadual berikut menunjukkan parti politik yang ditubuhkan di Sabah.
Tarikh Penubuhan Nama Parti

Ogos 1961 Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu

Disember 1961 Pertubuhan Kebangsaan Sabah

Jun 1962 Parti Pasok Momogun

10
Apakah tujuan penubuhan parti politik tersebut?
A Penyerahan Sabah kepada British
B Kemajuan dalam sistem perhubungan
C Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
D Pengumuman cadangan pembentukan Malaysia
35. Maklumat berikut merujuk kepada salah satu corak pemerintahan di dunia.
Sistem X

 Sistem ini menolak institusi beraja


 Kerajaan diketuai oleh presiden yang dipilih rakyat melalui pilihan raya
Apakah sistem X?
A Sistem Monarki
B Sistem Republik
C Sistem Raja Berpelembagaan
D Sistem Demokrasi Berparlimen
36. Bendera Kebangsaan berfungsi membangkitkan semangat cinta akan Negara.

Apakah maksud warna biru pada bendera Malaysia?


A Melambangkan kesucian
B Melambangkan keberanian
C Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu
D Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia

11
37. Maklumat berikut berkaitan dengan Dasar Pembangunan Ekonomi.

 Bekalan tenaga kerja


 Peningkatan produktiviti
 Perluasan pasaran

Apakah kesan pengenalan daripada maklumat tersebut?


A Dasar Penswastaan
B Dasar Kependudukan
C Dasar Pertanian Negara
D Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
38. Masjlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Apakah peranan badan tersebut?
I Melicinkan pentadbiran
II Mengembalikan keamanan
III Mencipta masyarakat yang adil
IV Menggalakkan pembangunan dari aspek sosial
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
39 Logo berikut berkaitan dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Apakah matlamat penubuhan organisasi tersebut?


I Membela kepentingan umat Islam
II Mengeratkan hubungan negara Islam
III Menjadikan Malaysia sebuah negara maju
IV Membebaskan negara-negara Islam daripada penjajah
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

12
40. Maklumat berikut berkaitan dengan persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
ASEAN +3

Merupakan kerjasama ekonomi negara-negara

Asean bersama negara-negara Asia Timur

Bagaimanakah kerjasama ini dapat membantu Malaysia dalam memajukan ekonominya?


A Menghalang peperangan
B Perluasan pengaruh politik
C Memantapkan modal insan
D Perluasan pasaran barang dagangan

13
Dipetik dari Buku Firasat SPM Kertas Model SPM Sejarah 2019 terbitan Ilmu Bakti dan Koleksi Kertas
Klon SPM Sejarah 2019 terbitan Bestari Karangkraf

KERTAS 2
Masa : 2 jam 30 minit

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan
daripada Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B

Bahagian A
[40 markah]
Jawab semua soalan.

1 Peta berikut berkaitan dengan Tamadun Mesopotamia

(a) Bagaimanakah berlakunya proses pembentukan tamadun Mesopotamia.

(2 markah)

14
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan Kod Undang-Undang Hammurabi.

Kod Undang-Undang Hammurabi telah diperkenalkan oleh Raja


Hammurabi yang memerintah pada tahun 1792 – 1750 S.M
Jelaskan kepentingan undang-undang tersebut kepada peradaban tamadun Mesopotamia.

(4 markah)
(c) Bagaimanakah undang-undang akan dapat mengawal tingkah laku manusia?

(4 markah)

15
2 Maklumat berikut berkaitan dengan kegiatan ekonomi di Pelabuhan Melaka.

Kemunculan Islam telah membawa kesan besar kepada orang Melayu dalam bidang
ekonomi. Keadaan ini menyebabkan Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang
penting pada abad ke-15.

(a) Nyatakan dua jenis mata wang yang digunakan di Pelabuhan Melaka.
(i) _______________________________________________________________
(ii) _______________________________________________________________
(2 markah)
(b) Jelaskan faktor yang membolehkan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka berkembang
dengan pesat.

(4 markah)

(c) Wajarkah sistem cukai dikenakan kepada rakyat untuk tujuan pembangunan negara?
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

(4 markah)

16
3 (a) Pada tahun 1939, sebuah persatuan separa politik iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM)
yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob ditubuhkan.
(i) Nyatakan matlamat utama penubuhan KMM.

(2markah)
(ii) Jelaskan tindakan yang dijalankan oleh Ibrahim Haji Yaakob dalam usaha menyokong
Jepun dan menghalau British keluar dari Tanah Melayu.

(4 markah)
(b) Bagaimanakah cara mewujudkan perpaduan pada zaman di 3(a)?

(4 markah)

17
4 Dasar pembangunan ekonomi diperkenalkan untuk memenuhi keperluan ekonomi moden
berteraskan perindustrian
(a) Dasar Pertanian Negara (DPN) telah diperkenalkan pada 12 Januari 1984

(2 markah)
(b) Apakah strategi yang telah dijalankan untuk mencapai matlamat DPN?

(2 markah)
(c) Dasar Penswataan telah dilancarkan padatahun 1983 di bawah Dasar Pembangunan
Ekonomi.
Mengapakah dasar tersebut diadakan?

(2 markah)
(d) Dasar Pembangunan Ekonomi telah meningkatkan pendapatan negara.
Wajarkah dasar tersebut diteruskan oleh kerajaan?
Berikan alasan anda.

(4 markah)

18
Bahagian B
[60 markah]

Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

5 Kerajaan Kedah Tua terletak di Lembah Bujang. Ia berkembang antara abad ke-5 hingga ke-
13 Masihi.

(a) Mengapakah kerajaan Kedah Tua berkembang maju sebagai kerajaan maritim di Pantai
Barat Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-11 Masihi?
(4 markah)
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan masyarakat Melayu di Asia Tenggara.

Masyarakat Melayu pada zaman kerajaanawal di Asia Tenggara


merupakanpelaut, pedagang dan peneroka yang terulung.

Mengapa mereka dianggap demikian?


(8 markah)
(c) Wajarkah generasi muda pada hari ini, memberi tumpuan kepada perdagangan maritim?
Beri hujah anda.
(8 markah)

6 Nabi Muhammad s.a.w telah dilantik menjadi Rasul secara rasminya menerusi wahyu yang
kedua.
(a) Ceritakan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w sehingga dilantik menjadi Rasul
(8 markah)
(b) Terangkan sifat-sifat mulia yang ada pada baginda.
(8 markah)
(c) Mengapakah pentingnya sesebuah Negara mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat?
(4markah)

19
7 Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah membawa banyak perubahan kepada penduduk
setempat.

(a) Huraikan perubahan pentadbiran dan pemerintahan dalam kerajaan Melayu berikutan
kedatangan Islam.
(8 markah)
(b) Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah sistem perundangan kerajaan Melayu.
Berikan komen anda.
(8 markah)
(c) Pada pendapa tanda, apakah faktor-faktor yang membantu pertapakan Islam di Asia
Tenggara?
(4 markah)

8 Imperialisme Barat di Asia Tenggara telah bermula sejak abad ke-16 lagi.

(a) Jelaskan maksud imperialisme.


(4 markah)
(b) Mengapakah kuasa Barat menjalankan dasar imperialism di Asia Tenggara pada abad ke-
17?
(8 markah)
(c) Sejauhmanakah dasar imperialisme Barat memberikan kesan terhadap penduduk tempatan di
Asia Tenggara?
(8 markah)

20
9 Gambar 1 berikut menunjukkan salah satu usaha orang Melayu menentang GagasanMalayan
Union 1946.

Gambar 1

(a) Jelaskan faktor-faktor orang Melayu menentang Gagasan Malayan Union.


(8 markah)
(b) Perlembagaan Malayan Union tidak wajar dilaksanakan kerana pelaksanaannya mencabuli
kedaulatan negara. Berikan komen anda.
(6 markah)
(c) Sebagai penduduk negeri Melayu pada zaman itu, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda
lakukan bagi mempertahankan kedaulatan negara.
(6 markah)

10 Maklumat berikut berkaitan dengan sistem raja berperlembagaan di Malaysia.

Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan.


Sistem ini menyebabkan Malaysia dipandang unik oleh negara lain.

(a) Mengapakah sistem tersebut dianggap unik?


(4markah)
(b) Jelaskan bidang kuasa yang ada pada Yang di-PertuanAgong.
(8 markah)
(c) Apakah kepentingan sistem tersebut kepada Malaysia?
(8 markah)
21
11 Kerajaan telah melancarkan Koridor Raya Multimedia pada 27 Jun 1998.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Koridor Raya Multimedia?


(4 markah)
(b) Jelaskan sebab kerajaan Malaysia sanggup menyediakan peruntukan yang tinggi untuk
membangunkan Koridor Raya Multimedia.
(8 markah)
Maklumat berikut berkaitan dengan globalisasi.

Globalisasi merupakan proses meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa
dibatasi oleh sempadan
Sumber: Ubahsuaidaripada zhardia.blogspot.my/2013/07/dunia-tanpa-sempadan.html

Mengapakah globalisasi dianggap sedemikian?


Kemukakan alasan anda.
(8 markah)

22
Dipetik dari Buku Score in SPM Kertas Model Sejarah 2019 terbitan Oxford Fajar

KERTAS 3
Masa : 3 jam

TAJUK TUGASAN UMUM


(Diberikan kepada calon sebulan sebelum peperiksaan)
Tajuk 11: Pembinaan Negara dan Bangsa ke arah kemunculan Negara Malaysia
Berdaulat
Tajuk 11.1: Kesedaran tentang Pembinaan Negara dan Bangsa
TEMA UMUM
Konsep negara bangsa serta negara dan bangsa digunakan dalam konteks yang berbeza mengikut
perkembangan sejarah yang berlaku di Eropah, Asia Barat dan Malaysia.
TUGASAN SPESIFIK
Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menjawab soalan/tugasan berikut:
Aspek Soalan/Tugasan Markah

Pengenalan 1 Nyatakan perbezaan konsep: 5 markah

a) Negara bangsa
b) Negara dan bangsa
Isi dan 2 Jelaskan pembinaan negara dan bangsa:
Huraian
a) Itali 10 markah
b) Jerman
10 markah
c) Madinah
10 markah

3 Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa moden. 15 markah

4 Huraikan kebijaksanaan pemimpin dalam proses 10 markah


pembentukan negara dan bangsa Malaysia.

5 Buktikan perpaduan kaum dapat memperkukuh konsep 10 markah


negara dan bangsa Malaysia.

6 Berikan peranan generasi muda untuk mengukuhkan 10 markah

23
keharmonian kaum yang terdapat di Malaysia.

7 Proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang 10 markah


lebih bersatu padu dan progresif masih berterusan sehingga
kini.

a) Mengapakah usaha ini masih diteruskan?


b) Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah
tersebut
8 Apakah iktibar yang diperoleh daripada pembinaan 5 markah
negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat?

Rumusan 9 Sediakan rumusan yang berdasarkan perkara berikut: 5 markah

a) Pengetahuan yang diperoleh


b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c) Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih
cemerlang

24
JAWAPAN KERTAS 1

1B 2B 3B 4B 5A
6C 7A 8B 9D 10 A
11 D 12 A 13 D 14 A 15 B
16 C 17 D 18 B 19 D 20 D
21 A 22 A 23 B 24 D 25 C
26 A 27 B 28 B 29 B 30 C
31 D 32 C 33 C 34 D 35 B
36 D 37 B 38 A 39 A 40 D

25
JAWAPAN KERTAS 2
Bahagian A
1 (a) Cara berlakunya proses pembentukan tamadun Mesopotamia
F1: Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara
dan selatan (1m)
F2: Di bahagian utara, Bandar Baghdad meliputi kawasan Sungai Tigris hingga ke utara
termasuk Sungai Zab (1m)
F3 Di bahagian selatan Baghdad meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
yang hamper bercantum dan dikenali sebagai Babylon (1m)
H3a: Babylon dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Akkad di utara dan Sumeria di
selatan (1m)
F4: Tamadun Mesopotamia mula berkembang di selatan iaitu Summer (1m)
F5: Namun, orang Sumeria bukan peneroka awal kerana sebelum ini kebudayaan
Neolitik telah wujud seterusnya berkembang di wilayah ini (1m)
F6: Ketibaan orang Sumeria telah membawa kemajuan kepada Tamadun Mesopotamia
(1m)
F7: Tanah ditebus guna dan sistem pengairan dibina untuk tujuan pertanian (1m)
F8: Petempatan mula didirikan di sepanjang sungai (1m)
F9: Hasil pertanian meningkat dan jumlah penduduk bertambah (1m)
F10: Perkampungan kemudiannya menjadi bandar seterusnya muncul beberapa buah
negara kota (1m)
F11: Kota yang penting pada masa itu ialah Ur, Assur, Lagash, Uruk, Eridu, Nippur dan
Mari (1m)
F12: Semua negara kota terletak di sepanjang sungai dan terusan(1m)
(Mana-mana 2 x 1 m)
(b) Kepentingan Kod Undang-Undang Hammurabi kepada peradaban tamadun
Mesopotamia
F1: Menjadi dasar perundangan dalam tamadun tamadun Mesopotamia(1m)
F2: Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai
kaum dan susun lapis masyarakat itu sendiri (1m)
F3: Membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang
seterusnya dapat mewujudkan perpaduan(1m)
F4: Mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan bermasyarakat(1m)
(Mana-mana 4 x 1 m)

26
(c) Cara undang-undang dapat mengawal tingkah laku manusia
F1: Hukuman terhadap individu yang melakukan kesalahan (1m)
F2: Ketegasan undang-undang menyebabkan manusia takut melakukan jenayah(1m)
F3: Memberi pengajaran kepada manusia jika melakukan kesalahan(1m)
F4: Mendidik masyarakat supaya patuh kepada undang-undang(1m)
F5: Masyarakat menjadi lebih berdisiplin(1m)
(Mana-mana 4 x 1 m)
2 (a) Dua jenis matawang yang digunakan di Pelabuhan Melaka
(i) Wang timah(1m)
(ii) Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay (1m)
(iii) Wang emas Sultan Muzaffar Shah(1m)
(Mana-mana 2 x 1 m)
(b) Faktor yang membolehkan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka berkembang
dengan pesat
F1: Terletak di kawasan yang strategik(1m)
F2: Di tengah jalan perdagangan(1m)
F3: Menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar segala aktiviti
perdagangan berjalan dengan lancar(1m)
F4: Jawatan Laksamana diwujudkan untuk menjaga urusan kelautan(1m)
F5: Jawatan Syahbandar diwujudkan sebagai ketua pelabuhan(1m)
F6: Undang-undang yang berkaitan dengan kelautan digubal iaitu Undang-Undang Laut
Melaka(1m)
F7: Terdapat lebih kurang 84 bahasa yang dipertuturkan yang membuktikan kepesatan
perdagangan di Melaka(1m)
F8: Kemajuan aktiviti ekonomi di Melaka telah membolehkan wujudnya system timbang
dan sukat seperti tahil dan kati(1m)
(Mana-mana 4 x 1 m)
(c) Kewajaran sistem cukai dikenakan kepada rakyat untuk tujuan pembangunan negara
F1: Wajar(1m)
F2: Untuk pembangunan negara(1m)
F3: Untuk membina kemudahan untuk rakyat(1m)
F4: Menambah pendapatan negara(1m)
F5: Membolehkan kekayaan negara diagihkan sama rata(1m)
F6: Mengurangkan beban kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan terhadap
rakyat(1m)
27
(Mana-mana jawapan munasabah)
(Mana-mana 4 x 1 m)
3 (a)(i) Matlamat utama penubuhan KMM
F1: Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu di seluruh semenanjung(1m)
F2: Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu(1m)
F3: Tujuan penubuhan KMM lebih bersifat politik(1m)
F4: KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British
dari Tanah Melayu(1m)
(Mana-mana 2 x 1 m)
(ii) Tindakan yang dijalankan Ibrahim Haji Yaakob dalam usaha menyokong Jepun dan
menghalau British keluar daripada Tanah Melayu
F1: Menjadikan KMM sebagai propaganda Jepun(1m)
F2: Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British(1m)
F3: Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan(1m)
F4: Cawangan KMM ditubuhkan bagi meluaskan propaganda melawan British(1m)
F5: Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong
KMM(1m)
F6: Maahad ini menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk
menentang British(1m)
(Mana-mana 4 x 1 m)
(b) Cara mewujudkan perpaduan orang Melayu semasa zaman penjajahan tersebut
F1: Mewujudkan Kongres Melayu(1m)
F2: Arahan raja(1m)
F3: Kempen (1m)
F4: Ceramah(1m)
F5: Pemimpin turun padang(1m)
(Mana-mana 4 x 1 m)
4 (a) Matlamat Dasar Pertanian Negara
F1: Meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimun(1m)
F2: Menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan(1m)
F3: Memaksimunkan pendapatan pekebun kecil(1m)
F4: Di samping memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport(1m)
(Mana-mana 2 x 1 m)
(b) Strategi yang telah dijalankan untuk mencapai matlamat PDN

28
F1: Menggalakkan pembukaan tanah baharu di bawah rancangan FELDA, agensi
pembangunan wilayah dan kerajaan negeri(1m)
F2: Memperkenalkan program pembangunan in-situ untuk memulihkan kawasan yang
berproduktiviti rendah dengan menyediakan kemudahan(1m)
F3: Sokongan pertanian seperti pemasaran kredit, subsidi dan penyelidikan(1m)
F4: Penglibatan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian(1m)
F5: Pembangunan in-situ merupakan satu strategi untuk meningkatkan produktiviti
kawasan pertanian yang sedia ada(1m)
(Mana-mana 2 x 1 m)
(c) Sebab Dasar Penswastaan telah dilancarkan
F1: Mengurangkan beban kewangan kerajaan(1m)
F2: Meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan kerana sektor
swasta lebih cekap dari sektor awam(1m)
F3: Mempercepatkan pembangunan ekonomi melalui pelaburan modal oleh sektor
swasta(1m)
(Mana-mana 2 x 1 m)
(d) Kewajaran Dasar Pembangunan Ekonomi diteruskan oleh kerajaan
F1: Wajar(1m)
F2: Membantu rakyat menjalankan aktiviti ekonomi(1m)
F3: Menjamin keyakinan rakyat terhadap usaha yang mereka lakukan(1m)
F4: Masyarakat luar bandar masih ramai lagi yang miskin dan perlukan bantuan
kerajaan(1m)
F5: Masyarakat luar bandar memerlukan suntikan modal untuk menjalankan usaha
mereka(1m)
F6: Kerajaan perlu bertindak sebagai penasihat kepada masyarakat untuk menjamin
rakyat melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi(1m)
(Mana-mana jawapan munasabah)
(Mana-mana 4 x 1 m)

29
Bahagian B
5 (a) Sebab kerajaan Kedah Tua berkembang maju sebagai kerajaan maritim di
Pantai Barat semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-11 Masihi
F1: Kedudukan di Lembah Bujang(1m)
F2: Berperanan sebagai pelabuhan entreport(1m)
F3: Dikunjungi pedagang China dan Timur Tengah(1m)
F4: Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke pelabuhan(1m)
F5: Strategik di Selat Melaka(1m)
F6: Terlindung daripada tiupan angina monsun(1m)
F7: Kemudahan menyimpan barang dan membaiki kapal(1m)
F8: Memperoleh barangan dagangan daripada luar(1m)
F9: Kaya dengan hasil hutan contohnya damar dan rotan(1m)
(Mana-mana 4 x 1 m)
b) Sebab masyarakat Melayu dianggap sedemikian
F1: Semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar(1m)
H1a: Membolehkan kerajaan maritim menjadi sebuah pelabuhan yang maju dan
terkenal(1m)
F2: Mereka mampu belayar dan dan berdagang ke kawasan yang jauh(1m)
H2a: Mereka mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar(1m)
F3: Perahu adalah untuk tujuan perdagangan jarak dekat (1 m)
H3a: Kapal layar digunakan untuk kegiatan perdagangan jarak jauh(1m)
F4: Mereka mahir dalam menentukan arah perjalanan (1m)
H4a: Berdasarkan kepada bintang di langit(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)
(c) Kewajaran generasi muda pada hari ini memberi tumpuan kepada perdagangan
maritim
F1: Wajar(1m)
F2: Bidang ini kurang diceburi oleh generasi muda(1m)
F3: Mendatangkan pendapatan yang lumayan(1m)
F4: Peluang yang besar dengan kemudahan pelabuhan yang ada dalam
Negara(1m)
F5: Mencontohi generasi lampau yang memiliki ilmu maritim yang tinggi(1m)
F6: Kedudukan Malaysia yang strategik akan memberikan kejayaaan dalam bidang
maritim(1m)
F7: Bidang yang mempunyai cabaran(1m)
30
F8: Bidang yang menyeronokkan(1m)
(Mana-mana jawapan munasabah)
(Mana-mana 8 x 1 m)
6 (a) Riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. sehingga dilantik menjadi Rasul
F1: Nabi Muhammad s.a.w. berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang
terkenal, iaitu Qusai bin Kilab(1m)
F2: Nabi Muhammad s.a.w. sering dirujuk kepada Bani Hasyim iaitu moyang
baginda(1m)
F3: Nabi Muhammad s.a.w. berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh
Kabilah Arab yang lain(1m)
F4: Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda ialah Abdullah
bin Abdul Mutalib dan ibu baginda ialah Aminah binti Wahab(1m)
F5: Nabi Muhammad s.a.w. telah dilahirkan di Makkah pada 12 Rabiulawal tahun Gajah
yang bersamaan 20 April 570 masihi di rumah datuk baginda iaitu Abdul Mutalib
(1m)
F6: Abdul Mutalib datuk kepada baginda telah menamakan nama baginda Muhammad
yang bermaksud terpuji(1m)
F7: Setelah beberapa hari dilahirkan Nabi Muhammad s.a.w . telah diserahkan kepada
Halimatus Sa‟diyah untuk dipelihara dan disusui(1m)
F8: Ayah baginda Muhammad s.a.w. meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan lagi,
ibunya pula meninggal semasa baginda berusia 6 tahun (1m)
F9: Setelah kematian ibunya, baginda telah dipelihara oleh datuknya, iaitu Abdul
Mutalib dan kemudiannya dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib(1m)
F10: Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi yatim piatu semasa berumur enam tahun
lagi(1m)
F11: Kaum keluarga baginda amat perihatin terhadap baginda dan sanggup membela dan
memberikan kasih saying kepada baginda dengan sewajarnya(1m)
F12: Nabi Muhammad s.a.w. telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar
sejak kecil lagi(1m)
F13: Dari segi pekerjaan, Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengembala kambing(1m)
F14: Baginda juga pernah terlibat dalam bidang perniagaan sejak berusia 12 tahun iaitu
dengan mengikuti rombongan perniagaan bapa saudaranya ke Syam(1m)
F15: Semasa mengikuti rombongan perniagaan bapa saudaranya, seorang pendeta Nasrani
bernama Buhaira telah meramalkan tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.(1m)

31
F16: Pendeta tersebut telah menyatakan pada Abu Talib bahawa terdapat tanda-tanda
kerasulan pada Nabi Muhammad s.a.w.(1m)
F17: Pendeta tersebut telah menasihati Abu Talib supaya segera membawa pulang Nabi
Muhammad s.a.w. ke Makkah kerana ditakuti Nabi akan dibunuh oleh orang
Yahudi(1m)
F18: Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai perdagangan bapa
saudaranya ke Syam telah memperkayakan lagi pengalaman baginda(1m)
F19: Pada ketika usia baginda 20 tahun, baginda telah giat berdagang(1m)
F20: Abu Talib telah menasihati Nabi Muhammad s.a.w. supaya menjalankan perniagaan
Khadijah binti Khuwailid dan baginda telah diterima sebagai peniaga yang
menjalankan urusan dagangan Khadijah(1m)
F21: Baginda telah menguruskan perniagaan Khadijah bersama Maisarah iaitu hamba
kepada Khadijah(1m)
F22: Sifat baginda seperti kemuliaan budi pekerti, amanah dan kebolehan baginda
menjalankan perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal
yang lebih besar kepada baginda(1m)
F23: Sifat baginda yang bijaksana dan kelembutan tutur kata baginda serta kepandaian
mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda telah menimbulkan
perasaan hormat Khadijah kepada baginda dan akhirnya telah membawa kepada
perkahwinan(1m)
F24: Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika berusia 25 tahun dan Khadijah berusia
40 tahun(1m)
F25: Nabi Muhammad s.a.w sering memikirkan kehidupan masyarakat yang tidak
bermoral sebelum dilantik menjadi Rasul(1m)
F26: Baginda menerima wahyu pertama yang memerintah umat Islam untuk
membaca(1m)
F27: Baginda diisytiharkan sebagai rasul menerusi wahyu kedua(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)

(b) Sifat-sifat mulia yang ada pada baginda


F1: Memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu:(1m)
H1a: Siddiq (berkata benar) (1m)
H1b: Amanah (dipercayai) (1m)
H1c: Tabliq (menyampaikan) (1m)
H1d: Fatanah (bijaksana) (1m)
32
F2: Baginda digelar al-Amin(1m)
H2a: Bermaksud “yang jujur” (1m)
H2b: Mempunyai sikap amanah dan berbudi mulia, serta tidak pernah
berbohong(1m)
H2c: Panggilan tersebut telah sebati di kalangan masyarakat Arab sehingga
panggilan Muhammad tidak digunakan(1m)
F3: Sikap amanah yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. (1m)
H3a: Menyebabkan Khadijah binti Khuwailid menyerahkan modal yang besar
kepada baginda untuk diperniagakan(1m)
F4: Baginda juga mempunyai sikap kepimpinan yang bijaksana(1m)
H4a: Hal ini dibuktikan dengan apabila berjaya perbalahan antara ketua-ketua
kaum mengenai perletakan batu suci Hajar Aswad ke tempat asalnya iaitu di
penjuru Timur Kaabah(1m)
F5: Dalam peristiwa tersebut, Nabi telah dilantik sebagai hakim(1m)
H5a: Ini membuktikan kepercayaan kabilah Arab kepada Nabi Muhammad
s.a.w(1m)
H5b: Baginda telah meletakkan batu suci Hajar Aswad di atas sehelai serban yang
diangkat beramai-ramai oleh wakil setiap bani dan diletakkan ke tempat
asalnya(1m)
H5c: Semua pihak telah berpuas hati dengan cara tersebut(1m)
H5d: Ini telah membuktikan kebijaksanaan dan kepimpinan baginda(1m)
F6: Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi(1m)
H6a: Anak-anak diberikan pendidikan agama yang cukup dan baginda menjadikan
dirinya sebagai teladan kepada anak-anak(1m)
F7: Baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana dan kehidupannya sentiasa
merendah diri(1m)
H7a: Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa bergaul dengan semua lapisan masyarakat
samaada kaya atau miskin(1m)
F8: Baginda mempunyai sifat penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak(1m)
H8a: Semasa peristiwa pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi
baginda telah mengampunkan orang-orang Arab Quraisy yang telah
menyelah diri(1m)
F9: Nabi Muhammad s.a.w. juga terkenal dengan sifat bijaksana apabila menyelesaikan
sesuatu masalah(1m)

33
H9a: Contohnya semasa Baginda memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628
Masihi dengan orang Arab Quraisy Makkah(1m)
H9b: Walaupun perjanjian tersebut berat di pihak Arab Quraisy, baginda telah
menerima perjanjian tersebut sebagai satu hikmah untuk menyebarkan
Islam(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)
c) Kepentingan sesebuah negara mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat
F1: Mengetahui masalah rakyat(1m)
F2: Mampu berkhidmat dengan jujur terhadap rakyat(1m)
F3: Pemimpin akan lebih disayangi rakyat(1m)
F4: Perancangan pembangunan akan mengambilkira kepentingan rakyat(1m)
F5: Menjadikan negara lebih aman dan tenteram(1m)
F6: Mewujudkan kerjasama kaum(1m)
F7: Rakyat menghormati pemimpin(1m)
F8: Pemimpin dan rakyat saling bekerjasama(1m)
(Mana-mana jawapan munasabah)
(Mana-mana 4 x 1 m)
7 (a) Perubahan pentadbiran dan pemerintahan dalam kerajaan Melayu berikutan
kedatangan Islam
F1: Institusi kesultanan diwujudkan(1m)
H1a: Raja menggunakan gelaran sultan(1m)
H1b: Sultan sebagai pemerintah tertinggi(1m)
H1c: Gelaran Zillullah fi-alam/Zillullah fir-ard(1m)
H1d: Bermaksud bayangan Allah di muka bumi(1m)
H1e: Juga dikenali sebagai Khalifah Mukminin(1m)
H1f: Bermaksud pemimpin orang Mukmin(1m)
C1: Gelaran digunakan oleh Sultan Mahmud Shah di Melaka/Sultan Abdul
Ghaffur Muhyidin di Pahang(1m)
F2: Institusi kesultanan sebagai institusi warisan(1m)
H2a: Kerajaan Melayu Melaka memperkenalkan Sistem Pembesar Empat
Lipatan(1m)
H2b: Sultan dibantu oleh barisan pembesar(1m)
C2: Majlis Tertinggi/Bendahara/Laksamana/Temenggung/Penghulu
Bendahari(1m)
F3: Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai nasab keturunan sultan Melayu(1m)
34
H3a: Untuk menaikkan martabat pemerintah(1m)
F4: Ulama memainkan peranan pentadbiran(1m)
H4a: Menjadi penasihat sultan(1m)
C4a: Makhdum Sayid Abdul Aziz/Maulana Abu Bakar/Maulana Sadar Jahan/Tok
Pulau Manis/Tok Pulau Condong/Tuan Tabak(1m)
F5 Konsep daulat diperkenalkan(1m)
H5a: Ikatan di antara golongan rakyat dengan pemerintahan(1m)
H5b: Bertujuan mengukuhkan institusi kesultanan(1m)
H5c: Kedudukan sultan dianggap tinggi dan mulia(1m)
H5d: Barang siapa yang mengingkari titah perintah sultan dianggap
penderhaka(1m)
H5e: Sultan memiliki alat kebesaran(1m)
C5: Nobat/payung kuning/payung putih/lembing/keris/tombok/bahasa dalam(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)
(b) Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah sistem perundangan
kerajaanMelayu
F1: Sebelum kedatangan Islam undang-undang adat dirujuk(1m)
H1a: Undang-undang tidak bertulis(1m)
H1b: Diwarisi sejak turun temurun(1m)
F2: Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu Minangkabau/Negeri
Sembilan(1m)
H2: Musyawarah menjadi asas pentadbiran/penyelesaian masalah(1m)
F3: Adat Temenggung diamalkan oleh masyarakat Melayu negeri lain(1m)
F4: Selepas Islam, undang-undang syariah dirujuk(1m)
F5: Undang-undang bertulis digunakan(1m)
H5a: Di Melaka, terdapat Hukum Kanun Melaka(1m)
H5b: Undang-undang Laut Melaka(1m)
H5c: Di Perak terdapat Undang-undang 99 Perak(1m)
H5d: Undang-undang Kedah(1m)
F6: Kedatangan Islam mengubah aspek perundangan(1m)
H6: Yang membezakan jenis hukuman berdasarkan status sosial seseorang(1m)
F7: Hukum Islam dikuatkuasakan(1m)
F8: Hukum Islam menjadi panduan kepada proses pemerintahan dan pentadbiran(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)

35
(c) Apakah faktor-faktor yang membantu pertapakan Islam di Asia Tenggara
F1: Kesediaan masyarakat Asia Tenggara menerima pembaharuan (1m)
F2: Sifat keterbukaan masyarakat Asia Tenggara(1m)
F3: Cara hidup/perwatakan golongan mubaligh/ulama menarik minat penduduk
setempat(1m)
F4: Perkahwinan siasah mengukuhkan lagi silaturahim(1m)
F5: Peranan pusat kebudayaan memainkan peranan mengembangkan agama(1m)
F6: Kemurnian agama Islam mencakupi semua aspek kehidupan menarik minat
penduduk tempatan(1m)
F7: Ajaran Islam tertumpu kepada persamaan manusia sejagat(1m)
(Mana-mana 4 x 1 m)
8 a) Jelaskan maksud imperialisme
F1: Dasar meluaskan pengaruh(1m)
F2: Dengan menjajah negara lain(1m)
F3: Untuk kepentingan tertentu(1m)
F4: Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan
ekonomi(1m)
F5: Kegiatan negara kuat mengeksploitasi negara lemah(1m)
(Mana-mana 4 x 1 m)
(b) Sebab kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara pada abad ke-
17
F1: Kekayaan bahan mentah(1m)
H1a: Asia Tenggara sememangnya kaya dengan bahan mentah dan mempunyai
tanah subur yang sesuai dengan pelbagai tanaman(1m)
H1b: Pihak Barat memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi Perindustrian
terutamanya bijih timah dan getah(1m)
H1c: Bijih timah banyak terdapat di Tanah Melayu, manakala getah sangat sesuai
ditanam di Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia(1m)
H1d: Getah asli diperlukan kilang-kilang tayar untuk kegunaan kereta dan kapal
terbang(1m)
F2: Revolusi Perindustrian(1m)
H2a: Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corak dasar
imperialisme kuasa-kuasa Barat di Timur(1m)
H2b: Pada kurun 15 dan 16, Portugal, Sepanyol dan Belanda bersaing
mendapatkan barang dagangan mewah seperti teh dan rempah(1m)
36
H2c: Sejak kurun ke 17, berlaku kepesatan sektor perindustrian di negara-negara
Eropah, kilang-kilang menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran dan
berterusan(1m)
F3: Sistem pengangkutan dan perhubungan(1m)
H3a: Penggunaan kapal wap membolehkan banyak muatan dibawa dan
mempercepatkan perjalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan
mentah Timur dan Barat(1m)
H3b: Pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak antara Timur dan Barat
kerana tidak perlu melalui Benua Afrika(1m)
H3c: Gabungan kapal wap dan Terusan Suez membolehkan kos dijimatkan dan
perjalanan lebih selamat(1m)
H3d: Perhubungan Barat dan Timur telah melalui era baru kerana penciptaan
telegraf(1m)
H3e: Arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dapat disampaikan dengan
lebih cepat dan berkesan(1m)
H3f: Memudahkan hubungan antara ahli-ahli perniagaan dengan wakil-wakil
mereka di kawasan Timur(1m)
H3g: Perdagangan antarabangsa dapat berkembang dengan lebih pesat kerana
urusan perniagaan berjalan dengan lancar(1m)
F4: Persaingan kuasa Barat(1m)
H4a: Dasar imperialisme membantu kekuatan strategik dan imej negara yang
terlibat(1m)
H4b: Memperoleh banyak tanah jajahan menyebabkan dipandang tinggi dan
dihormati(1m)
H4c: Negara-negara Barat berlumba-lumba menjadi kuasa besar(1m)
H4d: Kewujudan sesebuah kuasa besar dikaitkan dengan keluasan tanah jajahan
yang dimiliki(1m)
H4e: British cuba menghalang pengaruh Perancis, Jerman dan Itali ke atas Negeri-
Negeri Melayu Utara(1m)
H4f: British terlibat dalam Perang Inggeris-Burma kerana menghalang pengaruh
Perancis ke atas Burma(1m)
F5: Beban Orang Putih(1m)
H5a: British dan Amerika Syarikat menggunakan slogan „Beban Orang Putih”
dalam dasar imperialisme mereka(1m)
H5b: Menjadikan masyarakat di Timur bertamadun seperti mereka(1m)
37
H5c: Memimpin dan membawa masyarakat Timur ke arah kehidupan yang
sejahtera(1m)
H5d: Perancis menggunakan slogan “menyebarkan tamadun” ke atas masyarakat di
Timur(1m)
H5e: Mubaligh Kristian melaksanakan tugas menyebarkan agama Kristian dalam
kalangan masyarakat Timur(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)
(c) Sejauh mana dasar imperialisme Barat memberikan kesan terhadap penduduk
tempatan di Asia Tenggara
F1: Para pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat serta pentadbir dari
Barat(1m)
F2: Sistem politik perundangan peribumi juga telah ditukar agar menyamai system
Barat(1m)
F3: Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa
British telah campur tangan di Tanah Melayu, Burma dan India manakala Belanda di
Indonesia, Perancis menjelajah Indo China dan Amerika menduduki Filipina(1m)
F4: Kegiatan ekonomi peribumi telah dihapuskan(1m)
F5: Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih timah telah dikomersialkan
untuk memenuhi keperluan industri di Britain(1m)
F6: Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk memberi
pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan
pentadbiran penjajah(1m)
F7: Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi
tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka(1m)
F8: Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh
kuasa Barat membentuk masyarakat majmuk(1m)
F9: Kuasa Barat menjalankan dasar pecah dan perintah bagi mengelakkan hubungan
antara kaum semasa pemerintahan mereka(1m)
F10: Tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik di kalangan kaum terpaksa
dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)

38
9 (a) Faktor-faktor orang Melayu menentang Gagasan Malayan Union
F1: Membantah tindakan Harold MacMicheal(1m)
H1a: Memeras ugut raja-raja Melayu supaya menandatangani persetujuan(1m)
H1b: Sultan/Raja Melayu tidak diberi masa yang mencukupi(1m)
F2: Mempertahankan kedudukan Raja Melayu(1m)
H2a: Raja Melayu hilang kuasa pemerintaha(1m)
H2b: Raja Melayu menganggotai Majlis Raja-raja Melayu(1m)
H2c: Raja Melayu hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat
Melayu(1m)
H2d: Kuasa pemerintahan diambil alih oleh Gabenor British(1m)
F3: Menentang kerakyatan sama rata(1m)
H3a: Berdasarkan prinsip Jus Soli(1m)
H3b: British mahukan golongan imigran menumpukan taat setia mereka terhadap
Malayan Union(1m)
H3c: Mengancam status quo yang sedia ada(1m)
F4: Bimbang kehilangan warisan budaya Melayu yang terbentuk sejak Kesultanan
Melayu Melaka(1m)
H4a: Warisan ketamadunan Melayu akan terhapus(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)
(b)
F1: Kedudukan raja Melayu terancam(1m)
F2: Status quo orang Melayu sebagai peribumi terhapus(1m)
F3: Hak penduduk Melayu sebagai penduduk asal terjejas(1m)
F4: Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil(1m)
F5: Timbul rasa tidak puas hati(1m)
F6: Mengakibatkan penentangan/huru hara(1m)
F7: Kemunduran ekonomi negara berterusan(1m)
F8: Kekayaan negara dikuasi oleh British(1m)
F9: Rakyat tidak dapat mengecapi kekayaan hasil bumi(1m)
F10: Tanah Melayu tidak mencapai kemerdekaan(1m)
(Mana-mana jawapan munasabah)
(Mana-mana 6 x 1 m)
(c)
F1: Menyatakan pendirian secara rasmi(1m)

39
F2: Mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu untuk membantah segala
ancaman(1m)
F3: Mengeratkan perpaduan kaum(1m)
F4: Menghasilkan karya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai(1m)
F5: Mempelajari sejarah tanah air(1m)
F6: Menzahirkan semangat patriotik(1m)
F7: Mengamalkan nilai-nilai murni(1m)
F8: Menguatkan jati diri(1m)
F9: Mentaati raja(1m)
F10: Mencontohi perjuangan tokoh silam(1m)
(Mana-mana jawapan munasabah)
(Mana-mana 6 x 1 m)
10 (a)
F1: Pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia(1m)
F2: Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia(1m)
F3: Atas nasihat Perdana Menteri(1m)
F4: Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak bersendirian(1m)
F5: Kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk
membuat keputusan(1m)
F6: Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu secara
bergilir-gilir(1m)
F7: Ia merupakan tonggak negara dan ketua utama negara(1m)
F8: Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini(1m)
(Mana-mana 4 x 1 m)
(b)
F1: Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan(1m)
H1a: Badan perundangan(legislatif), badan pemerintahan(eksekutif) dan badan
kehakiman(judisiari)(1m)
F2: Yang di-Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen(1m)
F3: Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata(1m)
H3a: Baginda mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu
hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera(1m)
F4: Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu(1m)

40
H4a: Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat
bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan dan kehormatan Raja-Raja
Melayu(1m)
F5: Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah(1m)
F6: Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri(1m)
H6a: Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah
Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana
Menteri(1m)
F7: Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika mendapati keselamatan
negara terancam(1m)
F8: Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli
Perkhidmatan Kehakiman serta pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam(1m)
F9: Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit
Negara bagi persekutuan(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)
(c)
F1: Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini(1m)
F2: Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita(1m)
F3: Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi
Raja(1m)
F4: Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita(1m)
F5: Raja berperlembagaan merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di samping
memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi
Raja(1m)
F6: Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa
orang Melayu(1m)
F7: Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri,
Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah(1m)
F8: Peranan untuk mengimbangi. Ia juga dapat mengelak penindasan terhadap rakyat
dan menjamin kebebasan rakyat(1m)
F9: Seterusnya dapat melindungi hak asasi rakyat serta mewujudkan kecekapan
pemerintahan(1m)
F10: Corak pemerintahan menjadi lebih bersistematik(1m)
41
F11: Pengasingan kuasa juga dapat mengurangkan bebanan tugas badan pemerintah di
negara kita(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)
11 (a)
F1: Dilancarkan pada 27 Jun 1988 oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad(1m)
F2: Merangkumi kawasan mencakupi Kuala Lumpur, City Centre hingga ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA)(1m)
F3: Dibangunkan secara berperingkat dan diperluaskan ke seluruh negara(1m)
F4: Bertujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat dan
multimedia global(1m)
F5: Melahirkan masyarakat yang bermaklumat(1m)
(Mana-mana 4 x 1 m)
(b)
F1: Projek Koridor Raya Multimedia diperkenalkan untuk memanfaatkan perkembangan
teknologi maklumat(1m)
F2: Ianya untuk menggalakkan perkembangan ICT(1m)
H2a: Dan penggunaan ICT secara positif(1m)
F3: Perlaksanaan ekonomi berdasarkan pengetahuan(k-ekonomi) boleh berjalan
lancar(1m)
H3a: Ianya untuk membangunkan ekonomi negara(1m)
F4: Meletakkan Malaysia dalam posisi yang lebih baik pada era globalisasi(1m)
F5: Akhirnya dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)
(c)
F1: Perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan(1m)
H1a: Disebabkan kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat(1m)
H1b: Menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat(1m)
H1c: Meliputi segala aspek penting dari segi ekonomi, sosial, barangan, modal,
tenaga manusia, kemahiran, nilai(1m)
F2: Perubahan yang meliputi skop luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi(1m)
F3: Terdapat dua pandangan tentang globalisasi(1m)
H3a: Globalisasi merupakan sesuatu yang berfaedah(1m)
H3b: Globalisasi kunci kepada pembangunan ekonomi dunia pada masa
hadapan(1m)
42
H3d: Samaada di dalam negara, antara bandar dengan luar bandar, antara negara di
dunia dan antara negara maju dengan negara membangun(1m)
H3e: Globalisasi menyekat peluang pekerjaan(1m)
H3f: Globalisasi merendahkan taraf hidup(1m)
H3g: Globalisasi menghindarkan perkembangan sosial(1m)
(Mana-mana 8 x 1 m)

43
KERTAS 3
Soalan 1
a) F1 – Konsep negara bangsa merujuk pada pembentukan negara bangsa moden di
Eropah
F2 – Idea ini tercetus di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran
tercetusnya Revolusi Inggeris 1688/Perang Kemerdekaan Amerika 1776/Revolusi
Perancis 1789
F3 – Muncul idea tentang hak rakyat/kerajaan berpelembagaan/negara bangsa moden
F4 – Pembentukan negara moden ini adalah mengikut sempadan rumpun bangsa
bagi menggantikan bentuk negara feudal
F5 – Di Eropah Barat, zaman moden awal dianggap bermula pada sekitar
pertengahan tahun/pada penghujung abad ke-16
F6 – Dari segi pertumbuhan nasionalisme, zaman ini penting kerana telah
memperlihatkan bibit-bibit kelunturan entity politik berasaskan
keagamaan/kemunculan idea negara bangsa
F7- Kebangkitan nasionalisme telah mengecam empayar Austria/Rusia/Turki yang
mempunyai penduduk berbilang bangsa
F8 –Para nasionalis menggunakan unsur pensamaan rumpun bangsa/bahasa untuk
membentuk negara bangsa masing-masing
F9 –Penyatuan/pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para
nasionalis
(Maksimun = 3 markah)
Soalan 2
a) F1 –Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah
F2 –Di bahagian utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih
dikuasi Austria
F3 –Rakyat Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah
pemerintahan
F4 –Menghalau orang Austria dari bumi Itali
F5 –Count Camillo Benso di Cavour menggunakan amalan realpolitik untuk
menyatukan Itali
F6 –Menyanjungi pemerintahan monarki
F7 –Bekerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang
Austria pada 1860
F8 –Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria
44
F9 –Majoriti rakyat menyokong beliau melalui pungutan suara
F10 –Pada tahun 1866, wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali
F11 –Pada 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom
F12 –Rom disatukan dengan Itali
F13 –Akhirnya membentuk sebuah negara bangsa Itali
(Maksimun = 10 markah)
b) F1 –Otto Eduard von Bismarck mengamalkan realpolitik
F2 –Beliau mengamalkan politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman pada
tahun 1871
F3 –Beliau menggunakan pelbagai taktik untuk mencetuskan peperangan
C3a –Tipu helah
C3b –Pemalsuan dokumen
C3c –Provokasi
C3d –Penipuan
C3e –Ugutan
F5 –Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan Jerman
F6 –Rakyat Jerman bersedia menerima kediktatoran beliau
F7 –Menggunakan isu membenci kuasa asing
F8 –Untuk membangkitkan/memenangi semangat Prussia di medan tempur
(Maksimun = 10 markah)
c) F1 –Berbeza daripada pembentukan negara bangsa di Eropah yang mengamalkan
realpolitik
F2 –Politik darah dan besi untuk menyatukan negara-negara di Eropah
F3 –Pembentukan kerajaan Islam Madinah menggunakan prinsip Islam
F4 –Nabi Muhammad SAW menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum
mengasaskan kerajaan
F5 –Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum
C5a –Orang Yahudi
C5b –Orang Kristian
C5c –Orang Arab‟
F6 –Baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah dengan cara diplomasi
H6a –Musyawarah
H6b –Permuafakatan
F7 –Kejayaan membentuk kerajaan Islam Madinah disebabkan oleh wujudnya
amalan kerjasama
45
F8 –Permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpinnya
F9 –Permuafakatan antara pemimpin dengan rakyat
F10 –Menjamin keutuhan negara dan bangsa
(Maksimun = 10 markah)
Soalan 3
F1 –Negara
H1a –Merupakan wilayah yang mempunyai penduduk/sempadan/pemerintah yang berwibawa
H1b –Negara Malaysia terdiri daripad Persekutuan Tanah Melayu/Sabah/Sarawak
H1c –Institusi pemerintahan yang tersusun
H1d –Bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik
H1e –Menguatkuasakan undang-undang/peraturan kerajaan juga dikategorikan sebagai negara
F2 – Kerajaan
H2a –Pemerintahan oleh segolongan pentadbir
H2b –Diketuai oleh seorang ketua
H2c –Terdapat kawasan yang ditadbir
H2d –Merupakan satu pentadbiran tertinggi yangmewakili satu kawasan pemerintahan
F3 – Bangsa
H3a –Merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah
H3b –Penduduknya mempunyai persamaan
H3c –Dari segi bahasa/adat resam/kesenian/pengalaman sejarah
H3d – Untuk melahirkan perasaan bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum demi
membentuk bangsa Malaysia yang kukuh
F4 –Perlembagaan
H4a –Undang-undang tertinggi
H4b –Disimpan samaada bentuk bertulis atau bercetak
H4c –Perlembagaan dapat mempertahankan negara daripada pencerobohan kuasa luar
(Maksimun = 15 markah)
Soalan 4
F1 –Melalui rundingan dengan British/pelbagai kaum
C1 –Contohnya, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin lain mengadakan rundingan kemerdekaan di
London bersama British
H1 – Untuk mendapatkan kata sepakat tentang kemerdekaan Tanah Melayu
F2 –Tidak melibatkan pertumpahan darah
H2a –Pemimpin di Tanah Melayu tidak mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan
H2b –Menggunakan cara diplomasi/rundingan dengan British
46
H2c –Memastikan keamanan negara terjamin
F3 –Dibina melalui pakatan murni antara kaum
H3 –Pemimpin pelbagai kaum berusaha untuk bersatu
C3 –Seperti melalui Parti Perikatan
F4 –Tunku Abdul Rahman membahagikan tugas sama rata kepada setiap pemimpin pelbagai kaum
C4 –Seperti dalam Kabinet tahun 1955
F5 –Perpaduan kaum menjadi asas kemerdekaan
H5 –Semua kaum bekerjasama untuk mencapai kemerdekaan
C5 –Seperti pemimpin pelbagai kaum terlibat dalam rombongan kemerdekaan ke London bersama
Tunku Abdul Rahman
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)
(Maksimun = 10 markah)
Soalan 5
F1 –Pentadbiran yang cekap dan licin
H1a – Mengambil kira kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum
H1b –Untuk memberikan keadilan kepada semua rakyat
F2 –Mengetepikan ideologi politik bersifat perkauman
H2a –Semua pemimpin tanpa mengira kaum bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat
H2b –Tidak bersifat berat sebelah dalam menghulurkan bantuan/sumbangan kepada rakyat
F3 –Kesamarataan penguasaan ekonomi
H3a –Memberi peluang kepada semua rakyat menceburi bidang ekonomi yang diminati
H3b –Kerajaan memberi bantuan kepada rakyat melalui suntikan modal
F4 –Penghapusan dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan penjajah
H4 –Penguasaan ekonomi oleh kaum tertentu sahaja
F5 –Mengekalkan/mengukuhkan perpaduan kaum secara harmoni
H5a –Agar negara aman sejahtera
H5b –Rakyat sama-sama menyertai aktiviti yang melibatkan masyarakat berbilang kaum
F6 –Mewujudkan sifat hormat-menghormati
H6a –Terhadap pelbagai agama/budaya di Malaysia
H6b –Agar tidak timbul pergaduhan
F7 –Bersifat terbuka dengan pelbagai agama
C7 –Seperti mengunjungi rumah terbuka pelbagai perayaan
H7 –Supaya dapat lebih mengetahui budaya/adat kaum lain
F8 –Rakyat berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
C1 – Seperti kemahiran Sains dan teknologi
47
H1 –Agar negara dapat berdaya saing di peringkat global
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)
(Maksimun = 10 markah)
Soalan 6
F1 –Memantapkan perpaduan kaum
H1 –Agar negara menjadi aman
C1 –Seperti menziarahi jiran tetangga pelbagai kaum
F2 –Bersama-sama meraikan sambutan perayaan pelbagai kaum
C2 – Contohnya mengadakan rumah terbuka
H2 –Untuk mengeratkan silaturahim pelbagai kaum
F3 –Mengikuti kegiatan kurikulum di sekolah
C3 –Seperti menyertai aktiviti kelab/persatuan/1Murid 1Sukan
H3 –Untuk memupuk semangat perpaduan kaum
F4 –Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
C4 –Seperti kemahiran Sains dan teknologi
H4 –Agar berdaya saing di peringkat global
F5 –Menyertai aktiviti yang melibatkan masyarakat berbilang kaum
C5 –Seperti gotong-royong, majlis rumah terbuka dan sebagainya
F6 –Membeli barang buatan Malaysia
H6 –Agar ekonomi negara berkembang maju
C6 –Seperti membeli kereta keluaran Proton dan Perodua
F7 – Sanggup menyertai pasukan keselamatan negara
H7 –Untuk memperkuat pertahanan negara/menjamin keselamatan negara
C7 –Contohnya menyertai pasukan polis/tentera/JPAM
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)
(Maksimun = 10 markah)
Soalan 7
a)
F1 –Sikap tidak ambil peduli
H1a –Mementingkan diri sendiri
H1b –Tidak wujud perasaan bercinta dan berkorban terhadap negara
F2 –Masih kurang perpaduan antara kaum
H2a –Tidak menghayati Rukun Negara
H2b –Menyebabkan perasaan tidak puas hati antara kaum
F3 –Pengaruh globalisasi/dunia tanpa sempadan
48
H3 –Menyebabkan penyebaran budaya negatif dari luar
C3 –Seperti terpengaruh dengan kebebasan mutlak di sesetengah negara luar
F4 – Pengaruh media massa
H4a –Cenderung mengagungkan tokoh atau parti politik bersifat perkauman
H4b –Takjub kepada ideology politik yang melampau
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)
(Maksimun = 10 markah)
(b)
F1 –Menerima kemajmukan pelbagai kaum di Malaysia
H1 –Untuk mengukuhkan perpaduan kaum antara rakyat Malaysia
F2 –Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diperkenalkan di sekolah
H2 – Untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar
C2 –Seperti bersatu padu/bertolak ansur/bekerjasama
F3 –Mewartakan subjek Sejarah/Bahasa Melayu wajib lulus pada peringkat peperiksaan awam
C3 –Seperti SPM
H3 –Untuk menambahkan minat dan cinta pelajar terhadap negara
F4 –Mewujudkan Sambutan Hari Malaysia
H4a –Untuk memperingati peristiwa penubuhan Malaysia dan pengorbanan tokoh
H4b –Agar dapat menimbulkan perasaan lebih taat pada pemerintah
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)
(Maksimun = 5 markah)
Soalan 8
F1 –Sikap bekerjasama antara satu sama lain
H1a –Dapat merealisasikan hasrat untuk membangunkan negara
F2 –Memperkukuh sikap perpaduan antara kaum
H2a –Supaya keharmonian masyarakat dapat dikekalkan
F3 –Menggunakan pendekatan musyawarah
H3 –Untuk menyelesaikan sesuatu masalah
F4 –Mewujudkan kesepakatan dalam membuat keputusan
H4 –Agar negara menjadi aman
F5 – Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
H5 – Agar negara menjadi sejahtera
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)
(Maksimun = 5 markah)

49
Soalan 9
a)
F1 –Istilah negara bangsa dan negara dan bangsa digunakan dalam konteks yang berbeza
F2 –Konsep negara bangsa merujuk kepada negara bangsa moden di Eropah
F3 –Konsep negara dan bangsa di Malaysia merujuk kepada pembinaan negara dan bangsa
Malaysia
F4 –Pelbagai tafsiran ini disebabkan oleh perkembangan sejarah yang berbeza berlaku di Eropah,
Asia Barat dan Malaysia
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)
(Maksimun = 2 markah)
b)
F1 –Pembentukan negara bangsa Itali dan Jerman di Eropah adalah berasaskan kepentingan
persamaan rumpun bangsa dan bahasa
F2 –Kejayaan pembentukan negara dan bangsa di Malaysia bergantung kepada kesediaan setiap
warganegara yang terdiri daripada pelbagai kaum
F3 – Mengamalkan sikap tolak ansur antara kaum
F4 –Kesederhanaan dalam kehidupan
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)
(Maksimun = 2 markah)
c)
F1 –Perkongsian secara bijak dalam bidang ekonomi/politik/social
F2 –Mengukuhkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia
F3 –Menjamin masa depan negara yang cemerlang
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)
(Maksimun = 10 markah)

50

Anda mungkin juga menyukai