Anda di halaman 1dari 2

TOPIK 2: PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Membaca. Sila baca petikan di bawah.

Di sekolah saya terdapat sebuah perpustakaan yang besar dan luas. Perpustakaan sekolah saya
berhawa dingin dan beroperasi setiap hari. Terdapat pelbagai bahan bacaan di perpustakaan sekolah
saya. Bahan bacaan tersebut termasuklah buku cerita, buku rujukan, majalah, ensiklopedia dan
sebagainya. Semua bahan bacaan tersusun rapi di atas rak dan di dalam almari.

Pada waktu rehat, murid-murid berkunjung ke perpustakaan untuk meminjam dan


memulangkan buku. Ada juga murid yang membuat rujukan, membaca dan mengulang kaji pelajaran
di sana. Selain itu, murid-murid juga
boleh melayari internet di perpustakaan
untuk mencari maklumat.

Semasa berada di perpustakaan,


kita mesti mematuhi peraturan
perpustakaan. Kita patut senyap supaya
tidak mengganggu murid-murid lain.
Sesiapa yang lewat memulangkan buku
akan didenda. Kita juga patut menjaga
kebersihan dan buku-buku di
perpustakaan.

Beberapa orang pustakawan


yang bertanggung jawab bertugas di perpustakaan. Mereka membantu guru menyusun, membalut dan
merekod buku-buku baru. Semua urusan perpustakaan dilaksanakan dengan komputer. Saya sentiasa
berkunjung ke perpustakaan untuk membaca. Membaca menambahkan ilmu pengetahuan saya agar
tidak menjadi katak di bawah tempurung.
Latihan.

Sila senaraikan perabot, alatan atau benda yang terdapat di dalam perpustakaan yang pernah ada
kunjungi.

1 7

2 8

3 9

4 10

5 11

6 12

Gambar Rajah 1: Perpustakaan Sekolah

Anda mungkin juga menyukai