Anda di halaman 1dari 24

Masalah jenayah dalam kalangan remajasemakin meningkat di Malaysia.

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan masalah tersebut.

PENGENALAN
Belakangan ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah
yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan
betapa seriusnya kejadian jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari
kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.Isu ini sungguh memalukan memandangkan
negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun.Hal ini akan
memberi kesan yang negatif kepada pembangunan masyarakat dan ekonomi negara.
Jika masalah ini tidak dihayati atau ditangani oleh pihak yang
bertanggungjawab,penglibatan remaja dalam jenayah khususnya akan terus meningkat
dan berleluasa, malah ini juga boleh menggugat segala kemajuan dan ketamadunan
dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia.(Amaludin
Ab.Rahman & Noralina Omar, 2008)

Selain itu, nisbah kes jenayah remaja semakin meningkat dan isu ini bukan soal
mudah dan boleh dipandang remeh.Kadar peningkatan jenayah dalam kalangan remaja
kini semakin meningkat dan ini merupakan satu senario yang amat membimbangkan..
Menurut Abdul Rashid Abdul Rahman,1995, fenomena ini bukan sahaja mencabar dan
merunsingkan masyarakat, malah menggugat kemampuan sistem keadilan jenayah amnya
dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya1.Sungguhpun fenomena ini memang telah
wujud sejak dahulu lagi, kebelakangan ini, ia berkembang hingga menjadi satu isu dan
sering menjadi bahan sensasi yang mengisi dada media. Saban hari kita sering dikejutkan
dengan pelbagai berita sama ada di dada akhbar mahupun di media-media elektronik
tentang remaja yang terlibat dengan pelbagai jenayah. Justeru itu, hal ini telah
menimbulkan kebimbangan pertubuhan-perubuhan masyarakat dan pihak-pihak yang
mendesak pihak kerajaan bertindak dengan lebih tegas bagi menangani gejala ini.
Menyedari hakikat inilah, maka kerajaan dan sektor swasta yang meliputi berbagai-bagai
agensi seperti Pabatan Polis, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebajikan Masyarat,
mahkamah, Jabatan Penjara dan pertubuhan-pertubuhan sosial atau sukarela di negara ini
telah dan sedang merangka dan melaksanakan pelbagai usaha pencegahan serta langkah-
langkah rawatan dan pemulihan(Mahadi Hj.Osman & Syed Nurul Akla Syed Abdullah,
1995).

Remaja adalah aset utama sesuatu ummah.Generasi sekarang ini memerlukan


generasi remaja bagi mengambil alih peranan pada masa datang. Oleh itu,generasi remaja
adalah sasaran semua pihak bagi melahirkan generasi pelapis mengikut acuan yang
dikehendaki(Arieff Rosman & Wardah Mokhtar, 2003).

1
Abdul Rashid Abdul Rahman (1995) Masyarakat Melayu dan Gejala Sosial: Proses Penyelesaian Ke Arah
Pembinaan Masyarakat Melayu Cemerlang Abad Ke-21, “Jenayah Remaja dan Penyelesaiannya”, Institut
Perkembangan Minda, Kuala Lumpur.
`

(Buletin Perangkaan Sosial, 2012)

Penglibatan remaja (juvana) dalam jenayah di Malaysia

DEFINISI/JENAYAH/REMAJA
DEFINISI JENAYAH

Terdapat pelbagai definisi dan takrifan mengenai jenayah. Mengikut Kamus


Dewan Edisi ke-4, halaman 623, perkataan jenayah bermaksud perbuatan
kejahatan(seperti mencuri, merompak, membunuh,dan lain-lain) yang salah di sisi
undang-undang.Jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh sesorang dengan niat
hendak melakukan kesalahan itu, maka dengan sebab kesalahan itu orang yang
bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan yang setimpal kerana melakukan
perkara-perkara yang salah disisi undang-undang.

Manakala William Blackstone pula mentakrifkanjenayah sebagai perbuatan yang


dilakukan atau ditinggalkan, yang melanggar undang-undang awam sama ada melarang
atau memerintahkan2.

SementaraJohn E Concklin pula mentaktifkan jenayah sebagai satu tindakan yang


melanggar undang-undang jenayah dan boleh dihukum oleh kerajaan3.Jenayah juga dapat
ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan
masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi
undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman
denda atau penjara. Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan
masalah atau kesusahan kepada orang lain.Sebagai contoh, semua orang bersetuju
bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah.

(Nasrulnizamwati Mohamed, Punca Terjebak Gejala Sosial, 2008)

DEFINISI REMAJA

Secara perundangan tidak terdapat satu definisi khusus bagi mengkategorikan


remaja.Mengikut Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan

2
William Blackstone (Herbert A. Bloch & Gilbert Gets.Man Crime And
Society,RandomHouse,New York.p33)
3
John E Concklin ( Crimonology ,Mc Millan Pub.Co.New York,4th Ed.1991,p6)
seorang kanak-kanak adalah mereka yang tergolong dalam lingkungan umur dari 10
hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkutan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka
yang bermur 21 tahun ke bawah(Nasrulnizamwati Mohamed, Punca Terjebak Gejala
Sosial, 2008)

Menurut Abdul Rashid Abdul Rahman,1995, “terdapat tiga istilah yang agak berbeza
mengikut legalistik perundangan iaitu ‘juvana’, ‘orang muda’ dan ‘remaja’, dalam
konteks ini, ketiga-tiga ungkapan tersebut akan mempunyai maksud yang sama iaitu
“seseorang yang telah mencapai umur 14 tahun dan mengiktirafkannya mengetahui
akibat perlakuan jenayah (criminal responsibility) dan di bawah umur 18 tahun” (Mahadi
Hj.Osman & Syed Nurul Akla Syed Abdullah, 1995).

Juvana bererti anak-anak muda lelaki dan perempuan yang telah mencapai umur 14 tahun
dan di bawah 18 tahun yang masih belum sempurna akal fikiran, bertindak salah laku
yang melanggar undang-undang mahkamah (Khatijah Haidi Khalid, 1994).

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berusia 12 – 21


tahun.Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat
perkembangan manusia, iaitu peringkat perubahan antara peringkat kanak-kanak dan
peringkat dewasa.

. Jenayah dalam kalangan remaja merujuk kepada sesuatu tindakan dan perlakuan atau
perbuatan jahat yang menyalahi undang-undang jenayah yang dilakukan oleh individu
remaja merangkumi jenayah harta benda dan kekerasan seperti mencuri, meragut,
merompak, merogol, merosak harta benda awam Ini termasuk tingkahlaku yang
menyimpang atau menyeleweng dan dianggap tidak betul dan tidak diterima oleh
masyarakat atau komuniti kerana bercanggah dengan nilai-nilai hidup dan kebudayaan
masyarakat Ia dilakukan oleh remaja dianggap sebagai devian, lencongan ,tingkah laku
berlainan dari norma-norma tingkahlaku masyarakat yang dianggap luar biasa / buruk. Ia
menimbulkan kemarahan pada masyarakat yang kemudiannya mengambil tindakan
melarang, mengutuk, mengeji dan menghukum. Norma-norma ini tidak dapat diterima
masyarakat4 (Noran Fauzan Yaacob(1987)Devian atau pelanggaran norma-norma sosial
dikait rapat dengan masalah sosial, jenayah dan perlakuan yang tidak siuman atau
tingkahlaku orang yang berpenyakit jiwa.Ini menunjukkan devian secara umumnya
merupakan tingkahlaku yang menyimpang daripada norma-norma masyarakat
.Pelanggaran norma-norma masyarakat yang tertumpu kepada kanak-kanak, remaja atau
belia di peringkat sekolah dikenali sebagai delinkuen.Jelasnya devian dan delinkuen
adalah sekumpulan manusia yang melanggari garis panduan masyarakatnya.
.Kini keadaan ini bertambah parah apabila tingkah laku devian atau perilaku yang
melanggar norma-norma tidak hanya terhad kepada jenayah harta benda bahkan
membawa kepada gejala penagihan dadah, gangterism, pelacuran malah hingga kepada
pembuangan bayi.Perlakuan yang melanggar norma-norma yang telah ditetapkan dan
diterima oleh masyarakat dan boleh dibicarakan di mahkamah.Dalam usaha menghadapi

4
Noran Fauzan Yaacob(1987)Penghantar Sosiologi.Fajar Bakti.P.Jaya
cabaran di atas, lapisan masyarakat sedang berjuang dengan kemelut sosial yang dihadapi
oleh remaja hari ini. Sistem pendidikan, cabaran Wawasan serta pembangunan sumber
manusia yang cuba diadun dan dicanai agar mampu melahir tenaga manusia yang
kompeten dan berjiwa murni seolah-olah dikejut oleh masalah keruntuhan sosial di
kalangan remaja sedangkan mereka ini adalah penentu kejayaan masa depan negara
(Haminah, 1999)Remaja merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan penduduk di
Malaysia. Oleh kerana bilangannya ramai, maka masalah yang berkaitan, dengan
kelompok ini juga banyak (Mahmood, 1994).Banyak faktor boleh mengakibatkan
berlakunya jenayah dan banyak kesan negatif yang berlaku juga disebabkan oleh jenayah

(Khatijah Haidi Khalid, 1994)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


JENAYAH DALAM KALANGAN REMAJA
Pembabitan remaja dalam jenayah tidak diketahui dengan jelas akan faktor-faktor
yang mendorong remaja melakukan jenayah.Faktornya pula tidak berpunca daripada satu
faktor sahaja. Malah antara satu gejala sosial dengan gejala sosial yang lain saling kait-
mengait yang tidak boleh dipisahkan.(Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2005)Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang disifatkan boleh menjurus remaja
melakukan tingkah laku devian jenayah.

Setiap keluarga sudah tentu ingin akan sebuah keluarga yang bahagia dan sering
mendoakan agar keluarga yang dibina sentiasa berbahagia dan sejahtera di samping anak-
anak tersayang.Dalam sesebuah keluarga, anak-anak adalah anugerah Allah yang tiada
ternilai dan tiada galang ganti.Ramai sedia maklum, orang yang paling berperanan dalam
membentuk identiti dan minda remaja adalah keluarga mereka terutama ibu bapa.
Dalam proses pembentukan peribadi dan personaliti remaja terdapat empat
pengaruh yang menberikan kesan dalam pembentukan kendiri iaitu pengaruh ibu bapa,
rakan sebaya, teman istimewa dan guru. Rasulullah SAW pernah bersabda yang
bermaksud, “Setiap anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih.maka ibu bapalah
yang bertanggungjawab sama ada dia akan menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau
Majusi.(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).Hadis ini membawa maksud anak-anak
yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu
membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah yang
bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.Hadis Rasulullah
SAW jelas sekali menegaskan bahawa ibu bapa adalah asas dalam menentukan dasar
pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak. Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan
yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani.Bagi umat Islam, contoh teladan
yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda
umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.Di sini jelas sekali ibu
bapa memainkan peranan yang utama dan penting dalam membentuk perkembangan
sahsiah para remaja kerana pendidikan awal bermula di rumah.Ibu bapa ialah guru
pertama yang bertanggungjawab dalam proses pembentukan dan perkembangan sahsiah
yang bermula sejak daripada kandungan.Asuhan dan pendidikan awal ibu bapa penting
bagi mencorak personaliti remaja.Ini termasuk akal, agama, tingkah laku, pembinaan
insan dan umum.(Zainal Madon & Mohd Sharani Ahmad, 2004)
Kehadiran setiap anak dalam keluarga lazimnya mewarnai kehidupan berumah
tangga kerana cahaya mata merupakan harapan ibu bapa yang utama.Anak merupakan
amanah yang dipinjamkan oleh Allah Taala, amanah tersebut akan ditanya oleh Allah di
akhirat kelak.Mendidik Anak seharusnya kita berikan semenjak anak masih dalam
kandungan lagi. Islam amat menitik beratkan dalam hal memberikan pendidikan sejak
dari dalam kandungan sampai anak mencapai usia dewasa. Pemahaman agama yang baik
akan banyak mempengaruhi dalam hal pembentukan akhlak dan peribadi mulia seorang
anak kelak nanti.

Kajian mendapati kebanyakan kes jenayah wujud akibat si pelakunya datang


daripada keluarga yang menghadapi konflik atau keluarga yang bermasalah atau porak-
peranda.Remaja daripada keluarga yang mempunyai konfilk berkemungkinan kurang
mendapat kepentingan pembinaan sosial oleh kedua-dua ibu bapa.Hal ini kerana ibu bapa
bukan sahaja menjadi penyumbang pembinaan sosial tetapi juga ‘role-model’ yang
menyalurkan nilai-nilai murni dan positif kepada remaja.Kepimpinan melalui
teladan,contoh baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan melekat di minda anak-anak
remaja dan kemudian sebati dengan diri mereka.Jika nilai baik yang diterapkan, maka
baiklah jadinya.Namun begitu,perkembangan remaja akan melalui pelbagai masalah
sekiranya remaja tidak mendapat komponen kasih sayang dan didikan yang sempurna
daripada kedua-dua ibu bapa.Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi
didikan, perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan
lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian,
mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang
kali ditegur.Remaja yang terbiar tanpa interaksi sosial yang positif dan bimbingan akan
menghadapi dalam menentukan hala tuju.Apatah lagi dalam usia yang sebegitu muda,
sudah pasti remaja terbiar ini akan mencari hala tujunya sendiri dan akan mudah tertarik
melakukan sesuatu yang membawa keseronokan dan kelekaan.Masa pun berlalu dan
remaja dengan mudahnya terjebak dalam pelbagai aktiviti sosial atau devein yang tidak
sihat.Apa yang pasti, jika masalah atau konflik rumah tangga dibiarkan berterusan, maka
remaja tidak lagi merasakan rumah sebagai syurga.Sebaliknya mereka lebih cenderung
menghabiskan masa di luar rumah bersama rakan-rakan.

Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock mentakrifkan bahawa keluarga


adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama
dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. Faktor kepincangan keluarga dan taraf
sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak.
Kegagalan ibubapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan
menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. Menurut James
Becker, ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-
anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna dan ini akan menjejaskan
ketahanan diri remaja. Selain itu, dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat
yang inginkan kemewahan akan menjadi semakin individualistik dan materialistik.
Masyarakat moden tidak lagi menerimasuratan takdir dan mereka percaya bahawa usaha
mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional,
masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan
barang-barang untuk kepuasan diri. Apabila kedua-dua ibubapa keluar bekerja, anak-
anak akan terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibubapa yang sibuk dengan
kerja masing-masing. Dengan ini, remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk
mendapatkan perhatian.Terdapat kajian tentang hubungan antara latar belakang
keluarga yang tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak
muda.Kebanyakan remaja yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf sosio
ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama remaja terjebak dalam kancah masalah
disiplin atau lebih teruk lagi jenayah.

Faktor terbesar tidak lain ialah ibu bapa. Guru pertama dan merupakan insan yang
paling rapat dengan anak-anak. Ibubapa yang tanpa segan silu mengaku
bertanggungjawab membesarkan anak-anak, padahal hanya mencontohi monyet
menyusukan anak sahaja.
Masakan tidak, hanya nafkah, makan minum, tempat tinggal serta pakaian sahaja yang
diambil berat. Yang lainnya diserahkan secara ‘tawakal’ bahawa anak itu akan menjadi
baik secara natural.Belum dikira ibu bapa yang bekerja siang malam tanpa sempat untuk
menilik mata anak-anak.Mesra dengan pelanggan dan menyinga dengan anak-anak.

Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam
pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi
maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi
tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu
mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama
yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja runtuh.Natijahnya mereka
tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras
ugut. Seterusnya, aktiviti jenayah ini juga turut berlaku apabila anak-anak kurang
mendapat perhatian daripada ibu bapa atau sering tidak dipedulikan oleh ibu bapa.
Kesibukan ibu bapa mengejar kemewahan dan kesenangan hidup mengakibatkan anak-
anak tidak memiliki masa yang cukup untuk diluangkan bersama keluarga.Malahan,
mereka tidak mempunyai waktu untuk mengawasi dan mendidik anak-anak di
rumah.Kebebasan anak-anak di luar rumah tanpa kawalan atau pengawasan ibu
bapamenyebabkan anak-anak sukar dibentuk dan sentiasa bertindak di luar
jangkaan.Selaras dengan itu, ibu bapa perlu memantau dan mengawasi anak-anak serta
tidak membiarkan anak-anak mereka terlalu bebas dalam pergaulan.Ibu bapa juga harus
memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan sentiasa mendorong mereka untuk
memilih rakan yang baik kerana rakan-rakan yang baik dapat membantu mendorong
anak-anak berkelakuan baik.Ibu bapa seharusnya membentuk anak-anak mereka menjadi
modal insan yang berakhlak terpuji serta berbakti kepada keluarga dan negara.Anak-anak
hendaklah diajar semanjak mereka kecil lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’. Anak-anak yang dididik dan diasuh dengan sepenuh kasih sayang serta
mendapatperhatian ibu bapa tidak akan tergamak melakukan perbuatan tidak bermoral ini
sehingga mengecewakan ibu bapa. Justeru, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam
memastikan anak-anak bersikap positif dan menghindarkan diri daripada aktiviti
jenayah.Remaja yang tidak mendapat kasih sayang danperhatian sewajarnya daripada ibu
bapa dan keluarga, akanmendapatkan kasih sayang dan perhatian daripada orang luar
termasuk rakan sebaya. Remaja akan membuat apa sahaja untuk berseronok dan
mendapatkan perhatian rakan mereka.Sebagai contoh ,melakukan jenayah seperti
meragut,melepak dan sebagainya bagi memuaskan hati rakan mereka.Oleh itu kurang
kasih sayang menyebabkan remaja terjerumus dalam kancah jenayah ragut ini

Media massa / Internet

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam
mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja. Remaja masa kini mempunyai
mentaliti untuk kelihatan bergaya selaras dengan arus kemodenan dan pembangunan
pesat yang dicapai oleh negara.Kemajuan dalam bidang komunikasi,iaitu suatu rangkaian
media massa yang canggih telah menyebabkan budaya kuning dari Barat mengalir masuk
dan terus membudaya dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adab-
adab ketimurannya.Nilai-nilai tradisional dan norma-norma masyarakat tidak lagi
menjadi unsur yang mendominasi kehidupan para remaja kita. (Wan Seng, 1994)
Trend media massa sejak beberapa dekad yang lalu lebih berkecenderungan untuk
memaparkan bahan-bahan bacaan dan program-program yang lebih berbentuk hiburan
daripada menonjolkan isu-isu semasa yang berhubung dengan hal ehwal negara serta
antarabangsa. Melalui teknologi yang semakin canggih, golongan remaja mudah
terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh
mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa.
Golongan remaja mudah meniru dan mengikut hal di sekeliling mereka. Paparan adegan-
adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan
perasaan ingin tahu dan ingin cuba dengan mengikut apa yang mereka tonton dari video
cakera padat dan sesetengah program televisyen. Selain dari cakera padat, bahan-bahan
pornografi juga mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak
berwajib. Oleh itu, ibubapa seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya
remaja ini mendapat panduan yang betul.Tidak dapat disangkal bahawa keterbukaan
dalam globalisasi dunia hari ini merupakan salah satu penyebab berlakunya jenayah salah
laku masyarakat secara meluas.Internet begitu berpengaruh berbanding media lain
kerana sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara. Ia sukar ditapis, disekat dan
dihalang tidak seperti media lain. Bahan-bahan lucah dengan begitu mudah memasuki
negara. Siaran-siaran radio, TV dan video yang mengandungi unsur-unsur
ganas, budaya barat, tahyul dan seks bebas akan mewujudkan suasana sekeliling yang
semakin rosak dan tidak mustahil remaja akan mencuba aksi-aksi ganas dan adegan yang
memberahikan. Akibatnya mereka terjeremus dengan perhubungan seks bebas, sumbang
mahram dan melakukan jenayah seperti mendatangkan cedera dan bunuh.
Hal ini memburukkan lagi keadaan dengan senario yang berlaku di negara kita
kesan dari lambakan program-program hiburan dan realiti menerusi media masa kerajaan
atau swasta memburukkan lagi keadaan. Lebih malang lagi apabila program-program ini
mendapat sokongan pelbagai pihak. Pelbagai program hiburan yang langsung tidak
menampilkan budaya ilmu atau meninggalkan impak yang positif yang berunsurkan
kerohanian memenuhi slot media masa tempatan sepanjang masa. Antara program yang
hanya untuk hiburan semata-mata seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak, Super Spontan,
Amek Kau, dan Juara Lagu mendapat tempat di hati penonton dari kanak-kanak hingga
dewasa. Program-program realiti seperti Akademi Fantasi, Mentor, One In A Million
pula memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk bertanding dan mengasah bakat.
Masing-masing berlumba-lumba untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan.Tidak
cukup program untuk golongan remaja dan orang muda, kanak-kanak di peringkat tadika
juga diwujudkan program khas untuk mereka. Antaranya Idola Kecil, Kamilah Bintang
dan Tom-tom Bak.Terkini terdapat satu program seperti Kilauan Emas yang bercorak
hiburan berbentuk nyanyian untuk mencungkil bakat golongan warga emas.Program-
program seperti ini jelas menyimpang daripada masyarakat kita kerana hanya
mementingkan hiburan dan keseronokan tanpa diselitkan dengan budaya ilmu yang
sepatutnya dijadikan perkara utama untuk golongan ini.Melalui program ini remaja atau
kanak-kanak begitu teruja untuk mengagungkan personaliti atau peserta yang terlibat.
Mereka begitu obsess untuk mengikuti perlakuan yang dipamerkan.

Di samping itu, kebanyakan penerbit filem-filem tempatan lebih banyak


mengetengahkan tema-tema yang berbentuk keganasan yang banyak menjurus kepada
kegiatan gengsterisme. Pada dasarnya filem-filem ini memang mempunyai maksud-
maksud tersirat dan cuba untuk mendidik para remaja daripada terjebak dalam gejala
gengsterisme. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian kerana kebanyakan filem-filem
ini membayangkan seakan-akan budaya gengsterisme ini adalah satu budaya yang
menarik dan bersesuaian dengan peringkat perkembangan remaja yang mempunyai jiwa
yang suka memberontak. Filem-filem ini secara langsung yang bertujuan untuk mendidik
sebaliknya secara tidak langsung banyak mempengaruhi jiwa dan emosi sering menjadi
ikutan remaja kerana ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan sosio budaya remaja yang
mempunyai latar belakang sosioekonomi dan juga mengalami konflik keluarga. Selain
itu, secara tidak langsung pngaruh hiburan ini boleh menjadi virus kepada penularan
budaya hedonisme atau amalan hidup yang mementingkan hiburan dan pergaulan bebas.
Antara filem-filem yang menjadi kegilaan remaja sekarang adalah seperti KL Gengster,
KL Gengter 2, Lari, Songlap, Kerat 14, 8 Jam, Kongsi, 1 Lawan 1, KL Drift dan
sebagainya. Plot atau jalan cerita filem-filem ini jelas sekali menggambarkan konflik-
konflik yang sering dihadapi oleh kebanyakan remaja kita.

Media massa memberi banyak manfaat dan kemudahan kepada


penggunanya.Sebagai contoh internet,emel ,televisyen dan sebagainya.Perkembangan
teknologi telah memudahkan setiap perkara tanpa batasan dan sempadan untuk
mendapatkan maklumat, dan berhibur. Namun begitu,media massa turut memberi kesan
negatif kepada remaja jka disalah guna.Remaja hanya perlu memuat turun apa sahaja
yang mereka inginkan.Sebagai contoh menonton video lucah,menonton video ragut dan
video keganasan.Secara tidak langsung wujud perasaan ingin mencuba dalam diri
remaja.Jiwa remaja sememangnya mudah dipengaruhi.Perasaan ingin tahu dan ingin
mencuba menyebabkn remaja mempraktikkan apa sahaja yang mereka lihat di dalam
internet. Oleh itu media massa juga menjadi faktor berlakunya jenayah ragut dalam
kalangan remaja.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah dalam kalangan
remaja. Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio
memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan
tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini jika tidak dimanfaatkan
dengan betul, contohnya, menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data
penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka
untuk melakukanjenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah
Pengaruh-pengaruh luaran dan dalaman juga menyebabkan remaja terlibat dalam
kegiatan jenayah juvana.Dalam proses memajukan negara,kita disogokkan dengan
pelbagai rancangan dan artikel yang kurang bermutu dari Barat yang bertentangan
dengan agama dan ajaran kita.Hal ini dilakukan melalui media-media elektronik
mahupun media cetak.Rancangan dari Barat menonjolkan ciri-ciri keganasan yang sesuai
dengan jiwa remaja yang kuat memberontak.Dengan ini,remaja yang menontonnya akan
terpengaruh dengan adegan ganas yang sesuai dengan naluri mereka yang sentiasa ingin
mencuba sesuatu yang baru.

Rakan Sebaya

Faktor pengaruh rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat


dalam mengubah nilai dan sikap seseorang remaja apabila institusi keluarga
gagal.Remaja yang mempunyai konflik keluarga mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya
yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini
membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian oranglain dan mudah
terjerumus dalam pelbagai gejala sosial. Selain itu, sama ada disedari atau tidak
kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan
serta permasalahan yang wujud dalam persekitaran. Remaja yang
menganggur,pendidikan tidak kesampaian atau keciciran lebih awal, kehidupan keluarga
yang tidak terurus dengan baik, kurang disiplin serta pengawalan diri,
mudah terpengaruh, asas pendidikan agama yang lemah,kurang rasa tanggungjawab
danmengharap orang lain, banyak menimbulkan pelbagai konflik dan menjadi beban
bukan sahaja kepada ibubapa bahkan masyarakat umumnya.
Ibubapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang
dihadapi oleh anaknya. Sedarlah bahawa peranan ibubapa dan masyarakat adalah untuk
membentuk anak-anak untuk menjadi baik. Jika sifat baik ini dapat disemai sejak mereka
kecil, sudah pasti mereka akan bebas dari aktiviti-aktiviti yang tidak sihat kerana Polis
hanya pihak berkuasa, tetapi masyarakat pula adalah pembentuk nilai yang baikPengaruh
rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan
pelajar dan remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang
dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat-tempat tertentu seperti pasar raya
sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani
mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak
akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka
tersalah pilih rakan sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana
sememangnya remaja mudah terikut-ikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan
jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja
mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka.Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan
siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar
hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan dengan pelajaran
sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekali gus dapat
membendung jenayah dalam kalangan remaja.

Peningkatan Kos sara hidup

Kepesatan dan pembangunan perbandaran membawa pelbagai perubahan dan


kemajuan ke atas sesebuah negara atau wilayah, seperti peningkatan taraf hidup
penduduk kesan daripada perubahan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Namun di
sebalik kepesatan perbandaran yang begitu pesat akan menimbulkan kesan negatif dan
impak ke atas peningkatan kos sara hidup di bandar yang terpaksa dihadapi dan tidak
dapat dielakkan serta membebankan masyarakat bandar. Peningkatan kos sara hidup turut
memberi kesan dan menjurus kepada kemerosotan taraf sosial keluarga. Keadaan ini
memaksa kedua-dua ibubapa terpaksa bekerja keras bagi menampung kos perbelanjaan
yang semakin meningkat di bandar. Masa yang banyak terpaksa dikorbankan untuk
memenuhi keperluan sosioekonomi telah menyebabkan anak-anak terbiar tanpa
bimbingan dan perhatian. Kewujudan masalah dan gejala sosial seiring dengan kepesatan
perbandaran meningkatkan lagi perlakuan jenayah.
Penumpuan pembangunan sosial dan ekonomi di bandar menyebabkan wujudnya
ketidakseimbangan pembangunan di bandar.Akibatnya timbul masalah penghijrahan
penduduk dari kawasan sekitar bandar atau dari luar bandar ke bandar. Penghijrahan
penduduk penduduk ini akan meningkatkan jumlah penduduk di bandar melalui
peningkatan kadar kelahiran. Situasi ini akan memberi tekanan ke atas kapasiti
penyerapan gunatenaga, kesesakan serta persaingan kemudahan asas di bandar. Selain
itu, kebanyakan yang berhijrah adalah golongan miskin dan menganggur. Desakan hidup
serta ketidakmampuan memenuhi matlamat keperluan hidup menyebabkan golongan ini
terlibat dalam kegiatan jenayah. Situasi ini biasanya terjadi apabila mereka tidak diterima
untuk mana-mana pekerjaan dan mereka sangat memerlukan wang, ini mendorong
mereka memilih jalan pintas untuk memperoleh wang seperti merompak. Aktiviti
rompakan ini biasanya melibatkan kes rompakan yang melibatkan ribuan wang atau
barang-barang berharga yang sering terjadi di rumah golongan berada atau tempat-tempat
awam lain seperti bank atau pusat beli-belah. Menyedari hakikat itu, kerajaan perlu
mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan peluang pekerjaan supaya golongan
masyarakat memiliki sumber pendapatan dendiri. Jadi, tidak akan ada lagi alasan bagi
masyarakat untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah. Justeru, antara langkah yang
boleh diambil oleh pihak terbabit adalah dengan memperkasa bidang ekonomi supaya
peluang pekerjaan meningkat.

Kemelesetan ekonomi dunia telah memberi impak yang besar terutamanya kepada
masyarakat yang berpendapatan rendah.Remaja yang berlatarbelakangkan keluarga yang
berpendapatan rendah terpaksa menjadikan jenayah ragut untuk memenuhi keperluan dan
kehendak mereka.Hal ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Pengarah Jabatan Siatasatan
Jenayah Bukit Aman Dato Muhammad Bakri Zinin bahawa faktor ekonomi menyumbang
kepada peningkatan jenayah ini..Tambahan pula jenayah ragut memberi keuntungan
dalam sekelip mata..Tuntasnya,kemelesetan ekonomi juga menjadi titik tolak penglibatan
remaja dalam jenayah ragut ini.

Kehadiran Warga Asing dan Pendatang Tanpa Izin


Mengikut Freedom House, sehingga 30 September 2006, terdapat 1.9 juta orang pekerja
asing yang bekerja secara sah di Malaysia. Kementerian Sumber Manusia pula
menyatakan pekerja asing yang bekerja secara sah ini sebahagian besar berasal dari
Indonesia (64%), Nepal (10%), India (7%), Burma (5%), Vietnam (5%), Bangladesh
(3%), Pakistan dan Filipina (1%) serta Negara lain termasuk China (4%). Pada masa yang
sama dianggarkan lebih daripada 2 juta orang pekerja asing yang bekerja secara haram
dan dikategori sebagai PATI.

Tiadak dinafikan kehadiran warga asing ini akan membawa bersama budaya negatif dari
negara asal dan mempengaruhi cara hidup dan budaya mereka ketika berada di negara
orang. Kanak-kanak PATI yang terabai tanpa penjagaan kedua ibubapa juga boleh
menyumbang kepada penglibatan mereka dalam jenayah.Ambil saja contoh kehidupan
kanak-kanak PATI yang boleh ditemui di Pasar Besar Kota Kinabalu, Sabah, mereka
terdedah dengan gejala yang kurang sihat seperti menghidu gam, menghisap rokok,
mencuri dan bergaduh. Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak PATI yang
dibiar terus terlibat dengan aktiviti kurang sihat ini? Bukan tuduhan, tetapi peningkatan
kadar jenayah dalam kalangan pendatang asing tentu saja berkait rapat dengan proses
hidup pendatang asing ini semasa mereka kanak-kanak. Malah secara tidak langsung juga
tingkah laku negatif kanak-kanak PATI boleh mempengaruhi kanak-kanak warga
tempatan disekelilingnya. Mengikut perangkaan tangkapan kes jenayah terhadap warga
asing seramai 25% atau 361 yang terlibat dalam kes jenayah yang dilaporkan di negeri
Sabah bagi tempoh Januari hingga Jun 2009.

Mengejar kemewahan
Inginkan kesenangan hidup tanpa berusaha keras untuk mendapatkan kemewahan
telah mengakibatkan ramai di kalangan masyarakat melakukan jenayah.Contohnya
jenayah ragut, bagi penjenayah dan sesiapa saja yang gemar melakukan kejahatan, ragut
adalah kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata.Apa tidaknya
dengan beberapa saat saja, dompet, telefon bimbit atau beg tangan akan dilarikan oleh
peragut.

Kurang kesedaran masyarakat dalam pencegahan


jenayah
Dari kajian, kebanyakan kes jenayah yang melibatkan jenayah harta
benda dilakukan oleh penjenayah kerana dapatnya peluang.Masyarakat sendiri yang telah
menciptakan peluang ini dengan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang
sepatutnya terhadap harta benda mereka. Contohnya, kebanyakan kes pecah kereta
berlaku kerana kecuaian mangsa sendiri yang telah meninggalkan kenderaan mereka
dalam keadaan lupa dikunci atau mendedahkan harta-harta seperti beg tangan, computer
riba, cermin mata dan sebagainya pada pandangan umum.

Selain itu, nisbah kes jenayah semakin meningkat disebabkan kurangnya


kesedaran rakyat terhadap isu ini. Rakyat berfikiran bahawa isu ini adalah sesuatu yang
remeh dan dapat diselesaikan dengan mudah, tetapi mereka tersilap. Isu jenayah ini tidak
seharusnya dipandang enteng.Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah masyarakat
tidak memiliki kesedaran tentang kesan isu ini kepada pembangunan masyarakat dan
ekonomi negara.Sejajar dengan itu, pelbagai kempen antijenayah haruslah diadakan oleh
pihak terbabit bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya di
peringkat sekolah.Hal ini demikian kerana pada tahap ini, masyarakat terutamanya
golongan muda kurang terdedah kepada kegiatan jenayah. Antara kandungan kempen
pencegahan jenayah yang diadakan haruslah meliputi tayangan gambar atau video serta
pameran berdasarkan aktiviti jenayah. Selain itu, sesi ceramah juga boleh diadakan
melalui kempen ini.Tuntasnya, kesedaran rakyat tentang isu ini dapat dibendung secara
perlahan melalui wujudnya kempen seperti kempen antijenayah.Namun begitu, kempen
ini haruslah dilaksanakan bersama dengan jayanya seperti kata pepatah ‘bersatu kita
teguh bercerai kita roboh’.
Trend masyarakat hari ini yang mengambil sikap aku tidak pedulisme cukup
menyedihkan.Bahkan sikap sedemikian juga menjadi pemangkin terbesar ke arah
kebejatan gejala sosial dan jenayah meningkat dengan mendadak.Falsafah tidak boleh
jaga tepi kain orang harus dihapuskan secepat mungkin.

Kesedaran harus dibina bahawa dalam bermasyarakat, setiap individu berperanan dalam
menjaga individu yang lain. Kegagalan dalam mepraktikkan amalan tegur menegur akan
mengundang bala Allah sepertimana yang telah terakam dalam Al-Quran tentang kaum
Bani Israel yang dilaknat Allah lantaran sikap mereka yang tidak menjaga tepi kain
orang.

78. Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera
Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.
79. Mereka satu sama lain selalu tidak saling melarang tindakan mungkar yang mereka
perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.. ( Al-
Maaidah – 78-79)

Sikap masyarakat yang individualistik

Hubungan keluarga dan kejiranan yang renggang di kalangan penduduk dan sikap
penduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang individualistik. Jika kita lihat
keadaan jenayah di kampung, kenapakah kadar jenayah di kampung adalah rendah
berbanding dengan kawasan bandar, ini adalah kerana sikap perpaduan dan saling bantu-
membantu masih wujud di kalangan mereka tetapi berlainan di bandar terutamanya di
kawasan elit, tahap individualistik begitu tinggi. Ini dengan dengan sendirinya
mengecilkan ruang interaksi untuk membina satu jambatan kemasyarakatan. Tahap
mengambil tahu antara satu dengan lain berada pada tahap yang rendah. Suatu masa
dulu telah diwujudkan Rukun Tetangga di taman-taman perumahan tetapi kini kewujudan
Rukun Tetangga seperti tidak wujud lagi. Pada hal ini adalah satu mekanisme untuk
meningkatkan keakraban seterusnya mengambil tahu apa yang berlaku dalam lingkaran
masyarakat.

Faktor pendidikan agama yang cetek

Walau apapun anutan agama seseorang, yang pastinya agama merupa satu
benteng terbaik mencegah seseorang melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.Setiap
agama bertujuan mendidik umatnya menjadi manusia yang berguna dalam kehidupan dan
dijanjikan balasan baik dan buruk apabila seseorang meninggal kelak.Remaja yang tidak
berpegang kepada nilai-nilai agama adalah lebih mudah terjebak dalam gejala yang tidak
sihat serta menjadi liar.Malangnya, ibu bapa masa lebih mementingkan ilmu akademik
dan mengabaikan ilmu agama. Ibu bapa lebih mementingkan kecemerlangan ilmu
akademik dengan mendapatkan seberapa banyak A dalam sesuatu peringkat peperiksaan
dengan mengenepikan pengisian rohaniah yang berbentuk agama dalam diri anak-anak
remaja.Sekiranya setiap individu menjadikan segala ajaran agama kepercayaan mereka
sebagai panduan hidup, sudah tentulah dapat membantu para remaja ,mengawal diri dan
menangkis segala perkara yang negatif.Jenayah remaja berpunca akibat kekurangan
didikan agama.Orang yang kekurangan didikan agama tidak dapat membezakan
perbuatan yang haram di sisi agama.Mereka yang terlibat dalam jenayah juvana tidak
kukuh pegangan agamanya dan mudah hilang pedoman apabila mereka menghadapi
masalah dan tekanan.Jadi.mereka menganggap penglibatan dalam jenayah seperti ini
dapat menjadi penyelesaian kepada bebanan jiwa yang dihadapi oleh mereka.Remaja
yang mempunyai pegangan agama yang lemah cenderung untuk melakukan
jenayah.Semua agama sama ada Islam,Hindu dan Buddha melarang penganutnya
melakukan kejahatan.Sebagai contoh agama Islam.Timbul persoalan mengapa saya
mengambil contoh agama Islam.?Hal ini demikian kerana apa-apa kegiatan jenayah di
Malaysia seringkali dimonopoli oleh orang melayu yang beragama Islam.Islam adalah
agama yang suci dan satu-satunya agama yang deperakui oleh Allah.Islam melarang
umatnya melakukan kejahatan di muka bumi ini.Tanggungjawab ibu bapa adalah
memberi didikan agama kepada anak-anak bukan mencari nafkah sahaja. Anak-anak
akan melakukan jenayah ragut ini tanpa berasa takut akan kesannya di hari pembalasan
kelak.Jelaslah,lemah pegangan agama menyebabkan remaja terlibat dalam jenayah ragut
ini.Kurang didikan agama yang mengakibatkan kekosongan jiwa, jahil dan tidak
memiliki prinsip hidup.

Remaja ialah asset berharga Negara dan generasi yang akan meneruskan
kesinambungan pembangunan Negara .Remaja merupakan penyumbang tenaga kerja
yang terbesar untuk merealisasikan Wawasan 2020.Oleh itu, remaja harus mengubah
sikap sebelum dapat melangkah menjadi orang dewasa yang matang dan berguna kepada
masyarakat.Jika mentaliti remaja masih di takuk lama, nampaknya remaja tidak ada
harapan lagi untuk menjadi barisan pelapis menggantikan pemimpoin Negara yang ada
sekarang.Remaja harus menyahut cabaran dan menjadi penentu kepada masa depan
Negara sebab tanpa remaja menjadi ‘tiang’ sudah tentu harapan Malaysia menjadi Negara
maju hanya tinggal menjadi impian sahaja.Seiring dengan perkembangan semasa dan
perubahan zaman, ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam
bidang keibubapaan.Perkara yang lebih penting adalah ilmu dan maklumat yanmg
diperoleh perlu dihayati dan dipraktikkan dalam usaha membentuk sebuah keluarga yang
bahagia.Masa depan yang cerah terletak di tangan remaja.Jika proses membentuk
kembali dan membetulkan akhlak remaja tidak dilaksanakan secepat mungkin,jenayah
dalam kalangan remaja yang kian meningkat ini akan semakin runcing mengikut
peredaran masa hingga sukar untuk dibendung.

Pembangunan fizikal dan kemajuan material sekiranya tidak diselaraskan dengan


pembangunan rohani akan menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial.Semakin maju
sesuatu masyarakat, nilai-nilai tradisi yang wujud sejak turun-temurun seperti nilai-nilai
moral, keeratan hubungan kekeluargaan dan kestabilan hubungan antara individu menjadi
semakin longgar dan rapuh. Dalam mengejar kemajuan dan kekayaan, anggota
masyarakat tidak lagi member perhatian yang khusus membangunkan periabdi insaniah
seabaliknya asysik leka mencari nafkah supaya dapat melangsungkan kehidupan.

Faktor persekitaran

Kurangnya pencahayaan lampu di kawasan perumahan, taman dan jalan serta lorong
yang sempit dan keadaan pinggir rumah yang bersemak memudahkan penjenayah untuk
melakukan jenayah.Contohnya kes pecah rumah, penjenayah akan jadikan kawasan
seperti ini sebagai sasaran mereka kerana perbuatan mereka akan terlindung dari
penglihatan umum dan memudahkan mereka untuk bersembunyi.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja
adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri
basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992) Berdasarkan statistik, kes
melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990,
sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun
1992. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang
sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa.Istilah yang popular
digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala
Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas
sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja
kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac
1993) Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah remaja yang ditangkap pada tahun lepas
juga meningkat berbanding 5,997 orang termasuk 2,889 pelajar pada tahun 2005.
‘‘Seramai 8,113 remaja berusia antara 16 dan 18 tahun ditahan sepanjang tahun lepas
dan daripada jumlah itu 3,545 adalah pelajar.(Sumber : Utusan Malaysia
(17/02/25007)

Dari manakah datangnya semua ini?Siapa yang mengajar mereka?Sudah


semestinya bukan ibu bapa tetapi mereka belajar daripada rakan-rakan mereka yang
mempengaruhi mereka dan sesetengahnya pula belajar daripada internet yang
menyalurkan unsur-unsur negatif. Jadi, apa kaitannya dengan ibu bapa? Kaitannya ialah
ibu bapa kurang mengawasi anak-anak mereka. Ibu bapa tidak mengambil tahu dengan
siapa anak mereka bergaul dan apa yang dilakukan oleh para remaja ini semasa melayari
internet.

Ramai ibu bapa yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan kerja
masing-masing dan tidak mempunyai masa untuk memerhatikan setiap gerak geri
anak.Ada pula yang berpendapat bahawa anak mereka sudah besar dan matang, jadi,
mereka tidak perlu diawasi dan dijaga seperti budak kecil. Tanggapan ini salah sama
sekali dan perkara inilah yang membuat anak-anak memilih jalan yang salah dalam hidup
mereka. Bagi ibu bapa yang sibuk pula, penting sangatkah pekerjaan itu sehingga
sanggup mengabaikan anak sendiri, amanah daripada Tuhan dan lebih berharga dari
wang ringgit?Adakah mereka lebih sanggup melihat anak mereka meringkuk dalam
penjara.

Untuk mengelakkan anak-anak ini terjerumus ke lembah hitam, ajaran dan didikan
yang secukupnya perlu diberi kepada mereka. Siapa yang akan mengajar dan mendidik?
Siapa lagi kalau bukan ibu bapa mereka sendiri.Ibu bapa tidak boleh mengharapkan
pengasuh atau guru-guru untuk mendidik mereka kerana didikan daripada guru dan
pengasuh amat jauh bezanya dengan didikan daripada ibu bapa.Hal ini disebabkan oleh
ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak.Tambahan pula, anak-anak
telah meluangkan masa selama sembilan bulan di dalam rahim ibu mereka dan bukan di
dalam rahim pengasuh mahu pun guru-guru mereka.Jadi, anak-anak dapat menerima
ajaran dengan lebih baik dan sempurna.

Kesimpulannya di sini, ibu bapa adalah insan yang telah diamanahkan untuk
mencorak peribadi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa harus menunaikan
tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Jangan pula menyalahkan amanah itu
kepada orang lain dan jangan sesekali lari daripada tanggungjawab tersebut. Jangan
dipersia-siakan anugerah yang tidak ternilai daripada Tuhan

“Hadis itu menjelaskan bayi yang dilahirkan suci daripada sebarang dosa dan
kesalahan.Jadi, salah sekali bagi mereka yang berpendapat anak kecil yang baru
dilahirkan, membawa sial atau malapetaka kepada keluarganya,” katanya.

Ibu bapa mestilah menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang bagai
menatang minyak yang penuh.Hal ini dikatakan penting kerana kasih sayang yang
dicurahkan oleh ibu bapa mampu menyedarkan anak-anak tentang betapa pentingnya
institusi kekeluargaan demi membina masyarakat yang berkualiti.Mengikut kajian yang
dijalankan, lebih 60 peratus anak muda yang terlibat dalam gejala sosial terdiri daripada
golongan yang kehausan kasih sayang ibu bapa. Oleh sebab itu, anak-anak harus
disayangi dan dijaga dengan baik supaya mereka mudah berasa bersalah dan akan berfikir
demi ibu bapa sebelum melakukan perbuatan yang buruk yang akan menconteng arang
di muka ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk memberikan
pendidikan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan yang
berkualiti dapat menjamin masa depan anak-anak. Pada kebiasaannya, ibu bapa mula
menghantar anak-anak ke tadika sejak umur mereka tiga tahun lagi.Ibu bapa sedar
bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya.Dengan ilmu pengetahuan yang
dimiliki apabila masuk ke menara gading, anak-anak dapat menjaga ibu bapa dan
menjamin masa depan mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah mementingkan pelajaran
anak-anak mereka.

Lain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai suri teladan
kepada anak-anak.Hal ini dikatakan demikian kerana bapa borek anak rintik.Ibu bapa
haruslah menunjukkan sikap yang bermoral di hadapan anak-anak.Sebagai contoh, ibu
bapa tidak wajar berbahasa kesat mahupun merokok di hadapan anak mereka. Secara
tidak langsung, anak-anak akan terdidik untuk mendisiplinkan diri kerana mereka datang
daripada keluarga yang baik dan keluarga yang mementingkan disiplin kerana kalau asal
benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Para ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka perlu menjadi tempat anak-anak
bergantung hidup.Oleh sebab itu, ibu bapa harus bekerja keras memberikan kehidupan
yang terbaik kepada anak-anak mereka.Sebagai contoh, segala keperluan dan
kelengkapan belajar haruslah disediakan oleh ibu bapa.Dengan berbuat demikian, ibu
bapa sudah pun memenuhi komitmen mereka sebagai pendorong dan penggalak anak-
anak mereka untuk menimba ilmu. Saya yakin bahawa anak-anak akan berusaha untuk
berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum demi tidak menghampakan ibu bapa
mereka sekali gus tidak menjadi seperti kacang lupakan kulitnya.

Ilmu agama merupakan salah satu ajaran yang perlu disalurkan oleh ibu bapa ke
dalam sanubari anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pegangan agama
yang kuat dalam diri seseorang anak akan memperteguh keimanan mereka untuk
menghadapi dugaan hidup. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan
didikan agama dan moral kepada anak-anak mereka supaya anak-anak tahu
membezakan yang mana batu, yang mana permata. Secara tidak langsung, mereka
tidak akan menjerumuskan diri dalam kancah jenayah kerana sedar bahawa manusia
punya asa, Tuhan punya kuasa. Dengan ini, masalah sosial dan jenayah dalam
masyarakat kita akan berkurangan kerana ibu bapa telah menjadi pembimbing dan
menunjukkan jalan hidup yang betul kepada anak-anak.

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memerhatikan gerak-geri anak mereka sejak


kecil lagi.Saya yakin bahawa tiada seorang pun ibu bapa yang mahu melihat anak mereka
tergelincir daripada landasan hidup yang betul. Oleh sebab itu, para ibu bapa haruslah
digalakkan menyertai bengkel keibubapaan dan kursus yang berkaitan dengan
tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak anak-anak menjadi modal insan yang mulia
demi masa depan anak-anak mereka. Dengan perkataan lain, segala tindakan ibu bapa
terhadap anak mereka bakal memberikan impak yang besar dalam kehidupan anak
mereka. Demikianlah kebenaran ungkapan anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
akan mencorakkannya.
BIBLIOGRAFI

Ab.Rahman, A., & Omar, N. (2008). Kaunseling Remaja:Tip dan Panduan Ke Arah Satu
Keluarga Satu Kaunselor. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn.Bhd.
Daud, F. (1992). Pengenalan Teori-teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Adn.Bhd.
Gets, H. A. (1985). Man Crimes And Society. New York: Random House.
Hanafi, M. S. (2008). Punk,Hubungan Bebas dan Dadah. Kuala Lumpur: Penerbitan
Hartamas.
Hanalee, A. (2008). Remaja Liar Akibat Pergaulan. Kuala Lumpur: Penerbitan
Hartamas.
Hj. Osman, M., Syed Abdullah, S., & Hassan, S. (1995). Masyarakat Melayu dan Gejala
Sosial: Proses Penyelesaian Ke Arah Pembinaan Masyarakat Melayu Cemerlang
Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda.
Jaafar, J. (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak Dan Remaja. Selangor: Arah
Publications.
Madon , Z., & Ahmad, M. (2004). Panduan Mengurus Remaja Moden. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Mohamed, N. (2008). Keganasan dan Pengaruh Persekitaran. Kuala Lumpur: Penerbitan
Hartamas.
Mohamed, N. (2008). Punca Terjebak Gejala Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit Hartamas.
Mohd Yunus, A. (2005). Gejala Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publishings and
Distributor Sdn.Bhd.
Mustari, M. (2005). Menjadi Belia Cemerlang. Kuala Lumpur: PTS Professional
Sdn.Bhd.
Rosman, A., & Mokhtar, W. (2003). Membentuk Jati Diri Remaja . Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.
Sabda, N. A. (2008). Keluarga Bahagia,Remaja Ceria. Kuala Lumpur: Penerbitan
Hartamas.
Sabda, N. A. (2008). Pembentukan Nilai Moral di Sekolah. Kuala Lumpur: Penerbit
Hartamas.
Seng, A. W. (1994). Kerenah Remaja Hari ini. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Yaacob, N. (1987). Pengantar Sosiologi. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
https://www.scribd.com/doc/194352290/Masalah-Jenayah-Dalam-Kalangan-Remaja

Anda mungkin juga menyukai