Anda di halaman 1dari 161

HALIMUNAN

Oleh Nizam Zakaria


"The minute I heard my first love story
I started looking for you, not knowing how blind that was.
Lovers don't finally meet somewhere.
They're in each other all along." – Jalaluddin Rumi

Nizam Zakaria - Halimunan 2


Prasasti si kucing robot yang kuat melatah

Si Prasasti kucing robot dari zaman masa depan ini muncul di dalam hidup ku secara
tiba-tiba. Sebenarnya aku pun tak tahu bila. Dia tiba-tiba sahaja muncul dan aku rasa
macam ia adalah sebahagian dari hidup ku. Dia beritahu aku dia kembar Doraemon
(seperti Doraemon, dia lahir pada 3 September, 2112). Tapi aku tak tahu jika ini betul aku
dia sengaja nak temberang aku. Prasasti si robot kucing betina kelabu ni memang kaki
temberang. Tapi mungkin betul dia ni adik kepada Doraemon sebab macam Doraemon,
dia ada poket empat dimensi yang membolehkan dia keluarkan macam-macam mesin
ajaib yang tak masuk akal.

Aku pernah tanya kepada Prasasti kenapa dia nak sibuk-sibuk muncul di dalam
hidup ku. Dia kata itu adalah kerjanya dan kerjanya adalah untuk memastikan agar dia
dapat menjaga ku kerana aku dapat membantunya untuk membetulkan apa sahaja yang
tak betul di dalam kehidupan orang lain. Aku telah dipilih kerana menurutnya, aku ada
hati yang suci dan hati seperti ku susah untuk dicari. Aku tak tahu apa yang Prasasti lihat
yang ada di dalam diri ku, sebab tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang aku ada hati
yang suci. Masalahnya, aku tak tahu jika aku mampu melakukan tugas berat yang telah
dipertanggungjawabkan kepada ku kerana hidup aku sendiri tak betul. Aku rasa Prasasti
sendiri tak tahu apa yang sepatutnya dia lakukan sebab aku selalu lihat dia hanya makan
tidur makan tidur sepanjang masa. Aku rasa dia dah tersalah pilih orang!

Prasasti tak banyak tolong aku. Cuba kau bayangkan, Prasasti mampu buat aku
kaya raya dengan segala mesin ajaib yang dia ada tetapi dia tak pernah nak bagi aku
peluang untuk meraih keuntungan. Selalunya mesinnya lebih mendatangkan kesusahan di
dalam hidup ku dari kebaikan. Beberapa tahun yang lepas, dia memberi ku untuk
mencuba sebuah topi yang boleh ku pakai untuk membolehkan aku membaca fikiran
orang lain, tapi aku terus berhenti untuk menggunakannya apabila aku dapat tahu ayah
ada simpan perempuan lain dan dia dah berhenti menyayangi mak. Apabila Prasasti beri
aku guna cermin mata khas untuk membolehkan aku melihat menembusi tembok, aku
dapat tahu jiran sebelah rumah ku, Uncle Lim tu sebenarnya tauke VCD lucah.

Namaku Masdor. Ayah kata dia menamakan aku sempena nama Kassim Masdor
pengubah lagu pada zaman P. Ramlee dulu. Ayah memang minat dengan filem-filem P.
Ramlee. Dia bekerja sebagai seorang jaga di sebuah bangunan pejabat di Jalan Sultan
Ismail. Dia bekerja malam. Mak pula bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital
Besar Kuala Lumpur. Aku seorang sahaja anak mereka. Kami tinggal di Flat Melati di
Jalan Loke Yew sejak aku kecil. Flat ku kecil. Dunia ku lagi kecil.

Usia aku sekarang 20 tahun. Aku kerja di 7Eleven di Bintang Walk. Dah dekat setahun
aku kerja di sini. Sebelum ini aku kerja jadi budak despatch, tapi aku kena buang bila
awek setiausaha muda boss aku suka kat aku. Dengan mesin membaca minda yang
dipinjamkan Prasasti, aku dapat tahu bos aku yang ada bini dua dan anak tujuh orang tu
rupa-rupanya tergila-gilakan setiausaha muda dia tu dan mahu jadikan dia isteri
ketiganya. Tak sampai sebulan selepas aku kena buang, mereka berkahwin. Adeh,
melepas aku!!!

Nizam Zakaria - Halimunan 3


Hobi aku kumpul piring hitam lama yang sukar dicari sekarang. Bilik aku penuh
dengan piring hitam lama. Sebelum aku tidur mesti aku akan mainkan lagu dari salah
sebuah koleksi yang aku ada, kalau tak aku tak boleh tidur. Semalam bila aku mainkan
EP Allahyarham A Ramlee dan Jeffry Din, mak ketuk pintu. Dia minta aku perlahan lagu
Pop Yeh Yeh yang aku mainkan tu sebab dia takut Uncle Lim tauke jual VCD lucah tu
akan komplen lagi. Anak dia yang masih sekolah lagi tu nak tidur.

Mak kata aku suka berangan-angan. Tapi biarlah apa mak nak kata. Dia kata jika
aku tak habiskan masa ku dengan termenung, lalu belajar rajin-rajin, aku dah masuk
universiti macam anak Cik Senah kawan baiknya tu. Dia kata aku cerdik, tapi aku malas.
Memang aku malas nak baca buku. Aku malas nak belajar. Prasasti pun kata aku ni
pemalas.

Aku pernah tanya dengan Prasasti jika dia ada mesin untuk jadikan aku rajin. Dia
kata dia ada, tapi dia cakap nanti aku rajin buat benda lain seperti rajin kacau awek-awek
cun atau rajin pergi racing moto dengan kawan-kawan mat rempit aku. KAU MEMANG
TAK GUNALAH! BUKANNYA NAK TOLONG KAWAN! Aku tengking si Prasasti ni
bila dia tak nak tolong aku menang satu race ni dengan kawan-kawan aku. Tak guna aku
habiskan duit beli sedozen kuih pau kacang untuknya. Lepas tu aku lagik sikit nak
tempeleng muka dia bila dia kata PIRAH MABUK, NAK MAIN RASUAH KONON!
Bila aku marah-marah dan nak tempeleng si Prasasti ni, dia terus melatah. OPOCOT
MAK KAU MELETUP!

Lepas tu dia mencarut-carut benda-benda yang aku sendiri malu nak sebut.
Kucing robot lahanat ni memang kuat mencarut.

Ya, memang benar Prasasti kuat melatah. Cuit sikit pun boleh melatah. Bila dia
melatah, hari tu, dia keluarkan sebuah mesin dari koceknya lalu ditukarnya aku menjadi
seekor kucing. Sehari suntuk aku jadi kucing. Tapi aku suka jadi kucing. Menonong aku
pergi rumah budak-budak salesgirls yang tinggal di kat tingkat 4 tu. Diorang usap aku,
belai aku atas paha diorang sampai aku stim sendiri. Sekarang aku tahu kenapa kucing
suka kena belai. Aku dah banyak kali pujuk dia untuk jadikan aku seekor kucing parsi
yang comel, tapi Prasasti tak bagi. Kemut lah dia tu!

Aku kerja shif malam. Aku suka kerja syif malam sebab tak banyak kerja yang
perlu aku lakukan malam-malam di hadapan kaunter dibandingkan dengan kerja di waktu
siang. Pada malam hari, macam-macam manusia yang aku temui –
kakidiskokakibotolkakijantankakibetinakakilepaklesbianhomoheterometroseksualmatrem
pitbohjanbohsiapelacurmoneyboymakdatintaitaiposersyuppyawekcunawekgedikawekber
tudungdandirikuyangtersepitdiantaramerekasemua.

Kalau Nobita ada Shizuka, aku pula ada Zila. Kawan aku yang paling rapat
dengan aku sekarang ini nama penuhnya Nur Zila binti Effendi. Dia setahun lebih muda
dari aku. Lesbian. Berasal dari Kota Baharu, Kelantan dan dah dua tahun berhijrah ke
Kuala Lumpur. Aku tak pernah jumpa manusia yang baik macam dia. Di dalam Kuala

Nizam Zakaria - Halimunan 4


Lumpur yang segala-galanya palsu, dia sahaja yang aku lihat antara contoh manusia yang
jujur. Dia tak pernah berbohong kepada ku. Kalau dia tak sukakan sesuatu, dia akan
beritahu. Dia tak akan selindung-selindung. Kalau dia kemaruk marahkan aku, dia akan
belasah aku cukup-cukup. Dia pernah tumbuk muka aku bila dia dapat tahu aku ikut
kawan aku sedut syabu. Mata aku lebam. Dia marah betul dengan aku. Dia ugut aku dia
akan bunuh aku kalau dia dapat tahu aku guna syabu lagi. Dia akan panggil kawan-kawan
lesbian butch dia tu lepas tu belasah aku sampai mati belakang Lot10. Aku boleh
bayangkan aku mati terkangkang tepi longkang kena belasah pengkid. Dia kata kalau aku
nak mampus, biar dia dan kawan-kawan dia sahaja yang bunuh aku.

Pagi ini aku ada terima SMS dari Miss Lee pondan kertu yang menjaga kedai
antik kepunyaannya di Central Market. Dia kata dia ada sekotak rekod-rekod lama yang
sampai ke kedainya semalam. Miss Lee hidup sezaman dengan penyanyi Teresa Teng
yang menjadi idolanya. Jadi, hari-hari dia akan pakai baju ikut style Teresa Teng dalam
zaman 70-an. Dia namakan kedai antiknya, Teresa Forever.

Pagi tadi bila aku balik ke rumah, aku belikan Prasasti dua biji pau kacang dari
kedai kopi Cina di bawah flat aku yang menjadi kegemarannya. Dia makan dengan rakus.

Mrasalah* you all dapatkan koleksi rekod baru kan dari Miss Lee, kan? Kata
Prasasti kepada ku apabila aku mainkan piring hitam Teresa Teng (dengan penyanyi
Malaysia Lee Yee pada bahagian A piring hitam yang sukar dicari ini) . Prasasti tahu aku
dah sebulan tak beli piring hitam baru sebab aku tak ada duit.

Tengoklah nanti kalau dia ada koleksi yang gerek. Jawab ku. Suara Teresa Teng
memenuhi setiap ruang di dalam bilik ku.

Prasasti mengunyah pau kacangnya lalu dia mendekati ku. Dia pandang aku
dalam-dalam kemudian dia kata aku perlu mendapatkan sekeping piring hitam khas oleh
Sanisah Huri dari kedai Teresa Forever. Dia kata piring hitam yang perlu aku dapatkan
ini akan menentukan hidup dan mati aku nanti.

Hah?

Nanti mrasalah you all akhirnya tahu jawapan kepada rahsia kehidupan dan
segala-galanya.

Jawapannya: nombor 42. Kata ku dengan muka seposen. Aku dah tengok cerita
Hitchhiker's Guide to the Galaxy dengan Zila walaupun aku tak pernah membaca
bukunya.

Prasasti bercekak pinggang. Dia pantang jika aku main-main setiap kali dia serius
kepada ku macam ni.

Okaylah... Nanti aku cari. Aku akhirnya mengalah. Malam itu sebelum aku masuk
kerja, aku terus ke Central Market. Aku dapati kedai antik Teresa Forever tak ada

Nizam Zakaria - Halimunan 5


pengunjung. Miss Lee aku lihat sedang duduk mendengar radio sambil berkipas. Dia
meletakkan bunga plastik di telinganya macam dalam gambar zaman kegemilangan
Terese Teng dulu.

Hensem boy! I ingatkan you tak mahu datang jumpa I lagi! Miss Lee menutup
lipatan kipasnya lalu memukul manja bahu ku dengan kipasnya itu. Dia kemudian
mengeluarkan kotak rekod-rekod lama dari bawah kaunter sempitnya.

Ni jer ke?

Sekarang banyak susah nak cari stok baru lah, Masdor!

Itu Barry Manilow punya rekod, Copacabana ada tak?

Mana ada. Susah nak cari lah. You terai eBay lah. Mana tahu boleh dapat.

I tak ada credit card lah, Miss Lee! Aku memeriksa koleksi piring hitam lamanya.
Aku keluarkan beberapa keping piring hitam yang hendak aku beli. Sekeping piring
hitam Anita Sarawak (sebelum dia blondkan rambutnya). Sekeping dari Anneke Gronloh
(juga sebelum dia blondkan rambutnya) yang dah lama aku cari. Dan sekeping piring
hitam oleh Sanisah Huri, seperti mana yang dinyatakan Prasasti kepada ku.

Koleksi EP dari Sanisah Huri ini terkandung lagu-lagu yang dicipta oleh Kassim
Masdor dan Yusnor Ef.

Berapa harganya semua sekali, Miss Lee?

Tiga saja ke?

Tiga jer ni. Lain kali kalau I ada duit lebih I beli lagi lah. Kataku sambil
mengeluarkan dompet wang ku. Miss Lee mengeluarkan album Hasnah Haron lalu
menyerahkan album itu kepada ku sebagai hadiah. Kemudian dia minta 50 ringgit dari
ku. Aku tak sampai hati nak mintak tawar. Aku masukkan piring hitam ini ke dalam beg
ku. Apabila aku melangkah keluar dari kedainya, dia melambaikan tangannya lalu
menghadiahkan ‘flying kiss’ kepada ku. Aku balas ‘flying kiss’nya kembali.

Malam itu aku kerja macam biasa. Aku lihat Zila bawak bekal. Awek dia Suzi
masakkan nasi goreng. Dia kongsi nasi goreng tu dengan aku. Kami makan di tepi jalan
Bukit Bintang sambil memandang kenderaan yang lalu lalang. Seorang lelaki gila
(dengan rambut kusut ala rasta dan badannya kotor kerana dah lama tak mandi. Aku
selalu nampak dia jalan mundar mandir kat Jalan Bukit Bintang ni), berdiri di hadapan
aku lalu berkata: Menurut Jalaluddin Rumi, hati memiliki kemampuan tujuh puluh kali
dalam melihat kebenaran dibandingkan dengan deria penglihatan kita. Dia tersengih-
sengih (macam orang gila), lalu meninggalkan aku begitu sahaja. Dia akan buat begini
setiap kali aku menemuinya di sini. Aku masih tak kenal siapa namanya. Aku masih tak
tahu siapakah dia sebenarnya sebelum dia jadi gila.

Nizam Zakaria - Halimunan 6


Pagi itu seperti biasa aku belikan Prasasti pau kacang kegemarannya. Aku duduk
di atas katil lalu keluarkan piring hitam yang aku beli semalam. Prasasti mahu aku
mainkan lagu Sanisah Huri. Jadi aku terus mengeluarkan piring hitam dari dalam
sampulnya. Sekeping gambar yang terselit di dalam piring hitam terkeluar lalu jatuh di
atas lantai. Aku ambil gambar tersebut. Gambar ini aku rasa telah diambil pada tahun 70-
an sebab warnanya pudar macam kebanyakkan gambar yang diambil pada masa itu. Di
dalam gambar itu aku nampak ada papan tanda tulisan Welcome to Carnaby Street yang
diletakkan di antara dua buah bangunan. Di bawah papan tanda ini pula kelihatan seorang
gadis Melayu dengan wajah yang ayu. Aku terus jatuh cinta kepada gadis yang aku lihat
di dalam gambar ini.

Salam sayang untuk abang Mokhtar, dari Haryati. London 1979.

Demikianlah tulisan yang tertulis di belakang gambar ini. Oh, cinta mati ku ini
bernama Haryati rupa-rupanya!

Aku memainkan lagu Sanisah Huri yang bertajuk “Bersabarlah Sayang” lalu
meletakkan gambar itu ke dada ku.

Lagu Hari Raya lah pulekkkkk!!! Kata Prasasti dengan sinis. Pedulik apa dia nak
kata apa. Sekarang aku dah jumpa dengan wajah yang boleh aku sayangi seumur hidup
ku!

*mrasalah = bolehlah

Nizam Zakaria - Halimunan 7


Pengorbanan seorang pemain gitar

Aku suka mengumpul piring hitam sebab itu sahajanya harta yang mampu diturunkan
oleh ayah kepada ku. Ayah seorang peminat muzik. Dia banyak mengumpul piring hitam.
Bila mak buang koleksi piring hitamnya, aku kutip balik dan kemudian aku simpan baik-
baik di dalam bilik ku. Ketika itu aku berusia 8 tahun.

Pada awal tahun 80-an dahulu ayah menganggotai sebuah kumpulan muzik
bergelar The Phase. Mereka hanya sempat membuat sebuah EP dan lagu-lagu mereka
langsung tak terkenal. Bila aku dengar semula lagu yang mereka mainkan, aku dapati
mereka jauh ke hadapan masa mereka. Lagu yang mereka bawa menyerupai lagu-lagu
yang dibawa oleh kumpulan Coldplay atau Radiohead yang bersifat melankolik. Masa tu
(dan sekarang ini juga) peminat-peminat muzik lebih suka lagu-lagu yang pop yang ceria.
The Phase lebih senang memainkan lagu-lagu Emo tentang perpisahan, kekecewaan dan
kemurungan yang dicipta oleh ayah. EP mereka tak laku. Dalam sekejap masa sahaja
mereka dilupakan dan beberapa tahun kemudian, kumpulan The Phase dibubarkan.

Mak telah mengenali ayah kerana mak ini seorang groupie. Dia adalah salah
seorang di antara 5 peminat setia kumpulan The Phase masa itu. Mak pernah beritahu
aku, dia minat dengan ayah sebab dia telah jatuh cinta dengannya sejak kali pertama dia
bertentang mata dengan ayah ketika The Phase sedang mengadakan sebuah pertunjukan
di funfair Sentul. Ketika tu mak baru sahaja berhenti sekolah. Dia kata ayah hensem,
sebab itu dia jatuh hati kepadanya. Rambutnya panjang dan ikal macam Andy Gibb.
Masa tu, tauke funfair tak bagi The Phase bawak lagu mereka yang melankolik. Jadi ayah
menyanyikan lagu cover version Rock the Boat dari Hues Corporation. Aku rasa, itulah
satu-satunya masa ayah nyanyi lagu yang ceria. Ayah nyanyi kat funfair tu sebab dia nak
kumpul duit untuk sewa studio dan rekod beberapa buah lagu mereka untuk diberikan
kepada syarikat-syarikat rakaman.

Mak minat dengan ayah dan ayah pula memang syok giler dengan mak. Mereka
bercinta. Mereka akhirnya berkahwin pada tahun 1984 setelah empat tahun mereka saling
mengenali. Pada ketika itulah kumpulan The Phase dibubarkan. Setahun kemudian, aku
dilahirkan. Ayah terus berhenti dari bermain gitarnya lalu bekerja macam orang biasa.
Dia diambil bekerja untuk menjadi jaga di bangunan syarikat rakamannya dahulu. Aku
rasa pada saat dia berhenti menjadi pemuzik, pada saat itu lah sebahagian dari jiwanya
mati.

Macam-macam rekod yang dikumpulkan ayah dahulu (8-track tape pun ada, tapi
banyak yang dah berkulat dan tidak boleh dimainkan lagi). Aku rasa, seperti aku, duitnya
habis di situ sahaja. Antara koleksi-koleksi piring hitam yang telah aku warisi darinya
adalah album-album dari Aretha Franklin, Ozzy Osbourne, Kiss, Pink Floyd dan Lionel
Ritchie. Ketika aku kecil dahulu, dunia aku telah dipenuhi dengan muzik. Tak kira muzik
dari Malaysia ataupun dari barat. Semua muzik yang memenuhi hidup ku terhenti apabila
ayah semakin tua dan apabila kaset menggantikan piring hitam dan seterusnya CD
menggantikan kaset.

Nizam Zakaria - Halimunan 8


Aku sayangkan ayah macam aku sayangkan mak. Tapi ayah ni pendiam sikit
orangnya. Aku tak boleh bayangkan dirinya ini sebagai seorang pemuzik dengan
keadaannya sekarang yang tidak banyak campur orang dan lebih suka menyendiri. Kalau
kau nak tahu, ayah telah berhenti dari menjadi seorang pemuzik di atas desakan datuk
aku. Dia kata kalau dia nak kahwin dengan mak, dia kena ada kerja tetap. Demi cinta, dia
sanggup melakukan pengorbanan ini semua. Demi cinta, kumpulan The Phase yang jauh
ke hadapan masanya itu akhirnya terpaksa dibubarkan. Ketika itu, aku rasa tentu ayah
sayang gila dengan mak sehingga dia sanggup melakukan ini semua. Aku kurang pasti
jika jauh di dalam hatinya, dia menyesali tindakan yang telah diambilnya, kerana
sekarang, dia tak sayangkan mak.

Sebaik sahaja aku membuka mata aku petang itu, aku terus ambil piring hitam
dari Steve Miller Band lalu memainkan lagi Abracadabra. Mak sedang memasak di
dapur. Sekejap lagi dia akan masuk kerja, begitu juga ayah dan aku. Kami semua kerja
malam. Kami selalu ada di rumah pada waktu siang dan rumah ini akan kosong pada
waktu malam kecuali pada hujung-hujung minggu. Pada malam hari, Prasasti akan
menjadi ratu rumah ini. Kadangkala aku rasa dia buat pesta di dalam bilik aku dengan
kucing-kucing lain yang tinggal di dalam flat ini. Macam-macam jenis bulu kucing aku
jumpa dalam bilik aku bila aku balik dari kerja. Bila aku tanya dia fasal benda ini semua
dia tak akan jawab. Dia akan buat-buat tidur.

Siapa menang Malaysia Idol semalam? Tanya ku kepada Prasasti. Dia jawab Nita.
Babi lah kucing tu. Sah-sah yang menang Daniel. Aku dah agak dia mesti temberang aku.
Sebab tu aku suka tanya soalan-soalan macam ni kepadanya. Sebab aku tahu dia tentu
akan beri aku jawapan yang bukan-bukan.

Aku lupa nak bagi dia DVD cetak rompak filem Pedro Almodovar yang bertajuk
Bad Education yang dimintanya dari ku semalam. Aku keluarkan DVD dari beg aku lalu
aku serahkan kepadanya. Sikit pun dia tak ucap terima kasih. Aku dah banyak kali tanya
kenapa dia tak gunakan mesin-mesin ajaibnya untuk ambil sahaja segala barang yang
diingininya dari menyusahkan aku macam ni turun naik BB Plaza cari filem yang dia
mahu tonton. Dia beri aku jawapan yang sama. Mesin-mesinnya hanya boleh digunakan
bukan untuk kebaikannya tapi untuk kebaikan orang lain.

Aku keluar dari bilik ku. Aku lihat ayah sedang duduk membaca surat khabar.
Aku duduk sambil memandang ke arahnya. Dia tak tahu aku tahu macam-macam
mengenai dirinya dan rahsia yang cuba disimpannya dari aku dan mak. Sekarang ini dia
sedang mengadakan hubungan dengan Laila penyanyi kelab dangdut yang masih
bergetah tu. Ayah sayangkan Laila kerana dia mengingatkan ayah kepada cintanya
kepada muzik yang dah lama mati di dalam hatinya. Aku tak tahu kenapa ayah masih
mengadakan hubungan dengan mak sedangkan dia tak sayangkan mak lagi seperti
dahulu.

Yah, kalau ABBA tak ada dalam dunia ni... Ayah rasa dunia kita ni macam mana
agaknya? Tanya ku tiba-tiba kepadanya.

Nizam Zakaria - Halimunan 9


Kau kena dengar balik lirik Thank You for The Music. Jawab ayah. Dia masih
bersembunyi di sebalik surat khabar yang dibacanya.

What would life be? Without a song or a dance what are we? Aku jawab balik
dengan menyanyikan rangkap lagu ABBA yang disebutkannya tadi.

Ya. Tanpa ABBA dunia kita akan kekurangan lagu-lagu yang mampu
menghiburkan kita dan menyejukkan hati kita.

Tapi ayah ada album Abba, The Visitors aja... Kenapa, yah?

Kau sendiri tahu jawapannya bukan? Sambut ayah lalu dia terus mendiamkan
dirinya. Ya, aku memang tahu jawapannya. Album ini pada pendapat ku adalah album
ABBA yang paling melankolik. Jarang lagu-lagu di dalam album ini yang diingati pada
masa ini walaupun lagu-lagu di dalam album ini penuh dengan emosi dan kreativiti. Ayah
suka dengan album ini. Setahu aku, dia tidak pernah beli album-album ABBA yang lain.
The Visitors sahaja album ABBA yang ada di dalam koleksinya.

Album ABBA bertajuk Voulez-Vous yang terkandung lagu Chiquitita adalah


piring hitam pertama yang aku beli dengan duit aku sendiri - ketika itu aku berusia 9
tahun. Ketika itu lah aku mula-mula berkenalan dengan Miss Lee. Dia yang
merekomenkan album ini kepada ku. Dia kata kalau aku dengar lagu-lagu ABBA dalam
album ni, mesti aku suka. Bila aku mainkan lagu Chiquitita, aku mainkan banyak-banyak
kali. Aku mainkan lagu ini walaupun aku tak tahu liriknya. Aku mainkan lagu ini sampai
aku menangis sebab irama lagu ini sedih sekali rasanya. Aku rasa sepi. Mak ayah kerja
malam dan aku pula sekolah siang. Bila malam hari aku kena duduk rumah seorang diri.
Aku rasa pada masa itulah aku minta supaya aku ditemani oleh seorang kawan. Aku rasa
masa itulah Prasasti mula muncul di dalam hidup ku.

Aku beritahu kepada mak, aku mahu keluar awal untuk ke Central Market
sebelum aku masuk kerja malam ini.

Kau nak ke kedai Miss Lee, ke? Tanya mak dari dapur. Aku kata, ya. Dia tanya
kalau aku mahu makan malam bersamanya. Aku kata tak. Dia kata dia akan bungkus kan
makanan untuk aku dan Zila. Dia ingat Zila tu awek aku. Malas aku nak terangkan
kepada mak yang Zila dia tak minat dengan lelaki dan dah ada awek.

Petang itu aku keluar rumah dengan dua plastik penuh dengan makanan untuk aku
dan Zila. Aku terus ke Central Market. Aku lepak sekejap kat luar Central Market untuk
menunggu Zila di situ. Dia tiba tepat pada masanya. Aku tanya dia kalau dia lapar. Dia
mengangguk. Suzi outstation – dia kena pergi Jakarta selama seminggu mulai hari ini
untuk menguruskan hal penggambaran. Suzi seorang juru foto untuk sebuah majalah
fesyen terkemuka. Suzi yang selalu masakkan untuk Zila. Sebab itulah Zila tak bawak
bekal hari ini atau makan sebelum dia berjumpa aku di sini.

Nizam Zakaria - Halimunan 10


Kami duduk di luar Central Market sambil mendengar dua orang pemuzik jalanan
memainkan lagu Stairway to Heaven oleh Led Zeppelin. Kami berdua makan di situ
sambil mendengar muzik yang dinyanyikan.

Budak-budak lelaki yang duduk bertentangan dengan aku tak henti-henti


memandang ke arah Zila. Aku rasa mereka sedang dok komen fasal body Zila yang cun
tu. Lagipun Zila cantik, jadi aku tak hairan jika mereka akan jadikan Zila fantasi bulan
madu mereka malam ini dengan kawan baik mereka Si Tangan Kanan (Si Tangan Kiri,
kalau mereka kidal).

Zila mempunyai kulit putih bersih, bermata coklat. Wajahnya cantik macam
model. Suzi mula-mula kenal dengan Zila ketika Zila baru sahaja masuk bekerja di
7Eleven. Suzi mahu ambil gambar Zila dan menjadikan dia seorang model. Tapi Zila
menolak pelawaannya dan dia kata dia tak mahu jadi model. Dia tak mahu jadi terkenal
sebab dia takut mak bapak dia akan tahu dia berada di Kuala Lumpur lalu akan
mengheretnya pulang ke Kelantan. Zila lari dari Kota Bharu lebih setahun yang lalu
sebab dia takut akan dikahwinkan dengan seorang ustaz PAS yang dah ada bini dua dan
tiga orang cucu. Kalau dia kena paksa kahwin dengan Brat Pitt pun aku rasa dia akan lari
jugak, sebab dia tak minat lelaki.

Ramai yang cemburu sebab Zila rapat dengan aku. Diorang ingat Zila tu awek
aku. Baguslah macam tu, yang glamor aku jugak, kan? Apa tidaknya, kawan-kawan Zila
yang kebanyakannya model (yang dikenalinya melalui Suzi), selalu singgah ke 7Eleven
dah tu laga-laga pipi dengan dia. Stim jugak aku tengok. Bila diorang jadi kawan Zila,
aku terus jadi kawan diorang jugak.

Zila belanja aku minum air sirap yang dijual di tepi jalan. Selepas minum, kami
masuk ke Central Market lalu ke kedai Miss Lee. Aku dah lama perkenalkan Zila kepada
Miss Lee dan Miss Lee memang suka dengan Zila sebab dia kata muka Zila ada iras-iras
muka Faye Wong, lebih-lebih lagi semasa penyanyi Cina tu berlakon dalam filem
Chungking Express. Zila memang rapat dengan Miss Lee lebih dari aku rapat dengannya,
sebab studio kepunyaan Suzi terletak di bangunan sebelah, di Annexe, Central Market.
Jadi, setiap kali dia pergi melawat Suzi di studionya, dia pasti akan menjenguk Miss Lee.

Miss Lee tanya Zila jika dia free hari Sabtu dan hari Minggu ini. Zila kata dia tak
buat apa-apa. Miss Lee kemudian memberitahunya dia mahu bercuti ke Singapura untuk
bertemu sanak saudaranya di sana dan dia sedang mencari pembantu kedai untuk
menjaga kedainya. Zila bersetuju. Wajah Miss Lee berseri-seri sebab akhirnya dia jumpa
jugak dengan pembantu kedai yang dicari-carinya, jadi dia tak perlu tutup kedai antiknya
ini nanti.

Tak susah nak jaga kedai ni. Kalau orang tawar, you bagi lah diskaun. Kalau
hensem macam si Masdor ni, you bagi diskaun lebih! Kata Miss Lee kepada Zila sambil
bertepuk tampar dengannya. Dia ambil sebentuk bunga plastik yang ada di dalam
simpanannya lalu disematkan ke telinga Zila. Terus Zila disuruh posing macam Teresa

Nizam Zakaria - Halimunan 11


Teng. Apabila Zila buat jer apa disuruh, terus Miss Lee nak jadikan Zila anak angkatnya.
Macam mana tu?

I tak ada anak... Tapi kalau I ada anak I nak ada anak beautiful macam you.
Macam Faye Wong! Kata Miss Lee dengan nada sayu. Dia tarik nafasnya dalam-dalam.
Memang aku kasihankan pondan kertu macam dia ni. Dia duduk seorang diri di sebuah
flat yang terletak di Chow Kit. Dia pernah beritahu aku dia tak ramai kawan. Dia suka
kalau aku datang ke kedainya walaupun aku tak beli apa-apa darinya. Memang masa aku
kecik dulu aku suka lepak dengannya, tapi bila dah kerja sekarang, jarang aku ada masa
nak jumpa dia inikan duduk berbual dengannya macam dulu.

Miss Lee, ah! Apasal you tak mintak I jaga kedai you ni? Tanyaku kepadanya
sambil mencebik.

Kedai ini namanya Teresa Forever, lor... You boy-boy. Kalau boy-boy jaga kedai
ini nanti apa orang kata? Itulah alasan yang diberikannya kepada ku.

Miss Lee, siapa jual you rekod-rekod lama I beli semalam?

Oh... Kenapa you tanya?

I mau tahu lah.

Ya, but why, leh???

I jumpa gambar ini dalam sampul album Sanisah Huri yang I beli... I nak pulang
kan balik kepada tuan punya gambar. Kata ku bersungguh-sungguh.

Miss Lee memakai cermin matanya. Dia meneliti gambar tersebut. Kemudian dia
memandang ke arah ku. Dia berjalan ke kaunternya lalu mengambil sekeping buku nota
yang disimpannya. Dia menulis nombor handphone yang ada di dalam buku notanya itu
ke atas sekeping kertas lalu diberikan kepada ku.

Kalau you nak tahu, ah... Budak perempuan dalam gambar tu yang jual rekod-
rekod ni semua. Dia suruh I call dia kalau I mahu dia bawak lagi banyak rekod untuk I
jual di sini.

Apa? Biar betul! Siapa nama budak perempuan tu?

I sudah tulis nama dia dalam kertas I bagi you, lor!

Aku baca nama yang ditulisnya. Sanisah. Bukan Haryati. Aku simpan nombor
yang diberikan kepada ku baik-baik.

Selepas aku dapat nombor keramat ini dari Miss Lee, aku terus memberitahunya
aku dan Zila perlu bergerak ke Bukit Bintang. Miss Lee mengangguk faham. Zila

Nizam Zakaria - Halimunan 12


memberitahunya dia akan menelefonnya kelak tentang pekerjaan yang perlu
dilakukannya pada hujung minggu ini.

Aku membawa Zila naik motor ku ke Bukit Bintang. Sepanjang perjalanan,


fikiran ku melayang memikirkan tentang gadis yang dikatakan Miss Lee mempunyai
wajah menyerupai gambar Haryati yang sudah aku sayang setengah mati ini. Siapa
sebenarnya gadis ini. Adakah dia Haryati sendiri, atau mungkin anaknya? Aku perlu
mendapatkan jawapannya dengan segera!

Nizam Zakaria - Halimunan 13


Telefon awek cun dengan bantuan “gula getah penghilang rasa gementar”

Aku rasa perkara pertama yang aku perlu jelaskan tentang diri aku adalah aku sebenarnya
seorang yang pemalu. Memang aku tahu aku kerja di belakang kaunter 7Eleven, dan aku
terpaksa menghadapi berbagai-bagai jenis kerenah manusia hampir setiap hati, tetapi itu
lain. Di belakang kaunter aku tak perlu melaburkan sebarang emosi kepada orang-orang
yang aku temui. Paling banyak pun aku hanya perlu senyum. Aku tak perlu bertanya
khabar dengan mereka dan berbual.

Malam ini aku bercadang untuk menelefon gadis bernama Sanisah, tapi aku
segan. Aku tak tahu apa nak aku cakapkan bila aku dapat menghubunginya nanti.

Malam ini tak ramai orang yang berkunjung ke Bintang Walk. Di luar hujan lebat.
Aku termenung di kaunter sementara Zila melayan berapa kerat pelanggan yang keluar
masuk ke dalam kedai. Aku pegang handphone ku. Aku masih tak berani nak call Sanisah
lagi.

Meh aku nak tengok gambar awek tadi. Ujar Zila kepada ku. Aku menggaru
kepala ku. Aku keluarkan gambar yang aku simpan di dalam poket baju ku.

Gambar ini telah diambil di London. Beritahu ku dengan pantas.

Aku tahu lah!

Ye lah, mana tahu kau tak tahu ke...

Cun jugak awek dalam gambar ni... Sure sekarang dah jadi mak orang. Pakai
tudung. Pipi dah tembam—

Mungkin betul cakap Zila. Mungkin Haryati dan tua, gemuk dan bertudung. Tak
lagi secantik dalam gambarnya ini. Macam mak lah. Walaupun pipi mak tak tembam, tapi
sekarang dia dah bertudung. Dulu, pada zaman awal 80’an; ketika dia muda dulu, mak
pakai seluar jean stonewash yang ketat. Make-up dia tebal macam Madonna ketika dalam
zaman dia bawak lagu Like a Virgin dulu. Rambutnya dipotong pendek dan kembang
serabai macam Cindy Lauper. Dia pakai stoking panjang warna neon pink yang boleh
silaukan mata. Masa tu, mak kata dia jarang nampak sesiapapun pakai tudung. Kalau ada
perempuan pakai tudung, mereka akan disindir dengan panggilan hantu kum-kum.
Sekarang zaman dah berubah. Orang-orang Melayu kini berfikiran lebih konservatif dari
dulu. Aku rasa betul cakap mak. Kalau zaman P. Ramlee dulu ada bermacam-macam
jenis filem dengan pelbagai tema boleh disentuh, sekarang mungkin tidak. Banyak filem-
filem zaman P. Ramlee seperti Doktor Rushdi, Panggilan Pulau, Sumpah Orang Minyak
dan Keluarga 69 (tajuknya sahaja dah boleh buat penapis filem kita melenting, kan?),
tidak boleh dibuat pada zaman sekarang. Sebab itulah kebayakan filem-filem yang dibuat
sekarang hancur tahap gaban. Aku rasa, orang-orang zaman dahulu lebih bebas berfikir
dan berkarya. Dahulu aku rasa, rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa lebih bersatu, tak

Nizam Zakaria - Halimunan 14


macam sekarang bila kita boleh lihat ada jurang di antara kaum. Orang Melayu hanya
akan bercampur dengan orang-orang Melayu, begitu juga dengan bangsa-bangsa lain.

Bagi aku zaman sekarang segala-galanya dipenuhi dengan kepalsuan. Semuanya


plastik. Manusia zaman sekarang hidup bertopeng-topeng sehinggakan mereka tak tahu
apa yang betul dan apa yang tidak. Ada orang kritik filem Sepet sebab mereka keliru
dengan watak Orked yang rajin bersolat, berbaju kurung tetapi berani mempunyai teman
lelaki berbangsa Cina yang dipanggilnya 'sayang' setelah baru 2-3 kali berdating. Mereka
kata, Orked ini gadis sosial, jadi gadis sosial tak sepatutnya pakai baju kurung. Orang-
orang seperti ini hanya tahu melihat keadaan luaran manusia. Dalam kehidupan serba
kepalsuan, mereka mahu melihat semua manusia mengikut acuan kepalsuan mereka.
Mereka hidup dalam dunia fantasi mereka sendiri dan apabila mereka dipertontonkan
kepada cara hidup yang asing bagi mereka, terus mereka akan melenting. Mereka
menolak kepelbagaian. Mereka akan kata semua yang mereka lihat ini sebenarnya tak
wujud atau sengaja dibuat-buat atau ia telah berlaku akibat kesan budaya barat. Aku ada
kenal orang macam ni. Pak Long aku sendiri. Kalau ada sahaja sesuatu yang ditontonnya
di kaca TV, atau dibacanya di dalam akhbar yang dirasainya tak betul, dia kata ini adalah
taktik Yahudi - seperti apa yang berlaku pada 9/11 di kota New York (dia tak tahu,
penduduk New York berbangsa Yahudi adalah yang terbesar di luar Israel). Dia juga
pernah tuduh anak jirannya yang bekerja sebagai pramugari dan tak bertudung sebagai
perempuan murahan serta kurang asuhan agama (dia kata anak jirannya dah ikut budaya
Yahudi - walaupun dia tak pernah berjumpa dengan seorang berbangsa Yahudi seumur
hidupnya, atau tahu apa itu budaya Yahudi yang disebutkannya serta perbezaan di antara
fahaman Zionisme dan bangsa Yahudi). Aku diam jer (kalau aku buat bising nanti dia
tuduh aku ni agen Zionis tak pun CIA). Dalam pada itu, aku tak sampai hati nak bagi dia
printout gambar sepupu aku yang sedang dilancap aweknya yang bertudung labuh ketika
mereka diskodeng di dalam sebuah taman di Shah Alam. Sampai sekarang agaknya dia
tak tahu gambar sepupu aku tu (yang telah diambil oleh kaki-kaki skodeng yang
kononnya nak buat kerja khidmat masyarakat), tu dah tersebar luas di Internet.

Aku benci kepada kepalsuan. Apa-apa yang palsu dan Pak Long aku tu!

Aku masukkan handphone aku di dalam kocek. Aku pandang ke hadapan. Aku
dapati orang gila yang aku selalu nampak berjalan di kawasan Bukit Bintang tu berjalan
di dalam hujan lebat. Dia berjalan sambil memeluk tubuhnya kerana kesejukan. Aku
nampak segala-galanya ini berlaku di hadapan ku dalam bentuk slow-motion (lepas tu
keluar lah pulak lagu Another Day In Paradise oleh Phil Collins dalam kepala ku).

Satu lagi hari di syurga untuk kau dan aku tapi bukan untuknya. Jadi aku keluar
dari kaunter. Aku kuakkan pintu kedai, lalu panggil dia supaya masuk ke dalam. Dia
menoleh ke arah ku. Dia berjalan ke arah ku lalu masuk ke dalam kedai. Badannya yang
lencun telah menyebabkan lantai kedai basah dengan air yang menitik-nitik dari
tubuhnya.

Uncle tak boleh jalan kat luar sana macam tu. Lain kali kalau hujan, uncle cari
tempat berteduh. Kata ku kepadanya, lalu aku masuk ke dalam bilik stor. Prasasti ada

Nizam Zakaria - Halimunan 15


berikan aku sehelai "tuala ajaib penyerap air tanpa had". Aku keluarkan tuala kecil ini
dari dalam beg ku. Aku pernah bawa tuala kecil ini ke tempat tinggal Zila di Jalan Scott
ketika aku mahu berenang di kolang renang yang ada di kondominiumnya. Selepas puas
berenang dan setelah aku keringkan badan aku yang basah, aku letak tuala kecil ini ke
tepi. Tuala kecil ini terbang ditiup angin, lalu terjatuh ke dalam kolam renang. Dalam
masa tak sampai seminit, semua air dalam kolam renang diserap tuala kecil ini. Nasib
baik lah masa tu tengah hari dan tak ada sesiapapun yang menggunakan kolam renang
kecuali aku...

Aku gunakan tuala kecil ini untuk keringkan tubuh orang gila ni. Aku rasa dia
berumur di sekitar awal 40-an. Tuala kecil aku kotor sewaktu mengesat tubuhnya yang
berdaki dan berbau hanyir tu. Tapi sekarang dia nampak kering dan sedikit bersih.
Kemudian aku tertunduk-tunduk mengesat lantai yang dibasahinya.

Aku menoleh ke arah Zila. Dia menyerahkan sebiji cawan styrafom kepada ku.
Dia minta aku buat kopi untuk uncle ni.

Apa nama uncle? Tanyaku. Dia tidak menjawab. Aku rasa tentu dia ingat aku gila
sebab nak tolong dia bila tak ada seorang pun yang berani mendekatinya. Tak pun dia
mesti ingat aku mahu menyakatnya seperti yang selalu dilakukan oleh budak-budak punk
dan skinhead yang datang lepak kat kawasan ni.

Aku serahkan air kopi panas kepadanya lalu mengingatkannya supaya menghirup
air kopi pemberian ku itu dengan perlahan. Aku tanya dia kalau dia lapar. Dia tak
menjawab. Aku keluarkan dompet aku. Aku beli roti sardin dan bayar sekali harga air
kopi yang aku sedekahkan kepadanya tadi.

Uncle ada keluarga tak kat sini? Tanya Zila dengan lembut. Orang gila tu
menggeleng. Nampaknya dia memang faham pertanyaan Zila tadi. Uncle ada nama tak?
Tanya Zila lagi.

Chandran. Jawabnya perlahan tanpa memandang ke arah Zila. Dia kemudian


berpaling ke arah ku tanpa kami bertentang mana. Katanya kepada ku: Tugas kamu
bukan untuk mencari cinta, tetapi sekadar mencari semua halangan yang ada di dalam diri
kamu yang telah kamu bina terhadapnya.

Jalaluddin Rumi? Tanya ku meminta kepastian. Dia tidak menjawab, tapi aku
tahu itulah jawapannya.

Apakah halangan yang telah dia bina di dalam dirinya uncle? Tanya Zila ingin
tahu.

Uncle Chandran tidak menjawab soalan Zila tadi. Dia tersengih-sengih. Dia
makan roti sardin yang aku belikan untuknya. Aku memintanya duduk diam di tempat
duduk berdekatan. Dia menurut sahaja.

Nizam Zakaria - Halimunan 16


Jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku tak tahu jika aku harus menelefon atau
tidak. Aku masih segan untuk menelefonnya. Aku tenung kertas pemberian Miss Lee
lama-lama.

Kalau kau nak aku call dia bagi pihak kau... Aku boleh tolong. Kata Zila menawar
bantuan. Aku menggeleng. Aku terus mengeluarkan handphone ku. Aku keluarkan “gula
getah penghilang rasa gementar” pemberian Prasasti, lalu aku kunyah gula getah tersebut
agar aku tidak gugup nanti. Seterusnya aku tekan nombornya lalu menarik nafas ku
dalam-dalam.

+ Hello, boleh saya bercakap dengan Sanisah


- Ya, ini Sanisah bercakap... Siapa ni?
+ Nama saya Masdor.
- Masdor mana pulak ni?
+ Saya ada beli beberapa keping rekod dari kedai antik Teresa Forever semalam...
- Jadi kenapa? You dapat nombor ni dari siapa?
+ Miss Lee yang bagi.
- Miss Lee dari kedai antik tu ke?
+ Ya.
- Jadi apa masalahnya sekarang? You nak pulangkan kembali rekod you yang
rosak ke? You ingat I jual VCD cetak rompak ke... Boleh tukar-tukar?
+ Eh, tak... Bukan fasal tu. Rekod yang awak jual okay jer.
- Dah tu?
+ Saya ada terjumpa dengan sekeping gambar dalam sampul piring hitam Sanisah
Huri.
- Gambar apa?
+ Gambar lama yang telah diambil di Carnaby Street.
- ...
+ London.
- Saya tahu lah Carnaby Street tu kat London.
+ Kat belakang gambar tu ada tertulis perkataan: Salam sayang untuk abang
Mokhtar, dari Haryati. London 1979.
- Oh...
+ Saya nak pulangkan gambar ini kepada awak.
- ...
+ ...
- Tak payah susah-susah lah. You can keep it.
+ Saya nak pulangkan jugak! Esok awak free tak? Mungkin kita boleh berjumpa
kat mana-mana?
- ...
+ Pukul 3 petang.
- Tak payah susah-susah lah!
+ Tak susah. Saya akan bawak kawan saya sekali. Perempuan. Boleh tak?
- Awek you ke?
+ Tak. Kawan sekerja.
- You tak kerja ke esok?

Nizam Zakaria - Halimunan 17


+ Saya kerja malam.
- Mana?
+ Bintang Walk... 7Eleven.
- Oh, that’s interesting!
+ Apa yang interesting?
- I ingatkan nak ke Bintang Walk tadi... Tapi tak jadi sebab hujan.
+ Kalau tak hujan dan saya call awak awal sikit, mungkin kita boleh berjumpa di
sini sahaja kan?
- Ya... Tapi takdir telah menentukan agar kita diketemukan esok.
+ So... Esok jadilah kan?
- Jadi
+ Pukul 3, ya?
- Okay jer.
+ Kita jumpa kat mana?
- Rumah I... I malas nak keluar mana-mana.
+ Awak tinggal kat mana?
- Kondominium Bistari, Jalan Putra... Tahu kat mana tak?
+ Tak.
- Depan The Mall... Sebelah Pan Pacific.
+ Okay. Tahu.
- Tingkat 31. Call me bila dah sampai sini nanti.
+ Okay.

Aku telan air liur. Jantung ku berdegup kencang. Aku tak tahu apasal ntah, tapi masa tu
aku rasa semacam jer. Aku tengah stim.

Zila, esok ikut aku jumpa awek ni? Boleh? Tanyaku kepadanya separuh
merengek.

Aku dah agak dah. Kau ingat aku tak dengar apa kau bual kan tadi?

So? Camna? Boleh?

Ye lah! Zila menjeling ku. Aku memandang ke hadapan. Uncle Chandra tak ada
lagi di dalam 7Eleven. Aku tak tahu ke mana dia pergi. Aku harap malam ini dia dapat
cari tempat untuk berlindung. Di luar hujan masih turun dengan lebat...

Nizam Zakaria - Halimunan 18


Lampu suluh kebenaran!

BRUUUPPPP! Prasasti sendawa dengan kuat. Aku mengingatkannya supaya mengucap


Alhamdulillah. Dia menurut sahaja tanpa banyak soal kemudian dia menjilat-jilat
tubuhnya. Matanya dah mula nampak kuyu. Aku rasa dia mahu tidur lagi setelah
semalaman berjaga menonton rancangan MTV ketika kami sekeluarga keluar bekerja.

Kau boleh tolong aku tak wahai kucing yang comel lagi bijaksana? Kata ku
selepas aku memainkan lagu kegemaran Prasasti, Seiring Sejalan yang diambil dari
album soundtrack filem Hapuslah Air Matamu lakonan Syarifah Aini dan Broery
Marantika.

Wah, wah, wahhhhhh! Pandai you all spedo kata-kata, kan? Mesti nak sesuatu
dari mek! Kata Prasasti. Pandai dia meneka. Aku rasa siang-siang dia tahu aku mahukan
sesuatu darinya bila aku bagi dia makan enam biji pau kacang.

Aku nak jumpa Sanisah. Aku nak pulangkan gambar yang aku jumpa dalam EP
Sanisah Huri petang nanti. Kata ku membaringkan badan ku di atas katil sambil
melihatnya buat lip-sync bahagian Kak Pah menyanyi. Khusyuk dia menyanyi tau!

Dah tu kenapa, yang? Dia bertanya bila Broery sedang menyanyi.

Kau boleh bagitahu aku, orangnya macam mana? Dia suka apa... Dia dah ada
boyfriend ke belum.

You all tak ada mulut ke nak tanya dia sendiri? Dia tanya aku lalu dia menyanyi
bahagian “La la la la la la la la...” (yang diulang empat kali sebelum Broery nyanyi irama
ala keroncong di dalam lagu ini). Masa dia berhenti menyanyi untuk beri jalan Broery
menyanyi, aku cocok perutnya.

OPOCOT TIADA LAGU DUKA PUN AIR MATA NENEK KAU!

HAHAHAHA!

BA BA BABI! MANGKUK HAYUN!

Rilek lah beb, gurau jer tu. Kata ku tersengih. Aku usap-usap kepala dia sampai
mata dia stim. Perlahan-lahan dia nyanyi lagu Seiring Sejalan sampai habis.

Seminit kemudian, bila Prasasti dah kepenatan menyanyi, dia keluarkan sebatang
lampu suluh kecil bersaiz pen dari dalam kocek empat dimensinya.

LAMPU SULUH KEBENARAN!!! Dia menjerit dengan suara kepitnya itu


macam abangnya, Doraemon.

Meh, nak tengok.

Nizam Zakaria - Halimunan 19


Tak boleh, you all! Kata Prasasti, dia sembunyikan “lampu suluh kebenaran” di
belakangnya.

BAGI LAH!

Tak boleh. Dia menggeleng pantas. Dia nak main-main pulak dengan aku.

Kemudian aku ugut dia dan beritahu kepadanya aku akan beli seekor tikus putih
dan pelihara tikus putih tu dalam bilik ku ni. Dia terus ketakutan. Prasasti memang takut
kepada tikus. Dia cepat-cepat serahkan “lampu suluh kebenaran” itu kepada ku.

Bila kau hidupkan lampu suluh ini dan tujukan lampunya kepada mangsa you all,
mangsa you all tu nanti tidak akan dapat berbohong sama sekali. Mrasalah you all tanya
apa-apa soalan kepadanya nanti. Kata Prasasti bersungguh-sungguh.

Aku hidupkan fungsi lampu suluh ini lalu terus aku suluh ke arah Prasasti.

APA NI, YOU ALL!

Nak test lah ni!

You all suka main-main! Tak pernah serius!

Okay sekarang aku serius... Aku nak tahu kenapa kau datang ke dalam hidup aku,
Prasasti? Kenapa kau pilih aku? Tanya ku kepada satu soalan yang sudah lama aku
mahukan jawapan yang pasti darinya.

Kalau you all tahu jawapannya nanti, you all pasti akan menyesal. Kata Prasasti
dengan perlahan. Tiba-tiba sahaja wajahnya berubah sedih.

Cakap lah Prasasti... Aku sedia mendengarnya. Aku tak kisah apa kau nak cakap.

BODOH PUNYA PUNDEK! MEK KUCING ROBOT LAH! TAK RETI-RETI


LAGI KE? MANA YOU ALL BOLEH GUNA LAMPU SULUH TU KAT MEK! MEK
MANA ADA PERASAAN!

Prasasti ambil lampu suluh tu balik dari tangan aku lepas tu dia ketuk kepala aku.
Babi punya kucing! Berani dia ketuk kepala aku!

Aku langsung tak melawan. Aku gosok-gosok kepala aku. Lepas tu aku kata kat
dia aku nak tidur. Aku nak maki dia, tapi aku takut nanti dia jadi marah lepas tu dia akan
simpan “lampu suluh kebenaran” yang mahu diberikan kepada aku tu ke dalam koceknya
semula. Jadi aku diam. Bila dia nampak aku diam, bila aku berpaling ke arah lain, dia
letakkan “lampu suluh kebenaran” di atas meja di sebelah katil ku. Dia duduk baik-baik
sebelah kaki ku lepas tu dia tidur berdengkur di situ.

Nizam Zakaria - Halimunan 20


Aku menemui Zila di stesen LRT PWTC pada pukul 2.50 petang. Dia tanya dari
mana aku beli baju baru aku. Aku kata di One Utama. Dia kata aku nampak cute. Aku
pakai baju Mickey Mouse yang menjadi kebencian Prasasti. Aku kata ayah yang bagi aku
duit suruh beli baju baru sebab aku dah lama tak beli baju baru.

Aku menelefon Sanisah dan memberitahunya kami sudah sampai di kondonya.


Dia memberitahu alamatnya. Setelah berurusan dengan pengawal keselamatan, aku terus
ke lobi kondonya lalu naik lif ke tingkat 31.

Aku menekan loceng pintu. Seorang budak lelaki yang masih berpakaian sekolah
menengah membuka pintu. Dia memandang ke arah ku dengan curiga. Kemudian
matanya terpaku kepada Zila.

Kami nak jumpa Sanisah. Kata ku perlahan. Nama saya Masdor dan ini Zila.

Nama saya Yurnor adik Kak Sanisah. Kakak ada di dalam. Masuklah. Katanya
sambil bersalaman denganku, lalu berjalan ke arah ruang tamu untuk menyambung
bermain dengan alat permainan video Xboxnya. Dia sedang bermain dengan permainan
Halo 2. Sesekali matanya akan meleret memandang ke arah Zila.

Aku dan Zila saling berpandangan. Kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan.
Adakah kami harus duduk di ruang tahu atau terus berdiri seperti ini.

Aku dapati Yusnor mempunyai tubuh yang tinggi lampai dan berkaca mata. Dari
lencana sekolahnya, aku dapati dia budak Victoria Institution. Aku rasa dia baru sahaja
balik dari sekolah, lalu terus dia main dengan Xboxnya. Aku rasa, inilah rutin hariannya.
Di atas mejanya ada bungkusan McDonald’s. Dia baru sahaja lepas makan.

Kondominium tingkat 31 ini lebih besar dari flat ku. Perabot-perabotnya yang ada
kebayakannya berwarna putih dan biru. Pada bahagian ruang tamu rumah ini terdapat
sebuah tingkap yang besar yang menampakkan panorama Kuala Lumpur.

Dia ada di dalam biliknya. Ujar Yusnor lalu menuding ke arah sebuah bilik
berdekatan dengan dapur. Matanya terus ke kaca TV.

Zila berjalan ke arah bilik tersebut. Dia mengetuk pintu. Dari dalam aku dapat
mendengar suara Sanisah memintanya masuk. Zila membuka pintu. Bunyi muzik dari
Huey Lewis & the News bertajuk The Heart of Rock & Roll dimainkannya kuat-kuat dari
sebuah alat pemain piring hitam.

Di dalam aku dapat melihat Hanisah sedang merokok di atas katilnya sambil
menulis sesuatu ke dalam laptopnya. Dia suruh kami tunggu. Dia kata dia ada sikit lagi
yang perlu ditulisnya untuk menyiapkan sebuah bab di dalam novel yang sedang
disiapkannya.

Nizam Zakaria - Halimunan 21


Wajah Sanisah saling tidak tumpah dengan wajah Haryati yang aku lihat di dalam
gambar. Perkara ini sahaja mampu membuat aku terus jatuh cinta kepadanya. Apa yang
membezakan Sanisah dan Haryati adalah fesyen rambutnya. Aku dapati Sanisah
mewarnakan rambutnya kemerahan – macam Sharon Osborne ketika dia ditemu ramah di
samping suaminya Ozzy dalam rancangan Parkinson. Wajahnya putih pucat. Telinganya
ditindik di beberapa tempat. Aku tidak dapat melepaskan pandangan ku terhadapnya
sehinggalah Zila menyiku ku. Aku cepat-cepat berpaling ke arah lain.

Aku dapati keadaan biliknya berselerak. Berbau rokok. Di dindingnya terdapat


poster beberapa buah kumpulan muzik dari tahun 90-an seperti Nivarna, Pearl Jam dan
Lemonheads.

Di dalam biliknya ada banyak buku. Lebih banyak lagi yang diletakannya di atas
lantai, yang aku rasa sedang menunggu masa untuk diletakkan di dalam rak yang baru
sahaja dikosongkan. Pada bahagian rak itu terdapat banyak koleksi piring hitam lama.
Aku dapati dia juga pengumpul rekod seperti ku.

Aku berjalan mendekati raknya. Piring hitam pertama yang dapat ku lihat adalah
single Duran Duran, Hungry Like the Wolf. Aku toleh ke arah Hanisah. Dia kelihatan
tekun dengan apa yang sedang dilakukannya. Zila berjalan ke arah tingkap yang
langsirnya diperbuat daripada kain baldu hitam yang tebal agar cahaya dari luar tidak
dapat masuk ke dalam biliknya. Zila menyelak langsir lalu memandang ke luar. Aku
berjalan ke arahnya untuk melihat apa yang sedang dilihatnya. Aku dapati dia sedang
merenung ke bawah, melihat sebuah sungai yang deras yang sedang mengalir di sebelah
kondominium ini.

Okay siap. Kata Hanisah lalu menutup laptopnya. Dia menyedut rokoknya dalam-
dalam. So... you datang nak bagi gambar? Dia bertanya kepada ku.

Ya. Aku jawab pendek kemudian aku memperkenalkan diri ku dan Zila
kepadanya. Ketika Zila bersalaman dengannya, aku keluarkan gambar yang aku jumpa
dari dalam beg ku. Kemudian aku keluarkan sekali “lampu suluh kebenaran”. Apabila
Hanisah sedang berpaling ke arah Zila, aku sinarkan alat pemberian Prasasti itu ke
arahnya.

What is that you’re holding? Tanya Hanisah apabila dia sedar aku sedang
menyuluh ke arahnya.

Tak ada apa-apa. Jawab ku tersipu-sipu.

Let me see that! Dia rampas “lampu suluh kebenaran” dari tangan ku. Dia
menghidupkan fungsi lampu suluh. Mula-mula dia suluh ke arah ku, kemudian kepada
Zila. Oh, it’s just a torchlight. Ingatkan apa tadi. Bilik I ni gelap sangat ke?

Tak, bukan sebab gelap, dan itu bukan lampu suluh. Jawab ku dengan pantas lalu
mengambil semula “lampu suluh kebenaran” dari tangannya.

Nizam Zakaria - Halimunan 22


Dah tu apa?

Lampu suluh kebenaran pemberian Prasasti

What? Siapa Prasasti?

Prasasti adalah seekor kucing robot dari masa hadapan—

Aku cepat-cepat menutup mulut ku bila aku nak memberitahunya bahawa sesiapa
yang terkena sinaran lampu suluh ini hanya mampu bercakap benar.

Okay... You ni pelik lah!

Memang dia ni pelik sikit. Sambut Zila sambil tersenyum.

Aku akhirnya menyerahkan gambar yang aku simpan sejak beberapa hari yang
lalu kepada Sanisah. Dia ambil gambar tersebut lalu memandangnya seolah-olah dia baru
sahaja melihat gambar tersebut buat pertama kalinya.

You jumpa gambar ini di dalam piring hitam Sanisah Huri?

Ya.

Gambar ini diambil di Carnaby Street.

Hmmm...

Carnaby Street letaknya di London.

Oh ye ke? I ingatkan kat Balakong...

Zila tergelak. Aku menjeling ke arahnya untuk memintanya diam.

Nama you Masdor... Sanisah Huri tu anak didiknya. You tahu tak? Dia bertanya
kepada ku dengan matanya terus kepada gambar tersebut.

Saya tahu... Jadi, gambar yang saya jumpa dalam EP Sanisah Huri ni gambar mak
awak?

Ya. Dia namakan saya Sanisah kerana dia memang minat dengan Sanisah Huri.

Dah agak dah...

Nizam Zakaria - Halimunan 23


Dia minat mengumpul piring hitam ketika dia muda dulu... Banyak yang
dikumpulkannya sehingga I tak ada masa untuk dengar satu persatu. Sekarang I nak jual
piring-piring hitam lamanya sebab I tak ada tempat lagi untuk letak buku-buku I.

Saya suka kumpul piring hitam.

So I noticed... Okay macam ni. Since you like collecting these vinyl records so
much, apa kata you ambil sahaja apa yang ada dalam bilik ni.

Berapa awak nak jual?

Ambil sahaja. I’m desperate to get rid of them. But you owe me one. You boleh
belanja I makan ke...

Aku rasa susah nak bernafas. Aku rasa macam menang loteri pulak. Aku menoleh
ke arah Zila. Dia hanya tersenyum.

Mak awak... Tak kisah ke?

Dia tak ada di sini.

Di mana dia sekarang?

Dia sudah meninggal dunia.

Maaf... Aku terdiam buat beberapa ketika sebelum bertanya: Dalam usia begitu
muda? Ada yang telah berlaku?

Zila merenung ke arah ku. Dia kurang selesa dengan soalan yang aku tujukan tadi
kepada Sanisah. Aku lihat dia sedang mengetapkan bibirnya.

Dia mati dengan membunuh dirinya. Mama terjun dari tingkap di ruang tamu
rumah kami ini ketika I berusia 10 tahun.

Aku terdiam dibuatnya. Aku pernah membaca laporan akhbar yang mengatakan
bahawa secara purata, terdapat tujuh orang rakyat Malaysia yang mati membunuh diri
setiap hari. Satu jumlah yang banyak. Aku tidak pernah menyangka sama sekali Haryati
yang kelihatan begitu ceria di dalam gambarnya akhirnya mengambil keputusan untuk
menamatkan riwayatnya sendiri...

Aku tak berani memandang ke arah Zila. Aku pasti dia memarahi ku kerana telah
bertanyakan soalan yang agak peribadi kepada Sanisah.

Gambar yang you beri ini... I tak pernah melihatnya. Kata Sanisah sambil
menghisap rokoknya. In fact, gambar-gambar mama I semuanya dah tak ada lagi.

Nizam Zakaria - Halimunan 24


Kenapa? Tanya Zila.

Papa telah membuang kesemuanya. Dia telah memusnahkan segala-galanya yang


mengingati kami kepada mama... I guess you’ve met Yusnor sebelum you masuk ke
dalam bilik I tadi.

Aku mengangguk. Di dalam pada itu aku dapat melihat Sanisah mengeluh. Aku
mula menyesal menyinarkan “lampu suluh kebenaran” ke arahnya tadi. Kini dia akan
hanya berkata benar kepada setiap soalan yang ditujukan kepadanya. Begitu juga dengan
aku dan Zila.

Maaf, saya tak sepatutnya tanya soalan peribadi mengenai mak awak tadi. Kataku
kepada Sanisah, tetapi dia tidak menjawab. Wajahnya nampak kosong. Dia merapatkan
bibirnya dengan matanya memandang ke arah lain.

So... You berdua ni couple ke? Tanya Sanisah kepada Zila.

Mamat skema ni. Tak lah! Kami kawan baik.

Oh... Kenapa? You dah ada boyfriend?

Tak... I dah ada girlfriend. Beritahu Zila lalu menggigit bibirnya. Mungkin seperti
ku, dia tidak sangka dia akan menjawab soalan Sanisah itu tanpa berfikir panjang.

So, you lesbian ke?

Ya.

Cool! Ujar Hanisah sambil tersenyum. Dia mendekatkan dirinya kepada Zila. Dia
bertanya kepada Zila di mana dia beli rantai yang sedang dipakainya pada ketika itu. Zila
kata Suzi yang belikan rantainya itu di Vietnam ketika dia terpaksa bekerja di sana.

Mata ku merayau-rayau di atas rak sehingga aku terlihat beberapa peralatan


hospital seperti gunting penyepit yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk stainless
steel. Mak pernah juga bawak balik peralatan ini semua ketika dia merawat luka-luka
ayah ku dulu ketika dia jatuh dari motornya.

Untuk apa ini semua? Tanya ku kepada Hanisah yang sedang menunjukkan
kepada Zila bahagian pusatnya yang tertindik.

Untuk mana-mana lelaki yang suka kat I dan ingin buktikan kepada I yang dia
sayangkan I. Sanisah menjawab selamba.

Kalau ada sesiapa yang suka kat you, dia kena buat apa? Tanya Zila.

Well, he has to pierce my tongue. Itulah peralatannya.

Nizam Zakaria - Halimunan 25


Aku mengambil peralatan yang dinyatakannya itu. Selain dari gunting penyepit,
di dalam mangkuk stainless steel ini juga terdapat sepasang sarung tangan getah, sebiji
botol methylated spirit, beberapa biji kapas dan sebatang jarum yang tajam dan agak
tebal. Aku rasa jarum ini perlu digunakan untuk mencucuk lidahnya. Terdapat juga
sekeping plastik yang terkandung objek perhiasan yang akan diletakkan di lidahnya nanti.

Tak sakit ke nanti? Tanyaku dengan dahi terkerut.

Sakitlah. Dah tu you ingat apa?

Awak buat ni semua untuk apa?

Kenapa you tanya I macam-macam ni? You suka kat I ke?

Suka! Jawab ku lalu aku mengangguk cepat-cepat. Sekali lagi aku menutup mulut
ku.

So... You do want to do it now?

Buat apa?

Pierce my tongue lah!

Aku memandang ke arah Zila. Dia menaikkan kedua belah bahunya.

Tak. Takutlah!

Tapi you kata you suka dengan I?

Ya. Saya suka dengan awak. Tapi saya takut.

Kalau takut, tak payah lah. Just forget about it, okay?

Aku menelan air liur ku.

Okay. Saya akan melakukannya. Kataku sambil menelan air liur ku. Tekak ku
tiba-tiba terasa kering.

Zila ternganga. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Are you sure? Tanya Sanisah meminta kepastian.

Kenapa? Tak percaya ke?

Tak pernah ada sesiapapun yang pernah bersetuju untuk melakukan ini semua.

Nizam Zakaria - Halimunan 26


Ye ke?

Ya. No kidding. The last person yang I beritahu dia kena buat ini semua untuk I,
went home crying.

Aku terduduk di atas kerusinya. Sanisah kemudian mengambil peralatannya dan


memberitahu ku dia perlu membuat air panas untuk membersihkan peralatannya ini di
dapur.

Kau dah gila ke, Masdor? Tanya Zila dengan suara berbisik kepada ku.

Ya kot.

Kau suka dengan Sanisah?

Ya.

Tapi kau baru jumpa dia Masdor!

Tapi aku suka dengan dia!

Zila sepak muka aku sekali. SAKIT SIOT! Aku pegang pipi ku. Aku tak tahu
kenapa dia sepak muka aku.

Apa ni? Kata ku sambil meraba pipi ku.

Aku nak kejutkan kau dari mimpi kau.

Eh, aku tak mimpi lah! Aku sukakan dia!

Zila mengeluh sambil memeluk tubuhnya. Dia kata aku gila. Aku beritahu
kepadanya, Sanisahlah wanita yang ingin aku cintai dan satu hari nanti aku mahu
berkahwin dengannya dan hidup dengannya sampai aku mati. Masa tu aku dapat dengar
lagu I Feel Love oleh Donna Summer dalam kepala aku.

Hanisah masuk kembali dengan peralatannya yang telah direndam di dalam air
panas. Dia meminta supaya ku supaya membasuh tangan ku di dalam bilik air lalu
mengenakan sarung tangan getah. Aku menurut sahaja. Aku rasa aku telah mengambil
masa lebih lima minit membasuh tangan ku sambil memikirkan tentang apa yang perlu
aku lakukan berkali-kali di dalam kepala ku. Apabila aku kembali masuk ke dalam bilik,
aku dapati segala peralatan sudah disusun di atas meja. Langsir di tingkap telah pun
diselak ke tepi. Bilik Sanisah kini lebih terang dari sebelumnya.

Hanisah menunjukkan kepada ku sebuah laman di Internet yang menunjukkan


prosedur yang perlu dilakukan untuk mencucuk lidah. Dia tanya kepada ku sekali lagi

Nizam Zakaria - Halimunan 27


jika aku sanggup melakukan semua perkara yang aku lihat terpampang di dalam
laptopnya. Aku mengangguk pantas.

I dah minta Zila untuk tolong tandakan bahagian lidah I yang perlu dicucuk. You
gunakan forsep tu untuk tarik lidah I. Gunakan jarum yang I dah letakkan atas meja tu
untuk cocok dengan lidah I sehingga tembus. You have to make it quick! Kemudian you
ambil barbell tu, dan pastikan you dapat masukkan batang barbell itu ke dalam lidah I.
Mungkin akan ada darah yang keluar... So, everything else you figure it out yourself, as
we go along, okay?

Okay.

You sure you want to do this?

Ya.

Kemudian tanpa aku sedari tiba-tiba Hanisah mengucup bibir ku. Aku dapat
merasakan jantung ku berdegup kencang dengan bunyi darah mengalir ke kepala ku
berderu di telinga.

That’s the last kiss I give to anybody before my tongue is pierced.

Oh... Okay.

You are blushing!

Aku hanya mampu berdiri kaku. Aku tak pernah dicium sebelum ini. Memang
aku selalu beritahu kepada orang lain terutama kepada Zila aku pernah ada awek dan aku
dah pernah main, tetapi sebenarnya aku berbohong. Aku tak pernah buat itu semua
termasuklah dicium.

Masdor, kau okay ke tak ni? Muka kau merah semacam jer ni! Ujar Zila. Aku
mengangguk untuk memberitahunya aku okay jer walaupun aku rasa lagi sikit aku nak
pitam.

Seterusnya aku dapat lihat Sanisah mengumuhkan mulutnya dengan Listerine lalu
meludahnya ke dalam cawan kumuhannya tadi. Dia duduk di atas kerusinya. Dia
mengarahkan Zila supaya memancarkan cahaya dari lampu mejanya ke arah lidahnya.
Zila menurut sahaja.

Sanisah menjelirkan lidahnya. Aku mengambil forsep yang telah diikat dengan
getah pada bahagian pangkalnya, lalu mengepit bahagian hujung lidahnya. Aku dapat
melihat tanda yang dibuat Zila, tapi kurang jelas, mungkin tandanya dah hilang ketika
Sanisah berkumur tadi. Aku mengambil jarum yang harus aku cocok ke lidahnya.

Nizam Zakaria - Halimunan 28


Nafas ku turun naik dengan pantas. Memang aku rasa macam nak dekat nak pitam
dah. Aku rasa, macam-macam yang terpaksa mak lakukan di hospital sebagai seorang
pembantu perubatan hampir setiap hari untuk membesarkan aku. Apa yang aku perlu
lakukan sekarang jauh lebih senang dari pekerjaannya seharian, di antaranya
membersihkan luka dan nanah pesakit di hospital.

Aku memulakan apa yang harus aku lakukan dengan bacaan bismillah, kemudian
aku terus mencucuk lidahnya pada bahagian yang ditandakan dari arah bawah seperti
mana yang aku lihat di dalam gambar. Aku rasa macam cocok sate, walaupun tidaklah
sesenang yang aku bayangkan. Seperti yang dikatakan Hanisah, aku perlu melakukannya
dengan pantas. Aku dapat mendengar suaranya menahan rasa sakit. Zila memegang
tangannya dengan erat. Aku dapat melihat air mata Hanisah mengalir membasahi pipinya
mungkin kerana sedang menahan rasa sakit yang amat sangat.

Sebaik sahaja jarum yang aku cocok itu tembus, aku terus mengambil objek
perhiasan yang telah dibersihkan itu lalu dengan penuh berhati-hati aku masukkan ke
dalam lubang lidahnya yang mula berdarah itu. Segala-galanya aku cuba lakukan dengan
sepantas mungkin.

Aku melepaskan lidahnya. Darahnya turun membasahi bibirnya. Aku cepat-cepat


mengambil kain putih di atas meja lalu mengelap bibirnya. Aku lihat Zila masih tidak
percaya dia telah menyaksikan semua ini di hadapan matanya.

Kalau kau rajin belajar... Aku rasa sekarang kau dah masuk fakulti perubatan
untuk jadi doktor. Kata Zila dengan nada serius. Dia memandang ke arah Hanisah lalu
bertanya: You okay tak? Hanisah menganggukkan kepalanya.

Aku menghela nafas ku. Aku dapati Hanisah masih berdiam. Dia sedang
temenung kosong ke luar tingkap sambil memegang tuala putih yang dikotori darah di
tangannya.

Kami perlu pergi. Kalau ada apa-apa nanti awak SMS saya. Kata ku dengan
perlahan. Sanisah mengangguk. Dia memegang bahu Zila seolah-olah ingin
mengucapkan terima kasih kepadanya. Zila mengangguk sambil tersenyum.

Aku dan Zila keluar dari bilik Sanisah. Aku dapati Yusnor menoleh ke arah ku.
Aku memberitahu kepadanya aku dan Zila perlu berangkat pergi. Dia menemani kami
sehingga ke muka pintu.

You actually did it, didn’t you? Tanya Yusnor kepada ku.

Buat apa? Tanya ku kembali.

Pierce lidah dia lah!

Ya.

Nizam Zakaria - Halimunan 29


Balik nanti bila ayah tahu, mesti dia mengamuk... Dah beratus kali dia bagi
warning kat kakak aku supaya jangan buat body piercing lagi!

Aku tidak membalas kembali kata-katanya. Aku memakai kasut ku lalu aku terus
berjalan ke arah lif berdekatan tanpa menoleh ke belakang.

Di dalam lif, Zila membebel. Dia kata aku gila. Dia kata dah sesuai benar kalau
Sanisah ambil aku jadi boyfriendnya.

Sebaik sahaja kami tiba di tingkat bawah, aku terima SMS dari Sanisah. Dia
mengucapkan terima kasih kepada ku. Katanya, jika dia senang nanti dia mahu menemui
ku.
Aku tersenyum sendiri. Aku menghirup udara pada petang yang panas itu dalam-
dalam. Aku pandang ke arah baju Mickey Mouse yang baru aku beli tu. Ada percikan
darah Hanisah di situ. Aku memberitahu diriku bahawa aku tak akan basuh baju ini
sampai bila-bila!

Nizam Zakaria - Halimunan 30


Bohemian Rhapsody

Aku tak henti-henti berkhayal tentang Sanisah sejak aku meninggalkan rumahnya petang
tadi. Zila ada bertanya kepada ku kenapa aku mahu cepat-cepat meninggalkan rumah
Sanisah setelah aku menindik lidahnya. Aku kata ada aku dapat merasakan Sanisah mahu
berada keseorangan pada waktu itu. Zila kata dia juga dapat merasakan perkara yang
sama.

Pada saat-saat terakhir ketika aku keluar dari biliknya, aku dapat lihat Sanisah
memandang ke arah gambar ibunya. Aku cukup yakin pada waktu itu aku dapat mencium
bau kesayuan yang terwujud di dalam dirinya. Aku rasa dia mahu menangis.

Zila masih tak faham kenapa aku boleh jatuh hati dengan Sanisah. Aku kata dia
lah orangnya yang aku cari-cari selama ini dan aku telah jatuh cinta kepadanya buat kali
pertama apabila aku melihat gambar ibunya yang menyerupainya dan kali kedua apabila
aku akhirnya dapat bersemuka dengannya.

Aku telah menegaskan kepada Zila bahawa aku menyukainya bukan semata-mata
kerana dia mempunyai wajahnya yang berjaya menarik perhatianku, tetapi ada sesuatu
tentang dirinya yang telah berjaya menambat hati aku. Sesuatu yang sukar untuk aku
jelaskan dan huraikan dengan kata-kata.

Zila mintak aku jelaskan juga, sebab dia kata kat aku dia masih tak faham. Jadi
aku bagi contoh piring hitam album A Night at the Opera yang terkandung lagu
Bohemian Rhapsody. Aku cakap kepada Zila, buat kali pertama aku mendengar lagu dari
kumpulan Queen itu aku rasa macam nak menangis. Ketika itu aku berusia 10 tahun.
Dalam masa seminit ketika aku masih lagi mendengar lagu yang berhantu itu, aku terus
jatuh cinta dengan lagu itu. Sehingga sekarang pun, aku masih lagi menganggap lagu itu
sebagai lagu yang paling aku suka selain dari lagu Imagine oleh John Lennon.

Kalau kau nak tahu, lagu Bohemian Rhapsody ini ada banyak persamaan dengan
novel eksistensialis Albert Camus yang bertajuk L'Étranger. Kata seorang pelanggan
lelaki dengan suara termengah-mengah kepada ku. Aku rasa dua telah mendengar
perbualan ku dengan Zila apabila aku memberitahunya bahawa muzik video pertama di
dunia adalah muzik video yang telah dibuat untuk lagu Bohemian Rhapsody. Aku
masukkan barang-barang yang dibelinya ke dalam beg plastik. Seperti kebiasaannya,
lelaki di hadapan ku ini akan beli sekotak susu dan cornflakes.

Dia akan datang untuk membeli sekotak susu dan cornflakes pada sekitar pukul
9.30 malam pada hari Jumaat, Isnin dan Rabu, tetapi sehingga kini aku masih tidak
mengenali namanya. Aku rasa dia berusia di sekitar awal 40-an. Orangnya bertubuh
gemuk. Mungkin terlalu gemuk kerana aku sering melihat orang akan memandang ke
arahnya lalu mentertawakannya dari belakang. Baru sahaja sebentar tadi aku lihat seorang
budak lelaki India bertubuh kering macam biskut Marie yang sedang beratur di
belakangnya mengisi pipinya dengan udara lalu membuat aksi-aksi mengejek sehingga
membuat girlfiendnya ketawa kecil.

Nizam Zakaria - Halimunan 31


Aku rasa dia menetap dan bekerja di kawasan ini.

Abang ada buku tu, tak? Aku akhirnya memberanikan diri ku untuk bersuara
kepadanya. Dia cuba mengukir senyuman lalu menggeleng.

Aku beri kepada beg plastik yang terkandung barang-barang yang dibelinya. Dia
berpaling ke belakang mengira wang baki yang diberikan Zila kepadanya. Dia berjalan
beberapa langkah ke hadapan sebelum dia menoleh kembali kepada ku.

Nama aku Zamani. Katanya kepada ku. Aku dapat rasakan satu luahan perasaan
kehilangan dan kesepian di dalam suaranya.

Nama saya Masdor, bang. Kata ku sambil menuding kan jari ku ke arah name tag
yang sedang aku pakai. Dia hanya mengangguk lemah lalu dia membawa dirinya keluar
dari kedai.

Budak India tu ketawa di hadapan ku apabila dia melihat Abang Zamani


mengalami kesukaran untuk keluar dari pintu kerana tubuhnya yang besar. Aku terus
berdiri memandangnya lalu menjeling ke arah Zila. Aku rasa macam nak halau dia keluar
dari kedai ini.

Dah, jangan cari fasal pulak. Zila berbisik kepada ku. Aku menarik nafasku
panjang-panjang. Budak India yang kurus kering tu mahu beli sekotak kondom dan
sekotak rokok Dunhill. Aku serahkan kepada Zila barang-barang yang mahu dibelinya
itu.

Suasana di Bintang Walk pada malam ini agak meriah. Esok hari Sabtu, jadi
ramai yang keluar untuk bersantai di sini. Aku dapat melihat pelbagai jenis manusia yang
lalu lalang di sini. Ramai pelanggan yang keluar masuk kedai untuk membeli barang
keperluan mereka. Nasib baiklah aku bekerja dengan Zila, sebab dia pantas bekerja. Jika
tidak boleh pening kepala aku jadinya.

Aku memikirkan kembali tentang kata-kata Zila tadi selepas aku selesai menindik
lidah Sanisah. Dia kata aku ada bakat untuk jadi doktor. Mungkin betul katanya.
Mungkin betul juga kata mak. Dia banyak kali kata aku pandai, cuma aku ni jenis malas
belajar. Aku suka berangan-angan. Masa dalam kelas aku susah nak tumpukan perhatian
ku kepada pelajaran. Akhirnya, SPM aku dapat gred dua. Aku bertegas tak mahu
sambung belajar. Ayah biarkan sahaja. Mak pulak marah. Dia kata sekurang-kurangnya
aku perlu masuk ke Institut Kemahiran Mara untuk sambung belajar. Tapi aku cakap aku
tak mahu belajar di mana-mana lagi. Aku suka dengan keadaan aku sekarang apabila aku
tidak perlu lagi sentuh buku teks dan pecahkan kepala aku untuk ambil peperiksaan.

Mak pernah tanya aku, adakah ini yang aku mahukan di dalam hidup aku. Sampai
bila aku nak bekerja dengan gaji kecil. Dia kata dia tak mahu melihat aku jadi macam
dirinya dan ayah. Aku kata, walaupun dia dan ayah tak belajar ke peringkat universiti,

Nizam Zakaria - Halimunan 32


kami tetap dapat hidup selesa dan duduk di dalam rumah yang kami sewa. Mak kata aku
tak berfikiran jauh. Dia kata aku tak mempunyai visi dan cita-cita untuk memperbaiki diri
ku. Kemudian dia suruh aku lihat keadaan bapa ku dan pekerjaan yang terpaksa dia
lakukan untuk menanggung kehidupan kami. Dia kata, ayah mempunyai impian untuk ke
Woolton, Liverpool. Dia mahu pergi melawat rumah kanak-kanak Strawberry Field.
Menurut cerita, John Lennon telah menulis lagu Strawberry Fields Forever untuk
mengingati zaman kanak-kanaknya bermain di sana.

Lagu ini istimewa buat ayah kerana piring hitam Strawberry Fields Forever,
sebuah rekod double A-side dengan Penny Lane, adalah piring hitam pertama
kepunyaannya. Lagu inilah yang membuatkan dia mula jatuh cinta kepada muzik.

Di Central Park, New York ada sebuah memorial yang didirikan untuk John
Lennon yang diberi nama Strawberry Fields. Memorial ini telah dibina untuk mengingati
John Lennon yang telah mati dibunuh oleh seorang peminatnya berdekatan dengan
apartmennya di Central Park pada tahun 1980. Kalau boleh ayah mahu ke sini dan juga
ke tempat John Lennon mati di tembak. Ayah adalah peminat nombor satu John Lennon
dan inilah impian-impiannya.

Mak kata, ayah tidak mungkin dapat melihat impiannya tercapai sampai bila-bila
kerana wang yang dikumpulkannya selama ini untuk ke UK tak pernah cukup-cukup.
Mak kata, tanpa wang, impian sukar untuk terlaksana. Dan ayah tidak mempunyai wang
yang banyak. Mak tak mahu aku jadi seperti ayah.

Tetapi inilah dia tragedi kehidupan. Ada kalanya, impian kita tidak mungkin
dapat kita capai. Kata ku akhirnya kepada mak untuk membuatnya berhenti membebel.

Menjelang tengah malam, Sanisah masuk ke dalam 7Eleven membawa sebuah


kotak penuh dengan rekod-rekod yang mahu diberikan kepada ku. Aku terus
mendapatkannya lalu mengambil kotak tersebut dari Sanisah. Dia kata dia ada sekotak
lagi untuk diberikan kepada ku. Dia akan memberi ku sekotak penuh dengan piring hitam
lama kepunyaan ibunya itu pada lain masa.

Sanisah susah untuk berkata-kata, macam ada sesuatu di dalam mulutnya. Bila
aku minta dia tunjukkan aku lidahnya, aku dapati lidahnya bengkak. Dia memberitahu ku
dia akan berkeadaan begini selama sebulan, jadi selama sebulan dia tak boleh makan
makanan yang pedas dan merokok – satu perkara yang sukar untuk dilakukannya sebab
dia suka makan makanan yang pedas dan merokok.

Dah lah, awak berhenti saja merokok. Kata ku. Dia tersenyum.

You sibuk ke sekarang? Tanya Sanisah. Aku memandang ke arah Zila yang tak
menang tangan melayan pelanggan-pelanggan yang mahu membayar barang-barang yang
ingin mereka beli.

Sibuk jugak.

Nizam Zakaria - Halimunan 33


Apa kata saya tunggu awak sampai awak tak sibuk?

Awak tak nak balik dulu ke?

Tak.

Jam satu atau jam dua pagi nanti reda sedikit...

Okay, kalau macam tu, I tunggu. I just want to get to know you better.

Aku mengangguk. Aku memasukkan kotak pemberiannya ke dalam bilik stor.


Aku menyuruhnya duduk lalu memberitahunya dia boleh membaca apa-apa majalah yang
dijual di sini sementara dia menunggu sehingga keadaan tidak lagi sesibuk sekarang.

Aku lihat dia duduk di atas kerusi tempat makan sambil memandang ke arah
orang yang sedang lalu lalang di hadapannya. Ada kalanya aku melihat dia membaca
majalah URTV yang aku berikan kepadanya. Dari raut wajahnya aku dapat melihat dia
nampak terganggu. Zila kata dia ada masalah.

Pada pukul 1.20 aku Zila memberitahu ku supaya melayannya. Dah tak ada ramai
pelanggan yang keluar masuk ke kedai ini.

Sorry lah, hari ni sibuk sikit. Kata ku kepada Sanisah. Aku letakkan secawan teh
yang aku sediakan untuknya di atas meja.

Tak apa.

Adik awak si Yusnor tu ambil SPM tahun ni ke?

Ya. Macam mana you tahu?

Saya nampak buku teksnya di atas meja.

Oh...

Awak pulak? Masih study lagi? Tanyaku lalu aku duduk di sisinya.

Technically, yes... Sebenarnya I tak sedia lagi untuk sambung belajar.

Kenapa?

I nak menulis.

Menulis fasal apa?

Nizam Zakaria - Halimunan 34


Cerita dongeng.

Jadi awak cuba habiskan cerita yang awak tulis semasa saya pergi berjumpa
dengan awak tadi?

Ya.

Ceritanya mengenai apa?

Tentang sebuah handphone yang akhirnya mati kerana kebosanan.

Oh... Getus ku perlahan tanpa mahu melanjutkan lagi soalan ku tentang cerita
yang ditulisnya kerana aku tak minat membaca. Siapa agaknya lebih tua, saya atau awak?

Awak agak siapa?

Saya kot... Umur saya 20 tahun. Umur awak berapa? 18?

19.

Muda setahun jer... Kata-kata ku membuat dirinya tersenyum. Yusnor kata bapak
awak akan mengamuk jika dia dapat tahu awak tindik lagi.

Ya, dia marah... Dia mengamuk. Sebab itulah I ke sini.

Apa yang telah berlaku?

Entah lah, but let’s skip the details. Whatever it is, I remembered telling him to
fuck off and leave me alone.

Sabar jelah!

So... You selalu pergi clubbing?

Tak. Saya kena kerja malam.

Oh... Terlupa. Tapi bagaimana pula dengan esok?

Entah...

Zila pula bagaimana? Tanya Sanisah kepadanya. You free tak esok malam, Zila?
Tanya Sanisah kepadanya.

Tak. Aku kena kerja di Central Market mulai esok pagi. Aku langsung tak ada
masa untuk berehat.

Nizam Zakaria - Halimunan 35


Zila kena jaga kedai antik Miss Lee. Beritahu ku.

You kena jaga sekali?

Tak, tapi saya ingat nak tolong sikit-sikit. Saya akan jaga kedai Miss Lee pada
waktu petang sementara Zila berehat di studio Suzi—

Suzi?

Suzi tu nama girlfriendnya. Jelas ku lalu memandang ke arah Zila yang sedang
memerhatikan ku sambil melayan seorang pelanggan.

So, kalau ada apa-apa I boleh cari you di Teresa Forever, lah ni?

Ya. Sebelum kami tutup kedai pada pukul 9 malam.

Awak nak jumpa saya ke malam esok?

Maybe... Kalau I free.

Okay.

You’re a sweet person, do you know that, Masdor?

Manis macam gula biasa ataupun Nutrisweet?

Hemmm... Good question. Sanisah menggaru dagunya yang runcing itu. Manis
macam tebu. Kena perah baru dapat rasa manisnya.

Kata-katanya membuat aku tersenyum, walaupun aku langsung tak tahu apa yang
dimaksudkannya itu.

But seriously. I rasa you ni lain dari yang lain. You tak macam kawan-kawan I
yang lain.

Kenapa?

Entahlah... You ni pelik sikit. Petang tadi kita baru sahaja jumpa and then you told
me that you like me. And then you’ve agreed to pierce my tongue. It takes a lot of guts to
do something like that.

Sanisah... Apa lagu yang paling awak suka sekali di dalam hidup awak?

That’s a tough question. I suka banyak lagu sebenarnya... Tapi rasa-rasanya I


paling suka lagu Bohemian Rhapsody oleh Queen.

Nizam Zakaria - Halimunan 36


Ye ke? Ujar ku dengan teruja.

Kenapa?

Belum sempat aku dapat membuka mulut ku untuk menyambut kata-katanya tadi,
seorang wanita bertudung masuk ke dalam kedai bersama Yusnor di sampingnya.
Wajahnya nampak risau. Dia terus datang mendapatkan Sanisah.

Sorry... Orang kena beritahu kakak kat mana kakak sekarang. Aunty Rafidah dah
risau sangat ni. Kata Yusnor sambil menggaru kepalanya.

Aunty Rafidah... Ini Masdor. Sanisah memperkenalkan aku kepada wanita


berwajah jernih di hadapanku dengan suara serba salah. Dia mungkin tidak menyangka
adiknya akan membawa wanita yang dipanggilnya dengan nama Aunty Rafidah itu akan
datang ke sini untuk mencarinya.

Is this the same Masdor who did your tongue piercing just now?

Ya... Mana ada Masdor yang lain, aunty!

Mulut ku ternganga. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Tapi aku
yakin aku akan dimarahinya.

Masdor, ini Aunty Rafidah. Papa akan berkahwin dengan Aunty Rafidah pada
bulan 12 nanti.

Aku menghulurkan tangan ku untuk bersalaman dengan Aunty Rafidah yang


berusia di sekitar awal 40-an itu. Dia memandang ke arah ku, mungkin kerana dia mahu
memahami ku. Wajahnya kaku. Aku tidak tahu jika dia mahu memarahi ku atau
sebaliknya.

Masdor... Kenapa you tindik lidah Sanisah? Sekarang papa dia dah mengamuk.
Katanya dengan lembut.

Aunty, this is exactly what I want all along! Biar dia mengamuk!

Okay, whatever it is, Sanisah balik rumah aunty, ya? We'll discuss about this at
my place.

Sanisah mengangguk setuju.

I think I have to go. Kata Sanisah kepada ku. Apa-apa nanti I SMS you okay?

Okay. Kata ku lalu aku melihat mereka bertiga beredar dari dalam perut kedai.

Nizam Zakaria - Halimunan 37


Aku mengeluh sendiri. Zila membiarkan aku termenung seorang diri memandang
ke arah Bintang Walk.

Beberapa minit kemudian aku menerima pesanan SMS dari Sanisah. Dia meminta
maaf jika dia telah menyusahkan ku. Aku membalas SMSnya dengan mengatakan dia
tidak perlu meminta maaf kerana dia melakukan apa-apa kesalahan kepada diri ku. Aku
juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah memberi ku
piring-piring hitam kepunyaan ibunya dan aku berjanji akan menjaga koleksi piring-
piring hitam ini dengan baik. Aku akhiri pesanan SMS ku dengan pesanan:

I want to get to know you better too and btw, I pun suka dengan lagu BohRhap :)

Nizam Zakaria - Halimunan 38


Bukit Ampang

Aku kasihan melihat keadaan Zila yang cukup-cukup penat nak mengantuk ketika aku
tiba di Teresa Forever. Dia nampaknya tidak sabar lagi untuk ke bangunan sebelah lalu
ke studio Suzi untuk tidur berehat di sana.

Tadi Miss Lee ada call. Aku dah beritahu dia kau akan jaga kedainya.

Dia cakap apa?

Dia okay jer. Jawab Zila sambil menguap. Aku memintanya berehat. Aku
memberitahunya aku mampu menjaga kedai.

Zila keluar dari kedai. Dia memberitahu ku dia akan datang untuk mendapatkan
ku pada malam hari nanti. Aku kata jangan bimbang, aku dapat menguruskan segala-
galanya dengan baik.

Ramai juga orang yang keluar masuk ke kedai Teresa Forever, tapi tak seorang
pun yang mahu membeli apa-apa di kedai ini, kecuali seorang pasangan dari Jerman yang
ingin membeli sebuah kalong Cina Peranakan yang telah dijual dengan harga 400
Ringgit. Sebenarnya mereka boleh menawar harga, tetapi mereka langsung tidak
bertanyakan kepada ku tentang itu semua.

Aku menghabiskan masa ku yang terluang dengan membaca beberapa keping


majalah lama LIFE yang ada dijual di dalam kedai ini. Majalah Life yang paling menarik
perhatian ku adalah edisi Ogos 1980 dengan gambar Miss Piggy di muka hadapannya di
samping Kermit the Frog dan beberapa ekor katak-katak yang lain. Aku tergelak seorang
diri bila aku memikirkan bahawa Miss Piggy suka dengan Kermit. Sejak kecil lagi aku
suka dengan Kermit. Aku suka dengan lagu The Rainbow Connection yang
dinyanyikannya. Lagu itu cukup-cukup menyentuh perasaan ku. Mak kata, ketika aku
kecil dulu ayah suka menyanyikan lagu ini kepada ku. Tapi aku tak ingat. Tapi mungkin
fasal tu lah aku suka sangat dengan lagu ini...

Pada pukul 8 malam, Suzi dan Zila datang melawat ku. Mereka membawa
makanan. Wajah Zila kini nampak segar, tak penat seperti tadi. Suzi tanya aku jika aku
berjaya jual apa-apa. Aku cakap aku dapat jual kalong Cina Peranakan kepada seorang
pasangan Jerman. Aku menyerahkan duit tersebut kepada Zila.

Suzi dan Zila belikan aku nasi ayam. Aku letakkan bungkusan makanan di atas
kaunter lalu makan di situ. Aku tanya kepada mereka jika mereka hendak ke mana-mana
malam ini. Mereka berdua menggeleng. Zila mahu terus pulang ke rumah. Esok dia perlu
ke sini lagi untuk menjaga kedai.

Selepas makan, Zila kata aku boleh balik jika aku mahu. Aku kata tak apa. Dia
tanya aku jika aku masih menaruh harapan untuk tunggu Sanisah. Aku kata, ya.

Nizam Zakaria - Halimunan 39


Sanisah tiba ke Teresa Forever ketika kami bersiap-siap untuk tutup kedai. Aku
hampir-hampir berfikir dia tak akan datang. Lagipun kami tidak membuat sebarang temu
janji secara rasmi. Aku tak berani untuk menelefonnya. Aku sengaja menunggu agar dia
menghubungi ku tetapi dia langsung tidak cuba untuk menghubungi ku mahupun
meninggalkan pesanan SMS.

Zila memperkenalkan Sanisah kepada Suzi. Mereka kemudian berbual-bual


kosong sementara aku pula duduk sambil memandang gelagat mereka bertiga.

Kita nak ke mana malam ni? Tanya Sanisah kepada ku ketika kami sedang berdiri
di luar Teresa Forever sambil memandang ke arah Zila dan Suzi menutup kedai.

Entah... Awak dah makan? Tanyaku dengan mata ku terus ke arah tubuh Sanisah
yang cukup menggiurkan. Dia sedang memakai baju t yang ketat yang langsung
menampakkan buah dadanya yang montok itu.

Belum.

Kenapa tak makan lagi?

I ingatkan kita boleh makan bersama malam ni...

Saya dah makan... Lagipun awak tak cakap siang-siang tadi. Tapi tak apalah, saya
temankan awak makan, ya?

Okay.

Kita makan di Kampung Baru?

Boleh jer.

Sanisah kata dia ada bawa kereta dan keretanya diletakkan di tempat meletak
kereta. Dia menyarankan kami menaiki keretanya itu sahaja. Aku bersetuju asalkan dia
bawa aku kembali ke Central Market agar aku dapat kembali dengan menaiki motor ku.
Dia kata okay jer. Jadi aku terus ke tempat meletak kereta. Aku dapati dia bawak kereta
Mini Cooper berwarna merah. Kereta mahal walaupun kecil. Aku ada jugak tanya dia ni
kereta siapa. Dia kata ini kereta dia. Bapak dia yang belikan ketika dia mula-mula belajar
di Sunway College untuk buat A-Levelsnya di sana. Aku tanya dia bapak dia kerja apa.
Dia kata bapak dia seorang Naib President untuk sebuah bank antarabangsa yang sudah
lama bertapak di negara ini.

I mahu berpindah ke rumah Aunty Rafidah di Sri Hartamas. Lagipun dia tinggal
sudah, so dia tak kisah. Ujar Sanisah sebaik sahaja kami duduk di sebuah warung di
Kampung Baru yang ada menyediakan masakan bubur.

Bila?

Nizam Zakaria - Halimunan 40


Mulai esok. I just can’t stand my father anymore!

Awak nak saya tolong awak pindah ke?

Boleh jugak.

Bapak awak tahu awak mahu pindah?

Tidak. Tapi I rasa dia tak kisah. Lagipun I akan tinggal di rumah Aunty Rafidah...

Dah lama bapak awak kenal dengan Aunty Rafidah?

Dah hampir setahun. Jawabnya lalu berpaling ke arah seorang gadis bertudung
yang sedang mengambil pesanan. Gadis bertudung tersebut bercakap di dalam loghat
Kelantan yang pekat. Sanisah menjawab dengan loghat yang sama pekat lalu memesan
makanannya. Dia tanya aku jika aku mahu makan bubur sekali dengannya. Aku
menggeleng. Aku order Milo ais.

Awak asal Kelantan ke?

No, my dad’s from Kelantan.

Oh, patutlah.

You memang orang KL?

Ya, orang KL sejati. Mak bapak saya sejak dulu lagi memang berasal dari KL.
Mak saya dari Sentul dan bapak saya dari Keramat.

So... Kalau Raya nanti, awak ada di KL lah? Tanya Sanisah. Bukan dia sahaja
yang terkejut bila aku cakap kampung mak ayah di Sentul dan di Keramat dan bukan di
Gelang Patah atau di Pasir Mas, tapi ramai lagi. Mereka macam tak boleh terima hakikat,
setiap tahun aku akan sambut Hari Raya di Kuala Lumpur. Aku salahkan media kerana
mereka selalu tunjuk montaj orang balik kampung tiap-tiap tahun, tapi jarang tunjuk
suasana warga kota seperti aku sambut raya di dalam flat. Aku lagi benci bila cerita
Melayu baik di dalam bentuk filem ataupun drama TV, sering menunjukkan Kuala
Lumpur sebagai sebuah kota yang merosakkan. Selalu sangat aku tonton rancangan
drama TV atau filem mengenai budak-budak kampung yang kononnya suci dari segala
noda lantas datang ke Kuala Lumpur hanya untuk menjadi manusia yang rosak
akhlaknya. Inilah stereotaip mengenai Kuala Lumpur yang sehingga kini aku sendiri tak
tahu telah dimulakan oleh siapa. Aku rasa, lebih separuh dari orang-orang di Kuala
Lumpur ini berasal dari kampung tetapi mereka tak rosak pun. Masing-masing berjaya
cari nafkah yang halal dan mereka seterusnya membina kehidupan yang bahagia di sini.
Tengok sahaja Zila, di Kuala Lumpurlah dia akhirnya menjumpai kebahagiaannya yang
dicari-carinya selama ini...

Nizam Zakaria - Halimunan 41


Ya. Raya di KL ni meriah jugak tau! Sehari sebelum raya kami sekeluarga akan
ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Tempat tu memang penuh sesak dengan pengunjung.
Tahun lepas saya sekeluarga keluar bersama Zila dan Suzi. Seronok rasanya.

I tak tahu pulak fasal tu. I ingatkan KL sunyi sepi masa Raya.

Banyak fasal KL yang awak tak tahu agaknya.

Dia mengangguk. Dia menongkat dagunya lalu memandang ke arah ku.

You seemed to know about a lot of things... Mungkin banyak lagi benda yang I
tak tahu tapi you tahu.

Ada lah sikit-sikit.

Bubur dan minuman yang dipesan diletakkan di atas meja. Sanisah mengucapkan
terima kasih kepada pelayan lalu mencuba buburnya. Aku nampak wajahnya terkerut,
mungkin kerana terasa sakit di lidahnya.

Aunty Rafidah mula mengenali papa ketika mereka ke sebuah konferens


mengenai ekonomi dan kewangan di Singapura.

Aunty Rafidah tu kerja apa?

Dia bekerja sebagai ahli ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti.

So... Sebelum ni dia tak pernah berkahwin lagi?

Tak pernah. I pernah tanya kenapa... Dia kata dia terlalu sibuk dengan kerjayanya.

Awak ada boyfriend tak? Tanya ku tiba-tiba. Aku lihat Sanisah tersenyum. Dia
dah agak aku akan bertanyakan kepadanya soalan seperti ini.

Sekarang ni tak ada... Dulu ramai lah. Dijawabnya dengan ikhlas.

Okay. Aku menyedut air Milo ais yang aku pesan tadi. Lega sedikit rasanya
setelah aku mendengar jawapan darinya.

I tak nak terikat dengan sesiapapun. I nak bebas! Katanya dengan selamba. Aku
tersedak. Dia cepat-cepat ambil kertas tisu. Dia tanya kenapa aku tersedak, aku kata
mungkin ada orang sebut nama aku. Tapi aku dapat rasakan kata-katanya itu menghiris
seperti montaj wanita yang dihiris matanya dalam filem Un Chien Andalou oleh Luis
Bunuel dan Salvador Dali (Prasasti si kucing robot peminat filem Sepanyol ini yang
paksa aku tengok filem yang telah dibuat pada tahun 1928 ini berkali-kali). Oh ya,
kumpulan Pixies ada membicarakan tentang filem ini di dalam lagu mereka yang berjudul

Nizam Zakaria - Halimunan 42


Debaser. Aku minat dengan kumpulan Pixies kerana albumnya yang berjudul Doolittle
adalah antara koleksi piring hitam yang paling aku hargai. Aku terjumpa dengan rekod ini
apabila aku pertama kali masuk ke kedai Music Exchange yang ada menjual rekod-rekod
lama seperti ini. Kedai ini terletak di belakang Lot 10. Pada hari yang sama aku membeli
rekod ini, aku terjumpa iklan kerja di kedai 7Eleven berdekatan dan pada hari itulah buat
pertama kalinya aku bertemu dengan Zila. Aku rasa masa tu aku anggap Zila adalah gadis
Melayu paling cantik yang pernah aku temui, sehinggalah aku bertemu dengan Sanisah...

So... You ada girlfriend tak? Dia bertanya kepada ku.

Tak.

You pernah ada girlfriend tak.

Tak.

You gay ke?

Tak. Saya memang tak pernah ada girlfriend...

Kenapa?

Entahlah... Tak ada yang sesuai kot. Jawab ku tanpa mahu berdalih. Aku lihat
Sanisah sedang menyuapkan bubur ke dalam mulutnya dengan penuh berhati-hati.

Ba ba ba ba baa, ba ba ba ba baa ba-ba


Honey I’m still free
Take a chance on me

Aku mengangguk-anggukkan kepala ku apabila aku mendengar lagu ABBA Take


a Chance on Me yang sedang terngiang-ngiang di dalam telinga ku. Apabila aku sedar
dari khayalan ku, aku dapati Sanisah sedang memandang ku dengan mulutnya terkumat-
kamit menyanyi sendiri.

Take a chance, take a chance, take a chance on me.

Kenapa awak nyanyi lagu tu? Tanya ku dengan serius.

Entah, lagu tu tiba-tiba sahaja muncul dalam kepada I.

Ye ke?

Ye... Kenapa?

Tak ada apa-apa. Kata ku sambil menggaru-garu kepala ku. Pelik betul. Tapi
perkara ini selalu berlaku. Aku akan memikirkan sesebuah lagu di dalam kepala ku,

Nizam Zakaria - Halimunan 43


kemudian ayah akan menyiulkan lagu yang sama. Mungkin aku ada kuasa psikik. Tapi
Prasasti kata fenomena ini dikenali dengan nama “synchronicity” – apabila kebetulan-
kebetulan seperti ini berlaku untuk membuktikan bahawa hidup kita ini penuh bermakna
dan bukan satu kehidupan yang kosong semata-mata.

Aku order satu lagi gelas Milo ais. Sanisah tanya aku kenapa aku suka sangat
dengan Milo ais. Aku beritahunya inilah minuman kegemaran aku.

Aunty Rafidah tahu tak awak keluar jumpa saya?

Tak. Tapi dia tahu malam-malam macam ini I selalu keluar dari rumah untuk
jumpa kawan.

Jadi malam ini awak nak ke mana?

Entahlah... I was invited to this party at Bangsar—

Apa kata kita ke Bukit Ampang?

Kenapa?

Awak kata banyak fasal KL yang saya tahu... Ini salah satunya.

Bukit Ampang?

Nanti saya tunjuk jalan.

Sanisah mengangguk bersetuju. Pada malam itu aku menunjukkan Sanisah laluan
untuk ke Bukit Ampang melalui Jalan Ampang menuju ke Bukit Belacan. Dia ada
memberitahu ku bahawa selama hidupnya dia tidak pernah menggunakan jalan ini.

Jalan berbukit yang kami lalui berliku-liku. Ketika itu Sanisah ada bertanyakan
kepada ku jika aku pandai memandu, aku kata aku tak tahu memandu. Mak ayah tak ada
kereta. Mereka hanya naik bas ataupun teksi untuk ke mana-mana. Aku lihat Sanisah
kelihatan sedikit terkejut bila aku memberitahu kepadanya tentang perkara ini. Mungkin
tidak pernah terlintas di dalam kepalanya bahawa masih ada orang di Kuala Lumpur ini
yang tidak berkereta dan terpaksa menggunakan pengangkutan awam seperti mak dan
ayah.

Kami tiba di Bukit Ampang setelah 20 minit memandu. Aku dapat melihat
beberapa buah kereta yang telah diletakkan di tepi jalan. Pemandu dan penumpangnya
masih ada di dalam kereta sambil melakukan aktiviti panas mereka di situ. Beberapa
pasang kekasih pula sedang duduk berduaan sambil mengadu asmara di sudut-sudut
gelap di atas bukit itu.

Nizam Zakaria - Halimunan 44


Sebaik sahaja Sanisah keluar dari keretanya dia terus berjalan ke hadapan
sehingga ke tepi bukit. Di situ terdapat sebuah gaung yang curam. Aku memintanya
supaya berhati-hati ketika berdiri di situ. Dia menoleh ke arah ku. Wajahnya dibingkahi
pemandangan malam Kuala Lumpur yang indah ku lihat pada waktu itu. Aku terkesima
buat beberapa saat melihatkan keindahan dirinya pada waktu itu yang aku rasa terlalu
membekas.

I tak sangka tempat macam ni wujud kat KL ni! And I thought I’ve seen
everything! Kata Sanisah dengan teruja.

Ramai tak tahu tempat ini wujud. Kata ku perlahan sambil mendekatkan diri ku
kepadanya. Dia senyum ke arah ku. Senyumannya itu sahaja sudah mampu untu
menyejukkan dan menggetarkan hati ku ini.

Sanisah menarik nafasnya dalam-dalam. Fikirannya leka mereguk panorama


Kuala Lumpur dari satu sudut yang begitu asing baginya.

Semalam I ada cakap kalau you berani untuk tindik lidah I, I akan jadikan you
teman istimewa I... I guess I have to keep my promise. Kata Sanisah terus memandang ke
hadapan. But I’m not perfect. Banyak fasal diri I yang you tak faham, Masdor.

Nobody’s perfect... Saya dah mula suka kat awak, itu yang lebih penting sekarang
ni. Yang lain-lain tu kita fikirkan kemudian.

Sanisah mengangguk perlahan. Aku menghela nafas lega. Aku memberanikan diri
ku untuk memegang tangannya. Dia membenarkan. Tangannya yang hangat ku rasakan
adalah tangan yang mempertautkan seerat-eratnya dua hati dan dua jiwa yang tiada
terlepas. Ketulusan inilah yang akan membuat luluhnya hati dan datangnya kasih sayang
dari jiwa ku ini.

Kami terus berdiri di situ sambil berpegang tangan begitu tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah..

Nizam Zakaria - Halimunan 45


Lukisan Sanisah

Pagi itu aku terus ke kondominium Sanisah dengan menaiki LRT. Sebaik sahaja aku tiba
di rumahnya, aku dapati Aunty Rafidah sudah berada di sana. Dia sedang memasukkan
beberapa barang kepunyaan Sanisah ke dalam sebuah kotak. Sanisah dengan wajah yang
ceria menyambut ku. Dia mengajak ku ke dapur. Aku ikut tanpa banyak soal. Sanisah
memberitahu ku Aunty Rafidah tak berapa senang apabila dia pulang lewat malam
semalam.

Itulah, saya dah beritahu awak, jangan pulang lewat. Kata ku sambil mengeluh.

Kalau boleh I mahu berada di atas Bukit Ampang lama-lama. Cantik sangat
pemandangan malam Kuala Lumpur dari sana. Kata Sanisah sambil menyediakan air
untuk aku dan Auntry Rafidah.

Mesti dia ingat saya ni mat rempit yang bawak anak dara orang keluar malam-
malam—

Stop it you silly. Katanya sambil mencubit hidung ku. Tapi memang betul lah you
ni mat rempit kan?

Aku mengangguk sambil ketawa. Nak buat apa aku berbohong kepadanya?

Dia marah kat saya, ke?

Entahlah. I tak pernah lihat dia marah. Dia diam jer. Sanisah memberikan ku
segelas air yang telah disediakannya.

Bapak awak kat mana?

Dia keluar main golf.

Dia tahu you nak pindah?

Tahu... Aunty Rafidah dah beritahu. Diorang bergaduh kat dalam telefon, tapi
last-last papa mengalah.

Aku berjalan keluar dari dapur. Sanisah suruh aku duduk di ruang tamu. Aku
menurut sahaja. Di ruang tamu aku duduk di sebelah Yusnor. Dia sedang bermain dengan
Xboxnya. Bila aku tanya dia sedang main game apa, dia kata dia sedang main game
Grand Theft Auto: San Andreas. Aku rasa dia malas nak layan aku. Aku pulak seronok
tengok dia main. Dalam permainan tu dia bawak kereta. Dia ambil watak gengster bangsa
kulit hitam yang membawa keretanya untuk melakukan tugasannya di seluruh San
Andreas.

Nizam Zakaria - Halimunan 46


Best lagu ni... Tapi tak tahu lagu apa. Ujar Yusnor. Masa dia bermain, ada pula
soundtracknya sekali, kononnya dimainkan melalui radio di dalam kereta yang dinaiki
watak yang diambilnya.

The Stone Roses, Fools Gold. Jawab ku pantas.

Biar betul!

Memang tak salah lagi... Apa yang kita dengar ni lagu The Stone Roses.

Yusnor membuka stesen radio yang lain ketika dia bermain. Dia macam nak uji
aku pula. Ini pula lagu apa? Dia bertanya lagi.

Tom Petty, Running Down A Dream. Kata ku. Masakan aku tak kenal lagu ini. Ini
adalah di antara lagu-lagu Tom Petty yang terbaik!

Okay... Ini pula stesen San Fierro Underground Radio. Cuba teka lagu yang
dimainkan.

Susah ni... Tapi mungkin 808 State sebab style lagunya macam 808 State.
Entahlah... Aku tak minat sangat dengan lagu-lagu acid house macam ni.

Oh, style lagu macam ini dipanggil acid house, ya?

Ya.

Kau minat dengan muzik?

Minat. Kenapa?

Tak ada apa-apa. Kau ni lain sikit dari balak-balak Kak Sanisah yang lain.

Apa yang lainnya?

Ni hah... Ni lagi. Katanya sambil menudingkan jarinya ke arah ekor pada rambut
ku di belakang dan gelang perak yang aku pakai. Kau ni mat rempit kan?

Ye lah kot... Kenapa?

Balak-balak dia yang lain budak kolej. Tapi jenis takde otak. Ye lah, jenis anak-
anak orang kaya yang... Not very bright. Aku tanya soalan, satu pun tak tahu jawab.
Kalau bukan sebab mak bapak diorang kaya, dah lama aku rasa kena carik kerja sendiri
dari memperabiskan duit mak bapak kat kolej.

Oh ye ke?

Nizam Zakaria - Halimunan 47


Dah tu? Katanya lalu berhenti seketika untuk berfikir sebelum dia menyambung
kata-katanya. Kau boleh ajar aku naik motor, tak?

Boleh jer. Jawabku. Dia terus tekan butang pause pada butang alat kawalan
permainan video Xboxnya. Dia berhenti bermain lalu berpaling ke arah ku.

Okay set. Kau kena ajar aku bawak motor sampai aku pandai. Lepas tu aku
cadang-cadang nak suruh ayah belikan aku motor besar, lepas aku habis ambik SPM
nanti. Kalau boleh motor Aprilia!

Kau belajar bawak motor kapcai dulu... Dah pandai nanti baru kau boleh cerita
fasal nak beli motor besar, ekk!

Budak ni ada nafsu besar. Belum apa-apa dah jauh cita-citanya.

Aku harap kau boleh lama dengan Kak Sanisah... Sekurang-kurangnya sampai
aku habis belajar naik motor dengan kau. Katanya tanpa memandang ke arah ku.
Matanya tepat ke kaca TV.

Kenapa kau cakap macam tu.

Alah, macam kau ni aku rasa akan bertahan sebulan dengannya. Ramai balak-
balak dia yang tak tahan dengan perangai dia. Paling lama pun... Sebulan setengah.

Perangai apa?

Alah, nanti kau tahu lah sendiri.

Kau cakap lah kat aku perangai macam mana?

Yusnor diam. Ada sesuatu yang mahu disembunyikan dari ku.

Perangai macam mana, ah? Tanya ku dengan harapan dia akhirnya akan
menjawab.

Dia kakak aku... Tapi aku tak nak masuk campur hal dia dan kau. Faham tak?

Okaylah. Kata ku mengalah. Aku tak mahu memaksa. Kalau dia tak nak beritahu,
itu hak dia.

Jadi... Mulai esok kau boleh ajar aku naik motor tak?

Boleh, tapi petang sikit boleh tak?

Boleh. Kata Yusnor sambil tersenyum. Dia menjengahkan kepalanya ke arah bilik
Sanisah. Dia mengeluh seorang diri, lalu katanya:

Nizam Zakaria - Halimunan 48


Bosan lah duduk sini sorang-sorang.

Bapak kau kan ada.

Yusnor memegang bibirnya yang kering itu lalu dia memandang ke arah luar
tingkap. Di tingkap itulah ibunya terjun untuk membunuh diri. Aku kurang pasti jika dia
ada ketika ibunya itu terjun dari tingkap ini tetapi naluri ku memberitahu pasti Sanisah
telah menyaksikan ini semua di hadapan matanya sendiri. Mungkin satu hari nanti aku
perlu bertanya kepadanya jika telahan ku ini betul – bila masanya sesuai nanti.

Kenapa kau tak nak ikut kakak kau tinggal dengan Aunty Rafidah?

Sekolah aku dekat dengan kondo ni. Lagipun, peperiksaan SPM tak berapa lama
lagi. Kalau aku pindah sana pindah sini nanti takut mengganggu pulak. Kalau ayah tahu
aku tak mahu tinggal di sini lagi, mesti dia mengamuk.

Bapak kau selalu marah-marah ke?

Orangnya panas baran... Sejak mak meninggal dunia, dia suka marah tak tentu
fasal.

Kalau diberikan pilihan kau nak tinggal sama dengan kakak kau?

Ya... Kadang-kadang aku tak tahan tinggal dengan ayah.

Kalau kau ada masalah ke apa ke... Kau boleh cari aku. Kau tahu aku kerja kat
mana kan?

Yusnor mengangguk perlahan. Dia meminta nombor handphone ku. Aku terus
memberinya nombor ku.

Selepas kami selesai bertukar nombor telefon, Sanisah memanggil ku dari muka
pintu biliknya. Dia mengeluarkan sebuah kotak. Dia meminta aku membuangnya di luar.
Katanya ada tempat membuang sampah berdekatan dengan lif. Aku mengambil kotak
tersebut dari tangannya. Aku keluar dari rumah lalu mencari tempat membuang sampah
yang dinyatakannya tadi. Tempat tersebut kelihatan seperti sebuah bilik stor. Aku cuba
memulas tombol bilik membuang sampah dengan kedua belah tangan ku yang masih
mengangkat kotak penuh dengan sampah itu. Aku tidak dapat mengawal imbangan ku
lalu kotak yang aku angkat itu terjatuh ke lantai. Aku mengeluh apabila aku dapat melihat
isi kotak berselerak di atas lantai. Aku memungut sampah-sampah yang telah dibuang
Sanisah satu persatu.

Ada beberapa keping lukisan-lukisan lama yang telah dilukis Sanisah ketika dia
kecil dahulu, ketika dia berusia 9 tahun. Aku dapati lukisan-lukisan tersebut kelihatan

Nizam Zakaria - Halimunan 49


menggusarkan. Aku cepat-cepat melipat tiga keping lukisan yang dibuang Sanisah lalu
melipatnya lalu aku masuk kan lipatan lukisan ke dalam kocek seluar kargo ku.

Setelah aku membuang sampai ke dalam bilik membuang sampah, aku terus
melangkah kembali ke dalam rumah. Sanisah nampaknya sudah bersedia untuk
membawa barang-barangnya untuk berpindah. Yusnor membantu dengan membawa
keluar beg kakaknya. Aku pula membantu dengan membawa beberapa buah kotak
kepunyaan Sanisah yang dipenuhi dengan baju-bajunya. Dia mahu seolah-olah mahu
berpindah dan tak mahu kembali ke rumahnya ini. Aku lihat biliknya berselerak.

Yus... Nampak kotak ni? Nanti kalau Yus hantarkan kotak ini kepada Masdor, ya?
Ujar Sanisah kepada adiknya.

Dalam kotak tu ada apa, kak?

Rekod-rekod lama kakak nak beri kepada Masdor.

Okay. Sambutnya lalu terus ke muka pintu. Dia berhenti di situ lalu menoleh ke
arah Sanisah. Kakak nak duduk kat rumah Aunty Rafidah sampai bila?

Entah. Tengok lah nanti. Jawab Sanisah sambil menoleh ke arah Aunty Rafidah.

Aku lihat Aunty Rafidah hanya menaikkan keningnya. Aku rasa dia sendiri kalau
boleh tidak mahu masuk campur tentang hal ini semua, tetapi terpaksa kerana Sanisah
akan menjadi sebahagian dari hidupnya apabila dia berkahwin dengan bapa Sanisah
kelak.
Sanisah meminta aku menaiki keretanya manakala Yus berkereta dengan Aunty
Rafidah untuk ke Sri Hartamas. Aku mendapati Aunty Rafidah tinggal di sebuah rumah
teres dua tingkat di sebuah kawasan yang agak eksklusif. Rumahnya memang nampak
cantik dengan hiasan dalaman ala tropika. Di dalam rumah, Aunty Rafidah terus
memberitahu Sanisah dia boleh menggunakan bilik di sebelah biliknya.

Masdor, Yus... Aunty nak ke dapur untuk sediakan air.

Aku mengangguk. Aku duduk di ruang tamunya. Kucing parsi Aunty Rafidah
terus naik ke atas sofa lalu mahu bermanja-manja dengan ku. Apabila Aunty Rafidah
bawa keluar air minuman dan butter cookie untuk kami, dia terkejut melihat kucingnya
bermanja dengan ku, kerana katanya si Octopussy (nama kucing parsinya itu) selalunya
tak suka campur orang. Aku beritahunya aku ada kucing di rumah bernama Prasasti. Dia
tanya kucing jenis apa. Aku jawab kucing kampung jer. Tak kan lah aku nak cakap aku
ada kucing robot dari zaman akan datang, ye tak?

Bila aku sampai rumah petang tu, Prasasti macam merajuk semacam. Dia kata dia
dapat bau kucing betina kat badan aku. Dia cemburu. Aku cakap tadi ada kucing parsi
bernama Octopussy yang bermanja dengan ku. Seekor kucing betina yang menetap di Sri
Hartamas di dalam sebuah rumah yang besar dan dapat makan apa sahaja yang dia suka.

Nizam Zakaria - Halimunan 50


Prasasti menjeling menyampah. Aku ketawakan dia sebab dia ada hati nak merajuk
macamlah aku akan pujuk dia nanti.

Apa-apa pun, aku beri dia pau kacang kegemarannya. Aku beritahu kepadanya
bahawa dia tetap kucing robot kesayangan ku. Aku keluarkan lukisan-lukisan yang aku
ambil dari sampah yang dibuang Sanisah tadi. Aku tunjukkan lukisan tersebut kepada
Prasasti.

Siapa yang lukis ni, you all? Tanya Prasasti.

Sanisah. Tu ada tulis nama dia belakang kertas lukisannya: Sanisah Binti
Mokhtar, Kelas 3 Cemerlang.

Oh, tak perasan lah you all.

Kau tu, ada mata buta, ada telinga tuli! Kata ku lalu aku ramas-ramas kepalanya.
Dia tak suka. Terus dia tepis tangan aku.

You all ni mulut jahatlah!

Aku duduk di atas katil. Aku memandang ke arah gambar-gambar yang pernah
dilukis Sanisah. Entah mengapa, gambar-gambar itu menggusarkan aku.

KASUT MENEROKA ALAM LUKISAN!!!

Tiba-tiba Prasasti berkata, terkejut aku dibuatnya. Lima tahun yang lepas, dia
pernah beri aku gunakan kasut ajaib yang hampir sama yang dikenali dengan nama
“kasut meneroka alam gambar”. Aku beli majalah National Geographic lalu bermacam-
macam-macam tempat yang dapat aku terokai dalam masa sehari. Tetapi Prasasti terus
tak beri aku guna kasut ajaib itu apabila aku dia dapat tahu aku gunakan kasut itu untuk
masuk ke dalam majalah Playboy yang aku pinjam dari kawan aku.

Dia ada dua pasang kasut. Satu untuk aku dan satu lagi untuk dia. Aku pakai kasut
yang diberikan kepada ku. Kemudian Prasasti letak sekeping lukisan yang dipilihnya di
atas lantai. Dia suruh aku pijak lukisan itu. Aku buat seperti mana yang disuruhnya.

Dengan pantas aku dapati kini aku masuk ke dalam dunia yang dilukis Sanisah.
Dunia ini nampak muram. Di sini terdapat sebuah rumah yang telah dilukis dengan
tingkap yang ditutup rapat. Di bumbung rumah ini terdapat sebuah cerobong yang
mengeluarkan asap hitam tebal. Di tepi rumah ini terdapat sebuah pokok dengan daun
yang layu. Angin yang bertiup kuat telah menyebabkan pokok bergoyang dan daun-daun
pada pokok jatuh ke bumi. Aku memandang ke atas. Aku dapati asap hitam dan tebal
yang keluar dari cerobong semakin lama semakin menggelapkan langit.

Aku dapat melihat karikatur seorang anak kecil yang sedang berjalan ke arah ku.
Dia nampak takut. Aku mahu mendekatinya, tetapi dia lari dari ku. Perlahan-lahan, anak

Nizam Zakaria - Halimunan 51


kecil yang pada mulanya kelihatan seperti karikatur kini berubah kepada bentuk anak
kecil yang menyerupai Sanisah.

Apa yang you all rasakan adalah seperti yang dirasakan Sanisah ketika dia
melukis lukisan ini. Kata Prasasti.

Tapi kenapa muram sangat? Tanya ku. Ketika aku seusia dengan Sanisah, aku
juga minat melukis, tapi lukisan-lukisan aku selalu nampak ceria. Aku selalu tiru balik
gambar kulit piring hitam yang ada di dalam koleksi ku. Banyak kali aku cuba melukis
kembali gambar kulit album Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band oleh The Beatles,
tapi tak pernah menjadi.

Entah lah you all! Katanya lalu menudingkan jarinya ke hadapan.

Aku dapat melihat karikatur seorang wanita datang menghampiri Sanisah.


Kemudian perlahan-lahan ia berubah menyerupai Haryati. Angin bertiup kencang.
Dedaun berterbangan ditiup angin. Haryati cuba mendapatkan Sanisah yang masih kecil
itu tetapi terus dihalang oleh beberapa ekor ular yang tiba-tiba muncul satu persatu
menegak dari dalam tanah.

Aku memegang tangan Prasasti. Aku rasa cukup takut kepada apa yang aku lihat
sekarang. Lebih-lebih lagi apabila munculnya kelibat karikatur lelaki di belakang
Sanisah. Lelaki ini mempunyai kepala dan tangan yang besar. Tubuhnya dilukis seperti
kotak. Matanya kecil.

Semakin banyak ular yang muncul dari dalam tanah. Suasana menjadi semakin
gelap apabila asap-asap hitam mula menyelubungi diri ku. Aku minta Prasasti membawa
ku keluar dari lukisan ini.

Apabila aku membuka mata ku, aku dapati aku kembali berada di dalam bilik ku.
Aku cepat-cepat membuka “kasut meneroka alam lukisan” pemberian Prasasti. Jantung
ku masih berdegup pantas.

Aku sepatutnya pergi selamatkan dia, tapi aku takut.

Kita semua rasa takut pada mulanya, you all. Kata Prasasti mengusap belakang ku
untuk meminta ku bertenang. Aku membaringkan diri ku di atas katil. Aku terus
membatalkan niat ku untuk keluar bermain bola dengan kawan-kawan ku pada petang itu.
Lukisan yang muram itu telah menyebabkan perasaan ku murung dan kacau.

Nizam Zakaria - Halimunan 52


Dua gambar-gambar lama yang diambil oleh orang yang sama

Aku rasa, dan aku tidak ingat bila perkara ini berlaku, apabila aku terserempak buat
pertama kalinya dengan Prasasti aku terkejut beruk lalu menjerit sekuat hati. Mak ayah
kerja malam, jadi tak ada siapa pun yang dengar jeritan ku.

Aku tak faham bagaimana sebuah kucing robot yang menyerupai Doraemon tetapi
berwarna kelabu boleh muncul di dalam bilik ku. Robot kucing ini memperkenalkan
dirinya sebagai Prasasti dan memberitahu kepada ku bahawa ia adalah seekor kucing
robot betina. Aku tak faham bagaimana robot boleh ada jantina, tapi dah dia nak dirinya
diterima sebagai seekor kucing robot betina, aku terpaksa menerima sahaja.

Prasasti ini memang pelik. Dia hanya makan pau kacang hijau dan meminati
filem-filem berbahasa Sepanyol, kerana menurutnya sebelum ini dia telah diberikan tugas
di Mexico untuk melakukan apa yang perlu dilakukan kepada ku – membetulkan segala-
galanya yang tidak betul agar dunia di masa hadapan lebih baik untuk manusia sejagat.

Aku pernah cakap, siapalah aku untuk menentukan apa yang akan berlaku pada
masa depan. Dia kata segala-galanya- hatta haiwan sekecil rama-rama pun dapat
menentukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Katanya, mengikut teori Efek
Rama-rama seperti mana yang dianjurkan oleh Edward Lorenz, kibaran kepak rama-rama
di Brazil bukan sahaja boleh menyebabkan puting beliung di Texas, tetapi juga segala
aturan kepada apa yang bakal berlaku di masa hadapan.

Pada petang itu aku menghabiskan masa ku untuk mengajar Yusnor menaiki
motor. Aku telah membawanya ke bahagian paling atas tempat meletak kereta Perhentian
Bas Putra untuk membiasakan dirinya membawa motor. Pada mulanya memang dia agak
kekok, tapi dia cepat belajar. Aku cuba mengambil peluang ini untuk mengetahui dengan
lebih mendalam tentang kakaknya, tetapi Yusnor tak mahu menjawab soalan-soalan ku.
Dia memang tak mahu masuk campur perihal kakaknya.

Aku masuk kerja seperti biasa pada malam itu. Zila tanya aku mengapa wajah ku
berseri-seri. Aku kata sebab aku bawa pulang beberapa keping piring hitam yang telah
ditinggalkan untuk ku termasuk lah piring hitam yang aku cari-cari selama ini – album
Barry Manilow yang terkandung lagu Copacabana.

Zila mungkin tidak faham mengapa aku suka kepada satu-satu lagu. Tetapi dia
cukup faham dengan efek jenis-jenis muzik kepada kita. Sebagai contoh, lagu-lagu
berentak pantas seperti techno akan dimainkan di dalam kedai untuk membuat menaikkan
semangat pembeli untuk membeli-belah. Di beberapa buah tempat pula, lagu klasikal
akan dimainkan untuk memastikan budak-budak tidak melepak di pusat-pusat membeli
belah. Muzik dari Mozart yang didengarkan kepada janin di dalam perut dikatakan dapat
mencerdaskan lagi anak yang bakal dilahirkan itu. Ada jenis-jenis muzik yang boleh
menyebabkan perasaan kita tenang dan ada juga jenis-jenis muzik yang boleh
membuatkan fikiran kita kusut.

Nizam Zakaria - Halimunan 53


Bila ada budak-budak yang suka datang buat kacau mula datang melepak di
dalam kedai atau di luar kedai, aku akan membuka lagu minimalis Phillip Glass atau
setidak-tidaknya lagu klasikal dari Saint-Saëns atau Debussy. Dengan pantas, budak-
budak ini akan menghilang sendiri. Yang akan tinggal adalah pelanggan-pelanggan yang
betul-betul datang untuk membeli barang keperluan.

Aku akan memainkan lagu di tempat kerja aku mengikut mood. Aku akan buat
kompilasi lagu-lagu yang aku kumpulkan dan satukan di dalam beberapa keping CD.
Hari ini mood aku baik, jadi aku mainkan lagu dari satu kompilasi yang aku namakan
“Lagu-lagu untuk hari bahagia Volume 22”.

Dah lama aku tak dengar lagu ni. Ujar abang Zamani kepada ku apabila dia
berada di hadapan kaunter. Dia meletakkan cornflake dan susu kegemarannya di situ.

Robert Palmer, She Makes My Day. Ujar ku kepadanya.

Kau minat dengan Robert Palmer?

Macam-macam saya minat... Kata ku. Aku lihat dia mengangguk. Dia keluar dari
kedai.

Beberapa budak-budak Arab sedang bergurau senda di atas Bintang Walk.


Seorang dari mereka terlanggar abang Zamani dari belakang. Abang Zamani tersungkur
di atas jalan. Budak-budak Arab itu terus lari entah ke mana. Aku keluar dari kaunter lalu
keluar dari kedai. Aku tolong abang Azmani bangun. Susu yang dibelinya pecah
dihempap dirinya. Bajunya basah.

Abang tinggal kat mana?

Kondominium KL Plaza...

Oh, pintu masuknya kat belakang bangunan ni jer... Biar saya hantar abang
pulang.

Tak apa lah.

Abang macam tak boleh jalan jer. Kataku. Aku rasa buku lalinya terkehel ketika
terjatuh tadi.

Beberapa orang pengunjung Bintang Walk berhenti memandang ke arahnya.


Tetapi tidak seorang pun yang mahu datang membantu.

Aku memintanya berpaut kepada bahu ku. Apabila aku menoleh ke arah 7Eleven,
aku dapat melihat Zila memandang ku dari jauh. Aku memberi isyarat tangan kepada Zila
bahawa aku perlu membawa abang Zamani pulang. Dia faham. Aku pasti dia akan
meminta Raju mengambil tempat ku di kaunter.

Nizam Zakaria - Halimunan 54


Aku membawanya berjalan ke KL Plaza. Di situ kami terus ke lobi apartmen.
Aku membantunya menaiki lif lalu ke tingkat 10. Tubuhnya berat, badannya juga berbau
tengik. Aku cuba untuk melupakan semua ini dan berusaha untuk memastikan agar dia
dapat selamat pulang.

Aku membantunya untuk membuka pintu apartmennya. Kemudian aku


membantunya untuk masuk ke dalam apartmen. Aku dapati apartmennya memang
nampak terurus. Ada sebuah rak buku yang tinggi dan panjang memenuhi dinding. Dia
memang banyak mengumpul buku. Di dindingnya dihiasi dengan gambar-gambar
fotografi hitam putih yang menampakkan suasana di luar negara. Aku tanya di mana
gambar-gambar ini diambil. Katanya di England. Dia pernah menuntut di sana ketika dia
muda dahulu.

Aku membantunya masuk ke dalam biliknya. Dia kata dia perlu menyalin
pakaian. Aku mengangguk. Aku melihat beberapa keping gambar yang dipamerkan di
dinding. Di situ terdapat gambar seorang pemuda yang telah diambil di Trafalgar Square
sambil memberi makan kepada burung-burung merpati yang ada di situ. Orangnya
kelihatan seperti abang Zamani, tetapi tubuhnya tidak sebesar sekarang. Pemuda tersebut
sekadar kelihatan sedikit berisi, tidak lebih dari itu.

Itu gambar aku ketika aku berusia 23 tahun. Katanya dari muka pintu. Aku
memimpin tangannya agar dia dapat duduk di ruang tamu.

Aku dapat rasakan seolah-olah aku melihat dua manusia yang berbeza. Macam
susah nak percaya. Apa yang telah berlaku sehingga membuatkan dirinya berubah seperti
ini?

Abang kerja apa? Tanya ku ingin tahu kerana aku sering melihatnya pulang
malam.

Konsultan untuk instrumen bank... Pejabat abang tak jauh dari sini.

Kenapa abang selalu pulang lewat tiap-tiap malam?

Mana kau tahu?

Saya selalu perhatikan abang berjalan di pulang pada masa yang sama hampir
tiap-tiap malam.

Banyak kerja yang perlu aku lakukan di pejabat... Lagipun kalau aku pulang awal,
tak ada apa yang boleh aku lakukan di sini.

Abang duduk seorang saja kat sini?

Ya.

Nizam Zakaria - Halimunan 55


Abang ada kertas dan pen tak?

Kau cuba cari dalam bilik tengah tu.

Aku berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Bilik itu digunakannya sebagai bilik
pejabat kecil lengkap dengan komputer dan sebuah rak penuh dengan segala jenis buku
mengenai filem, patung-patung Spawn dan komik-komik yang dikumpulkannya. Aku
menjumpai sekeping kertas dan pen di atas mejanya.

Ketika itulah aku terpandang kepada sekeping bingkai gambar yang diletakkan di
atas mejanya. Aku memandang ke arah gambar tersebut. Aku rasa aku kenal dengan
wanita di dalam gambar itu. Aunty Rafidah...

Aku ambil gambar berbingkai itu lalu membawanya keluar.

Bang... Siapa dalam gambar ni bang? Tanya ku kepadanya.

Dia memandang ke arah ku dengan wajah yang berkerut. Mungkin dia hairan
mengapa aku ingin tahu ini semua darinya.

Kawan lama aku... Kami sama-sama belajar di UK.

Jadi... Siapa namanya?

Rafidah Suparman. Ketika itu dia masih dalam pengajiannya di dalam bidang
Ekonomi di London School of Economics. Kami sama-sama buat Masters di sana.

Oh...

Kenapa kau tanya ini semua?

Tak ada apa-apa, bang...

Gambar ini telah diambil di Carnaby Street.

Saya tahu. Jawab ku pantas. Memang gambar ini langsung serupa dengan gambar
ibu Sanisah yang aku telah temui dan pulang kembali kepada Sanisah. Gambar ini telah
diambil pada masa yang sama. Abang kenal dengan seorang wanita bernama Sanisah?
Tanya ku kemudian.

Wajahnya berubah pucat. Dia seperti terkejut mendengar nama itu aku sebut.

Abang telah mengambil gambar seorang wanita bernama Haryati di sini juga
bukan? Di bawah papan tanda Carnaby Street ini.

Nizam Zakaria - Halimunan 56


Mana kau tahu ini semua?

Aku mahu membuka mulut untuk menjawab, tetapi handphone ku berdering. Zila
kata Sanisah baru sahaja muncul di 7Eleven untuk mencari ku. Aku terpaksa pergi. Aku
ambil kertas dan pen tadi lalu aku menulis nama dan nombor ku di situ. Aku
memberitahu kepada abang Zamani aku perlu pergi. Aku salam tangannya lalu aku terus
meminta diri ku.

Saya nak abang ceritakan kepada saya tentang buku yang abang kata ada kena
mengena dengan Bohemian Rhapsody. Getus ku di muka pintu.

Buku L'Étranger? Sahutnya dari ruang tamu rumahnya.

Ya.

Kau boleh ke sini sebelum kau masuk kerja... Aku boleh pulang awal jika kau
mahu.

Okay. Abang SMS saya bila abang free, ya?

Aku terus mengucapkan selamat jalan kepadanya lalu menutup pintu. Aku cepat-
cepat mencari jalan keluar agar aku dapat pulang ke tempat kerja ku. Aku mahu tahu
tentang hubungan ibu Sanisah dengan Aunty Rafidah dan abang Zamani, tetapi aku ada
hal yang lebih penting. Aku lebih pentingkan Sanisah dari segala-galanya!

Di hadapan 7Eleven aku dapat melihat Sanisah sedang berbual dengan seorang
budak lelaki yang begitu beria-ia mahukan nombor telefonnya. Sanisah membisikkan
nombornya ke telinganya.

Maaf saya ada hal tadi. Kataku sambil merenung ke arah budak lelaki yang
sedang berdiri di hadapan Sanisah. Wajahnya nampak puas. Dia mengeluarkan
handphonenya. Dia menyalin nombor yang diberitahu Sanisah itu ke dalam
handphonenya itu.

Budak lelaki itu mengucapkan selamat tinggal kepada Sanisah, lalu dia berjalan
meninggalkan kami berdua di situ tanpa sedikit pun memandang ke arah ku, seolah-olah
aku tidak wujud di situ.

Siapa dia tu?

Budak sekolej dengan I dulu...

Okay.

Kenapa... You jeles ke?

Nizam Zakaria - Halimunan 57


Tak ada lah. Kata ku berbohong. Hatiku terasa seperti dibakar di atas unggun api.

Where were you?

Zila tak cakap ke?

Dia kata you tolong seorang customer yang terjatuh di depan kedai ni.

Ya... Dia tinggal kat kondo KL Plaza. Namanya Zamani. Awak kenal tak sesiapa
bernama Zamani yang tinggal kat sini?

Tak. Orangnya macam mana?

Besar.

Besar?

Badan dia sihat... Gemuk.

Oh... Tak. I don’t know anybody by that name. Jawab Sanisah dengan ikhlas. Aku
memegang kedua belah tangannya. Aku menoleh ke arah Zila yang sedang bekerja di
kaunter. Dia menjeling ke arah ku.

Awak keluar malam-malam macam ni buat apa? Tanya ku dengan perlahan.

Tak boleh ke? Sejurus menjawab, dia merapatkan kedua ulas bibirnya.

Boleh... Tapi mesti ada sebab, kan?

I was in the neighbourhood, so tak salah kan, kalau I jumpa you di sini?

Tak salah. Kata ku tersenyum. Tapi saya kena kerja.

Okay... I tahu. I just wanted to say hi!

Kenapa awak rindu dengan saya ke?

Entahlah. I don’t know. Mungkin jugak.

Saya pergi ajar Yusnor naik motor.

I know. Dia ada beritahu I tadi. Tapi I harap dia tak excited sangat. Peperiksaan
SPMnya seminggu dua sahaja lagi.

Tu lah... Tapi dia kata dia nak release tension. Sebab tu dia nak belajar bawak
motor.

Nizam Zakaria - Halimunan 58


Well... He’s smart enough to decide for himself. Dia bukannya budak kecik lagi.

Awak okay tak duduk dengan Aunty Rafidah?

Okay jer. Tapi macam I cakap hari tu, dia tak suka I keluar malam macam ni.

Betul cakap dia tu.

Well... Perhaps you’re right. Kalau macam tu, I nak balik. Kalau lambat sangat
pulang nanti Aunty Rafidah bising pulak nanti. Ye lah, I pun duduk menumpang...

Aku mengangguk. Sanisah mengingatkan ku supaya menghantar SMS kepadanya


nanti, kerana dia suka menerima pesanan SMS dari ku terutamanya pada lewat malam.

Aku masuk ke dalam 7Eleven. Dari dalam aku dapat melihat Sanisah melintasi
jalan untuk ke tempat meletak kereta di situ. Belum apa-apa aku dah rasa kerinduan yang
amat sangat kepadanya.

Handphoneku bergetar. Aku menerima pesanan SMS. Aku membuka pesanan


tersebut yang tertulis:

Freedom is nothing else but a chance to be better. - Albert Camus. Jumaat ini
datang ke tempat aku pukul 6 petang. Zamani.

Aku menjawab pesanannya dengan perkataan ‘OK’.

Sepanjang malam aku tidak dapat berhenti dari berfikir tentang hubungan abang
Zamani, Aunty Rafidah dan ibu Sanisah. Mengapa aku diketemukan dengan mereka?

Aku yakin Prasasti telah merancang ini semua tanpa pengetahuan ku...

Nizam Zakaria - Halimunan 59


Orang Terasing

Sanisah suka jika aku menghantar SMS kepadanya. Dia suka jika aku mengingatkan
kepadanya bahawa aku sayang kepadanya. Tidak cukup sekali, dia mahu aku ucapkan
berkali-kali. Tapi aku tak kisah. Memang aku ikhlas menyayanginya. Tetapi kini setelah
lebih sebulan aku mengenalinya, aku dapat merasakan dirinya seolah-olah satu entiti
yang sukar untuk aku fahami. Ada sahaja tentang dirinya yang sukar untuk aku capai.
Aku rasa, dia telah membina satu tembok tebal yang tidak membenarkan aku untuk cuba
memahaminya.

Sanisah sering keluar malam untuk keluar dengan rakan-rakannya. Ada kalanya
aku tidak faham mengapa dia harus melakukan ini semua. Dia kata dia tidak suka duduk
di rumah. Dia kata dia rimas. Jadi, pada setiap hujung minggu ada sahaja pesta yang perlu
dihadirinya. Jika tidak, dia suka menghabiskan masanya di Zouk. Dia pernah ajak aku
untuk menemaninya, tetapi dia tahu aku tidak selesa dengan caranya. Aku pernah cakap,
aku tak kisah apa sahaja yang dilakukannya asalkan dia anggap diriku ini istimewa di
dalam hatinya.

Pada malam ini, sebelum masuk kerja, aku keluar makan dengannya. Ketika
sedang makan, aku tanya kepadanya sampai bila dia akan tinggal di rumah Aunty
Rafidah. Dia kata kalau boleh untuk selama-lamanya. Aku tanya kenapa, dia kata dia
benci dengan perangai bapanya. Aku tak berani tanya dia kenapa dia benci sangat dengan
bapanya itu. Tapi aku yakin dia mempunyai sebab-sebabnya tersendiri.

Pada malam itu, sedang kami makan malam di restoran Hainanese Chicken Rice
di Jalan Bukit Bintang, aku sempat bertanyakan kepada Sanisah mengapa dia rapat
dengan Aunty Rafidah. Katanya, dia telah mengenali Aunty Rafidah sejak kecil lagi.
Aunty Rafidah adalah kakak angkat kepada ibunya. Mereka saling mengenali sejak di
London lagi.

They used to be room mates in Islington. Jelas Sanisah kepada ku. Dia
mengunyah peha ayam masak Hainan yang menjadi kegemarannya itu.

Ketika mereka belajar di London School of Economics?

Mana you tahu?

Saya pakai teka jer. Ujar ku sambil mengaru kepala ku. Alah, kat London tu
bukannya banyak universiti yang famous.

Ya. Mereka sama-sama belajar di situ. Aunty Rafidah buat Masters dalam bidang
ekonomi dan arwah mama I pula mendapatkan ijazah dalam bidang perakaunan.

Jadi... Ayah awak pulak?

Kenapa dengan dia?

Nizam Zakaria - Halimunan 60


Bagaimana mak awak mula berkenalan dengannya?

Melalui Aunty Rafidah believe it or not.

Ye ke?

Papa dan Aunty Rafidah dulu you know lah... They were lovers.

Dah tu apa jadi?

Bapa Aunty Rafidah tak suka dengan papa...

Kenapa?

Papa tu dulu hippies tahu tak?

Ye ke?

No lah... Just kidding. Sanisah ketawa sendiri sambil menjeling. Keluarga papa
orang kuat UMNO. Keluarga Aunty Rafidah pula orang kuat PAS. You know how silly it
is.

Jadi... Sebab itulah mereka tidak boleh mengadakan sebarang hubungan?

Ya... Something like that. I don’t really know the details. But that’s when arwah
mama I come to the picture.

Maksud awak?

Papa mendapat tahu tentang mama dari Aunty Rafidah. Mereka berkenalan...
Mula-mulanya sebagai adik dan abang angkat. Akhirnya mama jatuh cinta dengan papa
selepas mama pulang ke malaysia. Mereka kahwin, maka lahirlah I ke dunia ini.

Aku mendengar cerita dari Sanisah ini dengan penuh teliti. Abang Zamani jelas
tidak wujud di dalam dunianya ini.

Aku telah menemui abang Zamani dua tau tiga kali setiap minggu sejak bulan
yang lepas. Banyak yang aku pelajari darinya. Dengan penuh sabar dia membacakan
kepada ku novel Albert Camus yang bertajuk L'Étranger dengan menterjemahkan isi
buku tersebut agar aku dapat memahaminya. Dia menjelaskan kepada ku maksud-maksud
yang tersirat yang ada di dalam novel itu, termasuklah falsafah eksistensialis yang cuba
dikemukakan oleh Camus.

Aku sebenarnya tak faham langsung dengan apa yang cuba dijelaskannya. Tetapi
aku terus menemaninya kerana aku rasa dia perlukan kawan. Dia seperti seorang manusia

Nizam Zakaria - Halimunan 61


terasing yang kehilangan sesuatu. Aku dapat merasakan dia seolah-olah kehilangan
segala harapan untuk mencari sebarang makna kebahagiaan di dalam hidupnya. Sebab
itulah aku mahu menemaninya, agar dia tidak rasa dirinya terasing lagi.

Kelmarin aku telah beranikan diri ku untuk bertanyakan kepada Abang Zamani
sejak bila tubuhnya menjadi besar. Dia kata sejak awal tahun 80-an dulu. Dia pernah
menunjukkan gambar-gambarnya ketika muda kepada ku. Abang Zamani memang kacak
orangnya walaupun sedikit berisi. Aku tanya sebab apa. Dia kata setiap kali dia merasa
murung, dia akan makan. Jadi dia makan dan terus makan sehinggalah tubuhnya sebesar
sekarang. Apabila tubuhnya menjadi semakin besar, dia tak mampu lagi melakukan
kerja-kerja berat dan bersenam. Berjalan jauh pun sukar untuk dilakukannya. Jika dia
berdiri terlalu lama, lutut dan kakinya akan terasa sakit. Dia kata dia malu dengan
keadaan dirinya. Dia kata dia tahu orang sering mentertawakannya kerana melihat
keadaan dirinya itu.

Aku seterusnya bertanyakan pula tentang Haryati, arwah ibu Sanisah. Aku mahu
tanya tentang hubungannya dengan Haryati. Dia tersenyum. Dia fikirkan aku tidak akan
menyebut nama itu lagi sejak kali pertama aku datang ke rumahnya. Jadi setelah
mendiamkan dirinya dengan begitu lama, dia akhirnya bertanyakan pula kepada ku dari
mana aku mengenali Haryati.

Aku ceritakan kepadanya bagaimana aku menjumpai gambarnya di Carnaby


Street dari sampul EP Sanisah Huri. Dari gambarnya itulah aku akhirnya mengenali
Sanisah anak kepada Haryati yang aku cinta setengah mati. Aku mengeluarkan dompet
wang ku untuk mengeluarkan gambar Sanisah. Dia terkejut melihat wajah Sanisah yang
dikatanya saling tak tumpah seperti ibunya.

Abang Zamani termenung buat seketika sebelum dia menjelaskan bahawa dialah
yang telah menghadiahkan EP Sanisah Huri itu kepada Haryati. Dia telah mendapatkan
seorang kawannya agar mengepos EP tersebut kepadanya semata-mata agar EP ini dapat
dinikmati Haryati yang diketahuinya meminati Sanisah Huri.

Jadi apa hubungan abang dengan dia? Tanya ku ingin tahu.

Abang Zamani tidak mahu menjawab. Dia sekadar menyuruh ku mengambil


sebuah kotak yang diletakkan di bawah katilnya. Aku mengambil keluar kotak tersebut.
Aku menyerahkan kotak tersebut kepadanya. Dia membuka kotak itu lalu menyerahkan
beberapa keping gambar yang diambil dari kotak itu kepada ku. Aku memerhatikan
gambar-gambar yang diberikannya kepada ku satu persatu.

Buat beberapa saat aku fikirkan aku sedang memandang ke arah gambar-gambar
Sanisah, tetapi ternyata aku sebenarnya sedang memandang ke arah gambar-gambar
ibunya. Dalam setiap gambar ini wajahnya nampak ceria, seolah-olah kita langsung tidak
boleh meneka bahawa satu hari nanti dia akan mengambil nyawanya sendiri.

Jadi abang suka kepadanya?

Nizam Zakaria - Halimunan 62


Aku telah jatuh hati kepada Haryati sejak hari pertama aku bertentang mata
dengannya. Katanya sambil berpaling ke arah tingkap rumahnya. Dia memandang kosong
di situ. Mungkin dia sedang memikirkan tentang kisah-kisah lamanya dengan Haryati.

Kami berdua langsung tidak berhubungan selepas dia berkahwin. Ya, KL ini
kecil, tetapi memang aku tidak pernah bersemuka dengannya walaupun aku tahu dia
berada di kota ini. Kau tahu aku takut untuk keluar ke mana-mana kerana aku takut untuk
bertemu dengannya. Aku tidak mahu dia lihat aku berkeadaan begini.

Abang tahu apa yang berlaku kepadanya?

Haryati?

Ya.

Tidak...

Dia dah tak ada lagi.

Apa?

Haryati sudah lama meninggal dunia.

Bagaimana?

Dia mati akibat membunuh diri. Dia terjun dari tingkap rumahnya sendiri ketika
Sanisah berumur 10 tahun.

Wajah abang Zamani berubah pucat. Sukar untuk dia mempercayai kata-kata ku.
Dia meminta aku pergi. Aku mengangguk perlahan lalu membiarkannya keseorangan di
dalam rumahnya.

Aku termenung jauh di meja makan. Sanisah memanggil nama ku berkali-kali


sebelum aku menyahut.

Tengah fikir fasal apa tu? Tanya Sanisah. Dia menggunakan sudu panjang untuk
mengeluarkan buah laici dari gelas air laicinya.

Fasal awak. Kata ku berbohong. Fikiranku sarat memikirkan tentang hubungan


abang Zamani dan Sanisah yang masih samar-samar di dalam fikiran ku.

Ye lah tu.

Betul... Saya fikir hubungan fasal kita.

Nizam Zakaria - Halimunan 63


Kenapa?

Tak ada apa-apalah.

Alah cakap lah.

Saya tak suka lah awak campur dengan budak-budak lelaki yang suka bawak
awak clubbing tu.

Kenapa ni? You rasa insecure ke?

Entah... Mungkin juga.

Alah, you tahu sejak awal lagi I macam ni, kan?

Tahu apa?

Yang I suka berkawan dengan sesiapa yang I suka?

Aku mengeluh seorang diri. Aku menggigit bibir ku. Aku dapat rasakan walaupun
dia selalu berada di samping ku, sebahagian dari dirinya masih bukan milik ku.

Kita cakap fasal benda lain, ya?

You like to avoid issues at all cost, don’t you?

Ya. Aku menjawab dengan jujur.

Well, at least you’re honest. Katanya sambil menggigit hujung strawnya.

Yus ada jemput saya pergi temankan dia bercuti ke Teluk Chempedak esok. Dia
kata boring kalau dia pergi sana dengan awak dan Aunty Rafidah sahaja.

Really?

Ya. Tapi kalau awak tak bagi saya ikut sekali, saya faham.

Masdor! Oh you silly little boy! I suka kalau you ikut sekali. Katanya, lalu dia
memegang tangan ku. Dia kata aku suka sangat merajuk. Setiap kali dia rasa aku akan
merajuk, dia akan pegang tangan aku begitu, lalu dia akan pandang ke dalam mata ku
dalam-dalam.

Actually I tahu you nak ikut sekali. Aunty Rafidah yang sarankan Yus supaya
jemput you sekali kalau dia takut boring kat sana nanti. Kita akan sewa sebuah banglo
dekat dengan Pantai Teluk Chempedak. There are plenty of rooms for all of us.

Nizam Zakaria - Halimunan 64


Saya tak sabar tunggu esok.

Well, me too. Katanya sambil tersenyum. Hati ku sejuk. Tak sabar rasanya untuk
aku tunggu sehingga hari esok!

Nizam Zakaria - Halimunan 65


Uncle Chandran dan anjingnya yang tak bernama

Jeles aku kau dapat ke Kuantan. Kata Zila pada tepat pukul 6 pagi itu. Pada masa-masa
seperti itu jarang ada pelanggan yang masuk ke dalam kedai. Jadi kami akan
menghabiskan masa kami dengan mengira stok dan membersihkan kedai. Tetapi
memandangkan ada seorang rakan sekerja kami bernama Halim yang memang rajin
orangnya, kami suruh dia sahaja melakukan kerja-kerja ini untuk kami.

Alah sekejap jer beb. Bukannya lama. Kata ku selamba sambil menongkat dagu di
atas kaunter.

Tapi dapat jugak kau cuti-cuti Malaysia dengan awek kau, kan?

Alah, bukan boleh buat apa pun, aunty dia ada.

Ye lah tu.

Betullah! Aku segan dengan aunty dia.

Oh, kau bawak dia masuk dalam bilik stor hari tu tak segan?

Alah bukannya aku buat apa pun dalam tu.

Sudah! Kalau ada video kamera dalam bilik stor tu, aku boleh jadi kaya jaja
rakaman video korang kat apek VCD, tau!

Alah ringan-ringan jer.

Macam tak ada tempat lain, kan? Zila menjeling. Aku tersengih. Tapi hari tu,
memang aku dengan Sanisah masuk ke dalam bilik stor yang kecil dalam kedai ni. Aku
tak buat apa-apa dengannya. Aku nampak dia macam nak menangis. Dia kata dia perlu
berbual dengan ku. Jadi aku bawak dia ke stor. Dia terus menangis dalam bilik stor tu.
Aku tutup pintu stor sebab aku tak mahu pelanggan-pelanggan kedai nampak dia
menangis begitu. Aku cuba pujuk dia supaya jangan menangis. Bila aku tanya kenapa dia
menangis, dia kata sebab bapak dia mahu dia pulang ke rumahnya sedangkan dia tak nak.
Aku meminta dia bawak berbincang dengan Aunty Rafidah. Aku cakap, tentu Aunty
Rafidah dapat memberitahu kepada bapanya yang dia masih mahu tinggal dengannya.
Aku memintanya supaya banyak bersabar.

Beberapa minit sebelum syif ku untuk hari ini selesai, aku keluar dari kaunter.
Aku ambil sebuah bakul plastik dan masukkan beberapa bungkus makanan ringan ke
dalam bakul. Aku letakkan bakul di hadapan kaunter. Aku keluarkan dompet wang aku.
Zila mengira harga barang yang ingin aku beli.

Ketika mengeluarkan wang, aku terjumpa dengan sekeping kad yang telah
diselitkan di dalam dompet aku.

Nizam Zakaria - Halimunan 66


KAD MENILIK MASA DEPAN!

Suara Prasasti tiba-tiba sahaja kedengaran apabila aku mengeluarkan kad tersebut
dari dompet ku. Dah sah lah dia yang letakkan kad ini.

Bunyi apa tu? Tanya Zila dengan dahi terkerut. Dia menjengahkan lehernya ke
arah ku.

Tak ada apa-apa! Kata ku cepat-cepat. Aku memandang ke arah kad tersebut. Ia
kelihatan seperti sekeping kad tarot. Aku tak tahu bagaimana untuk menggunakannya.
Mungkin arahannya ada di belakang kad ini, cuma aku malas untuk membacanya
sekarang. Aku meletakkan kad ini kembali ke dalam dompet ku.

RM 10.90 kesemuanya. Kata Zila. Aku mengeluarkan wang kertas sebanyak 10


ringgit dan wang siling sebanyak 90 sen.

Kau tak pergi ke mana-mana hari ni, Zila?

Mungkin sekejap lagi aku kena tolong Miss Lee jaga kedai dia.

Kenapa?

Dia tak sihat.

Ye ke?

Tu lah. Suzi tolong jaga kedai masa siang. Aku pulak petang nanti baru aku
gantikan tempat dia. Lepas ni aku akan ke rumahnya. Aku kena jaga dia.

Teruk sangat ke sakit dia tu?

Zila tidak menjawab. Dia masukkan barang-barang yang aku beli ke dalam beg
plastik. Barang-barang yang aku beli itu aku bawa masuk ke dalam bilik stor. Kemudian
aku kembali ke kaunter. Aku lihat Zila sedang termenung.

Uncle Chandran berjalan di hadapan kedai. Seekor anjing berjalan mengekorinya.


Kemudian dia berhenti berjalan. Dia memandang ke arah ku.

Aku keluar dari kaunter lalu keluar dari kedai untuk mendapatkannya. Mana uncle
dapat anjing ni? Tanya ku kepadanya.

Dia tidak menjawab. Aku merenung ke arah anjing berwarna kekuningan ini. Aku
menundukkan diri ku lalu bertanya: Excuse me, are you hungry? What is your name?

Nizam Zakaria - Halimunan 67


Anjing tu memang lah tak boleh menjawab. Dia bukan macam Prasasti, kan? Jadi
aku tergelak sendiri bila aku cakap orang putih dengan anjing tu. Anjing tu pulak nampak
manja. Ekornya melibas ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Aku rasa anjing tu
kelaparan. Kesian pulak aku lihatnya kelaparan macam tu.

Aku berpaling ke arah Uncle Chandran. Aku rasa pun lapar. Aku tak tahu berapa
hari dia tak makan. Aku memegang tangannya untuk memintanya mengikut ku masuk ke
dalam kedai. Ketika dia dibawa masuk ke dalam 7eleven, dia pun berkata kepada ku:

Sebakul penuh dengan roti berada di atas kepala mu, tetapi kau menagih cebisan
roti dari pintu ke pintu. Air sungai mengalir hingga ke tahap lutut mu, tetapi kau tetap
menagih air dari orang lain.

Rumi lagi, Uncle Chandran? Tanya ku. Dia tidak menjawab. Aku tanya
kepadanya jika kata-kata dari Rumi itu ditujukan kepada ku ataupun ia satu ucapan yang
dilakukan secara rawak, dia masih tidak mahu menjawab.

Aku suruh dia duduk di atas kerusi makan. Dia menurut sahaja. Aku belikan dia
air kopi dan roti sardin. Dia makan dengan perlahan dengan mulutnya terkumat-kamit.

Aku memberitahunya dia perlu mencari tempat untuk mandi. Tubuhnya berbau
hapak. Aku tak tahu jika dia memahami kata-kata ku. Matanya terus kepada anjingnya
yang sedang menunggu dengan setia di luar. Sebaik sahaja dia selesai makan, aku ke bilik
stor. Aku keluarkan plastik penuh dengan makanan ringan yang telah aku beli tadi dari
dalam stor. Barang-barang makanan ini aku beli dengan tujuan dijadikan bekalan
makanan ke Kuantan, tapi aku rasa Uncle Chandran dan anjingnya lebih memerlukannya.

Di luar kedai aku memintanya supaya menjaga dirinya baik-baik. Aku keluarkan
roti sadin dari dalam plastik yang membungkusinya lalu aku berikan kepada anjingnya.
Anjingnya makan dengan lahap dek kelaparan. Selepas dia habis makan, dia mahu
bermanja dengan ku. Aku usap-usap kepalanya. Aku beritahu kepadanya supaya menjaga
Uncle Chandran baik-baik. Kata Prasasti, jika manusia bercakap kepada binatang yang
cerdik seperti anjing dan kucing, mereka akan memahami. Aku tak tahu jika dia
temberang ataupun apa yang dikatakannya ini betul. Tapi apa yang pasti, anjing Uncle
Chandran aku lihat seolah-olah dia mengerti kata-kata ku tadi. Dia seperti ingin berterima
kasih kepada ku lalu mengucapkan selamat jalan.

Uncle Chandran berjalan ke hadapan dengan beg plastik penuh dengan makanan
ringan pemberian ku tanpa menoleh ke belakang. Anjingnya mengekorinya dari belakang
– anjingnya yang sehingga kini aku tidak tahu namanya itu.

Eh, kau tak takut dosa ke? Kan pegang anjing tu haram! Ujar Halim ketika dia
keluarkan sampah sarap untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah.

Sejak bila pulak pegang anjing yang kering macam tu haram? Siapa ajar kau?

Nizam Zakaria - Halimunan 68


Aku tahu lah fasal halal haram ni semua! Kau ingat aku tak belajar agama ke?

Pegang anjing tu makruh. Kau tahu apa beza haram dengan makruh?

Kau ingat aku bodoh ke?

Makruh hukumnya bila kau merokok. Kau suka merokok, kan? Setiap kali kau
merokok hukumnya makruh. Bila aku usap anjing tu tadi, hukumnya makruh juga. Kalau
aku tak konfiden, aku samak je lah.

Hek elleh, berlagak lah tu!

Oh, semalam kau bagi kawan kau rokok tiga kotak free macam tu kat kaunter tak
haram?

Dah lah! Kau ingat kau ustaz?

Aku cuma nak ingatkan... Mencuri tu haram.

Halim mendengus benci. Dia bawak plastik hitam penuh dengan sampah ke
tempat membuang sampah. Aku hanya mampu menjeling. Aku masuk semula ke dalam
kedai.

Kau ni baik sangat lah Masdor. Kata Zila.

Apa yang baiknya?

Eleh, buat-buat tanta pulak! Kata Zila mencebik. Kemudian dia minta aku ambil
sahaja barang makanan ringan yang ingin aku bawa ke Kuantan. Dia kata dia nak belanja.
Aku cakap tak apa. Dia kata kalau aku tak buat apa aku suruh dia akan sekeh kepala aku.
Jadi aku buat jer apa dia suruh tu tanpa banyak soal.

Sejurus selepas aku selesai dengan syif aku pada pagi Sabtu itu, aku terus
bergegas ke rumah Yusnor. Apabila aku tiba di situ, Yusnor sedang menunggu di
hadapan pondok jaga. Dia nampak gembira melihat ku.

Macam mana dengan semalam? Okay tak? Tanya ku. Semalam dia mengambil
kertas SPM terakhirnya. Hari ini kami ke Kuantan agar dia dapat merehatkan fikirannya
setelah berhempas puas selama hampir 3 minggu menjawab segala kertas peperiksaan
yang diambilnya.

Okay lah...

Kau rasa boleh skor tak?

Skor macam kakak Sanisah susah kot...

Nizam Zakaria - Halimunan 69


Kenapa?

Dia dapat 6 A1, 3 A2

Ye ke?

Tu lah...

Kau boleh skor lah. Kata ku. Aku nampak dia risau seperti mana risaunya aku
ketika aku baru sahaja selesai mengambil kertas peperiksaan SPM ku dahulu.

Kereta pacuan beroda empat yang dipandu Aunty Rafidah berhenti di hadapan
kami. Sanisah turun dari kereta lalu membuka pintu paling belakang agar kami boleh
letak barang-barang kami di situ. Sanisah tersenyum ke arah ku. Aku pegang tangannya
buat seketika sebelum Yusnor menjeling ke arah ku.

Aku masuk ke dalam kereta Aunty Rafidah yang luas itu. Aku duduk di depan
dan Yusnor duduk di belakang. Hanisah dan Aunty Rafidah yang sedang duduk di
bahagian paling depan sedang berbual tentang sebuah restoran yang terletak di Jalan
Besar, Kuantan bernama Chantek. Aunty Rafidah kata makanan di situ sedap-sedap.

Masdor dah pernah sampai ke Kuantan? Tanya Aunty Rafidah tiba-tiba kepada
ku.

Tak pernah Aunty. Saya jarang keluar dari Kuala Lumpur ni. Jawab ku.
Kemudian suasana dalam kereta terus senyap.

Sesekali aku akan memandang ke hadapan untuk melihat wajah Aunty Rafidah
dengan lebih dekat lagi. Wajahnya memang nampak tegas, tetapi dalam ketegasannya ada
kelembutannya. Rambutnya ikal. Wajahnya masih nampak muda lagi walaupun usianya
sudah lama mencecah 40 tahun.

Aku membaringkan tubuh ku sambil menutup mata ku. Aunty Rafidah sedang
membuka stesen radio Light & Easy yang sedang memainkan lagu When Doves Cry oleh
Prince. Lagu ini terus membuai ku lantas membuat aku tidur lena.

Nizam Zakaria - Halimunan 70


Teluk Chempedak

Apabila aku membuka mata ku, aku dapati aku sudah berada di Kuantan. Aku menarik
nafas ku dalam-dalam. Aku memerhatikan suasana bandar Kuantan. Aunty Rafidah
sedang memandu keretanya melalui Jalan mahkota. Aku dapati tak ada yang istimewanya
tentang bandar Kuantan ini. Ia kelihatan seperti bandar-bandar kecil yang lain di seluruh
Malaysia. Mungkin kalau aku di suruh duduk di sini aku akan mati kutu.

Kita ada berhenti berhenti berehat ke tadi? Tanya ku kepada Yusnor. Dia
menganggukkan kepalanya.

Kenapa tak kejutkan aku?

Kak Sanisah kata kau perlu berehat. Kau kerja malam. Tapi dia ada belikan nasi
lemak. Yusnor menyerahkan sebungkus nasi lemak kepada ku. Aku lapar, tapi aku tak
ada mood nak makan.

You tidur mati, I tak nak kejut you bangun. I tahu you penat. Kata Sanisah
menoleh ke belakang untuk berbual dengan ku.

Dah pukul berapa sekarang?

12 tengah hari.

Oh... Dah tengah hari.

You kan macam burung hantu. Siang-siang you tidur. Malam you berjaga.

Betullah tu. Kata ku sambil menggosok-gosok mata ku. Aku mengeluarkan


telefon bimbit ku. Aku mengSMS ibu ku untuk memberitahunya aku sudah selamat
sampai ke Kuantan.

Aunty Rafidah membawa keretanya masuk ke dalam Berjaya Megamall. Dia


memberitahu kami dia perlu mendapatkan kunci rumah banglo dari tuan punya rumah
yang kini sedang menunggu di dalam pusat membeli belah ini.

Aku dapati tidak ada apa-apa yang terdapat di dalam Berjaya Megamall yang
berjaya menarik perhatian ku. Aku kebosanan. Sanisah bertanya jika aku kepenatan. Aku
mengangguk. Dia memegang tangan ku. Sementara Aunty Rafidan berjumpa dengan
agen kepada tuan punya banglo yang akan menyerahkannya kunci banglo di Delifrance,
Sanisah mengajak ku farmasi berdekatan. Dia mahu membeli sunblock. Aku ikut sahaja.
Yusnor mengekori kami dari belakang.

You ada bawak seluar untuk berenang tak? Tanya Sanisah kepada ku apabila dia
sedang memilih sunblock yang sesuai untuknya. Ada bermacam-macam-macam jenis

Nizam Zakaria - Halimunan 71


sunblock di atas rak. Dia membuka penutup sunblock ini satu persatu untuk mencium
baunya.

Ada bawak. Yusnor dah ingatkan saya banyak kali supaya jangan lupa.

You pandai berenang tak?

Pandai jugak.

Baguslah macam tu... You selalu mandi laut?

Jarang. Keluarga saya jarang dapat cuti. Kalau ada pun, saya ikut Zila dan Suzi
pergi bercuti ke Port Dickson tahun lepas.

Dulu mama saya suka membawa kami sekeluarga ke Teluk Chempedak.

Ye ke?

You tak tahu ke... Aunty Rafidah berfikir untuk beli banglo yang akan digunakan
kami nanti?

Kenapa?

Papa dan mama pernah berbulan madu di sini... I rasa, sebelum papa kahwin
dengan mama, Aunty Rafidah dan papa tentu selalu datang ke sini.

Ohhh... Kata ku dengan mulut ku terlopong.

Papa used to tell me he wants to retire in Kuantan. Can you believe that?

Di sini dia boleh mencari ketenangannya kot...

Sanisah menaikkan kedua belah bahunya. Dia memandang ke arah Yusnor yang
sedang memilih berus gigi yang mahu dibelinya.

Of all the boyfriends I used to have, you seorang sahaja yang ikut I bercuti... You
nak tahu kenapa?

Kenapa?

Sebab Yus suka kat you. He really likes you! Dia kata you baik. Bila you ajar dia
naik motor you banyak bersabar... You tak pernah marah-marah dia walaupun dia banyak
kali cuai.

Saya tak suka marah-marah tak tentu fasal... Buat apa? Menghabiskan tenaga jer.

Nizam Zakaria - Halimunan 72


Tapi you marah fasal I kan?

Aku menoleh ke arah Yusnor sambil menggaru-garu tengkuk ku. Dia telah
membocorkan rahsia ku kepada kakaknya. Menyesal aku ceritakan fasal ini semuanya
kepadanya. Memang tak boleh dipercayai langsung!

Ya. Aku mengakui. Aku tak pernah berbohong kepadanya dan aku tidak mahu
memulakannya kalau boleh sampai bila-bila.

You marah I selalu pergi clubbing dengan kawan-kawan I, kan?

Ya. Saya tak suka lah. Awak tahu saya tak suka, kan?

Kenapa you tak suka?

Saya tak suka awak keluar dengan lelaki lain. Saya rasa diri saya ni awak buat
macam tunggul pulak.

Masdor... Lain kali kalau you tak suka, you beritahu kat I, okay?

Aku mengangguk. Aku tidak tahu apa yang sedang difikirkannya ketika itu. Aku
harap dia tak marah. Lagipun dia pernah beritahu kepada ku, dia tidak mungkin sampai
hati untuk memarahi ku. Bila aku tanya kenapa, dia tak mahu jawab.

Saya mintak maaf kalau awak dapat tahu tentang benda ni semua dari Yusnor dan
bukan dari saya.

You tak payah risau lah sayang... I faham. Dia menggenggam tangan ku dengan
erat.

Aku mengangguk perlahan. Sanisah ke kaunter pembayaran. Dia mengambil


berus gigi dari Yusnor yang sedang berdiri di belakang ku lalu membayar harga berus
gigi Yusnor.

Kami pergi menemui Aunty Rafidah di Delifrance. Dia nampaknya sudah pun
mendapat kunci banglo yang akan digunakan kami pada hujung minggu itu. Wajahnya
nampak ceria. Dia mengajak kami pergi ke pasar raya yang ada di dalam pusat membeli
belah ini untuk membeli keperluan dapur agar kami tidak perlu membeli makanan di luar
setiap masa. Dia sempat mengingatkan aku bahawa Sanisah pandai memasak.

Awak pandai masak ke? Tanya ku kepada Sanisah apabila dia sedang memilih
tomato.

Tak tahu ke?

Mana nak tahu... Awak tak pernah nak masakkan untuk saya pun!

Nizam Zakaria - Halimunan 73


Alalalala busyukkkk! Nanti I masakkan untuk you, yer!

Aku mengangguk pantas. Sanisah tersenyum lalu terus memilih tomato yang
nampak segar dan cantik untuk dibelinya.

Dari Berjaya Megamall, kami terus ke Teluk Chempedak. Banglo yang didiami
kami terletak agak berdekatan dengan pantai Teluk Chempedak. Kawasannya agak
eksklusif juga. Banglo ini dipunyai oleh seorang ekspatriat dari England yang bertugas di
sebuah firma kewangan di Kuala Lumpur. Kini tuan punya banglo ingin pulang ke
England, jadi rumah ini mahu dijualnya.

Bahagian dalaman rumah ini dihias dengan perabot-perabot ala tropika yang
kelihatan agak eksklusif. Hampir segala jenis kelengkapan ada di dalam rumah ini yang
telah dijaga dengan rapi. Yusnor dan aku berkongsi bilik di dalam sebuah bilik yang
mempunyai dua buah katil yang besar. Dari veranda di bilik kami, kami boleh melihat
Laut China Selatan. Aku membuka jendela lalu membiarkan bayu laut masuk
menyejukkan bilik.

Aku terbaring di atas katil. Yusnor terus menghidupkan suis TV. Kalau dia tak
duduk depan TV aku rasa dia tak boleh hidup. Aku terlelap lagi. Apabila aku membuka
mata ku, Yusnor memberitahu ku aku harus bersedia agar kami semua dapat bertolak ke
pantai Teluk Chempedak.

Auntry Rafidah memberitahu kami dia mempunyai tempat yang paling disukainya
di pantai ini. Kami berjalan di atas jalan yang telah dibina dengan kayu sehingga kami
tiba di bahagian penghujung jalan berkayu ini. Kami tiba di sebuah kawasan pantai yang
berteluk dengan batu-batu besar yang menghiasi gigi pantai. Aunty Rafidah mencari
sebuah tempat yang diteduhi sebuah pohon ru yang tumbuh merendang lalu
membentangkan tikar yang dibawa Yusnor di situ.

Jom mandi! Ujar Yusnor macam tak sabar-sabar.

Sebelum membuka seluar lalu berseluar pendek agar aku dapat mandi air laut
nanti, aku sempat mengeluarkan dompet ku. Aku lihat Aunty Rafidah sedang sibuk
meletakkan bekalan roti tuna di atas tikar. Sanisah pula sedang mengeluarkan radio
transistornya dari dalam beg.

Aku mengeluarkan “kad menilik masa depan” yang ditinggalkan Prasasti. Aku
membaca arahan yang ditulis kecil-kecil pada bahagian belakang kad. Apa yang harus
lakukan adalah untuk menyebut nama orang yang ingin ku tilik masa depannya kepada
kad tersebut dan kad itu akan memberikan jawapannya.

Seperti kebanyakan manusia rasional, aku semestinya mahu mengetahui tentang


nasib ku sendiri. Jadi aku menyebut nama ku. Pada bahagian hadapan kad itu berubah.
Aku dapat melihat gambar tengkorak dan perkataan ‘Death’ tertulis di atas kad.

Nizam Zakaria - Halimunan 74


Wajah ku berubah pucat. Apa maknanya ini semua? Adakah aku akan mati tidak
lama lagi?

What’s wrong with you, Masdor. Kenapa tercegat jer kat situ? Tanya Aunty
Rafidah kepada ku.

Tak ada apa-apa aunty.

Kamu tak makan lagi kan?

Tak.

Aunty Rafidah membuka bekas plastik yang terkandung ayam goreng yang telah
dimasaknya tadi bersama Sanisah.

Makan ni dulu Masdor, Dah makan nanti pergilah ikut si Yus tu mandi laut.

Aku duduk bersila di atas tikar. Sebenarnya aku tak ada mood nak makan setelah
aku dapat tahu aku mungkin akan mati tak lama lagi. Aunty Rafidah nasi goreng dan
ayam goreng di atas sekeping piring kertas.

Sedap nasi goreng ni... Awak masak ke? Tanya ku kepada Sanisah. Dia memakai
cermin mata hitam dan bertopi. Dia duduk bersimpuh sambil memegang majalah The
New Yorker yang ingin dibacanya.

Ye... Saya masak.

Sedap giler! Mak saya pun tak masak macam ni.

Dia macam arwah mamanya yang pandai masak. Dulu ketika kami sama-sama
tinggal serumah di London, mamanya lah yang memasak. Aunty kemas rumah. Memang
dia tak suka mengemas, tapi dalam bab memasak, panggillah dia. Macam-macam lauk
yang dia akan masak untuk kami.

Masak untuk kami? Aku memberanikan diri ku untuk bertanya.

Aunty Rafidah menghela nafasnya. Dia tersenyum. Sepantas kilat dia terus
mendiamkan dirinya begitu. Aku pasti “kami” yang dimaksudkannya adalah dirinya, ibu
Sanisah dan abang Zamani.

Selesai makan, Yusnor terus mengajak ku untuk mandi di pantai. Dia nampaknya
tak sabar-sabar lagi untuk mandi laut.

Nizam Zakaria - Halimunan 75


Macam mana kau buat badan kau nampak tough ah? Tanya Yusnor kepada ku.
Aku memandang ke arah tubuhnya yang kurus itu. Aku rasa dia tidak puas hati dengan
keadaan bentuk tubuhnya.

Entah... Aku pun tak tahu. Kata ku. Masa tu aku tak pakai baju. Pakai seluar bola
jer.

Kau pergi gym ke?

Tak lah. Aku dah memang macam ni sejak sekolah menengah lagi.

Yeah, right! Katanya langsung dia tidak mahu mempercayai kata-kata ku. Dia
terus berjalan ke gigi air. Aku mengekorinya dari belakang. Tanpa berfikir panjang terus
dia berlari masuk ke dalam laut. Seronok benar dia tu. Macam tak pernah tengok laut.

Apabila sampai ke bahagian dalam aku berhenti. Aku teringatkan kepada “kad
menilik masa depan” tadi. Fikir ku, bila-bila sahaja aku boleh mati dalam keadaan apa
sekalipun!

Woi! Kau berdiri kat situ buat apa? Jerit Yusnor sambil memercikkan air laut ke
arah ku.

Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Ramai orang yang berkelah di pantai.
Mereka semua nampak gembira. Seorang budak perempuan sedang mengorek tanah. Aku
rasa dia sedang membuat istana pasir. Kalau aku mati lemas petang ni, apa agaknya kesan
yang akan aku tinggalkan kepada mereka. Tak ada agaknya, sebab mereka semua tak
kenal aku.

Aku memberanikan diri ku memijak gigi air. Aku lihat Yusnor sedang
memandang ke arah ku sambil memeluk tubuh. Aku rasa aku belum bersedia untuk mati
lagi. Aku memberitahunya aku nak korek tanah dan buat istana pasir...

Nizam Zakaria - Halimunan 76


Dalam restoran Chantek

Aku tak mahu mandi laut. Jadi aku main dengan pasir. Aku korek lubang, keluarkan pasir
dan buat kolam. Kolam ini lama-lama bertakung. Aku tak reti nak buat istana pasir.
Kalau aku buat apa-apa yang nampak macam istana pasir, mesti apa yang aku bina itu
akan runtuh. Jadi bila aku dah bosan, aku terus buat lubang ini.

Sanisah muncul di sebelah ku. Dia tanya aku kenapa aku tak nak mandi. Aku kata
aku takut nak mandi laut. Dia tersenyum. Yusnor menjerit-jerit memanggil kakaknya.
Sanisah berjalan ke arah Yusnor sehingga air laut berada di tahap pahanya.

Aku sebenarnya kehausan. Aku berjalan ke arah Aunty Rafidah. Aku dapati dia
sedang membaca sebuah buku hasil tulisan Dan Brown. Dia nampak khusyuk membaca
buku tersebut sehingga dia tidak sedar aku sedang duduk di atas tikar mencari cawan
yang dibawanya.

Masdor nak minum, ke? Tanya Aunty Rafidah akhirnya kepada ku.

Ya.

Dia ambil cawan plastik yang diletakkan di bahagian kanan tempat dia duduk
bersimpuh. Dia tuang air Coke yang masih sejuk lagi. Aku teguk air yang dia bagi sampai
habis. Dia tahu aku haus, jadi dia tuang secawan lagi air coke.

Aku memandang ke arah laut. Aku dapat lihat Yusnor sedang bermain-main
dengan Sanisah. Dia percikkan air kepada kakaknya itu sampai basah.

So... How’s your relationship with Sanisah? Tanya Aunty Faridah kepada ku.

Okay.

Tak ada masalah?

Aku termenung jauh. Aku mengeluh. Sukar untuk aku menjawab soalannya itu.

Kenapa Madsor?

Tak ada apa-apa aunty.

Masdor risau melihat perangai Sanisah?

Ya, Aunty...

Masdor tak suka dia sosial sangat?

Saya tak faham dengan perangai dia... Kenapa dia buat apa dia buat.

Nizam Zakaria - Halimunan 77


Aunty pun tak faham, Masdor. Sejak ibunya tak ada, dia banyak berubah.

Aunty tahu kenapa ibunya membunuh diri dulu?

Tidak...

Sanisah kata aunty kawan serumahnya di London.

Ya. Aunty memang rapat dengan ibunya. Tapi aunty tak rapat lagi dengannya bila
dia berkahwin—

Aunty... Apa perasaan aunty bila... Bila aunty dapat tahu ibu dan bapak Sanisah
ingin berkahwin?

Maksud Masdor?

Sanisah ada beritahu saya tentang hubungan aunty dengan mak dan bapak dia
dulu.

Oh... Aunty rasa sedih. Tapi apa yang aunty boleh buat. Dah bukan jodoh aunty.

Ibu Sanisah tu, bagaimana orangnya aunty?

Orangnya peramah, macam Sanisah. Dia suka mendengar muzik. Banyak piring
hitam yang dia kumpul ketika dia di London dulu. Duitnya habis di situ sahaja. Kata
Aunty Rafidah. Dia tersenyum sendiri. Aku mengeluarkan tuala ku dari dalam beg
Yusnor. Aku selubungkan tubuh ku dengan tuala tersebut kerana kesejukan tak pakai
baju.

Ketika dia hidup dulu... Dia bahagia tak dengan suami dia?

Setahu aunty, dia sayangkan suaminya. Mungkin terlalu sayang. Aunty tak tahu
kenapa secara tiba-tiba dia mahu mengakhiri hidupnya sendiri. Tapi memang perkara ini
berlaku dengan secara mengejut.

Ketika perkara ini berlaku... Sanisah ada melihatnya.

Aunty Rafidah mengangguk serba salah. Sanisah menyalahkan dirinya. Dia fikir
semua ini telah berlaku kerananya. Dia terus jadi pendiam. Bila dia meningkat remaja,
dia mula memberontak. Sehinggalah sekarang. Kalau boleh dia tak mahu pulang ke
rumahnya.

Aunty tak suka dia tinggal dengan aunty, ke?

Nizam Zakaria - Halimunan 78


Bukan begitu Masdor... Lagipun bila aunty kahwin dengan papanya nanti, tentu
dia akan berpindah ke rumah aunty juga akhirnya. Tapi, sebaiknya dia tinggal dengan
papanya tu. Aunty tak mahu nanti kerananya, aunty gaduh dengan papanya tak tentu
fasal.

Aunty nak saya pujuk dia supaya pindah semula ke rumahnya?

Kalau Masdor boleh tolong aunty, bagus juga.

Aunty... Aunty kenal dengan seorang lelaki bernama Zamani?

Zamani?

Ya... Dia berkawan dengan aunty dahulu.

Ya, tapi dari mana Masdor kenal dengannya?

Secara kebetulan sahaja... Dia selalu beli barang di tempat saya bekerja.

Aunty Rafidah meletakkan novel yang dibacanya ke tepi. Dia memandang ke arah
ku. Kepalanya di lentukkannya ke kanan.

Dia kawan baik aunty ketika di UK dahulu. Kami mengambil jurusan yang sama,
jadi kami banyak menghabiskan masa kami belajar bersama-sama.

Dia sukakan kepada ibu Sanisah ke, aunty?

Ya... Dia sayangkan kepada Haryati setengah mati. Sebenarnya Haryati juga
sukakan kepadanya, tetapi mereka tidak pernah luahkan perasaan cinta mereka.
Akhirnya, Haryati tak tahu Zamani sukakan kepadanya.

Bagaimana ibu dan bapa Sanisah bertemu?

Mokhtar, papa Sanisah datang ke London untuk bercuti. Ketika itulah dia mula
jatuh hati dengan Haryati. Aunty terpaksa menerima ini semua dengan redha, kerana mak
bapak aunty memang tak suka kepadanya.

Kenapa?

Entahlah... Orang tua aunty kata papa Sanisah tak sesuai untuk dijadikan suami.
Mereka tak setuju kalau aunty berkahwin dengannya. Tapi sekarang orang tua aunty dah
tak ada lagi...

Kenapa aunty tak cuba hubungi abang Zamani lagi?

Nizam Zakaria - Halimunan 79


Entahlah Masdor... Hubungan kami terputus macam itu sahaja. Dia betul-betul
kecewa apabila dia melihat hubungan mama dan papa Sanisah semakin hari semakin
rapat. Sampai sekarang aunty tak pernah berjumpa dengannya lagi. Dah lebih 20 tahun
kami tak bersemuka.

Aku memandang ke hadapan. Sanisah sedang berjalan ke arah ku. Baju T yang
dipakainya basah. Aunty Rafidah cepat-cepat mengambil tuala dari dalam begnya lalu
diserahkan kepada Sanisah.

Sanisah duduk di sebelah ku. Dia mengeringkan rambutnya yang basah itu. Dia
bertanyakan kepada Aunty Rafidah apa yang kami bualkan berdua. Aunty Rafidah kata
kami berbual mengenai keadaan cuaca yang berawan mendung pada ketika itu.
Kemudian dia diam. Matanya terus ke arah awan yang mendung di hujung laut.

Pada malam itu Aunty Rafidah membawa kami makan malam di Restoran
Chantik. Restoran ini terletak di Jalan Besar di tengah-tengah bandar Kuantan. Restoran
ini dihias dengan hiasan-hiasan antik ala Belanda dan Inggeris. Kami dibawa ke sebuah
meja yang terletak di tengah-tengah restoran ini. Bahagian ini terdapat sebuah taman
yang kecil.

Sanisah memang kelihatan anggun pada malam itu. Dia memakai baju kurung
yang telah dihadiahkan oleh aunty Rafidah kepadanya. Rambutnya yang panjang itu
diikat dengan sanggul. Aku saja yang nampak selekeh malam tu, tapi dia kata dia tak
kisah.

Kami diberikan menu. Aku pesan apa yang dipesan Yusnor, Fish and Chips.
Yusnor kata dia lapar setelah bermain di laut sampai nak dekat Maghrib. Dia tolong aku
buat istana pasir yang aku tak reti buat tu.

Setelah makan, Aunty Rafidah berkata dia mahu mengambil gambar kami semua
di sini, tetapi kameranya tertinggal di dalam kereta. Dia meminta Yusnor menemaninya
ke tempat meletak kereta.

Kini tinggal aku dan Sanisah sahaja di meja kami. Si pelayan meletakkan kek
yang kami pesan di atas meja.

I’m glad that you came to Kuantan with us... I really had fun with you. Kata
Sanisah. Dia memotong secebis kek di mejanya lalu dia menyuapkan kek itu ke mulut ku.

Saya pun rasa seronok. Kata ku bersungguh-sungguh.

So... Yus sekarang tak sekolah lagi. Dia akan duduk saja di rumah. Awak nak
temankan dia ke JPJ ke munggu depan? Dia kata dia nak apply lesen motor dia tu.

Nizam Zakaria - Halimunan 80


Ya. Jawab ku sambil mengangguk. Aku termenung memandang wajahnya yang
ayu itu di bawah sinaran lampu yang kelam di dalam restoran ini sebelum aku berkata:
Apa kata awak temankan Yus di rumah sementara dia tak buat apa-apa sekarang ni?

I lebih suka duduk rumah Aunty Rafidah. Lagipun, I tak suka dengan bilik lama I.
Berselerak. Gloomy. I don’t like it there!

Itu jer ke sebabnya?

Ya.

Yusnor perlukan awak.

I know... I’m his sister.

Tapi awak tahu ke dia bawak ganja dalam beg dia?

What?

Dia isap dalam bilik tadi... Nampak sangat dia baru jer start belajar nak isap.

Fuck! Getusnya dengan wajah pucat.

Awak kena jaga dia betul-betul... Kalau tak rosak dia nanti.

So, what do you want me to do?

Awak kena jaga dia betul-betul. Tanya kepadanya kenapa dia buat benda ni
semua.

Kata-kata ku membuat Sanisah termenung jauh. Dia berhenti dari terus menyuap
kek ke dalam mulut ku. Wajahnya jelas terganggu. Aku rasa dia risau melihatkan
keadaan Yusnor.

Beberapa minit kemudian apabila Aunty Rafidah dan Yusnor pulang ke meja
kami, Sanisah cepat-cepat mengukir senyuman. Dia memandang sekali kepada ku
kemudian kepada Yusnor. Dalam senyumannya itu wajahnya jelas sedih.

Nizam Zakaria - Halimunan 81


Akuarium

Sebaik sahaja pulang dari Kuantan, aku terus mencari Prasasti. Aku nak tahu apa
maknanya “kad menilik masa depan”nya itu. Aku tak faham kenapa kad itu mengatakan
aku akan mati.

Kan mek dah kata kat u’olls, gambar lama Haryati yang u’olls jumpa itu akan
menentukan hidup dan mati u’olls!

So... Bila aku akan mati? Tanya ku ingin tahu. Kalau aku mati pun, sekurang-
kurangnya aku mahu tahu bila dan bagaimana.

Tak lama lagi dan dalam keadaan ngeri, u’olls! Jawabnya dengan selamba sambil
memakan pau kacangnya.

Dah tu?

Dah tu apa? Dia kunyah lagi dengan lahap.

Apa aku perlu buat?

U’olls kena terima kenyataannya lah... Tapi—

Tapi apa?

Tapi masa dan ruang ini bukan satu ketetapan. Ia boleh berubah-ubah.

Ye ke? Macam mana tu?

Jika u’olls melakukan sesuatu untuk mengubah perjalanan masa, maka apa yang
akan berlaku di masa depan juga akan berubah.

Aku tak nak mati. Lagi-lagi mati dalam keadaan ngeri. Kata ku bersungguh-
sungguh. Aku teringatkan kepada e-mail yang pernah aku terima satu ketika dahulu yang
menunjukkan keadaan ngeri seorang lelaki yang telah dilanggar lori. Dalam e-mail itu
aku dapat melihat cebisan-cebisan tubuh lelaki itu di atas jalan raya. Bahagian tubuhnya
yang lain pula tersepit pada bahagian tayar lori. Bila aku tengok gambar-gambar macam
ini, tekak aku jadi loya. Aku selalu fikirkan tentang keluarga lelaki yang mati ini. Apa
yang agaknya difikirkan mereka apabila mereka melihat gambar orang yang mereka
sayangi begini. Hancur. Jadi apa agaknya yang akan difikirkan mak dan ayah nanti bila
mereka lihat aku mati dalam keadaan ngeri.

Aku bukak lagu Selamat Tinggal Dunia oleh Butterfingers. Aku menongkat dagu
ketika mendengar lagu melankolik ini. Aku berfikir tentang mati. Tentang hidup aku.
Adakah aku dah cukup syarat untuk mati. Aku masih virgin. Satu benda pun aku tak rasa
lagi. Aku tak rela mati lagi!

Nizam Zakaria - Halimunan 82


Oii! Merepak cakap sorang-sorang ni apasal? Sergah Prasasti. Aku menjeling.
Aku benci tengok dia selamba derk jer.

Aku tutup mata. Aku nak tidur. Malam nanti aku kena masuk kerja.

Tapi aku tak boleh tidur nyenyak tengah hari tu. Jadi petang itu bila aku bangun
sahaja aku ambil keputusan untuk habiskan masa ku di Central Market ke Teresa Forever.

Petang itu aku dapati Teresa Forever ditutup. Aku tak tahu kenapa kedai Miss Lee
ditutup. Di hadapan kedai tak tertulis apa-apa kenyataan. Aku ke Annexx, bangunan
sebelah Central Market untuk ke studio Suzi, Gambar Ini dan Itu. Mula-mula aku
berjumpa dengan Brigette, rakan kongsi Suzi yang berambut crew cut dan suka memakai
singlet dan seluar celoreng - macam G.I. Jane. Kemudian setelah selesai Suzi mengambil
gambar pelanggannya di dalam studio, dia terus berjumpa dengan ku.

Suzi, kenapa kedai Teresa Forever tak bukak?

Kau tak tahu ke, Masdor?

Tahu apa?

Miss Lee sakit lah.

Tak tahu lah. Kata ku sambil menggaru-garu kepala ku serba salah. Dia sakit apa?

Ermm... Zila nak berhenti kerja.

Berhenti?

Ya. Dia nak berhenti kerja untuk jaga Teresa Forever.

Ye ke?

Dia dah hantar surat untuk berhenti kerja semalam... Jadi, dia akan mula kerja di
Teresa Forever mulai esok. Lagipun dia suka bekerja di kedai tu. Dia tak payah kerja
malam lagi dan kami boleh pergi dan balik kerja sama-sama.

Oh. Getus ku sedih. Sekarang Zila tak ada lagi untuk bekerja di samping ku. Yang
ada si Halim kaki curi tu saja. Aku tak mahu kerja dengan dia. Dia suka bukak lagu-lagu
Boy Bands kalau dia jaga kaunter. Tak pun lagu-lagu hip-hop. Aku tak tahu macam mana
dia boleh suka kedua-dua kombinasi jenis lagu ini. Apa-apa pun aku tak suka dengan dia
sebab aku selalu saja bertekak dengannya.

Mata ku terpandang ke arah sekeping bingkai gambar yang menghiasi bahagian


resepsi studio Gambar Ini dan Itu – gambar itu menunjukkan keadaan John Lennon

Nizam Zakaria - Halimunan 83


memeluk Yoko Ono seperti seorang anak kecil memeluk ibunya. Aku berjalan ke arah
gambar tersebut yang telah menghiasi kulit hadapan Rolling Stone pada Januari 1981.

Gambar ini telah diambil Annie Leibovitz beberapa jam sebelum Lennon
ditembak di luar bangunan apartmentnya. Suzi memberitahu. Dia memeluk tubuhnya
sambil berdiri di sebelah ku. Aku menoleh ke arahnya lalu barulah aku perasan dia
sedang memakai baju kebaya yang pernah dipakai Zila pada hari raya tahun lepas. Amoi
ni nampak cantik pulak bila dia pakai baju kebaya macam ni.

Oh ye ke?

Aku jumpa majalah ini di Teresa Forever kau tahu tak? Katanya dengan suara
bangga. Lama dah aku simpan gambar ini, tapi baru bulan lepas aku nak frame.

Zila di mana, Suzi? Tanya ku kemudian setelah lama aku merenung ke dalam
gambar John Lennon dan Yoko Ono ini.

Zila ada di rumah Miss Lee.

Dia jaga Miss Lee?

Ya. Dia dah beransur sihat.

Baguslah kalau macam tu. Esok saya akan cuba lawat dia.

Kita ke sana bersama lah, ya?

Okay.

Aku menetapkan agar aku dan dia bertemu di hadapan Teresa Forever pada pukul
3 petang esok. Dia bersetuju. Aku terus mengucapkan selamat tinggal kepadanya lalu
keluar dari studionya. Aku berjalan masuk semula ke dalam Central Market yang tak
pernah surut dengan pengunjungnya itu. Aku berjalan di hadapan Teresa Forever. Aku
mengeluh sendiri. Inilah kali pertama aku lihat kedai ini di tutup pada hari-hari biasa.

Dengan perasaan sedih aku berjalan tanpa arah ke beberapa buah kedai yang ada
di sini sehinggalah aku tiba di hadapan kedai akuarium yang terletak di sini. Aku masuk
ke dalam akuarium tersebut. Aku berpaling ke arah sebuah akuarium yang terkandung
banyak ikan-ikan emas. Di antara ikan-ikan emas yang aku lihat ini, ada seekor yang tak
dapat berenang dengan betul. Ia akan timbul, tubuhnya terpusing-pusing dan tenggelam.
Ada seekor kawannya yang akan membantunya agar terus terapung. Jika tidak, ia akan
terus tenggelam di dasar akuarium.

Apek, saya nak ikan emas ni... Dua ekor ni.

Ikan emas ini dah nak mati lah. Lu cari ikan lain lah!

Nizam Zakaria - Halimunan 84


Tak, lah apek, dia belum nak mati lagi. Kawan dia ada jaga dia.

Si apek ni tenung aku macam aku orang gila. Dia geleng-gelengkan kepalanya
lalu dia tangkap kedua-dua ekor ini lalu masukkan ke dalam beg plastik. Dia isikan beg
plastik ini dengan oksigen.

Berapa harganya? Sepuluh ringgit, kan?

Lima ringgit. Ikan ni dah nak mati.

Bagi free ke ni?

Ya lah.

Saya nak beli balang kaca ni sekali tau. Kata ku menuding ke arah balang bulat
yang kecil saiznya. Cukup sesuai untuk kedua-dua ikan emas ini. Apek tu ambil balang
itu lalu membalutnya dengan kertas surat khabar Cina.

Aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah dahulu sebelum ke tempat kerja.
Aku bawa pulang kedua-dua ekor ikan emas ini lalu aku letak di dalam balang kaca yang
aku beli. Prasasti melihat sahaja apa yang aku lakukan dengan penuh minat. Aku
beritahunya supaya jangan kacau ikan dua ekor ni. Dia kata dia bukan macam kucing
biasa yang makan ikan. Aku percaya dengan cakapnya, sebab aku tak pernah tengok dia
makan benda hidup.

U’olls nak buat apa dengan ikan-ikan ni?

Nak jadikan hadiah. Kataku tanpa menjelaskan lagi. Aku letakkan akuarium aku
ini di atas meja belajar ku, lalu aku terus keluar dari rumah ku. Aku tak nak lambat ke
tempat kerja walaupun aku tahu, Zila tak ada lagi di sana untuk menemani malam-malam
ku.

Nizam Zakaria - Halimunan 85


Pintu Dimensi Ajaib

Sebaik sahaja aku pulang dari tempat kerja pagi itu aku terus masuk ke dalam bilik ku.
Aku duduk sambil memandang ke arah dua ekor ikan emas yang baru aku beli semalam.
Seperti biasa, ikan emas yang cacat itu akan dibantu oleh rakannya untuk berenang.
Mereka saling membantu. Si cacat tu masih hidup lagi dan tak mati seperti mana yang
diramalkan oleh apek yang jual ikan-ikan ini kepada ku.

U’olls mesti ingat mek dah makan ikan-ikan ni kan? Ujar Prasasti sambil
menjeling.

Takdelah. Aku percayakan kau. Jawab ku. Aku menoleh ke arahnya. Aku dapati
dia sedang menggeledah beg ku untuk mencari pau kacang yang aku simpan di situ.

So, macam mana dengan kerja?

Boring lah Zila tak ada. Tension siot.

Sabar je lah, u’olls. Nak buat macam mana, kan?

Eh, aku pinjam Pintu Dimensi Ajaib kau tu boleh?

Buat apa?

Nak ke bilik Sanisah...

Untuk apa?

Nak bersihkan bilik dia kat Kondominium Bestari tu.

Rajinnya!

Salah ke?

Tak.

PINTU DIMENSI AJAIB! Katanya, lalu dia keluarkan pintu itu dari koceknya.
Dia letakkan pintu itu di hadapan ku.

Prasasti buka pintu ajaib ini. Di sebalik pintu aku dapat lihat bilik Sanisah yang
berselerak. Aku masuk ke dalam biliknya. Aku lihat Prasasti sedang membelek-belek
teddy bear kepunyaan Sanisah. Aku ambil teddy bear itu lalu aku meletakannya kembali
di atas katil. Aku memintanya duduk diam dan jangan buat bising.

Jadi pada pagi itu aku kemaskan bilik Sanisah. Aku berulang alik dari bilik ku ke
biliknya beberapa kali untuk buang sampah, ambil penyapu, ambil kain buruk, ambil

Nizam Zakaria - Halimunan 86


mop. Aku ambil masa selama dua jam untuk memastikan biliknya itu betul-betul kemas
dan bersih.

Aku menoleh ke arah Prasasti. Dia sedang membaca majalah Mastika sambil
ketawa terkekek-kekek. Ada cerita tentang seorang pelacur yang melahirkan anak anjing
kepala babi dan seorang penyamun yang disumpah menjadi beruk. Aku suruh dia diam,
sebab aku tak mahu Yusnor tahu kami berdua sedang berada di dalam bilik kakaknya ini.
Benci betul aku kalau Prasasti dah terkekek-kekek seorang diri macam ni. Dia tak boleh
senyap langsung.

Aku lap meja belajar Sanisah dengan kain buruk. Aku pastikan mejanya itu
teratur dan tidak berhabuk. Kemudian aku masuk semula ke dalam bilik ku. Aku bawa
balang ikan emas yang aku beli semalam. Aku letak balang ikan emas itu di atas meja.
Aku harap Sanisah akan suka hadiah pemberian ku ini walaupun aku tak mahu dia tahu
aku yang bersihkan biliknya ini.

Kini bilik Sanisah nampak bersih. Tak lagi berserabut seperti sebelumnya. Aku
rasa bangga dengan apa yang telah berjaya aku lakukan.

Semuanya perfect, kecuali laci Sanisah yang terkuak sedikit itu. Aku mahu tutup
laci yang ada di meja belajar Sanisah ini. Aku dapati lacinya ini tersengkang. Aku rasa
aku boleh memperbaikinya. Aku tarik laci tu. Aku kena tarik berkali-kali barulah boleh
keluar. Bila laci dah terkeluar, aku minta Prasasti minyak pelincir. Dia keluarkan minyak
pelincir dari koceknya. Aku letak minyak pelincir pada bahagian tepi laci ini.

Aku dapati laci ini terkandung beberapa keping kertas, surat dan sebuah buku
kecil. Sebuah diari.

Prasasti, kau boleh buat salinan diari ni?

Buat apa?

Nak baca lah!

Aku serahkan diari itu kepadanya. Dia keluarkan sebuah alat yang kelihatan
seperti pistol air. Aku pula cepat-cepat bergerak ke arahnya lalu tutup mulutnya. Aku tak
nak dia menjerit dengan suara kepitnya lalu berkata: “ALAT MENGEMBARKAN
OBJEK!”

Dia jeling kat aku. Dia kata kalau aku buat macam ni lagi dia nak gunakan alat ini
kepada ku lalu kembarkan aku. Dia sebenarnya pernah buat macam tu. Kembar aku jahat.
Dia ikat aku dalam bilik lepas tu dia pergi shopping beli baju sebab dia kata dia malu
nampak selekeh macam aku. Bila dia balik, macam-macam dia beli. Nasib baik dia beli
guna duit aku yang telah diduplikasikan sekali. Dan nasib baik lah alat ini hanya dapat
mengembarkan objek-objek yang hidup selama 12 jam sahaja. Kalau tak, mati aku!

Nizam Zakaria - Halimunan 87


Prasasti akhirnya mengembarkan diari Sanisah dengan segala isi yang tertulis di
dalamnya. Aku masukkan diari itu kembali ke dalam laci. Kemudian aku terpandangkan
kepada sekeping sampul surat dari University of East Anglia. Aku ambil surat tersebut
lalu aku baca isinya.

Wajah ku terus berubah pusat. Surat itu memberitahu tentang kejayaan Sanisah
diterima belajar di universiti tersebut dalam bidang Kesusasteraan Inggeris dan Penulisan
Kreatif. Dia akan memulakan pengajiannya dalam masa sebulan sahaja lagi.

Kenapa dia tak beritahu aku dia nak pergi? Tanya ku sendiri di dalam hati. Dalam
keadaan yang sedih bercampur kecewa aku masukkan kembali surat yang aku baca ke
dalam sampulnya lalu meletakkannya baik-baik di dalam laci yang telah aku betulkan ini.

Aku pegang tangan Prasasti. Aku bawa dia masuk balik ke dalam bilik ku. Sebaik
sahaja kami masuk ke dalam bilik ku, dia tutup pintu lalu masukkan Pintu Dimensi Ajaib
ke dalam koceknya.

Aku letakkan salinan diari Sanisah di atas meja. Aku langsung tak ada mood nak
membacanya. Aku baringkan tubuh ku di atas katil. Aku sebenarnya kepenatan setelah
membersihkan bilik Sanisah.

Kenapa dia tak beritahu aku dia nak pergi? Tanya ku kepada Prasasti.

Pergi mana?

Pergi belajar ke England.

Mungkin belum sampai masanya untuk dia beritahu?

Tadi dia dah lama terima surat tawaran tu... Sebulan sebelum kami berkenalan!

Mungkin dia ada sebabnya sendiri, u’olls!

Kalau dia pergi, aku pula bagaimana?

Prasasti tidak menjawab. Dia keluarkan semula majalah Mastika yang menjadi
majalah kegemarannya itu. Dia nak sambung ketawa tak sudah-sudah, kali ini membaca
sebuah artikel bertajuk: Lelaki Melayu haprak memperdaya wanita eksekutif.

Aku menghidupkan radio. Lagu yang berkumandang pada waktu itu ialah lagu
Nirvana, Smells Like Teen Spirit. Aku mengeluh lesu. Aku rasa macam nak menangis
pun ada.

Selama seminggu aku kesedihan. Aku tak lalu makan. Selalunya kalau aku sedih
macam ni, Zila akan pujuk aku supaya jangan bersedih, tapi Zila tak ada. Kalau aku nak
jumpa dia untuk mengadu nasib, aku terpaksa ke Central Market.

Nizam Zakaria - Halimunan 88


Sanisah menelefon ku. Dia tanya kenapa aku senyap sahaja. Dia kata dia mahu
jumpa aku pada hujung minggu ini, tetapi aku kata aku sibuk. Dia kata dia dah berpindah
ke rumah bapanya sebab dia kata dia nak jaga Yusnor.

- But you want to know what?


+ Apa?
- Masa I masuk kat bilik I, segala-galanya bersih dan teratur. Kemudian ada ikan
emas dua ekor. Bila I tanya Yusnor, dia kata tak ada sesiapa yang masuk bilik I tu, sebab
I memang kunci bilik I dari luar. Weird, kan?
+ Ye ke?
- You ni kenapa? Macam tak ada mood jer!
+ Tak ada apa-apa.
- Cakap lah kenapa!
+ Betul tak ada apa-apa.
- Ikan-ikan tu seekor cacat tetapi seekor lagi tu okay jer. Tapi kawan dia selalu
tolong kawan dia yang cacat tu supaya berenang. You know, like they were made for
each other. Cute sangat I tengok.
+ Awak ada beri nama kepada ikan-ikan tu?
- Ada
+ Apa namanya?
- Bomb dan Bass si ikan yang cacat tu dan Betty Boo kawannya.
+ Oh...
- Are you okay?
+ Biasa jer.
- Esok you nak ke mana?
+ Pergi melawat Miss Lee.
- Oh ya, dia sakit... So you dah jumpa dia ke belum?
+ Tak sempat sebab sibuk sangat.
- Jadi selama ini siapa yang jaga dia?
+ Zila dan Suzi.
- Sakitnya dah reda?
+ Okay kot sekarang. Dah beransur pulih. Esok giliran saya untuk jaga dia.
- I ikut sekali, boleh?
+ Hemmm...
- Boleh ke tak?
+ Boleh.
- Pukul berapa?
+ Tengah hari. Saya nak bawak bekal makanan yang mak saya masakkan untuk
dia.
- Nanti I ambil you kat tempat tinggal you, ya? Kita pergi sama-sama ke sana.
+ Okay.

Aku termenung sendiri. Aku tak tahu jika aku berani untuk berhadapan dengan
Sanisah dan bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak mahu memberitahu ku yang dia
akan menyambungkan pelajarannya tidak berapa lama lagi. Kenapa hal ini mahu

Nizam Zakaria - Halimunan 89


dirahsiakan dari ku. Adakah kerana aku ini sekadar tempat untuk dia lepaskan rasa
bosannya seperti kawan-kawannya yang lain? Entah lah....

Nizam Zakaria - Halimunan 90


Kaset istimewa rakaman suara bayi bernama Masdor

Sanisah tiba tepat pada masanya, menunggu ku di bawah flat. Dia senyum, aku balas
dengan senyuman tawar. Dia menjemput ku masuk ke dalam kereta.

Kenapa you tercegat jer tadi? Kenapa tak terus masuk? Macam tak biasa je.

Sorry. Kata ku perlahan. Aku keluarkan headphone dari kedua belah telinga ku.
Tadi aku dengar lagu bertajuk One dari kumpulan U2 yang telah aku muat turun ke alat
pemain mp3 iPod Shuffle ku. Kini apabila masuk ke dalam kereta aku dengar lagu
Robbie Williams, Tripping. Lagu bertukar, mood aku tetap sama.

So, Miss Lee tinggal di mana?

Chow Kit.

Lah... Dekat saja dengan tempat I.

Ya, dekat jugak. Awak boleh park kat tempat awak lepas tu kita jalan kaki ke
sana.

Okay.

Aku kemudian mendiamkan diri ku. Aku tak tahu mengapa aku berperasaan
begini. Mungkin aku masih memarahinya. Aku memarahinya tetapi aku tidak mungkin
tak dapat meluahkan perasaan ku ini kepadanya, kerana aku menyayanginya. Aku selalu
macam ni. Kalau aku marahkan mak ayah sekali pun, aku akan diam sahaja. Mak kata
sebab aku kuat merajuk. Kadangkala aku rasa mak lagi suka kalau aku mengamuk dan
marah-marah. Pernah sekali dia cakap aku patut luahkan perasaan aku kalau aku marah,
bukan simpan-simpankan, tapi aku tak boleh. Aku tak mampu untuk melakukan itu
semua. Ketika aku berumur 13 tahun, ayah janji nak bawak aku pergi ke Sunway Lagoon
masa cuti sekolah, tapi last last, dia tak bawak aku pun ke sana. Aku tak bercakap
dengannya selama sebulan. Aku hanya kembali bercakap dengannya bila dia serahkan
aku sekeping pita rakaman yang telah disimpannya baik-baik selama ini...

Pita rakaman ini istimewa baginya. Aku tahu, selain dari gitarnya, inilah harta
yang paling berharga baginya.

Pita rakaman ini terkandung suara ku ketika aku baru dilahirkan sehingga aku
berusia setahun. Ayah menggunakan alat rakamannya lalu merakamkan suara ku ketika
ketawa dan menangis. Jika aku mendengar rakaman ini betul-betul, ada kalanya aku akan
mendengar suaranya mengucup dahi mak dan memberitahunya betapa dia menyayangi
diri ku dan mak. Dalam beberapa segmen yang lain, aku akan mendengar dia
mendodoikan aku dengan lagu yang diciptanya sendiri. Bagi aku, ada di antara lagu-lagu
yang dinyanyikannya ini adalah lagu-lagu yang paling indah sekali yang pernah aku
dengar. Aku tak mengerti mengapa dia mempersiakan bakat yang dia ada. Dia seharusnya

Nizam Zakaria - Halimunan 91


meneruskan kerjanya sebagai pemuzik agar lagu-lagu yang diciptanya tidak akan
terkubur begitu sahaja.

Aku rasa kalau ayah jadi pemuzik, aku rasa mungkin kehidupan kami tak akan
jadi macam ini. Aku rasa dia akan jadi seorang komposer terkenal seperti M. Nasir. Aku
rasa bila dia mati nanti, namanya akan terus disebut-sebut sampai bila-bila. Mungkin
itulah yang dia mahu dan apabila cita-citanya tak terlaksana, dia menjadi manusia gelas
separuh kosong seperti yang aku lihat kini.

Kenapa you nampak macam tak ada mood jer? Tanya Sanisah sambil
merendahkan volum radio.

Bapak saya tak balik... Dah tiga hari dia tak balik. Mak saya risau. Saya
kasihankan mak saya. Hari-hari dia tunggu bapak saya balik. Tapi dia tak balik-balik
jugak. Saya tak tahu jika mereka bergaduh ke apa, tapi bapak saya macam tak mahu balik
lagi ke rumah.

Awak tahu di mana dia sekarang?

Saya tahu... Dia dengan perempuan lain. Penyanyi kelab dangdut.

Oh...

Dia sayangkan perempuan tu. Saya rasa mak saya dah lama tahu tapi dia buat-
buat tak tahu.

Sorry to hear that.

Saya kesian kan mak saya...

I know.

Sanisah memegang erat tangan ku buat beberapa ketika. Aku meletakkan


tangannya ke stereng. Aku menyuruhnya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada
pemanduannya.

I hope everything will be okay.

Ya, saya harapkan begitu juga. Kata ku. Dia tidak tahu selain dari hal ayah, kepala
aku berserabut memikirkan tentang halnya juga.

Aku memandang ke luar tingkap. Aku dapat melihat suasana sibuk kota Kuala
Lumpur pada tengah hari Sabtu seperti ini. Ramai yang tak kerja pada hari-hari seperti
ini. Satu masa dahulu, aku, mak dan ayah selalu keluar pada masa-masa begini. Kami
akan keluar ke pusat membeli belah walaupun kami tak membeli apa-apa. Aku rasa

Nizam Zakaria - Halimunan 92


bahagia sangat pada waktu itu. Tapi sekarang semuanya tak sama. Kami bertiga bawa diri
masing-masing.

Aku kasihankan mak. Aku lihat dia hanya diam sahaja. Dia langsung tak bersuara
kepada ayah. Aku tahu dia sedih. Dia sayang kepada ayah. Tapi dia hanya menerima
sahaja apa yang dilakukan ayah kepadanya. Dia seperti memakan segala-gala keperitan
yang ada di dalam hidupnya agar orang lain bahagia terutamanya ayah. Aku tak tahu
kenapa dia sanggup buat begini kepada dirinya. Aku rasa ayah telah meninggalkannya
sebab ini. Ayah tidak tahan mak hanya menerima sahaja segala keburukan yang ada di
dalam dirinya tanpa sedikit pun menegur. Mungkin segala teguran ini tidak pernah datang
dari mak kerana mak hanya berdiam diri. Mungkin sebab itulah mak tak suka aku
berdiam diri jika aku marah, kerana dia tidak mahu aku jadi sepertinya.

Kami tiba ke flat yang didiami Miss Lee kira-kira dua puluh lima minit kemudian.
Keadaan flatnya ini agak usang, mungkin kerana ia telah lama dibina. Ia pasti pernah
mengalami masa kegemilangannya apabila ia nampak cantik dan dijaga dengan rapi.

Di bahagian bawah flat ini aku dapat melihat beberapa orang bangsa Afrika
sedang berkumpul dan berbual sesama mereka. Aku tak tahu apa yang mereka lakukan di
sini, begitu jauh dari negara mereka. Aku masih kurang pasti kita mereka datang ke sini
untuk belajar atau bekerja. Apa yang pasti, jumlah mereka di kawasan ini agak ramai.

Kami berdua naik lif ke tingkat 7. Di dalam lif aku dan Sanisah hanya saling
berpandangan sebelum dia merapatkan dirinya kepada ku lalu mengucup bibir ku dengan
pantas.

I just like to see you blushing like that. You tahu kan, I mula jatuh hati kat you
sebab muka you berubah merah bila I mula-mula cium you dulu? You looked so cute and
innocent! Like a small child.

Aku menghela nafas ku. Pintu lif terbuka. Aku berjalan ke arah rumah Miss Lee.
Aku mengetuk pintunya lalu memberitahunya aku sudah sampai dan aku akan membuka
pintunya.

Aku keluarkan salinan kunci rumah Miss Lee yang telah diserahkan Zila kepada
ku malam semalam. Aku buka pintu rumahnya. Aku dapati Miss Lee ada di dalam
menunggu ketibaan kami. Rumahnya kelihatan tersusun cantik walaupun ia dihiasi
dengan pelbagai jenis perhiasan dan parabot dari tahun 60an. Aku rasa seperti aku masuk
di dalam satu ruang masa yang begitu asing bagi ku.

Miss Lee tersenyum ke arah kami. Dia nampaknya terus dapat mengenali Sanisah
yang pernah datang ke kedainya untuk menjual koleksi rekod-rekod lama kepunyaan
ibunya.

I dah agak mesti you berdua jadi couple punya, macam itu cerita Serendipity!

Nizam Zakaria - Halimunan 93


Tubuh Miss Lee susut sejak kali terakhir aku berjumpa dengannya. Dia tidak
memakai make-up dan rambut palsu yang sering dipakainya. Dia kelihatan seperti mana-
mana lelaki tua berbangsa Cina yang sering aku lihat. Aku rasa baru sekarang aku dapat
tahu bahawa kepalanya botak di tengah. Aku rasa dia lebih cantik dengan keadaannya
berhias.

Aku ke dapur. Aku keluarkan makanan-makanan yang disediakan mak untuk


Miss Lee. Bubur Lambok dan cucur kodok. Aku letakkan ke dalam pinggan, kemudian
aku hidangkan untuk Miss Lee di meja makan.

Sanisah membantu Miss Lee bangun. Aku ke dapur untuk sediakan air minuman.
Apabila aku kembali ke meja makan, aku dapati Sanisah sedang menyuapkan Miss Lee
makan. Aku duduk bersama mereka di atas meja. Aku toleh ke tepi. Aku dapati Miss Lee
telah meletakkan ubat-ubatannya di situ.

I kena makan 15 tablet satu hari. Satu minggu kena makan 105 tablet. Katanya.
Kemudian dia suruh capai sebotol ubat yang tertulis perkataan Zalcitabine di atasnya.
Dia keluarkan beberapa biji tablet dari botol tersebut. Tabletnya besar. Aku tak tahu
bagaimana dia mampu menelannya.

Miss Lee sakit apa ni? Kenapa banyak sangat ubat?

I dapat tahu I HIV positive since 1994. Masa tu I ingat I will die of AIDS straight
away. Tapi I hidup sampai sekarang. Tapi I tak tahu sampai bila I akan hidup dengan
keadaan I selalu sakit-sakit macam ini.

Jangan cakap macam tu Miss Lee. Kata ku kepadanya. Sebenarnya aku masih
berada dalam keadaan terkejut. Sanisah mengambil kertas tisu yang ada di atas meja
makan untuk mengelap mulutnya.

I dah beritahu kepada Miss Lee tadi I akan cuba menjaganya setiap hari. Lagipun
rumah I dekat.

Tapi sampai bila? Tanyaku tiba-tiba.

What do you mean by that?

Aku menggigit bibir ku. Miss Lee memandang ke arah ku seolah-olah menunggu
jawapan dari ku.

Saya tahu awak akan bertolak ke UK tak lama lagi.

Siapa yang beritahu you fasal ni? Yus ke?

Awak dah beritahu kepadanya jangan sampai saya tahu fasal ni kan?

Nizam Zakaria - Halimunan 94


Sanisah tidak menjawab. Wajahnya pucat.

Kenapa tak nak beritahu?

Dah lah, jangan gaduh-gaduh! Pinta Miss Lee. Masdor, you duduk sana. Duduk
diam-diam.

Aku menurut perintahnya. Aku duduk di kerusi sofanya sambil menonton


rancangan Astro saluran Wah Lai Toi. Aku tak tahu apa yang aku tonton. Aku duduk
diam sahaja. Dalam diam-diam ku, aku menangis. Air mata ku jatuh membasahi pipi ku.

Masdor! Kata Sanisah dengan nada serba salah.

Biarkan dia. Ujar Miss Lee perlahan.

Aku menangis kerana aku tak tahan melihat keadaan Miss Lee sekarang. Aku
menangis kerana keretakan hubungan di antara mak dan ayah. Aku menangis kerana
Sanisah tidak mahu berterus terang dengan ku.

Nizam Zakaria - Halimunan 95


Sid

Ketika bekerja aku banyak termenung. Jika tak termenung aku akan memandang ke arah
handphone ku. Aku sedang menunggu jika ada sesiapa yang akan menelefon ku atau
menghantar SMS kepada ku. Tapi tak ada. Pada malam itu aku sekadar melayan
pelanggan-pelanggan yang datang membeli dengan wajah kosong. Kalau aku senyum
pun, senyuman ku tawar tanpa makna.

Pagi tadi ayah balik. Mak tak cakap apa-apa. Agaknya dia bersyukur ayah balik
juga akhirnya. Aku tanya dia ke mana dia pergi. Dia tak jawab. Aku kata kalau dia tak
jawab aku nak pecahkan gitar dia. Aku rasa ayah tercengang bila dia dengar aku cakap
macam tu. Mak tarik aku ke tepi. Dia tak mahu aku bergaduh dengan ayah. Dia suruh aku
masuk dalam bilik.

Dalam bilik aku menangis. Aku tak tahu bagaimana aku boleh marah sampai aku
tengking dia macam tu. Mungkin sebab aku tak suka apa yang telah dilakukannya kepada
mak.

Prasasti cuba memujuk ku. Dia duduk di atas paha ku. Kemudian aku usap
kepalanya. Dia memberitahu ku supaya jangan bersedih.

Dia tanya kepada ku tentang Sanisah. Aku kata aku masih tidak mahu bercakap
dengannya. Dia kata aku tak patut merajuk macam ni. Tapi aku kata aku merajuk hanya
kepada orang-orang yang aku sayangi dan aku menyayanginya.

Aku menoleh ke arah Halim. Aku beritahunya aku perlu ke tandas. Dia tidak
menjawab. Aku suruh Pravathi supaya menjaga kaunter. Aku keluar dari kaunter lalu
meninggalkan 7Eleven untuk ke tandas yang terdekat.

Ketika aku berjalan di sebelah Planet Hollywood, aku dapat melihat seorang
pemuda India cuba berbual dengan Uncle Chandran. Pemuda itu dengan bersungguh-
sungguh cuba mendapatkan Uncle Chandran supaya memandang ke arahnya ketika dia
sedang bercakap, tetapi Uncle Chandran memandang ke tempat lain seolah-olah dia tidak
memahami. Anjing Uncle Chandran pula memandang ke arah ku. Dia masih mengenali
ku. Ekornya dilibaskan ke kiri dan ke kanan.

Aku berjalan ke tandas. Selepas aku menggunakan tandas aku mahu kembali ke
tempat kerja ku. Aku dapat melihat pemuda tadi sedang duduk di restoran Sbarro sambil
minum secawan kopi. Wajahnya nampak sedih.

Aku mengambil keputusan untuk mendapatkannya. Aku perlu kenal dia siapa.

Nama saya Masdor... Saya nampak encik berbual dengan Uncle Chandran tadi.

Nama aku Siddharthan. Panggil saja Sid. Tak payah berencik-encik dengan aku...
Eh duduk lah.

Nizam Zakaria - Halimunan 96


Aku duduk di hadapannya. Seorang pelayan cepat-cepat membawa menu. Aku
kata aku tak nak minum.

Jadi, apa hubungan Sid dengan Uncle Chandran?

Aku anaknya.

Apa?

Ya, aku anaknya. Anak sulungnya.

Jadi apa yang berlaku tadi?

Aku pujuk dia supaya ikut aku pulang... Tapi dia tak mahu.

Kenapa pulak?

Entahlah Masdor... Tapi aku tak suka lihat dia berkeadaan begini. Saudara mara
aku pun tak suka lihat dia merayau-rayau di sini. Mereka risau melihat keadaannya.

Dah berapa lama dia jadi begini?

Sejak 7 tahun yang lepas...

Apa yang sebenarnya berlaku?

Panjang ceritanya...

Saya sedia mendengar.

Kenapa?

Kerana saya selalu bertemu dengannya tapi saya tak kenal siapa dirinya yang
sebenar...

Dia pernah menjadi seorang peguam...

Peguam?

Ya... Seorang peguam terkemuka di KL ini.

Jadi... Kenapa dia jadi macam ini?

Dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya... Dia mabuk pada ketika itu.

Nizam Zakaria - Halimunan 97


Dia mabuk?

Ya... Dia minum dan dia mabuk. Mak meninggal dunia dalam kemalangan itu.
Apabila dia sedar dari komanya, dunianya hancur di hadapannya. Dia tidak boleh terima
kenyataan yang telah berlaku ke atas dirinya. Perlahan-lahan dia jadi begini.

Uncle Chandran suka kepada Jalaluddin Rumi?

Ya... Dia banyak habiskan masanya membaca puisi-puisi Rumi.

Jadi Sid datang ke sini untuk mencarinya?

Tidak... Aku nampak dia lalu lalang di sini tadi ketika aku makan dengan client
aku. Aku tak sampai hati melihat dia berkeadaan seperti ini. Lagipun dia ayah.

Saya faham...

Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan lagi... Fikiran aku buntu. Kata Sid. Dia
memegang cawan kopinya. Aku lihat wajahnya sedih berselubung duka. Beberapa saat
kemudian dia mengesat air matanya.

Saya kerja di 7Eleven... Ada kalanya Uncle Chandran akan datang menemui saya
kalau dia lapar. Saya akan belikan dia makanan.

Terima Kasih, Masdor. Ucapnya sambil tersenyum.

Saya perlu pergi. Kataku sambil menudingkan jari ku ke 7Eleven. Dia


mengangguk lesu. Kami bersalaman sebelum aku pulang ke tempat kerja.

Pada pagi itu selepas kerja aku terus ke rumah abang Zamani. Aku telah berjanji
kepadanya untuk membawa beberapa barang makanan ringan yang telah dipesan
olehnya.

Aku ketuk pintu rumahnya dan memberi salam. Abang Zamani bukak pintu. Dia
termengah-mengah. Hari ini dia kerja di rumahnya jadi dia tak keluar rumah. Aku bawa
barang-barang yang dipesannya ke dapur. Dia kata wang untuk ku ada di dalam sampul
surat di atas peti ais. Aku ambil sampul surat itu. Aku buka isinya. Ada wang 50 ringgit.
Aku kata aku tak ada duit tukar, tapi dia suruh aku simpan wang selebihnya.

Aku lihat dia sedang duduk di kerusi malasnya. Dia sedang menonton rancangan
CNN dengan laptop diletakkan di atas pahanya. Aku keluarkan dia biji mangkuk. Aku
masukkan cornflakes kegemarannya ke dalam kedua biji mangkuk ini lalu aku tuangkan
susu.

Aku duduk di atas kerusi sofa lalu meletakkan sebiji mangkuk di atas meja
untuknya dan sebiji mangkuk lagi untuk ku.

Nizam Zakaria - Halimunan 98


Aku makan cornflakes yang aku sediakan untuk diri ku sambil menonton
rancangan CNN. Apabila aku menoleh ke arahnya, aku dapati dia senang sibuk
menjawab e-mail.

Bagaimana dengan hubungan kau dengan Sanisah sekarang? Tanya abang Zamani
tiba-tiba kepada ku.

Entah.

Entah apa pulak ni?

Masing-masing senyap jer...

Dah berapa lama kau macam ni dengan dia?

Seminggu.

Jangan buat segala kesilapan yang telah aku lakukan kepada ibunya dulu,
Masdor...

Tapi saya rasa, walau apa pun saya lakukan, dia tidak akan menjadi milik saya.

Dia bukan untuk dimiliki, Masdor. Dia hanya perlu kau sayangi.

Saya memang sayang dia, bang.

Kalau kau sayang dia, di mana sahaja dia berada, kau akan tetap sayang dia.

Tapi saya tak tahu kalau dia sayang saya ke tak...

Kau tak akan tahu sampai bila-bila selagi kau tak mampu untuk baca isi hatinya.

Prasasti mempunyai alat untuk membaca hati manusia. Kenapa aku tak terfikir
tentang ini?

Terima kasih bang! Kataku dengan pantas. Aku cepat-cepat memakan cornflakes
sampai habis. Kemudian aku terus ke dapur untuk membasuh mangkuk yang aku
gunakan.

Kau tergesa-gesa ni nak ke mana, Masdor?

Saya nak mintak tolong dari Prasasti!

Prasasti?

Nizam Zakaria - Halimunan 99


Ermm... Tak ada apa-apa. Kata ku pantas. Aku mengucapkan selamat tinggal
kepadanya. Aku perlu pulang. Aku mahu berjumpa Prasasti secepat mungkin. Aku perlu
pertolongan darinya sekarang lebih dari aku perlukan pertolongannya sebelum ini!

Nizam Zakaria - Halimunan 100


Kebenaran itu menyakitkan!

Apabila Prasasti tanya kepada ku apa yang aku akan aku buat dengan “Alat Membaca
Minda”nya, aku terus terang memberitahunya aku mahu tahu jika Sanisah betul-betul
sayang kepada ku. Dia kata aku mahu mengambil jalan pintas. Aku memberitahu
kepadanya aku tidak mempunyai jalan lain. Tak berapa lama saja lagi, Sanisah akan
bertolak ke England.

Prasasti memberitahu ku aku mungkin tidak mahu menggunakan alat ini kerana
kebenaran itu ada kalanya menyakitkan. Alat ini kelihatan seperti ketayap.

Mana kau tahu ini semua? Aku bertanya kepadanya kembali.

Dia menyerahkan alat yang kelihatan seperti ketayap itu lalu meminta aku
membaca label amaran di belakangnya --

AMARAN: KEBENARAN ITU MENYAKITKAN!

Aku menjeling ke arahnya. Aku simpan “Alat Membaca Minda” ke dalam beg ku.
Aku cuit dia. Dia melatah: EH, SAKIT SAKIT NENEK KAU MELETOP! Aku ketawa.
Dia berdecit kerana aku buat dia melatah. Tapi aku rasa dia tidak kisah sebab dah lama
aku tak buat dia melatah begitu.

Aku telefon Sanisah. Dia jawab panggilan ku. Aku beritahu kepadanya aku mahu
berjumpa dengannya pada malam ini. Dia kata sepatutnya aku beritahu awal-awal kerana
dia ada temu janji dengan rakan-rakannya. Aku kata aku tak kisah, aku tetap mahu
berjumpa dengannya malam ini juga. Dia kata boleh tapi pada pukul 12 tengah malam.
Dia sarankan agar kami bertemu di Bintang Walk. Aku tak kisah, di mana-mana pun
boleh.

Sanisah ada tanya aku jika aku masih marahkan kepadanya. Aku cakap tak. Aku
okay jer.

Jadi pada malam itu aku tunggu dia di depan pintu masuk Lot 10 pada tepat jam
12. Dia tak sampai-sampai juga walaupun jam menunjukkan pukul 12.40 pagi. Aku cuba
hubungi dia, tapi aku dapati dia tidak menjawab panggilan telefon ku. Dalam kebosanan
aku bukak beg aku lalu aku pakai “Alat Membaca Minda” yang nampak macam ketayap
tu. Bila aku pakai, orang yang lalu lalang toleh kat aku. Mungkin diorang ingat aku sesat
jalan.

Comelnya ustaz ni! Ujar seorang abang polis di dalam hatinya yang isinya dapat
ku baca. Dia memandang ke arah ku dengan wajah bengis. Aku cepat-cepat memandang
ke arah lain. Aku terpandang ke arah seorang pelancong mat saleh yang sedang berjalan
di sebelah seorang gadis Melayu yang bertubuh kecil. Si mat saleh tua tu sedang
memikirkan perkara yang bukan-bukan yang ingin dilakukannya di dalam bilik hotelnya

Nizam Zakaria - Halimunan 101


sebentar lagi. Seorang mat rempit dengan aweknya berhenti di hadapan simpang jalan. Si
awek risau kerana dia dah seminggu lewat datang haid dan si balak pula risau sebab dia
dah kehabisan wang untuk hantar ke kampung bulan ini. Apabila aku pandang ke
belakang, aku dapat melihat seorang pemuda Cina yang sedang memikirkan jalan untuk
dia memikat seorang gadis yang baru sahaja dikenalinya semalam...

Sorry I lambat. Ujar Sanisah tiba-tiba muncul di hadapan aku. Aku tak dapat
membaca fikirannya. Apabila aku mendekatkan diri ku kepadanya aku dapat mencium
bau alkohol. Dia mabuk.

Awak ke mana ni. Awak tahu dah pukul berapa ni?

Tahu. Katanya lalu duduk di sebelah ku.

Awak memandu ke sini?

No, my friend dropped me off. I dari Zouk.

Awak minum? Tanya ku. Dia tidak menjawab soalan ku itu. Matanya terus ke
arah lampu isyarat yang membenarkan pejalan kaki berjalan melintasi jalan.

Saya nak hantar awak balik lah macam ni. Kata ku dengan tegas. Aku pegang
tangannya. Aku bawa dia ke tempat menunggu teksi yang terdekat.

You don’t have to do this, you know!

Awak tak faham-faham lagi kan yang saya sayang dengan awak?

I’m not worth it, Masdor. You ni budak baik...

Aku mengeluh. Aku tahan teksi. Sebuah teksi berhenti di hadapan kami.

I tak nak balik! Getus Sanisah sambil memandang ke arah ku dengan


mengharapkan aku dapat memahami.

Tapi kenapa?

Yusnor cannot see me like this.

Okay. Saya faham.

Aku bawa Sanisah masuk ke dalam teksi. Aku suruh pemandu teksi bawa kami ke
Jalan Scott yang terletak di Brickfields. Aku hantar SMS kat Yusnor. Aku beritahunya
kakaknya ada bersama aku. Dia akan tidur di rumah Zila dan Suzi malam ini. Kemudian
aku telefon Zila. Aku tanya kalau aku boleh lepak rumahnya. Aku cakap aku akan datang
bersama Sanisah. Dia kata dia tak kisah. Lagipun dia dan Suzi ada maraton DVD malam

Nizam Zakaria - Halimunan 102


ni. Mereka akan tonton DVD sampai pagi. Selepas itu aku hantar SMS pendek kepadanya
untuk mengatakan Sanisah berada dalam keadaan mabuk...

Sorry kalau I menyusahkan you.

Pakcik pemandu teksi aku dapati sedang memikirkan yang bukan-bukan. Dia fikir
aku dah mabukkan Sanisah dah tu aku nak bawak dia balik untuk ajak projek. Dia maki
hamun aku di dalam hati.

Apa salah saya kat awak sampai awak buat saya macam ni? Tanya ku dekat ke
telinganya.

What do you mean by that?

Bila awak akan terbang ke UK?

Sepuluh hari lagi...

Aku menghela nafas ku dalam-dalam. Si pakcik teksi sedang membuka lagu


dangdut Aku Semut Merah yang dibawakan oleh Meggy Z. Dia menggoyang-goyangkan
kepalanya. Lagu ini tiba-tiba sahaja membuat aku rasa sedih.

Aku memandang ke arah Sanisah. Dia tertidur di bahu ku. Aku mengusap
rambutnya. Aku tak tahu mengapa dia harus jadi begini dan mengapa aku terus
menyayanginya walaupun aku tahu dia begini.

Sesampainya kami di hadapan kondominium Zila dan Suzi, aku terus


mengejutkan Sanisah. Dia menguap. Aku keluarkan dia dari perut teksi.

Ketika aku sedang membayar harga tambang teksi, Sanisah termuntah di tepi
jalan. Aku cepat-cepat mendapatkannya. Aku mengurut tengkuknya. Aku keluarkan sapu
tangan ku. Aku lap mulutnya.

Zila cepat-cepat mendapatkan Sanisah apabila dia membuka pintu rumahnya.


Wajah Sanisah pucat. Suzi pula menyediakan kopi di dapur. Zila meminta aku menutup
pintu apabila dia menyuruh Sanisah duduk di kerusi sofa.

Rancangan The L Word dari musim kedua terus bermain di kaca TV. Siri fasal
lesbian ini datangnya dari koleksi DVD yang baru sahaja Suzi pesan melalui
Amazon.com. Aku tak ada mood nak tonton TV, jadi aku berjalan ke arah balkoni yang
menghadap ke arah Kuala Lumpur. Dari situ aku termenung memandang ke arah Stesen
Kereta api Kuala Lumpur yang lama, kemudian aku menoleh pula ke arah KL Central.
Suasana Kuala Lumpur kelihatan begitu tenang sekali dari sini. Angin malam sesekali
menyapu pipi ku.

Nizam Zakaria - Halimunan 103


Aku menoleh ke belakang, ke arah ruang tamu. Aku dapati Zila dan Suzi sedang
melayan Sanisah. Aku dapat membaca isi hatinya hati pasangan ini. Mereka saling
menyayangi dan mereka akan melakukan apa sahaja asalkan kebahagiaan yang mereka
kecapi ini berkekalan sampai bila-bila.

Isi hati Sanisah masih kabur. Mungkin dia masih mabuk. Dia dalam keadaan
khayal. Suzi memintanya minum kopi pekat yang disediakan. Sanisah akur.

What happened to her? Tanya Suzi kepada ku di balkoni.

Entah. Dia kata dia baru balik dari Zouk.

You pergi ke sana dengan dia.

Aku mana suka pergi clubbing, ah moi!

Oh, I lupa. Suzi tersenyum. Di dalam kepalanya dia kata aku ni budak baik.
Budak lurus bendul. Bila aku dalami lagi hatinya, aku dapat merasakan rasa gusarnya
terhadap tahap kesihatan Miss Lee. Suzi dan Zila baru sahaja pulang dari rumah Miss Lee
beberapa jam yang lalu. Apabila mereka meninggalkan rumah Miss Lee, keadaan orang
tua itu agak lemah.

Sanisah tidur di sini ya, malam ni? Tanya ku kepada Suzi.

Of course she can stay here. Tak kan I nak biarkan dia ke mana-mana dengan
keadaannya begini?

Aku mengucapkan terima kasih. Zila membawa Sanisah ke bilik air. Dia
menyuruh Sanisah mandi dan tukar pakaiannya yang terkena muntahnya tadi. Sanisah
menurut sahaja tanpa banyak soal. Setelah selesai Sanisah mandi, Zila menyuruhnya
masuk tidur di bilik tamunya.

Sanisah terbaring di atas katil. Zila menyelimutinya lalu membiarkan aku di


dalam bilik bersamanya.

Awak dah okay ke belum?

Okay kot... But I think I’m going to have a terrible hangover tomorrow!

Jangan buat macam ini lagi. Please!

I tak boleh janji... I memang macam ini. Itu pun you masih suka dengan I. I just
don’t get it. You budak baik, Masdor. You deserve someone far better than me.

Saya tahu awak sayang saya. Itu yang penting. Kataku, setelah aku akhirnya dapat
membaca isi hatinya.

Nizam Zakaria - Halimunan 104


No. Stop it. Jangan cakap macam ni. Jawab Sanisah menggelengkan kepalanya.
Dahinya berkerut.

Awak takut saya akan mengecewakan awak. Saya tak akan mengecewakan awak.
Percayalah!

Tapi semua lelaki sama saja!

Saya tak macam tu. Jawab ku pantas. Aku dapat merasakan Sanisah seperti
mempunyai dendam dengan lelaki-lelaki yang muncul di dalam hidupnya. Termasuk aku.
Dia ingin mengecewakan aku. Dia buat dirinya mabuk sebab dia fikir dia boleh buat aku
meninggalkannya macam itu sahaja. Saya bukan macam lelaki-lelaki yang keluar dengan
awak tu.

If that's the case, I've slept with all the men I went out with. I just want you to
know that. With every one of them except you.

Saya tahu. Jawab ku perlahan sambil menelan air liur ku. Aku tahu dia bercakap
benar. Aku juga tahu dia memberitahu kepada ku tentang perkara ini untuk menyakiti hati
ku. Tapi macam saya katakan tadi, saya bukan macam mereka. Tentu awak dah tahu
tentang hal ini dari mula-mula lagi...

Why do we always hurt the ones we love, Masdor? Dia bertanya kepada ku.
Melalui “Alat Membaca Minda”, aku dapat tahu bahawa Sanisah sebenarnya sedang
memikirkan tentang bapanya ketika kalimah-kalimah ini diluahkan olehnya.

Awak fikir bila awak ke England nanti, awak akan dapat tinggalkan segala-
galanya. Awak fikir awak boleh membina satu kehidupan baru di sana dengan melupakan
segala-galanya di sini. Saya tahu awak memang dah berniat untuk tidak mahu pulang lagi
ke sini! Kata ku satu persatu. Kebenaran yang dibentangkan ke dalam kepala ku oleh
“Alat Membaca Minda” tentang Sanisah cukup menyakitkan. Hatiku sekarang terasa
seperti dihiris-hiris.

Siapa yang beritahu you? Siapa?!

Tak penting tu semua. Saya cuma nak beritahu kepada awak yang saya juga
sayangkan awak. Awak tak perlu ragu-ragu lagi. Kalau awak lari ke hujung dunia pun
saya akan tetap cari awak.

Sanisah memalingkan tubuhnya ke arah dinding. Aku berdiri lalu berjalan ke luar
bilik. Aku tutup lampu. Sebelum aku tutup pintu, aku beritahu kepadanya bahawa aku
menyayanginya dan tidak ada apa yang dapat dilakukannya untuk membuatnya
mengubah rasa sayang ku ini kepadanya kecuali jika dia sendiri berhenti untuk
menyayangi ku.

Nizam Zakaria - Halimunan 105


Diari Sanisah

Aku pulang dari rumah Zila dan Suzi pada malam itu juga. Aku rasa, lebih baik jika aku
biarkan Sanisah di situ. Lagipun, Zila dan Suzi boleh menjaganya dengan baik. Aku perlu
beri Sanisah masa untuk memikirkan kembali apa sahaja yang telah aku luahkan
kepadanya. Sekurang-kurangnya sekarang aku tahu dia menyayangi ku.

Aku pulang ke rumah. Aku dapati ayah masih menonton TV. Dia tak dapat tidur.
Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Pintu bilik tidurnya terbuka luas. Aku jenguk
ke dalam. Aku dapati mak tak ada di situ.

Mak mana, Yah?

Dia dah bawak dirinya ke rumah nenek kau. Jawabnya dengan selamba.

Aku mengeluh. Aku masuk ke dalam bilik. Aku dapati Prasasti sedang menonton
rancangan telenovela dari Mexico. Aku tak tahu saluran mana yang ditontonnya.
Tangannya memegang kertas tisu. Sedih kononnya.

Mereka bergaduh ke tadi? Tanya ku kepada Prasasti.

Siapa?

Mak dan ayah.

Tak. Senyap jer, u’olls.

Bila mak keluar dari rumah.

Pukul 9.

Aku berdecit lalu duduk di atas kerusi. Aku terpandang ke arah diari Sanisah yang
telah aku kembarkan. Aku malas membaca, sebab itulah aku tak baca-baca diarinya itu
sehingga ke hari ini. Aku membelek-belek diari itu sambil menciumnya. Aku dapat cium
bau minyak wangi yang selalu dipakai Sanisah bercampur dengan bau rokok. Belum apa-
apa lagi aku sudah merindukannya.

U’olls patut baca apa yang ditulisnya.

Buat apa? Kau dah baca ke?

Dah, katanya.

So? Apa isi kandungannya?

Nizam Zakaria - Halimunan 106


U’olls kena baca sendiri, kaedahnya!

Aku ambil diari itu lalu aku baring di atas katil. Aku buka diari tetapi aku tak tahu
di mana aku hendak mula membaca. Jadi aku selak ke beberapa muka surat terakhir diari
ini.

Julai 25

Aku perlu jual rekod-rekod mama yang aku simpan di dalam bilik. Dulu, ketika papa
membuang segala-galanya yang mengingatkan dia kepada mama, dia mahu membuang
rekod-rekod ini, tetapi aku tidak membenarnya. Aku mahu menyimpan rekod-rekod ini
kerana ini sahaja barang-barang kepunyaan mama yang dapat mengingatkan aku
kepadanya.

Malam semalam aku telah mengambil keputusan ini because I want to move on. Aku
perlu terus hidup tanpa membiarkan memori mama terus menghantui ku. Biarlah aku
hanya mengingatinya di dalam hati.

Tengah hari tadi aku ke Central Market. Aku ke sebuah kedai barang-barang antik,
Theresa Forever nama kedainya. The owner, Miss Lee beli semua rekod-rekod yang aku
bawa. Dia tanya aku kalau aku ada rekod-rekod macam ini lagi, aku kata ada, jadi aku
tinggalkan nombor telefon ku kepadanya. Aku dapat sedikit wang dari penjualan rekod-
rekod mama. Memang aku rasa sedih, tetapi sekurang-kurangnya akan ada orang yang
akan membeli rekod-rekod lama mama lalu menikmatinya sebagaimana mama pernah
menikmatinya dahulu.

Julai 27

Aku terima panggilan telefon dari seorang budak lelaki bernama Masdor. He’s weird.
Weird enough to buy mama’s records. Nama dia Masdor. Dia kata dia ada terjumpa
gambar mama dalam sampul rekod Sanisah Huri yang dibelinya dari Teresa Forever. Dia
mati-mati nak berjumpa dengan aku. I said why not. Lagipun aku tak buat apa sangat.
Jadi aku suruh dia jumpa aku petang esok. Pukul 3.

Julai 28

Masdor turns out to be cute!!! Dia datang dengan kawan dia Zila. Masdor serahkan
kepada aku satu-satunya gambar mama yang masih wujud. I thought of crying when I
saw the picture, but I kept my cool. Bila dia tanya fasal mama, aku terus beritahu
kepadanya mama mati kerana bunuh diri (I still can’t figure out why I did this).
Somewhere along the line, he told me that he likes me. That was fast! So, I told him that
is he likes me so much, he should pierce my tongue. Guess what? He actually did what I
asked him to do! So, aku rasa dia memang suka kat aku.

Nizam Zakaria - Halimunan 107


The process was painful, tapi tak kisahlah. He did a good job. Bila papa pulang dari
pejabat, we didn’t talk, so he hasn’t realised yet about my pierced tongue.

I’m still thinking about mama. Gambar yang Masdor beri made me realised how happy
she was back then. But how can I forget the day when she finally made the decision to
end her life? Hari tu, dia sediakan kami sarapan, but she was awfully quiet to papa. Papa
bawa Yusnor bersamanya ke The Mall sebab papa kata dia nak beli majalah. Aku duduk
di dalam bilik sambil melukis.

Mama didn’t say a word to me when I caught her opening the window. Dia hanya
memandang ke arah ku kemudian dia cepat-cepat meloncat keluar. There was no drama
to it macam yang selalu kita lihat dalam filem. Dia terjun, I screamed to call out her name
and that was that. Bila aku turun ke bawah, aku dapat lihat kepalanya berdarah dan
terpusing ke belakang. Matanya masih terbuka. Aku cuba peluk dia. Seorang lelaki
menarik tubuh ku. Aku menjerit sehinggalah dia melepaskan tubuh ku. Aku tutup mata
mama. Aku menangis. Aku salahkan diri aku kerana telah menyebabkan dia bunuh diri.

Aku sayangkan mama. Sekarang aku tahu kenapa dia terjun pada hari itu. Dia terjun
kerana papa yang disayanginya telah mengecewakannya. Dia tidak mampu hidup lagi
dengan apa yang diketahuinya tentang perbuatan papa terhadap diri ku.

Julai 29

Aku pergi ke 7Eleven tempat kerja Masdor untuk serahkan sekotak rekod-rekod lama
kepunyaan mama. Aku beritahu kepadanya tentang projek urban fairy tales aku. Dia
macam minat nak dengar, tapi aku malas nak cerita panjang-panjang. Dia tanya kenapa
aku keluar malam-malam buta untuk jumpa dia, aku cakap sebab papa pissed me off big
time. I told him to fuck off bila dia nampak lidah aku. Dia marah-marah. Dia mengamuk.
I told him that I can do whatever to my body. Nak tattoo ke nak pierce ke, ini semua hak
aku. Well, maybe not tattoo, but you know where I’m getting at.

Belum sempat aku dapat berbual lama dengan Masdor, aunty Rafidah masuk ke dalam
7Eleven with her usual worried self. Yusnor beritaku kat dia aku ke sini. She was worried
sick about me, I was told. Aku tak beritahu kepadanya kenapa aku mahu lari dari papa.
Aku rasa dia tak tahu sebab sebenarnya. Dia ingat aku marah sebab papa mengamuk fasal
aku lidah aku ni. She’s so naive!

Sampai sekarang dia tak tahu kenapa mama bunuh diri. Seperti orang lain, dia fikir mama
mengalami masalah tekanan mental.

Aunty Rafidah bawak aku pulang ke rumahnya. Dia kata kalau aku nak duduk lama-lama
kat sini pun boleh. I will probably consider her offer afterall.

Julai 30

Nizam Zakaria - Halimunan 108


Aku pergi berjumpa dengan Masdor di Teresa Forever. Aku sempat berjumpa dengan
Zila dan Suzi. Diorang ni couple and they look so happy together. I wonder if I can be as
happy as them with someone I love...

Masdor ajak aku makan malam di Kampung Baru. I still find it difficult to eat, jadi dia
cari tempat yang ada jual bubur. Kemudian dia bawa aku ke Bukit Ampang. Aku tak
pernah tahu ada tempat macam Bukit Ampang ni di KL. Suasana KL nampak cantik
sekali di sini. Too bad I didn’t bring my camera along!

I told Masdor that I’m willing to consider him as my boyfriend, lagipun aku dah janji kat
dia if he’s willing to piece my tongue. Actually I don’t mind, he’s quite good looking and
he has a nice bod (but I don’t think he realised that he’s cute). Dia ni jenis selamba. Jenis
budak baik. You know, the type I won’t hang out with? But Masdor is different. I really
like him. He’s cool I guess but in a dorky way. I cannot help but smile each time he
blushes and goes 'isk!'

In a few hours, I will officially move out of this house. Aku tak sabar lagi untuk
berpindah ke rumah Aunty Rafidah. Aku dah tak tahan lagi dengan papa. I really hate
him.

Aku tak tahu jika aku harus beritahu kepada Aunty Rafidah that she deserves a better
man and that he’s not worth it. Aunty Rafidah terlalu baik untuk papa. Kalau boleh aku
nak beritahu kepadanya dari awal sampai akhir mengapa aku benci dengan papa. Aku nak
beritahu kepadanya bagaimana ketika aku berusia 9 tahun, papa pernah masuk ke dalam
bilik ku dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukannya kepada ku.
Dia telah melakukannya berkali-kali walaupun berlaki-kali aku beritahu kepadanya
supaya berhenti.

Mama telah membunuh dirinya dua hari selepas dia melihat papa berada di atas katil ku
sambil melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh kepada ku. Aku rasa mama telah
melakukan itu semua kerana dia kecewa dengan papa. Aku masih ingat lagi wajah mama
ketika dia masuk ke dalam bilik ku. Wajahnya pucat. Dia nampak kecewa dan sedih.
Buat beberapa saat dia berdiri tegak dan kaku. Kemudian dia menjerit dengan kuat lalu
dia tarik papa dari katil ku. Dia kemudian pukul papa dengan segala tenaga yang dia ada.
Papa keluar dari bilik ku lalu dia menghilang entah ke mana. Mama menangis di dalam
bilik ku. Dia menangis sambil memeluk ku lalu meminta maaf. Aku memintanya supaya
jangan menangis. Berkali-kali pada malam itu dia telah menyalahkan dirinya kepada
segala apa yang telah papa lakukan kepada diri ku.

Aku telah menghabiskan masa awal remaja ku membenci mama. Aku benci kepadanya
kerana dia telah mengambil jalan mudah untuk mengakhiri segala-galanya, sedangkan
aku memerlukannya. Dia sepatutnya melindungi aku dari papa. Sejak akhir-akhir ini, aku
mula memaafi mama. Aku mula mahu menyayanginya kembali walaupun dia sudah lama
meninggalkan aku pergi.

Nizam Zakaria - Halimunan 109


Selepas mama membunuh dirinya, papa tidak lagi cuba menyentuh ku. Aku pula terus
membencinya sehingga ke hari ini. Dia telah membunuh sebahagian dari diri ku dan
mama.

Aku tidak mampu berkata-kata setelah aku selesai membaca diari Sanisah. Aku
memandang ke arah Prasasti. Dia melentokkan kepalanya sambil merenung ke dalam
mata ku.

Dah berapa lama kau tahu tentang hal ini?

Sejak dari mula lagi. Kata Prasasti lalu dia duduk di sebelah ku.

Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?

U’olls perlu tahu sendiri...

Aku tak salahkan Prasasti. Memang aku sepatutnya selidiki hal Sanisah dari awal
lagi. Sekurang-kurangnya sekarang aku faham mengapa Sanisah begitu membenci
bapanya. Aku meletakkan diari Sanisah ke tepi. Aku ambil lukisan-lukisan Sanisah yang
aku ambil dahulu. Kini lukisan-lukisannya dapat aku fahami. Aku mula mengerti
mengapa dalam salah satu lukisan Sanisah, dia telah melukis gambar seorang lelaki
dengan menampakkan kemaluannya. Aku kini sedar mengapa lukisan-lukisan yang telah
dilukisnya dahulu kelihatannya begitu menakutkan...

Nizam Zakaria - Halimunan 110


Album gambar Miss Lee

Aku berdiri di bawah apartmen tempat tinggal Miss Lee. Aku termenung jauh ke
hadapan. Aku sedang menunggu kedatangan Sanisah ke sini. Aku tahu beberapa minit
lagi dia pasti akan sampai ke sini.

Aku memikirkan tentang nasib yang menimpa Sanisah. Aku pasti apa yang telah
dilakukan oleh bapanya banyak mempengaruhi kehidupannya sekarang. Aku marah
kepada bapanya, walaupun aku tak pernah menemuinya. Sekarang barulah aku faham
mengapa Sanisah begitu membenci bapanya itu. Aku kurang pasti jika satu hari nanti
Sanisah apa memaafi bapanya, tetapi jika perkara sama berlaku kepada ku, aku tidak
mungkin dapat memaafkan.

Sanisah mahu melarikan dirinya dari segala-galanya lalu memulakan satu


kehidupan yang baru. Aku pasti jika dia berusaha, dia akan dapat kecapi semua ini. Tapi
masakan dia boleh melupakan kisah lampaunya begitu sahaja. Tidak ada sesiapapun yang
boleh melakukan itu semua kerana apa yang telah berlaku kepada diri kita akan
membentuk siapa diri kita ini sebenarnya.

Semalam aku ke rumah nenek. Mak ada di situ. Aku tanya dia sampai bila dia
akan duduk di sini, dia tak mahu menjawab. Dia kata aku dah besar, aku tidak perlu
terlalu mengharapkannya. Aku cakap aku tahu. Tapi aku risaukan tentang dirinya. Aku
tanya kepadanya kalau dia akan pulang ke rumah atau tidak, dia diam seribu bahasa. Dia
tanya bagaimana keadaan ayah sekarang. Aku kata dia tak banyak bercakap. Dia lebih
banyak termenung. Dan buat pertama kalinya dalam masa lebih 10 tahun, ayah kembali
bermain dengan gitar elektriknya.

Dia bawak lagu apa? Tanya Mak bersungguh-sungguh ingin tahu.

Dia mainkan lagu yang mak suka, tu... Cinta Takkan Pergi.

Mak mengeluh sendiri. Dia tahu ayah telah mencipta lagu itu khas untuknya
ketika mereka mula-mula bercinta dahulu. Mungkin mak teringatkan masa-masa
mudanya ketika mereka pernah bercinta dan berkasih mesra. Tetapi sekarang semuanya
tak ada lagi. Aku tak tahu jika perasaan cinta yang mereka kongsi bersama akan berputik
kembali.

Lagu Cinta Takkan Pergi adalah satu-satunya lagu cinta yang ayah cipta. Ia juga
adalah di antara lagu yang tidak pernah ayah mainkan untuk sesiapa kecuali untuk mak.
Ayah kata lagu ini adalah lagunya yang paling istimewa untuk mak.

Aku nampak Sanisah keluar dari keretanya yang diletakkan di tepi jalan. Dia
masukkan beberapa keping wang siling ke dalam meter meletak kereta sebelum dia
membuka bahagian penumpang keretanya lalu mengeluarkan sebuah plastik penuh
dengan bahan-bahan makanan yang telah dibelikannya untuk Miss Lee. Aku

Nizam Zakaria - Halimunan 111


perhatikannya dari jauh. Buat beberapa ketika tubuh ku terasa kaku seperti takut untuk
mendekatinya. Kecantikannya meruntun jiwa ku. Dengan hati yang berdebar-debar aku
berjalan mendekatinya.

Biar saya tolong. Kata ku di belakangnya. Dia menoleh. Dia terkejut melihat ku.

What are you doing here?

Tunggu awak. Zila kata hari ini giliran awak untuk jaga Miss Lee.

Okay... It’s a free country. Katanya. Aku ambil plastik berisi bahan makanan dari
tangannya. Dia macam tak nak bagi aku menolongnya. Aku kena tarik plastik tu kuat-
kuat baru dia lepaskan.

Awak nak masak ke?

Ya. Sambutnya dengan dingin.

Sanisah menutup pintu keretanya. Dia menekan alat kawalan jauh untuk
mengunci pintunya.

Anaïs Nin once said, “We don’t see things as they are, we see things as we are.”
Kata Sanisah di hadapan pintu lif.

Jadi kenapa?

I just don’t understand you, Masdor. You are nothing like me. You are nothing
like anybody I’ve met before this. Jadi... I tak faham dengan you. I tak tahu apa you nak
dari I.

Saya nak kita bersama. Itu sahaja yang saya mahukan. Kata ku dengan perlahan.
Pintu lif terbuka. Aku biar dia masuk ke dalam lif sebelum aku sendiri masuk ke dalam
lif. Oh, awak tahu lagu Speed of Sound oleh Coldplay?

Ya, kenapa? That’s one of my favourite song. Jawabnya. Aku tahu. Aku dah baca
diarinya dari mula sampai akhir.

Itu antara lagu yang paling saya minati juga.

Really?

Saya juga suka dengan lagu All These Things I’ve Done oleh The Killers,
Tripping oleh Robbie Williams dan lagu Daniel Porter, Bad day.

I know. You gave me a compilation of the songs you liked last month. Lagu-lagu
ini ada dalam kompilasi itu.

Nizam Zakaria - Halimunan 112


Jadi awak kenal saya... Semua ini adalah saya. Lagu-lagu ini. Awak sebenarnya
tahu siapa saya, cuma awak tak mahu buka hati awak untuk sesiapa pun termasuk saya.

Pintu lif dibuka. Sanisah keluar dari perut lif. Dia terus berjalan ke apartmen Miss
Lee. Dia buka pintu.

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam rumah, aku dapat melihat Miss Lee tertidur
di kerusinya. Rancangan bahasa Cina di Astro yang telah ditontonnya sehingga tertidur
memecahkan kesunyian rumahnya.

Miss Lee, bangun. Dah masa untuk Miss Lee makan tengah hari. Ujar Sanisah
kepadanya. Miss Lee tidak menjawab. Wajahnya nampak tenang.

Aku mendekati Miss Lee. Aku cuba mengejutnya dengan menggoyangkan


tangannya. Aku dapati tangannya sejuk. Tubuhnya keras. Aku memegang pipinya.
Dingin.

Kenapa Masdor?

Aku mendiamkan diri ku buat seketika. Aku cuba mencari detik nadi dengan
meletakkan jari ku ke lehernya.

Dia tak ada lagi. Kata ku kemudian dengan perlahan.

What? But I talked to her last night! She was okay! She asked me to cook nasi
goreng for her! Kata Sanisah bersungguh-sungguh. Dia menutup mulutnya. Matanya
mula berkaca-kaca.

Saya perlu hubungi Suzi... Dia tahu apa yang perlu dilakukannya apabila perkara
ini berlaku.

Sanisah mengangguk pantas. Aku suruh Sanisah duduk di kerusi sofa. Dia berada
di dalam keadaan terkejut. Aku menggenggam tangannya ketika menelefon Suzi. Dengan
suara yang tenang aku memberitahu kepadanya tentang pemergian Miss Lee.

Sanisah memangis. Aku mendakap tubuhnya. Dia memberitahu ku dia telah


berbual panjang dengan Miss Lee semalam tentang rancangannya apabila dia tiba di UK
nanti. Miss Lee telah memberinya banyak perangsang dan kata-kata nasihat. Sanisah
tidak menyangka Miss Lee akan pergi secara tiba-tiba begini.

Aku memikirkan tentang kematian ku. Aku tahu, ada kemungkinan besar dalam
masa yang terdekat ini aku juga akan mati. Adakah nanti Sanisah akan menangisi
kematian ku seperti yang dilakukannya sekarang ini?

Nizam Zakaria - Halimunan 113


Sanisah berjalan ke arah laci Miss Lee di ruang tamu. Dia mengeluarkan sebuah
album. Sanisah kata, Miss Lee suka melihat album ini. Sanisah menyerahkan album ini
kepada ku.

Di dalam album ini ada beberapa keping gambar ku. Gambar ku sejak aku berusia
9 tahun sehinggalah setahun yang lepas. Miss Lee simpan kesemuanya.

Dia selalu cerita fasal you kat I. Dia kata you budak baik. She said whenever you
come to her store, you will brighten up her day.

Oh...

She wants you to have this kalau terjadi apa-apa kepadanya.

Aku mengambil album ini lalu memeluknya. Terasa sebak di dalam hati ku. Aku
menangis. Sanisah mengelap air mata ku dengan tangannya. Dia membaringkan
kepalanya ke bahu ku.

Saya tahu awak nak belajar dan tinggalkan kita semua... Tapi saya harap nanti
awak tak akan lupakan saya. Kata ku tersedu-sedan ketika menarik nafasku dalam-dalam.

I can’t promise you that.

Aku mengangguk mengerti. Sekarang bukan masanya untuk aku


mempersoalkannya tentang hal ini. Tetapi aku ingat lagi pesan Prasasti, katanya, jika
Sanisah mahu membuka pintu hatinya kepada ku dan menerima ku seadanya ke dalam
hidupnya, dia akan meminta ku melakukan sesuatu untuknya.

Walau apa pun berlaku nanti, aku pegang kata Prasasti. Aku akan lakukan apa
sahaja permintaan Sanisah nanti untuk membuktikan kepadanya bahawa aku
sememangnya sayang kepadanya.

Nizam Zakaria - Halimunan 114


Tayar pancit

Mak dah pulang ke rumah, tapi dia masih tak mahu bercakap dengan ayah. Aku dapati,
ayah tidur di ruang tamu. Aku tak tanya kenapa dia tak tidur sebilik dengan mak lagi.
Apabila aku tanya kepada mak kenapa dia pulang, dia kata datuk dan nenek yang
memintanya pulang kepada ayah. Lagipun mak kata dia risau dengan makan minum aku.

Abang Zamani tahu aku bersedih dengan apa yang berlaku di antara aku dengan
Sanisah. Dia kata aku harus berjumpa dengannya walaupun aku mungkin akan berjumpa
dengannya dengan kali yang terakhir. Nak tahu apa? Prasasti pun beritahu aku benda
yang sama. Kalau Miss Lee masih hidup lagi, mesti dia suruh aku buat perkara yang
sama.

Malam semalam aku bertembung dengan Uncle Chandran dan anjingnya. Aku
rasa dia lapar, jadi seperti biasa, aku belikan makanan untuknya dan untuk anjingnya.
Ketika aku serahkan makanan kepadanya, dia berkata:

Satu kehidupan tanpa Cinta adalah satu kehidupan tanpa makna. Cinta adalah Air
Kehidupan. Teguklah ia bersama jiwa dan raga!

Lepas dia cakap ini semua aku tenung wajahnya lama-lama. Dia orang gila, tapi
dia tahu apa itu cinta. Mungkin cinta membuatnya jadi gila macam ni. Aku pun nak jadi
separuh gila. Aku tak tahu sampai bila aku perlu jadi macam ini.

Petang itu aku ke rumah Zila dan Suzi. Aku lepak di situ. Zila baru sahaja
mendapat tahu pagi itu bahawa Miss Lee telah menyerahkan kedainya kepada mereka
berdua untuk dijaga. Rumahnya pula akan dijual dan hasil jualannya akan didermakan
kepada beberapa buah rumah anak yatim pilihannya. Semuanya ini sedang diuruskan oleh
peguamnya.

Zila sekarang aku lihat sibuk untuk memastikan agar kedai antik Teresa Forever
dapat diuruskan dengan baik. Dia telah pun mendapatkan bantuan seorang rakannya
untuk menjaga kedai itu bergilir-gilir dengannya. Zila kata, dia mahu uruskan perniagaan
Miss Lee betul-betul. Aku cakap kepadanya, dia tak perlu risau. Dia perempuan
Kelantan. Darah untuk berniaga mengalir pekat di dalam dirinya.

Aku tak suka lah tengok muka kau sedih macam ni. Kata Zila kepada ku ketika
aku sedang termenung di balkoni rumahnya.

Aku okay jer.

Bohong lah! Kau ingat aku baru kenal kau sehari dua ke?

Aku okay je lah, Zila!

Nizam Zakaria - Halimunan 115


Aku dapat tahu kau dah join balik dengan member-member mat rempit kau tu.
Apa, kau tengah cari cikaro* ke?

Mulut kau tu memang takde insurans, kan?

Ye lah, aku tanya jer.

Aku bukannya racing haram pun! Aku main pikap** jer.

Dah lah tu, Masdor. Kau buat benda ni semua buat apa? Kau frust? Tension?

Aku hanya menjeling. Aku tak mahu menjawab soalan-soalannya itu. Suzi
panggil kami untuk makan malam. Aku dan Zila masuk ke dalam. Selepas makan,
mereka berdua mandi dan bersiap sedia untuk ke KLIA.

Zila dan Suzi membawa bersama sebuah kotak kecil yang perlu mereka berikan
kepada Sanisah. Dalam kotak itu ada sebentuk kalong antik peninggalan Miss Lee
untuknya. Miss Lee telah mengamanahkan Zila untuk menyerahkan kalong ini sebelum
Sanisah bertolak ke UK. Miss Lee pernah beritahu kepada Zila, Sanisah itu baik
orangnya, cuma dia dibendung sejarah silam yang menghantui hidupnya. Aku yakin Miss
Lee tak tahu apakah titik hitam yang wujud di dalam hidup Sanisah...

Zila menghadiahkan buku yang bertajuk Orang Kota Bharu hasil tulisan S.
Othman Kelantan kepada Sanisah. Dia kata dia mahu Sanisah membacanya. Aku tanya
dia buku ini fasal apa. Dia kata panjang ceritanya, macam malas pulak dia nak beritahu
aku. Dia suruh aku baca sendiri. Aku kata aku ni pemalas. Aku mengaku terang-terang
kat dia. Dia jeling aku semacam. Dia kata S. Othman Kelantan ada cakap dalam novelnya
ini, Si Tenggang itu keluar merantau untuk membawa pembaharuan kepada dirinya. Dia
derhaka kepada ibunya kerana ibunya masih berada di dalam lingkungan masyarakat
yang kolot. Si Tenggang mahu bergerak maju ke hadapan meninggalkan sesuatu yang
dianggapnya jumud.

So, kau ni Si Tenggang versi pompuan lah kan? Kata ku berseloroh dengannya.
Ketika itu kereta yang dipandu Suzi sedang masuk persimpangan menuju ke arah KLIA
dari lebuh raya PLUS.

Sial jer statement! Getus Suzi menoleh lalu mengecilkan matanya. Suzi hanya
tersenyum.

Lebih kurang lima minit kemudian, aku dapat mendengar bunyi letupan. Tayar
kereta Suzi meletup. Dia dengan pantas membawa keretanya ke bahu jalan. Dari
pengamatan ku, aku dapati tayarnya itu terkena besi tajam.

Macam mana ni? Kata ku separuh panik. Dah lah korang berdua tadi lambat. Nak
bersolek lah pilih baju lah.

Nizam Zakaria - Halimunan 116


Rilek lah. Kata Suzi dengan pantas. Dia keluarkan tayar gantinya dari boot kereta.
Dia suruh aku ke tepi. Zila dan Suzi saling membantu menggantikan tayar yang bocor.

Hatiku berdebar-debar. Aku takut terlambat. Aku duduk bercangkung di dalam


gelap di tepi jalan. Tatkala itu barulah aku sedar aku tak membeli apa-apa buah tangan
untuk Sanisah. Aku mengeluh. Aku kecewa dengan diri aku sendiri. Aku terlalu risaukan
tentang segala masalah yang timbul di dalam hidup ku sehingga aku terlupa tentang hal
ini semua.

Aku tak belikan sebarang hadiah untuk Sanisah. Jelas ku kepada Zila sewaktu
kami sedang berjalan dengan pantas ke arah balai berlepas.

Bukan itu yang dia harapkan dari kau.

Jadi apa yang dia mahu?

Dia tak mahu apa-apa dari kau. Kau datang untuk ucapkan selamat tinggal
kepadanya macam ni pun dah cukup.

Ye ke?

Iyer. Kau ingat semua perempuan harapkan hadiah dari lelaki ke?

Aku hanya mampu tersenyum tawar. Sesampainya kami ke balai berlepas, aku
terus menelefon Yusnor. Aku mahu tahu di mana mereka sedang berkumpul sekarang.
Dia suruh aku memandang ke hadapan. Dari jauh dia dah nampak aku. Dia angkat
tangan. Dari jauh juga aku dapat melihat Sanisah berdiri di sebelah bapanya. Wajahnya
sedikit sugul, tetapi terus ceria setelah dia melihat Suzi dan Zila berjalan ke arahnya.

Mereka berlaga-laga pipi. Aku pula bersalaman dengan Yusnor. Dia


memperkenalkan aku kepada bapanya. Aku tak berani pandang terus ke matanya. Jauh di
dalam hati ku ini aku cukup-cukup marah dengannya.

Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ku. Aku menoleh ke arah
Sanisah. Dia tertunduk. Aku bersalaman dengan pantas dengan bapanya.

Sanisah membuka hadiah pemberian Miss Lee. Dia terus memakai kalung yang
dihadiahkan kepadanya oleh Zila. Wajahnya berat dengan perasaan sebak.

Mana beg dia? Tanyaku kepada Yusnor.

Dia dah lama check in luggage dia.

Oh... So korang dah lama sampai lah ni?

Dah. Sekejap lagi dia pergi.

Nizam Zakaria - Halimunan 117


Hmm...

Kenapa, korang gaduh ke?

Tak lah.

Dah tu? Kenapa tak cakap apa-apa pun dengan dia?

Aku menjeling. Aku berjalan ke arah Sanisah. Aku berpandangan ke arah Zila dan
Suzi. Mereka faham aku mahu bersendirian dengan Sanisah.

Saya nak ucapkan selamat jalan... Saya harap awak akan jaga diri awak baik-baik
di sana nanti. Kata ku dengan nada sedih.

Thanks.

Saya harap awak tak akan lupakan saya.

No I won’t Masdor. How can I forget you?

You have to go now, Nisah. Kata bapanya dengan suara yang tegas.

Tadi I ingat you tak akan datang.

Tak kan sampai macam tu sekali... Saya sayangkan awak. Saya tak tahu apa lagi
yang boleh saya lakukan untuk buktikan perasaan saya ini kepada awak.

Sanisah menghela nafasnya. Dia mengeluarkan sebuah buku dari dalam begnya.
Dari dalam bukunya itu dia keluarkan gambar lama ibunya yang telah diambil di Carnaby
Street. Dengan berhati-hati dia serahkan gambar itu kepada ku agar perbuatannya itu
tidak dapat dilihat oleh bapanya.

If you love me... If you really, really love me. I akan tunggu you di Carnaby
Street, London pada 21 haribulan ini. Jam 12 tengah hari. I akan tunggu you di sana. So
keep this picture. Bila kita bertemu nanti, you pulangkan gambar ini kepada I. Kita
bertemu kerana gambar ini. Jika kita ada jodoh, walau apa pun yang akan berlaku nanti, I
percaya I akan dapatkan semula gambar ini dari you di Carnaby Street.

Dua minggu dari sekarang dia suruh aku lakukan satu perkara yang tak masuk dek
akal. Pasport antarabangsa pun aku tak ada, inikan pula wang yang mencukupi untuk aku
beli tiket kapal terbang ke London.

Saya akan berjumpa awak di sana nanti. Saya janji. Saya akan pulangkan gambar
ini kepada awak nanti. Kata ku bersungguh-sungguh kepadanya sambil menggenggam
tangannya.

Nizam Zakaria - Halimunan 118


Nisah! I don’t want you to miss the plane. Ujar Bapanya lagi. Sanisah
mengangguk. Dia mengucapkan selamat jalan buat kali terakhir kepada kami semua.

Aku hanya mampu berdiri kaku sambil melambaikan tangan ku kepadanya.


Hatiku terasa sedih. Zila menepuk bahu ku berkali-kali seolah-olah meminta ku supaya
bersabar.

** Cikaro = Bohsia
** lawan siapa laju dengan kawan sendiri

Nizam Zakaria - Halimunan 119


Dataran Merdeka dan Mat Rempit

Aku duduk melepak dengan kawan-kawan aku di Dataran Merdeka. Aku duduk atas
motor. Aku tengok budak-budak race dari sini ke Jalan Raja Laut, pusing di Chow Kit
sehingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman kemudian pulang ke Dataran Merdeka. Dulu
bila aku tengok ini semua aku rasa seronok. Malam ni, aku rasa sebal. Kawan aku pacak
depan aku buat wheelie pun aku buat tak nampak. Kepala dia dah masuk air. Tadi dia
ajak aku teguk parkos. Dia campur ubat batuk dengan air coke. Aku cakap tak nak,
walaupun aku rasa macam nak try jer. Tapi aku patut dengar nasihat Zila. Dia tak suka
aku ambik benda-benda macam ni walaupun dalam keadaan tension. Dia tak mahu aku
jadi mat pet.

Aku beritahu Mat Jan kawan aku tentang masalah aku. Aku cakap aku perlukan
wang. Pagi tadi aku dah keluarkan wang simpanan sebanyak RM 672.57 dari bank aku.
Aku nak buat pasport antarabangsa. Tadi aku baru tahu jika aku mahu ke London aku
perlu keluarkan wang sebanyak RM 3100. Itu untuk harga tiket sahaja. Belum lagi
campur harga penginapan dan perbelanjaan makan minum. Tak kan lah aku ke sana
dengan meminta sedekah sahaja? Aku rasa aku perlu ada lebih kurang RM 5000 dalam
tangan untuk uruskan segala-galanya agar aku dapat ke London. Tapi mana aku nak cari
duit sebanyak itu.

Mat Jan sarankan aku racing motor. Dia kata, kalau aku berani nak lawan motor
dengan budak-budak dari geng Castello, diorang jugak berani bertaruhkan wang. Dia kata
budak-budak geng Castello dah lama cari peluang untuk lawan motor dengan aku sejak
aku kalahkan Wazi, ketua diorang yang mati kena langgar lori kat Bangsar tahun lepas.
Diorang masih berdendam dengan aku sebab diorang kata aku dah malukan Wazi. Dia
bertaruhkan awek dia si Iffa tu - nama betul dia Iffatun Najiha. Aku tak sentuh pun si
Iffa. Lepas Wazi serahkan Iffa kepada aku, aku hantar Iffa balik ke rumah. Lepas tu Wazi
mengamuk bila dia dapat tahu Iffa sukakan aku. Iffa kemudian tinggalkan Wazi sebab
Iffa kata dia mahu dengar nasihat aku supaya jangan jadi minat rempit. Wazi benci
dengan aku setengah mati lepas tu.

Mat Jan berjumpa dengan seorang kawan sekampungnya yang jadi ahli geng
Castello. Kawan sekampungnya itu kata, ketua geng Castello yang baru, si Amir Sentul
memang dah lama nak lawan motor dengan aku. Amir Sentul memang cari peluang
macam ini tiba untuk dia kalahkan aku. Dia nak buktikan kepada orang lain yang dia ni
jaguh, bukan macam Wazi.

Jadi kau nak race tak dengan dia? Tanya Mat Jan. Mata dia redup memandang ku.

Entah lah.

Apa pulak ntah. Kau kata kau nak duit.

Aku tak macam dulu lah, Mat Jan.

Nizam Zakaria - Halimunan 120


Apa kau nak cuci tangan ke?

Entahlah...

Kalau kau dah jadi mat rempit... Sampai bila-bila pun kau ni mat rempit!

Aku mendengus. Aku pakai topi keledar aku, terus aku tinggalkan Dataran
Merdeka. Aku bawak motor aku laju-laju. Biarlah kalau aku kemalangan lepas tu mati.
Aku dah tak kisah lagi dengan benda tu semua. Kepala aku buntu.

Bila aku tiba di rumah aku terus duduk di hadapan Prasasti. Aku tanya kepadanya
jika dia boleh tolong aku.

Mana boleh y’olls! Mek tak boleh tolong y’olls dalam hal ini. Y’olls kena cari
jalan penyelesaian sendiri.

Tapi kenapa?

Kerana y’olls kena belajar berdikari! Sampai bila y’olls perlu bantuan mek?
Kalau mek tak ada nanti macam mana?

Alah, aku mintak tolong sekali ni jer! Kalau kau bagi aku kembarkan duit aku
banyak-banyak pun jadilah. Tak payah aku guna Pintu Dimensi Ajaib untuk aku terus
muncul di London.

Tak boleh!

Aku mengeluh panjang. Aku berjalan ke arah pemain rekod aku. Buat sekian kali,
aku mainkan lagu Walk on By hasil ciptaan Burt Bacharach yang dinyanyikan oleh
Dionne Warwick. Lagu sedih ni memang berhantu. Setiap kali aku dengar lagu ni, aku
rasa macam hati aku dirundung duka, tapi entah mengapa, aku nak dengar juga. Agaknya
memang aku suka seksa jika aku macam ni.

Tiba-tiba pintu aku diketuk. Aku buka lihat jam di dinding. Pukul 3 pagi. Aku
suruh Prasasti sorok di dalam almari. Aku buka pintu. Ayah tercegat di luar. Dia tidak
tidur lagi. Wajahnya nampak muram. Dia tanya aku kalau dia boleh masuk dalam, aku
kata boleh. Dah lama dia tak masuk dalam bilik aku macam ni.

Dia duduk atas kerusi. Dia termenung di situ. Dia dengar lagu nyanyian Dionne
Warwick ini. Bait-bait lirik Hal David menyentuh perasaannya.

Ayah akan berpisah dengan mak ke? Tanya ku akhirnya kepadanya langsung
membuat dia mendongak ke arah ku.

Mak beritahu kepada kau kami akan berpisah?

Nizam Zakaria - Halimunan 121


Ya. Tadi. Sebelum orang keluar dari rumah.

Maafkan aku.

Kenapa?

Kerana ini semua.

Orang tak tahu apa nak cakap lah, yah...

Aku akan keluar dari rumah ini nanti. Aku cuba cari rumah sewa dekat dengan
tempat kerja aku.

Ayah dah fikir masak-masak ke?

Dia mengangguk lesu. Dia kemudian termenung melihat kaset lama


pemberiannya yang ada di atas meja. Dia memasukkan kaset itu ke dalam alat pemain
kaset ku. Dia mendengar suara ku ketika kecil. Dia mendengar kembali suara mak yang
senang mengacah ku.

Ayah tidak dapat menahan rasa sedihnya apabila dia mendengar suaranya
mendodoikan aku dengan lagu ciptaannya sendiri. Air matanya mengalir membasahi
pipinya.

Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan pada ketika itu. Aku hanya duduk diam
di atas katil ku. Aku tidak pernah melihat ayah aku menangis di hadapan ku begini. Aku
biarkan ayah menangis begitu buat seminit dua.

Ayah menarik nafasnya dalam-dalam lalu dia mengesat air matanya. Dia
tertunduk, seolah-olah dia malu memandang ke arah ku lalu berkata:

Mak kau kata kau perlukan wang.

Ya.

Untuk apa?

Orang nak ke London.

London?

Ya.

Tapi kenapa?

Orang dah janji dengan Sanisah untuk jumpa dia kat sana nanti.

Nizam Zakaria - Halimunan 122


Ayah menggosok-gosok belakang lehernya. Dia macam tak percaya dengan apa
yang didengarnya.

Sanisah ni siapa?

Orang punya awek...

Ayah tersenyum kelat.

Oh ye ke? Dah lama kau kenal dia.

Lama tu, tak lama jugak.

Kau sayangkan dia?

Ya. Macam ayah sayangkan mak dulu.

Ayah menarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian dia tanya aku berapa yang aku
perlukan untuk ke London.

Lima ribu ringgit.

Banyak tu.

Tahu.

Ayah hanya boleh beri kau tiga ribu ringgit.

Biar betul! Ayah nak bagi orang duit simpanan ayah untuk ke Liverpool tu, ke?

Ya.

Orang tak boleh terima duit ayah tu. Orang tahu ayah susah nak kumpul duit tu.

Aku tak mahu kau jadi macam aku...

Maksud ayah?

Jika kau bersungguh-sungguh mahu ke London, pergilah. Sekurang-kurangnya


apa yang kau mahukan terlaksana. Kau tak perlu fikir tentang aku. Aku dah tua. Aku tak
perlu fikirkan tentang impian aku sebab itu semua dah tak bermakna lagi bagi aku.

Muzik dah tak membawa apa makna lagi kepada ayah?

Nizam Zakaria - Halimunan 123


Ayah aku menggelengkan kepalanya. Dia berdiri lalu keluar dari bilik ku. Dia
langsung tidak menoleh ke belakang. Dia tinggalkan bilik ku tanpa berkata apa-apa
langsung membungkus kesunyian yang wujud di dalam dirinya.

Nizam Zakaria - Halimunan 124


Mesin Membeku Masa

Ayah telah menyerahkan kepada ku wang simpanannya selama ini kemudian dia keluar
dari rumah membawa barang-barangnya bersama. Aku lihat mak seperti teragak-agak
untuk melepaskan ayah pergi, tetapi dia tetap dengan keputusannya. Dia duduk diam di
dalam biliknya. Apabila ayah keluar dari rumah, aku ketuk pintu biliknya. Aku lihat mak
duduk di hadapan meja cermin. Wajahnya nampak sedih. Dalam kesedihannya itu dia
cuba senyum kepada ku.

Mak jangan risau, orang ada untuk jaga mak. Kata ku kepadanya. Aku dapat cium
bau minyak wangi yang jarang-jarang dipakainya. Minyak wangi jenama Estee Lauder
yang ayah belikan untuknya beberapa tahun lepas sempena hari jadinya.

Apabila aku merapatkan diri ku kepada Mak, dia pegang tangan ku. Dia genggam
tangan aku kuat-kuat sebelum dia lepaskan.

Mak dengan ayah dah fikir masak-masak sebelum ambil keputusan untuk
berpisah?

Mak mengangguk lemah.

Orang dah besar mak... Mak tak payah risau fasal hidup orang lagi. Mak perlu
risaukan tentang hidup mak sendiri. Kalau mak rasa sunyi, orang ada.

Pada saat itu aku teringatkan kepada diri ku yang dikatakan akan mati tidak lama
lagi. Aku tak mahu mati lagi. Aku mahu terus hidup agar aku dapat menjaga mak.

Mat Jan dah slow talk dengan Amir Sentul. Dia kata, Amir sanggup keluarkan
wang pertaruhan sebanyak RM 2000, lepas tu siapa kalah, motornya akan dibakar.

Jadi kau nak tak race dengan dia? Tanya Mat Jan bersungguh-sungguh kepada ku.

Dia bawak motor apa?

RX-Z. Ah Chong Segambut sendiri yang modified untuk dia.

Ye ke?

Ye lah. Dia kan taiko besar. Tak kan nak pakai motor kapcai? Kau nak takutkan
apa? Aku konfiden gila kau boleh menang. Kau terer bawak motor laju-laju. Orang lain
jarang ada skill macam kau.

Aku tak berani, lah!

Kau takutkan apa? Kau maintain macho je lah.

Nizam Zakaria - Halimunan 125


Kalau aku kalah nanti macam mana?

Kau tak akan kalah lah. Kawan aku kat Segambut bagitahu aku dia tak lah sehebat
mana pun! Kau gerenti boleh kalahkan dia lah!

Kau beria-ia sangat ni kenapa?

Alah, aku tahu kau perlukan duit. Jadi apa salahnya aku tolong kawan.

Ya, aku akui aku memang perlukan wang. Nak tak nak aku terpaksa bersetuju
untuk lawan motor dengan si Amir Sentul tu. Aku tahu ini kerja gila. Tapi aku akan tetap
melakukannya.

Aku beritahu kepada Prasasti tentang niat aku nak lawan motor. Dia tak cakap apa
pun. Tapi dia ada keluarkan sebuah alat untuk aku pakai seperti jam tangan. Pada alat ini
terdapat sebuah butang merah untuk aku tekan pada bahagian permukaannya.

Apa benda ni? Tanya ku kepadanya.

MESIN MEMBEKU MASA!

Hah?

Mesin ini dapat memberhentikan masa, u’olls!

Untuk apa?

Entah... Ikut suka hati u’olls lah nak guna alat ini nanti.

Lain macam je kau ni. Macam ada apa-apa pulak.

Ambiklah mesin ni. Mana tahu u’olls nak gunakan nanti dalam masa-masa
terdesak.

Aku terus pakai “Mesin Membeku Masa” yang diberikannya. Aku sendiri tak tahu
apa kegunaan sebenarnya...

Bila aku ke Dataran Merdeka aku lihat ramai budak-budak Castello dan kawan-
kawan aku dah lama berkumpul. Mat Jan yang kononnya ambil berat tentang aku periksa
keadaan motor aku betul-betul. Masa aku duduk lepak-lepak sementara menunggu larut
malam, aku dapat lihat kelibat Yusnor berjalan ke arah aku.

Kau buat apa kat sini? Tanya aku kepadanya.

Nak tengok kau race lah.

Nizam Zakaria - Halimunan 126


Mana kau tahu aku nak race malam ni.

Eh, KL ni kecik lah... Budak-budak scooter ada cakap malam ni ada race kat
NPE. Aku tanya antara siapa dengan siapa. Nama kau naik. Sebab tu lah aku cari kau kat
sini.

Kakak kau macam mana?

Dia okay jer. Dia kata UK tengah sejuk sekarang ni.

Dia ada tanya fasal aku tak?

Ada.

Apa dia kata.

Dia tanya aku kalau aku ada jumpa kau... Aku kata tak ada. Aku memang nak
jumpa kau, nak duduk lepak-lepak dengan kau, tapi ayah tak bagi. Dia dah bagi warning
kat aku supaya jangan berkawan dengan kau. Masa kat airport dia bagi warning yang
sama kat kakak.

Yusnor kata bapaknya tak suka dengan aku. Dia tahu aku mat rempit. Dia tak
suka Yusnor dan Sanisah berkawan dengan aku, tapi Yusnor kata dia kenal aku siapa. Dia
kata dia kenal hati budi aku. Dia memang suka berkawan dengan aku.

Aku tak salahkan dia. Tetapi jauh di dalam hati aku, aku memang tak puas hati
dengan bapak dia. Aku pasti Yusnor tak tahu apa yang telah dilakukan oleh bapaknya itu
kepada Sanisah dahulu. Tapi ada baiknya dia tak tahu.

Aku beritahu kepada Yusnor, bukan semua mat rempit tu jahat. Memang lah ada
di antara kami yang suka buat havoc dan jadi mat pet, tapi bukan semua budak-budak
yang dia nampak duduk melepak di Dataran Merdeka ni sampah masyarakat seperti mana
yang disensasikan oleh Media. Dia kata dia tahu. Dia kata dia tak percaya kepada semua
yang dibaca dan dilihatnya di kaca TV. Dia kata dia tahu bagaimana untuk membezakan
fakta dengan cerita sensasi.

Tapi media terus mengecap mat rempit macam aku ni sebagai JAHAT. Pihak
media selalu sahaja melaporkan tentang perkara-perkara negatif tentang mat rempit –
tentang seks, dadah, lumba haram semata-mata untuk menjual majalah, tabloid dan
rancangan TV (kerana perkara-perkara disensasikan seperti inilah yang dapat
menjanjikan pulangan yang tinggi). Bukan mat rempit sahaja yang menjadi bahan yang
telah disensasikan untuk mereka jaja, tetapi pendatang tanpa izin, gay, pengkid, pondan,
pelacur, skinhead, pengunjung disko dan peminat muzik black metal. Mereka hipokrit
bukan sahaja kerana mereka meletakkan diri mereka lebih tinggi dari manusia-manusia
mereka labelkan sebagai keji dan hina ini, mereka hipokrit kerana mereka mensensasikan
perkara-perkara ini sehingga ke tahap mereka mempamerkan, menggalakkan dan

Nizam Zakaria - Halimunan 127


mengeksploitasi manusia-manusia yang aku panggil manusia halimunan ini. Aku panggil
mereka manusia halimunan kerana ada di antara kita yang tahu mereka wujud tapi
kewujudan mereka ditidakkan sebagai manusia biasa yang berhati dan berperasaan.

Sebodoh, bodoh aku ini, aku tahu apa sahaja yang cuba dihalang dan ditegah akan
nampak lebih menarik untuk dicuba oleh manusia. Tak salah aku, dulu sebelum golongan
skin disensasikan, tak ramai budak-budak skinhead, tapi sekarang tengok, mana-mana
kita pergi mesti ada budak skinhead!

Orang Malaysia kebanyakannya juga sanggup mempercayai apa sahaja yang


dihidangkan kepada mereka. Mereka akan menganggap seseorang itu baik dengan apa
yang cuba ditonjolkan mereka. Kalau ada peserta rancangan realiti TV yang nampak alim
terus dia dilabel baik dan suci. Terus orang-orang macam ini akan diangkat sebagai ikon.
Mereka tak sedar semua ini adalah topeng yang dicipta oleh orang-orang media jugak.
Mereka tak tahu bahawa di sebalik topeng ini tersirat satu jiwa manusia biasa dah bukan
manusia separuh dewa yang dipersembahkan kepada mereka. Sebab itulah di Malaysia,
orang suka sangat kepada kisah-kisah skandal para artis. Mereka tak kisahkan sangat
kepada skandal yang dilakukan oleh artis-artis ini, tetapi mereka mengamuk kerana ilusi
mereka terhadap artis-artis yang mereka sanjung ini langsung hancur. Mereka tidak
mampu menerima hakikat bahawa artis-artis yang mereka jadikan ikon ini bukanlah
manusia separuh dewa tetapi manusia biasa seperti aku dan kau.

Terlalu ramai manusia yang bertopeng. Manusia-manusia ini disanjung. Bapa


Sanisah seorang ahli korporat. Dia dihormati, tetapi tak seorang pun tahu apa yang telah
dilakukannya kepada anaknya sendiri sehingga menyebabkan isterinya membunuh diri.

Aku mintak Yusnor balik, tapi dia bertegas mahu melihat aku berlumba. Aku kata
anak lord budak skooter macam dia mana campur dengan mat rempit, dia kata dia tak
pedulik apa orang nak kata. Dia degil. Akhirnya aku suruh Mat Jan bawak dia ke lebuh
raya NPE. Aku kata kat Mat Jan dan kawan-kawan aku yang lain dia sepupu aku.

Macam kakaknya Sanisah, si Yusnor ni memang degil orangnya.

Nizam Zakaria - Halimunan 128


Corner baring di selekoh tajam

Sederetan motor sudah kelihatan tersadai di tepi Lebuh raya NPE. Aku memandang ke
langit. Tak ada awan di angkasa malam. Bintang-bintang berkelipan. Malam ini tak ada
banyak kereta yang menggunakan lebuh raya ini. Malam ini, perasaan sunyi semakin
menggamit perasaan ku walaupun aku di kelilingi oleh manusia. Ramai budak-budak
geng Benetton, geng Ranting, geng Dendam Kesuma, dan geng Apache yang datang. Ini
tidak kira lagi budak-budak geng Castello yang datang untuk memberi sokongan kepada
ketua mereka yang akan lawan motor dengan aku.

Yusnor mendekati ku. Dia tak banyak bercakap. Dia berpeluk tubuh sambil
melihat ku termenung memandang ke arah Lebuh Raya. Aku dapat mendengar Mat Jan
memberitahunya aku selalu sahaja begitu sebelum aku lawan motor.

Aku tutup mata aku rapat-rapat. Aku cuba memikirkan kembali laluan yang akan
aku ambil dari garisan mula ke garisan penamat. Aku perlu memikirkan pada bahagian
mana di lebuh raya ini yang boleh aku pecut dan bahagian mana yang ada selekoh
berbahaya. Semua ini perlu aku ambil kira kerana apa yang akan aku lakukan ini bahaya.
Bukan senang untuk membawa motor laju-laju. Apa yang aku lakukan perlukan
keberanian dan penelitian.

Jadi mana wang taruhannya? Tanya Mat Jan kepada ku. Yusnor yang ada di
sebelahnya terkebil-kebil memandang ku. Aku tahu semua ini terlalu baru baginya. Dia
tak biasa bercampur dengan mat-mat rempit dan minah-minah rempit yang ada di sini.
Dia tahu budak-budak kat sini tak suka budak skuter macamnya. Sebab itulah aku suruh
Mat Jan jaga dia baik-baik.

Aku keluarkan wang taruhan ku dari dalam kocek jaket yang aku pakai. Aku
serahkan kepada Mat Jan. Dia tak mengira wang yang aku serahkan kepadanya. Dia tahu
aku tak suka menipu. Dia berjalan ke hadapan lalu serahkan wang tersebut kepada Shafik
dari geng Apache yang menjadi orang tengah dalam perlumbaan ini.

Kami akan mula berlumba sekejap lagi. Kata ku kepada Yusnor. Dia menggigit
bibirnya.

Pernah ke berlaku accident dalam racing macam ni. Tanya Yusnor kepada aku
sambil menggaru keningnya.

Pernah... Aku pernah lihat sorang budak mati depan aku bila motor yang dia
bawak terlanggar van. Tubuhnya di seret 100 meter. Kulitnya bersepai di atas jalan.

Yusnor nampak risau. Dia menelan air liurnya.

Kau dah biasa racing, kan?

Dulu aku biasa... Kau tak perlu risau.

Nizam Zakaria - Halimunan 129


Kau tak takut ke?

Mestilah aku takut. Dari rasa takut tu datangnya keseronokan.

Tapi benda ni bahaya.

Aku tahu.

Kau buat ini semua untuk Kakak aku?

Ya.

Kau betul-betul sayangkan dia?

Ya.

Woi, diorang dah nak start tu! Ujar Mat Jan kepada ku. Aku memandang ke arah
Amir Sentul. Dia sedang memakai topi keledarnya sambil berbual-bual dengan aweknya.

Aku lihat Yusnor sedang membelek handphonenya. Dia buat isyarat tangan untuk
meminta aku menunggu sebentar. Dia sedang bercakap ke dalam handphonenya.
Wajahnya nampak serius ketika bercakap.

Kakak aku nak cakap dengan kau. Kata Yusnor kepada ku sambil menyerahkan
handphonenya kepada ku.

+ Hello.
- Masdor, it’s me.
+ Sanisah. Awak kat mana sekarang?
- Di rumah aunty I di London... Masdor, apa yang you buat ni? Yusnor kata you
nak race motor!
+ Ya.
- You don’t have to do this, you know!

Masdor! Tunggu apa lagi? Tanya Mat Jan. Aku dapat lihat Amir Sentul dah
bersiap sedia di atas jalan.

Saya perlu tahu satu benda sahaja dari awak... Awak sayangkan saya ke tak?
Masdor, please don’t do this!
Saya melakukan semua ini kerana awak.

Selepas itu suaranya sukar untuk aku dengar. Beberapa saat kemudian, talian
terputus. Aku serahkan telefon kepada Yusnor. Dia memandang ke arah ku seolah-olah
mengharapkan sesuatu.

Nizam Zakaria - Halimunan 130


Aku pakai topi keledar ku. Yusnor berjalan mendekati ku lalu mengikat topi
keledar ku sebagaimana yang pernah aku lakukan untuknya ketika aku mula-mula
mengajarnya menaiki motor dulu.

Matanya terus memandang ke arah ku. Aku tahu maksud pandangannya itu. Tapi
aku biarkan sahaja. Aku beritahunya supaya jangan bimbang. Mat Jan menyorong motor
ku yang enjinnya telah lama dipanaskan.

Aku naik ke atas motor ku. Aku menoleh ke belakang. Aku lihat Yusnor sedang
berdiri di sebelah Mat Jan. Handphonenya berdering. Dia menjawab panggilan
telefonnya. Dia memanggil aku. Aku pasti panggilan itu datangnya dari Sanisah, tetapi
aku tidak mungkin dapat menjawabnya. Perlumbaan ini akan dijalankan tak berapa lama
lagi.

Hoi, kan nak race ke apa? Kalau kau takut nak race cakap siang-siang! Si Amir
Sentul menjerit ke arah ku. Budak-budak Castello ketawa kan aku.

Pergi mampus lah. Getus ku. Mat Jan tersengih mendengar kata-kata ku. Aku
menurunkan pelindung pada topi keledar ku. Seorang gadis berdiri di tepi jalan sambil
membawa sehelai kain putih. Aku dengar Mat Jan kata dah tak ada kereta. Kami berdua
terus membawa motor kami mendekati gadis tersebut. Apabila motor kami selari, dengan
pantas gadis itu menjatuhkan benderanya, maka bermulalah perlumbaan kami.

Aku membiarkan Amir Sentul membawa motornya laju-laju. Ini memang cara
aku. Aku mahu dia yakin yang dia boleh menang. Lagipun, aku masih ada masa untuk
kejar dia.

Amir Sentul terus membawa motornya 10 meter di hadapan aku. Kami tiba di
sebuah selekoh. Pada masa itulah aku tujukan belang aku. Aku buat corner baring dengan
laju dengan langsung tidak mengambil endah kereta-kereta yang ada. Sebuah kereta
keluarkan bunyi hon apabila motor Amir Sentul nyaris-nyaris melanggar bahagian
tepinya.

Setelah aku melepasi selekoh ini, aku berada semakin dekat dengan Amir Sentul.
Dia sempat menoleh ke arah ku lalu menggunakan jarinya untuk menunjukkan tanda
‘fuck’ kepada ku. Dia merapatkan dirinya kepada motornya lalu menekan minyak. Dia
tak mungkin mahu kalah. Aku rasa dia dah mula bawak motor dia melebih 200 km/sejam.
Tapi jelas dia tak ada skill. Motor dia mungkin laju, tapi dia tak boleh kawal motornya
dengan betul bila dia bawa laju macam ni, lebih-lebih lagi dalam keadaan jalan
berselekoh.

Kini motor aku berada selari dengan motornya. Dia menoleh ke arah ku. Aku rasa
dia dah mula panik. Aku perlu tumpukan sepenuh perhatian aku kepada apa yang sedang
aku lakukan. Dari jauh aku dapat melihat tempat kami memulakan perlumbaan tadi. Amir
Sentul melajukan lagi motornya. Aku akur, dia seorang pelumba yang hebat. Dia bukan

Nizam Zakaria - Halimunan 131


calang-calang orang untuk aku lawan. Jika aku silap langkah, aku akan kalah dan wang
taruhan aku nanti hilang entah ke mana.

Aku rasa, aku mempunyai lebih kurang 500 meter lagi untuk pecut. Dia kini
berada kurang semeter sahaja melebihi aku. Aku tahu kemenangan pasti berada di tangan
ku. Dia sendiri tahu cara aku. Aku hanya akan betul-betul pecut pada saat-saat akhir.

Ketika itulah aku dapat melihat tangannya dengan pantas mengeluarkan sesuatu
dari kocek jaketnya. Dia campakkan apa yang kelihatan seperti paku di atas jalan yang
aku lalui.

Tayar aku meletup. Di dalam kelajuan mencapai 210 km/sejam, aku langsung
tidak dapat mengawal motor aku yang terus bergerak laju ke arah bahu jalan. Keadaan ini
berlaku dengan terlalu pantas. Aku terlanggar bahagian belakang sebuah kereta Kancil.
Tubuh ku terbang melayang ke udara.

Ketika itu aku dapat melihat seluruh kehidupan ku terpancar di hadapan ku seperti
sebuah filem yang dimainkan di layar perak. Pada saat itu aku dapat melihat wajah
gembira mak dan ayah membawa ku pulang dari hospital, hari pertama aku ke sekolah,
saat aku disunatkan, saat aku pertama kali bertemu dengan Miss Lee di kedainya, saat
pertama kali aku bertentang mata dengan Sanisah sehinggalah saat Yusnor tolong
mengikatkan topi keledar ku sebelum aku berlumba tadi.

Pada ketika itu aku tahu bahawa aku akan mati. Aku dapat melihat diri ku
semakin dekat mencium jalan tar di hadapan ku.

Aku teringatkan kepada “Mesin Membeku Masa” pemberian Prasasti. Dengan


pantas aku menekan butang pada permukaan mesin yang aku pakai seperti jam tangan itu.

Tiba-tiba segala-galanya terhenti. Masa terhenti dengan sendirinya. Aku terapung-


apung di udara beberapa inci sahaja di atas jalan raya. Apabila aku menoleh ke belakang,
aku dapati pemandu kereta Kancil yang aku langgar tadi, seorang gadis bertudung,
kelihatannya sedang menjerit dengan matanya terbeliak. Aku rasa dia cuba menekan
break. Wajahnya penuh ketakutan. Dia tahu di dalam beberapa saat sahaja lagi keretanya
akan melanggar tubuh ku di atas jalan raya ini.

Aku masih terapung-apung. Aku tidak tahu apa yang dapat aku lakukan. Ketika
itulah aku dapat melihat sebuah pintu tiba-tiba sahaja muncul di sebelah ku. Kemudian
apabila pintu itu terbuka, aku dapat melihat Prasasti menyapa ku:

Wah, ala-ala Matrix gituh, kan u’olls!

Dah, aku tak nak tergantung macam ni!

Prasasti memegang tangan ku. Aku terus terjatuh di atas permukaan jalan. Aku
cepat-cepat berdiri. Aku berjalan ke belakang kereta Kancil ini. Aku dapati sebahagian

Nizam Zakaria - Halimunan 132


besar motosikal ku yang kemik kelihatan seperti melekat ke bahagian belakang kereta.
Bahagian cermin belakang juga pecah. Nasib baik lah tak ada orang yang duduk di
bahagian belakang kereta ini, jika tidak aku tak tahu apa yang akan terjadi kepadanya.

Buat pertama kalinya pada waktu itu aku mula sedar tentang apa yang telah
berlaku kepada diri ku. Aku sepatutnya dah mati!

Jadi... Apa yang akan berlaku selepas ini? Tanya ku sambil membuka topi keledar
yang aku pakai. Nafas ku turun naik dengan pantas. Peluh dingin membasahi dahi ku.
Walaupun dah banyak jenis keajaiban yang ditunjukkan oleh Prasasti kepada ku melalui
mesin-mesinnya, inilah yang paling pelik dan paling sukar untuk aku fahami.

Prasasti menjilat-jilat tangannya lalu membersihkan mukanya. Dia nampak


selamba jer. Apa yang pasti sekarang, aku telah membekukan masa lalu mengelak diri ku
dari kematian. Aku tak tahu apakah kesan-kesan sampingan kepada dunia di sekeliling ku
apabila aku melakukan ini semua.

Nizam Zakaria - Halimunan 133


Bebola Merentas Masa

Aku menggigil ketakutan. Tekak ku terasa loya. Segala-galanya di sekeliling ku berhenti.


Aku keliru setelah segala-galanya kini mula diproses oleh minda ku. Prasasti berjalan ke
arah ku.

U’olls ada pau kacang tak? Dia tanya. Dalam masa-masa macam ini pun dia
masih nak tanya fasal makan! Aku menggeleng. Aku berjalan ke hadapan, ke arah Amir
Sentul.

Aku lihat Amir Sentul dalam keadaan kakunya sedang memandang ke arah
cermin sisi kirinya. Dia sedang tersengih kepuasan. Aku tak faham bagaimana dia boleh
tersengih begitu walaupun dia telah melakukan sesuatu yang mampu menyebabkan
kematian. Aku marah. Aku terajang motornya sehingga tumbang. Tubuhnya masih
melekat ke motornya. Dia kelihatan kaku macam patung.

Aku berjalan beberapa puluh meter ke hadapan. Di situ aku dapat melihat wajah-
wajah pemerhati yang terkejut memandang ke arah kereta Kancil yang telah aku langgar.
Salah seorang dari mereka adalah Yusnor. Dia sedang memegang handphonenya. Di
sebelahnya adalah Mat Jan yang sedang menudingkan jarinya ke arah kereta Kancil yang
hilang kawalannya itu.

Yusnor nampaknya sedang membaca mesej pada handphonenya sebelum dia


mendongak lalu memandang ke hadapan. Aku berjalan menghampiri Yusnor. Aku
memerhatikan mesej yang tertulis pada handphonenya:

Please don’t forget to tell him that I love him!

Mesej ini datangnya dari kakaknya. Perasaan ku tiba-tiba sahaja terasa sebak.

Apa akan terjadi jika aku tak bekukan masa? Tanya ku kepada Prasasti.

U’olls akan dilanggar kereta Kancil. Kereta itu akan hilang kawalan dan akan
melanggar beberapa orang mat rempit dan minah rempit yang sedang berkumpul di tepi
jalan. Empat orang akan mati termasuk u’olls dan lima orang akan cedera parah.

Aku tak mahu semua ini berlaku! Kata ku dengan tegas. Terasa darah ku tersirap
hingga ke umbun-umbun. Apa yang boleh aku lakukan untuk mengelakkan semua ini
dari berlaku?

Masalahnya u’olls...

Apa masalahnya?

U’olls kena ubah perjalanan masa lepas agar semua ini tak akan berlaku. Itu
sahaja cara untuk dapat kita lakukan sekarang.

Nizam Zakaria - Halimunan 134


Kau ada mesin merentas masa?

Ada!

Pergh! Nasib baik! Kita perlu melakukan sesuatu agar semua ini tidak akan
berlaku, Prasasti.

U’olls pasti ini yang u’olls mahukan?

Ya, aku pasti.

Walaupun nanti u’olls terpaksa melakukan beberapa pengorbanan yang besar?

Aku menghela nafas ku. Aku memandang ke arah wajah-wajah kaku di tepi jalan.
Ada di antara mereka yang akan terkorban jika aku tidak melakukan sesuatu.

Ya. Walaupun nanti aku terpaksa melakukan pengorbanan...

BEBOLA MERENTAS MASA! Kata Prasasti lalu mengeluarkan sebiji bola kecil
dari koceknya.

Bola lut sinar yang kenyal itu dicampakkan ke atas jalan. Bola itu melantun di
atas jalan tanpa henti dan semakin lama semakin cepat lantunannya. Ia mengeluarkan
cahaya terang tatkala ia melantun mengelilingi kami. Keadaan di sekeliling kami menjadi
kabur.

Apa yang berlaku?

Alat ini akan membawa kita ke satu titik masa dan ruang yang lampau.

Ye ke?

Ya. Bukan kita ada cara yang lain. Alat ini akan memilih ruang dan masa yang
sesuai untuk u’olls tukar.

Ruang dan masa yang sesuai?

Ya. Satu ruang dan masa di mana u’olls akan menukar segala-galanya...

Bebola merentas masa ini semakin lama semakin perlahan lantunannya sehingga
ia perlahan-lahan jatuh di atas lantai. Aku dapati aku bukan lagi berada di atas jalan raya
tetapi di sebuah fun fair. Terdapat ramai orang yang sedang lalu lalang di sekeliling kami.

Kau tak mahu bersembunyi ke, Prasasti? Tanya ku bimbang.

Nizam Zakaria - Halimunan 135


Tak perlu, mereka tak akan nampak kita.

Ye ke?

Aku berdiri di hadapan seorang budak kecil berusia empat tahun. Kemudian aku
menunduk ke arahnya. Aku lihat matanya terus kepada Prasasti. Dia ketawa melihat
Prasasti. Dia mahu memeluk Prasasti.

Apa pulak dia tak nampak! Kau ni, dalam masa-masa macam ni pun nak
temberang!

Kenapa Sara? Kenapa Sara ketawa sorang-sorang? Tanya ibu kepada budak kecil
ini. Dia memandang ke kiri dan ke kanan.

Aku berdiri di hadapan ibunya itu. Dia terus memandang melepasi ku seolah-olah
dia tak dapat melihat ku. Kemudian aku mendekatkan diri ku kepadanya. Sah lah dia
tidak dapat melihat ku sebagaimana yang dikatakan Prasasti.

Kenapa budak ni jer yang boleh nampak kita? Tanya ku sambil menggaru-garu
kepala ku.

Budak-budak macam dia sahaja yang boleh nampak kita. Orang dewasa selalunya
hanya akan melihat apa yang mereka mahu lihat.

Aku memandang ke arah sekeliling ku. Aku sedang berada di sebuah fun fair.
Dari pakaian yang dipakai oleh mereka yang berada di sini, aku rasa aku berada pada
tahun awal 80-an.

Januari 3, 1980. Beritahu Prasasti.

Kenapa kita berada di sini? Tanyaku. Mataku memandang ke arah ferris wheel
yang sedang berpusing.

Nanti kau akan tahu.

Aku terus berjalan. Aku memandang ke arah sekeliling ku. Aku tak tahu apa yang
perlu aku lakukan. Tak ada sesiapa pun di sini tahu akan kewujudan ku. Aku seorang
manusia halimunan sejati!

Aku dapati di dalam tapak ekspo ini ada pentas. Beberapa orang sedang
berkumpul di hadapan pentas. Mereka sedang menyaksikan sebuah pertunjukan lawak
jenaka yang dilakukan oleh dua orang pelawak yang tidak aku kenali.

Belum sempat aku dapat menikmati pertunjukan ini, penonton bertepuk tangan.
Kemudian keluar pula seorang pengacara lelaki yang mencanangkan kepada penonton
acara utama pada malam itu.

Nizam Zakaria - Halimunan 136


MEMPERKENALKAN, THE PHASE!

Tirah dibuka. Aku ternganga. Terkesima. Aku macam tak percaya dengan apa
yang aku saksikan sekarang.

Tidak salah lagi. Apa yang aku perhatikan sekarang adalah persembahan dari
kumpulan The Phase ketika mereka baru nak naik dahulu. Mata ku terus kepada ayah.
Wajahnya kelihatan muda dan kacak.

Anak-anak muda yang sedang berdiri di hadapan pentas mengangguk-anggukkan


kepala mereka ketika mendengar lagu cover version Rock the Boat dari Hues Corporation
yang dibawa oleh kumpulan The Phase.

Lagu ini! Getus ku kepada Prasasti.

Kenapa dengan lagu ini?

Mak mula jatuh cinta dengan ayah aku bila dia dengar lagi ni kat sini!

Oh ye ke?

Ya. Aku perlu cari dia! Kata ku bersungguh-sungguh. Mata ku meliar


memandang ke arah penonton-penonton yang datang. Aku mahu mencari kelibat mak di
situ...

Nizam Zakaria - Halimunan 137


Ayah yang pemalu

Sebagai seorang halimunan, aku dapati aku bergerak di dalam dunia ini tanpa disedari
orang lain. Aku tidak dapat memegang apa-apa yang ada di dalam dunia ini. Malah,
beberapa kali tubuh ku ini menembusi tubuh-tubuh orang berjalan melepasi ku ketika aku
sedang sibuk mencari mak.

Aku akhirnya bertemu dengan versi muda mak. Dia kelihatan lebih cantik dari
yang aku bayangkan selama ini. Dalam ramai-ramai penonton yang ada, memang mak
gadis yang paling cantik di situ. Matanya terus ke hadapan, ke arah ayah. Aku rasa pada
waktu itulah mak mula jatuh cinta dengan ayah.

Aku tunggu sehingga persembahan berakhir. Kawan mak (yang aku pasti adalah
Cik Fazliana yang kini bekerja sebagai kerani kerajaan di KWSP dan bertudung labuh),
membisikkan sesuatu kepada mak. Mak terkekeh ketawa sambil menutup mulutnya. Mak
dan Cik Fazliana berjalan ke belakang pentas.

Kedua-dua mereka aku lihat memakai jeans ketat. Pakaian yang mereka pakai
hampir sama fesyennya. Kawan baik lah katakan. Mereka senang menunggu di belakang
pentas. Aku lihat ayah sedang membantu kawan-kawannya mengemaskan peralatan
muzik yang mereka gunakan.

Mereka berdua menunggu dengan penuh sabar, sehinggalah ayah menyandangkan


gitar kesayangannya ke belakang lalu turun dari pentas.

Ayah terus berjalan ke hadapan. Aku lihat dia langsung tidak memandang ke arah
mak. Cik Fazliana menyiku mak, memaksanya mengatakan sesuatu.

Excuse me! Kata mak. Dia berjalan mendapatkan ayah.

Ya? Ayah menoleh. Dia memandang ke arah mak kemudian ke arah Cik Fazliana.

Saya suka dengan lagu-lagu yang awak bawak tadi.

Terima kasih. Kata Ayah, dia menggaru-garu kepalanya.

Ayah seorang lelaki yang pemalu. Dia tak banyak bercakap. Dalam hal-hal
macam ni aku rasa mak yang kena buka laluan agar mereka dapat duduk bersama-sama
dan memulakan kisah cinta mereka yang aku rasa berlanjutan sehingga empat tahun lagi
sebelum mereka berkahwin.

Awak buat apa lepas ni? Tanya Mak. Dia menggigit bibirnya.

Tak buat apa-apa. Kenapa?

Tak ada apa-apa.

Nizam Zakaria - Halimunan 138


Dia nak ajak awak keluar minum-minum. Kata Cik Fazliana dengan pantas. Ayah
tersenyum.

Boleh. Apa salahnya kalau kita minum-minum. Sambut ayah. Dia berjalan ke arah
seorang kawan yang menjadi pemain drum kumpulan The Phase. Dia memberitahu
kepadanya sesuatu kemudian mereka bersalaman.

Di luar fun fair ini ada warung... Apa kata kita ke sana?

Boleh.

Mereka bertiga berjalan ke arah pintu keluar fun fair yang terletak di Sentul ini.
Aku menoleh ke arah Prasasti. Aku lihat Prasasti tersenyum.

Apa yang perlu aku lakukan? Aku tak faham. Tanya ku kepada Prasasti.

Kau akan tahu juga akhirnya...

Tapi cuba kau fikir betul-betul. Apa yang boleh aku ubah sekarang untuk ubah
apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Banyak yang u’olls boleh ubah. Sebab itulah u’olls dipilih.

Dipilih?

Ya, u’olls dipilih kerana u’olls lah yang dapat mengubah segala-galanya nanti.

Aku tak tahu apa yang dicakapkannya ini. Aku keliru. Aku terus memandang ke
arah ayah yang sedang memesan minuman untuk dirinya dan untuk mak dan Cik
Fazliana. Mereka sedang berbual-bual kosong. Aku rasa inilah ketikanya ayah jatuh hati
dengan mak.

Aku hanya mampu melihat mereka dari jauh. Segala-galanya kini hanya aku
mampu melihat dari jauh...

Nizam Zakaria - Halimunan 139


Masdor profesor Fizik Kuantum dari Cambridge

Mak dan ayah bertukar-tukar nombor telefon ketika ayah menghantar mak sehingga ke
hadapan rumah mak di Sentul. Mak memberitahu kepada ayah dia boleh menelefonnya
pada bila-bila masa dia suka. Ayah hanya mengangguk. Beberapa saat kemudian aku
dapat lihat datuk berdiri di muka pintu. Mak cepat-cepat mengucapkan selamat tinggal
kepada ayah sebelum dia masuk ke dalam rumah tersipu-sipu.

Ayah menghela nafasnya dalam-dalam. Dia memandang ke arah jam tangannya.


Jam menunjukkan pukul 11 malam. Apabila dia tiba di jalan besar, dia menahan teksi.
Aku dan Prasasti terus mengekorinya. Kami pulang ke rumahnya di Keramat.

Ayah terus masuk ke dalam biliknya yang bersepah itu. Dia terbaring di atas
katilnya. Dia termenung memandang ke arah siling. Dia menyebut nama mak berkali-kali
– Suraya.

Tadi, ketika mereka bersama, ayah beria-ia bercerita kepada mak tentang niatnya
untuk membuat sebuah EP untuk kumpulan The Phase. Dia kata, dia membuat
pertunjukan di Fun Fair Sentul itu tadi pun sebab dia ingin mengumpul duit agar cita-
citanya ini tercapai. Dia ingin menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Dia ingin
mencipta lagu dan ingin melihat lagu-lagu ciptaannya nanti dimainkan di corong radio.
Ayah memang bercita-cita tinggi.

Bilik ayah penuh dengan poster-poster kumpulan muzik yang digemarinya –


Beatles, Cool and the Gang, Eagles, Fleetwood Mac, Led Zeppelin dan The Doors. Dia
juga ada menyimpan banyak koleksi piring hitamnya yang kini menjadi milik ku. Dia
memang seorang yang makan tidur dengan muzik.

Ketika dia termenung begitu, ayah menyiulkan irama yang tidak dapat ku
lupakan. Lagu Cinta Takkan Pergi. Ayah cepat-cepat mengambil gitar dan sekeping
kertas. Dia melakarkan lagu ini supaya dia tak akan melupakannya.

Itu lagu mak. Bisik ku kepada Prasasti.

Satu-satunya lagu darinya yang mek suka. Jawab Prasasti.

Lagu ini tak terkandung di dalam EPnya. Lagu ini ayah hadiahkan kepada mak.
Lagu ini sepatutnya ayah selitkan di dalam EPnya itu. Tapi dia tidak melakukannya.
EPnya itu terlalu melankolik. Ayah terlalu taksub kepada lagu yang ingin dibawanya
sehingga dia lupa bahawa bukan semua orang melayan lagu macam ini, sekurang-
kurangnya pada waktunya itu. Pada waktu itu, orang tengah layan lagu disko, lagu-lagu
glam rock, tapi ayah nak bawak lagu Emo yang terlalu ke hadapan zamannya. Aku rasa,
jika Kurt Kobain sezaman dengan ayah, mesti tak ada orang yang akan layan lagu-
lagunya. Mungkin dunia tak akan kenal dengan Nirvana.

Nizam Zakaria - Halimunan 140


Apa pengorbanan yang harus aku lakukan jika aku cuba ubah apa yang perjalanan
di masa hadapan?

Macam-macam.

Macam-macam apa ni?

Ingat tak mek pernah cakap... Tentang teori Efek Rama-rama.

Ya, aku ingat.

Sekecil-kecil perubahan yang dilakukan di masa ini akan menyebabkan


perubahan yang besar di masa akan datang.

Perubahan seperti apa?

Uncle Chandran tak akan menjadi gila... Dia tak akan minum sebelum kejadian
kemalangan yang meragut nyawa isterinya berlaku. Miss Lee akan mengamalkan seks
yang selamat ketika dia menjadi pekerja seks di Chow Kit dan dia akhirnya akan menjadi
seorang aktivis Aids. Abang Zamani akan memberitahu kepada Cik Haryati yang dia
menyayanginya dan bermacam-macam-macam lagi kalau mek cerita sampai esok pun tak
akan ada kesudahannya.

Abang Zamani... Dia akhirnya akan—

Ya, dia akhirnya akan berkahwin dengan Cik Haryati.

Tapi!

Sanisah tak akan wujud. Begitu juga Yusnor.

Kata-katanya membuatkan aku terduduk. Masakan aku sanggup untuk melakukan


ini semua. Aku sayangkan Sanisah. Aku tak sanggup menghadapi situasi di mana Sanisah
tak akan wujud sama sekali. Begitu juga adiknya Yusnor.

Kenapa aku perlu melakukan ini semua?

Kerana hanya u’olls yang mampu melakukannya.

Siapa hantar kau ke sini? Jadi selama ini kau muncul di dalam hidup ku supaya
aku dapat melakukan ini semua untuk kau? Siapa yang hantar kau ke sini?

Cicit Yusnor...

Apa?

Nizam Zakaria - Halimunan 141


Sebelum Yusnor meninggal dunia, dia telah menceritakan kepada cicitnya tentang
kisah cinta kakaknya yang tidak kesampaian... Dia telah memberitahu kepada cicitnya itu
bahawa Sanisah terus menyayangi u’olls sehingga ke saat akhir hidupnya. Segala-galanya
tentang kisah Sanisah telah diceritakan Yusnor kepada cicitnya yang bernama Masdor.
Ya, cicitnya itu telah dinamakannya Masdor sempena nama u’olls!

Kata-kata Prasasti membuat aku rasa terharu. Aku mengeluh memikirkan tentang
Sanisah juga tentang Yusnor.

Yusnor tahu kakaknya itu tidak lagi mampu mengecap erti kebahagiaan selepas
dia mendapat tahu u’olls mati ketika u’olls berusaha mencari jalan ke London untuk
menemuinya. Sanisah telah menyalahkan dirinya kepada segala apa yang telah berlaku.
Sanisah telah menghabiskan kehidupannya memikirkan tentang u’olls dan apa
kebarangkalian yang akan berlaku jika u’olls tidak mati dalam kemalangan itu. Sanisah
tidak mahu pulang ke Malaysia selepas dan terus menetap di London dan dia akhirnya
menjadi seorang penulis terkenal. Pada tahun 2029 dia ditemui mati keseorangan dengan
gambar u’olls dipeluknya ke dadanya. Dia telah mati dengan membunuh diri...

Gambar apa yang telah dipeluknya?

Gambar yang dia ambil sendiri ketika u’olls bercuti dengannya di Teluk
Cempedak...

Oh... Gambar itu.

Jadi cicit Yusnor ingin merubah segala-galanya?

Ya... Masdor adalah seorang profesor Fizik Kuantum di Cambridge. Dia telah
membuat beberapa pengiraan mengikut Teori Kaos. Pada mulanya mendapati jika u’olls
hidup, Sanisah akan menjalani kehidupan yang lebih bahagia, dan memang begitulah
adanya. Tetapi setelah dia membuat kajian yang lebih mendalam kepada kehidupan
u’olls, dia membuat kesimpulan lebih banyak lagi yang u’olls boleh lakukan jika
perjalanan sejarah dalam kehidupan u’olls diubah dengan lebih radikal. Dia menjumpai
titik masa yang paling sesuai untuk u’olls ubah adalah sekarang ini dan perubahan ini
akan membawa kebaikan kepada manusia sejagat!

Tapi jika aku ubah perjalanan sejarah seperti yang kau katakan tadi, Sanisah dan
cucunya Masdor tak akan wujud di masa hadapan!

Dia dah wujud di dalam dunianya sendiri, u’olls... Tapi dengan apa yang u’olls
ubah nanti, dunia masa depan akan menjadi dunia yang lebih baik lagi bukan sahaja
kepada u’olls, tetapi kepada berjuta-juta manusia lain. Masdor rasa, itulah yang lebih baik
untuk mengingati memori Yusnor.

Aku tak faham!

Nizam Zakaria - Halimunan 142


Buat masa ini u’olls tak perlu faham.

Aku tak sanggup melakukannya jika di masa hadapan nanti Sanisah tak akan
wujud sama sekali! Mengapa dia tak bawa sahaja aku ke satu titik di mana aku dapat
mengelakkan kemalangan motor aku itu dari berlaku? Bukan macam tu lagi senang? Aku
menang hadiah pertaruhan aku... Aku ke London untuk menemui Sanisah dan kami akan
mengecap kebahagiaan yang kami cari selama ini?

Sanisah pernah memberitahu Yusnor, dan seterusnya Yusnor memberitahu


kepada cicitnya, Masdor... U’olls ada sebuah hati yang suci dan hati seperti u’olls susah
untuk dicari.

Aku duduk di sebelah ayah. Aku memandang ke arahnya. Dengan pantas dia
menulis lagu cinta untuk mak. Dia menggigit hujung penselnya. Dia tersenyum sendiri.

Jadi Masdor fikir aku akan sanggup melakukan ini semua untuk kebaikan
manusia sejagat?

Ya. Itulah yang difikirkannya.

Aku menggeleng. Aku terlalu keliru untuk memberikan sebarang jawapan pasti
kepada Prasasti.

Prasasti... Ujar ku setelah lama aku mendiamkan diri ku. Di dalam kehidupan aku
di mana kau tidak wujud sama sekali, bagaimana agaknya aku diketemukan dengan
Sanisah?

Dengan cara yang sama... Kalau mek tak wujud dan tak suruh u’olls pergi ke
kedai Miss Lee untuk membeli EP Sanisah Huri, u’olls akan tetap membelinya. Memang
u;olls telah ditakdirkan untuk menemuinya.

Dan sekarang kau suruh aku melawan takdir. Kataku, lalu membiarkan kata-kata
ku itu dikuburkan kesepian malam.

Nizam Zakaria - Halimunan 143


Siulan

Ayah terus mencipta lagunya. Dia memang begitu aku rasa. Jika dia mempunyai ilham
untuk mencipta lagu, dia akan terus mencipta lagu demi lagu dalam satu malam. Pada
malam yang bertuah ini, mak menjadi sumber inspirasinya. Aku rasa ayah, seperti aku
cepat jatuh cinta. Dia terus jatuh cinta kepada mak walaupun dia baru sekali sahaja
bertemu dengannya.

Jadi apa yang perlu aku lakukan untuk merubah perjalanan sejarah? Tanya ku
kepada Prasasti.

U’olls perlu bertindak sebagai musenya.

Muse?

Ya, si Pencetus Ilham. U’olls harus si Pencetus Ilhamnya.

Tapi bagaimana?

Dengan mendapatkan dia mendengar suara u’olls tu.

Tapi aku tak tahu caranya!

U’oll cuba lah dulu... Belum cuba belum tahu. Tapi u’olls kena ingat, apa-apa
u’olls buat nanti akan mengubah perjalanan masa hadapan.

Lama aku memikirkan tentang hal ini. Ditelan mati emak, diluahkan mati bapak.
Jika aku tidak melakukan apa yang patut aku lakukan, Prasasti kata aku akan kembali
semula ke ruang dan masa yang telah aku bekukan apabila matahari terbit nanti. Aku
akan mati di dalam sebuah kemalangan jalan raya yang dahsyat, dan Sanisah akan terus
hidup di dalam keadaan murung yang diakhiri dengan dirinya membunuh diri.

Aku akhirnya mengambil keputusan untuk mengubah perjalanan masa hadapan.


Aku lakukan ini semua demi rasa sayangnya aku kepada Sanisah. Aku tak sanggup
melihat Sanisah hidup di dalam kekecewaan. Fikir ku, lebih baik buat kali ini dia tidak
perlu wujud di dalam sebuah dunia yang tidak menjanjikan sebarang kebahagiaan kepada
dirinya...

Jadi, pada subuh yang hening itu, aku membuka mulut aku lalu memanggil ayah
berkali-kali, tetapi dia tidak dapat mendengari suara ku. Toleh pun tidak. Aku menjerit di
tepi telinganya. Aku menemui jalan buntu. Aku tidak tahu bagaimana untuk menarik
perhatiannya.

U’olls perlu luahkan perasaan u’olls dengan ikhlas. Prasasti menasihatkan.

Nizam Zakaria - Halimunan 144


Aku mengeluh panjang. Aku duduk di sebelah ayah. Aku termenung memandang
ke arah dirinya yang sedar bermain gitar sambil menulis nota-nota muzik di atas sekeping
kertas.

Di dalam keadaan separuh pasrah, aku menyiulkan lagu yang pernah ayah
dodoikan kepada aku dahulu. Sememangnya di dalam keadaan tertekan, aku akan bersiul
seperti ini - kadang kala tanpa aku sedari.

Tak semena-mena ayah memainkan semula irama yang aku siulkan. Irama ini
tidak sepatutnya wujud sehinggalah aku dilahirkan! Apa-apa pun, ini semua tidak
penting, apa yang aku siulkan dapat didengarinya.

Aku bersiul lagi. Aku pastikan agar ayah dapat menangkap irama lagu ini dengan
tepat. Aku berdiri di sebelahnya dekat ke telinganya. Aku menyiulkan lagu ini supaya dia
dapat menangkap irama lagu ini dengan betul. Seterusnya aku membisikkan kepadanya
dengan kata-kata bahawa dunia ini akan menjadi lebih bermakna lagi jika dia terus
mencipta dan berkongsi lagu-lagu yang bertemakan kasih sayang seperti ini dengan orang
lain.

Best lah lagu ni. Ujar Prasasti bertepuk tangan mengikut irama lagu yang
dimainkan ayah. U’olls akhirnya berjaya!

Berjaya apa? Tanya ku. Aku lihat Prasasti sedang memerhatikan sebuah mesin
kecil di atas tangannya yang sedang berkelip-kelip.

Berjaya ubah perjalanan masa hadapan!

Apa? Itu sahaja yang perlu aku lakukan?

Ya. Itu sahaja.

Lagu ini akan ubah segala-galanya?

Ya.

Tapi bagaimana?

Beberapa tahun selepas ini, lagu ini akan dianggap sebuah lagu klasik yang
menyerupai kejayaan lagu Anak oleh Freddy Aguilar dan Sukiyaki oleh Kyu Sakamoto
di peringkat antarabangsa. Datuk u’olls tak kisah mak u’olls berkahwin dengannya malah
menggalaknya supaya menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Katanya membaca apa
yang tertulis di dalam mesin kecilnya.

Dan apa lagi?

Nizam Zakaria - Halimunan 145


The Phase akan menjadi sebuah kumpulan muzik yang popular sepanjang zaman.
Bapak u’olls kemudiannya akan menjadi seorang komposer lagu yang terkenal.

Oh.... Dan ini akan membawa kepada beberapa perubahan lain?

Ya.

Jadi selepas ini, Sanisah dan Yusnor tak akan wujud di dunia ini? Tanya ku untuk
memastikan.

Ya. Kata Prasasti sambil mengangguk sekali.

Aku memandang ke arah Prasasti sebelum aku menoleh semula ke arah ayah ku.
Aku tak tahu apa yang akan berlaku kepada ku nanti apabila matahari terbit nanti. Tapi
apa yang pasti, matahari akan terbit di ufuk timur di dalam beberapa minit sahaja lagi.

Aku harap, di dalam dunia yang telah aku ubah nanti ayah akan menjadi seorang
manusia yang lebih bahagia. Muzik akan terus hidup di dalam dunianya dan dia akan
terus menyayangi mak sampai bila-bila...

Nizam Zakaria - Halimunan 146


Banglo di Bukit Antarabangsa

Perasaan sedih mengelumuni diri ku. Aku kurang pasti jika aku dapat menjalani hidup ini
tanpa Sanisah. Kepala ku terasa tepu. Aku akan terus mengingatinya sampai bila-bila
walaupun dunia menidakkan kewujudannya.

Wajah ayah berseri-seri pada subuh itu. Dia memang sukar tidur malam. Sebab
itulah dia bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Mak bekerja di hospital pada
syif malam agar dia dapat bersama ayah pada siang hari dan lama-kelamaan aku terikut
sama.

Wajah ayah berseri-seri kerana dia mula jatuh hati kepada mak. Aku tahu
perasaan yang dilaluinya. Aku pernah melaluinya sendiri.

Prasasti mengingatkan aku bahawa matahari akan terbit beberapa detik sahaja
lagi. Apabila aku cuba tanya apa yang akan berlaku kepada ku nanti, dia tidak menjawab,
tetapi aku dapat melihat kesedihan terlukis di wajahnya.

Kenapa kau tiba-tiba sahaja sedih, Prasasti? Tanya ku dengan perlahan. Aku tidak
pernah melihatnya bersedih, malah, aku tak tahu pula dia telah diprogramkan untuk
mempunyai kemampuan untuk mengalami kesedihan dan menunjukkan perasaan sedih.

Tugas mek dah selesai. Katanya dengan suara layu.

Jadi kenapa?

Mek kena tinggalkan u’olls dan pulang ke dunia mek semula.

Jadi aku macam mana?

U’olls ingat mek akan bersama u’olls untuk selamanya ke?

Aku mengangguk. Itulah yang aku fikirkan selama ini. Malah pernah aku berfikir
Prasastilah yang akan menjaga diri ku ketika aku tua nanti.

Prasasti duduk di atas paha ku. Dia mengusap pipi ku. Wajah ku muram. Aku rasa
mahu menangis, tetapi aku rasa terlalu sedih sehingga air mata pun sukar untuk aku
titiskan. Dia meminta aku supaya jangan bersedih.

Aku tidak tahu jika aku merasa terlalu sedih pada waktu itu sehingga aku tak
mampu berkata-kata. Prasasti yang telah aku kenali sejak kecil kini akan meninggalkan
ku begitu sahaja.

Selamat tinggal, Masdor!

Jadi inilah kali terakhir kita bertemu?

Nizam Zakaria - Halimunan 147


Prasasti mengangguk.

Jadi... Kau tak akan muncul lagi di dalam hidup aku?

Prasasti menggeleng.

Prasasti memegang tangan ku dengan kuat sebelum dia berdiri di atas lantai. Dia
mengeluarkan Pintu Dimensi Ajaib dari poketnya. Dia berjalan ke arah pintu tersebut lalu
memulas tombol pintu. Apabila daun pintu terkuak, cahaya yang maha terang bersinar
dari sebalik pintu sehingga membuat mata ku silau. Aku dapat melihat Prasasti
melambaikan tangannya ke arah ku. Aku melambaikan tangan ku kembali.

Keadaan di sekeliling ku menjadi terang. Aku cuba menggunakan tangan ku


untuk mengelakkan cahaya yang terang itu dari menyilau mata ku. Pada masa yang sama,
aku dapat merasakan tubuh ku semakin ringan dan lemah. Mata ku kabur. Aku rasa
terlalu mengantuk. Aku menutup mata ku sehinggalah aku tidak apa yang berlaku kepada
diri ku selepas itu.

Apabila aku membuka mata ku, aku dapati aku tidak lagi berada di dalam bilik
lama ayah tetapi di dalam sebuah bilik yang kelihatan begitu asing bagi ku. Aku
menggosok-gosok mata ku. Aku bangun dari katil ku. Aku mendapati kesemua barang-
barang yang ada di dalam bilik ini adalah barang-barang kepunyaan ku.

Aku memeriksa jaket kulit yang masih aku pakai. Aku mengeluarkan gambar
Haryati yang telah diambil di Carnaby Street dari poket jaket ku. Gambarnya ini masih
ada di dalam simpanan ku. Aku mengeluarkan dompet wang ku. Kad Menilik Masa
Depan yang aku simpan selama ini tidak ada lagi di situ.

Aku keluar dari bilik ku. Bahagian di tepi dinding dihiasi dengan beberapa buah
album dari kumpulan The Phase yang menerima anugerah emas dan platinum. Aku
menggaru-garu kepala ku. Aku rasa aku sedang berada di dalam sebuah rumah banglo
yang aku diami di dalam sebuah dunia yang telah aku ubah.

Aku turun ke tingkat bawah. Mereka tersenyum ke arah ku. Aku memandang ke
arah sekeliling ku. Rumah ini nampak mewah dan cantik. Aku berjalan ke meja makan.
Aku dapati mak dan ayah berada di situ.

Kau dah pack beg kau tu, Masdor? Tanya ayah ketika matanya terus ke akhbar
The Star yang sedang dibacanya.

Beg? Kenapa? Tanya ku. Mak memegang bahu ku. Meminta aku duduk di meja
makan.

Untuk ke London lah.

Nizam Zakaria - Halimunan 148


Untuk ke London?

Saya dan pack beg dia tu siang-siang, bang. Kalau kita tak buatkan untuk dia,
sampai esok bila kita nak fly pun dia tak akan pack bag dia tu. Kata Mak. Dia meletakkan
sepinggan nasi goreng di hadapan ku.

Kita semua nak ke London?

Ish budak ni... Kau deman ke apa, Masdor? Tanya Mak. Dia nampak risau. Aku
menggeleng pantas.

Ayah, buat apa kita ke London?

Untuk tolong kau berpindah dari bilik kau sekarang di Great Dover Street ke New
Hunts House yang kau kata dekat dengan the Guy’s?

The Guys?

Ya... Kampus Guys di Kings College? Tempat kau belajar sejak setahun lepas!

Macam mana dia nak jadi doktor kalau begini perangainya? Mak merungut. Dia
menjeling ke arah ku.

Aku tak tahu bagaimana semua ini boleh berlaku. Aku tak tahu bagaimana aku
menjadi seorang pelajar perubatan tahun pertama di King’s College yang sedang bercuti
di Malaysia. Aku tak tahu apa yang aku lakukan apabila semester ku bermula nanti, tapi
itu semua tak penting sekarang. Yang penting aku perlu menemui Zila. Aku harap dia
masih mengenali ku di dalam realiti ini. Aku perlu memberitahu kepadanya apa yang
telah berlaku kepada diri ku sekarang.

Mak... Ayah, orang nak keluar. Kata ku dengan tergesa-gesa.

Ke mana?

Central Market.

Buat apa? Nak pergi ke Teresa Forever?

Ya.

Bukan kau baru saja jumpa dengan budak Zila tu semalam?

Zila bekerja di sana?

Ye lah, dah tu? Tanya mak dengan wajah risau. Aku lihat dia menggaru-garu
kepalanya.

Nizam Zakaria - Halimunan 149


Mmm... Mak? Orang bawak kereta atau motor?

Masdor! Mak bercekak pinggang. Dia ingat aku main-main. Ayah tersengih. Dia
meletakkan surat khabarnya ke tepi. Aku menyeluk kocek seluar ku. Di dalamnya ada
kunci kereta.

Aku berjalan ke ruang tamu. Mak mengekori ku. Dia membuka pintu hadapan
lantas membuka pintu pagar automatik. Aku menekan butang kawalan jauh kunci kereta
kepunyaan ku. Lampu kereta Honda City berwarna merah berkelip-kelip lalu
mengeluarkan bunyi.

Mak... Mak dan ayah okay ke? Tanya ku kepada mak yang sedang mengomel
menegur ku yang didapatinya belum mandi pagi tapi sudah mahu keluar dari rumah.

Soalan apa ni Masdor?

Mak tak gaduh-gaduh dengan ayah ke?

Gaduh apa ni Masdor? Buat apa kami nak bergaduh.

Aku terus mendakap tubuh mak dengan erat. Mak terkejut, tapi dia membiarkan
aku mendakap tubuhnya. Apabila aku memandang ke hadapan, aku dapat melihat ayah
memandang ke arah ku dari muka pintu sambil menghisap rokoknya. Dia hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya. Mak punya masih kelihatan terkejut melihat perangai
ku yang dianggapnya aneh itu.

Aku masuk ke dalam kereta. Aku hidupkan enjin. Aku menarik nafas ku dalam-
dalam. Aku keluarkan dompet ku semula. Korek punya korek aku ada lesen kereta.
Sebelum ini aku tak pernah belajar bawak kereta.

Bawak kereta tu baik-baik. Ucap mak dengan wajah risau lalu menoleh ke arah
ayah yang sedang memegang bahunya.

Jangan bawak laju-laju. Kau tu suka sangat bawak laju! Nasihat ayah pula.

Aku mengangguk. Kemudian aku cuba membawa kereta ku keluar dari kawasan
rumah banglo ini. Entah mengapa, dengan senang aku dapat membawa kereta ini keluar
lalu memandu keluar dari kawasan perumahan ini yang terletak di Bukit Antarabangsa.
Aku memandang ke arah tangan ku yang sedang memegang stereng ketika membawa
kereta ku menuruni Bukit Antarabangsa. Aku dapat menamakan tulang Metacarpals dan
Phalanges satu persatu. Semua fakta-fakta ini sudah tersimpan di dalam kepala ku.

Setibanya aku di Teresa Forever, aku dapat melihat Zila sedang membantu Miss
Lee membuka kedainya.

Nizam Zakaria - Halimunan 150


Kenapa you berdiri tercegat di situ? Tanya Miss Lee kepada ku. Kenapa mulut
you ternganga macam nampak hantu?

Aku tidak menjawab soalan-soalannya itu. Aku sekadar tersenyum kelat. Aku
memandang ke arah Zila. Aku lihat Miss Lee memberitahunya dia akan hanya pulang
pada petang itu kerana dia mahu menghadiri sebuah mesyuarat untuk sebuah program
amal Pink Triangle yang akan dianjurkan tidak lama lagi.

You fly ke London esok kan Masdor? Tanya Miss Lee.

Ya.

Don’t forget to write to me, ya! Macam biasa. I suka terima poskad dari you.

Aku menganggukkan kepada ku. Miss Lee tersenyum lalu dia mengucapkan
selamat jalan kepada ku.

Zila... Kita kawan baik ke, Zila? Tanya ku ragu-ragu kepada Zila yang sedang
duduk di belakang kaunter.

Ya kot... Kenapa?

Aku nak ceritakan kepada kau tentang satu perkara... Fasal diri aku.

Ceritakan lah. Katanya sambil menongkat dagu. Jadi aku pun bercerita. Aku
bercerita dari awal ketika aku mula-mula terjumpa dengan gambar Hartini sehinggalah
kepada apa yang aku alami pagi tadi.

Kau kata Prasasti tu seekor kucing robot dari masa depan? Tanya Zila cuba
menahan ketawa.

Ya. Tapi dia dah pulang ke dunianya semula.

Kau ni macam-macam lah Masdor! Zila mungkin fikir aku gila. Aku sendiri mula
berfikir aku gila. Tapi aku tak gila. Aku masih waras lagi.

Kau nak ke mana tu? Tanya Zila. Aku memberitahunya aku perlu ke Bukit
Bintang. Aku perlu mencari Abang Zamani. Mungkin dia faham!

Aku dapati kondominium yang dihuni oleh Abang Zamani kini dihuni oleh
sebuah keluarga Cina dari Indonesia. Aku tak tahu di mana dia sekarang. Aku tak tahu di
mana aku harus mula mencarinya. Aku sempat ke Tower Records yang terletak di KL
Plaza. Di sana aku dapati album Tribute to The Phase yang dibawakan semula oleh
penyanyi-penyanyi dan kumpulan-kumpulan terkenal tanah air berada di carta no. 1
penjualan album di Malaysia. Lagu lama The Phase, Berlibur Di hari Minggu yang

Nizam Zakaria - Halimunan 151


dinyanyikan secara duet oleh Mawi dan Siti Nurhaliza kini berada di dalam carta single
no. 1 di Malaysia.

Apabila aku berjalan di Bintang Walk, aku dapat melihat seorang lelaki India
berpakaian kemas yang sedang duduk sambil membaca akhbar Asian Wall Street Journal
di Cafe Dome. Aku mengenali dirinya.

Uncle Chandran? Tanya ku kepadanya setelah aku memberanikan diri ku untuk


mendekatinya.

Yes, but have we met?

Aku menggelengkan kepala ku. Aku berjalan meninggalkannya. Dia memandang


ke arah ku dengan dahi terkerut seribu.

Semuanya ini terlalu aneh bagi ku. Aku perlu pulang. Aku mahu tutup mata ku
rapat-rapat. Aku mahu tidur dan bila aku bangun nanti aku mahu bangun di dalam bilik
kecil ku dan aku mahu hidup ku kembali seperti sedia kala. Tapi adakah itu yang benar-
benar aku mahukan?

Nizam Zakaria - Halimunan 152


London, 21 September

Aku memandang kosong ke luar tingkap apabila kapal terbang berlegar di udara Sepang.
Kemudian aku menoleh ke arah mak dan ayah yang sedang duduk di kerusi sebelah.
Mereka sedang bergurau sesama mereka sebelum mereka ketawa berdekah-dekah.
Mereka nampak bahagia. Hati ku tenteram melihatkan kebahagiaan yang terwujud di
dalam diri mereka. Muzik terus hidup di dalam jiwa ayah dan inilah yang membuatkan
ayah menjadi seorang manusia yang mencintai kehidupannya. Kebahagiaannya
membahagiakan mak.

Lampu untuk meminta penumpang memakai tali pinggang keledar dimatikan.


Aku membuka ikatan tali pinggang keledar ku. Aku menoleh ke arah ayah. Dia mahu ke
tandas.

Mak, ingatkan orang kenapa orang nak jadi doktor. Tanya ku dengan suara
perlahan kepada mak.

Mak tersenyum. Dia memandang ke arah ayah yang sedang berjalan ke arah
tandas sebelum dia menoleh ke arah ku.

Mak menjawab soalan ku dengan memulakan cerita tentang kerja-kerja


sukarelawannya. Mak kata, dia mula menjadi sukarelawan ketika aku berusia dua tahun.
Dia menggunakan pengalamannya sebagai seorang bekas jururawat untuk menyedarkan
pekerja seks di Chow Kit tentang amalan seks secara selamat. Ketika itulah mak mula-
mula bertemu dengan Miss Lee. Mereka akhirnya menjadi kawan baik. Mereka berdua
sering bekerjasama untuk menyedarkan pekerja-pekerja seks di Chow Kit tentang bahaya
HIV.

Ingat tak dulu bila mak ada bawak Masdor berjumpa dengan Cik Wati yang
terlantar di hospital... Cik Wati kawan baik Miss Lee. Masdor kata, Masdor ingin menjadi
doktor supaya satu hari nanti Masdor dapat mencari jalan untuk mengubati pesakit AIDS
macam Cik Wati.

Aku hanya mengangguk walaupun aku tidak dapat mengingati semua ini.

Orang harap satu hari nanti orang dapat melakukan ini semua.

Sebab itu mak nak kau belajar rajin-rajin. Mak yakin kalau Masdor tumpukan
perhatian Masdor kepada pelajaran, pasti Masdor akan berjaya. Kalau Masdor berjaya
mencipta vaksin untuk mengubati penyakit Aids, berjuta-juta nyawa akan dapat
diselamatkan.

Aku mengangguk perlahan. Aku lihat ayah kembali duduk di tempatnya. Seorang
pemuda yang seusia dengan ku datang mendekatinya lalu meminta ayah menandatangani
CD Tribute to The Phase yang ingin dibawanya ke London. Dia panggil ayah dengan
panggilan Munsyi. Satu panggilan yang sinonim dengan ayah sejak awal 90-an dulu

Nizam Zakaria - Halimunan 153


setelah ayah berjaya membuktikan dirinya sebagai seorang pemuzik dan komposer
bertaraf antarabangsa. Setelah ayah selesai menandatangani CDnya, dia sempat
bertanyakan kepada ayah jika benar ada ura-ura untuk ayah bekerjasama dengan Sifu M.
Nasir untuk album barunya. Ayah tersenyum sambil mengangguk perlahan.

Kota London adalah sebuah kota yang mempesonakan bagi ku. Entah mengapa,
walaupun aku tak pernah ke kota ini, perasaan “deja-vous” menyelinap ke seluruh jiwa
ku.

Di dalam realiti ini, ayah akhirnya berjaya mencapai cita-citanya untuk ke


Liverpool dan seterusnya ke Strawberry Fields pada tahun 1989. Kemudian, dua tahun
sekali, dia pasti akan membawa kami sekeluarga bercuti ke UK. Dia kata, dia mahu aku
belajar di sini pun, agar dia mempunyai alasan untuk sering berulang alik ke sini. Mak
pula menegaskan aku telah memilih untuk belajar di King’s College, University of
London kerana ia mempunyai tradisi penyelidikan yang cemerlang di dalam bidang
perubatan.

Semalam sehari suntuk aku habiskan masa ku memindahkan barang-barang aku


dari Great Dover Street ke New Hunts House. Mak dan ayah tolong aku berpindah. Bilik
baru aku letaknya di tengah-tengah kampus Guy. Jadi aku tak payah berjalan jauh untuk
ke kuliah.

Kuliah aku akan bermula dalam masa seminggu dua sahaja lagi. Entah mengapa,
aku rasa tak sabar untuk mula belajar. Bersemangat pula aku untuk belajar sehingga satu
hari nanti aku berjaya menjadi seorang doktor dan mungkin seorang penyelidik.

Kenapa termenung, Masdor? Tanya ayah kepada ku ketika aku sedang menunggu
mak bersolek di bilik mandi.

Esok 21 September.

Jadi kenapa?

Yah... Orang ada suka dengan sorang budak perempuan ni, tapi dia tak wujud
dalam dunia ni. Tapi orang rasa dia wujud.

Apa yang kau ceritakan ni, Masdor? Ayah menggaru-garu kepalanya.

Dengarlah dulu yah!

Ya, ayah dengar ni.

Orang rasa dia wujud.

Macam mana kau tahu dia wujud?

Nizam Zakaria - Halimunan 154


Orang dapat rasa dia wujud. Tak tahu lah macam mana orang nak explain.

Jadi... Kalau kau tahu dia wujud, kau perlu cari dia sampai dapat.

Ya. Saya akan cari dia sampai dapat.

Kalau memang dah jodoh kau... Walaupun dia berada seribu batu dari kau
sekarang, satu hari nanti, kau akan tetap diketemukan dengannya.

Esok kita ke Carnaby Street, ya?

Ayah mengangguk. Katanya elok juga jika kami ke sana kerana esok dia dan mak
memang bercadang mahu membeli-belah di Oxford Street.

Pada malam itu aku terasa sukar untuk masuk tidur. Aku terbaring di dalam bilik
ku sambil memandang ke arah siling. Ada kalanya aku akan menoleh ke kaki ku kerana
Prasasti selalu berada di situ. Tetapi dia tak ada. Aku merindukannya. Aku berjalan ke
arah jendela. Aku memandang ke arah kampus. Aku mengeluh. Tak berapa lama dahulu
aku seorang mat rempit yang bekerja di 7Eleven dan sekarang aku seorang pelajar
perubatan di London. Dunia di sekeliling ku berubah akibat satu irama yang aku siulkan
ke dalam telinga ayah.

Aku menarik nafas ku dalam-dalam. Wajah Sanisah terus terlekat di dalam jiwa
ku. Aku paling takut jika satu hari nanti aku akan melupakan rupa wajahnya itu. Memang
benar seperti kata Prasasti Sanisah dan Yusnor tidak wujud lagi di dunia ini. Sejurus
selepas aku menemui Uncle Chandran, aku pergi ke kondominium yang didiami Sanisah
dan Yusnor. Mereka tidak ada di situ. Yang ada cuma sebuah keluarga India yang telah
tinggal di situ sejak lima tahun yang lepas.

Dalam keadaan pasrah, aku keluarkan gambar Haryati. Gambar itu aku tatap
lama-lama kerana gambar ini memberi seribu pengertian buat diri ku. Aku kembali
baring di atas katil ku. Aku letak gambar itu dekat ke dada ku sehinggalah aku tertidur
dengan sendirinya.

Pagi-pagi lagi aku telah bersiap sedia untuk menaiki tube ke hotel yang didiami
mak dan ayah di Park Lane. Sejurus selepas makan pagi, kami terus berjalan ke arah
Oxford Street. Ayah dan mak kata mereka suka berjalan di London. Apa tidaknya, jika
ada apa sahaja yang menarik perhatian mereka, mereka akan berhenti lalu melihat-lihat
ke dalam kedai. Aku memandang ke arah jam tangan. Jam menunjukkan pukul 10 pagi
ketika kami tiba di Marble Arch.

Kenapa kau nampak tergesa-gesa, Masdor! Tanya Mak ketika dia mahu
melangkah masuk ke dalam Selfridges.

Nizam Zakaria - Halimunan 155


Orang ada janji dengan kawan... Pukul 12 nanti. Sambut ku dengan suara yang
sengaja aku kuatkan. Terlalu ramai orang yang lalu lalang di sini. Aku lihat ayah sedang
memegang tangan mak dengan erat agar mereka tidak berpisah.

Kau janji untuk berjumpa dengan kawan kau di mana? Tanya ayah.

Di Carnaby Street.

Apa kata kau ke situ sahaja. Kami akan ke sana juga nanti. Bila kami sampai ke
sana kami akan call kau. Saran ayah. Aku mengangguk laju.

Aku lihat mak dan ayah sambil tersenyum. Aku keluar dari perut Selfidges. Di
luar, aku bertanyakan seorang gadis berbangsa India ke mana arah Carnaby Street. Dia
menudingkan jarinya ke arah timur. Dengan pantas aku berjalan ke arah timur
sehinggalah aku terpandang ke arah sebuah palang penunjuk jalan. Ia menunjukkan arah
Carnaby Street.

Aku mendongak ke langit. Langit cantik membiru. Sesekali aku akan terasa sejuk
apabila bayu musim luruh menyapu wajah ku. Aku memandang ke arah jam tangan ku.
Aku mempunyai 15 minit lagi sebelum pukul 12. Aku memandang ke arah sekeliling ku.
Terlalu ramai manusia di sini. Aku terasa rimas. Beberapa buah bas dua tingkat berwarna
merah lalu di sisi ku ketika aku berhenti di persimpangan jalan menuju ke arah Carnaby
Street. Tak sabar-sabar aku menunggu lampu trafik berubah warna agar aku dapat
melintas jalan.

Aku akhirnya tiba di Carnaby Street dua minit sebelum pukul 12. Aku termengah-
mengah. Aku tiba di bawah tanda jalan Carnaby Street yang terkenal itu. Di sinilah
Haryati mengambil gambarnya dahulu. Aku berdiri di situ. Di sudut yang sama. Aku
memandang ke kiri dan ke kanan mengharapkan Sanisah akan muncul di sini pada bila-
bila masa sahaja.

Jadi aku tunggu dan aku tunggu. Lebih setengah jam aku menunggu di sini, tetapi
Sanisah tak kunjung tiba. Aku kecewa. Aku rasa macam nak menangis. Aku rasa diri ku
terlalu bodoh kerana menunggu dirinya yang tidak mungkin wujud di dalam dunia ini.

Aku keluarkan gambar Haryati. Aku renung gambar itu. Kerana gambar inilah
aku akhirnya berada di sini. Aku mengeluh lesu.

Seorang lelaki Inggeris melanggar tubuh ku secara tidak sengaja. Dia meminta
maaf. Gambar Haryati terlepas dari tangan ku. Ia terbang di bawa angin. Aku berlari
mendapatkan gambar itu. Inilah satu-satunya gambar yang dapat mengingatkan aku
kepada dunia yang telah aku tinggalkan. Aku tidak mungkin akan membenarkan gambar
ini hilang begitu sahaja.

Gambar yang terbang ini akhirnya jatuh di atas jalan raya. Tanpa berfikir panjang
aku terus cuba mendapatkan gambar ini. Aku dapat mendengar nama ku dipanggil

Nizam Zakaria - Halimunan 156


apabila aku sedang melangkah ke atas jalan tanpa berfikir panjang. Aku menoleh dengan
pantas. Aku dapat melihat wajah ayah yang cemas yang sedang menjerit memanggil
nama ku. Beberapa detik kemudian aku dapat mendekar bunyi hon kenderaan yang kuat.
Apabila aku menoleh ke sisi ku aku dapat melihat sebuah bas dua tingkat berwarna merah
dengan pantas menuju ke arah ku!

Nizam Zakaria - Halimunan 157


Akhirnya. Di Carnaby Street

Keadaan menjadi begitu kalut sehingga aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Bas
dua tingkat berwarna merah kini berada beberapa meter sahaja dari ku. Bas
membunyikan hon dengan kuat. Aku berada di dalam keadaan begitu terkejut sehingga
tubuh ku menjadi kaku. Pada saat itulah aku dapat merasakan diri ku di tarik ke belakang
dengan kuat. Aku terjatuh di atas kaki lima jalan.

Bas hampir-hampir melanggar ku tadi berhenti buat seketika. Penumpang-


penumpang di dalam bas ada yang memerhatikan ku ada pula yang membuat hal masing-
masing. Si pemandu menggelengkan kepalanya dengan mulutnya terkumat-kamit
menyumpah seranah.

Ayah dan mak cepat-cepat pergi mendapatkan ku. Aku memandang ke arah
gambar Haryati yang telah melekat pada tayar bas yang kini bergerak meninggalkan
kawasan Carnaby Street. Mulut ku ternganga. Sekeping gambar yang amat-amat aku
hargai ini kini hilang buat selam-lamanya.

Apa yang kamu kejarkan tadi? Tanya lelaki yang telah menyelamatkan aku.

Gambar. Jawab ku tanpa menoleh ke arahnya. Beberapa detik kemudian barulah


aku sedar dia telah bercakap Melayu kepada ku. Aku berpaling ke arahnya. Wajah ku
berubah pucat. Tersentak aku dibuatnya. Aku rasa aku mengenali dirinya.

Terima kasih. Ujar ayah kepada lelaki yang telah membantu ku tadi. Mak
membantu aku untuk berdiri.

Munsyi! Katanya. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ayah.

Panggil saja aku Adam. Sambut ayah sambil bersalam dengannya.

Nama saya Zamani. Katanya. Maka betul lah telahan ku. Dia memang abang
Zamani. Tetapi tubuhnya sekarang tidak gemuk. Malah dia nampak tegap untuk lelaki
yang seusia dengannya. Aku pasti dia tidak mengenali ku. Mungkin seumur hidupnya,
inilah kami pertama dia bertentang mata dengan ku.

Saya dan isteri saya peminat nombor satu Munsyi! Saya telah menghadiahkan EP
pertama The Phase kepada isteri saya dan menujukan lagu Cinta Takkan Pergi
kepadanya. Lagu itu telah memberi perangsang kepada saya untuk memberitahunya
bahawa saya mencintainya.

Isterinya di mana? Tanya Mak sambil tersenyum, kerana dia tahu ayah telah
mencipta lagu ini khas untuk dirinya.

Oh, dia ada di sini. Mahu bergambar dengan anaknya di tempat dia pernah
bergambar dahulu.

Nizam Zakaria - Halimunan 158


Aku berlari meninggalkan mak. Aku perlu pergi ke tempat di mana Haryati
pernah bergambar dahulu. Apabila aku menoleh aku lihat mak terpinga-pinga melihat
gelagat ku.

Di sudut yang sama itulah aku dapat melihat Haryati. Versi tuanya. Dia masih
cantik lagi. Aku berjalan mendekatinya.

Excuse me, I’m taking my mother’s photo! Kata seorang gadis di belakang ku.
Aku menoleh ke arahnya. Aku terkejut melihat wajahnya.

Sanisah! Getus ku. Gadis itu mempunyai wajah saling tak tumpah dengan
Sanisah. Tetapi rambutnya pendek.

Excuse me?

Awak Sanisah kan?

No... Nama I Suraya.

Kami menamakannya Suraya sempena nama lagu Suraya, lagu di dalam EP


pertama The Phase. Ujar abang Zamani di belakang ku - yang pastinya kini harus aku
panggil ‘uncle’ ataupun pakcik...

Suraya bersalaman dengan mak dan ayah. Kemudian dia berpaling kepada ku.

You salah orang. Suraya mengingatkan ku.

Saya tahu. Oh, ya. Nama saya Masdor.

Why are you blushing, Masdor? Merah muka you. Ujar Suraya. Seorang anak
muda yang mempunyai wajah persis Yusnor tetapi dengan tubuh yang lebih tinggi dan
tegap berjalan ke arah kami sambil menjilat ais krim.

Yusnor!

No, he’s not Yusnor... That’s my brother, Zubir. Are you okay? Selalu sangat you
salah orang.

Aku bersalaman dengan Zubir. Dia tersenyum melihat gelagat ku yang pelik.

Masdor ni pelik sikit sejak tiga empat hari yang lepas. Rungut mak sambil
menjeling ke arah ku.

Jumpa kawan lama ke, kak? Tanya Zubir kepada Suraya. Dia menggeleng.

Nizam Zakaria - Halimunan 159


Oh ya, Haryati... Ini Munsyi... Maaf, Adam dan isterinya Suraya.

Oh, dear! Tak sangka dapat jumpa Munsyi di tengah-tengah London! We are your
biggest fan! Ujar Cik Haryati bersalaman dengan mak dan ayah.

Tempat ini istimewa buat kami... Saya telah menghadiahkannya dengan EP The
Phase di sini sejurus selepas saya mengambil gambarnya di sudut itu. Tapi gambarnya
dah hilang entah ke mana. Ujar abang Zamani.

Aku memandang ke arah Suraya. Namanya sama dengan nama mak. Dia
tersenyum ke arah ku. Pada saat itu aku dapat merasakan kelainan yang ada pada dirinya
jika dibandingkan dengan Sanisah. Suraya adalah seorang gadis yang lebih ceria. Aku
pasti kehidupannya dipenuhi dengan kasih sayang.

Apa kata kita duduk minum-minum. My treat! Ujar abang Zamani. Ayah
mengangguk. Aku rasa memang tekaknya kering setelah melalui ini semua – melihat ku
hampir-hampir di langgar bas di hadapan matanya sendiri.

Di dalam Cafe aku duduk berbual dengan Suraya. Menurutnya dia akan
memulakan pengajiannya di London School of Economics and Political Science di dalam
bidang ekonomi. Aku ada bertanya jika dia minat menulis. Dia mengangguk dengan
pantas. Aku tersenyum.

Mak dan ayah ligat bersembang dengan abang Zamani dan Cik Haryati. Aku pula
duduk sambil mendengar celoteh Zubir dan Suraya. Mereka berdua saling tak tumpah
dengan Sanisah dan Yusnor yang pernah aku kenali - mungkin personaliti dan
penampilan mereka sahaja yang sedikit berbeza. Suraya aku lihat berpakaian yang
nampak sedikit sopan dan Zubir pula tak lagi nampak macam budak hip hop.

Jauh dalam hati ku, aku yakin aku dapat membuat Suraya jatuh hati kepada ku.
Aku tahu dia bukan Sanisah, tetapi sebahagian dari diri Sanisah yang telah diturunkan
ibunya ada di dalam dirinya.

You know what... Semalam I mimpi. A weird dream. Sebab tu lah I dragged my
parents to come here! Ujar Suraya dekat kepada ku.

Mimpi apa?

Seekor kucing robot dari masa hadapan yang keluar dari sebuah pintu ajaib. Ia
suruh I ke Carnaby Street. I know it sounds silly—

Tak apa... Teruskan!

Dia kata I akan jumpa sesuatu yang amat-amat berharga di dalam hidup I tepat
pukul 12 di Carnaby Street. But I was late by half an hour. Entahlah. It was a silly dream.
Papa terjumpa dengan sepasang kasut yang mahu dibelinya di Mark & Spenser tadi,

Nizam Zakaria - Halimunan 160


sebab itu lah kami lambat ke sini tadi. Dia tu cerewet sikit bila nak beli benda-benda
macam tu!

Seperti Sanisah, Suraya juga suka menggigit bibirnya. Aku merenung wajahnya.
Aku gembira melihat senyuman yang menguntum di bibirnya itu.

Apa yang paling berharga di dalam hidup awak, Suraya? Tanya ku, lantas terus
dia terdiam buat seketika untuk berfikir.

Kebahagiaan. Jawabnya dengan jujur. Aku tersenyum.

Nizam Zakaria - Halimunan 161

Anda mungkin juga menyukai