Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS MAULIDUR RASUL SKPP 14(1)

TEMPAT : Dataran SKPP 14(1)

PERHIMPUNAN *Semua VIP dan dif kehormat mengambil tempat


RASMI *Nyanyian Lagu Sekolah, Wilayah Persekutuan dan Negaraku

Semua murid sila beratur mengikut kelas masing-masing


sementara para guru mengambil tempat. Pengawas sekolah
diminta untuk memastikan rakan-rakan berada dalam barisan.

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi.

Yang berbahagia,
Encik Sahnan Nuddin bin Abdul Razak
Ketua Unit Sukan JPWP Putrajaya merangkap pegawai angkat
SK Putrajaya Presint 14(1)

Yang berusaha,
Puan Hanita binti Kamal Arif,
Guru Besar SK Putrajaya Presint 14(1).

Yang dihormati,
Puan Zamzuriah binti Md Desa
Penolong Kanan Akademik & Pentadbiran SK Putrajaya Presint
14(1)

Yang dihormati,
Encik Mohd Zainuddin bin Abd Ghani
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Putrajaya Presint 14(1)

1
Yang dihormati,
Encik Mohamed Junaid bin Mohd Adzmy
Penolong Kanan Kokurikulum SK Putrajaya Presint 14(1),

Yang dihormati,
Encik Mohd Affiezal bin Adnan
Yang Dipertua PIBG SK Putrajaya Presint 14(1),

Yang dihormati,
Dr.Shamsul bin Abu Bakar
NYDP PIBG SK Putrajaya Presint 14(1)

Ketua-ketua panitia, guru-guru cemerlang, guru-guru mata


pelajaran, guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke


hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat
kita berhimpun pada pagi yang indah ini.

Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya


mempersilakan
Ustaz Faizal bin Ibrahim

*bacaan doa

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Ustaz Faizal atas bacaan doa sebentar tadi.

2
Seterusnya majlis menjemput
___________________________________
Bagi mengetuai bacaan ikrar.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas bacaan ikrar sebentar tadi.

PENYERAHAN Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.


MAJLIS
PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan
HADIAH penyampaian anugerah nilam bagi kategori guru dan murid
dan seterusnya
penganugerahan rambu kepada murid pengakap.

Oleh yang demikian, majlis diserahkan kepada


Cikgu Rozana
untuk diteruskan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rozana dan tahniah


kepada semua penerima anugerah.

3
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
MAULIDUR RASUL Hadirin sekalian, agenda beralih, aturcara berganti.

Kini tibalah kita ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441H


Peringkat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) tahun
2019.
Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan Nabi
Muhammad s.a.w. Rasulullah SAW sebagai seorang insan kamil
yang tinggi keperibadian dan tiada tolok tandingnya. Baginda
sahajalah contoh terbaik untuk dijadikan ikon kesejahteraan
ummah.
Berdasarkan tema pada tahun ini
“Negara Rahmah, Ummah Sejahtera”

Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan


daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.

UCAPAN YDP PIBG Hadirin hadirat sekalian, bagi memulakan agenda pertama pada
pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput

Yang dihormati
Encik Mohd Affiezal bin Adnan
Selaku Yang Dipertua PIBG SKPP 14(1) untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Affiezal atas


ucapan yang disampaikan.

4
UCAPAN GURU Sudilah puan tampil ke depan,
BESAR Tampil ke depan menyambut salam;
Sudilah puan beri ucapan,
Beri ucapan pemanis kalam.

Oleh itu majlis diteruskan lagi dengan menjemput


Yang berusaha
Puan Hanita binti Kamal Arif
Guru Besar SK Putrajaya Presint 14(1)
bagi menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya
merasmikan
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1)

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


-------------------------------------------------------------------------------------

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada


Puan Hanita binti Kamal Arif atas kesudian merasmikan majlis
sebentar tadi.

CERAMAH Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu.

Majlis pagi ini akan diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul


yang akan disampaikan oleh
Al-Fadhil Ustaz

5
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada


Al-Fadhil Ustaz
Atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.
Semoga ilmu yang kita peroleh dapat diamalkan bersama-sama.

PERARAKAN
MAULIDUR RASUL

6
PERSEMBAHAN Hadirin yang saya hormati,
kini, marilah kita sama-sama hayati persembahan
…………………………………………………………………
daripada kumpulan nasyid Al-Farabi.
………………………………………………………………….
Sama-sama kita saksikan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu menarik


sebentar tadi. Berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka

MAJLIS BERSURAI Berlayar berbelok-belok,


Sauh dibongkar ditempat tenang,
Yang tinggal hati tak elok,
Yang pergi hati tak senang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati, kini kita sudah tiba di


penghujung majlis.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada


secara langsung atau tidak langsung atas kesudian menjayakan
majlis kita pada hari ini.

Segala yang baik datang daripada Allah,


Segala yang buruk harap dimaafkan.

Oleh itu,
Sekian, daripada saya.
Terima kasih.

7
PENGUMUMAN :

Catatan :

Anda mungkin juga menyukai