Anda di halaman 1dari 7

RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih pengacara budiman,


Panel hakim hadirin sekalian,
Hayatilah cerita yang saya sampaikan,
Raja Namrud yang sombong tajuk pilihan.

Raja Namrud bin Kan’an ialah seorang raja yang sangat angkuh
dan sombong. Hidup pada zaman Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam,
Namrud dikurniakan dengan kecerdasan dan kekayaan.
Kerajaannya amat besar dan luas.

Namun…
Namrud yang sombong tidak beriman ( Nasyid )
Malah mengaku dirinya Tuhan

Kerana itulah Nabi Ibrahim diutuskan untuk menyeru Namrud agar


kembali kepada beriman.

Surah Maryam, ayat 41 yang bermaksud :


Dan ceritakanlah di dalam kitab, kisah Ibrahim. Sesungguhnya
baginda adalah seorang yang benar lagi seorang nabi.

2
RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

Ya rakan-rakan…

Menyeru kepada keimanan, tanggungjawab bersama. Kita


hendaklah berani untuk menegakkan kebenaran terutama dalam
menegakkan syiar Islam.

Rancangan Daie Pendakwah Nusantara 2018 yang dianjurkan,


usaha yang mulia. Demikian juga dengan kepetahan Dr Zakir Naik
dalam menyampaikan dakwahnya ke seluruh dunia hingga ke hari
ini.

Kawan-kawan…

Raja Namrud yang sombong menolak dakwah Nabi Ibrahim


‘Alaihissalam.

Suatu hari, ketika rakyatnya keluar berpesta…

Nabi memusnahkan semua berhala ( Nasyid )


Kecuali sebuah yang paling besar
Sebilah kapak digantung di lehernya
Untuk melihat siapa yang benar

Nabi kemudiannya ditangkap dan dibawa kepada raja.


Ketika disoal, Nabi meminta agar bertanya kepada berhala yang
yang paling besar itu.

“Gila apakah engkau Ibrahim?


Bukankah berhala itu tidak boleh berkata-kata?”

Dengan tenang Nabi Ibrahim menjawab,

Surah al-Anbiya’, ayat 66 yang bermaksud :

3
RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

Mengapakah kamu menyembah selain Allah,dengan


sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kamu?
Ya rakan-rakan…

Sembahlah Allah kerana Dia Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Menyekutukan Allah merupakan satu dosa besar dan mesti dijauhi


kerana akan mendatangkan mudharat kepada umat seluruhnya.
Misalnya seorang pemuda yang telah ditangkap kerana mengaku
sebagai ‘Raja Bunian’ dan menjalankan aktiviti yang mencurigakan
di sebuah surau di Terengganu baru-baru ini. Semoga kita terhindar
daripada perkara sebegini.

Kawan-kawan…

Kerana sifat angkuh dan sombong ( Sajak )


Raja Namrud tidak menerima kekalahannya
Dan terus menolak dakwah baginda
Malah Nabi diperintahkan untuk dihukum
Dicampak dan dibakar ke dalam api yang besar

“Harriquhhh!!!.. Bakar Ibrahim!!” Perintah Namrud dengan sombong.

Namun…

Kuasa Ilahi tiada terduga ( Syair )


Api yang besar tiada panasnya
Menjadi sejuk mendinginkan baginda
Allah menyelamatkan Nabi yang mulia

Surah al-Anbiya’, ayat 69 yang bermaksud :


Kami berkata,”Wahai api, sejuklah!

4
RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

Dan menjadi kesejahteraan ke atas Ibrahim!”

Ya rakan-rakan…

Allah akan menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang teraniaya.

Marilah kita berdoa agar Allah menurunkan pertolongan-Nya


kepada saudara-saudara Islam di Palestine. Konflik terbaru adalah
tindakan Israel yang kejam terhadap penunjuk perasaan yang
menyertai perhimpunan sempena ulangtahun pertama “Great
March of Return” pada 30 Mac 2019. Semoga mereka dalam
keadaan yang sabar dengan ujian ini.

Kawan-kawan…

Melihat akan kejadian ini…


Raja Namrud yang sombong, semakin murka. Lalu dicabarnya Nabi
Ibrahim untuk berdebat dengannya.

Nabi menjelaskan Tuhannya boleh menghidup dan mematikan.


Dengan sombong Namrud menjawab, sambil menggenggam
seekor burung,

“Wahai Ibrahim… Aku juga boleh menghidup dan mematikan.


Dengan izinku burung ini boleh hidup dan boleh mati.”

Kemudian Nabi Ibrahim berhujah lagi, bahawa Tuhannya boleh


menerbitkan matahari di sebelah Timur dan meminta Namrud untuk
menerbitkannya di sebelah barat pula.

Hujah Nabi tidak dapat dipatahkan ( Pantun )


Namrud terdiam tanda kekalahan

5
RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

Surah al-Baqarah, ayat 258 yang bermaksud :


Maka tercenganglah orang yang kafir. Dan Allah tidak akan
memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

Ya rakan-rakan…

Berdebatlah dengan hikmah dan bijaksana.

Hari ini pendebat Universiti Sains Islam Malaysia telah dinobatkan


sebagai Johan Debat Bahasa Arab Antarabangsa di Qatar pada 20
Mac 2019 yang lalu.

Kawan-kawan…

Namrud yang sombong mengarahkan agar Nabi Ibrahim ditangkap


dan dibunuh.

Namun… Allah menyelamatkan Nabi yang mulia

Nyamuk yang kecil Allah hantarkan ( Nasyid )


Untuk membunuh Namrud durjana
40 hari Namrud tersiksa
Akhirnya mati dalam keadaan hina

Begitulah kawan-kawan…

Kisah Raja Namrud yang sombong akhirnya mati dibunuh oleh


tentera nyamuk yang kecil. Begitu juga yang berlaku pada masa
kini, negara besar dilemahkan oleh kuasa kecil. Contohnya, wabak

6
RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

denggi oleh nyamuk Aedes dapat membunuh ramai nyawa dalam


sebuah negara. Ini terbukti dengan kenaikan bilangan kes denggi di
Selangor pada 3 bulan pertama tahun 2019 adalah sebanyak 177
peratus berbanding tahun 2018.

Begitulah kisah manusia durjana,


Sehingga ajalnya tetap derhaka,
Balasan Allah adil saksama,
Ambil pengajaran buat selamanya.

Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai