Anda di halaman 1dari 18

SURAH AL-ISRA’ AYAT 29 – 38 (BEBERAPA BENTUK LARANGAN ALLAH SWT)

Amirah Safwa binti Mohd Shaffe’e, Nur Fatihah binti Mohd Azlan, Nursyazana binti Che
Omar, Nurul Syaza Aisyah binti Yosri & Siti Nadirah binti Mohamad Akhir

Kumpulan: A4AC1102C

1.0 PENGENALAN

Surah al- Isra’ merupakan surah yang ke-17 dalam al-Quran. Surah ini mempunyai 111 ayat,
termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah kerana ia diturunkan di Kota Makkah. Surah ini
dinamai dengan al- Isra’ yang bererti ‘memperjalankan pada waktu malam’ kerana ia berkaitan
dengan peristiwa Isra’ Nabi Muhammad SAW di Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di
Baitul Maqdis (Palestin) yang dicantumkan pada ayat pertama dalam surah ini. Surah ini juga
dinamakan dengan surah Bani Israil yang dikaitkan dan disebut dalam ayat ke-2 sehingga ayat
ke-8 dan kemudian di akhir surah ini, iaitu pada ayat ke-101 sehingga ayat ke-104 di mana Allah
SWT menyebut tentang Bani Israil yang selepas menjadi sebuah bangsa yang kuat lagi besar lalu
kemudian menjadi sebuah bangsa yang paling hina kerana mereka terpesong daripada ajaran
Allah SWT. Dikaitkan dengan kisah Isra’ dengan riwayat Bani Israil dalam surah ini,
memberikan peringatan dan pengajaran kepada umat Islam bahawa mereka juga akan mengalami
keruntuhan sama seperti Bani Israil jika mereka meninggalkan ajaran Islam atau terpesong
daripada ajaran Islam. Terdapat banyak kelebihan dalam surah ini, antaranya dalam dua ayat
terakhir, iaitu ayat ke-110 dan ayat ke-111, sesiapa sahaja yang membacanya pada waktu pagi
atau waktu petang, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari itu dan malamya. Hubungan surah
al-Isra’ dikaitkan dengan surah sebelumnya, iaitu surah an-Nahl yang menerangkan tentang
perselisihan orang yahudi tentang hari Sabtu. Selain itu juga diterangkan tentang syariat orang-
orang yahudi yang diceritakan oleh Allah SWT dalam at-Taurat. Dalam surah an-Nahl juga
Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW bersabar dan melapangkan dada, sedangkan
dalam surah ini Allah SWT menjelaskan kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan ketinggian
martabatnya di sisi Allah. Adapun hubungan surah al-Isra’ dengan surah selepasnya adalah surah
al-Isra’ dimulai dengan tasbih, sedangkan surah al-Kahfi dimulai dengan tahmid.

1
2.0 MAKSUD AYAT

2
3
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

29. Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggupada lehermu dan janganlah terlalu
menghulurkannya, kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.

30. sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan
menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Melihat akan hamba-
hambanya.

31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takutkan kemiskinan. Kamilah yang
akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kepadamu. Sesungguhnya membunuh
mereka adalah suatu dosa yang besar.

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji
dan suatu jalan yang buruk.

33. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan
dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barang siapa dibunuhsecara zalim, maka sesungguhnya
Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli warisnya itu
melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan.

34. Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik
(bermanfaat) sampai dia dewasa, dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta
pertanggungjawabnya.

35. Dan sempurnakanlah ukuran apabila kamu mengukur dan timbanglah dengan neraca yang
benar. Itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati nurani; semuanya itu akan diminta
pertanggungjawabnya.

37. Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu
sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

38. Semua itu, kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu.

4
3.0 SEBAB TURUN AYAT

Ayat 29

Ada dikemukakan dalam satu riwayat oleh Said Bin Mansur dari Yasar Abi Hakam bahawa
Rasulullah telah menerima kiriman pakaian. Oleh sebab baginda ialah seorang yang
dermawan, pakaian itu diagihkan kepada orang ramai. Setelah selesai mengagihkan pakaian
tersebut, satu rombongan lain datang dan meminta bahagian pakaian tetapi semuanya telah
habis. Jadi turunlah ayat ke-29 ini. Di dalam ayat ini dijelaskan bahawa janganlah dihabiskan
kesemua benda yang diperoleh.

Ada dikemukakan dalam riwayat lain oleh Ibnu Mardawaih dari Ibnu Mas'ud bahawa seorang
kanak-kanak mendatangi Rasulullah meminta sesuatu daripada baginda atas arahan ibunya.
Rasulullah menjawab: "Kami tidak punya apa-apa hari ini." Lalu kanak-kanak itu berkata:
"Ibuku mengharapkan agar aku diberi pakaian tuan." Selepas itu Rasulullah membuka dan
menyerahkan bajunya kepada kanak-kanak itu dan baginda tinggal di rumah tanpa memakai
baju. Maka Allah turunkan ayat ke-29 ini sebagai petunjuk kepada Rasulullah supaya baginda
tidak terlalu terbuka tangan.

Diriwayatkan dari Abu Umamah oleh Ibnu Mardawaih bahawa Rasulullah bersabda kepada
Aisyah, “Sedekahkanlah apa yang ada di telapak tanganku”.  Aisyah membalas, “Kalau begitu,
tidak ada sesuatu pun yang tersisa di tanganmu wahai Rasulullah”. Kemudian turunlah ayat
ke-29 bagi peringatan supaya tidak terlalu kedekut dan tidak juga berlebihan dalam
bersedekah.

5
Ayat 31

Pada pandangan Ibn Abbas ayat ke-31 ini turun sehubungan dengan perbuatan jahiliyah yang
membunuh anak perempuan mereka dan ada yang menguburkan anak mereka hidup-hidup.
Ibn ‘Asyur melihat kata awlad iaitu anak-anak dalam ayat ini sebagai banat iaitu anak
perempuan kerana ayat ini amat berkait dengan suasana pada zaman jahiliyah, di mana kerana
bimbang terhina dan fakir, mereka membunuh anak perempuan mereka yang dianggap sebagai
beban hidup.

Ibn Katsir juga mengemukakan pandangan yang sama. Ayat ini dibandingkan beliau dengan
ayat berkaitan warisan. Al quran ada menetapkan hak bagi anak perempuan untuk mewarisi
harta sebagai pembatalan kepada tidak memberikan harta warisan kepada anak perempuan
yang merupakan adat jahiliyah. Ayat ini membatalkan pandangan yang dipupuk jahiliyah
yang berpendapat anak perempuan itu hina, mendatangkan kemiskinan dan tidak produktif.

6
Ayat 32

Imam Ahmad berkata bahawa pernah ada seorang pemuda datang kepada Rasulullah Saw., lalu
dia bertanya, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku berbuat zina.” Kaum yang hadir disitu
mengalihkan pandangan mereka ke arah pemuda itu dan mengherdiknya. Rasulullah Saw.
bersabda, “Dekatkanlah dia kepadaku.” Rasulullah Saw didekati pemuda itu dalam jarak yang
cukup dekat, lalu Rasulullah Saw. pun bersabda supaya pemuda itu duduk, maka dia pun duduk.

Rasulullah pun bertanya satu-satu soalan kepada pemuda itu sama ada pemuda itu suka jika
perbuatan zina dilakukan terhadap ahli keluarga perempuannya iaitu ibunya, anak
perempuannya, saudara perempuannya dan ibu saudaranya. Pemuda tersebut membalas satu-satu
soalan yang dikemukakan Rasulullah itu dengan jawapan, “Tidak, demi Allah, semoga Allah
menjadikan diriku sebagai tebusanmu”. Rasulullah pun berkata bahawa orang lain juga tidak
akan suka jika perbuatan zina dilakukan terhadap ahli keluarga perempuan mereka. Selepas itu
tangan Rasulullah Saw.diletakkannya ke dada pemuda itu sambil berdoa: “Ya Allah, ampunilah
dosanya dan bersihkanlah hatinya serta peliharalah kemaluannya”. Sejak itu walau sedikit pun
perbuatan zina tidak lagi dipandang pemuda tersebut. Ayat ke-32 ini diturunkan sebagai
peringatan agar setiap manusia menjauhi zina.

7
4.0 INTIPATI AYAT
Surah Al-Isra’ ayat ke-29 menjelaskan cara-cara yang baik dalam membelanjakan harta. Allah
menerangkan keadaan orang-orang yang boros dengan menggunakan ungkapan jangan
menjadikan tangan terbelenggu pada leher tetapi juga jangan terlalu menghulurkannya.
Ungkapan ini lazim digunakan oleh orang-orang Arab. Yang pertama bermaksud larangan
berlaku bakhil sehingga enggan memberikan harta kepada orang lain walaupun sedikit.
Ungkapan kedua juga bermaksud melarang orang berlaku boros dalam membelanjakan harta,
sehingga melebihi kemampuan yang dimilikinya. Kebiasaan memboroskan harta akan
menyebabkan seseorang tidak mempunyai simpanan yang boleh digunakan apabila dilanda
masalah. Cara yang baik dalam membelanjakan harta ialah dengan tidak terlalu boros dan
gunakan secara berhemat.

Dalam ayat ke-30, Allah menjelaskan bahawa Dialah yang melapangkan rezeki kepada siapa
yang dikehendaki-Nya dan Dia yang membatasinya. Semuanya berjalan menurut ketentuan yang
telah ditetapkan Allah terhadap para hamba-Nya dalam usaha mencari harta. Di akhir ayat ini,
Allah menegaskan bahawa Dia Maha Mengetahui para hamba-Nya, siapa di antara mereka yang
memanfaatkan kekayaan demi kemaslahatan dan siapa yang menggunakannya untuk
kemudaratan. Dia juga mengetahui siapa di antara hamba-hamba-Nya yang dalam kemiskinan
tetap bersabar dan tawakal kepada Allah, dan siapa yang kemiskinan menjadi orang-orang yang
berputus asa dan jauh dari rahmat Allah. Kaum Muslimin hendaklah berpegang kepada
ketentuan Allah dengan menuruti segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Dalam ayat ke-31 menjelaskan Allah melarang kaum Muslimin membunuh anak-anak mereka,


seperti yang telah dilakukan oleh beberapa suku dari bangsa Arab Jahiliah. Mereka menanam
anak perempuan kerana dianggap menjadi beban hidup. Sebaliknya anak lelaki dianggap
mempunyai kemampuan untuk mencari harta, berperang dan menjaga kehormatan keluarga. Di
akhir ayat ini, Allah menegaskan bahwa membunuh anak-anak itu adalah dosa besar kerana telah
menghalangi tujuan hidup manusia. Tidak membiarkan anak itu hidup bermaksud memutuskan
keturunan, yang memusnahkan kehidupan manusia itu sendiri dari muka bumi.

8
Dalam ayat ke-36, Al-Aufi menyatakan janganlah kamu menuduh seseorang dengan sesuatu
yang tidak ada pengetahuan bagimu tentangnya. Muhammad Ibnul Hanafiyah mengatakan,
makna yang dimaksud ialah kesaksian palsu. Qatadah mengatakan bahawa makna yang
dimaksud ialah janganlah kamu mengatakan bahawa kamu melihatnya tetapi kamu tidak
melihatnya atau kamu mengatakan bahawa kamu mendengarnya tetapi kamu tidak
mendengarnya atau kamu mengatakan bahawa kamu mengetahuinya tetapi kamu tidak
mengetahuinya. Pendapat mereka dapat dikatakan bahawa Allah SWT melarang mengatakan
sesuatu tanpa pengetahuan dan sesuatu berdasarkan zan (dugaan) yang bersumber dari sangkaan
dan ilusi.

Dalam ayat ke-37, Allah SWT menegaskan bahawa mereka sesekali tidak akan dapat
menembus bumi dan menyamai tinggi gunung. Ini bertujuan supaya kaum Muslimin sedar
akan kelemahan yang terdapat dalam diri mereka. Sebaiknya mereka perlu bersikap rendah
hati dan tidak bersikap takabur. Sebagai manusia yang memiliki kemampuan terbatas,
mereka tidak akan sanggup mencapai sesuatu di luar kemampuan dirinya.

Dalam ayat ke-38, Allah menjelaskan bahawa semua larangan-Nya seperti percayakan tuhan
selain Allah, derhaka kepada ibubapa, berlaku boros, membunuh anak perempuan, melakukan
zina, membunuh manusia yang diharamkan membunuhnya, memakan harta anak yatim dan
bersikap sombong adalah perbuatan-perbuatan yang paling dibenci-Nya.

9
5.0 HUKUM HAKAM YANG TERKANDUNG DALAM AYAT

AYAT 29 - DALAM MEMBERI, JANGAN BERLEBIHAN

“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu” yang membawa maksud
‘tangan di leher’ adalah ‘tangan terikat’ dengan tidak memberi infak atau tolong orang lain iaitu
sukar untuk kita keluarkan duit. Mereka berasa amat sukar untuk mengeluarkan duit sebagai
bantuan sehinggakan berasa seolah-olah dicekik jika dikeluarkan juga duit itu. Kita sewajarnya
untuk berjimat cermat tetapi biarlah berpada-pada, jangan sampai memiliki sifat kedekut. Dalam
masa yang sama, jangan pula kita mendepangkan tangan yang membawa erti memberi terlalu
banyak sehinggakan tiada bahagian buat diri sendiri dan ahli keluarga. Seterusnya, menjadi
tercela jika bakhil dan berat untuk membantu kerana orang yang memerlukan bantuan itu tahu
yang diminta itu ada kelapangan untuk membantu, tetapi tidak mahu kerana kedekut. Tetapi, jika
memberi tanpa memikirkan diri sendiri cukup atau tidak, kelak timbul rasa menyesal pula.
Kalimah ‫ َمحسورًا‬yang digunakan untuk haiwan yang telah berjalan jauh dan keletihan sampai
tidak boleh bergerak lagi. Justeru itu, janganlah kita memberi melebihi daripada kemampuan kita
sendiri sehinggakan kita tidak dapat menguruskan kehidupan sendiri dan keluarga. Kita perlulah
menjadi seorang Muslim yang bijak dalam berbelanja serta dalam memberi. Rasulullah SAW.
pernah bersabda yang ertinya tidak akan jatuh miskin orang yang berhemat. Tetapi, janganlah
kita gunakan alasan ini untuk tidak ingin menginfakkan kepada orang lain. Jangan kita lupa
tentang kelebihan infak yang selalu disebut di dalam Al-Quran dan hadis. Antaranya di dalam
kitab Sahihain disebutkan melalui jalur Mu’awiyah ibnu Abu Mazrad, dari Sa’id ibnu Yasar, dari
Abu Hurairah r.a yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang membawa
erti tiada suatu hari pun yang padanya hamba-hamba Allah berpagi hari melainkan terdapat dua
malaikat yang turun dari langit. Salah seorang yang mengatakan ‘Ya Allah, berikanlah ganti
kepada orang yang berinfak.” Sedangkan malaikat yang lainnya mengatakan “Ya Allah,
berikanlah kehancuran bagi orang yang kikir.” Imam Muslim telah meriwayatkan hadis ini dari
Qutaibah, dari Ismail ibnu Ja’far, dari Al-Ala, dari ayahnya, dari Abu Hurairah secara marfu’
iaitu “Tiada harta benda yang berkurang kerana bersedekah, dan tidak sekali-kali Allah
menambahkan kepada orang yang berinfak melainkan kemuliaannya. Dan barang siapa yang
berendah diri kerana Allah, Allah pasti mengangkatnya (meninggikannya).

10
AYAT 31 – JANGAN ZALIM

Jangan bunuh anak-anak kita kerana takut kekayaan kita akan musnah. Hal ini kerana, ada
segelintir masyarakat yang membunuh anak-anak mereka sendiri kerana khuatiri miskin. Mereka
berasa takut akan jatuh miskin apabila adanya anak yang ramai serta tidak mempunyai dana yang
mencukupi untuk menyara anak-anak. Membunuh anak ini boleh jadi sama ada dalam bentuk
jasmani atau rohani. Dalam bentuk jasmani adalah dengan meragut nyawa mereka. Ini juga
termasuk jika menggunakan pil perancang untuk merancang keluarga tanpa sebab yang
munasabah iaitu hanya kerana risau jatuh miskin. Terkecuali lah apabila ianya daripada saranan
doktor atas sebab-sebab kesihatan yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan diri. Dalam
bentuk rohani pula, dengan tidak memberi didikan agama kepada anak-anak. Hanya menghantar
anak mereka untuk mendapatkan sijil serta bekerja untuk menyara hidup mereka. Hal ini boleh
menyebabkan anak-anak muda semakin tidak mengenali agama. Justeru itu, Allah telah
memperingatkan supaya jangan takut anak-anak tidak ada rezeki kerana Dialah Yang Maha
Memberi, setiap orang di muka bumi ini sudah ditetapkan rezeki masing-masing.

AYAT 32 – JANGAN DEKATI ZINA

Dua dosa besar yang banyak disebut dalam Al-Quran adalah zina dan pembunuhan. Terkadang
Allah ada menyebut tentang zina terlebih dahulu dan selanjutnya tentang pembunuhan. Allah
sebut dua dosa ini adalah kerana kedua-duanya dikategorikan sebagai dosa berat. Allah berkata
jangan ‘hampiri zina’. Allah tidak kata jangan ‘hampiri bunuh’ kerana zina lebih mudah terjadi
jika didekati. Justeru, ia sememangnya bahaya kerana jika tidak dicegah, ia boleh menyebabkan
zina. Jangan kita tertipu seolah-olah kita boleh menahan diri daripada terjerumus kepada perkara
yang boleh menyebabkan zina, kerana kita sendiri telah membaca dan melihatnya yang padal
awalnya ia kelihatan seperti biasa sahaja, tetapi lama kelamaan ia mengundang kepada perbuatan
zina. Hal ini kerana kita tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kita
perlulah sedar bahawa zina itu tidak semestinya apabila melakukan hubungan intim antara lelaki
dan perempuan sahaja, kerana terdapat banyak jenis zina seperti zina mata, zina mulut, zina
tangan, zina kaki dan sebagainya. Banyak lagi jenis zina dan semua ini perlulah dijaga kerana
jika salah satu daripadanya terjadi, boleh mengundang kepada zina seksual lebih-lebih lagi zina
mata. Bak kata orang, dari mata turun ke hati. Allah menyuruh kita berjaga-jaga kerana
perbuatan zina itu amat buruk sejak dulu lagi. Ini bermakna bukan pada zaman sekarang sahaja
ia nya buruk, tetapi sejak dari dulu lagi. Persoalannya, bagaimana kita hendak mengawal diri kita
daripada melakukannya? Tahukah anda yang pernah seorang sahabat minta kebenaran kepada
Rasulullah untuk berzina? Mari kita lihat bagaimana Nabi menasihati sahabat itu. Imam Ahmad
mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Harun, telah menceritakan kepada
kami Jarir, telah menceritakan kepada kami Salim ibnu Amir, dari Abu Umamah, bahawa pernah

11
ada seorang pemuda datang kepada Nabi SAW, lalu pemuda itu bertanya, “Wahai Rasulullah,
izinkanlah aku berbuat zina.” Maka kaum yang hadir memusatkan pandangan mereka ke arah
pemuda itu dan mengherdiknya seraya berkata, “Diam kamu, diam kamu!” Rasulullah SAW.
bersabda, “Dekatkanlah dia kepadaku.” Maka pemuda itu mendekati Rasulullah SAW. dalam
jaraknya yang cukup dekat, lalu Rasulullah SAW. bersabda, “Duduklah!” Pemuda itu duduk, dan
Nabi SAW. bertanya kepadanya, “Apakah kamu suka perbuatan zina dilakukan terhadap
ibumu?” Pemuda itu menjawab, “Tidak, demi Allah, semoga Allah menjadikan diriku sebagai
tebusanmu.” Rasulullah SAW. bersabda, “Orang lain pun tentu tidak suka hal tersebut di lakukan
terhadap ibu-ibu mereka.” Rasulullah SAW. bertanya, “Apakah kamu suka bila perbuatan zina
dilakukan terhadap anak perempuanmu?” Pemuda itu menjawab, ‘Tidak, demi Allah, wahai
Rasulullah, semoga diriku menjadi tebusanmu.” Rasulullah SAW. bersabda
menguatkan, “Orang-orang pun tidak akan suka bila hal itu dilakukan terhadap anak-anak
perempuan mereka.” Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu suka bila perbuatan zina
dilakukan terhadap bibi (dari pihak ayah)mu?” Pemuda itu menjawab, “Tidak, demi Allah,
semoga Allah menjadikan diriku sebagai tebusanmu.” Rasulullah SAW bersabda, “Orang lain
pun tidak akan suka bila perbuatan itu dilakukan terhadap bibi (dari pihak ayah)
mereka.” Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu suka bila perbuatan zina dilakukan terhadap
bibi (dari pihak ibu)mu? Pemuda itu menjawab, “Tidak, demi Allah, semoga Allah menjadikan
diriku sebagai tebusanmu.” Rasulullah SAW bersabda, “Orang lain pun tidak akan suka bila hal
itu dilakukan terhadap bibi (dari pihak ibu) mereka.” Kemudian Rasulullah SAW meletakkan
tangannya ke dada pemuda itu seraya berdoa: Ya Allah, ampunilah dosanya dan bersihkanlah
hatinya serta peliharalah kemaluannya. Maka sejak saat itu pemuda tersebut tidak lagi menoleh
kepada perbuatan zina sedikit pun.

Lihatlah bagaimana berhemah dan bijaknya cara Rasulullah menangani perkara itu. Apabila Nabi
Muhammad menyuruh pemuda itu sendiri membayangkan jika ahli keluarganya sendiri yang
melakukan zina, barulah dia sedar. Selama hari ini pemuda itu lupa bahawa wanita yang dia
ingin berzina itu adalah anak orang, adik orang, kakak orang.

12
AYAT 33 – LARANGAN MEMBUNUH

Sekarang baru disebut bunuh secara fizikal. Allah telah memberitahu bahawa jangan membunuh
orang lain kerana Dia yang telah mengharamkan. Maka perlu diambil perhatian, jika kita bunuh
juga, maka itu sudah melanggar perintahNya. Persoalannya, apakah kaitan zina dengan
membunuh? Kelihatan seperti tidak mempunyai apa-apa kaitan tetapi sebenarnya ada. Sekiranya
perbuatan yang boleh mengundang kepada zina tidak dijaga dengan baik dan dibiarkan
berleluasa, maka kaum wanita akan dilihat sebagai tempat untuk melepaskan nafsu semata-mata.
Memang Allah mengharamkan pembunuhan, tetapi dibolehkan jika pembunuhan itu ke jalan
yang haq. Sebagai contoh, jika pembunuhan itu mengikut lunas undang-undang dan mengikuti
prosedurnya. Begitu juga dibenarkan membunuh dalam perang, juga dengan mengikut syarat-
syaratnya. Ini adalah hukum yang berkenaan jika ada yang dibunuh. Jika seseorang itu dibunuh
secara zalim (tanpa haq), maka keluarga mangsa ada kuasa untuk memilih hukuman yang akan
dikenakan kepada pembunuh. Mereka ada kuasa untuk menuntut qisas daripada kerajaan.
Kerajaan perlulah menjalankan keadilan supaya keluarga waris yang dibunuh dapat membuat
pilihan samada secara balas bunuh, diyat, memberi maaf tanpa balasan atau bayar diyat.
Walaupun keluarga si mati ada hak, tetapi apabila ingin membalas, janganlah berlebih pula. Hal
ini kerana jika sudah mula berbalas secara berlebihan daripada yang sewajarnya, akan
menyebabkan kelam kabut dalam masyarakat.

AYAT 34 – JANGAN MEMAKAN HARTA ANAK YATIM

Sebelum ini telah diingatkan jangan dekati zina, sekarang disebut pula jangan dekati harta anak
yatim. Jangan cuba-cuba untuk campurkan harta anak yatim dengan harta kita. Jika kita telah
diberi amanah untuk menjaga harta anak yatim yang mungkin banyak, maka disarankan untuk
mengasingkan harta tersebut secara terperinci. Hal ini kerana dikhuatiri kita mungkin termakan
harta anak-anak yatim tadi. Jangan pula kita cuba untuk menggunakan dahulu harta tersebut
untuk kegunaan diri sendiri dan ganti pada kemudian hari. Hal ini juga tidak digalakkan.
Larangan yang keras ini perlulah diikuti kecuali jika dengan cara yang baik iaitu mengikut
syariat yang membolehkan penjaga harta yang miskin untuk mengambil upah menjaga harta
tersebut. Dan seperkara lagi, boleh untuk menggunakan harta itu bagi mendapatkan keuntungan
supaya harta itu bertambah. Jangan biarkan harta anak yatim itu dibayar zakat sahaja tanpa
diusahakan kerana jika tidak diusahakan, lama kelamaan harta itu akan berkurang kerana harta
itu perlu dibayar zakat juga. Maka suburkannya, sebagai contoh dijadikan kebun atau dilaburkan
dalam perniagaan yang selamat. Bagi penjaga harta anak yatim ini perlulah jujur dan menjaga
harta dengan baik sehinggalah anak-anak yatim itu matang. Apabila mereka telah dewasa, maka
harta tersebut perlu dipulangkan kepada mereka kerana itulah sebahagian hak yang mereka ada.
Kemudian Allah ingatkan untuk penuhi janji, janji untuk memulangkan harta kepada anak yatim.

13
AYAT 35 – DISEMPURNAKAN SUKATAN DAN TIMBANGAN

Kalimah ‫يل‬َ ‫ ال َك‬merujuk kepada semua jenis ukuran iaitu tinggi, luas dan juga termasuk dengan
masa kerana ia tidak terhad kepada sesuatu benda fizikal sahaja. Jadi, ini juga termasuk janji
untuk memberi servis sesuai mengikut masa dan sebagainya. Ayat ini juga membawa maksud
jangan campurkan barang dagangan kita dengan air supaya ia jadi lebih banyak dan macam-
macam cara lagi yang direka oleh penipu untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Tambahan
pula, apabila menimbang haruslah menimbang dengan tepat, memberi dengan cukup seperti
yang dijanjikan dan jangan cuba mencari jalan untuk menipu dalam timbangan. Itulah yang lebih
baik walaupun ia kelihatan seperti meraih keuntungan yang sedikit, tetapi ia kerana dalam jangka
masa panjang, berlaku jujur itu adalah lebih baik. Justeru itu, apabila kita berlaku jujur dalam
timbangan, ia akan mendatangkan kebaikan buat semua. Pelanggan juga akan sering
mempercayai sikap peniaga, dan membuatkan mereka kerap kali datang ke kedai, atas kerana
sikap jujur peniaga tersebut. Oleh hal yang demikian, perniagaan peniaga tersebut juga akan
turut maju dan semakin berkembang. Sebaliknya, jika kita menipu, mungkin kita akan merih
keuntungan yang segera, tetapi percayalah dalam jangka masa panjang, perniagaan tersebut tidak
akan berkembang maju kerana lama kelamaan kebenaran pasti akan selalu terungkap.

AYAT 36 – JANGAN BERAMAL DENGAN AMALAN YANG SALAH DAN BIDAAH

Kita perlulah melakukan amalan dan fahaman agama berdasarkan ilmu. Ada ilmu yang
diturunkan dan ada ilmu yang kita dapat sendiri dari hasil usaha kita mempelajarinya. Tetapi
yang lebih penting adalah ilmu wahyu kerana ianya daripada Allah dan kita wajib taat kepada
ajaran Allah. Sehubungan dengan itu, Allah sampaikan ajaran melalui Nabi Muhammad kepada
kita. Malangnya, ramai masyarakat yang jahil tentang wahyu dan agama. Apabila ditegur tentang
amalan mereka yang tidak berdasarkan dahlil, dijawab pula “Nabi tidak pernah larang pun”.
Sesungguhnya ini adalah jawapan yang tidak benar dan tidak cerdik. Maka ayat ini adalah
jawapan kepada hujah jahil mereka itu. Memang Nabi tidak melarang banyak perkara yang
diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang., tetapi ini tidak bermakna amalan mereka itu benar
kerana Allah sememangnya sudah melarang kita melakukan sesuatu tanpa dalil. Seterusnya, kita
pasti akan ditanya tentang gerak geri semua organ tubuh, sama ada digunakan secara bermanfaat
untuk mendekatkan diri kepada Allah, atau menimbulkan maksiat terhadap Allah. Dengan
pendengaran dan penglihatan, kita dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.
Maka janganlah kita ikut perkara yang tidak mempunyai sandaran dari nas. Oleh itu, jangan
percaya kepada perkara khurafat dan tahyul.

14
AYAT 37 – JANGAN BERLAGAK JIKA MEMPUNYAI ILMU YANG BANYAK

Allah melarang perbuatan yang suka menunjuk-nunjuk bahawa diri kita hebat. Kalimah ‫َم َرحًا‬
yang bermaksud gembira yang berlebihan kerana rasa diri hebat. Mungkin seseorang itu sudah
belajar di merata tempat, sudah lama belajar, mungkin juga sudah mengajar pun dan anak murid
ramai pula yang ikut sahaja apa yang dia sampaikan. Kebiasaannya dalam keadaan beginilah,
orang itu sudah memandang diri sendiri hebat berbanding orang lain. Allah juga telah beritahu
mengapa tidak patut untuk manusia menjadi angkuh, hal ini kerana hebat macam mana kamu
menghentak kaki dalam sombong itu, tidak mampu untuk mengoyak bumi. Yang bermaksud
ianya tidak boleh ditembus bumi jika dihentakkan kaki, tidak ke mana jua dan setinggi mana pun
kita, tidak mampu untuk mencapai ketinggian gunung.

15
6.0 PENGAJARAN AYAT
1. PERCAYA DENGAN REZEKI ALLAH

Ayat 31 ini menunjukkan bahawa Allah telah melarang ibu bapa daripada membunuh anak
mereka sendiri kerana takutkan kemiskinan. Ibu bapa tidak perlu takut kerana anak-anak adalah
salah satu pintu rezeki buat anda semua. Jadi sebagai umat Islam, kita mestilah percaya dengan
rezeki Allah yang amat luas ini.

2. JANGANLAH KITA SESEKALI MENDEKATI ZINA

Jelas di dalam al-quran, Allah telah berfirman yang bermaksud “dan janganlah kamu sesekali
menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu jalan yang buruk.” Ini menunjukkan
bahawa semua perkara yang berkaitan dengan zina seperti pandangan mata dan sentuhan antara
ajnabi serta berkhalwat adalam haram hukumnya. Allah sangat murka dengan perbuatan zina ini.
Jadi, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhi daripada perbuatan zina ini.

3. JANGANLAH KITA MENDEKATI HARTA ANAK YATIM

Ayat 34 ini memberi peringatan kepada kita supaya tidak memakan harta anak yatim melainkan
menggunakan dengan cara yang lebih baik yang dapat memberi manfaat kepada anak yatim
tersebut sehingga dia meningkat dewasa. Janji yang telah dibuat juga perlu ditunaikan dengan
sempurna.

4. JANGANLAH KITA BERLAKU SOMBONG

Allah melarang kaum Muslimin berjalan di atas muka bumi dengan sombong. Berjalan di atas
muka bumi ini bukanlah suatu sikap yang wajar dilakukan, kerana kita hanyalah umat manusia
yang lemah sahaja. Allah telah menegaskan bahawa kita tidak akan dapat menembus bumi dan
menyamai ketinggian gunug. Ini bertujuan agar umat Islam mengetahui kelemahan yang ada
pada diri mereka, dan tidak akan bersikap sombong. Kita sebagai manusia yang mempunyai
kemampuan yang terbatas, tidak akan sesekali dapat mencapai sesuatu yang melebihi
kemampuannya.

16
7.0 RUJUKAN

Ahmad Taufiq, D. H. (2019). Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti. Jakarta: Direktorat jenderal
Pendidikan Islam Kementerian Agama RI.

Noor, U. M. (2016, February 23). APAKAH MAKSUD AYAT “JANGAN DEKATI ZINA”? . Retrieved
from Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-
fatawi/1696-apakah-maksud-ayat-jangan-dekati-zina

Quran - Surah Al-Israa - Arabic. (2021). Retrieved from Theonlyquran.com website:


http://www.theonlyquran.com/quran/Al-Israa/?pagesize=0

RisalahMuslim. (2021, May 31). Surah Al Israa ayat 29 [QS. 17:29]» Tafsir Alquran (Surah nomor 17
ayat 29). Retrieved from RisalahMuslim website: https://risalahmuslim.id/quran/al-israa/17-29/

Rudianto. (2015, June 24). Tafsir Surat Al-Isra, ayat 36. Retrieved from ibnukatsironline.com website:
http://www.ibnukatsironline.com/2015/06/tafsir-surat-al-isra-ayat-36.html

S, M. R. (2020, March 2). Surah Al-Isra Ayat 34-35; Terjemahan dan Tafsir Al-Qur’an | Pecihitam.org.
Retrieved from Pecihitam.org.: https://www.pecihitam.org/surah-al-isra-ayat-34-35-terjemahan-
dan-tafsir-al-quran/

S, M. R. (2020, March 3). Surah Al-Isra Ayat 37-38; Terjemahan dan Tafsir Al-Qur’an. Retrieved from
pecihitam.org website: https://pecihitam.org/surah-al-isra-ayat-37-38-terjemahan-dan-tafsir-al-
quran/

Sabil, J. (2013, June 7). ABORSI (Penafsiran Ayat 31 Surat al-Isra'). Retrieved from Jabbarsabil.com
website: http://www.jabbarsabil.com/2013/06/aborsi-penafsiran-ayat-31-surat-al-isra.html?m=1

Tafsir Ibnu Katsir Surah An-Israa’ Ayat 31 . (2015, September 12). Retrieved from Alqur’anmulia. :
https://alquranmulia.wordpress.com/2015/09/13/tafsir-ibnu-katsir-surah-an-israa-ayat-31/

Tafsir Ibnu Katsir Surah An-Israa’ Ayat 37-38. . (2015, September 12). Retrieved from Alqur’anmulia. :
https://alquranmulia.wordpress.com/2015/09/13/tafsir-ibnu-katsir-surah-an-israa-ayat-37-38/

Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 28 – 32 (Jangan dekati zina). (2017, April 10). Retrieved from Celik Tafsir
website: https://celiktafsir.net/2017/04/10/isra-ayat-28-32/

Tajwid dan Terjemahan Humaira (Vol. 001). (2019). Kajang: Humaira Bookstore Entreprise.

Unknown. (2013, July 20). Surah al israa'. Retrieved from Blogspot.com website:
http://asbabunnuzulharjin.blogspot.com/2013/07/surah-al-israa.html

17
18

Anda mungkin juga menyukai