Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT, TERENGGANU

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN KELAB KOIR
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

KERJASAMA

BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
&
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB KOIR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

1.0 PENGENALAN
Penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan merupakan suatu
inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti guru sebagai insan yang
aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia
juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan bakal pendidik yang sihat dari segi
jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial.

Penubuhan kelab ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan bakal


pendidik dengan muzik dan juga sebagai platform untuk mencungkil bakat
bakal-bakal pendidik di IPG Kampus Sultan Mizan dalam bidang nyanyian.
Selain itu, kelab ini juga memberi peluang kepada guru-guru pelatih di
kampus ini yang berminat untuk menyertai segala persembahan koir.Dengan
menyertai kelab ini, ahli-ahli kelab koir akan didedahkan dengan teknik vokal
yang tepat dan juga boleh mempelajari cara yang betul untuk menghasilkan
jenis-jenis suaraseperti bes, tenor, alto dan soprano yang berkualiti. Kelab ini
juga dapat membantu bakal-bakal guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti yang sihatdan bermanfaat pada masa lapang.

Di samping itu, penubuhan kelab ini juga ingin melahirkan guru-guru


pelatih yang berpengalaman dan dapat menguasai pengetahuan asas
mengenai vokal. Pelaksanaan kelab ini melibatkan semua ahli Kelab Koir IPG
Kampus Sultan Mizan dan juga terbuka kepada semua warga kampus yang
berminat.
2.0 MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan ini bermatlamat


untuk memantapkan guru-guru pelatih dengan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman muzik untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan
Falsafah Pendiidkan Negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS) seterusnya menjadikan Kelab Koir sebagai
medium penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras
dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan
kemajuan negara Malaysia.

3.0 RASIONAL
Penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan ini adalah penting kerana:

3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua


IPTA/IPTS/IPG dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga
berinovatif.
3.2 Kelab ini berperanan sebagai satu-satunya platform kepada para guru
pelatih IPG Kampus Sultan Mizan untuk mempelajari asas-asas teknik
vokal secara formal.
3.3 Memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang cara
menguruskan sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-
pihak luar.
3.4 Pergerakan Kelab Koir yang didaftarkan di bawah nama IPG Kampus
Sultan Mizan mampu mengharumkan nama IPG Kampus Sultan Mizan
sebagai sebuah IPG yang mengangkat martabat Kelab Koir dalam
kalangan warga kampusnya.
3.5 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan
kefahaman para guru pelatih terhadap kepentingan pengetahuan dan
penglibatan dalam kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi
dan nilai sebagai seorang guru dan juga bakal guru.

4.0 NAMA KELAB


Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan.
5.0 OBJEKTIF
Objektif penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan adalah untuk:

5.1 Mewakili institut, negeri mahupun peringkat kebangsaan dan


antarabangsa untuk menyertai apa juga persembahan mahupun
pertandingan jika mendapat undangan.
5.2 Mendedahkan para guru pelatih agar memahami serta menguasai apa
yang mereka persembahkan. Di sini, pelajar akan diberi peluang untuk
mempelajari aspek-aspek penting berkaitan seni suara dan koir.
5.3 Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan
berdisplin.
5.4 Menjadi platform untuk para guru pelatih mempelajari teknik-teknik vokal
secara formal.
5.5 Memperkembangkan kesedaran dan pengalaman estetika para guru
pelatih melalui seni suara dan muzik.
5.6 Memberi kesempatan kepada para guru pelatih untuk mengembangkan
bakat masing-masing.
5.7 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui
persembahan koir.
5.8 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan guru
pelatih.
5.9 Mewujudkan suatu aktiviti kokurikulum yang meriah dan
memperangsangkan.
5.10 Sebagai alternatif mengisi masa lapang para guru pelatih.

6.0 PERANCANGAN AKTIVITI

 Praktikal vokal.
 Latihan dalam kumpulan (LDK).
 Persembahan perhimpunan bulanan.
 Persembahan majlis-majlis formal dan istimewa.
 Lawatan sambil belajar dan penanda aras.
7.0 LOKASI

Lokasi yang dicadangkan bagi Kelab Koir untuk beroperasi adalah di


Bilik Muzik (Studio) IPG Kampus Sultan Mizan.

8.0 PENYERTAAN / SASARAN

Penyertaan serta sasaran Kelab Koir ini adalah terbuka kepada semua
guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan yang berminat untuk mempelajari dan
menguasai teknik-teknik vokal.

9.0 WAKTU PELAKSANAAN

Setelah mendapat kelulusan dari pihak pengurusan IPG Kampus


Sultan Mizan.

10.0 JADUAL AKTIVITI


Di sini kami telah mencadangkan jadual aktiviti Kelab Koir IPG Kampus
Sultan Mizan yang akan dijalankan seperti mana jadual di bawah, sekiranya
kertas kerja ini diluluskan oleh pihak tuan. Hal ini menunjukkan bahawa kami
benar-benar serius tentang penubuhan kelab ini.

Hari Masa
Rabu 2.15 petang – 4.30 petang

Berdasarkan jadual di atas, kami akan mengadakan latihan pada setiap hari
Rabu. Untuk makluman pihak tuan, kami juga tidak akan mengganggu
sebarang proses pengajaran dan pembelajaran (waktu kuliah) yang diadakan
oleh pihak institut. Hal ini menunjukkan bahawa kami juga mementingkan
aspek akademik di samping bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

11.0 JURULATIH

Bagi meningkatkan kualiti Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan, kelab
ini akan dibimbing olehEn. Khir Anuar bin Jaafar, pensyarah Muzik dari
Jabatan Kajian Sosial yang berpengalaman luas dalam bidang vokal dan koir.
12.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB

AHLI JAWATANKUASA KELAB KOIR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

12.1JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En. Kamarudin bin Hashim


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Penasihat : En. Latif bin Hamzah


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Penyelaras 1 : En. Sukreri @ Syukri bin Mohamad Zin


Pensyarah Penasihat
Biro Kebudayaan dan Kesenian
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Penyelaras 2 : En. Khir Anuar bin Jaafar


Pensyarah
Jabatan Kajian Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
12.2 JAWATANKUASA KELAB

Pengerusi : Bea Shu Hui

Naib Pengerusi : Zainol Harith bin Muhamad

Setiausaha : Lau Lik Yau

Bendahari : Rosmary Urai Wilson

AJK Pakaian : Nurul Amira Atika binti Azmi

AJK Pentas : Adrian Chai Pin Jian


Lim Yu Guo

AJK Teknikal : Chia Kian Ann


Muhammad Mustaqim bin Anuar

AJK Peralatan & Pergerakan : Siti Nor Fatimah Binti Mohd Sapaie
Noor Faradzilla Iswana binti Omar
13.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Koir di IPG Kampus Sultan Mizan


merupakan satu aset yang bernilai kepada institut untuk meningkatkan
prestasi guru pelatih seterusnya menaikkan nama baik institut melalui setiap
aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan
dalam Kelab Koir mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu
padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, matlamat negara Malaysia
untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat
“SATU MALAYSIA” dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan kelab
ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja penubuhan Kelab Koir ini
mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan IPG Kampus
Sultan Mizan.
Disediakan oleh:

..........................
(LAU LIK YAU)
Setiausaha
Kelab Koir
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

Disemak oleh:

.............................................................................
(MUHAMMAD ZAIM NAJMI BIN MOHD RAHIM)
Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan
SOKONGAN PENSYARAH
Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir
IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

..............................................................................
(SUKRERI @ SYUKRI BIN MOHAMAD ZIN)
Pensyarah Penasihat
Biro Kebudayaan dan Kesenian
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

Yang benar,

......................................................
(KHIR ANUAR BIN JAAFAR)
Pensyarah
Jabatan Kajian Sosial
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan
SOKONGAN UNIT KOKURIKULUM
Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir
IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

..............................................................
(MOHAMAD BIN AB. LATIFF)
Ketua Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

SOKONGAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP)


Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir
IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

...........................................
(LATIF BIN HAMZAH)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan
KELULUSAN PENGARAH
Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan penubuhan Kelab Koir IPG Kampus
Sultan Mizan kerana

Yang benar,

.......................................................
(KAMARUDIN BIN HASHIM)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

Anda mungkin juga menyukai