Anda di halaman 1dari 2

Jam Pembelajaran Pelajar (JPP) / Student Learning Time (SLT)

Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan
atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa pelaksanaan keseluruhan aktiviti
pembelajaran, yang digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Ia merangkumi
masa pelaksanaan semua aktiviti pembelajaran iaitu pembelajaran formal dan tidak formal. SLT
merupakan jumlah masa yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu kursus terdiri daripada:
1. Jam Pertemuan Bersemuka (Face-to-Face)
2. Jam Pertemuan Tidak Bersemukan (Non face-to-Face)
3. Jam Pembelajaran Kendiri (Self-Directed Learning)
4. Jam Penilaian Formal (Formal Assessment)

Garis Panduan Menganggarkan Jam Pembelajaran Pelajar

* Jam yang dicadangkan hanyalah sebagai garis panduan dan ia amat bergantung kepada
kompleksiti disiplin/mata pelajaran atau aktiviti. Rujukan juga perlu dibuat ke atas keperluan atau
syarat disiplin/matapelajaran.

* Program yang lebih banyak berasaskan “ hands –on” atau kerja amali memerlukan lebih masa
untuk membina kemahiran spesifik melalui amalan berulang-ulang. Contohnya program Perubatan,
Kejururawatan, Kursus bahasa, Juru bina dan Seni lakon, masa untuk aktiviti seperti lawatan ke ward
dan menghadiri pengajaran klinikal, kajian ,tunjukcara dan praktik seharusnya diperuntukkan masa
secukupnya dalam pengiraan kredit. Tiada masa tambahan diperlukan untuk pembelajaran sendiri.
Harus diingat bahawa kredit untuk kursus-kursus yang tersebut itu pada tahap diploma mungkin
melebihi kredit minimum kursus pada tahap sarjana muda (kepujian).

Aktiviti Masa Pelaksanaan TAMBAHAN Catatan


Pembelajaran Masa Persediaan/ Waktu
Belajar Sendiri
KULIAH 1 Jam 1-2 Jam Kursus Kompleks
mungkin perlu 3 Jam
atau lebih waktu
belajar sendiri

TUTORIAL 1-2 Jam 1-2 Jam persediaan

MAKMAL 3 Jam + report -tiada- Utk disiplin tertentu, 3


jam makmal perlu
tambahan 2-3 jam utk
menyediakan report

PROJEK TAHUN 240 - 400 Jam -tiada-


AKHIR:
• Makmal
• Kerja Amali
• Kajian Literatur
Aktiviti Masa Pelaksanaan TAMBAHAN Catatan
Pembelajaran Masa Persediaan/ Waktu
Belajar Sendiri
LATIHAN INDUSTRI Jam dalam satu (1) -tiada- (Contoh: 8 jam X 5 hari
hari DARAB X 8 minggu = 320 jam)
bilangan hari bagi
satu (1) minggu
DARAB bilangan
minggu latihan
industry

KERJA STUDIO 2 Jam 2 Jam kerja sendiri

PROBLEM BASED 2 Jam 2-3 Jam + 2 jam Diskusi


LEARNING (PBL)
SMALL GROUP 1-2 Jam 1 Jam persediaan
DISCUSSION
eLearning -tiada- 3 jam belajar sendiri Tiada F2F

PRESENTATION 1 Jam (60 minit) 3-4 jam persediaan

WRITTEN 2000 words 10 - 12 Jam


ASSIGNMENT
PENULISAN KREATIF • novel 100-150 8 - 10 jam sehari sepanjang (Contoh: 8 jam X 5 hari
m/surat satu (1) semester X 14 minggu = 560
• skrip 50 - 70 jam)
halaman
CASE ANALYSIS/ 3 Jam satu kes -tiada-
STUDY
SUMMATIVE 3 Jam 3 Jam persediaan Bagi Kursus yang lebih
ASSESSMENT / FEX kompleks, mungkin
perlu lebih masa
persediaan.

Rujukan:

Bengkel Kebangsaan Pemantapan Sistem Kredit MQF, 31 Jan - 2 Feb.2005. Anjuran Bahagian
Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Garis Panduan Penulisan Program
Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi, ,2009, Kementerian Pengajian Tinggi, UTHOM

Zainai Mohamed, 2006, Garispanduan Menganggarkan Beban Pembelajaran – Bengkel ‘Learning


Outcomes’ dan Sistem Kredit, Malysian Qualification Agency (MQA).

Anda mungkin juga menyukai