Anda di halaman 1dari 10

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

TEMA 3​: ​Penerokaan Unsur Dalam Alam

Tema ini bertujuan untuk memperkenalkan unsur alam yang terdiri daripada jirim.
Fokus diberikan kepada sifat fizik dan sifat kimia dan rupa bentuk tiga keadaan jirim.
Pengelasan unsur dalam jadual berkala diperkenalkan. Kewujudan sumber alam
dalam bentuk unsur, sebatian dan campuran dikaji dengan memberi tumpuan
kepada perbandingan sifat-sifatnya dan penggunaannya dalam kehidupan harian.
Tajuk udara dipelajari dari aspek komposisi, tindak balas pembakaran dan juga isu
pencemaran udara.

Bidang pembelajaran: 7. Udara

7.1 Komposisi udara


7.2 Pembakaran
7.3 Pencemaran udara

Standard Prestasi

Tahap Tafsiran
Penguasaan
1 Mengingat kembali​ jirim/ jadual berkala/ udara

Contoh soalan:

Sekumpulan murid Tingkatan 1 Alfa sedang mengkaji mengenai komposisi udara


yang terdiri daripada campuran beberapa jenis gas.​ ​Bantu mereka untuk
mengenalpasti gas tersebut.

1
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

P Nitrogen

Q Oksigen

R Karbon dioksida

S Gas lengai

2
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

Tahap Tafsiran
Penguasaan
2 Memahami​ jirim/ jadual berkala/ udara

Contoh soalan:

1) Namakan kepentingan gas yang berlabel Q kepada benda hidup.

Untuk pernafasan

2) Gas manakah yang boleh diuji dengan air kapur? ​Karbon dioksida

3) Namakan satu proses yang menggunakan gas yang dinyatakan di (2).

Fotosintesis

3
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

Tahap Tafsiran
Penguasaan
3 Mengaplikasikan​ pengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk
menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan
aktiviti/ tugasan mudah

Contoh soalan:

Kereta yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan api banyak menghasilkan
pencemaran udara. Huraikan dua perkara yang patut dilakukan oleh syarikat
pembuat kereta untuk mengurangkan jumlah pencemaran udara yang dihasilkan
oleh kereta.

Jawapan:

Menghuraikan dua perkara berbeza yang dilakukan oleh syarikat pembuat kereta
untuk mengurangkan pencemaran udara.

● Pembuat kereta menggunakan bahan api yang berbeza (sumber tenaga)


yang tidak mencemarkan udara atau kurang mencemarkan udara

● Pembuat kereta menggunakan kurang bahan api untuk membolehkan kereta


berfungsi (lebih cekap tenaga atau meningkatkan keupayaan prestasi enjin,
bentuk aerodinamik) akan menghasilkan kurang pencemaran

● Pembuat kereta menambah alat untuk memerangkap pencemaran yang


dihasilkan sebelum dibebaskan ke udara

Contoh jawapan

1.Pembuat kereta menghasilkan kereta yang menggunakan kurang petrol

2.Pembuat kereta menghasilkan kereta yang berfungsi tanpa mencemarkan


udara

1.Pembuat kereta menghasilkan kereta mengunakan petrol yang lebih


perbatuannya

4
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

​ ​2.Pembuat kereta menyingkirkan pencemaran sebelum dibebaskan melalui


ekzos

Tahap Tafsiran
Penguasaan
4 Menganalisis​ pengetahuan tentang jirim/ jadual berkala/ udara dalam
konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena
alam

Contoh soalan:

Hazwan dan rakan-rakannya sedang menjalankan penyiasatan untuk mengkaji


hubungan udara dengan pembakaran. Dua lilin yang serupa dinyalakan. Kemudian
dua balang gas diterlangkupkan ke atas kedua-dua lilin itu seperti dalam rajah di
atas.

a) Apakah yang dapat diperhatikan berlaku pada lilin yang menyala di dalam balang
gas A dan B?

Api lilin dalam balang gas A padam tetapi api lilin dalam balang gas B terus
menyala​.

b) Apakah inferens yang boleh dibuat daripada pemerhatian di (a)?

​Udara diperlukan untuk pembakaran

c) Gas apakah dalam udara yang menyokong pembakaran lilin?

Gas oksigen

5
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

d​) ​Di makmal sekolah terdapat banyak alat yang boleh membantu untuk memadam
kebakaran seperti alat pemadam api, pasir dan pili air bomba yang boleh
digunakan mengikut jenis kebakaran. Semasa Amin dan kawan-kawannya
menjalankan eksperimen di makmal sains, buku Amin telah terkena api penunu
Bunsen lalu terbakar. Terangkan bagaimana ​fire blanket dapat menghalang api dari
terus marak dan merebak.

Untuk satu proses pembakaran berlaku mesti mempunyai bahan bakar, haba dan
udara/oksigen. Fire blanket berfungsi bagi menghalang punca api mendapat bekalan
udara/oksigen seterusnya akan menyebabkan api terpadam

6
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

Tahap Tafsiran
Penguasaan
5 Menilai p ​ engetahuan jirim/ jadual berkala/ udara dalam konteks
penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan
aktiviti/ tugasan

JITRA - Setiap kali selepas musim menuai padi, pesawah khususnya di kawasan Kubang
Pasu, di sini, akan membakar petak sawah mereka bagi melupuskan jerami padi.

Keadaan itu dilihat memberi impak kepada pencemaran udara kerana asap yang dihasilkan
melalui pembakaran terbuka berkenaan.

Bagaimanapun, bagi mereka, proses membakar jerami itu merupakan satu proses biasa yang
dilakukan sebagai langkah untuk memastikan tanah sawah mereka kekal subur.

Pesawah, Md Nor Hamzah, 59, berkata, proses pembakaran jerami itu merupakan perkara
wajib yang dilakukan oleh mereka untuk memastikan bakteria yang terdapat pada tanah
sawah mereka mati.

Menurutnya, selain itu sisa pembakaran iaitu abu jerami akan bersifat sebagai baja organik
untuk kesuburan tanah tersebut.

“Ini juga sebagai langkah persediaan kita untuk musim penanaman seterusnya, dengan
membakar jerami, ia mengurangkan sampah yang berada dalam petak sawah.

“Sekiranya dibiarkan, jerami padi akan menyebabkan tanah masam yang boleh
menggalakkan kehadiran serangga perosak tanaman,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambah Md Nor, bagaimana petani perlu mengambil langkah mengikut peraturan ditetapkan
dalam menjalankan aktiviti tersebut dan mengelak daripada berlaku perkara yang tidak
diingini.

“Kami terpaksa membakar jerami kerana khuatir kawasan sawah akan terjejas dan padi yang
akan ditanam selepas ini dibimbangi berpenyakit. Kita akan ambil langkah keselamatan dan
selalunya dilakukan pada waktu angin kuat supaya asap yang dihasilkan boleh hilang dalam
tempoh yang singkat,” katanya.

Manakala bagi Jaafar Mahmud, 48, aktiviti membakar jerami padi biasanya dilakukan pada
waktu tengah hari.

7
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

“Biasa saya akan mula bakar pada tengah hari kerana waktu itu jerami sudah kering. Ini
kerana kita tidak akan bakar dengan keadaan jerami basah atau waktu hujan.

“Sebelum bakar saya akan kumpulkan dahulu jerami yang ada di petak sawah untuk pastikan
api tidak melarat dan boleh dikawal. Manakala aktiviti ini akan dihentikan dengan
memastikan api padam sebelum menjelang waktu malam,” katanya.

Dibolehkan dengan bersyarat

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi daripada pihak Jabatan Alam Sekitar
(Jas) Negeri Kedah mengenai perkara itu sama ada dibenarkan atau sebaliknya.

Menurut Timbalan Pengarah Jas negeri Kedah, Mohd Sani Mat Daud berkata, aktiviti
pembakaran jerami oleh pesawah itu merupakan aktiviti yang dibenarkan dengan
syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

Menurutnya, setiap aktiviti pembakaran jerami di petak sawah perlu mengikut waktu yang
ditetapkan iaitu antara jam 1 hingga 5 petang.

“Selain itu, mereka (pesawah) juga tidak boleh menggunakan bahan bakar bantuan seperti
getah untuk memulakan pembakaran dan perlu mengawal aktiviti itu.

“Pembakaran itu juga perlu dilakukan dengan keluasan yang kecil dalam satu masa, tidak
boleh melibatkan kawasan yang luas untuk sekali bakar,” katanya.

Tambahnya, pesawah juga diwajibkan memaklumkan kepada pihak polis mengenai


kebakaran yang ingin dilakukan selain perlu memastikan jerami yang dibakar dalam keadaan
kering.

“Pemilik tanah juga perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku kebakaran yang tidak
mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan.

"Manakala tindakan boleh diambil terhadap mereka yang cuai mengikut Seksyen 29a Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974. Denda maksimun RM500,000 atau lima tahun penjara boleh
dikenakan sekiranya didapati bersalah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Othman Aziz
berkata, daerah Kubang Pasu sebagai kawasan terbesar dalam sektor penanaman padi negeri
Kedah dinasihatkan menjalankan aktiviti pembakaran jerami secara bergilir-gilir.

“Mereka perlu memastikan kawasan petak sawah yang mahu dibakar tidak berdekatan
dengan kawasan padi yang belum dituai untuk mengelak kes hasil padi terbakar.

“Di samping itu, kita berharap pesawah terbabit dapat merujuk kepada pihak Jabatan Alam
Sekitar untuk mendapatkan penjelasan mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi,”
katanya.

8
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

Berdasarkan petikan di atas, sebagai seorang petani apakah tindakan membakar


jerami adalah wajar. Berikan justifikasi

Jawapan.

wajar:

1. Pembakaran mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam


sekitar.

2. Pembakaran dilakukan dengan keluasan yang kecil dalam satu masa, tidak
boleh melibatkan kawasan yang luas untuk sekali bakar​ ​bagi mengekalkan
nutrien dalam tanah.

9
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7

Tahap Tafsiran
penguasaan
6 Merekacipta​ menggunakan pengetahuan jirim/jadual berkala/
udara dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat
keputusan atau dalam melaksanakan aktivii/ tugasan dalam
situasi baru secara kreatif dan inovatif

Sekiranya Jabatan Alam Sekitar mengharamkan pembakaran jerami secara terbuka


Jalankan satu penyelidikan yang inovatif secara berkumpulan untuk menyelesaikan
isu pelupusan jerami padi.

Jawapan

Jerami yang dikumpul untuk dilupuskan boleh digunakan untuk menghasilkan


produk sampingan.

-kertas

-produk kraftangan

-penanaman cendawan jerami padi

Dan lain-lain

10

Anda mungkin juga menyukai