Anda di halaman 1dari 2

SPRM semai budaya antirasuah dalam teater

muzikal Semarak Pertiwiku

Oleh Fatin Farhana Ariffin


fatin.farhana@bh.com.my
Kongsi artikel

Share

Tweet

KUALA LUMPUR: Mendekati rakyat melalui seni, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) mementaskan teater muzikal Semarak Pertiwiku di Istana Budaya (IB), di sini, dalam
usaha menerapkan mesej antirasuah.

Bermula semalam, orang ramai boleh menonton teater muzikal arahan Muhammad Azri Azli
secara percuma dalam dua slot hari ini, iaitu pada 3.30 petang dan 8.30 malam di Panggung Sari.

Pernah dipentaskan di Kuching, Sarawak, Semarak Pertiwiku mengekalkan pelakon asal iaitu
Sherie Merlis, Anding Indrawani, Chopie Chakap, Shah Kimin dan Taufik Hanafi.

Kali ini, kelainan ditampilkan apabila pementasan itu dijayakan aktor popular, Ungku Ismail,
Anas Ridzuan dan Elya.

Muhammad Azri berkata, teater muzikal itu mendapat sambutan baik apabila dipentaskan di
Kuching, Julai lalu, dengan paparan kisah yang dekat dengan hati masyarakat.

“Ketika dipentaskan di Kuching, pertunjukan tiga hari kami penuh. Disebabkan itu, SPRM
mengundang kami mementaskan naskhah sama di Kuala Lumpur.

“Semarak Pertiwiku adalah teater muzikal bertemakan integriti. Ini suatu usaha yang cukup baik
untuk mendidik masyarakat mengenai rasuah terutama dalam kalangan penjawat awam.

“Ini adalah inisiatif SPRM kepada rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan bersih dan bebas
daripada amalan rasuah. Saya yakin teater muzikal ini mampu menyemai semangat patriotisme
dalam kalangan penonton,” katanya kepada BH Online.
Muhammad Azri berkata, penggunaan dialek Melayu Sarawak oleh pendukung watak memberi
kelainan kepada pementasan itu.

“Saya mahu tengok bagaimana sambutan penonton di sini. Ini kerana saya tidak pernah
menonton teater yang mengetengahkan dialek Melayu Sarawak. Agak mencabar tapi saya harap
dengan bahasa tubuh, mesejnya sampai,” katanya.

Teater muzikal Semarak Pertiwiku adalah projek kerjasama SPRM, Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Istana Budaya.

Semarak Pertiwiku berkisar kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk


mengumpul kekayaan. Disebabkan itu, tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan
sebuah projek mega.

Anda mungkin juga menyukai