Anda di halaman 1dari 12

Belajar Bahasa Inggeris – Past Tense,

Present Tense dan Future Tense


January 8, 2016 by Harry

Nota Anda untuk Belajar Bahasa Inggeris Perbualan


dengan Lebih Mudah
Antara perkara yang sukar untuk dikuasai dalam pemantapan bahasa Inggeris
ialah masalah Grammar atau Tatabahasa.

Rata-rata, ramai rasakan agak sukar untuk memahami dan menguasai


penggunaan grammar kerana ia agak mengelirukan. Terutamanya kanak kanak.
Untuk kita dewasa ni, walaupun ada yang masih lagi tak jelas. Tapi kalau anda
luangkan masa untuk baca article ini, anda pasti boleh faham serba sedikit.

Sebab pembelajaran kita lebih kepada mengingati apa yang telah belajar di
masa lampau, berbanding dengan kanak kanak macam peringkat tahun 3 yang
‘dunia bahasa inggeris’ ini masih lagi baru buat mereka.

Begitu juga dengan faktor yang agak banyak untuk difahami dan diingati.

Selain itu, ia lebih mengelirukan apabila ada pula sesetengah perkataan bahasa
Inggeris yang dikecualikan penggunaannya atas sebab istimewa yang memang
dipraktikkan oleh mereka yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
ibunda.

Apabila sebut faktor bahasa ibunda, memang bahasa Melayu sangat berbeza
berbanding dengan cara aplikasi ayat dalam bahasa Inggeris.

Pendek kata, bahasa Melayu tidak menggunakan struktur ayat bahasa Inggeris.

Perkara ini membuatkan pembelajaran lebih sukar kerana ia unik dan juga
baharu.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang TIDAK MUNGKIN dipelajari, dengan


keazaman dan melalui kesungguhan untuk mendapatkan ilmu, ia pasti akan
dapat dikuasai juga.

Dalam kiriman ini, kami daripada OMNI telah membuat artikel yang pasti akan
membantu anda memahami salah satu perkara yang paling penting dan biasa
digunakan dalam penggunaan bahasa Inggeris, iaitu penggunaan Past, Present
dan Future Tense.
1
Gambaran Keseluruhan Kesemua 12 Bentuk Tense.

Apakah yang dimaksudkan dengan tense?

Tense ialah penyokong kepada verb (kata kerja, perbuatan) dengan


memberitahu bila ia berlaku dan apa tindakan yang berlaku.

Contohnya:

Ali is watching television.

Seperti ayat di atas, ia merupakan bentuk present tense, kerana ia menambahkan


“ing” pada perkataan dasar kata kerja watch.

Maka, dengan bantuan penggunaan tense iaitu past, present, dan future tense ini
kita tahu ia sedang berlaku sekarang.

Kita akan pergi lebih lanjut untuk contoh past dan future tense di bawah nanti.

Tetapi sebelum itu, sebenarnya 3 perkara utama past, present dan future tense
adalah yang paling asas. Ada 12 kesemuanya seperti di bawah:

1. simple past
2. simple present
3. simple future
4. past continuous (atau progressive)
5. present continuous
6. future continuous
7. past perfect
8. present perfect
9. future perfect
10.past perfect continuous (atau progressive )
11.present perfect continuous
12.future perfect continuous

Seperti yang anda dapat lihat, terdapat 12 jenis tense.

Tetapi untuk pembelajaran dalam kiriman ini, kita hanya memberikan


penegasan kepada 3 perkara utamanya sahaja.

Perbezaan Simple, Continuous, Perfect dan Present Continuous

Kalau hendak dihuraikan perbezaannya, ia sebenarnya menunjukkan sesuatu


peristiwa itu berlaku pada waktu atau masa yang lebih khusus.

2
Contohnya kita ambil faktor Past Tense, iaitu peristiwa yang sudah lepas.

Yang juga punyai pecahan past continuous tense, past perfect tense dan past
perfect continuous tense.

Secara asasnya, past tense memanglah perkara yang sudah berlaku, tetapi
adakah ia berlaku semalamnya, ataupun adakah ia berlaku sepanjang malam?

Seperti yang anda lihat, terdapat perbezaan bukan antara “semalam” dengan
“sepanjang malam”?

Maksudnya, maklumat anda akan disampaikan dengan lebih khusus jika


menggunakan peringkat pembelajaran tense yang lebih detail untuk simple past,
past continuous, past perfect dan terakhir past perfect continuous

Sekarang kita akan meneliti lebih lanjut mengenai 3 perkara utama yang kita
ingin bincangkan tadi.

Past Tense – Peristiwa yang Sudah Berlaku

Kata kerja untuk past tense atau peristiwa yang sudah berlaku terbahagi kepada
dua.

Iaitu, regular verb dan irregular verb.

Regular verb hanya perlu ditambah “ed” atau “d” sahaja jika sesuatu perkataan
itu diakhiri dengan “e”, manakala irregular verb, anda perlu hafal perkataannya
(kami akan memberikan contoh jadual untuk rujukan anda).

Contoh Regular Verb:

Last year I _____ (live) in Florida.

Untuk menentukan sama ada ruang kosong di atas ditulis dalam bentuk past,
present atau future tense bergantung kepada ayat itu sendiri.

Seperti yang kita dapat lihat, di permulaan ayat itu terdapat perkataan “last
year”, yang membawa maksud ia sudah berlalu, iaitu “tahun lepas”.

Selepas kita tahu ia merupakan ayat past tense dan live pula bukanlah irregular
verb maka ayatnya akan berbentuk seperti di bawah:

Last year I lived in Florida.

Contoh kedua:

3
Yesterday I ______ (walk) to school.

Yesterday – menunjukkan ia sudah berlaku.

Walk – disebabkan ia ayat past tense, maka kita perlu menentukan sama ada ia
regular verb atau irregular verb. Mengikut senarai irregular verb, walk
merupakan regular verb. Maka ayatnya akan berbentuk seperti di bawah:

Yesterday I walked to school.

Nota Tambahan!

Untuk regular verb, asas utama ialah dengan menambah atau membentuk akhir
perkataan kata kerja dengan “ed”.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah kes yang istimewa untuk difahami satu
per satu di bawah:

1. Kata kerja yang berakhir dengan huruf “y”

Untuk kata kerja yang berakhir dengan huruf “y”, anda buangkan “y” dan
tambahkan “ied”.

try –> tried

carry –> carried

2. Perkataan kata kerja yang hurufnya kedua terakhirnya ialah huruf vowel
(huruf vokal, a,e,i,o,u)

Apabila anda lihat ada huruf vokal di kedudukan kedua terakhir dalam sebarang
kata kerja, pastikan ia adalah antara huruf konsonan kerana anda perlu
menambah konsonan terakhir “ed”.

Contohnya: stop

o – ialah huruf vokal.

Manakala ia terletak di antara dua huruf konsonan “t” dan “p”.

Maka past tense untuk stop ialah stopped (gandakan “p”).

plan –> planned

3. Huruf terakhir kata kerja ialah “x”

4
Seperti perkataan fax, walaupun huruf vokal “a” di tengah-tengah konsonan “f”
dan “x”. Kita tidak perlu menggandakan “x”, untuk menjadi faxxed (salah).

Maka hanya tambah “ed” seperti biasa, fax –> faxed

4. Huruf kedua terakhir ialah huruf vokal tetapi akhir perkataan itu ialah
“y”, maka anda tidak perlu menambah “ied” ataupun menggandakan “y”

Contohnya:

stay –> stayed

a – walaupun huruf kedua terakhir ialah “a” sebagai salah satu daripada 5 huruf
vokal. Tetapi disebabkan ia diakhiri dengan “y”, maka hanya perlu menambah
“ed” seperti yang ditunjukkan dalam contoh itu.

5. Kata kerja yang berakhir dengan “c” pula anda tambahkan “ked”.

Contoh: panic –> panicked

Contoh Irregular Verb

Untuk kata kerja yang bersifat regular, seperti di atas, kita hanya perlu
mengakhirinya dengan “ed”.

Tetapi untuk irregular verb, seperti yang kami nyatakan tadi, kita mesti merujuk
jadual kerana ia memang sudah KHAS dipanggil begitu.

Sila rujuk jadual daripada English Page untuk contoh irregular verb.

Yang berikut ialah petikan skrin daripada English Page untuk contoh yang kita
akan gunakan di bawah:

5
Untuk lebih mudah, kita cuba tukarkan ayat present tense, iaitu yang berlaku
sekarang, kepada past tense.

I give my mother a present. (present tense kerana ia berlaku sekarang)

Untuk menukarkannya kepada past tense, kita tidak boleh meletakkan “ed”,
kerana ia tersenarai dalam irregular verb seperti yang anda lihat dalam jadual di
atas dan akan bertukar menjadi gave, maka ayat past tense ialah:

I gave my mother a present.

Ada juga sesetengah irregular verb yang dikekalkan walaupun ia ayat past tense.
Seperti contoh read di bawah yang juga kami ambil daripada English Page.

Selain read, perkataan lain yang biasa digunakan ialah put yang turut dikekalkan
bentuknya.

Untuk contoh ‘put’, tiada di English Page, and boleh gunakan table dari
Grammar Cl untuk rujukan.

6
Atau pun anda hanya gunakan kekunci “simple past tense irregular verbs table”
untuk carian di Google.

Perhatikan petikan skrin daripada English Page itu dalam lajur Past Participle.

Untuk penerangan di artikel ini, kita tidak akan menyentuh past participle
kerana ia digunakan untuk pecahan past tense yang lebih khusus tadi, iaitu
present perfect tense.

Present Tense – Perkara yang Sedang Berlaku

Di atas tadi, kami ada menyatakan bahawa tense mempunyai unsur yang lebih
khusus.

Contohnya untuk present tense, kita ada:

simple present tense

continuous present tense

present perfect tense

present perfect continuous tense

Untuk present tense, kita akan menyentuh simple dan continuous present tense
kerana ia mempunyai kesinambungan yang jelas. Oleh itu, anda pasti akan tahu
yang jika kita menambah “ing” ia membawa maksud present tense, iaitu yang
sudah berlaku.

Yang sebenarnya penambahan “ing” merupakan unsur untuk continuous tense.

Perbezaan antara simple dan continuous present tense.

Simple Present tense

I speak.

You listen.

He films.

Continuous Present tense

I am speaking.

7
You are listening.

He is filming.

Seperti yang anda perhatikan, walaupun kedua-dua contoh di atas simple dan
continuous ialah peristiwa yang sudah berlaku, tetapi kita boleh
membezakannya dengan bentuk ayat itu sendiri. Seperti contoh, untuk
continuous memang tiada masalah kerana ia memang berlaku sekarang dan
hanya perlu menambahkan “ing” sahaja.

Tetapi untuk simple present tense, ayatnya akan lebih bersifat habit atau rutin.
Atau perkara yang biasa (often) dilakukan.

Contohnya:

I speak English every day.

Contoh kedua:

I am wearing a black shirt at the moment. (ini merupakan present


continuous)

I always wear nice clothes to school. (ini merupakan simple present kerana
ia berlaku setiap hari)

Jika masih lagi keliru tidak mengapa, kerana objektif kita untuk hari ini pun
hanya menyentuh perkara asas tentang past tense, present dan future tense.

Tetapi apa yang paling penting ialah bila anda perlu mengekalkan kata kerja
yang asal atau menambah “s”? Seperti contoh simple present di atas iaitu:

I speak.

You listen.

He films.

Mudah sahaja, anda hanya perlu menetapkan dalam minda anda untuk hanya
menambah “s” apabila subjek menggunakan He, She dan It.

Seterusnya untuk continuous.

I am speaking.

You are listening.

8
He is filming.

Ia mengandungi bantuan peraturan daripada verb to be.

Verb to be ialah penggunaan am, is, are untuk subjek.

I –> kita akan menggunakan am.

I am speaking.

He, She, It –> oleh sebab ia hanya melibatkan seorang sahaja, maka kita
gunakan is.

He is filming (is ialah bantuan sokongan daripada verb to be, manakala “ing”
yang menunjukkan ia present tense iaitu sedang berlaku).

You, We, They –> ini melibatkan lebih daripada seorang, iaitu plural, maka kita
menggunakan are.

You are listening.

Sebelum kita beralih kepada topik yang terakhir, iaitu future tense, kita teliti
senario di bawah.

Ini perbezaan yang kami rasa paling jelas untuk anda fahami perbezaan antara
simple present tense dan present continuous tense.

Katakan anda di dapur sedang menyediakan sandwic.

Ada seseorang yang datang ke dapur dan bertanya apakah yang anda sedang
buat, seperti di bawah:

What are you doing?

Dengan soalan di atas, apakah jawapan yang lebih tepat untuk anda jawab?

Mestilah dengan menjawab dalam bentuk continuous present tense kerana anda
sedang menyediakan sandwic.

I am making a sandwich (kita tambah “ing” untuk perkara yang sedang


dilakukan, kita gunakan verb to be, iaitu am, kerana ia memang peraturan khas
untuk subjek “I”).

9
Anda tidak boleh menjawab, I make a sandwich, kerana jawapannya lebih
bersifat yang biasa anda lakukan atau seperti yang kita katakan tadi bersifat
rutin.

Future tense

Untuk future tense, ia lebih mudah berbanding dengan present dan past tense.

Kerana ia hanya melibatkan will dan going to.

Cara untuk menggunakannya dalam ayat juga lebih mudah difahami.

Kita tahu yang future tense adalah untuk menunjukkan apa yang akan berlaku
pada masa hadapan.

Contohnya:

I will eat durian.

She will eat banana.

Seperti di atas, untuk penggunaan will kita hanya perlukan gunakan sahaja
dengan subjek.

Tetapi untuk going to anda perlukan menambah verb to be, iaitu am, is atau are
seperti apa yang kita pelajari di atas tadi.

I – am (walaupun ia bersifat satu orang atau individu kita


tetap menggunakan am).

He, She, It – is (ini lebih bersifat untuk satu orang, maka kita gunakan is).

You, They, We – are

Sekali lagi, untuk menggunakan going to bagi menunjukkan peristiwa, ayat


anda berlaku pada masa yang akan datang haruslah menggunakan peraturan
verb to be dengan betul.

Contohnya:

I am going to . . .

We are going to . . .

They are going to . . .

10
She is going to . . .

Bilakah masanya untuk menggunakan will ataupun going to?

Untuk menggunakan will kebiasaannya ia melibatkan perkara yang berlaku


dengan cepat, ataupun tiada masa untuk anda berfikir panjang.

Contohnya:

Katakan telefon rumah anda berdering.

Tidak sesuai untuk menggunakan:

I am going to . . .

Kerana ia seperti melibatkan masa yang lebih panjang.

Maka . . .

I will take it . . . adalah lebih sesuai.

Itu sahaja untuk perkongsian kali ni.

Apakah yang kita telah pelajari?

Berikut ialah rumusan untuk kiriman artikel ini.

Past Tense, Present Tense dan Future Tense.

Past Tense

Past tense mempunyai kata kerja yang bersifat regular dan juga irregular.

Untuk regular kebiasaannya anda hanya perlu jadikan akhirannya “ed”.

Manakala untuk irregular, anda perlu merujuk jadual yang disediakan oleh
English Page, sebagai contoh.

Present Tense

Untuk present tense pula anda hanya perlu menambahkan “ing” di hujung kata
kerja.

Selain itu, jangan lupa untuk menambahkan “s” pada kata kerja yang subjeknya
ialah He, She dan It.

11
Anda juga perlu mengingati konsep atau peraturan untuk verb to be.

Future Tense

Kami yakin anda rasakan future tense lebih mudah difahami.

Ia hanya melibatkan dua tambahan sahaja, iaitu will dan going to.

Perkataan will sudah boleh digunakan terus bersebelahan dengan subjek

Manakala going to, mestilah menggunakan verb to be yang betul.

Sekian, terima kasih.

Sila berikan pendapat dan permasalahan bahasa Inggeris anda supaya kami
dapat membantu anda.

Rujukan Lain

Cara terbaik untuk belajar bahasa Inggeris online ialah menggunakan Youtube.
Bukan sahaja penerangannya lebih mudah dijelas kan, kita yang belajar pun
lebih mudah untuk faham.

Antara channel youtube yang terbaik ialah daripada


EngVid, https://www.youtube.com/user/engvidenglish

Dan ini adalah websitenya : EngVid

12

Anda mungkin juga menyukai