Anda di halaman 1dari 1

HPD139 Asas Fasilitator

#
Kumpulan A
Kursus Ko-Kurikulum

Tip
Membuka Sesi
1 Bertanya khabar
Pertama kali berjumpa dengan ahli kelompok, fasilitator
seharusnya bertanya khabar bagi memastikan ahli berada
dalam keadaan selesa dan bersedia untuk mengikuti
program yang telah ditetapkan.

2 Kenalkan diri
Tak kenal, maka tak cinta. Fasilitator hendaklah lebih
dahulu memperkenalkan diri supaya hubungan mesra dapat
dibina. Fasilitator yang mesra akan dapat menarik tumpuan
peserta untuk mengikuti program sesi kelompok.

3 Maklum matlamat
Fasilitator hendaklah menerangkan secara ringkas dan padat
tentang tujuan dan objektif sesi kelompok diadakan.

4 Jelas peraturan
Peraturan sesi perbincangan atau aktiviti kelompok
hendaklah dijelaskan kepada ahli supaya semua faham dan
bertindak mengikut peraturan yang ditetapkan.

5 Ringkas
Pembukaan sesi kelompok seharusnya ringkas bagi
mengelakkan penerangan yang panjang lebar atau
berceramah sehingga ahli kelompok berasa bosan atau tidak
selesa untuk mengikuti sesi kelompok yang seterusnya.

Fairus Muhamad Darus © 2020

Anda mungkin juga menyukai