Anda di halaman 1dari 1

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak.

 Rusa itu selalu pergi ke


tepi kolam untuk melihat bayangnya.  Rusa itu berasa bangga melihat
tanduknya yang cantik.   

  ”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya.  Namun


demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus.  ”Hai, lihatlah
betapa kurusnya kakiku.  Aku mahu kakiku cantik juga.  Aku mahu
kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

            Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi


kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak.  Rusa itu sedar yang anjing
pemburu sedang menuju ke tempat itu.  Rusa itu berasa takut lalu berlari
sekuat hati.

            Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya


tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah.  Rusa itu
meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. 
Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin
dekat.  Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya
melepaskan diri.  Namun, tanduknya patahnya sedikit.

            Anjing pemburu semakin hampir.  Rusa itu dapat melarikan diri
kerana ia boleh berlari laju.  Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya
yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

            Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai
sesuatu yang buruk atau tidak berguna.  Rusa itu juga tidak bongkak
seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. 
Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa
kebaikan.

RUSA YANG BONGKAK

Anda mungkin juga menyukai