Anda di halaman 1dari 10

Huraian Kes : Mencuri

Artikel ini menjelaskan bahawa Nur Amirah Daud Latfi, seorang ibu muda yang berumur 29
tahun telah didakwa telah mencuri 95 barangan bayi dan wanita yang bernilai RM5686.95.
Kejadian ini berlaku di salah sebuah Pasaraya Aeonmall, Lembah Sireh yang terletak di Kota
Bharu pada jam 5.30 petang yang bertarikh 21 Disember 2018. Tertuduh turut mempunyai
rekod kesalahan sama yang dilakukan di Kajang, Selangor. Tertuduh telah diwakili peguam
dari YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN. Tertuduh memohon untuk
dilepaskan dengan jaminan tidak melebihi RM3000 kerana mempunyai bayi yang berusia 46
hari yang masih menyusu badan selain daripada pendapatan suaminya yang berjumlah
RM1900 sebulan sebagai seorang buruh. Mahkamah telah membenarkan jaminan sebanyak
RM3000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Januari 2019 sebagai tarikh sebutan
semula kes. Wang jaminan telah dibayar oleh ahli keluarga tertuduh.

Huraian Kes : Murtad


Artikel ini berkenaan seorang lelaki, Alister Cogia yang berusia 22 tahun telah didapati
bersalah menghina Nabi Muhammad SAW. Mengikut pertuduhan yang dihadapi, Alister
yang berasal dari Singai, Bau didakwa telah memuat naik beberapa komen bersifat sensitif
dan boleh menggugat keharmonian rakyat negara ini di laman sosial Facebook menggunakan
akaun yang didaftarkannya atas nama “Ayea”. Dia dituduh melakukan kesalahan itu jam 7.11
malam pada 9 Februari 2019 yang lalu, diikuti 12.56 tengah malam pada 10 Februari 2019,
serta jam 1.28 pagi pada 14 Februari 2019 dan masing-masing jam 10.00-10.05 malam pada
24 Februari 2019. Lima pertuduhan ini didakwa mengikut Seksyen 298A(1) Kanun
Keseksaan. Manakala pertuduhan lain dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998. Terdahulu, Alister ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Singai,
Bau jam 12.15 tengah malam pada 3 Mac 2019 yang lalu.

Pengenalan Murtad
Kesalahan murtad adalah satu-satunya isu khusus bagi orang-orang Islam sahaja kerana ia
tidak mungkin berlaku di kalangan orang-orang bukan Islam. Biarpun begitu, ia wajar juga
dimasukkan ke dalam penulisan ini sebagai menyempurnakan bilangan kesalahan jenayah
hudud yang sedang dibincangkan. Lagipun di dalam Perlembagaan Malaysia, seseorang
bukan Islam adalah dilarang melakukan sesuatu yang boleh merosakkan akidah orang-orang
Islam, sama ada dengan cara menghasut mereka atau apa saja bentuk perbuatan yang
memberi kesan buruk kepada akidah mereka (Rujuk Perlembagaan Malaysia) .

Pengertiannya
Terdapat beberapa ungkapan yang sering digunakan oleh para ulama’ berkaitan dengan
kesalahan ini, di antaranya ialah al-riddah, al-irtidad dan murtad.
Dua perkataan pertama mempunyai pengertian seerti, iaitu tindakan keluar dari agama Islam
sama ada menerusi niat atau perbuatan atau ucapan, sama ada ucapan itu bertujuan untuk
mengejek atau melahirkan sikap degil atau kerana keyakinan. Perkataan ketiga, iaitu murtad
bermaksud orang yang keluar dari agama Islam.
Dari sudut akidah, murtad dianggap sebagai satu kesalahan berat yang boleh menggugurkan
kesemua amal kebajikan seseorang. Hal ini telah dijelaskan Allah SWT, di dalam
firmanNya :

َ ِ‫ولٓـئ‬
‫ ُّد ۡنيَا‬G‫الُهُمۡ فِى ال‬GG‫ك َحبِطَ ۡت اَ ۡع َم‬ ٰ ُ ‫افِ ٌر فَا‬GG‫ َو َک‬Gُ‫ ِد ۡد ِم ۡن ُكمۡ َع ۡن ِد ۡيـنِ ٖه فَيَ ُم ۡت َوه‬Gَ‫ؕ َو َم ۡن ي َّۡرت‬
َ ُ ِ‫ارۚ هُمۡ فِ ۡيهَا ٰخل‬
﴾2:217﴿ ‫د ۡون‬
ِ َّ‫ص ٰحبُ الن‬ َ ِ‫ولٓـئ‬
ۡ َ‫ك ا‬ ٰ ُ‫َوااۡل ٰ ِخ َر ِة ۚ َوا‬

“Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati,
sebagai seorang kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usaha
mereka (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di
dalamnya (selama-lamanya)”. (al-Baqarah, 2 :
217)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang melakukan kesalahan ini adalah
manusia yang amat hina dan kosong di sisi Allah dan mereka bakal menjadi penghuni neraka
buat selama-lamanya.

Pembalasan Terhadap Pesalah Murtad


Seorang Islam yang sah murtadnya, sama ada lelaki atau perempuan, akan dikenakan
pembalasan oleh pemerintah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w, di dalam sebuah
hadisnya :

‫َم ْن بَ َّد َل ِدينَهُ فَا ْقتُلُوه‬


“Sesiapa yang menukar agamanya, maka kamu bunuhlah dia”.

Hadis di atas begitu jelas menunjukkan pembalasan yang layak bagi seseorang pesalah
murtad; iaitu hukum bunuh. Inilah pendapat jumhur ulama’ selain dari ulama’ Mazhab
Hanafi yang mengecualikan pesalah perempuan daripada hukum bunuh. Menurut pendapat
mereka, pesalah perempuan hendaklah dipaksa kembali kepada Islam dengan cara
memenjarakannya sehingga dia kembali menganut agama Islam atupun meninggal dunia.

Taubat Sebelum Dibunuh


Jumhur ulama’ mengatakan bahawa kedua-dua pesalah murtad, sama ada lelaki ataupun
perempuan wajib diminta bertaubat sebanyak tiga kali sebelum mereka dibunuh. Pendapat
mereka ini berdasarkan kepada sebuah hadis mengenai kisah seorang perempuan murtad
yang dikenali dengan panggilan Umm Marwan. Apabila berita mengenainya sampai kepada
pengetahuan Rasulullah s.a.w, Baginda terus memerintah agar dia diminta bertaubat, jika dia
bertaubat maka dia akan dilepaskan, jika tidak, maka dia akan dibunuh.
Ulama’ Mazhab Hanafi berpendapat, adalah sunat memintanya bertaubat, di samping
mengajaknya kembali ke pangkuan Islam. Tetapi jika dia enggan bertaubat, pihak pemerintah
diharuskan memberi tempoh selama tiga hari jika dirasakan masih ada harapan untuk
mendapatkan taubatnya atau dia sendiri yang meminta supaya kesnya ditangguhkan.
Andainya pihak pemerintah merasakan tidak ada lagi harapan untuk mengembalikannya
kepada agama Islam, maka ia diharuskan pada saat itu membunuhnya. Pendapat mereka ini
adalah berdasarkan kepada tindakan ‘Umar yang mahukan pesalah murtad ditahan selama
tiga hari dengan harapan bahawa dia akan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Tanggungjawab Membunuhnya
Perlaksanaan pembalasan ke atas pesalah murtad, iaitu hukum bunuh, hanya boleh dilakukan
oleh pemerintah tertinggi negara atau timbalannya. Sesiapa yang melaksanakannya tanpa
keizinan kedua-duanya, dia harus dita’zirkan oleh pemerintah kerana melanggar bidang
kuasanya. Tentang perlaksanaannya, ia tetap dihukum sah tanpa diikat dengan sebarang
jaminan sekalipun dia membunuhnya sebelum memintanya bertaubat.

Murtad Dan Kaitannya Dengan Orang-orang Bukan Islam


Oleh kerana kesalahan ini adalah isu khusus kepada orang-orang Islam yang keluar dari
agama mereka sahaja, maka tidak timbul soal murtad atauy tidaknya di kalangan orang-orang
bukan Islam, sama ada dari kalangan ahl al-dhimmah ataupun lain-lain.
Meskipun tidak ada peruntukkan yang khusus berkaitan dengan kesalahan ini, tetapi mereka
(orang-orang bukan Islam) tidak dibenarkan sama sekali menggalakkan orang-orang Islam
menjadi murtad sama ada dengan menganut agama mereka atau lain-lain agama. Jika
kesalahan ini mereka lakukan, menurut al-Mawardi, mereka sudah dianggap mencabul
perjanjian dhimmah, dengan itu perlindungan untuk diri dan harta benda mereka turut
terbatal. Pemerintah hendaklah membawa mereka keluar dari sempadan negara Islam ke satu
tempat yang aman. Tindakan ini dilakukan kerana mereka sudah bertukar menjadi orang-
orang harbi.
Ulama’ Mazhab Hanafi menganggap, kesalahan itu tidak lebih dari satu perbuatan maksiat
yang lebih rendah dari kekufuran akidah, sedangkan perjanjian dhimmah harus berterusan
dengan kekufuran mereka, maka dengan itu ia tidaklah menjadi sebab terbatalnya perjanjian
tersebut, cuma mereka harus dita’zirkan oleh pemerintah berdasarkan kepada maslahah
ammah. Bagi kaum pendatang, iaitu orang-orang musta’min, mereka akan dipaksa keluar dari
kawasan negara Islam.
PENGENALAN ARAK (masukkan dlm pendahuluan bhgian hdpn)
Arak merupakan sejenis cecair yang memabukkan, sama ada ia diproses daripada perahan
anggur ataupun lainnya.
Sebahagian ulama’ di antara arak perahan anggur yang dinamakan khamr dengan arak yang
diproses daripada bahan lain yang dinamakan nabidh. Perbezaan ini mempunyai kesan yang
tersendiri dari segi hukum meminumnya.
Maksud memabukkan seperti yang disebut di dalam perenggan pertama di atas, jika dilihat
dari sudut kesannya, ia boleh menyebabkan peminumnya hilang daya berfikir sama sekali.
Pengharamannya yang berdasarkan kepada nas al-Quran adalah ditujukan kepada zat arak itu
sendiri, sama ada ia memabukkan peminumnya ataupun tidak, sama ada kadar yang
diminumnya sedikit ataupun banyak. Peminumnya tetap dihukum sebagai sudah melakukan
kesalahan yang termasuk ke dalam kelompok kesalahan hudud.
Pengharamannya berlaku secara berperingkat-peringkat. Ayat terakhir yang
mengharamkannya secara keseluruhan ialah firman Allah SWT:

‫الش ۡي ٰط ِن فَا ۡتَجنِبُ ۡوُه لَ َعلَّ ُك مۡ تُ ۡفلِ ُح ۡوَن‬ ۡ ِ ۡ ۡ ُ ‫ص‬ ۡ ۡ ِ ۡ ۡ ِۤ ِ


َّ ‫س ِّم ۡن َع َم ِل‬
ٌ ‫اب َوالاَ اَلز ُم ر ج‬ َ ‫يٰۤاَيُّ َها الَّذ ۡيَن اٰ َمنُ ۡاو امَّنَا ا ل َخ ۡمُر َوا ل َم ۡيس ُر َوا لاَ ن‬
(al-Maidah, 90)
Beberapa buah hadis memberikan pengukuhan kepada maksud ayat di atas, antaranya sabda
Rasulullah SAW:
‫ وكل مسكر حرام‬،‫ كل مسكر خمر‬:‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫عن ابن عمر قال‬
Dari kedua-dua nas di atas, jelas bahawa arak itu dihukum haram meminumnya, sama ada
sedikit ataupun banyak, sama ada kadar yang diminum itu memabukkan ataupun tidak. (Ibid,
170-171)

HURAIAN KES: MINUM ARAK


Artikel ini berkenaan negara Taiwan yang merancang mengenakan hukuman lebih berat
terhadap pemandu mabuk. Kabinet Thailand telah meluluskan draf pindaan akta jenayah yang
menyebabkan kematian akibat pemandu mabuk dikategorikan sebagai membunuh yang boleh
dihukum mati jika terbukti ada unsur disengajakan. Cadangan itu muncul selepas beberapa
kes kematian akibat pemandu mabuk yang membangkitkan kemarahan orang ramai.
Hukuman maksimum bagi kes kematian disebabkan memandu dalam keadaan mabuk di
Taiwan ialah penjara 10 tahun. Pindaan akta itu jika diluluskan akan meningkatkan tempoh
hukuman penjara kepada pesalah berulang yang melakukan kesalahan baru lima tahun
selepas kesalahan sebelum itu. Pesalah yang menyebabkan kematian akan dikenakan
hukuman penjara seumur hidup dan 12 tahun penjara bagi kecederaan parah.
Antara kejadian yang berlaku seperti kes Januari lalu, lelaki 40 tahun yang memandu van
dalam keadaan mabuk merempuh teksi menyebabkan tiga terbunuh dan mencederakan tiga
lagi termasuk dirinya. Beberapa buah negara sahaja yang menyediakan hukuman mati untuk
kes pemanduan mabuk. China sebelum ini berikrar menghukum mati mereka yang
menyebabkan kematian ketika memandu dalam keadaan mabuk manakala beberapa syarikat
di Amerika Syarikat mengekalkan hukuman mati bagi kes terbabit. Beberapa pertubuhan hak
asasi manusia, termasuk Persatuan Taiwan untuk Hak Asasi Manusia mengeluarkan
kenyataan bersama membantah pindaan undang-undang itu.

Kes yang terlibat dalam kejadian ini melibatkan minum arak dan membunuh dengan sengaja.

HUKUMAN SYARAK BAGI PEMINUM ARAK


Hukuman yang dikenakan bagi peminum arak melibatkan dua hukuman berikut:
Pertama: Hukuman dari sudut perundangan dilaksanakan di dunia, iaitu hukuman hudud.
Kedua: Hukuman dari sudut agama yang dilaksanakan pada hari Kiamat.
Dari sudut agama, hukumnya berdosa. Perlaksanaannya terserah kepada Allah terhadap
hamba-Nya yang sedikit pun tiada kaitan dengan undang-undang dunia. Walau
bagaimanapun, ulama’ sepakat menyatakan bahawa meminum minuman yang memabukkan
dengan sengaja adalah berdosa besar.
Pada hari Kiamat, balasannya amat dahsyat selagi tidak mendapat pengampunan dan
kemaafan daripada Allah SWT:
Ini berdasarkan hadith daripada Jabir RA , sabda Nabi SAW:

‫ر ُق‬,َ ‫ َع‬:‫ال‬, َ ,َ‫ال؟ ق‬,ِ ‫ةُ اخْلَب‬,َ‫ا ِطين‬,,‫ وم‬،‫اهلل‬ ِ ‫ة اخْلَب‬,ِ َ‫ ِقيه ِمن ِطين‬,‫ ِكر أَ ْن يس‬,‫رب الْمس‬,‫ْدا لِمن ي ْش‬
ِ َ ,‫ا رس‬, ‫ ي‬:‫الُوا‬,,َ‫ال ق‬, ِ ‫إ ّن علَى‬
َ َ َ ‫ول‬ َُ َ َ ْ ُ َ ْ َ َ ْ ُ ُ َ َ ْ َ ً ‫ل َعه‬, َّ ‫ج‬,َ ‫ز َو‬,َّ ‫اهلل َع‬ َ
‫ص َارةُ أ َْه ِل النَّا ِر‬
َ ُ‫أ َْه ِل النَّا ِر أ َْو ع‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menjanjikan azab kepada peminum arak dengan minuman
lumpur kebinasaan (‫)طينة الخبال‬. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah lumpur
kebinasaan itu?” Baginda menjawab: “Peluh penghuni neraka atau perahan ahli neraka.”
Riwayat Muslim (2002)
Hukuman peminum minuman yang memabukkan sama ada arak atau yang lainnya adalah
dengan sebatan 40 kali dengan syarat-syarat yang akan dijelaskan. Pemerintah harus
menjalankan hukuman tersebut hingga 80 kali sebatan sebagai tambahan dengan hukum
ta’zir (‫)تعزير‬. Ini berdasarkan hadith daripada Anas RA:
ِ ِ
َ ‫ِّع ِال أ َْربَع‬
‫ني‬ َ ‫ب ىِف اخْلَ ْم ِر بِاجْلَ ِريد َوالن‬
ُ ‫ض ِر‬
ْ َ‫َكا َن ي‬
Maksudnya: “Nabi SAW menyebat peminum arak sebanyak 40 kali sebatan dengan pelepah
tamar dan selipar.”
Riwayat Muslim (1706)
Hadith yang lain, daripada Anas RA:

ِّ ‫َّاس ِم َن‬
ِ ‫الري‬
‫ف‬, ِ ِ ‫د والنِّع‬,ِ ‫د ىِف اخْلَ ْم ِر بِاجْل ِري‬,َ َ‫َن نَىِب َّ اللَّ ِه صلَّى اهلل َعلَي ِه وسلَّم جل‬
َ ‫و بَ ْك ٍر أ َْربَع‬,ُ‫د أَب‬,َ َ‫ال مُثَّ َجل‬, َّ ‫أ‬
ُ ‫ا الن‬,َ‫ر َو َدن‬,ُ ‫ا َن عُ َم‬,‫ َفلَ َّما َك‬.‫ني‬ َ َ َ َ َ ََ ْ ُ َ
‫ فَ َجلَ َد عُ َم ُر مَثَانِني‬:‫ قَ َال‬.‫ود‬ِ ‫ف احْل ُد‬ ٍ ِ
ُ ِّ ‫َخ‬ َ ‫ أََرى أَ ْن جَتْ َعلَ َها َكأ‬:‫ َما َتَر ْو َن ىِف َجْلد اخْلَ ْم ِر؟ َف َق َال َعْب ُد الرَّمْح َ ِن بْ ُن َع ْوف‬:‫َوالْ ُقَرى قَ َال‬
Maksudnya: “Nabi SAW menyebat peminum arak dengan pelepah tamar dan selipar
sebanyak 40 kali. Abu Bakar juga pernah menyebat 40 kali. Pada zaman Umar RA, ramai
orang dari pedalaman dan kampung datang ke Madinah, lalu Umar bertanya kepada para
sahabat, katanya: “Apakah pendapat kamu tentang hukuman sebat atas peminum arak?”
Jawab Abdul Rahman bin ‘Auf: “Aku fikir, kamu menjalankan hukum hudud yang paling
ringan.” Abdul Rahman berkata: “Selepas itu, Umar RA menghukum 80 kali sebatan.” 
Riwayat Muslim (4551)
Tindakan Umar tersebut menunjukkan bahawa sebatan yang melebihi 40 kali adalah ta’zir
dan bukan hudud.
Ini berdasarkan hadith daripada Uthman RA:

‫لَّى‬,‫ص‬ ْ ,‫ال أ َْم ِس‬, ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ‫ف‬


َ ُّ ‫د النَّىِب‬,َ ,َ‫ال َجل‬,
َ َ‫ مُثَّ ق‬.‫ك‬ َ ‫ َو َعل ٌّى َرض َي اهللُ َعْنهُ َيعُ ُّد َحىَّت َبلَ َغ أ َْربَع‬.‫اجل ْدهُ يَا َعْب َد اللَّه بْ َن َج ْع َف ٍر َرض َي اهللُ َعْن ُه َما‬
َ ‫ني َف َق‬ ْ
‫ب إِىَل‬ ِ ِ ِ ِ
ُّ ‫َح‬
َ ‫ني َو ُكلٌّ ُسنَّةٌ َو َه َذا أ‬ َ ‫ني َو َجلَ َد أَبُو بَ ْك ٍر أ َْربَع‬
َ ‫ني َوعُ َم ُر مَثَان‬ َ ‫اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم أ َْربَع‬
Maksudnya: “Uthman RA memerintahkan al-Walid bin Uqbah bin Abu Muait disebat, lalu
dilakukan oleh Abdullah bin Ja’far RA, manakala Ali RA pula mengiranya. Apabila sampai
40 kali sebatan, Ali memberitahu Abdullah supaya berhenti, seraya berkata: “Nabi SAW
menyebat 40 kali, begitu juga Abu Bakar, akan tetapi, Umar RA menyebat 80 kali. Semuanya
adalah sunnah. Namun, hukuman ini yang lebih aku suka.”
Riwayat Muslim (1707)
 
Maksud Ali ialah hukuman 40 kali sebatan sudah memadai kerana kadar itulah yang telah
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Kadar ini lebih selamat dalam pelaksanaan hukum
daripada menambahnya yang ditakuti berlaku zalim. Ulama’ fiqh menyatakan bahawa
hukuman 40 kali sebatan daripada Rasulullah SAW ialah hukuman asas. Adapun tindakan
Umar RA menyebat 80 kali, Ali menjelaskannya seperti berikut:

‫ب َس ِكَر َوإِذَا َس ِكَر َه َذى َوإِذَا َه َذى ا ْفَتَرى‬ ِ ِ


َ ‫ني فَِإنَّهُ إِذَا َش ِر‬
َ ‫َنَرى أَ ْن جَتْل َدهُ مَثَان‬
Maksudnya: “Kami berpendapat, engkau menghukum 80 kali sebatan adalah kerana apabila
seseorang minum arak dia mabuk, ketika mabuk dia merepek, seterusnya berbohong.”
Riwayat Malik dalam al-Muwatta’ (1541)
 Hukuman berbohong menuduh orang lain berzina ialah 80 kali sebatan. Justeru, hukuman
minum arak yang melebihi 40 kali sebatan sebagaimana yang dilaksanakan oleh Umar RA
adalah sebagai ta’zir. Menurut Mazhab al-Syafie, hukuman yang lebih baik setakat 40 kali
sebatan sahaja kerana itulah yang datang daripada Rasulullah SAW.
Ditegah melaksanakan hukuman sebat ketika peminum arak sedang mabuk. Hal ini adalah
kerana hukuman yang dijalankan ketika itu tidak mencapai tujuan pencegahan. Oleh itu,
pelaksanaannya hendaklah ditangguhkan sehingga dia pulih supaya terhasil pencegahan
mengambil arak semula. (Razif, 25 September 2017)
AKTA MINUM ARAK
Berikut dijelaskan berkenaan hukuman yang digunapakai oleh kebanyakan negeri-negeri
berlandaskan kepada Akta atau Enakmen Jenayah Syariah Islam mengikut wilayah atau
negeri masing-masing.
Hukuman dan denda bagi kesalahan meminum arak adalah didenda tidak melebihi RM 3000
atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Mengikut enakmen kesalahan jenayah Syariah (Hudud) Negeri Terengganu 2002, Seksyen 5
menyatakan kesalahan 01 atau 02 dengan sebat tidak kurang daripada 40 sebatan. Kesalahan
03 dengan sebat tidak kurang daripada 40 sebatan dan tidak lebih daripada 80 sebatan.
Kesalahan 04 dan seterusnya dengan sebat tidak kurang daripada 40 sebatan dan tidak lebih
daripada 80 sebatan. Boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang difikirkan patut
oleh mahkamah.
Menurut enakmen kesalahan jenayah Syariah negeri Melaka 1991, Seksyen 50, minuman
yang memabukkan menyatakan mana-mana orang yang minum arak atau sebarang minuman
yang memabukkan adalah merupakan satu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Enakmen kesalahan jenayah Syariah negeri Kedah, Seksyen 25, minuman yang yang
memabukkan menyatakan bahawa peminum arak atau minuman memabukkan dikenakan
denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya. (Izzah, 26 Jun 2015)

HUKUMAN SYARAK, PEMBUNUHAN DENGAN SENGAJA


Jenayah qisas di antaranya mengandungi jenayah pembunuhan sengaja, seumpama sengaja
dan pembunuhan tidak sengaja.
Ketiga- tiga jenis kesalahan mebunuh seperti pembahagian di atas mempunyai peruntukan
pembalasan masing-masing yang sabit menerusi nas al-Quran dan hadis. Pembalasan asal
yang diperuntukkan di dalam jenayah pembunuhan sengaja ialah qisas. Sementara
pembayaran diyat pula menjadi pembalasan asal di dalam jenayah pembunuhan seumpama
sengaja dan tidak sengaja.
Di samping tiga pembalasan bagi bagi tiga kesalahan tersebut, terdapat beberapa pembalasan
lain spseri ta’zir, pembayaran kaffarah dan pengharaman pesalah mewarisi pusaka dan wasiat
mangsa yang dibunuhnya, yang masing-masing sama ada pembalasan ganti, pembalasan
tambahan atau pembalasan pelengkap.
Hukuman mati jelas dinyatakan di dalam al-Quran bagi kesalahan membunuh. Firman Allah
‫ﷻ‬:
‫ ْي ٌء‬G‫ ِه َش‬G‫هُ ِم ْن أَ ِخي‬Gَ‫اأْل ُنثَ ٰى فَ َم ْن ُعفِ َي ل‬Gِ‫ ِد َواأْل ُنثَ ٰى ب‬G‫ ُد بِ ْال َع ْب‬Gْ‫ال ُح ِّر َو ْال َعب‬G
ْ ِ‫رُّ ب‬Gُ‫صاصُ فِي ْالقَ ْتلَى ْالح‬ َ ِ‫ب َعلَ ْي ُك ُم ْالق‬ َ ِ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا ُكت‬
َ
‫﴾ َولَ ُك ْم فِي‬١٧٨﴿ ‫ َذابٌ ألِي ٌم‬Gَ‫هُ ع‬Gَ‫ك فَل‬ ٰ
َ Gِ‫ َد َذل‬Gْ‫د َٰى بَع‬Gَ‫ ةٌ فَ َم ِن ا ْعت‬G‫ف ِّمن َّربِّ ُك ْم َو َرحْ َم‬G‫ي‬ ٌ ِ‫ك ت َْخف‬ ٰ
َ Gِ‫ َذل‬ ‫ُوف َوأَدَا ٌء إِلَ ْي ِه بِإِحْ َسا ٍن‬
ِ ‫ع بِ ْال َم ْعر‬ ٌ ‫فَاتِّبَا‬
ُ َّ
١٧٩﴿ َ‫ب ل َعلك ْم تَتقون‬ ُ َّ َ ْ َ ‫أْل‬ ُ
ِ ‫اص َحيَاة يَا أولِي ا لبَا‬ٌ ْ
ِ ‫ص‬ َ ِ‫﴾الق‬
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman
"Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu:
orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan
perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya
(pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang
baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran
ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari
Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas
(untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  Dan di
dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal
fikiran, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah, 2:178-179)
Imam al-Baiḍawi Raḥimahullāh (w.685H) berkata tentang tafsir ayat ke-179 tersebut:
  “Kalimah al-qisas ditaʿrifkan dan ḥayah dinakirahkan, untuk merujuk kepada  hukum yang
menjamin suatu bentuk kehidupan yang lebih signifikan. Itu kerana seseorang yang ingin
membunuh akan mencegah dirinya daripada membunuh apabila mengetahui hukum tersebut
lalu menjadi sebab terjaminnya dua nyawa di situ (mangsa dan pembunuh). Ini juga kerana
(pada zaman Jahiliyyah) mereka akan membunuh semua orang (yakni kabilah si pembunuh
itu). Dibunuh satu kumpulan atas kesalahan seorang sahaja. Maka ini akan mendatangkan
fitnah kekacauan antara pihak-pihak yang terlibat. Justeru, apabila qisas hanya berlaku
kepada pembunuh sahaja, maka selamatnya orang lain dan inilah sebab bagi keselamatan
nyawa mereka.” (Anwār al-Tanzīl wa Asrār al-Ta’wīl , 1/122) 
Firman Allah ‫ ﷻ‬lagi:
‫ْرف فِّي ْالقَ ْت ِل إِنَّهُ َكانَ َمنصُورًا‬ ْ ‫ق َو َمن قُتِ َل َم‬
ِ ‫ظلُو ًما فَقَ ْد َج َع ْلنَا لِ َولِيِّ ِه س ُْلطَانًا فَاَل يُس‬ ِّ ‫س الَّتِي َح َّر َم هَّللا ُ إِاَّل بِ ْال َح‬
َ ‫َواَل تَ ْقتُلُوا النَّ ْف‬
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan
oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh
secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut
balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana
sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).”
(Surah al-Isra’ : 33)
Berkata Syeikh Muhammad Tahir Ibn Asyur Raḥimahullāh  (w.1393H), salah seorang ahli
tafsir yang terkenal zaman ini, berkenaan ayat ini: “Al-Haqq itu bermakna keadilan, atau
istihqaq (tuntutan haq), yakni hak untuk bunuh (balas)” Ini selari dengan hadis Rasulullah
‫ﷺ‬:
‫ص ُموا ِمنِّي ِد َما َءهُ ْم َوأَ ْم َوالَهُ ْم إِاَّل بِ َحقِّهَا‬
َ ‫إِ َذا قَالُوهَا (أَيْ اَل إِلَهَ ِإاَّل هَّللا ُ) َع‬
Maksudnya: “Jika mereka berkata Lailahaillallah maka darah dan harta mereka
terperlihara dariku, melainkan orang yang berhak ke atasnya.”
Riwayat Muslim (21)
Menurut beliau apabila apabila ayat ini diturunkan sebelum Hijrah, maka penentuan haq itu
telah berlaku dalam bentuk yang diterima dalam kalangan masyarakat berkabilah
ketika itu, dan itulah yang disebut oleh Allah Taala selepas ayat: “dan barangsiapa yang
dibunuh secara zalim..sehingga akhir ayat.” Orang Islam pada waktu turun ayat ini hidup
bercampur dengan orang Musyrikin di Makkah dan orang Musyrikin itu bukannya mereka
yang thiqah (terpercaya) pada melakukan ketaatan dan melaksanakan undang-undang yang
adil. Kadang-kadang berlaku penindasan oleh seorang Musyrik ke atas seorang orang Islam
dengan suatu pembunuhan yang zalim. Lalu Allah memerintahkan kaum Muslimin bahawa
orang yang dizalimi tidak boleh melakukan kezaliman balas dan Allah berfirman bahawa
barangsiapa yang dibunuh secara zalim maka ke atas walinya sultan (kuasa), yakni hak
tasarruf (menguruskan atau menentukan hukuman) ke atas pembunuh dengan balas bunuh
atau diyat (pampasan). (al-Tahrir wa al-Tanwir , 15/92-93).
Ayat ini juga jelas menerangkan bahawa hukuman mati bagi kes bunuh itu bukanlah bersifat
mandatori seperti yang diamalkan hari ini, tetapi bersifat budi bicara pihak waris si
mati. Dalam erti kata lain, meletakkan hukuman mati secara mandatori terhadap
kesalahan membunuh dengan niat adalah bertentangan dengan prinsip keadilan
Syariah yang menjamin hak waris mangsa bunuh selaku pihak yang paling terkesan
dengan pembunuhan yang berlaku. 
Menurut mazhab Syafie yang menjadi mazhab yang utama di Wilayah Persekutuan, dan
mazhab Hanbali, sekiranya seorang Muslim dibunuh maka menjadi hak warisnya untuk
menuntut bunuh balas atau dibayar diyat. Adapun di sisi mazhab Hanafi, jika orang bukan
Islam yang tidak memerangi Islam dibunuh orang Islam, maka ke atas waris mereka hak
qisas dan diyat juga berdasarkan keumuman ayat di atas. Rujuk al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah
al-Kuwaitiyyah (7/136;21/61).
Fakta ini menunjukkan bahawa pelaksanaan diat atau pampasan kepada keluarga mangsa
bagi kes bunuh, atau kes-kes lain melibatkan kecedaraan, memiliki peluang untuk dijalankan
secara unilateral, atau menyeluruh terhadap semua warganegara tanpa mengambilkira
perbezaan agama atau bangsa. Sebenarnya, konsep pembayaran pampasan kepada mangsa ini
sudah ada asasnya di dalam undang-undang jenayah di negara kita, di bawah Seksyen 426
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) yang memperuntukkan kuasa kepada pihak mahkamah,
atas permohonan Pendakwa Raya, untuk mengarahkan pesalah membayar pampasan kepada
mangsa akibat jenayah yang berlaku pada diri mangsa, harta atau pendapatannya.

AKTA MEMBUNUH DENGAN SENGAJA


Mengikut seksyen 299-318, bagi hukuman membunuh dengan sengaja dikenakan
hukuman bunuh atau penjara seumur hidup (Zubaidah, 2014)
Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik gantung. Kesalahan
membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan
bersabit pemilikan senjata api adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada
hukuman gantung sampai mati. 
Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat
perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah
hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh
Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah ini memutuskan
keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan
akan dilakukan dikemukakan kepada Yang Di Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia
Sultan atau Yang Di Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan
yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka
mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung
sampai mati kepada pesalah.
Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang
dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Pengalaman Penjara Taiping, di dapati
purata seseorang itu menjalani hukuman mati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah
tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa
antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan.
Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman telah
ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara terlibat akan menunggu arahan untuk
menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah,
pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung berasaskan
5 fasa tindakan.
Pengampunan adalah suatu bidang kuasa yang terletak dibawah Raja atau Yang di-Pertua
Negeri (Gabenor) negeri di mana jenayah itu dilakukan, ATAU Yang di-Pertuan
Agong boleh bertindak mengampunkan penjenayah jika jenayah itu dilakukan di Wilayah
Persekutuan atau apabila melibatkan ahli-ahli angkatan tentera. Hukuman mati di Malaysia
dijalankan atas konsep gantung sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 281 Kanun
Tatacara Jenayah. Wanita hamil dan kanak-kanak tidak boleh dihukum mati. Terdapat dua
jenis hukuman gantung iaitu Hukuman gantung dan Hukuman gantung sehingga mati

RUJUKAN (ARAK)
1. Dr. Haji Mat Saad Abdul Rahman. 2006. Pembalasan Kesalahan Jenayah dalam
Masyarakat Majmuk. Selangor: Intel Multimedia and Publicatian
2.  Abi Sa’id Abdullah bin Umar bin Muhammad Asy-Syairazi al-Baidhawi. 1286.
Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil. Beirut: Darul Kitab Al-‘Alamiah, Daarun Saadar
3. Muhammad al-Thahir bin Muhammad. 1973. al-Tahrir wa al-Tanwir. Tunisia: Dar
At-Tunisiyah
4. ‫ كويت‬:‫ وزارة األوقاف والشئون‬.‫ املوسوعة الفقهية الكويتية‬.۱۹۸۳ .‫ اإلسالمية‬,‫وزارة األوقاف والشئون‬

Anda mungkin juga menyukai