SDSFSFSFDF
SDSFSFSFDF
1. Pengenalan.
Karnival Permainan Tradisional merupakan program yang sangat penting dan menjadi
pelengkap kepada Modul PJM 3112 bagi guru-guru yang mengambil Major Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Melaluinya, para peserta memperoleh banyak manfaat dan impak
positif khususnya dapat mempelajari, menghayati, dan menghargai permainan tradisional
yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Justeru, untuk memastikan warisan nenek
moyang kita ini terus hidup di dalam arus pendidikan, maka tepatlah pihak Bahagian
Pendidikan Guru menyelitkan unsur permainan tradisional ini di dalam kurikulum Program
Pensiswazahan Guru.
2. Sebelum Program.
Apabila dimaklumkan oleh Pensyarah Tn Haji Mohamad Yunus bin Ibrahim tentang
pelaksanaan program ini, saya secara tidak langsung cuba mengimbas kembali kenangan
sewaktu berada di alam kanak-kanak. Masih segar di ingatan saya, ketika itu kami pernah
bermain dengan permainan seperti ‘Bola Awal’, ‘Galah Panjang’ atau Gelap-Cerah’, ‘Bola
Kaki Tiga’, ‘Baling Tin’ dan sebagainya. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah
dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki mengendalikan satu jenis
1
REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
ZUKINI B ABDULLAH (7107060351810) PJM A
Tepat jam 8.00 pagi pada tanggal 11 Oktober 2013, kami telah berkumpul di padang
IPG KDRI. Program dimulakan dengan taklimat oleh Tn Haji Mohamad Yunus bin Ibrahim
tentang perjalanan karnival pada pagi ini. Semasa taklimat tersebut, kami turut diperkenalkan
dengan pegawai pemantau iaitu Tn Haji Ahmad Yaakob bin Mohamad dari IPG Kampus
Sultan Mizan, Besut. Kami diberi masa setengah jam untuk membuat persiapan yang
melibatkan gelanggang, alatan, hiasan, paparan cara permainan dijalankan serta perkara-
perakara yang difikirkan perlu mengikut stesen yang telah ditetapkan. Kami bekerja secara
aktif dalam kumpulan masing-,masing dengan membuat segala persiapan yang diperlukan.
Antara permainan yang akan dijalankan dalam karnival ini ialah ‘Sepak Raga Bulatan’ diikuti
dengan ‘Galah Panjang’, ‘Bola Kaki Tiga’ dan ‘Batu Seremban’.
` Permainan ini dikendalikan oleh Kumpulan yang pertama yang terdiri daripada Khairul
Anuar, Khadim, Nik Haripin da dan memerlukan Samsul. Permainan ini agak menarik dan
memerlukan ketangkasan setiap pemain. Terdapat sedikit kekeliruan kerana peraturan
permainan ini telah diubahsuai daripada peraturan yang biasa diamalkan. Terdapat beberapa
teguran daripada Tn Haji Mohamad Yunus bin Ibrahim dan pensayarah pemantau seperti
kedudukan pemain pertahanan yang pertama sepatutnya berada di garisan menegak dan
bukannya garisan melintang. Kami turut disarankan agar permainan ini disuburkan kembali di
sekolah kerana boleh menarik minat murid.
2
REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
ZUKINI B ABDULLAH (7107060351810) PJM A
Permainan ini dikendalikan oleh kumpulan saya yang terdiri daripada Ahmad Anuar,
Kamaruzaman dan Badrulsham. Saya diberi mandat untuk menerangkan cara permainan ini
serta undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi. Kami telah membuat sedikit
modifikasi daripada permainan asal iaitu pemain penyerang tidak boleh membaling bola
sebaliknya hanya menggolek bola menuju kaki tiga. Selain itu kami juga membuat
penambahbaikan dengan memperkenalkan kawasan kurungan bagi pemain yang telah mati.
Idea ini mendapat pujian daripada pensyarah pemantau kerana mumudahkan kawalan
permainan. Semua pemain melibatkan diri secara aktif kerana sebahagian besar peserta
mempunyai pengalaman sedia ada dalam permainan ini. Walau bagaimanapun, saya tetap
diberi teguran oleh Tn. Haji Mohamad Yunus agar tidak mengambil masa yang panjang untuk
memberi taklimat tentang permainan ini.
d. Batu Seremban
Permainan ini dikendalikan oleh kumpulan 4 yang terdiri daripada Aini Liza, Suriyani,
Khalid dan Wan Said. Saya berpandangan permainan ini kurang diminati oleh golongan lelaki
kerana tidak melibatkan pergerakan yang aktif. Suriyani yang mengambil tanggunjawab
memberi penerangan tentang permainan ini telah mengambil masa yang agak panjang. Saya
3
REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
ZUKINI B ABDULLAH (7107060351810) PJM A
kira penerangan yang dibuat seharusnya lebih bersifat objektif dan berfokus kepada aspek
yang perlu sahaja. Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada kumpulan ini kerana
kreatif dalam aspek hiasan. Secara jujurnya saya memperoleh banyak maklumat kerana tidak
pernah bermain batu seremban sebelum ini. Kami turut dimaklumkan oleh pensyarah
pemantau bahawa permainan ini mempunyai banyak versi bahkan ada golongan yang
memainkan permainan ini sehingga buah sembilan.
e. Wau
Kemuncak kepada karnival ini ialah permainan wau. Selepas solat Jumaat, kami
berkumpul di astaka IPG bagi sama-sama membina wau bermula proses mencantumkan
rangka, menampal kertas wau, mengikat teraju dan seterusnya menaikkan wau. Sebanyak 5
buah wau berjaya dibina namun hanya 3 buah wau yang berjaya dinaikkan. Walau
bagaimanapun, sebuah wau telah jatuh di kawasan MRSM kerana talinya terputus. Situasi ini
berlaku dipercayai beberapa faktor iaitu keadaan angin yang terlalu kuat dan kualiti tali yang
kurang memuaskan kerana telah lama digunakan. Kami berasa sangat seronok melihat wau
berlenggang-lenggok di ruang udara. Lebih kurang 45 minit berada di ruang udara, kami
menurunkan semua wau tersebut setelah diarah oleh Tn. Haji Mohamad Yunus.
4. Selepas Karnival.
Walaupun penat, kami merasa sangat seronok mengendalikan karnival pada kali ini.
Kerjasama dan komitmen para peserta mampu bertahan ke akhir program. Kami saling
bekerjasama mengemas dan menyimpan barang-barang yang dibawa. Sebelum bersurai, Tn
Haji Mohamd Yunus bin Ibrahim melahirkan rasa gembira dan bangga dengan kerjasama,
komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta.
5. Kekuatan
a. Program ini dibimbing oleh pensyarah yang cukup berpengalaman dan komited
dengan tanggungjawab.
4
REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
ZUKINI B ABDULLAH (7107060351810) PJM A
b. Peserta memahami tujuan program ini dan memberikan kerjasama yang baik
serta memainkan peranan masing-masing.
c. Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pensyarah dan
peserta.
d. Program ini dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan
para peserta.
e. Program ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada para peserta
untuk diaplikasikan dalam Pendidikan Jasmani di sekolah.
6. Kelemahan
Program ini telah dirancang penuh rapi dan sistematik. Walau bagaimanapun, apabila tiba
peringkat perlaksaannya pasti terdapat kelemahan dan kekurangan. Berikut adalah beberapa
kelemahan yang dapat saya nyatakan berdasarkan pemerhatian saya.
a. Terdapat peserta yang mengambil sikap sambil lewa atau kurang peka dengan
taklimat yang disampaikan oleh rakan peserta.
b. Ahli dalam kumpulan tinggal di lokasi yang berjauhan menyebabkan ruang
perbincangan agak terbatas dan boleh menjejaskan perancangan karnival ini.
7. Cadangan Penambahbaikan
8. Kesimpulan
Pada pandangan saya refleksi adalah pengakuan secara jujur dengan membuat
renungan, muhasabah dan menganalisis apa yang telah dialami oleh seseorang individu.
Refleksi penting bagi mengenalpasti kekuatan dan kekurangan sesuatu program dengan
harapan kekuatan yang ada dapat dimurnikan lagi manakala kelemahan yang berlaku tidak
diulangi sebaliknya cuba diperbaiki pada masa akan datang. Terima kasih sekalung budi
kepada pensyarah penasihat Tn. Haji Mohamad Yunus bin Ibrahim dan Tn Haji Ahmad
Yaakob di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar serta teguran membina kepada kami dalam
5
REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
ZUKINI B ABDULLAH (7107060351810) PJM A
menjayakan karnival ini. Dengan kata-kata tersebut saya akhiri bicara refleksi ini dengan
penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T.