Anda di halaman 1dari 2

Strategi Pemasaran 4P (De’luscious Cafe)

1. Produk
 Memastikan keenakan dan kelembutan tekstur kek sentiasa dalam tahap yang
memuaskan hati pelanggan.
 Mempelbagaikan pilihan pelanggan dengan mempelbagaikan perisa, jenis dan rupa
bentuk kek bagi menarik perhatian pelanggan.
 Menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi bagi meningkatkan kadar kualiti
produk.
 Meningkatkan R & D syarikat bagi menambah lagi resepi kek untuk dipasarkan.
 Memastikan kesegaran produk terjamin.

2. Tempat
 Lokasi yang strategik iaitu tempat yang selalu dikunjungi oleh ramai orang.
 Memperluaskan pasaran dan perkhidmatan yang disediakan ke tempat-tempat yang
menjadi tumpuan ramai seperti karnival atau expo keusahawanan.
 Membuka kedai di tempat yang sesuai dan mudah untuk dikunjung oleh pelanggan.
 Mengamalkan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
 Tempahan dan jualan secara atas talian. Perkhidmatan penghantaran boleh disediakan.
3. Promosi
 Menawarkan pakej-pakej atau pek yang menarik dan istimewa.
 Memberikan tawaran dan potongan harga promosi menjelang hari-hari perayaan.
 Meletakkan harga pengenalan bagi perisa kek yang baru dipasarkan.
 Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan. Strategi promosi secara
tidak langsung iaitu konsep “Pelanggan Akan Membawa Pelanggan”.
 Menyediakan pakej pelanggan ulangan. Pelanggan yang pernah melanggan akan
diberikan potongan harga pada perkhidmatan akan datang.
 Mempromosikan produk melalui media sosial, contohnya WhatsApp, Facebook,
Instagram dan sebagainya.
 Menyediakan flyer dan banner.
 Membuat pengiklanan produk dengan mengedarkan pamphlet dan brochure kepada
pelanggan.

4. Harga
 Memberikan harga potongan menjelang hari-hari perayaan atau semasa pembukaan
pertama kedai.
 Meletakkan harga yang perpatutan dan sesuai dengan kualiti kek.
 Memberikan harga pengenalan yang jauh lebih murah berbanding harga biasa bagi
resepi kek yang baru.
 Menetapkan harga yang berpatutan dan sesuai pada setiap produk.

Anda mungkin juga menyukai