Anda di halaman 1dari 8

SJK ( T ) SENTUL, KL

LANGKAH DEMI LANGKAH GOOGLE CLASSROOM


PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Google Classroom menjadi semakin mudah dengan adanya beberapa fitur


istimewa yang bersesuaian dengan keperluan Pembelajaran Abad Ke 21.

Pelantar Pembelajaran Digital KPM ini juga memangkin komunikasi berkesan antara
guru dan murid kerana mengutamakan pengajaran dan pembelajaran terbeza
serta pembelajaran berbalik.

A: Daftar Kelas
1. Taip https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login

2. Log masuk dengan ID akaun Portal DL KPM anda.


3. Cari Google Classroom Apps di sebelah kanan.
4. Klik pada simbol +.
5. Pilih Create class.
6. Namakan kelas anda.
7. Pilih create dan tunggu sebentar sehingga kelas anda didaftarkan.

B: UBAHSUAI KELAS
1. Lihat kelas anda.
2. Ubahsuai tema mengikut pilihan yang ada.
3. Pastikan kod kelas ada tertera.
C: DAFTAR MURID
1. Murid layari https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
2. Log masuk dengan ID akaun Portal DL KPM.
3. Cari Google Classroom Apps di sebelah kanan.
4. Murid klik pada Join Class.
5. Murid masukkan kod kelas.
6. Guru paparkan kod kelas kepada murid.
7. Guru menyemak nama murid di bahagian tab 'People'.
8. Guru juga boleh mendaftarkan murid dengan butang 'Add Students' dengan
memasukkan alamat email murid.

D: MEMBERI TUGASAN
1. Klik pada bahagian 'tab' 'Classwork'.
2. Pilih 'Assignment'.
3. Namakan tugasan, taipkan arahan, masukkan sebarang pautan atau bahan
tambahan.
4. Kemudian pilih kepada siapa tugasan ini diberikan.
5. Setkan tempoh masa dan tarikh akhir.
6. Klik 'Assign'.
7. Lihat tugasan.
8. Lihat kalendar dan senarai tugasan murid dalam folder Google Drive.

E: MEMBERI TUGASAN DENGAN SATU TEMPLATE SERAGAM


1. Klik pada 'tab' 'Classwork'.
2. Klik pada 'Create' dan pilih 'Assignment'.
3. Taipkan nama tugasan, maklumat lanjut.
4. Buka 'tab' baru pada pelayar internet anda.
5. Taipkan docs.google.com.
6. Pastikan anda log masuk dengan akaun gmail yang sama.
7. Pilih atau hasilkan dokumen baru beserta soalan.
8. Kembali kepada 'pop up' tugasan itu tadi.
9. Tetapkan untuk 'Make a copy for each student'.
10. Klik 'Assign'.
F: PENANDAAN

Menanda menerusi laman web

1. Buka tugasan.
2. Lihat senarai 'Assigned' (sudah diberikan).
3. 'Turned In' (sudah menghantar) dan 'Graded' (sudah ditanda dan diberi markah).
4. Pilih seorang murid
5. Klik dan lihat kertas jawapannnya.
6. Guru berikan komen dan markah.
7. 'Return' (pulangkan).
8. Semak skrip jawapan murid yang lain pula.
9. Berikan markah dan komen jika perlu.
10. Kembali kepada muka asal tugasan, semak bilangan dan kumpulan 'Assigned',
'Turned In' dan 'Graded'.

Menanda menerusi aplikasi telefon pintar / tablet

1. Buka tugasan.
2. Lihat senarai 'Assigned' (sudah diberikan).
3. 'Turned In' (sudah menghantar) dan 'Graded' (sudah ditanda dan diberi markah).
4. Pilih seorang murid
5. Klik dan lihat kertas jawapannnya.
6. 'Tap' (sentuh) pada ikon pen.
7. Mula menanda dengan pen stylus atau jari.
8. Sentuh pada 'Save'.
9. Berikan markah dan tinggalkan komen.
10. Sentuh pada 'Return'.
11. Tugasan yang sudah ditanda dikembalikan kepada murid dalam bentuk .pdf dan
bertajuk Edited.
G: REKOD MURID
1. Klik pada 'tab' 'People'.
2. Pilih mana-mana murid.
3. Lihat rekod tugasan yang pernah diberikan kepada murid.
4. Gunakan filter untuk memudahkan rekod tugasan murid.

H: BAHAN RUJUKAN
1. Klik pada 'tab' 'Classwork'.
2. Klik pada butang 'Create'.
3. Pilih 'Material'.
4. Berikan tajuk, maklumat
5. Kemudian klik 'Post'.

I: e-PENTAKSIRAN BILIK DARJAH ( e-PBD )


1. Klik pada 'tab' 'Grades'.
2. Lihat rekod markah murid secara melintang.

J: PENGAJARAN BERSAMA ( e-PLC )


1. Klik pada 'tab' 'People'.
2. Pada bahagian 'Teachers', klik pada ikon orang.
3. Masukkan email guru tambahan.
4. Guru tambahan tersebut akan menerima email jemputan.

K: GUNA SEMULA HANTARAN (REUSE POST)


1. Pada 'tab' 'Stream', cari ikon 'recycle'.
2. Klik dan pilih mana-mana hantaran (post) walaupun daripada kelas
berlainan.
3. Klik 'Post'.
L: PEMBELAJARAN TERBEZA ( pemulihan, pengukuhan & pengayaan )
1. 1.Klik pada 'tab' 'Classwork'.
2. Klik pada butang 'Create'. Pilih 'Assignment'.
3. Taipkan tajuk dan deskripsi tugasan. Pilih murid yang difikirkan akan
menerima tugasan ini atas dasar tahap keupayaan pembelajaran terbeza.
4. Klik 'Post'.

M: DIARI GURU
1. Klik pada palang menu (Menu Bar).
2. Klik pada bahagian 'Teaching', 'To-Do'.
3. 'To-review' (untuk ditanda)

4. 'Reviewed' (sudah ditanda sepenuhnya).

N: DIARI MURID
1. Klik pada palang menu (Menu Bar).
2. Klik pada bahagian 'Enrolled' dan 'To-Do'.
3. Lihat Bahagian 'To-do' dan 'Done'.

O: PEMILIHAN MURID ( ANDROID )


1. Lancarkan aplikasi Google Classroom dalam telefon pintar, tablet atau
chromebook anda.
2. Pilih kelas yang berkenaan.
3. Klik bahagian 'tab' 'People'.
4. Cari ikon 'Students Selector'. Sentuh (tap).
5. Klik butang 'Next'.
6. Klik pada butang-butang yang berkaitan.
KELEBIHAN
GOOGLE CLASSROOM
PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL

Mudah buat kelas


Wujudkan seberapa banyak kelas dengan pelbagai tetapan gambar, nama dan
pelbagai lagi.

Mudah menyimpan senarai murid


Mungkin ada tak ingat nama-nama murid, nak lihat profail murid. Google classroom
ada menyimpan rekod ini.

Mudah buat tugasan


Dengan tugasan menggunakan Google Docs, guru dapat membina satu templat
dengan jawapan murid secara indvidu.

Mudah buat penilaian


Guru boleh memberikan markah dengan mudah untuk setiap tuagsan murid.

Mudah buat pentaksiran


Dengan beberapa tugasan yang diberikan dan disudahkan oleh murid, guru
mudah membuat pentaksiran kerana ada pengredan dan rekod tersusun.

Mudah buat kolaborasi guru


Guru-guru boleh berkolaborasi untuk mengajar sesuatu kelas dan begitu juga
dalam pindah milik kelas.

Mudah disemak guru besar


Dengan adanya akses guru besar bersama guru kelas & guru mp bagi setiap kelas,
maka guru besar dapat menyelia perjalanan, tugasan dan komunikasi setiap kelas
di sekolah.
Mudah memberi perhatian khusus
Setiap murid adalah unik. Dengan Google Classroom, guru boleh menghantar
mesej secara peribadi kepada mana-mana murid. Hal ini sangat membantu guru
dalam memberikan perhatian khusus kepada murid-murid tertentu. Setiap murid
juga ada senarai semua tugasan dan rekod markah.

Mudah memberi maklumbalas


Setiap tugasan ada ruang maklumbalas guru. Dengan itu, murid dapat mengetahui
perkara yang mereka perlu baiki.

Mudah buat pengumuman


Pada bahagian Class Stream, guru boleh membuat sebarang pengumuman sama
seperti News Feed dalam Facebook.

Mudah menyimpan bahan


Google Classroom menyusun lebih baik dari segi direktori bahan PdPc di bahagian
Materials.

Mudah menyemak kalendar


Murid boleh semak kalendar untuk melihat tarikh tamat tugasan, aktiviti dan
membina sendiri perancangan mereka.

Mudah memilih murid


Guru hanya perlu pergi ke bahagian Selector, guru boleh memilih murid secara
rawak bagi tujuan penilaian atau pengundian.

Mudah membuat pembelajaran terbeza


Guru boleh memberikan tugasan berlainan untuk murid yang berlainan. Hal ini
sangat membantu pembelajaran terbeza.
Mudah mendapatkan notifikasi
Sebarang pengumuman dan tugasan akan masuk dalam bentuk notifikasi di
telefon pintar dan juga email murid. Dengan itu murid tidak ketinggalan, Malah
murid juga boleh buka Google Classroom dan rujuk di bahagian notifikasi.

Mudah mengitar semula hantaran


Sebarang hantaran pengumuman atau tugasan boleh diguna semula malah untuk
kelas yang berlainan.

Mudah membuat Pop Quiz


Guru boleh membuat kuiz ringkas yang boleh dijawab terus oleh murid.

Mudah dijalinkan dengan aplikasi-aplikasi kuiz popular


Aplikasi kuiz seperti Kahoot dan Quizizz mudah dijalinkan bersama dengan Google
Classroom. Markah akan terus direkodkan bersama profil murid.

Mudah membuat perbincangan umum


Guru boleh bertanyakan pendapat dan mendapatkan respon murid.

Mudah diakses di mana-mana sahaja


Google Classroom boleh diakses di semua peranti yang mempunyai pelayar
internet.

Disediakan oleh:

ESWARAN SELVADURAI
SJK ( T ) SENTUL, KL
ADMIN PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL KPM
g-77416151@moe-dl.edu.my

Anda mungkin juga menyukai