Anda di halaman 1dari 1

ARNAB YANG PEMALAS

Selamat pagi dan Salam Sejahtera saya ucapkan. Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan
rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Arnab
yang pemalas”.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai.
Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama.

Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba
musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.”

“Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab.

Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah
pokok. Mereka basah dan kesejukan.

”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata
awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik
kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai.

“Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita
pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya
itu.

Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat
berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang.”
Tetapi Arnab yang pemalas itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya.

Pada keesokan harinya, tupai pun membuat sarang di atas pokok apabila melihat arnab
tidak menghiraukan kata-katanya. Arnab hanya merehatkan diri.

Tiba-tiba angin bertiup kencang lalu hujan mula turun dengan lebat. Tupai terus kembali
ke sarangnya tetapi arnab kebasahan kerana tidak dapat naik ke atas pokok. Arnab berasa
menyesal kerana tidak mendengar kata kawan-kawannya.

Setelah hujan reda, arnab pun membuat sarang dengan bantuan tupai. Arnab berterima
kasih kepada tupai. Akhirnya mereka mempunyai sarang untuk berteduh.

Jadi rakan-rakan, pengajaran cerita ini ialah kita janganlah bersikap malas kerana ia
akan merugikan kita. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai