Anda di halaman 1dari 14

Pemahaman Teks

Praktis PT3 Pantun Dua Kerat (Nasihat)


Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Berapa jauh wujud dengan sifat,


  Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,


  Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa,


  Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas, perak, tembaga, suasa,


  Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul,


  Satu memegang satu memikul.

(Dipetik daripada antologi


Kuingin Berterima Kasih, halaman 5)

(i) Berikan maksud rangkap kedua Pantun Dua Kerat (Nasihat).

(ii) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam pantun tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah hidup bekerjasama? KBAT

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

Praktis PT3 Syair Pohon Buluh


Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Menara tinggi banyak bertingkat,


Di sana tiada bilik bersekat,
Tiada bertangga naik melekat,
Mata mata menjaga segenap pangkat.

Yang ada sedia panji-panji bendera,


Hingga sampai ke kemuncak menara,
Banyak ada ia bersaudara,
Yang ada pula bersama gara.

Selalu dipandang dilihat adanya,


Tinggi rendah dijerat pangkatnya,
Besar kecil ikat binanya,
Terlalu kuat pula asasnya.

Ikatnya licin di luar di dalam,


Gelapnya di dalam seperti malam,
Air tak tiris seperti kolam,
Ikat tingkatnya tak nampak alam.

(Dipetik daripada antologi


Kuingin Berterima Kasih, halaman 6)

(i) Berdasarkan rangkap ketiga Syair Pohon Buluh, nyatakan cara-cara memupuk semangat perpaduan
dalam sesebuah masyarakat?

(ii) Nyatakan tiga ciri syair berdasarkan syair tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah akibat jika sesebuah masyarakat itu tidak mengamalkan nilai hidup
bermasyarakat? KBAT

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2


Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

Praktis PT3 Kita Umpama Sehelai Daun


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

kita umpama sehelai daun kita umpama sehelai daun


bertunas segar dihujung ranting bakal kering sampai waktunya
lalu melebar dan merimbun usahlah angkuh keupayaan diri
tempat bercanda unggas meriang sehingga lupa makhluk duafa
di bawah redup bebayang mentari ingin bernaung mencari hidup

andai kikir jasa dan bakti jadilah sehelai daun


di mana lagi tempat bernaung hijau menunas menyegar mata
dari tusukan bahang memijar kering gugur menjadi baja
unggar kecil tidak berkudrat

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 11)

(i) Berdasarkan rangkap pertama sajak Kita Umpama Sehelai Daun, nyatakan pendapat pengarang
tentang manusia.

(ii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dituntut mengamalkan akhlak yang terpuji dalam
kehidupan seharian? KBAT

3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

Praktis PT3 Kuingin Berterima Kasih


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Sesekali kuingin berterima kasih Sesekali kuingin kalungkan kagum


kepadamu hujan bagai tetamu kepadamu pejuang negara
jiwa pun menjadi dingin kerana tanganmu pernah berdarah
api amarah menjadi terpadam. darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya.
Sesekali kuingin menyemai budi
kepadamu tanah yang hidup Sesekali kuingin pula menjadi bunga
kerana perutmu setia menghamilkan menebarkan keharuman
rezeki buat petani. di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
Sesekali kuingin berbisik kepadamu kepada kangkuhan perang.
ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera Alangkah indahnya dunia
kerana sudi membebaskan cerita andai semua merenung
nelayan tua di pondoknya. kekosongan hidup ini.

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 12)

(i) Berdasarkan sajak Kuingin Berterima Kasih, mengapakah penyajak ingin berterima kasih kepada
hujan, tanah dan ikan?

(ii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai jati diri? KBAT

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4


Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

Praktis PT3 Aku


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Tidak ada manusia lain Tidak terasa olehku


di pantai ini sentuhan angin ini
kecuali diriku. bertiup di mana-mana.

Kususur pasir panjang Bahkan aku tidak tahu


sambil kubayangkan kulit kerang dan ru
aku ini Adam. pernah wujud di sini.

Hari inilah aku tercipta Tuhan


dan pertama kali melihat aku percaya Kau Pencipta
laut, langit, dan pohon. kerana aku baru ada.

Kelmarin aku belum ada


tidak terdengar olehku (Dipetik daripada antologi
bunyi ombak itu. Kuingin Berterima Kasih, halaman 13)

(i) Berdasarkan sajak Aku, apakah yang dilihat oleh penyajak di pantai itu?

(ii) Nyatakan tema dan dua persoalan sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran laut? KBAT

5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

Praktis PT3 Kunci Bahasa


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah.
Bahasa berbuah
tidak kering bahasa diperah.
Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah.
Bahasa berwasilah
tidak putus jambatan ukhuwah.
Bahasa berbudi sudah
tidak lokek pada ummah.
Bahasa begitu indah
tidak habis berbahasa bermadah.

(Dipetik daripada antologi


Kuingin Berterima Kasih, halaman 15)

(i) Berdasarkan rangkap ketiga, keempat, dan kelima sajak Kunci Bahasa, apakah ciri-ciri bahasa yang
dinyatakan oleh penyajak?

(ii) Nyatakan dua gaya bahasa sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa? KBAT

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6


Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

Praktis PT3 Asal Padi


Baca prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Berkata lagi tuannya, “Jikalau demikian, pergilah engkau bersama-sama dengan Si Tekuri.
Jikalau nanti ternyata bahawa di bumi ada padi, maka Si Tekuri akan membunuhmu. Akan tetapi
sebaliknya jikalau di bumi masih belum ada padi, maka engkaulah yang membunuh Si Tekuri.”

Setelah orang kayangan itu berkata demikian, maka berangkatlah Si Tekuri bersama-sama
dengan burung pipit itu untuk melihat apakah ada padi yang tumbuh di bumi? Mereka pun
sampailah di bumi dan ternyata bahawa laporan Si Burung Pipit itu tidak benar. Ternyata bahawa
di bumi banyak padi yang tumbuh, bahkan sedang berbuah. Mereka bertengkar, lalu berlagalah
burung tekuri dan burung pipit itu. Burung pipit itu kalah, kerana memang ia ada di pihak yang
salah. Kerongkongnya disepit keras-keras, hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya.
Itulah mula sebabnya tembolok burung pipit itu ada di bahagian tengkuknya. Demikianlah cerita
asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi kita ini.

(Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi,


antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 27 – 28)

(i) Mengapakah Si Tekuri turun ke bumi?

(ii) Nyatakan dua latar tempat dan contoh peristiwa yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah membaca cerita asal usul? KBAT

7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

Praktis PT3 Oren


Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Sekarang dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan janjinya kepada
dirinya dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Oren
seperti anaknya sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus kesalahan dirinya yang mengakibatkan
Oren kehilangan ibunya. Segala egonya dahulu yang tidak membenarkan anak-anaknya memelihara
kucing telah dipadamkan. Sebaliknya, dia yang membawa Oren pulang ke rumah.

Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu
sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu
mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu
untuk menjadi teman Oren bermain.

Pada mulanya, dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah dia
melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering menarik perhatian,
mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin
tersisih.
(Dipetik daripada cerpen Oren,
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 37)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah ayah sekeluarga menyayangi Kelabu lebih
daripada Oren?

(ii) Nyatakan dua perwatakan ayah berdasarkan petikan di atas.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah memelihara binatang kesayangan? KBAT

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8


Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

Praktis PT3 Hadiah (... atas kejayaan para guru menghasilkan Aku)
Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

“Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja,”


“Tak apa, akan saya belikan juga hadiah yang menarik.”
Namun, sampai kini Azizah tidak tahu hadiah apa yang boleh dibelinya. Fikirannya buntu.
Perasaannya menjadi hiba apabila memikirkan rakan-rakannya yang telah siap dengan hadiah
masing-masing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan kerisauannya lagi ialah Sambutan Hari
Guru semakin hampir.
Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi ke
Universiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul di dalam
tabungnya. Wang yang ada belum cukup dua ringgit. Azizah selalu menggunakan wang tabungnya
untuk pelbagai belanja. Ini menyebabkan wang tabungnya tidak bertambah.
Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa? Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya
dua ringgit lapan puluh sen. Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kecil itu di pekan
sewaktu dia keluar ke pasar malam minggu lalu. Untuk beli yang paling murah, Azizah berasa
malu, takut diejek oleh Hamidah nanti.
“Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber, lagipun majalah juga mahal.
Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya?” fikir Azizah.

(Dipetik daripada cerpen Hadiah…(atas kejayaan para guru menghasilkan Aku),


antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 46)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Azizah sangat risau?

(ii) Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang murid itu dapat mengambil hati guru? KBAT

9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

Praktis PT3 Kuih Bakul Limau Mandarin


Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

“Dia anak kita,” Sim Pau membalas.


“Dia bukan anak aku,” Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia
menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-
sama dengan Sim Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola
matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya.
Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.
Sedikit pun air mata itu tidak dapat menyejukkan hati Lim Pooi. Lim Pooi memang berhati kering.
Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah.
“Anak aku dah meninggal dunia.” Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nada
sebu menyerbu hatinya. Sim Pau dapat merasainya.
“Sejak dia lahir, semuanya jadi haru-biru. Perniagaan aku lingkup. Banyak kecurian yang
berlaku. Hidup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal dunia.” Walau apa-apa
pun, Lim Pooi tetap menyalahkan Lim Meng.

(Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin,


antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 55 – 56)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Lim Pooi tidak mengaku Lim Meng itu anaknya?

(ii) Nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif mempercayai tilikan? KBAT

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10


Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

Praktis PT3 Hadiah


Baca drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

HAYATI: (Bersalaman dengan ibu dan datuknya) Apa khabar, mak? Apa khabar, tuk? Ada mak terima
surat Yati?
FAUZIAH: Ada, Yati. Sudahkah kamu memberitahu guru asrama bahawa kamu hendak balik
hari ini?
HAYATI: Sudah, mak. Yati sudah memberitahunya dan Yati telah menceritakan segala-galanya.
PAK MAIL: Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak, susah pula
orang di sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu bimbang. Datuk akan ikhtiarkan.
HAYATI: Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk?
PAK MAIL: Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pada pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk Penghulu.
Tuk terangkan masalah kita.
HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk
menolong Yati.
PAK MAIL: Bagulah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita.
FAUZIAH: Pergilah masuk, Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada di dapur.
HAYATI: Mak dan datuk sudah makan?
FAUZIAH: Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akan
makan kemudian.

(Dipetik daripada drama Hadiah,


antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 70 – 71)

(i) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk meneruskan
persekolahan Hayati?

(ii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan tinggal di asrama? KBAT

11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

Praktis PT3 Novel


Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia


(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Sejambak Bakti karya Rejab F.I

1. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tema dan contoh-contoh peristiwa yang
menunjukkan tema novel tersebut.

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tiga persoalan dan contoh-contoh yang
sesuai bagi setiap persoalan tersebut.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12


Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

3. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga contoh peristiwa yang menggambarkan
sifat yang terdapat dalam diri watak utama.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, pilih satu watak sampingan dalam novel tersebut
dan huraikan tiga perwatakannya.

13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

5. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut. Berikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar masyarakat tersebut.

6. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar tempat berserta peristiwa yang berlaku di
situ.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14

Anda mungkin juga menyukai