Anda di halaman 1dari 2

Kesan buruk kepada rakyat dan negara:

1.Ekonomi negara merosot


-Sektor pelancongan, perniagaan serta produktiviti organisasi menunjukkan penurunan yang
ketara kerana orang ramai tidak lagi pergi melancong, mengurangkan urusan jual beli di
tempat awam serta tenaga kerja yang terpaksa menjalani kuarantin merupakan penyebab
kepada masalah ini
2.Taraf hidup masyarakat menurun
-Terdapat banyak orang yang ditawarkan cuti tanpa gaji serta ada juga yang hilang pekerjaan
ekoran wabak ini
-Rakyat yang hilang sumber pendapatan menyebabkan mereka menjadi stress kerana sukar
untuk meneruskan kehidupan dengan keadaannya yang tiada pendapatan selama beberapa
bulan
3.Gejala social meningkat
-Terdapat banyak orang yang hilangkan pekerjaannya , sebahagian yang hilang sumber
pendapatan terpaksa melakukan jenayah seperti rompakan, penipuan dan sebagainya
4.Pendapatan negara berkurang
-Kerajaan terpaksa memperbanyakkan subsidi yang diberi kepada rakyat yang hilang sumber
pendapatan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan
-Kos yang diperlukan dalam mencegah covid-19 adalah sangat tinggi kerana kerajaan perlu
menyediakan banyak kemudahan yang dapat merawati covid-19
Langkah pencegahan kepada penyakit:
1.Melakukan Saringan
-Rakyat perlulah datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan
tanpa perlu dicari
- Mereka yang pergi ke perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling haruslah
membantu kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang
ditetapkan
2.Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
-Kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan
pencuci tangan(hand sanitizer)
3. Memakai topeng muka
- Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah
mendapatkan rawatan di klinik atau hospital
- Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah
menukar topeng muka dari masa ke semasa.
4. Kuarantin diri
- Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea Selatan,
Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan
melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut
- Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk,
demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran untuk bernafas.
5. Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’
- Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus
COVID-19
- Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak
seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat
dalaman dan tidak perlu keluar
6. menjaga jarak 1 meter
- Mengelakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-
mana individu yang bergejala
Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas
urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak
bersentuhan

Anda mungkin juga menyukai