Anda di halaman 1dari 7

bab sembilan - perlembagaan

definisi

perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan bagaimana


pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. ia menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai
oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan
perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah.

perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara
autoriti awam dalam sesebuah negara, dan antara autoriti awam dengan rakyat.

kronologi
* 1874 – malayan union (sebelum 1948)
* selepas 1948 (perlembagaan persekutuan tanah melayu)

tujuan perlembagaan ptm

 menyatukan negeri-negeri melayu dan negeri-negeri selat.


 kearah satu persekutuan yang mempunyai satu kerajaan pusat yang kuat.

* mesyuarat perlembagaan (8 januari – 6 februari 1956)

4 wakil raja-raja melayu


ketua menteri
3 menteri
pesuruhjaya tinggi british

* suruhanjaya reid
lord reid (united kingdom)
wakil dari united kingdom - sir ivor jennings,
wakil dari australia - sir william mackell,
wakil dari india - b.malik,
wakil dari pakistan - hakim abdul hamid

dilantik atas nama queen dan raja-raja melayu

# antara garis panduan kepada suruhanjaya reid


 wujudkan kerajaan pusat yang kuat
 lindungi kedudukan raja-raja melayu
 kerakyatan bersama seluruh penduduk tanah melayu
 melindungi keistimewaan orang melayu

31 ogos 1957 – perlembagaan dikuatkuasakan


16 september 1963 – perlembagaan malaysia berdasarkan perlembagaan 1957.

ciri-ciri asas perlembagaan malaysia

 dikuatkuasakan pada 16 september 1963

perlembagaan persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan menjadi punca


kepada semua undang-undang,sama ada yang sudah ada atau yang bakal digubal.semua
undang-undang yang ada tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan. sekiranya ia
berlaku, maka undang-undang berkenaan akan terbatal setakat yang bertentangan.

 perlembagaan malaysia mengandungi

15 bahagian (parts)

183 perkara (articles)

13 jadual (schedules)

bahagian = 183 perkara dan 13 jadual

perkara = mentakrif hak dan kewajipan pemerintah dan


warganegara secara kasar sebagai contoh
perkara 32 adalah hak kepala utama negara

jadual = menerangkan secara terperinci perkara tertentu


sebagai contoh jadual 3 menerangkan cara
pemilihan yang di-pertuan agong sebagai
kepala utama negara

 perlembagaan mengasaskan malaysia sebagai sebuah persekutuan


 sebagai negara raja berperlembagaan
 sebagai negara demokrasi berparlimen
 perlembagaan memperuntukkan islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi menjamin
kebebasan beragama
 perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang
 perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa

# parlimen (legislatif)

# eksekutif
# kehakiman

ketiga-tiganya mempunyai kuasa yang sama taraf tetapi berbeza fungsi

perlembagaan persekutuan malaysia


bahagian perkara

i – negeri-negeri , agama dan undang-undang


bagi persekutuan. 1-4

ii - kebebasan asasi 5 - 13

iii - kewarganegaraan 14 – 31

iv - persekutuan 32 – 69

v - negeri-negeri 70 –72

vi - perhubungan antara persekutuan dengan


negeri-negeri 73 – 95e

vii - peruntukan-peruntukan kewangan 96 – 112e

viii- pilihanraya 113-120

ix - penghakiman 121-131a

x - perkhidmatan awam 132-148

xi - kuasa-kuasa khas menentang perbuatan


subversif dan kuasa-kuasa darurat 149-151

xii - am dan pelbagai 152-160

xiia- perlindungan tambahan bagi


negeri-negeri sabah dan sarawak 161-161h
xiii- peruntukan sementara dan peralihan 162-180

xiv- pengecualian bagi kedaulatan


raja-raja dan sebagainya 181

XV- tindakan undang-undang terhadap


yang di-pertuan agong dan raja-raja 182-183

jadual di dalam perlembagaan malaysia

satu - sumpah bagi pemohon-pemohon untuk


pendaftaran dan masukan

dua - kuasa eksekutif persekutuan

tiga - pemilihan yang di-pertuan agong


dan timbalan kepala utama negara

empat - sumpah jawatan bagi yang di-pertuan agong


dan timbalan yang di-pertuan agong

lima - majlis raja – raja

enam - bentuk sumpah dan ikrar

tujuh - pemilihan dan persaraan ahli-ahli dewan negara

lapan - peruntukan yang akan dimasukkan dalam


perlembagaan – perlembagaan negeri

sembilan - senarai perundangan

sepuluh - pemberian dan sumber-sumber hasil yang


diserah hak kepada negeri

sebelas - peruntukan bagi ordinan pentafsiran dan


fasal-fasal am, 1948 (ordinan malayan union
n0. 7 tahun 1948), dipakai bagi pentafsiran
perlembagaan

dua belas - dimansuhkan

tiga belas - peruntukan- peruntukan berhubung dengan


persempadanan bahagian pilihanraya
unsur-unsur tradisi di dalam perlembagaan malaysia

perlembagaan malaysia adalah gambaran kepada hasil warisan pentadbiran british selama lebih
satu abad di tanah melayu.

setelah ditolak beberapa perkara seperti jentera kerajaan, parlimen dan kewarganegaraan,
kebanyakan perkara lain tergolong sebagai “perkara tradisi” iaitu amalan yang telah dijalankan
sewaktu pentadbiran british lagi.

unsur atau perkara tradisi yang wujud adalah merupakan keperluan untuk kestabilan negara dan
penting di dalam memastikan kekukuhan dan kelancaran perjalanan perlembagaan sebagai
pendokong hala tuju negara ini.

unsur-unsur tradisi yang dimaksudkan merupakan apa yang telah dihubungkaitkan dengan
“pakatan murni” sebelum kemerdekaan dicapai iaitu :

a) pemerintahan beraja (raja berperlembagaan)

b) agama islam

c) bahasa melayu

d) kedudukan istimewa orang melayu

pemerintahan beraja (raja berperlembagaan)

- warisan sistem politik masyarakat melayu tradisi sejak 500 tahun dahulu yang menjadi
simbol kekuasaan dan kesetiaan orang melayu.
- pemerintahan beraja telah diperuntukkan di dalam perlembagaan tempat yang di-pertuan
agong (ydpa) sebagai kepala utama negara dalam perkara 153 perlembagaan malaysia.
- sebagai kepala utama negara, ydpa adalah merupakan kuasa tertinggi di negara ini
berasaskan perlembagaan dan beliau adalah bertanggung jawab terhadap kedudukan
istimewa orang-orang melayu dan bumiputera sabah dan sarawak.
- beliau adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera persekutuan.
- beliau juga mempunyai kedaulatan dan kekebalan disegi undang-undang.

agama islam
- islam hadir ke tanah melayu 500 tahun lampau dan muncul sebagai pengaruh terbesar dalam
kehidupan masyarakat melayu.
- di dalam perkara 3 perlembagaan malaysia disebut dengan jelas :

“ islam adalah agama bagi persekutuan” tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai dimana-mana bahagian persekutuan.

- pengiktirafan islam sebagai suatu keutamaan di dalam perlembagaan memastikan kelancaran


pergerakan agama islam disamping memastikan kuasa untuk perbelanjaan dan pentadbiran
islam terpelihara.

bahasa melayu (bahasa malaysia)

- seiring dengan kedudukan raja di dalam perlembagaan adalah kurang lengkap dengan tidak
disertakan hak bahasa melayu.
- kedudukan yang jelas dan kukuh di dalam perlembagaan adalah amat diperlukan sebagai cara
mengikis pengaruh pentadbiran british terhadap masyarakat di negara ini.
- maka kerana itu bahasa melayu disebut sebagai bahasa kebangsaan persekutuan dan bukan
hanya sebagai bahasa rasmi. ini dijelaskan pada perkara 152 perlembagaan malaysia
berkenaan bahasa kebangsaan persekutuan sebagai mewakili kepentingan bahasa melayu
untuk semua urusan pentadbiran negara.

kedudukan istimewa orang melayu (kiom)

- kedudukan istimewa orang-orang melayu ini telah diletakkan dibawah tanggung jawab ydpa
sebagai kepala utama negara pada perkara 153 perlembagaan malaysia.
- ydpa memastikan keistimewaan orang-orang melayu di dalam urusan pentadbiran kerajaan
terpelihara.(kemudiannya disertakan masyarakat bumiputera sabah dan sarawak)
- keistimewaan di dalam soal biasiswa, permit dan lesen juga hal-hal yang sepertinya adalah
terjamin menurut perlembagaan melalui ydpa.
- walaupun adalah jelas kiom yang sedia ada masih tidak mencukupi tetapi telah cuba
diseimbangkan dengan beberapa perkara seperti kewarganegaraan dikalangan penduduk
bukan melayu dan bukan bumiputera.

peranan unsur tradisi

1) unsur tradisi di dalam perlembagaan adalah perlu bagi mengekalkan kekuasaan orang-orang
melayu dan masyarakat bumiputera daripada terus terhakis akibat kesan dasar pemerintahan
british.

2) unsur tradisi hadir di dalam perlembagaan sebagai alat menstabilkan negara dari
sebarang ancaman oleh perkara yang tidak sewajarnya dilakukan oleh rakyat.

3) maka kerana itu unsur tradisi menjadi batas kepada perkara tertentu dinegara ini dan ia juga
dikenali sebagai isu-isu sensitif yang telah diberi hak dalam perlembagaan untuk tidak
dipersoal kan lagi. perkara –perkara ini terkandung di dalam akta hasutan 1948, perkara 10
perlembagaan (pindaan), fasal 14.

kesimpulan

1) kestabilan politik memerlukan warganegara yang faham tentang asal-usul negara ini.

2) rancangan dasar ekonomi baru (deb) cuba meningkatkan kekayaan dikalangan rakyat dengan
memberi perhatian yang wajar terhadap pembahagian yang lebih adil terutamanya kepada
orang melayu dan masyarakat bumiputera.

3) kejayaan malaysia banyak bergantung kepada kebijaksanaan mengimbangi kiom dan


kepentingan sah kaum lain dan kesepakatan juga aspirasi nasional.

Anda mungkin juga menyukai