Anda di halaman 1dari 10

NOTA KARANGAN

E-MEL TIDAK RASMI

NAMA : _____________________________( )

KELAS : ______________

1
2
NOTA E-MEL TIDAK RASMI

1. E-mel tidak rasmi biasanya ditulis untuk tujuan tidak formal dan bersifat
peribadi.

2. Ia biasanya dikirimkan kepada ahli keluarga termasuk ibu bapa, abang, kakak dan
nenek, atau sahabat handai untuk menceritakan hal-hal peribadi, bertanya
khabar dan berkongsi pandangan sendiri tentang sesuatu perkara.

3. Walaupun e-mel tidak rasmi bersifat peribadi, bahasa yang digunakan hendaklah
baku, mudah difahami, tepat, padat dan sesuai kepada penerimanya.

4. Penulisan e-mel tidak rasmi merupakan karangan jenis berformat. Ia harus


mengikut format-format yang telah ditetapkan. Namun begitu, e-mel tidak rasmi
ini amat berbeza dengan e-mel rasmi dari segi format, isi, kandungan, tujuan,
kata-kata penghormatan, gelaran, panggilan dan pihak penerima.

5. E-mel tidak rasmi ialah e-mel seorang individu. Oleh itu, e-mel ini adalah peribadi
dan kadang-kala ia begitu rahsia sekali. Ada beberapa jenis e-mel tidak rasmi.
Misalnya:
i. E-mel bertanya khabar
ii. E-mel tahniah
iii. E-mel takziah
iv. E-mel nasihat atau teguran
v. E-mel undangan atau jemputan
vi. E-mel balasan

6. E-mel tidak rasmi menggunakan kata ganti nama yang tersendiri seperti berikut:

Kata Ganti Nama


Ayah/Ibu/Emak/Mak untuk Ayah / Ibu
Kak/Kakak, Abang untuk Abang / Kakak
Adik untuk Adik
Nek/Nenek/Datuk/Tok untuk Nenek / Datuk
Awak untuk Kawan Perempuan
Awak untuk Kawan Lelaki

Pelajar harus cuba memahami penggunaan dan istilah kata ganti nama diri bagi
mengelakkan kesalahan atau karangan yang terpesong. Jadi, pelajar mesti
menguasai penggunaan kata ganti nama ini agar markah tidak akan dipotong.
3
FORMAT E-MEL TIDAK RASMI

Daripada:
Kepada:
Subjek:

Nama/ Kata ganti penerima


(Contoh: Kak Intan / Ayah / Adik Nisa / Abang Remy)

Pendahuluan
 Bertanya khabar dan/atau memberi gambaran tentang keadaan penulis
 Nyatakan tujuan
 Akui e-mel yang diberikan sebelumnya telah dibaca

Isi Utama 1:

Isi Utama 2:

Isi Utama 3:

Pendapat/Saranan/Pandangan

Penutup
 Mengucapkan salam/ Minta balasan

Pengakuan diri
(Contoh: Yang benar, Yang ikhlas)

Tanda tangan pengirim

4
CONTOH SOALAN 1 : E-MEL TIDAK RASMI

ARAHAN: Baca informasi berikut. Berdasarkan butiran yang diberikan, tulis e-mel
yang sesuai yang yang panjangnya tidak kurang daripada 100 patah
perkataan.

Kamu baru sahaja menerima e-mel daripada seorang rakan. Baca e-mel itu dan
berikan respons kamu terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam e-mel
tersebut.

Daripada : remy@fastmail.com
Kepada : sakinah@heatwave.com
Subjek : Percutian di Melaka
Sakinah

Apa khabar Sakinah ? Kamu sekeluarga sihat? Sudah lama saya tidak
menulis e-mel kepada awak.

Sebenarnya, saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika berada di bandar


Acheh. Saya teringat dahulu ketika kami berkawan, kami pernah bercita-
cita ingin melawat ke negara-negara lain, terutama sekali di Asia Tenggara.
Kali ini saya dapat banyak pengalaman di bandar Acheh yang begitu indah
dengan bangunan-bangunan lama serta sejarahnya yang unik sekali.
Tahukah awak bahawa bandar ini dikenali sebagai Pasai sempena nama
seekor anjing seorang raja?

Baru-baru ini, saya mendapat berita tentang awak daripada kenalan saya
yang menuntut di sekolah yang sama dengan awak. Menurutnya, awak
telah berkunjung ke negeri Melaka minggu lepas. Bolehkah awak berkongsi
pengalaman percutian awak sekeluarga ke sana?

Saya menantikan jawapan daripada awak.

Yang benar
Remy

5
CONTOH BALASAN 1 : E-MEL TIDAK RASMI

ARAHAN : Isikan tempat-tempat kosong di bawah ini dengan format penulisan e-


mel tidak rasmi.
E-mel Pengirim
E-mel Penerima
Daripada : sakinah@heatwave.com Tajuk
Kepada : remy@fastmail.com
Subjek : Percutian di Melaka

Remy Kata Ganti Nama Penerima

Apa khabar Remy sekeluarga di sana? E-mel Remy telah saya terima
tiga hari yang lalu. Saya sungguh tertarik hati dengan penerangan Remy Pendahuluan
tentang keindahan Bandar Acheh yang Remy lawati itu. Seperti Remy,
kami sekeluarga juga baru sahaja pulang bercuti di Melaka. Di sana,
teman karib ayah membawa kami melawat ke tempat-tempat yang
bersejarah. Kami dibawa ke Kubu ‘A Famosa’ iaitu sebuah kubu
peninggalan penjajah Portugis yang menawan Melaka pada tahun 1511.

Selepas mengunjungi kubu itu, kami dibawa ke Telaga Hang Tuah.


Menurut teman ayah, air di telaga itu tidak pernah kering walaupun Isi Utama
kemarau melanda kawasan itu. Di situ, saya sempat bertemu dengan 1
beberapa orang pelancong dari Jepun yang boleh berbahasa Inggeris.
Kami berpeluang untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman masing-
masing.

Selain itu, kami sekeluarga juga sempat melawat perkampungan


Portugis. Di sana saya berpeluang melihat sisa-sisa peninggalan penjajah Isi
Utama 2
Portugis. Kami juga dibawa ke Bandar Hilir untuk menyaksikan seniman-
seniman tempatan menghasilkan karya-karya mereka yang tinggi
mutunya.

Saya dan adik-adik saya juga berasa seronok dapat menaiki kereta
lembu yang terdapat di situ. Kami juga sempat menaiki beca Isi
Utama 3
mengelilingi bandar. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat
saya lupakan. Sungguhpun percutian kami kali ini singkat, saya berasa Pendapat/
Saranan/
seronok apabila berada di sana. Pandangan

Pada pendapat saya, pengalaman melancong ini amat memuaskan.


Banyak yang saya pelajari tentang negeri Melaka dan budaya penduduk
negeri itu. Jika berkesempatan, saya ingin ke negeri bersejarah ini lagi.

6
Sampai di sini sahaja yang dapat saya tuliskan buat kali ini. Semoga
kita dapat bertemu lagi di lembaran yang akan datang. Sampaikan salam
Penutup
saya kepada semua keluarga Remy.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar Pengakuan diri


Tanda tangan pengirim
Sakinah

7
CONTOH 2 : SOALAN E-MEL TIDAK RASMI

Daripada: raihanmansur@e-warkah.com
Kepada: zainijohari@e-warkah.com
Subjek: Penyertaan dalam Program Penglibatan Masyarakat(CIP)

Zaini

Apa khabar? Sudah lama awak tidak mengirimkan berita. Awak sibukkah?

Sebenarnya, saya hendak berkongsi dengan awak pengalaman saya mengambil


bahagian dalam Program Penglibatan Masyarakat(CIP) sekolah saya.

Minggu lalu, saya telah ke sebuah kampung yang terletak di kawasan pedalaman
negara Vietnam. Saya berpeluang mengajar kanak-kanak di sana berbahasa
Inggeris. Pengalaman itu sungguh bermakna bagi saya.

Sekolah awak pun ada menganjurkan programnya sendiri, bukan? Kalau tidak silap,
pelajar sekolah awak telah mengumpulkan surat khabar lama dan pakaian terpakai
secara besar-besaran. Boleh awak ceritakan kepada saya projek tersebut dan
pengalaman awak menyertainya?

Balas e-mel saya cepat-cepat, ya? Hingga berjumpa pada kesempatan yang lain.

Salam hormat

Raihan

8
CONTOH BALASAN 2 : E-MEL TIDAK RASMI

Daripada : zainijohari@e-warkah.com

Kepada : raihanmansur@e-warkah.com

Subjek : Penyertaan dalam Program Penglibatan Masyarakat(CIP)

Saudara

Saya di sini baik-baik sahaja. Bagaimanakah pula tentang saudara? Saya


berharap agar saudara berada di dalam keadaan sihat walafiat. Maafkan saya
kerana tidak mengirimkan berita selama sebulan. Ya, saya kini sedang sibuk
mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan pertengahan tahun hampir
menjelang. Selain itu, saya juga sibuk dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum saya.

Saya berasa gembira mendengar bahawa saudara telah terlibat dalam lawatan
ke Vietnam. Sebenarnya, para pelajar sekolah saya tidak mengumpulkan surat
khabar lama dan pakaian terpakai tetapi sekolah saya menganjurkan lawatan
sambil belajar ke Batam, Indonesia. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk
mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar di sana dan
memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris mereka.

Sebelum kami ke Batam, kami telah dilatih oleh ketua pelajar tentang cara-cara
untuk mempersenangkan dan memperbaiki pertuturan para pelajar di
Indonesia. Selain mengajar mereka, kami juga dapat mengetahui tentang cara
hidup mereka. Di samping itu, kami juga melakukan pelbagai aktiviti yang
menarik dan mencabar, seperti mendaki gunung.

Sampai di sini sahajalah e-mel saya pada kali ini. Saya berharap agar cerita
yang saya berkongsi bersama dalam menceriakan hari saudara. Sampaikanlah
salam saya kepada semua ahli keluarga di rumah.

Salam hormat

Zaini

9
PERINGATAN :
Penulisan E-mel Tidak Rasmi
 Pembukaan – beritahu khabar dengan cara yang lebih sempurna (
saya di sini sihat-sihat sahaja / saya sekeluarga berada dalam
keadaan sihat sejahtera/ saya berada dalam keadaan sihat walafiat
bersama keluarga tercinta)
 Saya (pengirim) & awak (penerima)
 Baca emel dengan teliti dan berikan respons yang sesuai bagi setiap
pernyataan/soalan.
 Pendapat / Saranan yang diberikan harus mendalam dan matang.
Jelaskan dengan terperinci (sertakan contoh)
 Penutup mesti menunjukkan rasa senang membalas e-mel. Jangan
tunjukkan rasa berat hati atau terburu-buru untuk menghabiskan e-
mel.
 Pengakuan : Yang Ikhlas/Yang benar

10

Anda mungkin juga menyukai