Anda di halaman 1dari 21

Kemasan lantai penting

untuk keselesaan
Wednesday, 18 March 2009 08:48

Tampilkan gaya dan identiti pemilik rumah

Apabila melangkah masuk ke kediaman, anda akan menjejakkan kaki


ke lantai. Biasanya keselesaan kaki melangkah akan menenukan
sama ada kemasan yang digunakan sesuai atau tidak.

Selain memberi keselesaan,permukaan lantai juga membentuk


identiti dan konsep yang mahu digayakan pemilik rumah untuk
menjadikan sebuah kediaman impian.

Pemilihan lantai yabg sesuai mampu menyerlahkan penampilan


kediaman dan membuatkan sesiapa yang melangkah masuk
tertarik dan merasa selesa berada di dalam rumah berkenaan.

Perkara utama yang dititik beratkan dalam memilih kemasan lantai


ialah bahan yang tahan dan kuat. Oleh itu, kualiti kemasan lantai
penting bagi menghasilkan dan mendapatkan ruang dalaman
yang baik dan lebih selesa.

Sebagai pengguna bijak, anda sepatutnya tidak terlalu berkira


mengenai harga. Apa salahnya anda membeli kemasan lantai yang
berkualiti dan harganya mahal sedikit untuk jangka panjang daripada
memilih jenis yang murah daripada rekaan yang kurang bermutu dan
tidak berkualiti.
Bahan yang murah lazimnya tidak tahan lama dan kesannya dapat
dirasai apabila permukaan lantai semakin pudar malah ada yang retak
sehingga mencacatkan penampilan. Akhirnya anda juga yang rugi
kerana terpaksa mengeluarkan wang sekali lagi untuk menukar
kemasan lantai.

Bagi lantai di ruang tamu perlu menampilkan imej dan identity pemilik
kerana di sinilah bermulanya langkah pertama dalam dalam
kediaman anda. Justeru, ruangtamu sering diutamakan dengan
meletakkan kemasan lantai yang lebih mahal dan tampak mewah.

Kebanyakan pemilik kediaman memilih batu marmar atau jubin


seramik berkualiti tinggi dan ada juga yang menggunakan lantai
kayu bagi menampakkan kesan bahan semula jadi kesan tekstur
yang lembut.

Dapur pula memerlukan bahan kemasan lantai yang lasak kerana


banyak pergerakan berlaku di sini. Ruang ini mudah basah dan
terdedah kepada kekotoran selain itu, lantai lincin dan tumpahan air,
minyak atau objek tajam sebaiknya, pilih lantai daripada jubin
homogeneous, mozek atau slate kerana mudah dicuci, tahan licin
dan than lasak.

Bahagian paling penting dan memerlukan kemasan lantai yang paling


selesa ialah bilik tidur kerana di sinilah tempat anda berehat dan
menenangkan fikiran selepas penat bekerja. Bagi mengelak kaki
terasa sejuk pada waktu pagi atau selepas mandi maka elak
mengguna jubin seramik. Gunakan kemasan lantai kayu atau
dialaskan dengan permaidani.
Jangan dilupakan bilik air yang paling basah dan licin. Bagi mengelak
bilik air sentiasa basah maka bahan kemasan lantai mestilah
daripada bahan yang cepat kering dan tidak licin.

Dengan gaya bilik air masa kini,bilik air telah menjadi ruang istirahat
terapi minda maka pemilihan bahan kemasan dipelbagai tetapi faktor
keselamatan dan kebersihan perlu dititikberatkan.

Bagi yang ingin mengubah suai ruang anjung dan teres pula, anda
memerlukan kemasan lantai yang paling tahan lasak dan kukuh
kerana kedudukannya yang di luar dan terdedah kepada hujan
dan sinaran matahari selain tahan menampung berat tekanan
daripada berat kenderaan.

Oleh itu, mengikut pakar, bahan kemasan lantai yang sesuai untuk
bahagian teres adalah seperti jubin homogeneous, batu halus
pebble, jubin terra cotta, bata, granite dan batu slate.

Kelebihan kemasan Jenis lantai kayu

• Tahan calar dan padat, sesuai untuk kegunaan seharian terutama


sekali pada ruang kediaman.
• Lebih kukuh, tahan cuaca panas sejuk.
• Senang digandingkan dengan pelbagai gaya penataan.
• Tidak sejuk pada kaki dan memberikan langkah yang selesa.
• Risiko terjadinya kecederaan adalah rendah sekiranya
terjatuh atas lantai kayu kerana lantai kayu menyerap hentakan
dan tidak terlalu.
Kelebihan kemasan jenis simen dan konkrit.

• Mudah diselenggara kerana kesan daripada bahan


yang digunakan tidak mahal
• Boleh dugabung berbagai corak menarik pada lantai dengan
berbagai corak susunan batu.
• Kemasan simen bepasir lebih halus amat pada ruang dalaman
berbandingan kemasan simen berbatu kerana selesa dipijak.
• Oleh kerana permukaan yang kasar maka amat sesuai untuk
permukaan luaran yang memerlukan tahap geseran yang tinggi.
• Simen berjalinan tekstur sangat popular pada ruang berkonsepkan
mediteranean dan ala Mexico.

Lantai kayu lamina


May 18, 2009 by admin
Fail di bawah Tatarias
2 Comments
LANTAI adalah kemasan yang menutup tanah supaya penghuni
rumah dapat berjalan dan berpijak dengan selesa. Lantai besar
fungsinya kerana menerima dan menanggung beban hidup dan mati.
Beban hidup yang dimaksudkan ialah berat manusia serta peralatan
manakala beban mati adalah berat bangunan membabitkan
kemasan lantai serta struktur bangunan. Lantai turut memainkan
peranan penting dalam keperluan ruang. Tanpa lantai sempurna,
aktiviti manusia di ruang kediaman terganggu.
Lantai kayu mesra alam, selesa dipijak dan tahan lama.

Pelbagai pilihan bahan kemasan ditawarkan namun pastikan yang


dipilih mengikut kesesuaian seni bina, konsep reka bentuk
dalaman selain aktiviti dijalankan.
Bagi aktiviti membabitkan air seperti di bilik mandi, anda disyorkan
memilih kemasan lantai tidak resap air dengan permukaan tidak licin.
Kriteria memilih kemasan lantai
Pemilik perlu bijak mengenalpasti kemasan lantai yang mampu
menonjolkan konsep kediaman mereka. Ini kerana, pemilihan lantai
menarik berupaya membantu mengindah serta menyerikan ruang
kediaman. Namun, pemilihan tidak semestinya berdasarkan cantik
semata-mata sebaliknya dipastikan praktikal, selamat, sihat dan
mesra alam.
Pemilihan jenis bahan dan kemasan lazimnya ditentukan
berdasarkan faktor jenis serta kualiti kemasan digunakan.
Antara kriteria yang perlu diberi perhatian sebelum memilih jenis
dan kemasan lantai ialah:
 Ketahanan terutama bagi ruang yang sering digunakan.
 Kos penggunaan bahan, pemasangan dan penyelenggaraan
yang membabitkan masa,tenaga serta perbelanjaan.
 Mengambil kira aspek estetika dan praktikal khususnya
bagi keperluan seni bina.
 Keperluan kepada kawalan menyerap kesan bunyi dan akustik.
 Mampu menyaring dan menyerap cahaya yang boleh memberi
kesan menarik di ruang.
 Memenuhi kod kawalan kebakaran dan keselamatan.
Idea memilih lantai kayu
Pilihan lantai tepat selain mencipta suasana hangat semula jadi di
ruang juga berupaya menyerap bunyi. Ini mengilhamkan pilihan lantai
kayu yang ditonjolkan di bilik tidur, ruang tamu dan ruang tamu.
Lantai kayu yang digandingkan dengan kemasan lain seperti marmar
mampu menonjolkan kelainan. Gandingan dua bahan ini serasi
disebabkan corak serta nada warnanya semula jadi.
Namun, ramai juga keberatan memilih lantai kayu kerana faktor harga
mahal, sukar dijaga selain merasa bertanggungjawab memelihara
alam sekitar.
Begitupun, menerusi teknologi, masyarakat masih boleh
menyelamatkan bumi dan mengurangkan kesan negatif meskipun
memilih lantai kayu, dengan syarat bahan dipilih adalah jenis kitar
semula.
Tidak dinafikan, suatu ketika dulu lantai kayunya kurang mesra alam
dan tidak menjimatkan kerana dipasang menggunakan bahan
perekat dan paku. Cara ini menyebabkan sebahagian besar lantai itu
rosak dan tidak boleh diguna semula kala berpindah rumah.
Masalah ini selesai setelah teknik pemasangan kekunci yang
menekankan penyambungan baru tanpa paku dan bahan perekat
diilhamkan. Menerusi cara baru ini, pengguna boleh membuka semula
lantai kayu jika ingin memasangnya di tempat lain. Lantai berkenaan
mampu bertahan lama jika dijaga dengan baik.
Pilihan lantai kayu
Dua pilihan lantai kayu iaitu kayu padu dan berlamina. Lantai kayu
padu secara teknikalnya, berciri tahan cuaca dan tidak mudah
dimakan anai-anai. Kayu berlamina pula lebih murah berbanding
kayu padu selain mempunyai kelebihan mudah dijaga, tidak
menyerap air dan tidak mudah calar.
Kayu jati, oak dan merbau adalah sebahagian lantai kayu padu.
Kayu merbau paling digemari kerana menampilkan keaslian warna
dan ira kayu.
Menerusi konsep kitar semula, lantai kayu padu akan ditukarkan
kepada lantai berlamina. Selepas melalui proses kitar semula, lantai
berlamina berkenaan dijual dengan harga jauh lebih murah, pelbagai
warna namun mempunyai ira kayu sama dengan kemasan kayu padu.
Terserah kepada pengguna membuat pilihan lantai kayu bertepatan
cita rasa dan gaya penataan. Biasanya, faktor harga menjadi kayu
ukur. Harga lantai ini biasanya bergantung ketebalan, kemasan
permukaan serta jenis kayu.
Di pasaran, lazimnya, lantai kayu berlamina dijual di sekitar harga
RM7 hingga RM13 untuk sekaki persegi sedangkan lantai kayu padu
harganya berlipat kali ganda dari itu.
Tip Penjagaan Lantai Kayu
Mengetahui asas penjagaan kemasan kayu penting bagi
mengekalkan keaslian serta jangka hayatnya. Menjaganya dengan
baik juga dapat mencegahnya daripada reput dan rosak. Justeru,
anda disyorkan:
 Jangan guna kain mengelap yang basah tetapi lap lantai
dengan kain kering. Ini kerana air menyebabkan kayu menjadi
lembap seterusnya cepat rosak. Sewaktu membersih, gunakan
cecair pembersih khas untuk kayu.
 Hamparkan alas misalnya permaidani dan tikar di bawah perabot
serta kelengkapan. Langkah ini bagi mengelakkan lantai calar
akibat bergeser dengan perabot.
 Jangan seret, tarik dan tolak perabot berat tetapi angkat perabot
itu. Geseran perabot meninggalkan bekas yang memburukkan
lantai.
 Lindungi lantai yang kerap dipijak dengan permaidani. Namun,
pastikan permaidani berkenaan mempunyai cengkaman kuat
dan tidak mudah bergeser.
 Hindari menumpahkan cat dan simen di lantai kerana bahan
berkenaan mudah menyerap dalam kayu. Bersih segera
lantai sebaik terkenan tumpahan supaya ia tidak menyerap
jauh ke dalam hingga merosakkan struktur kayu.

Tip Menjaga Kemasan Lantai

Gambar Hiasan

Kemasan lantai yang indah sememangnya menjadi idaman


semua isi rumah. Terdapat pelbagai pilihan lantai seperti jubin
seramik, kayu berlaminet, dan lain-lain. Jubin biasanya terdiri
daripada terazo, marmar, seramik dan sebagainya. Walaupun
indah, kadang kala ia memerlukan perhatian dan penjagaan yang
baik agar sentiasa terpelihara dan tidak rosak. Berikut saya
nyatakan tips untuk menjaga kemasan lantai rumah kita:
JUBIN
1.Pemasangan jubin
Penjagaan jubin bermula daripada hari pertama ia dipasang.
Seelok-eloknya, jubin yang dipasang tidak dipijak empat hari
selepas dipasang. Sesuai dipijak dan digunakan secara lasak
setelah dua minggu dipasang.
2.Cara menjaga jubin
-Sering diberus jika kotor, bilas dengan air kemudian dilap kering.
Jangan membiarkan jubin dalam keadaan basah kerana ia
mudah licin dan berbahaya kepada kita.
-Membersihkan kotoran simen yang melekat pada jubin dengan
menggunakan pencuci asid yang sesuai.Ini boleh didapatkan di
kedai hardware. Contohnya, asid sulfurik boleh sesuai untuk
membersihkan karat serta dakwat. Pencuci biasa yang beralkali
pula sesuai untuk membersihkan kotoran biasa seperti tumpahan
minuman, minyak dan lain-lain. Kerosen atau minyak tanah pula
sesuai untuk membersihkan kotoran cat, gris atau getah.
Tips mudah mencuci lantai jenis seramik atau geranit: Cucilah
dengan menggunakan bahan pencuci berasid lembut jika ia baru
sahaja dipasang. Memadai mencuci kotoran minyak, gris dsb
dengan air panas. Caranya, campurkan bahan pencuci ke dalam
air panas dan biarkan selama 15 minit, kemudian barulah dicuci.
3. Petua orang lama jangan dilupakan.
Walaupun di pasaran sudah ada banyak bahan pencuci yang
berkesan tetapi kita juga boleh mengamalkan petua dahulu kala.
Sedikit sebanyak mungkin lebih menjimatkan wang dan belanja.
Jubin seperti marmar yang sudah lama biasanya akan menjadi
pudar dan kurang berkilat lagi.Anda boleh mengambil setengah
baldi air, campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh dan
juga lima sudu besar garam halus. Bersihkan permukaan marmar
dengan menggunakan bahan ini tiga kali seminggu. Hasilnya
pasti memuaskan.
4. Jubin anda berkulat?
Walaupun kelihatan kukuh, jubin juga boleh berkulat dan akan
merosakkan pemandangan. Biasanya jubin yang rosak
disebabkan oleh kulat, lumut dan kotoran yang jarang
dibersihkan. Mudah untuk menghilangkannya, dengan
menggunakan bahan pencuci yang agak kasar seperti klorin,
cuka dan jus limau. Caranya ialah dengan memberus jubin
tersebut dengan berus yang keras serta air bercampur serbuk
penaik. Jika kotorannya sangat degil, letakkan kain yang telah
dibasahkan dengan cuka atau jus limau terlebih dahulu,
kemudian biarkan selama beberapa jam sebelum memberus dan
membilas. Bagi jubin yang berkulat atau berlumut, lebih mudah
anda lap sahaja dengan kain bercampur cuka, biarkan seketika
kemudian beruslah dengan berus gigi lama.
LANTAI KAYU
Kini, lantai kayu menjadi trend bagi menggantikan jubin. Ini
disebabkan kemasan kayu mencerminkan penampilan yang lebih
natural dan klasik. Jika dahulu lantai kayu jenis parquet sering
dipasang di dalam bilik tidur, tetapi kini lantai berlaminet lebih luas
penggunaannya. Ia boleh menghiasi lantai di ruang tamu, ruang
makan, malah sesetengahnya di dapur atau bilik rehat. Walau
bagaimanapun setiap yang indah itu perlulah dijaga rapi agar
keindahannya terpelihara.
1. Kita boleh meletakkan alas kaki sebelum ke setiap ruang yang
dihiasi lantai kayu. Tujuannya untuk mengelakkan pasir,batu-batu
halus atau rumput terbawa ke ruang tamu ketika melangkah
masuk. Unsur-unsur tersebut boleh mencalarkan lantai kayu dan
menjejaskan teksturnya . Walau bagaimanapun, jadikan tabiat
menyapu lantai setiap hari satu kebiasaan agar rumah kita
sentiasa bersih dan bebas dari habuk degil tersebut ataupun
menggunakan pembersih hampagas.
2. Ketika membersihkan lantai, hindari mengelapnya dengan kain
yang terlalu basah. Terlebih dahulu, biasakan diri menyedut
permukaan kayu dengan pembersih hampagas sebelum
menyapu atau mengemop.
3. Jika permukaan kayu ditumpahi makanan, minuman dan
sebagainya, lapkan segera dan jangan biarkan ia meresap ke
dalam kayu tersebut. Sebaik-baiknya, kita halakan kipas angin ke
tempat yang lembab untuk mengelakkan kelembapan masuk ke
dalam kayu dan menjadikannya menggelembung atau merekah.
4. Alaskan perabot dengan pengalasnya agar tidak merosakkan
permukaan lantai kayu.
5. Hindari memijak lantai kayu dengan kasut bertumit tinggi
kerana dikhuatiri meninggalkan kesan lekuk dari sehari ke sehari.
6. Jangan membersihkan lantai kayu dengan bahan kimia atau
wax (lilin) kerana ini mengakibatkan kusam, atau lantai menjadi
sangat licin.
Sekianlah tips dari saya.Semoga bermanfaat kepada anda dalam
menjaga kemasan lantai “Rumahku Syurgaku”.

Lantai kayu lamina


May 18, 2009 by admin
Fail di bawah Tatarias
2 Comments
LANTAI adalah kemasan yang menutup tanah supaya penghuni
rumah dapat berjalan dan berpijak dengan selesa. Lantai besar
fungsinya kerana menerima dan menanggung beban hidup dan mati.
Beban hidup yang dimaksudkan ialah berat manusia serta peralatan
manakala beban mati adalah berat bangunan membabitkan
kemasan lantai serta struktur bangunan. Lantai turut memainkan
peranan penting dalam keperluan ruang. Tanpa lantai sempurna,
aktiviti manusia di ruang kediaman terganggu.

Lantai kayu mesra alam, selesa dipijak dan tahan lama.

Pelbagai pilihan bahan kemasan ditawarkan namun pastikan yang


dipilih mengikut kesesuaian seni bina, konsep reka bentuk
dalaman selain aktiviti dijalankan.
Bagi aktiviti membabitkan air seperti di bilik mandi, anda disyorkan
memilih kemasan lantai tidak resap air dengan permukaan tidak licin.
Kriteria memilih kemasan lantai
Pemilik perlu bijak mengenalpasti kemasan lantai yang mampu
menonjolkan konsep kediaman mereka. Ini kerana, pemilihan lantai
menarik berupaya membantu mengindah serta menyerikan ruang
kediaman. Namun, pemilihan tidak semestinya berdasarkan cantik
semata-mata sebaliknya dipastikan praktikal, selamat, sihat dan
mesra alam.
Pemilihan jenis bahan dan kemasan lazimnya ditentukan
berdasarkan faktor jenis serta kualiti kemasan digunakan.
Antara kriteria yang perlu diberi perhatian sebelum memilih jenis
dan kemasan lantai ialah:
 Ketahanan terutama bagi ruang yang sering digunakan.
 Kos penggunaan bahan, pemasangan dan penyelenggaraan
yang membabitkan masa,tenaga serta perbelanjaan.
 Mengambil kira aspek estetika dan praktikal khususnya
bagi keperluan seni bina.
 Keperluan kepada kawalan menyerap kesan bunyi dan akustik.
 Mampu menyaring dan menyerap cahaya yang boleh memberi
kesan menarik di ruang.
 Memenuhi kod kawalan kebakaran dan keselamatan.
Idea memilih lantai kayu
Pilihan lantai tepat selain mencipta suasana hangat semula jadi di
ruang juga berupaya menyerap bunyi. Ini mengilhamkan pilihan lantai
kayu yang ditonjolkan di bilik tidur, ruang tamu dan ruang tamu.
Lantai kayu yang digandingkan dengan kemasan lain seperti marmar
mampu menonjolkan kelainan. Gandingan dua bahan ini serasi
disebabkan corak serta nada warnanya semula jadi.
Namun, ramai juga keberatan memilih lantai kayu kerana faktor
harga mahal, sukar dijaga selain merasa bertanggungjawab
memelihara alam sekitar.
Begitupun, menerusi teknologi, masyarakat masih boleh
menyelamatkan bumi dan mengurangkan kesan negatif meskipun
memilih lantai kayu, dengan syarat bahan dipilih adalah jenis kitar
semula.
Tidak dinafikan, suatu ketika dulu lantai kayunya kurang mesra alam
dan tidak menjimatkan kerana dipasang menggunakan bahan
perekat dan paku. Cara ini menyebabkan sebahagian besar lantai itu
rosak dan tidak boleh diguna semula kala berpindah rumah.
Masalah ini selesai setelah teknik pemasangan kekunci yang
menekankan penyambungan baru tanpa paku dan bahan perekat
diilhamkan. Menerusi cara baru ini, pengguna boleh membuka semula
lantai kayu jika ingin memasangnya di tempat lain. Lantai berkenaan
mampu bertahan lama jika dijaga dengan baik.
Pilihan lantai kayu
Dua pilihan lantai kayu iaitu kayu padu dan berlamina. Lantai kayu
padu secara teknikalnya, berciri tahan cuaca dan tidak mudah
dimakan anai-anai. Kayu berlamina pula lebih murah berbanding
kayu padu selain mempunyai kelebihan mudah dijaga, tidak
menyerap air dan tidak mudah calar.
Kayu jati, oak dan merbau adalah sebahagian lantai kayu padu.
Kayu merbau paling digemari kerana menampilkan keaslian warna
dan ira kayu.
Menerusi konsep kitar semula, lantai kayu padu akan ditukarkan
kepada lantai berlamina. Selepas melalui proses kitar semula, lantai
berlamina berkenaan dijual dengan harga jauh lebih murah, pelbagai
warna namun mempunyai ira kayu sama dengan kemasan kayu padu.
Terserah kepada pengguna membuat pilihan lantai kayu bertepatan
cita rasa dan gaya penataan. Biasanya, faktor harga menjadi kayu
ukur. Harga lantai ini biasanya bergantung ketebalan, kemasan
permukaan serta jenis kayu.
Di pasaran, lazimnya, lantai kayu berlamina dijual di sekitar harga
RM7 hingga RM13 untuk sekaki persegi sedangkan lantai kayu padu
harganya berlipat kali ganda dari itu.
Tip Penjagaan Lantai Kayu
Mengetahui asas penjagaan kemasan kayu penting bagi
mengekalkan keaslian serta jangka hayatnya. Menjaganya
dengan baik juga dapat mencegahnya daripada reput dan rosak.
Justeru, anda disyorkan:
 Jangan guna kain mengelap yang basah tetapi lap lantai
dengan kain kering. Ini kerana air menyebabkan kayu menjadi
lembap seterusnya cepat rosak. Sewaktu membersih, gunakan
cecair pembersih khas untuk kayu.
 Hamparkan alas misalnya permaidani dan tikar di bawah perabot
serta kelengkapan. Langkah ini bagi mengelakkan lantai calar
akibat bergeser dengan perabot.
 Jangan seret, tarik dan tolak perabot berat tetapi angkat perabot
itu. Geseran perabot meninggalkan bekas yang memburukkan
lantai.
 Lindungi lantai yang kerap dipijak dengan permaidani. Namun,
pastikan permaidani berkenaan mempunyai cengkaman kuat
dan tidak mudah bergeser.
 Hindari menumpahkan cat dan simen di lantai kerana bahan
berkenaan mudah menyerap dalam kayu. Bersih segera lantai
sebaik terkenan tumpahan supaya ia tidak menyerap jauh
ke dalam hingga merosakkan struktur kayu.
Berita Harian

16 KECACATAN LANTAI

Lantai sangat penting dalam struktur sesebuah banggunan. Di


samping memberi kemudahan ruang kerja, lantai juga menjadi
bahan pengasing di anatara aras bawah tanah dengan kawasan
kerja.

Secara umum lantai terbahagi kepada 3 jenis dan tiap satu


mempunyai ciri-ciri yang tersendiri :

o Lantai bawah ( ground floor)

o Lantai tergantung ( suspended floor)

o Lantai bawah tanah ( basement floor)

Bahan binaan diperbuat daripada konkrit tetulang dan kayu. Ada


juga di kawasan kampung dan rumah lama berlantaikan buluh.
Fungsi Umum Lantai

 Pengikat dan memberi kestabilan kepada tiang dan


rusuk rumah.

 Struktur kestabilan untuk membawa beban dan sebarang


tekanan luar, misalnya angin.

 Penebat haba dan mengawal kenaikan lembapan.

 Sokong dan memberi kawasan kepada perabot dan


kegiatan penghuni.

 Sekatan antara ruang ( bagi ruang bertingkat ).

 Ikatan asas untuk siling dan alat saluran kelengkapan,


umpamanya lampu dan telefon.

 Asas untuk pemasangan kemasan lantai.


Lantai yang baik akan memberi ciri yang berikut kepada
kediaman:

 Nilai estatik dari segi warna dan keseluruhan rupa.


 Mudah dibersih dan di selenggara.
 Memberi suasana nyaman dan terang.
 Mampu diganti.
 Tahan lasak untuk kegunaan harian dan tidak mudah haus.
 Dapat menebat bunyi bising
 Mempunyai permukaan tidak licin.

Berikut adalah senarai kecacatan lantai yang sering


berlaku :

1. Pemendapan - akibat lapisan tanah/bahan tambak kurang


kukuh dan tidak padat.

2. Rekahan - akibat bahan tambak mempunyai bahan kimia


aktif.

3. Pemendapan - akibat saluran paip lama dan parit


bocor menyebabkan hakisan bawah tanah.
4. Kelembapan naik ke atas dari bawah tanah, menyebabkan
lantai reput dan lembap.

5. Serangan anai-anai.

6. Serangsn kumbang dan serangga perosak.

7. Getaran atau gegaran - disebabkan lalu lintas di jalan raya.

8. Papan lantai daripada kayu melengkung.

9. Papan lantai terasa mampung apabila pijak di atasnya.

10. Pengikat seperti paku dan skru tercabut serta berkarat.

11. Sokongan dan gelegar kayu agak jauh dan tidak


mengikut spesifikasi yang ditentukan.

12. Kelembapan di permukaan lantai konkrit.


13. Wujud ruang di lapisan lantai dan hujungnya
merekah dan melentur.

14. Papan dan kemasan lantai di sekitar sinki ruang dapur


reput dan lembap.

15. Jubin lantai terkopek dan tertanggal.

16. Pengedaran udara secara menyilang tersekat oleh


barang simpanan bawah tanah yang berlantai gantung.

Bukannya kediaman utama sahaja yang perlu dijaga


keadaan lantainya. Sekiranya terdapat rumah atau banggunan
berhampiran rumah anda seperti tempat letak kereta, stor dan
rumah pembantu, maka penyelidikan perlu dilakukan seperti
rumah anda juga. Keranalantai banggunan yang didapati rosak
akibat serangan anai-anai boleh merebak hingga ke struktur
rumah induk. Jadi berhati-hatilah.
Kecacatan lantai
Lantai yang cantik.

Anda mungkin juga menyukai