Anda di halaman 1dari 3

JENIS LATIHAN AW

AM
Undang-undang telah memperuntukkan 3 jenis latihan untuk AW iaitu Latihan Tempatan, Latihan
Berterusan dan Latihan Kem Tahunan. Kursus, Seminar, Hari Pegawai/PTT tergolong di bawah
jenis Latihan Berterusan. Beberapa arahan telahpun diedarkan bagi memperjelaskan tatacara
perancangan, permohonan kelulusan kewangan dan pelaksanaan tiap-tiap latihan yang dinyatakan
di atas. Semua pemerintah unit AW mesti mematuhi peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang
telah diedarkan.

LATIHAN TEMPATAN
Kelulusan menjalani Latihan Tempatan adalah dari Pegawai Memerintah/ Timbalan
Komander/Ketua Jurulatih tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan dasar-dasar yang
ditetapkan. Antaranya adalah: •Jangka masa minimum latihan ialah 2 jam. 
•Pegawai Memerintah (jika difikirkannya perlu untuk maksud pemerintahan, kawalan dan latihan)
boleh melanjutkan tempoh Latihan Tempatan hingga kepada maksimum 12 jam sehari.
Kategori latihan untuk Latihan Tempatan melebihi 10 jam adalah seperti berikut:
•Latihan praktikal taktik di medan yang memerlukan tempat latihan melebihi 10 jam untuk mencapai
objektif latihan yang ditetapkan. Contohnya serang hendap, serangan dan lain-lain. 
•Latihan menembak siang/malam. 
•Latihan pandu arah dan rondaan. 
•Hari Pegawai/PTT Kanan yang memerlukan masa melebihi 10 jam untuk mencapai objektif latihan
yang ditetapkan.
•Lain-lain jenis latihan praktikal bagi kemahiran perjawatan yang memerlukan masa latihan melebihi
10 jam untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Contohnya latihan perhubungan untuk Platun
Semboyan, Latihan Memandu cross-country untuk Platun Angkut Bermotor dan lain-lain.
LATIHAN BERTERUSAN
Latihan Berterusan bererti LATIHAN, PENUGASAN dan INSTRUKSI yang dibenarkan oleh Pihak
Berkuasa Yang Layak bagi tempoh yang berterusan 72 jam atau lebih. Untuk mengelakkan berlaku
kekeliruan, beberapa arahan telah diedarkan bagi membentangkan tatacara pelaksanaan latihan ini.
Antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua pemerintah unit AW adalah seperti berikut:
•Masa Minimum Untuk Latihan Berterusan. Setiap perancangan LATIHAN, PENUGASAN dan
INSTRUKSI untuk Latihan Berterusan hendaklah tidak kurang daripada 72 jam dan pelaksanaannya
mestilah berterusan. 
•Masa Maksimum Untuk Latihan Berterusan bagi seseorang pegawai dan anggota Sukarela untuk
maksud LATIHAN ialah tidak melebihi 14 hari dalam setahun. Peruntukan 14 hari ini tidak termasuk
kursus-kursus yang dirancang di PUSWATAN, Pusat Latihan TD, Sekolah-sekolah Kor dan kursus
‘decentralise’ di pasukan kerana semua kursus tersebut mempunyai peruntukan kewangan
berasingan. Jenis-jenis aktiviti yang tergulung dalam ertikata Latihan Berterusan adalah seperti
berikut:
Latihan : 
Ini merupakan semua jenis latihan yang dirancang oleh pasukan untuk meningkatkan kemahiran
individu atau sesuatu kumpulan (Seksyen/Platun/Kompeni) kerana didapati masih lemah atau tidak
mencapai tahap yang ditetapkan. Latihan-latihan tersebut mestilah mempunyai objektif-objektif yang
khusus. Contoh-contoh latihan adalah latihan kolektif (Seksyen, Platun, Kompeni) di medan, latihan
individu untuk pegawai dan anggota Sukarela yang ketinggalan atau tidak dapat hadir Latihan
Tempatan, latihan-latihan yang perlu diulangi untuk mencapai sesuatu tahap kemahiran dan latihan
persediaan atau latihan pra-kursus.
Penugasan: 
Penugasan (Latihan Sambil Kerja) bermakna memberikan sesuatu tugas khusus kepada pegawai
dan anggota Sukarela. Setiap permohonan mestilah disokong oleh pasukan. Jenis-jenis tugas mesti
bukan tugas tetap anggota Tetap di pasukan serta munasabah demi untuk kepentingan
perkhidmatan. Tugas-tugas yang mampu dilaksanakan oleh anggota Tetap dalam pasukan tidak
dibenarkan ditugaskan kepada pegawai dan anggota Sukarela. Penugasan boleh dibuat secara
individu atau kumpulan. Contoh-contoh penugasan yang boleh diluluskan adalah Pembantu
Jurulatih, Pl/Sek Pertunjukan, ahli atau saksi mana-mana Mahkamah Tentera atau perbicaraan yang
mengambil masa 72 jam ke atas, Ahli Lembaga Penyiasatan, memangku tugas-tugas pegawai
Tetap, membuat Kajian dan Pembangunan (R & D), latihan tugas-tugas staf, membuat projek khas
untuk AW .
Instruksi (Pengajaran): 
Pengajaran merupakan sesuatu aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan sikap individu atau kumpulan dalam bidang-bidang tertentu. Setiap pengajaran mesti
dirancang dengan teliti pada awal tahun dan senarai aktiviti mestilah menjurus ke arah pencapaian
objektif-objektif yang khusus. Pengajaran meliputi aktiviti seperti Hari Pegawai/PTT,
Seminar/Bengkel, Kursus-kursus Kemahiran Perjawatan seperti Kerani, Semboyan, Memandu, Asas
Payung Terjun, Rintis Serang, Mortar, Perubatan dan lain-lain program yang boleh menyumbang
kepada pembangunan AW.
LATIHAN KEM TAHUNAN
Pihak Berkuasa Yang Layak telah membenarkan setiap Pegawai dan Anggota Sukarela menghadiri
Latihan Kem Tahunan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 15 hari dalam setahun. Latihan ini
boleh dijalankan sama ada berterusan selama 15 hari atau dipecah-pecahkan kepada beberapa
sesi atau modul tetapi tidak kurang daripada 72 jam bagi setiap sesi/modul dan jumlah keseluruhan
adalah 15 hari dalam setahun. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa merancang
Latihan Kem Tahunan adalah seperti berikut:
•Tarikh-tarikh latihan yang dipilih hendaklah sesuai dengan masa bercuti Pegawai dan Anggota
Sukarela atau tempoh masa yang dipersetujui oleh ketua-ketua jabatan/majikan yang terlibat.
•Tahap latihan yang dirancang mestilah berpandukan kepada Arahan Latihan Panglima Tentera
Darat/Panglima Divisyen/Panglima Briged. Faktor keupayaan jurulatih dan logistik mesti diberikan
perhatian. Pasukan boleh menganjurkan beberapa siri Latihan Kem Tahunan secara bergilir-gilir
pada peringkat Kompeni/Skuadron.
•Jenis latihan yang dijadualkan mestilah bersesuaian dengan tahap kemahiran Pegawai dan
Anggota Sukarela dalam Latihan Tempatan dan Latihan Berterusan.
•Setiap Pegawai dan Anggota Sukarela mestilah diberikan peluang untuk mengikuti Latihan Kem
Tahunan dan diuji tahap pencapaiannya.
•Semua Pegawai dan PTT Sukarela mesti diberikan peluang untuk memerintah, melantik dan
mentadbir serta menguruskan latihan unit/sub-unit masing-masing di bawah pengawasan
Pegawai/PTT Kanan Tetap. Melalui proses ini, pemerintah unit dapat menguji tahap kemahiran
semua pegawai dan PTT mereka dengan sempurna.
Setiap Latihan Kem Tahunan mesti mengandungi dua unsur latihan seperti berikut:
1. Unsur Pertama - Latihan Rejimental. 
Latihan hendaklah dilaksanakan dalam minggu pertama. Jadual latihan mestilah merangkumi
aktiviti-aktiviti berikut: 
•Penghidupan seharian/budaya tentera. 
•Perbarisan, kawad senjata dan kawad kaki. 
•Kegiatan-kegiatan untuk membina semangat setiakawan/ bangga diri dan sebagainya. 
•Malam amal/tahlil dan sebagainya. 
•Latihan asas ketenteraan (untuk anggota rekrut AW, unit pakar dan teknikal).
2. Unsur Kedua - Latihan Kemahiran Tentera. Jadual latihan hendaklah merangkumi aktiviti-aktiviti
berikut:
•Ujian pengkhususan bagi kor masing-masing
•Ujian taktikal dalam semua tahap peperangan. 
SUMBER : LAMA WEB RASMI BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN TENTERA DARAT MALAYSIA.

Anda mungkin juga menyukai