Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN CERAMAH MOTIVASI SMART PARENTING

KATA ALUAN

1. Yang berbahagia, encik Ahmad Sukri Bin Muhamad, selaku penceramah kita
pada hari ini.
2. yang Berusaha Puan Jamaliah Binti Sahaili, Guru Besar sk kg petanak,
3. yang berusaha Encik Ramlan bin ali , Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sk Kg Petanak
4. Yang dihormati barisan penolong kanan,

Guru-guru, barisan AJK PIBG, para ibu bapa pendukung generasi berwawasan, dan
seterusnya murid-murid permata harapan sekolah.

Selamat datang ke ceramah smart parenting. Terima kasih diucapkan atas


kerjasama yang diberikan dan kesanggupan ibu bapa dn penjaga meluangkan masa
bersama-sama untuk majlis hari ini.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU dan ibu periwiku

Sidang hadirin yang dihormati,

Bagi memulakan majlis pada pagi yang indah ini marilah bersama-sama kita
menyanyikan lagu Negaraku diikuti dengan Lagu Kebesaran Sarawak.

Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Hadirin dijemput duduk.

BACAAN DOA

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Hadirin dihormati.Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kitasama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh al-fadhil Ustaz Alfadil Ustaz
Shamsul Kamal Bin hj Maamor.
Dengan segala hormatnya Dipersilakan…

Amin amin ya rabbal alamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz shamsul Kamal kerana
mengetuai bacaan doa itu tadi.

1
UCAPAN GURU BESAR

Adat berbahasa menyampaikan pesan. 

Adat upacara Menyampaikan ucapan aluan.

Hadirin sekalian, kini, majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan daripada Puan
Jamaliah binti sahaili, guru besar sk Kampung Petanak. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi

UCAPAN YDP

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Encik RAMLAN


BIN ALI selaku Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru Sk Kg Petanak untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih

BIODATA & ceramah

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan ceramah kita pada hari ini.
Tetapi sebelum itu, izinkan saya menjelaskan sedikit latar belakang Cikgu Ahmad
Syuri bin Muhammad. Bak kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta.

Ahmad Syukri bin Muhamad diberi nama. Beliau mendapat tauliah sebagai
pengamal NLP di peringkat Malaysia dan antarabangsa certified NLP Practitioner di
Florida. Beliau juga mendapat pentauliahan Professional Learning Facilitator PLF
Peringkat Mastery oleh Founder, International NLP Master Learning Facilitator, NLP
Master Coach dan Master Hpnotherapist of Take Charge sdn bhd.

Oleh itu, dengan tepukan yang gemuruh marilah kita mempersilakan Encik Ahmad
Faizal, penceramah kita pada hari ini. Dipersilakan.

Terima kasih majlis ucapkan. Semoga dengan _

SESI SOAL JAWAB


2
Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Para hadirin dipersilakan
bertanyakan soalan

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis diteruskan lagi penyampaian cenderamata kepada penceramah. Sebelum itu,


majlis mempersilakan Yang Berusaha puan jamaliah binti Sahaili, guru besar Sk Kg
petanak dan Yang berusaha Encik ramlan bin Al, yang dipertua PIBG untuk
menjemput dan mengiringi penceramah kita. Dipersilakan.

Maka dengan itu, Berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Saya wakil daripada
pihak sekolah memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran atau kekurangan dalam
majlis ini.

Tetamu dijemput makan di kelas 4A. Ibu bapa dan murid di jemput menjamu
seleraa.

Anda mungkin juga menyukai