Anda di halaman 1dari 13

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU 551)

Matlamat Dan Ciri-ciri Tamadun Islam

Pengertian Tamadun Dan Tamadun Islam

Tamadun sering digambarkan dengan pembangunan yang sedang pesat

membangun serta kemajuan dari pencapaian sains dan teknologi. Pelbagai versi fahaman

tentang pengertian “tamadun” di dalam dunia ini namun generasi sekarang melihat ia dari

segi luaran sahaja tanpa mendalami pengisiannya.

Terdapat pelbagai bahasa di dunia ini, yang memberi takrif “tamadun”. Perkataan

“tamadun” dari segi bahasa ialah sama dengan perkataan dalam bahasa Inggeris

“Civilize” iaitu memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut

keperluan masyarakat. Ia juga membawa maksud keluar dari kehidupan barbarian

(primitif) kepada kehidupan yang baik iaitu mempunyai kehalusan akal budi dan

kesopanan1 .Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mencatakan pengertian tamadun

sebagai kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan sebagainya. Manakala

Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi di dalam Qamus al-Marbawi , menjelaskan

bahawa kata tamadun yang berasal daripada perkataan Arab “Maddana” yang bermaksud

membuat bandar atau kota serta memperhalusi budi pekerti. Daripada perkataan tersebut

maka muncul perkataan “madani”2. Perkataan tersebut sebenarnya merujuk kepada sifat

sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta menghaluskan budi

pekerti. Oleh itu,, tamadun itu bolehlah diertikan sebagai kemajuan, dalam semua aspek

baik pemikiran, budi pekerti, kesopanan dan sebagainya.

1
sarip_notaringkasTITAS.htm (internet)
2
Mustafa Haji Daud, “Tamadun Islam”, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1991 hlmn 2.

1
Di dalam proses pembentukan tamadun, ia bukannya berteraskan materialisme

semata-mata tetapi ia perlu diseimbangkan dengan teras-teras kerohanian. Kemunculan

agama dan ajaran adalah merupakan salah satu ciri penting dalam perkembangan

tamadun manusia. Dengan adanya pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan

asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran, penghasilan daya

cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni maka lahirlah satu ketamadunan

iaitu “Tamadun Islam”. Pencapaian manusia dalam konteks “Tamadun Islam” meliputi

dari segi pemurnian kerohanian3 di kalangan masyarakat iaitu berlandaskan ad-din maka

daripada pencapaian tersebut terciptalah daya pemikiran yang seimbang.

Matlamat Tamadun Islam

Tamadun Islam tidak terbatas kepada kemajuan, kebudayaan sahaja, tetapi

serentak dengan kerohanian.. Al-Din sebagai asas membentuk tamadun, bukan manusia

yang membentukya.

Masalah Pembangunan tamadun hari ini ialah generasi sekarang lebih terarah

kepada kebendaan dan mengabaikan teras-teras kerohanian. Pembangunan yang pesat

membangun telah menyebabkan mereka gagal memahami erti sebenar tamadun.

Di dalam prespektif Islam,matlamat Tamadun Islam adalah terbahagi kepada 3

iaitu menjaga hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia serta

hubungan manusia dengan alam.

3
Yussamir Yusof aljohori, journal “Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun” Ogos 2007

2
a) Hubungan manusia dengan Allah

Hubungan dengan Allah adalah antara matlamat dasar di dalam tamadun Islam,

kerana ia merupakan cara bagaimana manusia mengenali Allah sebagai Pencipta yang

terkandung di dalam rukun Iman, dan cara manusia berhubungan denganNYA yang

terkandung di dalam rukun Islam. Keimananlah yang menjadikan manusia bebas dari

cengkaman hawa nafsu dan kebendaan. Segala daya dan keringat diusahakan hanyalah

atas dasar untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, dan inilah yang dinamakan

Ikhlas.4

Orang yang beriman sentiasa di dalam keadaan tenang, bahagia dan tenteram.

Semua perkara ini diperolehi kerana mereka tidak ada kepentingan tersendiri di dalam

menjalankan aktiviti mereka, semuanya dilakukan atas nama Ibadah. Contohnya

keimananlah yang menyebabkan Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan dan para

sahabat yang lain menyedekahkan segala hartanya ke jalan Allah S.W.T setiap kali

berlakunya peperangan antara umat Islam dengan Musyrikin Mekah.Keimanan jugalah

yang menyebabkan banyak para sahabat yang berkesanggupan untuk menyeberangi

padang pasir dan lautan luas ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan Islam.5

Di dalam melakukan pekerjaan, manusia diberi pilihan untuk menentukan cara

yang mereka sukai. Jadi, mereka bebas berusaha (ikhtiar) untuk menentukan nasib

mereka sendiri.Walaupun begitu manusia perlu sedar dengan batas-batas mereka. Mereka

tidak perlu terlalu ghairah untuk mendapat sesuatu dan tidak sesekali merasa resah atau

4
Yussamir Yusof aljohori, journal “Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun” Ogos 2007
5
Mustafa Haji Daud, “Tamadun Islam”, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1991 hlmn

3
gundah gulana apabila sesuatu yang diusahakan tidak berhasil.Bagi orang-orang yang

beriman mereka akan bersabar dan menganggapnya sebagai Qada’ dan qadar dari Allah 6.

Perkara ini amat berbeza bagi mereka yang tidak beriman,menurut beberapa

laporan bahawa pada tahun 1974 seramai 10 ribu orang Jerman telah membunuh diri

kerana kekecewaan mereka dengan tamadun kebendaan.7Kekecewaan mereka ini bertitik

tolakkan dengan sikap keterlaluan manusia yang materialistik iaitu membeza-bezakan

kedudukan atas dasar kebendaan atau material,misalnya mereka yang berkenderaan

mewah dipandang tinggi, jika tidak ada rumah yang besar maka tidak akan dilayan dan

sebagainya. Mata manusia ketika itu telah dikaburi dengan kebendaan .Jadi, apa yang kita

dapat simpulkan di sini, dengan adanya keimanan dan percaya kepada ketentuan Allah,

kita tidak terpesong daripada akidah kita.

Ia telah pun dijelaskan dalam Surah At Tin, ayat 4 yang bermaksud “ Bahawa

Kami (Allah) menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian. Maka, ketinggian dan

kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada mereka tidak boleh dianggap remeh dan

dipersiakan.8 Oleh yang demikian, di dalam tamadun Islam, matlamat ini menuntut kita

berfikir, berusaha untuk mencapai sesuatu dengan mendapatkan keredhaan Allah.

b) Hubungan manusia dengan manusia


6
7
Mustafa Haji Daud, “Tamadun Islam”, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1991 hlmn
8
Hashim Ahmad “Terlalu fikir kesempitan hidup boleh jejas akidah”
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Agama/20080302221914/Article/ 25/02/2008

4
Kemudian matlamat seterusnya adalah hubungan Manusia dengan manusia.

Perkara ini haruslah diberi penekanan yang wajar di dalam proses menyempurnakan

hubungan manusia dengan manusia. Hal ini disebabkan manusia tidak boleh hidup

bersendirian dan sesungguhnya manusia itu secara semula jadi saling memerlukan di

antara satu sama lain bagi melengkap dan melengkapi.

Setiap manusia diberikan penghormatan yang sama oleh Alah S.W.T Menyedari

hakikat persamaan taraf ini, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk bermu’amalah

secara yang ditentukan oleh Allah S.WT kerana manusia adalah khalifah di sisi Allah

S.W.T. Mereka yang paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah mereka yang bertakwa

kepadaNYA. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat terjemahannya:

Wahai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki

dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku

supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara

kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah

Maha megetahui lagi Maha Mengenal .

(Surah al-Hujuraat 49:13)9

Di dalam terjemahan surah al-Hujuratt tersebut,ia menyedarkan kita akan

kesempurnaan hidup bermasyarakat. Manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka

bumi perlulah bermu’amalah secara Islam kerana Islam sentiasa memperjuangkan

kesatuan umat manusia. Manusia dituntut untuk saling tolong-menolong, nasihat-

9
“matlamat tamadun islam”-http://us.geocities.com/tamadunislam/index002.htm upsi

5
menasihati, dan saling mengajak melakukan perkara yang baik,iaitu amal ma’aruf nai

munkar.

Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud “Bertolonglah kamu berbuat

kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya.

Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sangat keras seksaannya’’.(Surah

alMaidah , ayat 2) 10

Matlamat ini juga menginsaf dan menyedarkan manusia agar sentiasa ingat dan

bersyukur kepada Allah S.W.T apabila dikurniakan pangkat, kuasa, harta, nikmat dan

rahmat. Mereka yang bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T akan neningkatkan lagi

ibadat kepada-NYA . Jika manusia itu kufur dengan nikmat Allah S.W.T dengan

meningkatkan ibadat dan melakukan maksiat, mereka dijanjikan pembalasan azab yang

pedih sebahagiannya di dunia lagi dan yang pasti di akhirat. Jadikan kejatuhan-kejatuhan

empayar-empayar Islam seperti Kerajaan Uthmaniah yang hebat itu dan kisah penduduk

di Jerman tadi sebagai pengajaran.

10
Hashim Ahmad “Terlalu fikir kesempitan hidup boleh jejas akidah”
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Agama/20080302221914/Article/ 25/02/2008

6
c) Hubungan manusia dengan alam sekitar

Matlamat yang terakhir sekali adalah hubungan Manusia dengan alam. Hubungan

ketiga ini selalu dianggap enteng dan remeh oleh masyarakat kita sekarang di dalam

pembentukkan tamadun. Bukit digondol,pokok ditebang,gunung dibelah,pencemaran

udara,pencemaran air dan pelbagai lagi perbuatan-perbuatan yang tiada belas kita

lakukan terhadap Alam..Sedangkan perkara itu semua perlu dijaga.

Di dalam Tamadun Islam, ia amat menitikberatkan dan turut mengatur serta

menyempurnakan hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya. Cara yang terbaik

untuk manusia itu bertindak apabila berhubungan dengan alam sekitarnya adalah

dititikberatkan oleh tamadun Islam.Syariah Islam yang disempurnakan melalui perutusan

Nabi Muhammad S.A.W menjamin perlindungan dan hak kepada semua makhluk untuk

hidup sejahtera di muka bumi seperti digambarkan Allah melalui firman-Nya yang

bermaksud: "Dan Kami tidak mengutuskan engkau Muhammad melainkan untuk menjadi

rahmat bagi semesta alam (Surah al-Anbiya, ayat 107). Oleh demikian, usaha

memakmurkan bumi dan penjagaan alam semesta adalah sejajar denga tuntutan

syariatIslam11.

Di atas muka bumi contohnya terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang

boleh diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan

pula dijadikan oleh Allah S.W.T untuk membolehkan manusia mendapatkan kenyamanan

11
Che Asmah Ibrahim, “Jendela Hikmah: Nikmati dunia dengan prinsip Illahi”
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20080229001316/Article/(internet)
29/02/2008

7
berteduh di bawahnya, dijadikan bahan binaan rumah, perabot dan buahnya pula

dijadikan makanan yang lazat12.

Di dalam perut bumi pula terdapat pelbagai galian yang boleh digunakan untuk

pelbagai tujuan dalam industri berat yang menghasilkan pelbagai kenderaan, alat binaan

rumah, perhiasan dan lain-lain lagi.Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat,

terjemahannya:

Dan ialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan

dengan air itu segala macam tumbuhan, maka kami keluarkan daripada tumbuh-

tumbuhan itu tanam-tanaman yang menghijau. Kami keluarkan daripada tanaman yang

menghijau itu butir-butir yang banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai

tangkai-tangkai yang menjurai.(Dan daripada itu Kami keluarkan pula) kebun-kebun

anggur dan Kami kelarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa.

Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu pohonnya berbuah dan (perhatikanla pula)

kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kekuasaan Allah)

bagi orang yang beriman.

(Surah al-an’aam 6:99)

Sebagai khalifah, manusia adalah penerima amanat terbesar yang tidak sanggup

diterima makhluk lain. Perkara ini dirakamkan dalam firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-

12
“matlamat tamadun islam” http://us.geocities.com/tamadunislam/index002.htm Upsi

8
ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan

mengkhianatinya, dan dipikul amanat itu oleh manusia." – (Surah al-Ahzab, ayat 72) 13

Manusia seharusnya sedar setiap langkah dan perbuatan akan memberi kesan

kepada alam sekeliling. Kerosakan dan kemusnahan alam yang berlaku memberi kesan

secara langsung kepada perjalanan hidup manusia. Sebagai contoh, Apabila sungai yang

menjadi sumber bekalan air utama kepada kehidupan manusia, tumbuhan dan haiwan

tercemar, ia akan menjejaskan mutu kehidupan seperti melakukan ibadat solat yang

memerlukan kita menyucikan diri dengan air bersih. Begitu juga apabila udara tercemar

akibat perbuatan tangan kita sendiri, maka kita tiada pilihan melainkan menghirup

kembali udara tercemar itu untuk tujuan pernafasan. Keadaan ini akan menjejaskan

ekosistem yang mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan membawa kerugian kepada

kita14.

Kejadian seperti itu sepatutnya memberi kesedaran dan pengajaran kepada

manusia bahawa setiap usaha pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil

kira tiga perkara iaitu hubungan dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama manusia

dan hubungan manusia dengan alam semesta. Ketiga-tiga perkara ini adalah dasar kepada

tindak tanduk manusia sebagai khalifah yang dapat melindungi manusia dan alam.

Kegagalan menghormati ketiga-tiga perhubungan ini akan menyebabkan kehancuran

kehidupan.

13
Che Asmah Ibrahim, “Jendela Hikmah: Nikmati dunia dengan prinsip Illahi”
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20080229001316/Article/(internet)
29/02/2008
14
ibid

9
Ciri-ciri Tamadun Islam

Ciri-ciri tamadun Islam juga disebut sebagai ciri-ciri khusus Islam. Di antara ciri-

ciri utama tamadun Islam ialah menyeluruh (sempurna) . Islam meliputi seluruh aspek

kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan

dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama manusia.

Ia juga menekankan keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan

Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya.

Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak

kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah. Tidak ada institusi yang lebih mulia

selepas institusi kehakiman kecuali institusi kehakiman di dalam tamadun Islam( hisbah)

kerana ia melaksnakan urusan agama dan ia menuntut kita menyuruh kepada kebaikan

dan mencegah kemungkaran15. Kita boleh bermula dengan melihat agama (“al-din”)

menerusi pengertiannya yang menyeluruh sebagaimana sifat Islam yang membawa

kepada timbulnya “diri” peradaban tertentu dengan ciri-ciri yang semuanya berpaksikan

tauhid atau keyakinan terhadap Keesaan Tuhan yang Mutlak. Bermula daripada aspek

yang paling batin, dengan akidah dan hidup rohaniahnya, berserta dengan nilai-nilai

akhlaknya, hingga kepada peraturan-peraturan hidup yang menyeluruh, yang

merangkumi seluruh aspek hidup manusia dan tamadunnya, yang membawa kepada

timbulnya institusi-institusi, cara-cara pemerintahan, perkembangan ilmu sastera dan

sains, dengan aspek-aspek fisikal, sosial, moral, dan rohani peradaban atau tamadun yang

15
Mohd Rumaizuddin Ghazali, “Institusi Hisbah Pemangkin Kepada Kesejahteraan Masyarakat dan
Negara” Minda Madani online

10
dibinanya. Dengan itu timbullah “peribadi” peradaban yang berupa keseluruhan yang

organik itu.

Ciri-ciri utama yang kedua bagi agama Islam ialah umum. Tamadun Islam

bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat kerana ciri umumya bersifat

sejagat dan terbuka. Sejagat bernaksud tidak terikat dengan lokasi geografi dan bangsa

tertentu. Ia juga tidak dibatasi sempadan politik dan budaya. Ia wujud di seluruh dunia

dalam lingkungan umat yang berpegang kepada al-Din. Ini jelas dalam al-Quran, Ini

bermakna Islam adalah agama untuk seluruh ummat manusia di mana juga berada dan

hingga akhir zaman (al-anbiya:107) Agama Islam yang diamalkan dalam tamadun Islam

juga bersesuaian dengan fitrah dan akal manusia.Segala apa yang disyariatkan itu pada

hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia, kerana Allah sajalah yang mengetahui

hakikat dan kejadian manusia (al-Rum, 30, al Baqarah:164)16

Istilah terbuka pula memberikan gambaran tamadun Islam bersifat terbuka di

dalam aspek iaitu ia menerima perkara yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Tamadun juga mengiktiraf sumbangan masyarakat bukan Islam dalam Negara Islam.

Selain itu, bertoleransi terhadap sistem kepercayaan atau kebudayaan orang lain.

Masyarakat bukan Islam di bawah pemerintahan Islam bebas mengamalkan agama dan

kepercayaan mereka.

16
“Peranan Agama Islam alam Kehidupan manusia“Ciri-ciri islam Syumul
”www.anglefire.com/maridjan/agama.htm

11
Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal. Ini bermakna

Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat

pembinaan tamadun manusia, tetap anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya. Ia

juga memberikan tafsiran agama Islam itu adalah sepanjang zaman. Ia tidak ada

sempadan waktu dan zaman. Agama Islam yang diturunkan oleh Allah kepada junjungan

kita Nabi Muhammad S.A.W untuk disampaikan kepada umatnya adalah tetap dan tidak

berubah-ubah.

Hal ini menjelaskan syari’at yang Allah tetapkan tidak akan berubah, ini berbeza

dengan undang-undang manusia yang selalu berubah dan dipinda.Tidak ada yang kurang

lengkap atau yang salah dalam Syari’at Allah, adapun yang berkembang dalam fiqh Islam

iaitu Ijtihad, masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan dan perkembangan

semasa, dengan syarat tidak bercanggah dengan nash yang telah ada dalam Qur’an dan

Sunnah..17 Tamadun Islam menerima semua kemajuan umat yang berteraskan akidah

Islam.

Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistik. Islam sentiasa

menekankan dan meletakkan manusia d tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan

dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah

dengan ajaran Allah S.W.T. Setiap hukum dalam Islam mengambil kira keadaan manusia

dan memberikan keringanan bila berhalangan. Oleh kerana itu, tidak boleh dikatakan

tidak sesuai dengan perkembangan zaman, kerana fiqh Islam sebenarnya dapat menjawab

17

12
segala masalah atau perkembangan baru dalam kehidupan manusia, selama pintu ijtihad

terbuka kepada mujtahid18.

Kesimpulan daripada kupasan matlamat dan ciri-ciri tamadun islam memberikan

kita gambaran tentang Ketamadunan Islam.Pada zaman tamadun islam amat

berkembang dan terkenal dengan Kita sepatutnya mengambil iktibar dan

mencontohi di atas kejayaan tamadun Islam. Zaman kegemilangan tamadun Islam akan

pudar ditelan zaman sekiranya sikap kita yang masih terlalu melihat dan mementingkan

kebendaan.Ketamadunan yang berjaya ialah tamadun yang mementingkan dalaman dan

luaran,kerana kecantikan diluar tidak semestinya di dalamnya baik.Oleh itu kita perlu

memastikan bahawa kecantikan luaran kita mesti selari dengan kecantikan

didalamnya,barulah kita mencapai Tamadun bangsa Malaysia.Perkara ini perlu diambil

perhatian lagi-lagi dikalangan para pemimpin kerana kita tidak mahu kemerdekaan ke 50

tahun kita hanya diisi dengan kemajuan kebendaan semata-mata tapi perlulah diisi

dengan kerohanian dan kebendaan.Barulah ketamadunan Bangsa Malaysia dicapai

dengan jayanya....

18

13

Anda mungkin juga menyukai