Anda di halaman 1dari 3

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kotabesar

mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumahsemasa keluar


bekerja.Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga
setengahtahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan

pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu

pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian


yangdibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertasdan lain-
lain di laman rumahnya.Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia
pun

melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi keranadiperbuat


daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanyapada kereta baru
ayahnya.Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkankreativitinya.Hari itu bapa
dan ibunya bermotosikal ke tempat

kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Penuh


sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.Dilakarnya gambar ibu
dan ayahnya, gambarnya sendiri,lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya.

Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.Pulang petang itu,


terkejut badaklah pasangan itu melihatkereta yang baru setahun dibeli
dengan bayaran ansuran,berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk
ke rumahterus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"Pembantu rumah yang
tersentak dengan jeritan itu berlarikeluar. Dia juga beristighfar. Mukanya
merah padamketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus

mengatakan "Tak tahu... !""Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa
kau buat?"herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara
ayahnya,tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja
diaberkata "Ita buat ayahhh.. cantikkan!" katanya menerkam ayahnya
ingin bermanja sepertiselalu.Si ayah yang hilang sabar merentap ranting
kecil pokok bungaraya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak
tangananaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-
lolongkesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah
memukul pula belakangtangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri,
mungkinsetuju dan berasa puas dengan hukuman yang
dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa.
Sibapa cukup rakus

memukul-mukul tangan kanan dankemudian tangan kiri anaknya.


Selepas si bapa masu kerumah dituruti si ibu, pembantu rumah
menggendong anakkecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak
tangan danbelakang tangan si anak kecil calar balar.Pembantu rumah
memandikan anak kecil itu. Sambilmenyiram air sambil dia menangis.
Anak kecil itu pula terjerit- jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar
itu terkena air. Sipembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.
Sibapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembanturumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si

anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyakgamat tu!"


balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak
kecil itu yangmenghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu

mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak

menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiaphari


bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya
ringkas. "Bagi minum panadol tu," balassi ibu. Sebelum si ibu masuk
biliktidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihatanaknya ita
dalam pelukan pembantu rumah, dia menutupsemula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannyabahawa


suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawake klinik.Pukul 5.00
siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya sianak yang longlai dibawa
ke klinik. Doktor mengarahnya iadirujuk ke hospital kerana keadaannya
serius.Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapadan ibu
kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yangmencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itudipotong kerana gangren yang terjadi
sedah terlalu teruk. "Iasudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu
dipotong darisiku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan
terkenahalilintar mendengar kata-kataitu.Terasa diri tunggang terbalik,
tapi apalah dapat dikatakan. Siibu meraung merangkul si anak. Dengan
berat hati danlelehan air mata isterinya, si bapa terketar-
ketarmadandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yangdikenakanhabis,

si anak menangis kesakitan. Dia jugaterpinga-pinga melihatkedua-dua


tangannya berbalut putih.Direnung muka ayah dan ibunya.Kemudian ke
wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi

melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahansakit, si anak


yang keletah bersuara dalam linangan air mata."Abah.. Mama... Ita tak
buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Itatak mau jahat. Ita sayang abah..
sayang mama." katanyaberulang kali membuatkan si ibu gagal menahan
rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajahpembantu
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya

itu meraung seperti histeria."Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa
ambil.. Ita janjitak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main
macammana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata

anaknya. Meraungdiasekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada


manusiadapat menahannya.

Anda mungkin juga menyukai