Anda di halaman 1dari 1

ARNAB DENGAN BUAYA

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-
arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula
tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam
hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong.
Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-
haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang
suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya
sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.

“Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti
aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh
gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.

“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab
berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti
banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa gigiku.
Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun
menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah
lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat
arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Kawan-kawan, cerita ini
mengingatkan kita bahawa kita perlu berfikir sebelum bertindak untuk mengelakkan diri
daripada bahaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai