Anda di halaman 1dari 10

Bab 3: Kegravitian

BAB 3 : KEGRAVITIAN

3.1 Hukum Kegravitian Semesta Newton

Daya graviti Daya graviti dikenali sebagai daya semesta kerana daya
graviti bertindak antara mana – mana dua jasad dalam alam
semesta
Daya graviti antara • Daya graviti berkadar terus dengan hasil darab jisim dua
dua jasad jasad, iaitu F ∝ m1 m𝟐

• Daya graviti berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di


1
antara pusat dua jasad tersebut, iaitu F ∝
r𝟐

𝒎1 m2
F∝
r2

Daya graviti wujud secara berpasangan.


Kedua – dua jasad mengalami daya graviti yang sama
magnitud.

Kedua – dua epal dan Bumi mengalami daya graviti yang


sama.
Ini menyebabkan epal dan Bumi bergerak mendekati satu
sama lain.
Oleh sebab jisim Bumi jauh lebih besar daripada jisim epal,
daya graviti tidak ada kesn yang ketara ke atas pergerakan
Bumi.
Oleh itu, pemerhati di Bumi hanya memerhati epal itu jatuh ke
arah Bumi.

Hukum Kegravitian F berkadar terus dengan hasil darab jisim – jisim jasad dan
Semesta Newton berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara mereka.
𝒎1 m2
F=G
r2

Dua jasad yang berjisim M dan m yang terpisah sejauh r akan


mengalami daya tarikan graviti sebesar F.

F = daya tarikan graviti antara dua jasad


m1 = jisim bagi jasad pertama
m2 = jisim bagi jasad kedua
r = jarak di antara pusat jasad pertama dan pusat jasad kedua
G = pemalar kegravitian (G = 6.67 x 10-11 N m2 kg-2)

1
Bab 3: Kegravitian

Menyelesaikan Masalah Melibatkan Hukum Kegravitian Semesta Newton

Semakin besar jisim jasad, semakin Daya graviti berkurang apabila jarak di
besar daya graviti antara dua jasad bertambah
F1 < F2 F1 > F2

1) Dua pelajar berjisim 50 kg dan 55 kg


masing – masing berada dalam
keadaan pegun. Jarak antara dua
pelajar itu ialah 2.0 m.
Hitungkan daya graviti yang
bertindak antara 2 pelajar tersebut.

Jisim matahari = 1.99 x 1030 kg


Jarak antara Bumi dengan matahari =
1.50 x 1011 m.
Jisim bulan = 7.35 x 1022 kg
Jisim Bumi = 5.97 x 1024 kg
Jejari Bumi = 6.37 x 106 m
Jisim satelit = 1.20 x 103 kg
Jarak antara Bumi dengan satelit = 4.22
x 107 m

a) Berapakah daya graviti ke atas satelit


sebelum ia dilancarkan?

b) Hitungkan daya graviti antara Bumi


dengan satelit

c) Hitungkan daya graviti antara Bumi


dengan matahari

d) Daya graviti antara Bumi dan bulan


ialah 2.00 x 1020 N. Berapakah jarak
antara pusat Bumi dengan pusat
bulan?

2
Bab 3: Kegravitian

Menghubung kait pecutan graviti, g di permukaan Bumi dengan pemalar kegravitian


semesta, G.

Hukum Gerakan Newton Kedua Hukum Kegravitian Semesta Newton

F = ma // F = mg GMm
F=
r𝟐

GMm g = pecutan graviti


mg = G = pemalar kegravitian = 6.67 x 10-11 N m2 kg-2
r2
M = jisim Bumi = 5.97 x 1024 kg
GM r = jarak antara pusat Bumi dengan pusat jasad (r = R + h)
g= R = jejari Bumi = 6.37 x 106 m
r2
h = ketinggian jasad dari permukaan Bumi

Nilai g berkadar terus dengan jarak dari Nilai g berkadar songsang dengan jarak
pusat Bumi untuk r < R dari pusat Bumi untuk r  R

Di kedudukan dengan ketinggian h dari Di permukaan Bumi, ketinggian h = 0.


permukaan Bumi, jarak dari pusat Bumi Maka, r = jejari bumi, R
ialah r = (R + h)

Dengan itu, pecutan graviti, Pecutan graviti di permukaan Bumi,


GM GM
g= g= 2
(R +h)2 𝑹

Kepentingan Mengetahui Nilai Pecutan Graviti

GM
Rumus g = 𝑹2 boleh digunakan untuk menghitung pecutan graviti di atas
permukaan jasad lain seperti bulan, matahari dan planet lain.

Apabila nilai pecutan graviti diketahui, magnitud daya graviti yang bertindak pada
objek di permukaan planet dapat dihitung.
Ini penting dalam penerokaan angkasa dan kelangsungan kehidupan.

3
Bab 3: Kegravitian

Kesan Graviti Terhadap Tumbesaran Manusia

Kesan graviti rendah Kesan graviti tinggi


Perubahan Ketumpatan tulang berkurang
ketumpatan
Kerapuhan Lebih rapuh
tulang
Saiz peparu
Sistem
peredaran darah
Tekanan darah

Daya Memusat dalam Sistem Gerakan Satelit dan Planet

Apabila suatu jasad bergerak dalam


bulatan pada halaju seragam, jasad itu
dikatakan berada dalam gerakan
membulat seragam.

Jasad dalam gerakan membulat sentiasa


mengalami perubahan arah halaju
walaupun halajunya seragam.

Bagi jasad dalam gerakan membulat,


satu daya bertindak pada jasad dalam
arah ke pusat bulatan.
Daya ini dinamakan daya memusat.

Daya memusat,
mv2
F=
r

F = daya memusat
m = jisim
v = halaju linear
r = jejari bulatan

* halaju linear menunjukkan berapa laju


jasad bergerak dalam bulatan

Objek yang mengorbit Bumi sentiasa Sistem gerakan satelit dan planet adalah
jatuh bebas ke arah pusat Bumi. gerakan membulat yang sentiasa
mengalami pecutan memusat, a di mana:
Dengan membandingkan formula
v2
Daya, F = ma dan a=
r
mv2
Daya memusat, F = r
, kita dapat →
v = laju linear
r = jejari orbit
Daya memusat membolehkan satelit mengorbit Bumi tanpa dipacu sebarang
tujahan roket.
Satelit sentiasa mengalami daya graviti yang bertindak ke arah pusat Bumi.
Daya graviti ke atas satelit bertindak sebagai daya memusat.

4
Bab 3: Kegravitian

Jisim Bumi dan Matahari

M = jisim Bumi
m = jisim bulan
r = jejari orbit bulan
T = tempoh peredaran bulan mengelilingi Bumi
v = halaju linear bulan

Jarak yang dilalui bulan dalam satu orbit


mengelilingi Bumi = 2r

jarak
Halaju linear bulan, v = masa

2𝛑r
v=
T

Hukum Kegravitian Semesta


GMm
Newton F=
r𝟐
Daya memusat
mv2
F=
r
Samakan persamaan
GMm mv 2
=
r2 r
Hapuskan m
GM v 2
=
r2 r
Gantikan v GM (2𝛑𝒓)2
=
r2 rT 2

GM 𝟒𝛑2 r 2
=
r2 rT 2

Susun semula
4𝝅2 r 3
M=
GT 2

Formula untuk menentukan jisim Bumi 4𝝅2 r 3


atau Matahari M=
GT 2
Data yang diperlukan untuk mengira • Jejari orbit satelit / bulan
jisim Bumi • Tempoh putaran

Data yang diperlukan untuk mengira • Jejari orbit planet


jisim Matahari • Tempoh putaran planet

5
Bab 3: Kegravitian

3.2 Hukum Kepler

Hukum Kepler I (Law of Orbits) Hukum Kepler I menyatakan bahawa orbit


bagi setiap planet adalah elips dengan
matahari berada di salah satu fokusnya

Planet mempunyai orbit berbentuk elips


Paksi major lebih panjang daripada paksi
minor.
Jejari orbit adalah nilai purata bagi jarak
antara planet dengan matahari

Hukum Kepler II (Law of Areas) Hukum Kepler II menyatakan bahawa satu


garis yang menyambungkan planet dengan
matahari mencakupi luas yang sama ketika
selang masa yang sama apabila planet
bergerak dalam orbit.

Luas kawasan AFB adalah sama dengan


luas kawasan CFD jika masa yang sama
diambil untuk bergerak dari AB dan CD.
Laju linear AB > CD

Hukum Kepler III (Law of Period) Hukum Kepler III menyatakan bahawa
kuasa dua tempoh planet adalh berkadar
terus dengan kuasa tiga jejari orbitnya, T2 α
r3.
Planet yang mengorbit dengan jejari yang
lebih besar akan mempunyai tempoh orbit
yang lebih panjang.

Hukum Kegravitian GMm


Semesta Newton F=
r𝟐
Daya memusat
mv2
F=
r
Halaju linear 2𝛑r
v=
T
Oleh itu 4𝝅𝟐 3
T2 = ( )r
GM

T2 = kr3  T2 α r3

Di mana
4𝝅2
k=
GM
Bagi sistem planet dan matahari, M ialah jisim matahari
Bagi sistem satelit dan Bumi, M ialah jisim Bumi

6
Bab 3: Kegravitian

Penyelesaian masalah menggunakan rumus Hukum Kepler III

Dari Hukum Kepler III Bagi planet 1, Bagi planet 2,


4𝝅𝟐 3 4𝝅2 3 4𝝅2 3
T2 = ( )r T21 = ( )r T22 = ( )r
GM GM 1 GM 𝟐

Planet 1  Planet 2 T21 r31


=
T22 r32
Bagi planet yang mengorbit Matahari;
r = jarak antara pusat planet dengan pusat Matahari

Bagi satelit yang mengorbit Bumi;


r = R + h (jarak antara pusat Bumi dengan pusat satelit)
R = jejari Bumi = 6370 km
H = ketinggian satelit dari permukaan Bumi

3.3 Satelit Buatan Manusia

Orbit Satelit
Satelit akan bergerak dalam orbit pada ketinggian tertentu dengan laju linear yang
sesuai.
Rumus daya memusat dan Hukum Kegravitian Semesta Newton digunakan untuk
menerbitkan dan menentukan laju linear satelit

Daya memusat = Daya graviti


mv2 GMm
=
r r𝟐
GM
v2 =
r

GM
v=√
r
r=R+h
Satelit buatan manusia boleh kekal mengorbit pada ketinggian tertentu mengelilingi
Bumi dengan jejari orbit, r jika satelit itu diberikan laju linear satelit
GM
v=√
r
Pecutan memusat satelit adalah sama dengan pecutan graviti

Jika laju linear satelit kurang, satelit akan jatuh ke orbit yang lebih rendah &
memasuki atmosfera

Jika laju linear satelit lebih, satelit akan menjana haba dan terbakar kerana
rintangan udara

7
Bab 3: Kegravitian

Satelit Geopegun dan Satelit Bukan Geopegun

Satelit Geopegun Satelit Bukan Geopegun


Orbit mengelilingi Bumi

GM
v=√
r

4𝛑2 3
T=√ r
GM
Arah gerakan sama dengan arah putaran Arah gerakan tidak perlu sama dengan
Bumi arah putaran Bumi

T = 24 jam T lebih pendek atau lebih panjang


daripada 24 jam

Berada di atas tempat yang sama di Berada di tempat yang berubah – ubah
muka Bumi di permukaan Bumi

Satelit komunikasi Pengimejan Bumi


GPS
Kaji cuaca

MEASAT TiungSAT
RazakSAT
Pipit
ISS

Halaju Lepas

Halaju lepas, v ialah halaju minimum yang diperlukan oleh objek di permukaan
Bumi untuk mengatasi daya graviti dan terlepas ke angkasa lepas.

Halaju lepas akan dicapai apabila tenaga kinetik minimum yang dibekalkan kepada
objek telah mengatasi tenaga keupayaan graviti

Tenaga Keupayaan Graviti + Tenaga Kinetik Minimum = 0


GMm 1
(− ) + mv2 = 𝟎
r 2

2GM
v2 =
r
2GM
v=√
r

8
Bab 3: Kegravitian

Pengiraan halaju lepas Bumi

Jisim Bumi, M = 5.97 x 1024 kg


Jejari Bumi, R = 6.37 x 106 m

2GM
Halaju lepas Bumi, v = √ r

2 x (𝟔.𝟔𝟕 𝒙 𝟏𝟎−𝟏𝟏 ) 𝒙 (𝟓.𝟗𝟕 𝒙 𝟏𝟎𝟐𝟒 )


=√ 𝟔.𝟑𝟕 𝒙 𝟏𝟎𝟔

= 11.2 km s-1

Manfaat & Implikasi Halaju Lepas


• Bumi dapat mengekalkan lapisan atmosfera di sekelilingnya. Molekul atmosfera
bergerak dengan laju linear purata 500 m s-1 ( < 11200 m s-1). Molekul atmosfera
tidak boleh terlepas dari Bumi.

• Kapal terbang atau jet boleh terbang pada aras yang tinggi dalam atmosfera.
Halaju kapal terbang = 250 m s-1 & halaju jet = 2200 m s-1.

• Pelancaran roket memerlukan kuantiti bahan api yang besar. Pembakaran bahan
api perlu menghasilkan kuasa rejang yang tinggi bagi membolehkan roket
mencapai halaju lepas dari Bumi dan menghantar kapal angkasa ke angkasa
lepas.

Penyelasaian masalah melibatkan halaju lepas

Kirakan halaju lepas bagi jasad – jasad berikut:


[G = 6.67 x 10-11 N m2 kg-2]

Bumi Bulan
Jisim Bumi, M = 5.97 x 1024 kg Jisim Bulan, M = 7.35 x 1022 kg
Jejari Bumi, R = 6.37 x 106 m Jejari Bumi, R = 1.74 x 106 m

Marikh Matahari
Jisim Marikh, M = 6.42 x 1023 kg Jisim Matahari, M = 1.99 x 1030 kg
Jejari Marikh, R = 3.40 x 106 m Jejari Matahari, R = 6.96 x 108 m

9
Bab 3: Kegravitian

10

Anda mungkin juga menyukai