Anda di halaman 1dari 18

KPD3026- PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

KAJIAN TINDAKAN

NAMA: SITI ARISHA BINTI MOHD SABRI


NO. MATRIK: D20171078732
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (GEOGRAFI)
SEMESTER: 6
KUMPULAN: AT33 D
NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. HANIFAH BINTI MAHAT

Isi kandungan Muka


surat
Abstrak ……………………………………………………………………... 1
1.0 Refleksi P & P yang lalu………………………………………………... 2-3
2.0 Isu Keperihatinan……………………………………………………….. 3
3.0 Objektif Kajian…………………………………………………………..
3.1 Objektif Am
3.2 Objektif Khusus 3-4
4.0 Kumpulan Sasaran………………………………………………………. 5
5.0 Pelaksanaan 5-7

Kajian………………………………………………………
5.1 Tinjauan masalah…………………………………………………..
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.3 Tindakan yang dijalankan
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
5.5 Refleksi Kajian……………………………………………………. 7
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya………………………………………….. 8-9
Rujukan………………………………………………………………………. 10
Lampiran…………………………………………………………………….. 11-15

ii
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBINA PETA LAKAR DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH MAIN PERANAN DALAM PEMBELAJARAN DAN

PENGAJARAN (PdP) GEOGRAFI

ABSTRAK
Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran dalam membina peta lakar dengan
menggunakan kaedah main peranan dalam kalangan murid murid tingkatan 1. Seramai 19
orang murid terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh
sebilangan murid kelas ini dalam menggunakan simbol pada peta lakar, pengkaji telah
melakukan perancangan tindakan yang ditumpukan kepada memperkenalkan dan
memahirkan murid dalam menggukan simbol pada peta lakar dengan tepat. Tindakan telah
dibuat dengan menyuruh murid utnuk membina peta lakar berdasarkan pemerhatian pada apa
yang ada di sekitar sekolah dan berdekatan. Setelah aktiviti ini, mereka telah diberikan satu
set soalan ujian dan mereka Berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul.
Begitu juga dengan perubahan sikap murid di akhir kajian ini menunjukkan kaedah ini dapat
meningkatkan daya ingatan dan kemahiran mereka dalam menentukan simbol pandang darat
fizikal dan budaya pada peta dengan tepat. Kesimpulannya, kaedah ini secara umumnya dapat
memberi dorongan kepada murid-murid untuk meminati pelajaran geografi. Dicadangkan
pada masa akan datang, kaedah main peranan ini dapta dipraktikkan dalam pengajaran untuk
topik melakar peta bagi memantapkan lagi pemahaman dan kemahiran murid-murid.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Mata pelajaran geografi merupakan satu mata pelajaran yang meliputi bahagian
kemahiran dan pengetahuan geografi. Setiap murid perlu mahir dalam mengukur elemen
geografi yang dipelajari. Salah satu daripada elemen kemahian yang perlu dikuasai oleh
murid ialah membina peta lakar. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu bagi
tajuk ini ke atas murid tingkatan 1, didapati sebilangan murid kelas ini masih lagi keliru
dalam menentukan simbol pada peta lakar. Mereka juga keliru dengan penggunaan simbol
pandang darat fizikal dan pandang darat budaya. Hal ini menyebabkan, mereka tidak dapat
menggunakan simbol yang betul pada peta.

Satu refleksi telah ditulis oleh pengkaji dalam RPH pada sesi pengjaran berkenaan. Pada
pengajaran tersebut mendapati bahawa pengjaran tidak mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Objektif pengajaran hanya dapat dicapai sebanyak 80% iaitu seramai 17 daripada
19 orang pelajar yang berjaya melakukan kemahiran asas dalam membina peta yang betul.
Antara faktor yang menyebabkan pengajaran tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan
adalah:

 Kekangan masa
 Penggunaan ABM
 Tidak mempunyai kemahiran asas

Bagi punca kekangan masa, masa yang diperuntukkan untuk satu sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah selama 30 minit. Sesi pengajaran dan pembelajaran mengambil masa 20
minit dan baki 20 minit untuk pelajar melakukan aktivti untuk membina peta adalah terlalu
singkat utnuk pelajar mempelajari kemahiran baru.

Seterusnya adalah penggunaan alat bantu pengajar (ABM). Penggunaan ABM seperti
‘chalk and talk’ dalam pengajaran menyebabkan kaedah pengajaran menjadi kurang menarik.
Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar.

Punca lain talah tidak mempunyai kemahiran asas. Tiada pengetahuan awal menyebabkan
pelajar perlu mengambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu kemahiran atau
pembelajaran yang baru. Menurut Tuan Jah Tuan Yusuf (2010), pengalaman sedia ada

2
penting untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan dan membolehkan murid lebih cepat
memahami apa yang dipelajari.

Kefahaman yang amat rendah terhadap Geografi menyebabkan mereka sukar untuk
mempraktikkan atau menggambarkan pembelajaran tersebut ke dalam dunia realiti sedangkan
subjek Geografi merupakan subjek yang sangat berkait rapat dengan alam sekeliling. Oleh
yang demikian, saya bercadang untuk melaksanakan satu kajian tindakan demi membantu
kumpulan pelajar ini untuk meminati subjek geografi dan memperbaiki pengajaran saya.

2.0 ISU KEPRIHATINAN

Setiap guru perlu memastikan pelajar-pelajarnya menguasai pembelajaran dan


pengajaran yang telah berlangsung. Kegagalan pelajar dalam menguasai sesuatu pelajaran
secara tidak langsung bermaksud guru tersebut telah gagal dari segi objektif
pembelajarannya. Sama seperti guru-guru yang mengajar subjek teras, contohnya matematik,
mereka akan memastikan pelajar-pelajar dapat menguasai sesuatu topik melalui pelbagai
kaedah. Sekiranya pelajar tidak dapat menguasai sesuatu topik setelah ujian dijalankan, maka
guru-guru akan melakukan kelas tambahan di luar waktu sekolah.

Saya sebagai guru tidak boleh membiarkan pelajar-pelajar yang tidak dapat
menguasai kemairan membina peta lakar semasa sesi pdp lalu dibiarkan begitu sahaja. Hal ini
demikian kerana, mata pelajaran geografi merupakan salah satu subjek yang penting. Subjek
ini amat membantu pelajar dalam menghadapi dunia sebenar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif am dan objektif khusus.

3.1 OBJEKTIF AM

Untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran membina peta lakar dengan
menggunakan simbol yang betul.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

3
Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk memenuhi objektif berikut :

 Meningkatkan kemahiran murid dalam membina peta lakar menggunakan


langkah-langkah yang betul.
 Meningkatkan kemahiran murid dalam menentukan simbol pandang darat
fizikal dan pandang darat budaya pada peta

4.0 KUMPULAN SASARAN

Subjek kajian ini ialah 17 orang pelajar tingkatan 1 As-Syafie yang dikenalpasti
lemah dan kurang mahir dalam tema kemahiran geografi terutama bab peta. Subjek dipilih
berdasarkan ujian pra ke atas semua murid kelas ini. Berdasarkan permasalahan yang
dikenalpasti melalui refleksi pembelajaran dan pengajaran yang lalu, kajian ini difokuskan
kepada meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid yang terlibat dalam membina
peta lakar. Oleh itu, satu pendekatan yang dirasakan dapat meningkatkan kemahiran murid-
murid ini adalah dengan menggunakan kaedah main peranan dalam pengajaran guru. Kaedah
main peranan merupakan salah satu kaedah dalam kemahiran belajar yang melibatkan murid
mengalami sendiri sesuatu situasi dan mereka dapat membayangkan diri mereka dalam
sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkahlaku secara metakognitif terhadap peranan
tersebut

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dilakukan melalui dua kaedah iaitu
pemerhatian dan ujian pra serta ujian post.

Kajian ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu

1. Ujian pra
2. Aktiviti main peranan
3. Ujian pos

4
5.1 TINJAUAN MASALAH

Murid-murid tingkatan 1 As-Syafie diberikan satu set soalan peta lakar dan
mereka diminta menjawab soalan-soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada
mereka. Berdasarkan ujian ini didapati 17 orang daripada 19 orang murid tidak dapat
menjawab semua soalan yang diberikan dengan betul dan 17 orang murid inilah yang
akan menjalani aktiviti main peranan bagi meningkatkan kemahiran mereka.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Keputusan ujian pra boleh dilihat berdasarkan jadual di bawah.

Soalan Betul Salah jumlah


Bahagian A 5 14 19
Soalan menentukan symbol pandang
darat fizikal dan budaya

Bahagian B 2 17 19
Solan menyenaraikan ciri-ciri yang perlu
ada pada peta

Jadual 1: bilangan murid tingkatan 1 As-Syafie yang menjawab soalan ujian pra
dengan betul dan salah

Berdasarkan jadual 1, murid-murid yang menjawab setiap bahagian soalan ialah


murid-murid yang sama iaitu 19 orang murid. Didapati jumlah murid yang menjawab
dengan salah dalam setiap bahagian soalan merupakan 17 orang yang sama. Oleh itu,
murid-murid ini sahaja dipilih untuk menjalani aktiviti ini.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

AKTIVITI MAIN PERANAN (mix and match)

5
Setelah ujian pra dilakukan, 17 orang murid lemah telah dipilih untuk
menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada dua aktiviti yang dijalankan
dalam masa pengajaran. Aktiviti tersebut adalaha ktiviti menentukan simbol pandang
darat fizikal dan pandang darat budaya.

5.4.1 AKTIVITI 1-MENENTUKAN SIMBOL PANDANG DARAT FIZIKAL DAN


PANDANG DARAT BUDAYA

Sebelum aktiviti dijalankan, guru telah melukis satu rajah jadual di atas papan
putih.. Murid-murid pada ketika itu begitu teruja dan tertanya-tanya apakah aktiviti
yang akan dijalankan.

Sebelum memulakan permainan, murid-murid dibahagikan kepada 4


kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi 4 hingga 5 orang murid. Setiap
kumpulan dibekalkan 4 keping kad simbol pandang darat fizikal dan pandang darat
budaya yang bercampur. Kad tersebut tidak dipamerkan sehingga diarahkan oleh
guru.

Murid-murid kemudiannya, berbincang dalam kumpulan untuk menentukan


simbol pandang darat fizikal dan budaya. Setiap kumpulan perlu memilih wakil untuk
dihantar kehadapan untuk melekatkan kad simbol pada papan putih. Setelah murid
selesai melakukan tugasan yang diberikan, guru melakukan soal jawab dengan murid
unuk melakukan penilaian terhadap jawapan murid.

Setelah selesai aktiviti, murid-murid tadi diberikan lembaran kerja yang


mengandungi soalan membezakan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya.
Murid-murid yang terlibat begitu seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan.
Mereka juga dapat membezakan simbol dengan betul.

5.4.2 AKTIVITI 2- MELUKIS PETA LAKAR

Aktiviti main peranan diteruskan dengan aktiviti melukis peta lakar. Dalam
aktiviti ini murid-murid diminta untuk melukis peta lakar pada kertas mahjung
kemudian murid perlu membuat perbentangan.

Sebelum aktiviti ini dimulakan murid dibahagikan kepada empat dan dalam
kumpulan perlu mengandungi 4 hingga 5 orang murid. Kemudian guru, memberikan

6
peta rajah sebenar untuk murid lkis dalam bentuk simbol. Setiap murid perlu
membuat bahagian masing-masing yang mana, tugasan pelu dibahagikan mengikut
kreativiti masing-masing.

Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu melukis peta lakar berdasarkan rajah
yang diberi mengikut langkah-langkah yang betul dan menggunakan simbol pandang
darat fizikal dan pandang darat budaya yang betul. Kemudian setiap kumpulan perlu
membentangkan peta lakaran yang dilukis dan setiap kumpulan dinilai oleh guru.

Selepas selesai aktiviti ini, setiap pelajar diberikan kertas lembaran yang
mengandungi soalan mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada peta lakar. Didapati
bahawa subjek begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan mereka dapat
melabelkan ciri-ciri pada peta lakar dengan betul.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

AKTIVITI 1- Mix and Match

Berdasarkan latihan yang diberikan selepas aktiviti ini dijalankan, didapati semua
murid dapat melabelkan kelapan-lapan arah mata angina dengan betul

AKTIVITI 2- Melukis Peta Lakar

Selepas aktiviti ini dijalankan, murid-murid telah diberikan rajah dan kemudian
menukarkan ke pada bentuk peta lakar dan simbol yang betul. Didapati semua murid dapat
melukis peta lakar dengan menggunakan ciri-ciri yang perlu ada pada peta lakar dan simbol-
simbol dengan tepat.

UJIAN POST

SOALAN BETUL SALAH JUMLAH PERATUS BETUL (%)


Soalan menentukan
pandang darat fizikal
dan pandang darat
budaya
(a) 17 - 17
(b) 17 - 17 100
(c) 17 - 17
(d) 17 - 17
(e) 17 - 17
Soalan menentukan

7
ciri-ciri peta pada peta
lakar
1 17 - 90%
2 17 -
3 16 1
4 16 1
Jadual 1: ujian post ke atas 17 orang subjek

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa keputusan ujian pos yang dijalankan
keatas 17 orang murid yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan bahawa sema murid yang
terlibat dapat menjawab soalan mentukan ciri pandang darat fizikal dan pandang darat budaya
dengan betul. Manakala, bagi soalan menetukan ciri-ciri pada peta lakar, hanya dua orang
murid sahaja yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul.

Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau
main peranan yang dijalankan sememangnya dapat meningktkan kemahiran murid dalam
melukis peta lakar dengan betul.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau
main peranan yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam
melukis peta lakar dengan betul. Murid-murid yang terlibat seronok dengan aktiviti yang
dijalankan berbanding kaedah penerangan atau tunjuk cara yang biasa digunakan. Aktiviti ini
turut berlaku peningkatan dalam peratus kelulusan pelajar.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelamahan dalam kajian yang dijalankan


dalam aktiviti 2, bukan semua pelajar melibatkan diri sebaliknya terdapat murid dalam
kumpulan ang hanya berperanan sebagai pemerhati. Diharap pada masa akan datang, semua
murid mesti terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Masalah seterusnya adalah dari segi
masa. Aktiviti ini memerlukan masa yang agak panjang, jadi pengurusan masa amat
dititikberatkan dalam menjalankan aktiviti ini.

Program-program latihan perlu dilakukan oleh guru sekiranya pelajar tidak dapat
mencapai tahap yang ditetapkan. Hal ini demikian kerana, hasil daripada objektif
pembelajaran itulah yang menentukan sama ada proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlansung berjaya ataupun tidak. Sekiranya tidak berjaya, pelajar akan terus melakukan

8
kesalahan semasa sesi pdp berlangsung akibat daripada tiadanya latihan terhadap mereka.
Oleh yang demikian, guru perlulah mengadakan program-program latihan di samping
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Hal ini bukan sahaja untuk menarik minat murid,
bahkan juga untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Melalui
program latihan, faktor-faktor yang menjejaskan objektif pengajaran dan pembelajaran
semasa sesi pdp dapat dikurangkan.

Kajian ini hanya memfokuskan pada pengajaran Pendidikan Geografi bagi pelajar
yang tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru berdasarkan pemerhatian dan
juga borang penilaian yang digunakan oleh guru. Hal yang demikian, kaedah main peranan
adalah suatu kaedah yang menarik minat pelajar dan dicadangkan pada masa akan datang,
kaedah ini dipraktikkan dalam pengajaran untuk melakar peta Malaysia bagi memantapakan
pemahaman dan kemahiran murid-murid.

9
RUJUKAN

Jani, J. (2016). Ilmu Konten Pedagogi. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan

Idris.

Marzuki, Shahril @ Charil. (2005). Amalan pengajaran guru berkesan: Kajian di beberapa

sekolah menengah Malaysia. Pembentangan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan

Maktab Perguruan Batu Lintang, Batu Lintang.

10
LAMPIRAN 1

UJIAN PRA

Nama: Tarikh:
Kelas:
BAHAGIAN A
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu
jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1. Antara berikut, yang manakah digunakan untuk mewakili ciri-ciri geografi di dalam peta
lakar?
A Skala C Simbol
B Warna D Koordinat

2. Antara berikut, simbol yang manakah mewakili ciri budaya?

3. X dalam rajah di atas mewakili


A saliran
B tumbuhan

11
C perlombongan
D bentuk muka bumi

4. Antara simbol berikut, yang manakah menunjukkan sebuah kawasan paya bakau?

5. Sebuah peta yang lengkap mesti mempunyai


I tajuk
II warna
III petunjuk
IV arah mata angin
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

6. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri - ciri fizikal?


I Laut
II Bukit
III Pulau
IV Masjid
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV

7. Peta yang lengkap mestilah mempunyai


I tajuk
II warna

12
III petunjuk
IV arah utara
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV

8. Antara berikut, yang manakah merupakan kemudahan awam yang terdapat dalam peta?
I Padi
II Pantai
III Jambatan
IV Jalan raya
A I dan II B II dan III
C III dan IV D I dan IV

9. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar mengenai ciriciri geografi?


I Ciri-ciri fizikal wujud secara semula jadi
II Ciri-ciri budaya wujud hasil buatan manusia
III Ciri-ciri geografi dibahagikan kepada ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya
IV Ciri-ciri fizikal tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ciri-ciri budaya
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV

10. Antara berikut, pasangan yang manakah benar?

A I dan II
B II dan III
C III dan IV

13
D I dan IV

BAHAGIAN B
A. Nyatakan ciri-ciri peta lakar di bawah.

B. Nyatakan maksud simbol-simbol berikut.

14
LAMPIRAN 2

UJIAN POST

LATIHAN PETA LAKAR

1. Simbol ialah ........................................................ yang digunakan untuk mewakili ciri geografi


di atas peta.
2. Ciri geografi boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu ……………………………………………….………….

dan ………………………………………………..……..

3. Simbol boleh dilukis menggunakan …………………………………………., garisan,

………………………………….. dan ……………………………………………….

4. Contoh ciri fizikal ialah ………………………, …………………………………….., ……………………………………….

dan ………………………………

5. Contoh ciri budaya pula ialah ……………………, …………..………………………, …………………………………..

dan …………………………………….

15
6. Lengkapkan simbol-simbol fizikal dan budaya yang terdapat di dalam peta di sebelah

Hutan Kelapa sawit


Paya Padi
Sungai Jambatan
Kontur Jalan raya
Getah Sekolah

16

Anda mungkin juga menyukai