Anda di halaman 1dari 6

TEKS KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI LENGKAP

(TAJUK: HIKMAH DI SEBALIK COVID-19)

Khutbah Pertama

(Allahu Akbar – 9x, walillahilham)

(Allahu akbar kabira walhamdulillahi katsira wassaubhanallah hibukrattaw wa’asilla)

(Lailahaillallahu wah dah, sodaqo wa' dah, wanasoro ab dah, Wa’azzajun dahu
wahazamal ahzabawahdah)

(Asyhadu alla illahaillallah huwah dahulla syarikalah)

(wa asyhaduanna sayyidana wannabiyyina muhammadan a'bduhu warasuluh)

(allahummasolli wasallim wabarik ala sayyidina muhammaddin khatamil


anbiya`iwalmursalim wa`ala alihi wasahbihi ajma`in)

(ammaba' ,faya ibadallah.ittakullah,uusikum waiyyayabittakwallah wata`ati la`allakum


turhamun.)
WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan


sebenar-benar takwa. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keampunan
Allah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan
Ramadhan, hari ini 1 Syawal kita meraikan hari raya Aidilfitri sebagai tanda
kemenangan, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.

IBU AYAH, ABANG, KAKAK, PAKCIK, MAKCIK DAN ADIK-ADIK SEKALIAN

Dalam kegembiraan kita merayakan Idul Fitri yang penuh keberkatan


ini, ketahuilah kita sebenarnya masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 yang
masih melanda negara.

Dalam Surah al-Mulk, Ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji
untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.

Firman Allah:

Allaziikhalakalmauta walhayaata liyab luakum ayyukum ahsanu amala,


wahualazizul ghafur.

Maksudnya:

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji
dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;
dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-
orang yang bertaubat)”
AHLI KELUARGAKU YANG DIKASIHI,

Tindakan kerajaan menetapkan PKP dan PKPB adalah sebagai satu ikhtiar untuk
membendung penularan COVID-19 yang lebih serius dalam masyarakat. Oleh itu
hendaklah kita mematuhi setiap langkah yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia
bagi memastikan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya.

Dalam sejarah Islam, tindakan seperti ini pernah direkodkan apabila pandemik
penyakit pernah melanda Mekah, Iraq, Palestin dan Sham yang menyebabkan
beberapa kawasan ditutup termasuklah masjid yang langsung tidak dapat didirikan
solat berjemaah.

Namun selepas itu, keadaan kembali seperti biasa dan masyarakat dapat
menjalankan kehidupan harian seperti sediakala.

Kita perlu ingat bahawa ujian ini menjadi rahmat kepada insan bersabar dan
memberikan tindak balas yang betul dalam menghadapinya.

IBU AYAH, ABANG, KAKAK DAN ADIK-ADIK SEKALIAN (*boleh diubah


mengikut kesesuaian)

Pandemik COVID-19 ini memberi ruang lebih besar kepada kita untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Ujian yang melanda ini merupakan satu hikmah bagi kita
sekeluarga. Terdapat banyak hikmah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran;

Pertama: Hendaklah kita sentiasa menjaga kebersihan yang baik di kalangan


keluarga sama ada di rumah ataupun luar rumah.

Kedua: PKP/PKPB juga memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan masa di
rumah bersama keluarga dengan lebih bermakna. Kita dapat solat bertarawih
berjemaah, berbuka puasa bersama-sama dan tolong menolong sesama kita.

Ketiga: Kita juga dalam menjalankan banyak aktiviti kekeluargaan yang lain secara
bersama termasuklah belajar, membaca, menonton TV dan berbual bersama yang
dapat merapatkan hubungan sesama kita.
AHLI KELUARGAKU YANG DISAYANGI,

Kita sudah hampir menang melawan wabak COVID-19, oleh itu hendaklah sama-
sama kita terus membantu barisan hadapan negara dengan duduk di rumah dan
selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan
dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

(Wal`asr.. Innal insanalafi khusr.. Illallazina amanu wa 'amilussalihati watawasoubil


haq watawasoubis sobr)

allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar, laillahaillallah wallahuakbar, allahuakbar walillahilham

Selepas habis khutbah pertama* khatib hendaklah duduk sebentar. Bagi khatib
yang membaca khutbah dalam keadaan duduk hendaklah diam buat seketika
Khutbah Kedua

(allahu akbar – 7x , walillahilhamd)

(Asyhadu alla illahaillallah huwah dahulla syarikalah)

(waayshhaduaana sayyidana wannabiyyina muhammadan abduhu warasuluh


sayyidul khala`iki walbasyar)

(allahummasolli wasallim wabarik ala sayyidina muhammaddin


khatamilanbiya`iwalmursalim wa`ala alihi wasahbihi ajma`in)

(ammabak,faya i'badallah.ittakullah,wakunu ma`a assodikin.wa'lamu annallah


subhanahu wata`ala amarokum bi amrin ba'da`a fihi binafsihi wasanna bimala ikatihil
musabbihati bikudsih)

AHLI KELUARGAKU SEKALIAN,

“Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kita kehadrat Allah


S.W.T, mudah-mudahan kita beroleh rahmat daripadaNYA.
(qul huwallah u ahad, allah hussomad, lamyalid walamyulad, walamyakullahu qufuan
ahad)

Marilah sama-sama kita menadah tangan dan berdoa;

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim”,

“Engkau ampunilah dosa-doa kami”,

“Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami, negara kami serta seluruh umat Islam
di dunia”.

“Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami
semua di dunia dan akhirat.”

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

“Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk


menghadapi dugaan-Mu yang berat ini,

“Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah “Lindungilah kami “Selamatkanlah kami


“Sejahterakanlah hidup kami.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar, laillahaillallah wallahuakbar, allahuakbar walillahilham

*Selesailah khutbah hari raya yang penuh bermakna ini.

Anda mungkin juga menyukai