Anda di halaman 1dari 2

Genogram adalah satu grafik salasilah keluarga yang dapat menunjukkan data berkaitan

dengan perhubungan ahli keluarga dengan jelas. Ia lebih lengkap berbanding rajah salasilah
keluarga tradisional dengan membolehkan penggunaannya dalam mengalisa corak
keturunan dan faktor psikologi keluarga yang mempengaruhi keluarga. Genogram
membolehkan kaunselor dank lien mengenalpasti dan memahami tentang corak dalam
sejarah keluarga klien yang mungkin mempengaruhi keadaan fikiran semasa klien dalam
keluarga. Genogram dapat memeta perhubungan dan trait ahli keluarga dengan jelas yang
mungkin terlepas pandang dalam rajah salasilah keluarga tradisional. Dalam tugasan
kaunseling keluarga, saya meminta untuk menghasilakan genogram keluarga saya. Melalui
genogram yang saya hasilkan, saya dapat mengenalpasti dan memahami setiap
perhubungan antara ahli keluarga.

Perhubungan saya dengan ibu dan bapa saya mempunyai hubungan emosi yang sangat
kuat.Di mana, hubungan saya dengan ibu bapa saya adalah antara hubungan yang ternilai.
Ibu bapa saya dapat menunjukkan tanggungjawab yang sepenuhnya terhadap saya. Di
mana, ibubapa saya memberikan kasih sayang yang secukupnya. Kasih sayang yang
mencukupi daripada ibu bapa membolehkan anak-anak membesar dengan seimbang
daripada segi social, emosi, jasmani dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ibubapa saya juga
dapat menyediakan keperluan asas kepada saya. Sesungguhnya, keperluan asas yang
mencukupi kepada saya, dapat merangsang perkembangan dirl dengan seimbang. Antara
keperluan asas yang dapat disediakan oleh ibubapa saya adalah makanan, pakaian dan
tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Kegagalan ibu bapa menyediakan keperluan
asas, akan menyebabkan anak-anak menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan
seharian. Tambahan pula, ia menyebabkan kesan yang buruk kepada perhubungan Antara
ibubapa dengan anaknya. Tetapi dengan adanya kasih sayang dan tanggungwab ibubapa
terhadap saya, wujudnya perhubungan yang mempunyai hubugan emosi yang amat kuat
antara saya dengan ibubapa saya.

Selain daripada itu, saya juga ingin membincangkan tentang hubungan saya dengan datuk
dan nenek saya. Hubungan saya dengan datuk saya adalah kurang baik. Merujuk kepada
genogram yang saya hasilkan tersebut, saya dapat mengenalpasti bahawa hubungan saya
dengan datuk saya dikenali sebagai hubungan benci. Hal ini kerana, datuk saya kurang
menghargai saya sebagai cucu. Datuk saya kurang menunjukkan kasih sayang terhadap
saya berbanding dengan cucu yang lain. Sebagai contohnya, datuk saya kurang melayan
ibubapa dan saya sewaktu kami berkunjung ke rumah beliau. Saya dapat mengetahui
masalah yang berlaku antara bapa dengan datuk saya yang menyebabkan berlakunya
konflik antara datuk dengan ibubapa saya. Konflik yang berlku dengan ibubapa dengan
datuk saya, telah memberi impak yang negatif dengan perhubungan antara saya dengan
saya. Ini menyebabkan hubungan antara saya dengan datuk saya kurang baik. Perbuatan
datuk seperti kurang melayan, tidak diterima menyebabkan saya benci kepada datuk saya.

Tambahan pula, saya juga ingin membincangkan tentang perhubungan antara saya dengan
abang kedua saya. Dalam genogram, saya dapat mengenalpasti bahawa hubungan saya
dengan abang saya adalah renggang kerana abang saya dijaga oleh datuk saya sejak kecil.
Bukan itu sahaja, abang saya adalah seorang yang pasif dan rijid. Hal ini menyebabkan
saya sukar untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan abang saya.

Kesimpulannya, genogram ini telah membantu saya menegnalpasti dan memahami tentang
hubungan antara ahli keluarga secara mendalam. Melalui tugasan ini, saya dapat
mempelajari cara menggunakan genogram dan perhubungan antara ahli keluarga dengan
lebih jelas.

Anda mungkin juga menyukai