Anda di halaman 1dari 3

Latihan Tambahan

Tamadun Islam & Tamadun Asia (WJB302)

Nama Kumpulan: Bersekutu Tambah Mutu

Kelvin Chong Gud Wen 1001953311


Sylvester Kwong Jin Hong 1001957003
Rechall Chong Xin Yi 1001957048
Carlos Chu Ya Zheng 1001956987
Lim Chia Xuan 1001953584
Hue Jin Xuan 1001954716
Aw Wei Le 1001954350
Ng Kuan Hoo 1001954717
Tan Zi Xuan 1001955462
Amber Wee Wu Swan 1301850724
Sikap kepimpinan merupakan faktor yang penting dalam hubungan tamadun antara
agama. Pada pendapat saya, sikap pemimpin hendaklah adil dan toleran untuk menjamin hak
dan penghormatan rakyat dari pelbagai agama yang sewajarnya. Jika pemimpin bersikap
tidak bertoleransi akan malakukan fenomena sebaliknya. Perkahwinan juga memainkan
peranan yang penting. Contoh yang jelas dapat dilihat pada lembaran sejarah dan salasilah
masyarakat di rantau Alam Melayu, kerana untuk sesiapa yang berkahwin dengan seseorang
yang beragama islam, orang tersebut mesti diislamkan terlebih dahulu. Kedudukan geografi
melibatkan bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan dalam sesebuah masyarakat
bertamadun. Contohnya, Pelabuhan Melaka yang terlindung dari angin monsun menjadikan
pelabuhan ini tempat tumpuan dan persinggahan para pedagang, ini juga akan menyebabkan
berlakunya aspek perkahwinan. Pada pendapat saya, hubungan tamadun antara agama adalah
membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat sebab setiap agama
mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri yang dapat membentuk masyarakat seperti agama
Islam.

Budaya tinggi adalah simbol kehidupan. Sebagai contoh: setiap negara dan
masyarakat mematuhi adat istiadat tradisional, kerana mereka percaya bahawa adat istiadat
mempengaruhi semua aspek kehidupan. Natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah
masyarakat merupakan natijah tamadun. Contohnya: Dalam masyarakat Jepun, kesetiaan
kepada maharaja adalah sebuah negara, walaupun sistem politik mereka sangat berbeza
dengan masa lalu. Cara mereka berpakaian dan memilih makanan juga merupakan budaya,
kerana terdapat banyak perubahan pada abad ini. Tamadun melampaui batas negara dan
wilayah, sementara budaya tradisional melintasi negara atau wilayah. Contoh: tamadun Islam
mengandungi beberapa budaya mengikut negara. Masyarakat budaya peringkat tinggi
mempunyai kehalusan dudi dan kesempumaan moral, yang juga merupakan ciri kehidupan
bertamadun.

Antara faktor yang menyebabkan huhungan antara bangsa adalah


perkahwinan.Interaksi antara kedua keluarga. Wujudnya saling hormat menghormati, lebih
mengenali budaya selain buday sendiri, memahami dgn lebih mendalam adat resam budaya
and agama lain. Sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan
budaya kawasan geografi tertentu. Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi
sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan.
Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa atau kaum
seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika
Utara. Akhirnya, Faktor-faktor yang menyebabkan hubungan antara bangsa ialah komukasi,
Salah satu punca yang amat menyebabkan hunbungan antara bangsa tidak meyerat ialah
perbezaan bahasa bangsa masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai