Anda di halaman 1dari 12

.

0 Pam Salingan (reciprocating) 

1.1 Pluger (pelocok)

1.2 Piston (omboh)

1.3 Diaphragm

1.0 Pam Pelocok (Plunger Pump)

♣ Apabila pelocok bergerak dari kanan ke kiri, tekanan di dalam silinder akan menjadi lebih rendah dari bahagian sedutan
dan ini menyebabkan bendalir disedut masuk ke dalam silinder melalui bebola penahan pada bahagian sedutan.

♣ Tekanan tinggi pada bahagian hantaran akan menyebabkan bebola penahan bahagian hantaran kekal terletak pada
tempatnya.

♣ Diakhir pergerakkan pelocok bertukar arah dan bergerak dari kiri ke kanan, ini menyebabkan tekanan dalam silinder
meningkat lebih tinggi dari tekanan di dalam bahagian hantaran dan bendalir dipaksa keluar melalui bebola pada bahagian
hantaran.

♣ Pada masa yang sama, bebola penahan bahagian sedutan berada di dalam keadaan tertutup

♣ Pergerakan pelocok ke suatu arah dipanggil lejang dan jarak pelocok bergerak ke dalam dan
keluar dipanggil panjang lejang.

Kegunaan dan Kelebihan

♣ Digunakan dengan meluas untuk pam bekalan bahan kimia.

♣ Mempunyai lejang yang boleh dilaras untuk mengawal isipadu bendalir.

♣ Dapat menggunakan dua sedutan dan hantaran sekiranya untuk penggunaan pada peringkat tekanan tinggi.
 

1.2 Pam Omboh @ Ram

♣ Dipanggil pam tindakan berganda kerana sebarang pergerakan omboh dari kanan ke kiri atau sebaliknya akan
menyebabkan berlakunya proses sedutan dan hantaran bendalir

♣ Biasanya dilengkapkan dengan bejana udara ( mengandungi udara termampat yang disebabkan oleh bendalir pada
bahagian hantaran)

Proses Pam Omboh


♣ Apabila omboh bergerak dari kiri kekanan, bendalir disedut masuk ke dalam selinder melalui injap sedutan pada bahagian
sebelah kiri.

♣ Pada masa yang sama, omboh akan memakasa bendalir keluar malalui injap kelauran pada bahagian sebelah kanan.

♣ Apabila pergerakan omboh berubah dari arah kanan ke kiri, cecair akan disedut masuk ke dalam selinder malalui injap
sedutan pada bahagian sebelah kanan dan mengeluarkannya melalui injap hantaran pada bahagian sebelah kiri.

1.2 Pam Gegendang ( Diaphragm )

♣ Pam gegendang berbeza dari pam salingan jenis pelocok @ omboh diamana bendalir yang dipam diasingkan sepenuhnya
oleh gegendang dari mekanisma salingan , jadi ianya dapat mengatasi kebocoran pada bahagian rod dan pelocok .

♣ Gegendang diperbuat dari logam mudah lentur (flexible )@bahan bukan logam seperti plastic getah @ neoprene
bergantung kepada jenis bendalir yang hendak dipam.
♣ Pandangan keratin rentas penggerak mekanikal pam gegendang. Gegendang disambung kepada omboh pandu oleh cakera.
kedudukan tiadak sepusat (eccentric) diperlukan untuk memberikan pergerakan salingan pada omboh pandu P.yang
menyebabkan gegendang bergerak turun dan naik (tindakan mengepam)

♣ Isipadu bendalir yang dipam bagi setiap lejang bagi pam salingan ditentukan oleh luas omboh,pelocok @ gegendang dan
panjang lejang dan panjang lejang .kuantiti isipadu bendalir yang dipam akan kekal tanpa mengira tekanan hantaran dan
kapasiti pam bergantung kepada bilangan lejang/minit.
pemampat

PENGENALAN
Pemampat merupakan sebuah alat mekanikal yang digunakan untuk menghasilkan
udara yang bertekanan tinggi mengikut kepeluan yang dikehendaki. Pemampat
merupakan sebuah alat atau mesin yang penting di dalam sebuah kilang, industri,
prasarana, woksyop, mahupun di dalam kenderaan dan peralatan rumah yang kita
gunakan seharian. Pemampat boleh ditemui dalam pelbagai jenis dan saiz.
Sesebuah pemampat mempunyai beberapa perbezaan dari segi binaan dan juga
kecekapan pemampat tersebut. Di dalam tugasan ini, jenis-jenis pemampat akan
diterangkan secara lebih terperinci.

OBJEKTIF
Melalui tugasan, pelajar akan dapat :-
Mengenali jenis-jenis pemampat
Mempelajari binaan
Menghuraikan prinsip kerja pemampat mengikut jenisnya
Membandingkan kebaikan dan keburukan untuk setiap jenis pemampat
Membuat rujukan untuk pemampat

PEMAMPAT (COMPRESSOR)
Pemampat adalah sejenis alat mekanikal yang berfungsi untuk meningkatkan
tekanan udara dengan menurunkan isipadu udara tersebut bagi setiap kuantiti.
Secara umumnya, pemampat dan pam adalah sama, iaitu meningkatkan tekanan
bendalir untuk menghasilkan suatu gerakan. Namun, secara khususnya, pemampat
hanya boleh memampatkan udara sahaja manakala pam hanya boleh digunakan
untuk cecair sahaja.

Jenis-Jenis Pemampat
Pemampat terdiri dari beberapa jenis utama. Carta di bawah menunjukkan jenis-
jenis pemampat.
Carta 1 : Jenis-jenis pemampat
Seperti di dalam carta di atas, pemampat boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu,
pemampat anjakan positif (Positive Displacement Compressor) dan juga pemampat
dinamik(Dynamic Compressor). Di bawah jenis anjakan positif, ianya terbahagi lagi
kepada dua iaitu jenis salingan(reciprocating) dan ‘rotary’(putaran). Di bawah jenis
pemampat dinamik, biasanya ianya terbahagi kepada dua lagi iaitu aliran
jejari(centrifugal) dan aliran paksi(axial).

Pemampat Anjakan Positif


Pemampat Salingan(Reciprocating)
Pemampat ‘reciprocating’ atau juga dikenali sebagai pemampat piston kerana ia
menggunakan piston untuk melakukan kerja pemampatan. Pergerakan dalam sistem
pemampat ini dipacu oleh ‘crankshaft’ yang menggunakan motor elektrik, enjin stim
ataupun enjin pembakaran dalam.
Pemampat ini menggunakan injap spring bebanan automatik (automatic spring
loaded valve) dalam setiap silinder untuk mengawal buka-tutup injap masukan (inlet
valve) dan injap lepasan (discharge valve).

1.1 Binaan
Crankshaft – Berfungsi untuk menggerakkan piston
Connecting rod – Menghubungkan crankshaft dengan crosshead
Crosshead – Berfunsi dalam menghubungkan crankshaft untuk menukarkan
pergerakan berputar kepada pergerakan salingan. Ianya terletak
di antara connecting rod dan piston.
Distance piece – Terlerak di antara penggerak utama (prime mover) dan
Pemampat.
Piston rod – Menghubungkan piston kepada crosshead
Piston – Berfungsi untuk memampatkan gas di dalam silinder
Piston ring – seal antara piston dan dinding pemampat
Injap masukan – membenarkan udara masuk ke dalam silinder
Injap hantaran – Melepaskan gas dari silinder selepas dimampatkan
Head – Dipasang pada hujung pemampat, sebagai penutup.
Clearance pocket – Membolehkan operator mengubah kapasiti pemampat
1.2 Prinsip Operasi

Rajah 1.1 - Binaan asas pemampat piston


Graf 1 - tekanan melawan isipadu
Pada bahagian 1, tekanan di dalam silinder adalah lebih redah daripada tekanan
atmosfera. Dengan itu, injap masukan akan terbuka dan membenarkan udara
mengalir memasuki ke dalam silinder dan injap hantaran akan terbuka
Pada bahagian 2, piston akan mula bergerak ke atas dan memulakan proses
pemampatan. Pergerakan ini dinamakan ‘up stroke’. Pada masa yang sama, injap
masukan akan tertutup. Udara akan yang terperangkap di dalam silinder akan
termampat.
Pada bahagian 3, apabila tekanan udara yang dimampatkan oleh piston telah
mencapai tahap yang telah disetkan, injap hantaran akan terbuka. Piston akan
bergerak hingga ‘top dead center’ (TDC).
Pada bahagian 4, piston akan mula turun semula ke bawah. Injap masukan akan
terbuka dan proses sedutan udara ke dalam silinder akan berulang dan injap
hantaran akan terbuka.
1.3 Pemampat Salingan Satu Peringkat (Single Acting)
Pemampat salingan satu peringkat adalah pemampat yang menggunakan satu
piston ataupun satu bahagian pada satu piston untuk melakukan satu kitar kerja
pemampatan yang lengkap. Ini bermakna, udara akan masuk ke dalam silinder
apabila injap masukan terbuka. Selepas itu, piston akan bergerak ke atas untuk
malakukan kerja pemampatan sabil injap masukan akan tutup. Apabila mencapai
satu tahap tekanan yang telah disetkan, injap hantaran akan terbuka dan piston
terus bergerak ke atas. Selepas itu, injap hantaran akan tertutup dan piston akan
bergerak semula ke bawah. Kitar akan bermula semula.
Rajah 1.2 – Pemampat salingan satu peringkat

1.4 Pemampat Salingan Dua Peringkat (Double Acting)


Pemampat salingan dua peringkat adalah pemampat yang menggunakan dua piston
ataupun satu piston dengan menggunakan kedua-dua bahagian piston tersebut
untuk melakukan kerja pemampatan udara. Bagi satu piston, semasa ia bergerak ke
hadapan (forward strokes), kerja pemampatan akan dilakukan. Dan apabila patah
semula (backward stroke), ia juga akan melakukan kerja pemampatan.
Bagi yang menggunakan dua piston, udara akan disedut masuk ke dalam silinder.
Piston pertama akan memampatkan udara tersebut. Apabila udara tersebut telah
dimampatkan pada piston pertama, suhunya akan meningkat. Dengan itu, ianya
disejukkan dengan melalukan pada bahagian penyejuk. Selepas itu, ianya akan
disalurkan kepada [iston kedua untuk melakukan kerja pemampatan sekali bagi
meningkatkan lagi tekanan udara tersebut sebelum dikeluarkan.

Rajah 1.3 - Pemampat salingan dua peringkat (satu piston)

Rajah 1.4 - Pemampat salingan dua peringkat(dua piston)

Rajah 1.5 - Pemampat salingan yang menggunakan tiga piston

1.5 Pemampat Salingan Gegendang (diaphragm) / Pemampat Salingan ‘Membrane’


Pemampat jenis menggunakan hampir sama dengan pemampat salingan yang lain,
cuma ia tidak menggunakan piston, tetapi ia menggunakan gegendang. Kerja
pemampatan dilakukan oleh ‘flexible membrane’. ‘Flexible membrane’ ini digerakkan
dengan mekanisma ‘crankshaft’ dan rod yang dijana menggunakan motor elektrik.

Pemampat gegendang biasanya digunakan untuk memampatkan gas hydrogen dan


gas asli.
Rajah 1.6 - Pemampat gegendang ‘three stages’ untuk memampatkan sehingga 41
Mpa
1.6

Kebaikan Pemampat Salingan


Rekabentuk yang mudah
Kos dalaman rendah
Mudah dipasang
Model ‘two stage’ mempu menjana kecekapan yang tinggi
Tidak memerlukan minyak yang berterusan
Menghasilkan kuasa kuda (hp) yang besar
1.

7 Keburukan Pemampat Salingan


Kos penyelenggaraan yang tinggi
Banyak alat ganti
Mempunyai masalah getaran (vibration)
Tidak beroperasi sepenuhnya pada satu masa.
1.8 Kegunaan
Biasanya digunakan unutk memampatkan gas hydrogen dan gas asli. Ianya boleh
didapati dalam pelbagai peringkat kuasa kuda yang dijanakan dari 5 hp sehingga 30
hp. Terdapat juga model yang mempunyai kuasa kuda terbesar iaitu 1000 hp.
2. Pemampat Putaran (Rotary)
Pemampat jenis putaran beroperasi seperti pam jenis putaran. Sebuah rotor
berbentuk silinder terletak di dalam penutup silinder ( cylindrical casing). Beberapa
buah piring bergerak berjejari dipasang pada rotor yang berfungsi untuk menetapkan
penghubung dengan dindingnya. Daya yang selari dijana daripada putaran rotor
yang akan menjadi lebih besar dan kecil.
2.1 Pemampat Putaran Jenis Skru (Screw Type)
Pemampat jenis ini terdiri daripada dua unit rotor, iaitu yang berbentuk heliks (skru)
yang akan berpusing dan mengecilkan isipadu udara yang disalurkan melaluinya.
Pemampat ini menggunakan minyak semasa udara melalui rotor. Ianya bertujuan
sebagai medium penyejuk, pelinciran, dan juga penghadang kebocoran (seal).
Rajah 1.7 – Pemampat Jenis skru
Binaan

Rajah 1.8 – Binaan dan bahagian-bahagian dalam pemampat

2.1.2 Prinsip Operasi


Apabila bekalan kuasa dihidupkan, rotor pertama dan rotor kedua akan berputar.
Dengan itu, ia mewujudkan satu kawasan yang kandungan tekanan udaranya
rendah dari tekanan atmosfera. Dengan itu, udara akan mesuk ke dalam.
Semasa melalui rotor, udara akan dosemburkan dengan sejenis minyak yang
bertujuan untuk menurunkan suhu yang terhasil dari mampatan, sebagai
penghadang kebocoran (seal) dan juga sebagai medium pelinciran.
Rajah 1.9 – Aliran udara semasa operasi
Apabila mencapai satu tahap tekanan yang dihasilkan, udara seterusnya akan
memasuki sistem pemisah minyak (oil separator system). Ianya akan memisahkan
minyak dari udara termampat. Biasanya pemampat putaran ini dipanggil jenis
lembab (wet type). Ianya tidak mempunyai ‘timing gear’ seperti jenis kering (dry
type).
Rajah 1.10 – Mekanisme dalam pemampat
2.1.3 Kebaikan Pemampat
Binaan yang mudah
Kos penyelenggaraan yang rendah
Mudah dipasang
Pemampat ‘two-stage’
Banyak digunakan di kawasan Loji
2.1.4 Keburukan Pemampat
Mempunyai jangka hayat yang rendah
Kelajuan putaran sangat laju
Oil injected design have oil carryover
Menyebabkan kawasan persekitaran yang kotor
2.2 Pemampat Putaran Jenis ‘Sliding-Vane’
Pemampat putaran jenis ini terbahagi lagi kepada dua, iaitu jenis lembab (oil
flooded) dan kenis kering(oil lubricated). Ianya terdiri daripada sebuah silinder,
sebuah slot rotor, dan beberapa bilah ‘vanes’ yang dipasang pada slot rotor. Bilah
‘vane’ bebas untuk menyisip ke dalam dan keluar (slide in and out) pada slot kerana
terdapat suatu jarak di antara rotor dengan dinding silinder.
Saiz pemampat ‘sliding vane’ adalah lebih kecil daripada saiz pemampar salingan
(piston) yang mempunyai perbadingan dari aspek hantaran udara dan keupayaan
aliran. Walau bagaimanapun, kecekapan operasi pemampat ini adalah lebih baik
berbanding pemampat dinamik.
2.2.1 Binaan
Rajah 1.11 – Binaan dan Bahagian pada pemampat
Prinsip Operasi
Bagi jenis lembab (oil flooded), apabila udara dimasukkan ke dalam silinder, minyak
akan disemburkan. Jenis ini menggunakan kuantiti minyak yang lebih banyak kerana
minyak tersebut untuk menjadi pelincir bagi pemampat, menyejukkan udara yang
dimampatkan, dan menjadi penghadang kebocoran (seal) untuk poket udara (air
pockets) yang terletak di antara bilah ‘vanes’ dan dinding silinder.
Bagi jenis kering (oil lubricated), kuantiti minyak yang digunakan adalah lebih sedikit.
Ini adalah kerana minyak tidak digunakan untuk menyejukkan udara yang
termampat. Udara termampat akan disejukkan dengan ‘water jackets’ dan
‘aftercoolers’
Pemampat putaran ‘sliding vane’ jenis kering menggunakan karbon atau bilah Telfon
untuk menakung minyak pelincir. Ianya berfungsi untuk melindungi silinder dari
mengalami kehausan akibat pergeselan antara besi dengan besi.
Kedua-dua jenis bagi pemampat ‘sliding vane’ ini memerlukan sistem pengasing
minyak (oil separator system) untuk mengasingkan minyak dari udara. Bagi jenis
lembab (oil flooded), pengasing minyak mestilah mempunyai kapasiti yang tinggi
termasuk sebuah penukar haba untuk menyejukkan minyak sebelum dialirkan
semula ke dalam pemampat.
Kebaikan Pemampat
Binaan yang mudah
Mudah untuk dipasang
Kos pertengahan rendah
Kos penyelenggaraan yang rendah
Jangka hayat pemampat yang lama
Bebas dari pencemaran alam persekitaran
Keburukan Pemampat
Binaan suntikan minyak mempunyai masalah minyak berlebihan
Hanya terdapat dalam single-stage
Kecekepan yang rendah
Pemampat Putaran Jenis Cincin Cecair(Liquid-Ring)
Pemampat ini juga dikenali dengan pemampat piston cecair dan berbentuk hampie
dengan pemampat ‘sliding vane’. Ianya beroperasi hampir sama dengan jenis ‘vane’,
ianya boleh menyedut udara ke dalam silinder tanpa merosakkan bilah pemampat.
Kecekapan pemampat ini adalah yang paling rendah.
Binaan
Penutup (Casing)
Batang Pemacu (off-center drive shaft)
Rotor dengan bilah tetap
Cecair (biasanya air)
Rajah 1.12 – Binaan dan bahagian dalam pemampat
2.3.2 Prinsip Operasi
Bilah rotor akan membawa cecair di sekeliling penutup. Semasa rotor berputar,
cecair tersebut akan bertindak sebagai daya yang selari yang mengalir di sekeliling
penutup.
Disebabkan rotor dan penutup selari, cecair akan bertindak sebagai ruang
mampatan bahagian dalam.
Apabila rotor melepasi bahagian dalam, udara akan mengalir masuk ke dalam
pemampat dan akan menambahkan saiz cecair pada ruang mampatan tadi.
Saiz cecair mampatan itu akan mengecil apabila menghapiri ruang keluar pada
pemampat dan udara akan dikeluarkan apabila ruang semakin mengecil.
Air akan masuk penutup untuk menyejukkan ruang penutup dan sekitarnya.
Di dalam udara yang termampat, terdapat air yang terkandung di dalam udara.
Dengan itu, pengasing kelembaban digunakan untuk menyingkirkan air di dalam
udara hantaran.
2.3.3 Kebaikan Pemampat
Udara termampat yang dihasilkan bebas dati minyak dan kotoran (debu)
Baik untuk peralatan yang menggunakan udara yang bersih
2.3.4 Keburukan Pemampat
Binaan yang rumit
Kos mahal
Memerlukan penjagaan yang rapi
2.3.5 Kegunaan
Hasil udara mampatan yang dihantar melalui pemampat ini lebih bersih kerana tidak
melibatkan penggunaan minyak dan juga tidak terdedah kepada habuk. Oleh itu,
udara mampat yang dihasilkan sesuai untuk peralatan yang mementingkan
kebersihan.
Pemampat Dinamik (Dynamic Compressor)
Pemampat meningkatkan tekanan sesuatu kuantiti udara dengan menambahkan
halaju, tenaga keupayaan pergerakan pada udara tersebut. Kemudian, tenaga
tersebut ditukarkan kepada tenaga apabila kadar alir udara menjadi rendah yang
dikawal oleh suatu alat.
1 Pemampat Aliran Jejari (Centrifugal Compressor)
Rajah 1.13- Pemampat aliran jejari
1.1 Binaan
Impeller (rotor)
Diffuser (Stator)
Casing (Penutup)
Diaphragm (Gegendang)
Balancing Piston
Seal
Rajah 1.14 - Stator dan rotor pemampat
Rajah 1.15 – Rajah diffuser
Rajah 1.16 – Binaan pemampat aliran jejari
1.2 Prinsip Operasi
Rajah 1.17 – Aliran udara semasa operasi
Udara akan mengalir masuk ke dalam penutup di bahagian masukan (inlet).
Udara akan memasuki ruang impeller yang sedang berpusing dengan kelajuan yang
tinggi akan meningkatkan halaju udara yang melaluinya.
Rajah 1.18 Mekanisme pergerakan udara dalam fan
Udara tersebut akan melalui diffuser (stator) yang akan menukarkan halaju udara
yang keluar dari impeller menjadi udara bertekanan tinggi dengan merendahkan
halaju udara tersebut.
1.3 Kebaikan Pemampat Aliran Jejari
Menghasilkan udara bertekanan tinggi
Efficiency over wide rotational speed range
Binaan yang mudah
Kurang berat
Tidak memerlukan kuasa yang tinggi untuk permulaan
1.4 Keburukan Pemampat Aliran Jejari
Memerlukan kawasan angin masuk yang besar
Kos tinggi
Sistem kawalan yang sukar
Memerlukan penjagaan yang rapi
2 Pemampat Aliran Paksi (Axial Flow)
Pemampat jenis ini menggunakan bilah-bilah seperti kipas angin yang bertindak
sebagai rotor. Di hilir pada setiap bilah tersebut terdapat stator yang akan membantu
manghalakan aliran udara kepada rotor yang berikutnya.
Rajah 1.19 Pemampat aliran paksi
2.1 Binaan
Rajah 1.20 – Binaan pemampat
2.2 Prinsip Operasi
Apabila pemampat sedang beroperasi, bilah-bilah rotor akan menolak udara di
dalam pemampat keluar melalui bahagian hantaran. Disebabkan tekanan atmosfera
di luar pemampat lebih tinggi, udara akan engalir masuk ke dalam pemampat
melalui ruang masukan.
Udara yang memasuki pemampat akan ditingkatkan kelajuan alirannya apabila
melalui rotor yang sedang berputar dengan kelajuan yang tinggi. Apabila halaju
udara yang malalui bilah rotir dalam keadaan laju, tekanan ram yang mengalirkan
udara turut meningkat.
Rajah 1.21 – Aliran udara dalam pemampat
Berbanding dengan pemampat aliran jejari, udara yang bekelajuan tinggi tadi akan
ditukarkan menjadi udara yang bertekanan tinggi dengan merendahkan kelajuannya
apabial melalui diffuser. Bagi pemampat jenis ini, udara tadi akan melalui stator tetap
yang berada di setiap hilir bilah rotor. Dengan itu, halaju aliran udara tadi akan
menjadi rendah dan seterusnya akan meningkatkan tekanan udara tersebut.
2.3 Kebaikan Pemampat Aliran Paksi (Axial Flow)
Kecekapan puncak tinggi
Aliran terus malalui kecekapan ram yang tinggi
‘Small frontal area forgiven airflow’
2.4 Keburukan Pemampat Aliran Paksi
Binaan yang sukar
Kos tinggi
Keupayaan bergatung kepada berat (relatively high weight)
Memerlukan kuasa yang tinggi semasa hendak memulakan operasi.
KESIMPULAN
Daripada tugasan yang telah dibuat, pelajar dapat mengenali dan
mengklasifikasikan jenis-jenis pemampat yang terdapat pada hari yang biasanya
digunakan di dalam industri. Selain itu, pelajar dapat mempelajari prinsip operasi
untuk setiap jenis pemampat.

RUJUKAN
http://en.wikipedia.org/wiki/Diaphragm_compressor
Petronas Gas – Training Module (Mechanical) : Basic Compressor
www.globalsecurity.org/military/library/policy/army/fm/1-506/ch3.htm
www.sundyne.com/ind/details/0,10494,CLI1_DIV92_ETI7609,00.html
www.tpub.com/content/doe/h1018v2/css/h1018v2_88.htm
www.tpub.com/content/fc/14104/css/14104_91.htm
http://www.daveycompressor.com/

Anda mungkin juga menyukai