Anda di halaman 1dari 17

Study smart dengan

1
MODUL PEMBELAJARAN
MASM 1212
EDISI TERKAWAL O EDISI TERKAWAL O EDISI TERKAWAL O EDISI TERKAWAL O EDISI TERKAWAL O EDISI TERKAWAL O

NOT FOR SALE


N
NN

Editor Oleh: En Mohd Irwan Bin Ismail

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA
DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
JOHOR BAHRU
ILKKM JOHOR BAHRU
2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan izin yang Maha Esa, akhirnya modul Demam Denggi / Demam
Denggi Berdarah ini berjaya disiapkan dan dikemaskini sejajar dengan perkembangan
dinamik teknologi pendidikan masa kini.

Sekalung penghargaan buat tenaga pengajar Program Diploma Pembantu


Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru (ILKKM
JB) yang banyak menyumbang jasa, mendidik serta memberi tunjuk ajar samada
secara langsung ataupun tidak langsung dalam menghasilkan penulisan modul ini.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pengarah, Timbalan


Pengarah Akademik serta Ketua Program Diploma Pembantu Perubatan di atas
sokongan dan kepercayaan bagi pengemaskinian penulisan modul baharu ini.

Mohd Irwan Bin Ismail

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
3

PENGENALAN

Penghasilan modul Demam Denggi / Demam Denggi Berdarah ini merangkumi tiga
aspek utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Aspek kognitif berorientasikan pada
kemampuan berfikir sehingga ke tahap penyelesaian masalah yang menuntut para
pelatih menghubung dan menggabungkan beberapa prinsip, idea, kaedah atau
prosedur yang dipelajari. Aspek afektif pula berkaitan dengan sikap dan nilai yang
meliputi watak, perilaku seperti perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai.

Perubahan sikap individu akan berlaku apabila dirinya dapat menguasai


kemahiran kognitif pada aras tinggi. Aspek psikomotor pula berkaitan dengan
kemahiran (skill) atau kemampuan mengadaptasi tindakan berdasarkan kepada apa
yang telah dipelajari. Penguasaan kemahiran psikomotor ini merupakan
kesinambungan daripada gabungan aspek kognitif dan afektif yang mendorong dan
membentuk kecenderungan-kecenderungan ke atas perubahan tindakan yang
relevan dengan bidang yang dikuasai.

Penghasilan modul pembelajaran baharu ini diharap dapat memberi manfaat


kepada semua terutama para pelatih dengan menjadikannya sebagai salah satu
sumber pembelajaran. Bermatlamatkan untuk membentuk kegiatan pembelajaran
kendiri di kalangan pelatih, penulisan modul ini digarap mengikut kesesuaian tingkat
kemampuan, lebih bersistematik, menarik serta jelas. Justeru itu, suasana
pembelajaran yang dibentuk akan menjadi lebih efektif dan efisien.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
4

MATLAMAT MODUL

1. Modul pembelajaran interaktif ini bertujuan memperkukuhkan pengetahuan


dan skill pelatih-pelatih dalam bidang Diploma Pembantu Perubatan Tahun 1
Semester II.
2. Modul ini memberi fokus kepada pengetahuan dan kemahiran bagi
mengendalikan pesakit demam denggi yang hadir untuk mendapat rawatan di
Jabatan Pesakit Luar atau Unit Kecemasan melalui interaktif pengetahuan
sedia ada pelatih dan simulasi makmal keterampilan.

PANDUAN MODUL

1. Modul ini merupakan tambahan sumber rujukan berkaitaan topik demam


denggi.
2. Pengguna haruslah mempunyai pengetahuan asas berkaitan subjek Kesihatan
Komuniti 1 serta Mikrobiologi & Parasitologi di T1S1.
3. Pengguna mempunyai rujukan dan sumber rujukan interaktif.
4. Pengguna melakukan tambahan bacaan berkaitan topik modul.
5. Pengguna perlu merujuk kepada pengajar untuk mengukuhkan kefahaman
berkaitan topik

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
5

UNIT 1 : TOPIK DEMAM DENGGI

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pembelajaran, pelatih mampu untuk :


( tandakan (  ) pada hasil pembelajaran yang dicapai)

1. Menerangkan definisi demam denggi

2. Mengetahui etiologi penyakit demam denggi.

3. Mengenalpasti tanda dan gejala penyakit demam


denggi.

4. Mampu mendiagnosa dan merawat pesakit demam


denggi.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
6

1. DEFINISI DEMAM DENGGI

Merupakan demam virus akut yang dicirikan demam


secara tiba-tiba yang berterusan selama 3-5 hari dan
tidak melebihi 7 hari disebabkan oleh gigitan nyamuk
aedes.

2. ETIOLOGI DEMAM DENGGI

Demam denggi dan demam denggi berdarah


disebabkan oleh virus denggi yang termasuk dalam
genus Flavivirus dari keluarga flaviviridae.

3. MOD TRANSMISI DEMAM DENGGI

Gambarajah 1. Kitaran hidup


nyamuk aedes

Tahukah Anda ??

∎ Hanya nyamuk betina yang


menghisap darah

∎ Nyamuk jantan menghisap


nektar tumbuhan

Gambarajah 2. Spesis nyamuk aedes ∎ Nyamuk tertarik dengan bau


badan, karbon dioksida dan
Tahukah anda cara transmisi penyakit demam haba yang dihasilkan oleh
manusia dan haiwan
denggi?
∎ Nyamuk aedes menyerang
Demam denggi ditransmisikan melalui gigitan vektor pada waktu senja dan subuh
sahaja
(nyamuk) aedes aegypti dan vektor (nyamuk) aedes
albopictus. Terdapat 4 serotype virus denggi yang
menjangkiti manusia iaitu DENV – 1, 2, 3 dan 4.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
7

WARNING SIGN OF Gambarajah 3. Simptom demam denggi.


DENGUE FEVER
5. MANIFESTASI KLINIKAL PESAKIT DEMAM DENGGI

i. Demam
1. Abdominal pain &
ii. Sakit kepala yang teruk (severe headache)
tenderness
2. Persistant iii. Sakit di bahagian retro-orbital
vomiting iv. Arthalgia atau myalgia
3. Clinical fluid v. Nausea
accumulation vi. Vomiting
(pleural effusion, vii. Skin rash
ascites) viii. Diarrhoea
4. Mucosal bleeding
ix. Abdominal pain
5. Restlessness or
x. Letih lesu
lethargy
xi. Insomnia
6. Liver enlargement
xii. Bleeding tendency
> 2 cm
7. Laboratory
- Increase in HCT
6. INVESTIGASI MENGESAN KES DEMAM DENGGI
- Rapid decrease in
Platelet
Pengesanan dan diagnosa penyakit
demam denggi adalah berdasarkan
penyiasatan berikut :

i. History taking
ii. FBC (Full Blood Count) / TWDC (Total White
Differential Count)
iii. Dengue Igg/Igm test
iv. Dengue serology test
v. NS1 Antigen (Non Structural Protein-1)
vi. PCR (Polymerase Chain Reaction)
vii. Hess test

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


Gambarajah 4. Rujukan kes ke ILKKM JOHOR BAHRU
hospital
8

7. FASA DEMAM DENGGI

Info
tambahan

Demam denggi boleh


mengakibatkan komplikasi
seperti :
1. Anaemia
2. Shock
3. Koma
4. Hepatomegaly
5. Renal failure
6. Damage lung, liver &
Heart

Gambarajah 5. Komplikasi
demam denggi

Dapatkan maklumat tambahan anda disini :

1. CPG Management Of Dengue Infection In


Adults (Third edition) September 2015.
2. http://www.moh.gov.my/attachments/5502.pdf

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
9

8. RAWATAN DEMAM DENGGI

Tahukah anda?

Setakat hari ini tiada vaksin atau rawatan khusus untuk menghapuskan dan
mencegah penyakit demam denggi ini. Walaubagaimanapun, rawatan yang diberikan
adalah berdasarkan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit bagi
mengelakkan dan mengurangkan komplikasi akibat jangkitan demam denggi.

Prinsip dalam pengendalian kes demam denggi


1. Melakukan history talking
2. Dirawat berdasarkan simptom yang ditunjukkan oleh pesakit.
3. Dinotifikasi kepada PKD yang berhampiran.
4. Boleh di rawat dirumah bagi kes yang ringan.
5. Melihat dan memantau tahap perkembangan pesakit.
6. Dirujuk ke hospital sekiranya mempunyai tanda amaran demam denggi.
7. Perlu monitor sebarang komplikasi yang timbul.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
10

UNIT 2 : PENDIAGNOSAAN DEMAM DENGGI

2.1 Hasil Pembelajaran :


i. Dapat memperkukuhkan pengetahuan asas berkaitan penyakit demam
denggi.

ii. Dapat membezakan jenis penyiasatan yang penting dalam mengesan


penyakit demam denggi.

2.2 Senario 1 :

Berdasarkan gambar dibawah, bezakan jenis penyiasatan yang paling tepat


untuk mengesan demam denggi.

(VERSUS)

Keyword : Demam, sakit sendi, gum bleeding, rashes

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
11

2.3 Soalan Quiz

Arahan : Sila bulatkan satu jawapan sahaja

Soalan A

Antara berikut yang manakah merupakan investigasi utama bagi mengesahkan


penyakit demam denggi ?

A. Hess test

B. Rapid Test

C. Blood Serologi

D. Full Blood Count

Tambahkan
pengetahuan
anda disini

3. CPG Management Of Dengue Infection In Adults (Third edition) September


2015.
4. http://www.moh.gov.my/attachments/5502.pdf

2.3 Senario 2 : Simulasi.


Berdasarkan arahan berikut, Sila lakukan ujian hess kepada rakan anda
mengikut kelengkapan dan tatacara yang telah diberikan.
1. Satu set sfigmomanometer
2. Satu stethoscope

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
12

TATACARA UJIAN HESS

1. Terangkan prosedur kepada pesakit serta memohon kebenaran melakukan


prosedur itu
2. Sediakan peralatan dan pesakit seperti diatas
3. Dedahkan bahagian lengan atas yang hendak digunakan (pastikan lengan
bajunya dilipat keatas dekat dengan bahu dan tidak ketat dibahagian ketiak,
jika ketat boleh menghalang peredaran darah
4. Letakkan set sfigmomanometer sama paras dengan lengan tangan yang
hendak digunakan
5. Keluarkan kuff dari set sfigmomanometer dan lilitkan dilengan tangan yang
hendak digunakan supaya cukup kemas dan cukup ketat (tidak menghalang
peredaran darah). Kuf itu mestilah diaras atas daripada fosa kubital sebanyak
2.5 sm
6. Kembangkan kuff dengan mengepam bola getah yang sedia ada sehingga
paras raksa sampai ke 200 mmHg
7. Lepaskan kuff itu secara perlahan2 untuk mendapatkan bacaan tekanan
darah systole (iaitu bunyi yang pertama didengar semasa letak stetoskop
dibahagian fosa kubitium)
8. Ambil bacaan seterusnya semasa bunyi atau suaranya berubah / hilang.
Bacaan ini adalah tekanan diastole
9. Campurkan kedua2 tekanan sistol dan diastole kemudian bahagi 2 untuk
mendapatkan tekanan purata yang hendak digunakan sebentar nanti
(contoh: tekanan pesakit itu adalah 120 / 80 mmHg maka 120 + 80 = 200
mmHg, kemudian bahagi kepada 2 menjadi 100 mmHg saja)
10. Campurkan 100 mmHg itu dengan 10 mmHg menjadi 110 mmHg (ini adalah
tekanan yang purata yang akan digunakan untuk mencerut lengan tersebut)
11. Kembangkan (inflate) kuff itu ke paras 110 mmHg dan tunggu selama 5 minit
12. Lepaskan (deflate) kuf itu dan tunggu lagi selama 5 minit
13. Inspek (inspection) bahagian lengan tadi untuk melihat pedarahan dibawah
kulit. Selalunya bahagian yang amat jelas kelihatan petechia adalah difosa
kubitium dan bahagian dekat dengan pergelangan tangan dibahagian kulit
yang kendur
14. Keputusannya, jika kurang daripada 5 tompok petechia / sm ia adalah
normal. Jika melebihi 20 tompok petechia / sm ia adalah tidak normal atau
luar biasa (positive)

Anda telah menjawab dan melakukan simulasi dengan jayanya.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
13

UNIT 3 : KRITERIA RAWATAN DEMAM


DENGGI DIRUMAH DAN DI HOSPITAL

3.1 Hasil Pembelajaran :


i. Dapat membezakan kriteria pesakit yang boleh dirawat dirumah dan
dihospital.

ii. Dapat mengaplikasikan triage ke atas pesakit mengikut tahap


keterukan penyakit demam denggi.

3.2 Pengenalan
Rawatan demam denggi berubah dari masa ke semasa mengikut
perkembangan teknlogi dan kajian yang dijalankan. Di Malaysia
pengendalian kes ataupun rawatan demam denggi dilaksanakan
berdasarkan CPG (Clinical Practice guidelines) yang dikeluarkan oleh
KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

3.3 Soalan Quiz

Soalan A

Bincangkan kriteria bagaimana seorang pesakit demam denggi boleh


dirawat dirumah berdasarkan pemeriksaan klinikal dan ujian makmal.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
14

Soalan B

Antara warning sign utama bagi kes demam denggi adalah :

A. Demam

B. Headache

C. Sakit retro orbital

D. Bleeding tendency

Anda telah menjawab soalan dengan jayanya.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
15

UNIT 4 : DISKRIPSI QUIZ

4.1 Hasil Pembelajaran


i. Pelatih boleh membandingkan jawapan yang telah diberikan berdasarkan
set jawapan yang disediakan
ii. Meningkatkan kefahaman dan menjadikan pelatih expertice pada topic
demam denggi.

4.2 Unit 2 : Soalan A

Antara berikut yang manakah merupakan investigasi utama bagi mengesahkan


penyakit demam denggi ?

A. Hess test Mengesan pendarahan dibawah kulit tetapi tidak


semestinya pesakit menghidap demam denggi.

B. Rapid test Dilakukan secara cepat. Perlu juga pengesahan


dari ujian yang lain.

C. Blood Serologi Diambil secara venous blood, dapat


mengesan antibodi yang dihasilkan oleh
badan dan mengesahkan kehadiran virus
denggi di dalam badan pesakit.

D. Full Blood Count Tidak dapat mengesan kehadiran virus denggi


didalam badan.

4.3 Unit 3 : Soalan A

Bincangkan kriteria bagaimana seorang pesakit demam denggi boleh


dirawat dirumah berdasarkan pemeriksaan klinikal dan ujian makmal.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
16

Clinical and laboratory criteria for patients who can be treated at home:

Criteria for Hospital referral / admission


The decision for referral and admission must not be based on a single clinical
parameter but should depend on the total assessment of the patient.
Referral from primary care providers to hospital
1. Symptoms:
- Warning sign
- Bleeding manifestations
- Inability to tolerate oral fluids
- Reduced urine output
- Seizure

2. Sign:
- Dehydration
- Shock
- Bleeding
- Any organ failure
-
3. Special situations:
- Patients with co-morbidity e.g. Diabetes, HPT, IHD, Coagulopathies,
Morbid obesity, Renal failure, Chronic liver disease, COPD.
- Elderly more than 65 years old.
- Patients who are on anti-platelet and/or anticoagulant
- Pregnancy
- Social factor that limit follow up e.g. living far from health facility,
no transport, patient living alone etc.
4. Laboratory criteria: Rising HCT accompanied by reducing platelet
count

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU
17

4.3 Unit 3 : Soalan B

Antara warning sign utama bagi kes demam denggi adalah :

A. Demam Berlaku akibat tindak balas badan dan tidak


semestinya menunjukkan tanda amaran penyakit
demam denggi.

B. Headache Merupakan simptom biasa bagi setiap penyakit

C. Sakit retro orbital Sakit dibahagian luar dan kelopak mata dan
merupakan tanda awal demam denggi.

D. Bleeding tendency Berlaku pendarahan yang berlebihan dari


mana-mana bahagian badan disebabkan darah
tidak boleh membeku dan menunjukkan tanda
bahaya terutama kepada pesakit demam
denggi.

MODUL TAMAT

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


ILKKM JOHOR BAHRU

Anda mungkin juga menyukai