Anda di halaman 1dari 6

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat PJJ

PERANCANGAN AKADEMIK

GMGM 2013
ORGANISASI DAN MASYARAKAT

SINOPSIS

Kursus ini akan membincangkan mengenai persekitaran organisasi yang dilihat daripada
perspektif sosiologikal. Di samping itu, kursus ini juga bertujuan menganalisis proses dan
permasalahan pengurusan organisasi dalam konteks sosiologi mencakupi entiti dalaman dan
luaran organisasi yang sentiasa mengalami perubahan. Justeru itu, topik-topik yang akan
dibincangkan antaranya ialah konsep-konsep asas sosiologi dalam pengkajian kelompok,
organisasi dan institusi, perubahan sosial dan persekitarannya serta kesannya ke atas organisasi
dan masyarakat. Masalah-masalah yang timbul dalam organisasi akibat daripada perubahan
dalam konteks sosial, ekonomi, politik dan budaya juga akan dibincangkan dari sudut pandangan
falsafah dan rangka teori sosiologi (philosophy and sociological enquiry)

OBJEKTIF

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

i. Memahami perkaitan antara organisasi dan masyarakat


ii. Memperolehi pengetahuan tentang isu-isu yang berkaitan khususnya pengendalian
organisasi yang berkesan dalam era globalisasi
iii. Mengenalpasti peranan masyarakat dalam pembentukan organisasi dan institusi

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri dimana pelajar akan dibekalkan dengan
modul khusus sebagai rujukan utama. Di dalam modul ini pelajar telahpun dilengkapkan dengan
soalan latihan dan penilaian kendiri sebagai tambahan kepada nota. Bagi memperolehi
pemahaman yang berkesan, pelajar dinasihatkan untuk membaca rujukan lain. Pelajar juga
dinasihat untuk membuat nota ringkas bagi setiap pelajaran dan cuba menjawab soalan-soalan
peperiksaan tahun-tahun lepas terutama sekali soalan-soalan berbentuk esei permasalahan. Cara
ini akan dapat menolong pelajar untuk memahami dengan lebih jelas satu-satu pelajaran serta
dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan teori-teori dan disiplin dalam
bidang ini.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan, empat sesi perjumpaan
antara pelajar dan tenaga pengajar telah diatur dan jadual perjumpaan telah ditetapkan. Di dalam
setiap pertemuan yang telah dijadualkan penumpuan akan lebih berkesan kepada sesi
perbincangan dan soal jawab.
Maka, pelajar dinasihatkan membuat beberapa persediaan berikut sebelum hadir ke sesi
perjumpaan:

1
GMGM2013 Organisasi & Masyarakat PJJ

i. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan
ii. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembelajaran
(misalnya rencana akhbar atau majalah) yang boleh dipertimbangkan di dalam kelas
iii. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan yang
dikendalikan

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Walau bagaimanapun, adalah
diingatkan bahawa jadual tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa
berhubung dengan Unit Pengajian Luar Kampus, PACE UUM dan penyelia pusat untuk
mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan semester dan


peperiksaan akhir. Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam
bahagian seterusnya. Agihan markah adalah seperti berikut:

Kuiz (Satu Kuiz) - 10%


Tugasan - 20%
Peperiksaan Pertengahan Semester - 30%
Peperiksaan Akhir - 40%

100%

TUGASAN

Tugasan akan diberikan kepada pelajar pada pertemuan pertama. Pelajar dikehendaki
melampirkan muka hadapan tugasan mengikut format yang disertakan bersama dengan soalan
tugasan. Pelajar diingatkan agar menepati tarikh akhir penghantaran tugasan tersebut. Bagi
memudahkan penyerahan tugasan, maka semua pelajar telah ditetapkan untuk menghantar
sendiri tugasan kepada pensyarah pada pertemuan ketiga (3).

Peringatan: Sebarang kelewatan menyerahkan tugasan tidak akan dilayan dan pelajar akan
kehilangan markah.

KUIZ

Satu kuiz akan diadakan pada Pertemuan ke-2 . Kuiz ini membawa markah sebanyak 10%. Masa
menjawab yang diberikan bagi setiap kuiz adalah 30 minit.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


2
GMGM2013 Organisasi & Masyarakat PJJ

Peperiksaan Pertengahan Semester akan diadakan pada pertemuan ketiga (3). Kebiasaannya
peperiksaan akan dijalankan di dewan kuliah di mana kuliah diadakan. Biasanya dalam
peperiksaan pertengahan semester terdapat 4 – 6 soalan dan ia merangkumi bab 1, 2 dan 3.
Masa menjawab yang diperuntukan adalah 2 jam 30 minit. Pelajar dikehendaki menjawab
semua soalan yang dikemukakan. Biasanya soalan yang dikemukakan adalah berbentuk esei
pendek dan soalan struktur pendek.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima (5). Pelajar akan dimaklumkan
kemudian berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat peperiksaan. Biasanya dalam peperiksaan
akhir terdapat 4 – 6 soalan dan ia merangkumi bab 4, 5, 6 dan 7. Masa menjawab yang
diperuntukan adalah 2 jam 30 minit. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan yang
dikemukakan. Biasanya soalan yang dikemukakan adalah berbentuk esei permasalahan dan
soalan struktur panjang.

RUJUKAN UTAMA

Modul GMGM2013 Organisasi Dan Masyarakat. Unit Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara
Malaysia: Sintok.

RUJUKAN TAMBAHAN

Abdullah Sanusi Ahmad. (1982). Kerajaan, Pentadbiran dan Rakyat. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur
Ahmad Atory Hussain. (1986). Tingkahlaku Organisasi Dalam Pengurusan Moden. Dewan
Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
Charles Perrow. (1970). Organizational Analysis. A Sociological View. Book Kole
Dessler Gary. (1976). Organizational and Management: A Contigency Approach. Prentice-
Hall. Inc.: New Jersey
Eidrigde J. E. T & Crombie A. D. (1974). A Sociological of Organizations. George Allan:
London
Etzioni, Armital (pnyt.) (1970). A Sociological Reader on Complex Organizations. Hoit
Rinehart and Winston: London
Gilbson, J. L., Ivancevich, J. M. & Jr. Donelly. (1973). Organization, Structure, Process
Behavior. Dallas Texas: Business Publications
March, J. G. (1965). Handbook of Organization. Chicago: Rand McNally
Rohana Yusof. (2010). Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

PANDUAN BELAJAR

Kursus GMGM 2013 Organisasi dan Masyarakat adalah satu bidang yang menjelaskan prinsip-
prinsip pengurusan yang berkaitan dengan organisasi.

3
GMGM2013 Organisasi & Masyarakat PJJ

Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap pelajaran sebagai panduan
mengikuti kandungan perbincangan sesuatu pelajaran. Objektif ini juga boleh dijadikan sebagai
pengukur terhadap tahap pemahaman pelajar di akhir sesuatu pelajaran. Khususnya, pelajar
harus bertanya kepada diri sendiri sama ada beliau sudah mengetahui atau memahami setiap
objektif bertulis. Sekiranya pelajar mendapati beliau kurang faham atau gagal mencapai objektif
tersebut, maka pelajar perlu membaca semula pelajaran tersebut dan menanda ayat atau para
yang tidak difahami. Pelajar boleh mengajukan sebarang pertanyaan yang ada kepada pensyarah
semasa pertemuan yang diadakan pada setiap bulan. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk
berbincang dengan rakan-rakan untuk menambah pemahaman disamping berkongsi pendapat.

Pelajar juga disarankan supaya berusaha menjawab setiap Soalan Dalam Teks (SDT) dan Soalan
Penilaian Kendiri (SPK) yang disediakan dalam modul. Adalah penting untuk pelajar menjawab
soalan-soalan tersebut sebelum membaca jawapannya di belakang setiap pelajaran. Ini kerana,
dengan berbuat demikian pelajar boleh mengetahui dengan lebih jelas mengenai tahap
kefahaman dan pengetahuannya terhadap sesuatu pelajaran. Khususnya, jika jawapannya adalah
sama (dari fakta) dengan jawapan yang tersedia, maka beliau dikatakan telah memahami sesuatu
pelajaran. Jika sebaliknya, maka pelajar harus mengulang baca pelajaran tersebut sehingga dapat
menguasai dengan sepenuhnya. Dalam kursus ini, para pelajar harus mengingati banyak teori
dan pandangan tokoh yang berkaitan. Justeru itu, pelajar harus banyak menghafal dan untuk
memudahkan anda mengingatinya, nota ringkas perlu dibuat terlebih dahulu.

Di samping itu, tugasan yang diberikan sepatutnya mendapat perhatian yang serius daripada
pelajar. Pelajar perlu mempunyai iltizam untuk menghasilkan tugasan dengan baik dan
berkualiti. Oleh itu, tugasan yang dibuat mestilah merujuk kepada buku-buku ilmiah, artikel dan
jurnal sebagai tambahan kepada isi kuliah yang telah disebut oleh pensyarah. Tugasan yang
hanya merujuk kepada modul sahaja tidak akan mendapat keputusan yang cemerlang. Ini adalah
kerana tugasan bukan sahaja boleh membantu memudahkan proses pembelajaran dan persediaan
untuk menghadapi peperiksaan, tetapi juga menyumbang kepada gred akhir pelajar untuk kursus
ini.

Akhir kata, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum menghadiri
perjumpaan/kuliah dan komitmen pelajar terhadap kursus ini amat penting. Hanya dengan
persediaan awal dan komitmen yang tinggi daripada pelajar sahaja keputusan yang cemerlang
dapat dikecapi.

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER DAN


PEPERIKSAAN AKHIR

Pertemuan Modul Tempoh


 Penerangan Keseluruhan Kursus
 Penerangan Perancangan
Pertemuan 1 Akademik 4 jam
 Penerangan Soalan Tugasan
 Perbincangan Pelajaran 1
 Perbincangan Pelajaran 2 dan 3 3 ½ jam
Pertemuan 2
 Kuiz 1 ½ jam
4
GMGM2013 Organisasi & Masyarakat PJJ

 Perbincangan Tugasan

 Perbincangan Pelajaran 4&5


 Peperiksaan Pertengahan 3 ½ jam
Pertemuan 3
Semester ½ jam
 Hantar Tugasan
 Perbincanan Pelajaran 6 dan 7
3 ½ jam
Pertemuan 4  Rumusan Keseluruhan Kuliah & ½ jam
Ulangkaji
 Peperiksaan Akhir
Pertemuan 5 2 ½ jam
TENAGA PENGAJAR

Nama Pensyarah : Puan Sharifah Sofiah bt. Syed Ibrahim


No. Telefon : 019-547 0116
Emel : atiqah@uum.edu.my
No. Bilik : 3116, Aras 3
Pusat Pengajian Kerajaan
Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian
Antarabangsa (UUMCOLGIS)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN GMGM 2013 ORGANISASI


DAN MASYARAKAT

1. Tugasan adalah secara berkumpulan 3-4 orang bagi setiap kumpulan.

2. Pilih sebuah organisasi (kerajaan, swasta atau NGO) atau sekumpulan penduduk
dalam sebuah komuniti di kampong atau bandar.

3. Pilih situasi di bawah yang berlaku dalam organisasi atau sekumpulan penduduk . Situasi
yang dibincangkan hendaklah berkait dengan salah satu dari senarai di bawah:

o Kepimpinan
o Infrastruktur
o Teknologi
o Sumber manusia
o Globalisasi
o Budaya

4. Situasi yang dibincangkan perlu menggunakan pendekatan salah satu dari teori – teori
sosiologi. Anda hendaklah memilih salah satu dari teori - teori ini iaitu Teori Konflik,
Teori Evolusi, Teori Fungsionalisme, Teori Interaksionisme Simbolik dan Teori
5
GMGM2013 Organisasi & Masyarakat PJJ

Collective Behavior sebagai pendekatan dalam penulisan mengenai situasi yang dipilih.

5. Jika situasi yang dipilih berkait tentang isu , anda hendaklah bincangkan juga cadangan
bagi penyelesaian isu tersebut.

6. Penulisan anda perlulah memenuhi kriteria-kriteria berikut:-


 Mempunyai pengenalan tentang latar belakang organisasi atau kawasan yang
diduduki oleh komuniti penduduk tersebut
 Mengaplikasikan teori-teori yang bersesuaian
 Penjelasan disertakan dengan contoh-contoh yang relevan yang berlaku di dalam
organisasi/ komuniti yang dipilih
 Mempunyai bahan rujukan yang mencukupi dan bersesuaian
 Merupakan penulisan ilmiah yang berkualiti (mempunyai nota kaki/nota tepi,
bebas dari kesalahan ejaan/struktur ayat, bukan hasil copy and paste)
 Panjang tugasan 15-20 ms.
 Times New Roman , 12, double spacing
 Sila berbincang dengan pensyarah berkaitan draf tugasan terlebih dahulu agar
dapat menentukan kesesuaiannya.

Anda mungkin juga menyukai