Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN

-Skim amanah saham telah wujud di Negara kita sama


ada yang dianjurkan pihak kerajaan mahupun pihak swasta .
Skim amanah saham yang popular di Negara kita termasuklah
skim Amanah Saham Nasional (ASN) ,Amanah Saham
Bumiputera (ASB),Amanah Saham Wanita(Asnita) ,Amanah
Saham Wawasan 2020 dan (ASW2020) . – Satu bentuk dana
yang bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi
yang menyeluruh di kalangan ahli masyarakat .

ISI- ISI PENTING


-Pihak kerajaan memberikan peluang kepada rakyat
untuk sama –sama berkongsi dan menikmati kemakmuran
ekonomi negara dan mewujudkan satu usaha yang lebih
mantap kearah pembentukan perpaduan nasional .Rakyat
dapat membantu kerajaan dalam usaha membangunkan
negara ini ke arah yang lebih pesat .Dengan simpanan yang
besar , institusi kewangan negara juga bertambah kukuh
lantaran sikap rakyat yang suka menyimpan .
-Berpeluang melabur ke dalam syarikat-syarikat yang
disenaraikan di bursa saham .Menerusi pelaburan di dalam
dana saham amanah ,pengurus dana akan melaburkan ke
dalam pelbagai saham – saham termasuk saham mewah,
pasaran wang dan jenis pelaburan lain yang tersenarai dalam
strategi pelaburan dana tersebut.
- Para pelabuh tidak perlu bersusah payah untuk
menjalankan penyelidikan terhadap pasaran saham kerana
pelaburan anda akan diuruskan oleh pengurus-pengurus
dana profesional .Pengurusan dana yang efektif memerlukan
penyelidikan berterusan dan sentiasa peka terhadap
sebarang perubahan pasaran yang mungkin akan
mempengaruhi pergerakan pasaran saham .
-Anda tidak perlu memperuntukkan masa yang khusus
setiap hari untuk mengendalikan urusan pelaburan
dana,kerana semuanya dilakukan oleh pengurus dana yang
dipertanggungjawab .
-Unit trust dilaburkan dalam pelbagai sector saham ,bon
dan sekuriti .Jika prestasi sesuatu sektor kurang
memberangsangkan , prestasi sector yang lain akan dapat
membantu memberikan imbangan pulangan yang lebih baik
-Pelaburan dalam unit trust adalah selamat ,kerana dana
tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk
membuat sebarang pelaburan . Semuan dana unit trust
dikawal oleh Suruhanjaya sekuriti untuk melindungi
kepentingan pelabur.

PENUTUP
-Kejayaan dana ini bergantung pada kesungguhan
rakyat untuk sama-sama mengorak langkah menyahut seruan
kerajaan yang menginginkan Negara mencapai kemajuan
setanding dengan Negara-negara luar.Rakyat telah bersama-
sama menyokong usaha kerajaan supaya tidak membazir dan
bersama-sama membangunkan Negara.Apabila negara kita
dilanda kegawatan ekonomi telah menjadikan rakyat
semakin matang dan sedar akan kepentingan sesuatu aktiviti
pelaburan demi kesejahteraan masa depan.Menunjukkan
mereka telah sedar bahawa apa yang telah dikecapi selama
ini sebenarnya merupakan satu usaha kearah menjamin
masa depan mereka.

Anda mungkin juga menyukai