Anda di halaman 1dari 2

Semenjak mendaratnya Francis Light pada 17 Julai 1786 di Penaga Point (Padang

Esplanade) bersama 4 krew kapal dan 14 orang awam eropah merupakan satu titik permulaan
munculnya Pulau Pinang. Dengan terbukanya tanah yang pertama di bahagian tanjung timur
laut membuka cerita baharu bagaimana sebuah negeri yang dahulunya hampir tidak
berpenghuni, tiada tanaman dan jalan perhubungan darat (Long Zhao, Wun Wong dan
Zulkifli Hanaf, 2019) telah meninggalkan kesan ketara yang signifikan di dalam pelbagai
sudut pandang keilmuan yang menarik untuk dibincangkan. Antara yang terkesan adalah di
dalam ilmu berkaitan morfologi bandar. Morfologi merupakan bidang ilmu keruangan yang
membicangkan berkaitan bentuk bandar yang menumpukan kepada perubahan bentuk
bandar-bandar; bandar-desa dan disiplin-displin berkaitan menjurus kepada sesuatu berkaitan
perubahan-perubahan ini (Chen F, 2014). Justeru, sebagai seorang anak watan utara negeri
perak, bekerja dan menuntut ilmu di negeri yang telah diangkat sehingga ke paras “Crown
Colony Of British” adalah begitu menarik untuk didalami apakah yang berlaku dari sudut
pandang morfologi bandar di negeri ini terutamanya dari aspek kewujudan bentuk-bentuk
petempatan, kenapa dan mengapakah ia berlaku.

Corak petempatan awal yang wujud di negeri ini adalah petempatan yang berpusat.
Penempatan yang wujud secara terancang ini merupakan bandar asal Georgetown ini sendiri
yang lahir melalui dasar perancangan bandar oleh kolonialis. Dasar perancangan petempatan
berpusat kolonialis bermula dengan pembinaan empat zon petempatan dwi fungsi;
perniagaan, pentadbiran yang juga perumahan dalam berbentuk rumah-rumah kedai telah
dibuka oleh pihak kolonialis secara bergrid mengikut jenis fungsi aktiviti dan disusun
mengikut kaum. Zon 1 yang didirikan berhampiran Fort Cornwallis adalah blok pentadbiran
dan perumahan kolonialis, di zon ini terdapat fasiliti pentadbir seperti Town Hall, Kastam,
Penang High Court, Penang Municipal Council dan Gereja Assumption. Di zon 2, zon ini
merupakan sebuah pusat penempatan kaum India beragama Hindu yang memperdagangkan
hasil ekonomi dari India seperti rempah ratus kepada saudagar China. Selanjutnya, di zon 3
pula merupakan sebuah zon komersil, kewangan dan pelabuhan yang memperdagangkan
hasil ekonomi tempatan seperti buah pala, pinang dan kelapa untuk dijual kepada pedagang-
pedagang di pelabuhan. Seterusnya di zon 4, menempatkan pedagang-pedagang India muslim
yang menjadi tempat persinggahan sementara urusan haji dan umrah masyarakat muslim dan
zon 5 merupakan kawasan pasar dan pusat membeli belah melibatkan perdagangan kain
sutera, tekstil dan tembikar dari China dan di antara kawasan tersibuk di bandar ini. Setiap
grid di zon-zon ini dibina dengan keterhubungan yang baik melalui jalan-jalan raya yang
saling tersambung antara satu sama lain. Misalnya, di zon 2, gridnya akan bersambung
dengan Lebuh Victoria (zon 1), Jalan Pengkalan Weld (zon 3), Lebuh Chulia (zon 4), Lebuh
China dan Lebuh Pasar (zon 5). Malah, sistem perhubungan darat yang dibina ini
tersambung pula ke titik jalan laut iaitu pelabuhan Weld Quay dan Terusan Pragin (Sia
Boey). Hasilnya, sistem perhubungan darat-laut ini telah membentuk satu blok fungsi bandar
yang besar dan berpengaruh. Pun begitu, selari dengan perkembangan sosio-ekonomi negeri
ini, premis-premis rumah kedai kini menjadi fungsi tunggal, premis ini tidak lagi digunakan
sebagai perumahan sebaliknya hanya sebagai premis-premis komersil sepenuhnya seperti
bank, pejabat, hotel dan restoran yang juga berfungsi pusat pertumbuhan utama bandar
Georgetown.

Anda mungkin juga menyukai