Anda di halaman 1dari 8

CTU085

KONSEP DAN HAKIKAT MANUSIA DALAM AL-


QURAN
Disediakan Untuk:

Puan Nur Zafreena Binti Abdul Aziz

Disedikan Oleh:

Abu Huzaifah Bin Mohd Helmi (2020883294)

PI080

Penilaian Markah
Pengenalan /2
Isi+Huraian /12
Cadangan/Kesimpulan /2
Bibliografi /2
Etika & Profesionalisme /2
Jumlah /20
Isi Halaman

1.0 Pendahuluan

2.0 PANDANGAN ILMUAN BARAT TENTANG HAKIKAT MANUSIA

3.0 PANDANGAN AL-QURAN TENTANG HAKIKAT MANUSIA

4.0 Kesimpulan

Bibliografi
PENDAHULUAN
Manusia adalah makhluk yang paling sempurna diciptakan oleh Allah baik secara
rohani mahu pun jasmani. Malah didalam Al-Qur`an Allah menyatakan bahawa manusia
adalah makhluk yang paling mulia .Manusia adalah makhluk yang sangat menarik. Oleh
kerana itu ia menjadi sasaran untuk pendidikan semenjak dahulu sampai kini dan kemudian
hari. Hampir semua lembaga pendidikan mengkaji tentang hakikat manusia, karya dan
kesanya terhadap dirinya sendiri, masyarakat dan lingkungan hidupnya. Para pengkaji
telah mengkaji manusia menurut bidang pendidikan masing-masing tetapi sampai
sekarang mereka belum mencapai kata sepakat tentang hakikat manusia itu sendiri. Ini
terbukti dari pelbagai persamaan manusia, misalnya homo sapien (manusia berakal),
homo ekonomicus (manusiaan ekonomi) yang kadang- kala disebut economic animal
(binatang ekonomi) dan sebagainya . Islam tidak memandang hakikat manusia sebagai
mana hakikat binatang , akan tetapi Islam memandang hakikat manusia adalah makhluk
yang paling sempurna, baik dari segi asal- usul penciptaannya, mahu pun dari segi tujuan
penciptaannya. Munir Mursyi seorang ahli pendidikan Mesir mengatakan bahawa pendapat
tentang manusia sebagai animal rational atau al-Insan Hayawan al-Natiq rujukan dari filsafat
Yunani dan bukan dari ajaran Islam. Berkaitan dengan hal ini adalah gagalnya teori evolusi
Charles Darwin. Ternyata Darwin tidak pernah menjelaskan dan membuktikan mata rantai
(keturunan) yang dikatakannya terputus (the missing link) dalam proses transformasi
menjadi manusia.Jadi pada hakikatnya manusia tidak pernah berasal dari haiwan mahupun,
tetapi makhluk sempurna ciptaan Allah dengan berbagai potensinya, “Sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (QS:95:4).
PANDANGAN ILMUAN BARAT
TENTANG HAKIKAT MANUSIA
Dalam banyak berita dan bacaan, kita sering bertemu dengan istilah hakikat, secara
terangnya manusia sering disamakan sebagai sesuatu yang mendasar, sesuatu intipati yang
besar, yang hakiki, yang penting, yang diutamakan dan pelbagai makna sepadan dengan
maksud itu . Mengenai hakikat manusia para ilmuan memahaminya dalam pelbagai
maksud. Ada yang berpandangan bahwa manusia hanyalah sebuah benda dan tidak ada
unsur roh, namun ada juga yang berpendapat bahawa manusia terdiri dari unsur roh dan
benda. Mereka yang menganggap manusia terdiri dari unsur roh dan benda menyatakan
bahawa roh adalah bahagian daripada diir Tuhan. Jadi, manusia adalah Tuhan dan Tuhan
adalah manusia. Pandangan tersebut menjadi satu titik lahirnya ilmu-ilmu social di Barat.
Para ilmuan Barat mengkategorikan manusia dalam beberapa bentuk, diantaranya:

 Homo Sapiens,yang bererti manusia yang berbudi.

 Animal Rational,yang bererti haiwan yang berpikir.

 Homo Laquen, yang bererti makhluk yang pandai menterjemahkan pikiran dan perasaan
manusia dalam bentuk kata-kata, sehingga kata-kata tercipta bahasa.

 Homo Faber, iaitu makhluk yang mahir dan pandai membuat alat-alat keperluan.

 Zoon Politicon, iaitu makhluk yang pandai bekerja sama, bergaul dengan orang lain dan
berorganisasi untuk memenuhi keperluan hidupnya.

 Homo Ekonomicus, iaitu makhluk yang tunduk pada prinsip-prinsip ekonomi dan bersifat
ekonomis.

 Homo Religius, iaitu yang bererti makhluk yang beragama

Definisi manusia dilihat dari segi biologi, rohani, antropologi kebudayaan atau secara
campuran. Misalnya, secara biologis manusia di klasifikasikan sebagai homo safien
(manusia yang tahu), sebuah spesies pra sejarah dari golongan mamalia yang dilengkapi
otak yang berkemapuan tinggi dalam hal kerohanian, mereka menggunakan konsep jiwa
yang bervariasi dalam menghubungkan manusia dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk
hidup. Dalam Antropologi kebudayaan, manusia dibezakan berdasakan penggunaan
bahasanya,organisasi dalam masyarakat majmuk dan perkembangan teknologinya, serta
kemampuan manusia untuk membentuk komuniti untuk saling mendukung satu sama lain.
Beberapa tokoh ilmuan Barat memiliki pengertian berbeza dalam memahami hakikat
manusia. Namun, secara garis besar, pandangan mereka mencerminkan materialisme
yang menganggap manusia sebagai benda yang dapat dibentuk dan menafikan kewujudan
tuhan. Diantara pandangan–pandangan ilmuan tersebut yang mempengaruhi pemikiran-
pemikiran Barat hinga saat ini antaranya :

 Sockrates (469-399 SM) yang mengatakan bahwa hakikat manusia adalah makhluk yang
ingin tahu dan memerlukan orang lain untuk membantunya keluar dari kebodohanya.

 Ploto (W. 343 SM) salah satu murid Sockrates mengatakan,bahwa hakikat manusia itu
ada tiga, yaitu roh, akal dan kesenangan ( nafsu ). Dalam pandangannya, berdasarkan tiga
unsur ini maka manusia dapat dibezakan menjadi tiga jenis, Pertama,manusia yang dikuasai
oleh akal yang hasrat utamanya memperoleh ilmu pengetahuan. Kedua, manusia yang
dikuasai oleh roh yang hasrat pertamanya meraih kejayaan. Ketiga, manusia yang dikuasai
oleh nafsu yang hasrat utamanya adalah ilmu. Tugas akak disini adalah mengawal roh dan
nafsu.

 Rena Descartes (1596 – 1650) menekankan posisi akal sebagai intipati hakikat manusia.
Sebagai penganut rasionalis, ia berpendapat bahawa manusia menyadari kewujudannnya
karena ia berpikir. Oleh kerana itu manusia memiliki emosi yang pelbagai seperti cinta,
benci, senang gembira, keinginan dan lain sebagainya.

 Tomas Hobbes (1588 – 1629) Berpendapat bahawa manusia adalah makhluk sosial,
namun pada hakikatnya manusia bersifat mementingkan diri sendiri dan mengambil hak
orang lain, kerana itu hakikat manusia terletak pada janji sosial yang di buat.

 John Locke (1623 – 1704) mengatakan bahawa jiwa manusia ketika dilahirkan bersih,
kemudian diisi oleh pengalaman-pengalaman yang dimiliki semasa hidup. Maka
pengalamanlah yang paling menentukan keadaan manusia.

 Immanuel Kant (1724 – 1804) berpendapat bahawa manusia adalah makhluk rasional,
manusia bebas bertindak bersesuaian dengan alasan moral dan bukan hanya untuk
kepentingannya sendiri.

 Carles Darwin, dalam bukunya On the Origin of Species yang diterbitkan tahun 1859 dan
buku Descent Of Man, dalam teorinya mensejajarkan perubahan wujud dalam satu spesies
makhluk hidup kedalam semua evolusi species makhluk hidup. Ia menguraikan bahawa
manusia dan kera memiliki nenek moyang yang sama.
PANDANGAN AL-QURAN TENTANG
HAKIKAT MANUSIA
Dalam Islam, kajian-kajian tentang hakikat manusia sangat berlawanan dengan Barat.
Dalam memahami kewujudan manusia, akal manusia dibimbing dan berpandukan oleh
wahyu, iaitu Al- Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Dalam pandangan ilmuan Muslim seperti
yang dikemukakan oleh Fahruddin Ar-Razi sebagaimana yang disebut oleh Adnin Atmas
bahwa, manusia memiliki beberapa ciri-ciri yang khas. Manusia berbeza dengan makhluk
yang lain, termasuk dengan malaikat, iblis dan juga binatang, adalah kerana manusia
memiliki akal dan hikmah serta tabiat dan nafsu.Menurut Ibnul Jauzi manusia terdiri dari
dua unsur iaitu jasad dan roh.Bagi Ibnu Jauzi, perubahan roh lebih penting kerana
kewujudan manusia adalah makhluk rohani atau berjiwa, berdasarkan hadis dari Abi
Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim, bahawa Allah tidak memandang jasad dan bentuk
manusia ,tapi Allah memandang hati dan amal manusia. Dengan potensi yang dimilikinya,
kewujudan manusia selalu menjadi kajian menarik untuk didalami. Perbezaan analisis
antara para ilmuan Muslim dan Barat ini menjadikan kajian tentang manusia semakin
berkembang. Para ilmuan harus mengungkapkannya dari pelbagai sisi manusia dan disiplin
ilmu, baik psikologi, kedoktoran, biologi dan berbagai ilmu social lainnya. Dalam Alquran
terdapat tiga istilah kunci yang menjurus pada makna pokok manusia iaitu:

 Basyar dalam Al-Quran disebut sebanyak 27 kali, memberikan rujukan pada manusia
sebagai makhluk biologi, diantara yang lain terdapat dalam surat Ali Imran (3): 7,
sebagaimana Maryam berkata kepada Allah: “Tuhanku, bagaimana mungkin aku
mempunyai anak, padahal aku tidak disentuh basyar”. al-Kahfi (18):110 ; Fushshilat(41):6 ;
al-Furqan (25): 7 dan 20 ; dan surat Yusuf (12): 31. Konsep basyar selalu dihubungkan
dengan sifat-sifat biologi manusia seperti: makan, minum, seks, berjalan-jalan dan lain-lain.

 Al-Insan dalam Al-Quran disebut sebanyak 65 kali yang kerap berbicara tentang manusia
secara utuh sebagai manusia.Perkataan Insan ini dapat dikelompokkan dalam tiga kategori :
pertama, insan dihubungakan dengan konsep manusia sebagai khalifah atau pemikul
amanah , kedua, insan dihubungkan dengan kencederungan negatif manusia dan ketiga,
insan dihubungkan dengan proses penciptaan manusia. Semua konsep insan menunjuk
pada sifat-sifat psikologis atau spiritual.Pada kategori pertama, manusia digambarkan
sebagai wujud makhluk istimewa yang berbeza dengan haiwan. Oleh kerana itu,di dalam Al
Quran dikatakan bahwa insan adalah makhluk yang diberi ilmu (Q.S. al-Alaq (96): 4-5),
makhluk yang diberi kemampuan untuk mengembangkan ilmu dan daya akalnya dengan
merenungkan, memikirkan, menganalisis dan memerhati perbuatannya (Q.S.al-Nazi`at (79)
:35. Makhluk yang memikul amanah (Q.S. al-Ahzab (33):72), tanggungjawab (Q.S. al-
Qiyamah (75): 3 dan 6); (Q.S. Qaf (50): 16), harus berbuat baik (Q.S. al-Ankabut(29): 8.
Amalnya dicatat dengan cermat untuk diberi balasan sesuai dengan kerjanya (Q.S. al-Najm
(53):39), oleh kerana itu, insanlah yang dimusuhi setan (Q.S. al-Isra (17): 53)

Dalam kategori kedua, insan dihubungkan dengan kecenderungan negatif, manusia


cenderung zalim dan kafir (Q.S. Ibrahim (14): 34, Tergesa-gesa (Q.S. al-Isra (17):67), bakhil
(Q.S.al-Isra(17):100), bodoh (Q.S. al-Ahzab(33):72), berbuat dosa (Q.S.al-‘Alaq(96):6) dan
lain-lain. Apabila dihubungkan dengan kategori pertama, sebagai makhluk spiritual,
insan menjadi makhluk yang berjuang mengatasi konflik dua kekuatan yang saling
bertentangan, kekuatan mengikuti fitrah (memikul amanah Allah) dan kekuatan
mengikuti perkara negative. Kedua-dua kekuatan ini digambarkan dalam kategori yang
ketiga iaitu, insan dihubungkan dengan proses penciptaannya. Sebagai insan, manusia
diciptakan dari tanah liat, sari pati tanah dan tanah (Q.S. al-Hijr (15): 26, al-Rahman (55):14,
al-Mu’minun (23): 12, al-Sajadah (32):7). Demikian juga basyar berasal dari tanah liat,
tanah (Q.S. al-Hijir (15): 28, Shad (38): 71, al-Rum (30): 20), dan air (Q.S. al-Furqan (25):
54). Dari penjelasan diatas dapat disimpulkan bahwa proses penciptaan manusia
menggambarkan secara simbolis ciri-ciri basyar adalah unsur material dan ciri-ciri insane
adalah unsur rohani. Kedua, harus bergabung untuk keseimbangan, tidak boleh mengurangi
hak yang satu atau melebihkan hak yang lainnya.

 Al-Nas paling banyak disebut dalam al-Qur`an, iaitu sebanyak 240 kali. Al-nas merujuk
kepada manusia sebagai makhluk sosial, hal ini dapat kita lihat dalam tiga perkara: Pertama,
banyak ayat yang menunjukkan komuniti sosial dengan sifat mereka. Ayat-ayat ini lazimnya
dikenali dengan ungkapan wa min al-nas ( dan di antara sebahagian manusia ).
Dengan ungkapan tersebut, dalam Al-Quran ditemukan sekumpulan manusia yang
menyatakan beriman tetapi sebenarnya tidak beriman (Q.S.al-Baqarah (2): 8), yang
menyekutukan Allah (Q.S.al-Baqarah (2):165), yang hanya memikirkan duniawi (Q.S.al-
Baqarah (2): 200) dan lain-lain. Meskipun ada sebahagian manusia yang rela
mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Kedua, dengan ungkapan aktsar al-
nas, bahawa sebahagian besar manusia mempunyai kualiti yang rendah, baik dari segi ilmu
(Q.S.al-A’raf (7): 187, Yusuf (12):21, al-Qashash (28):68) mahupun iman (Q.S.Hud (11):
17), tidak bersyukur (Q.S.al-Mukmin (40):61). Dan ada juga diantara manusia yang
bersyukur (Q.S. Saba`(34): 13), yang selamat dari seksaan Allah (Q.S.Hud (11):116)
dan yang tidak diperdaya oleh setan (Q.S.al-Nisa (4):83) Ketiga, Al-Qur`an menegaskan
bahwa petunjuk Al-Qur`an bukan hanya dimaksudkan kepada manusia secara
perseorangan, tetapi juga manusia secara social. Al-Nas sering dihubungkan dengan
petunjuk atau al-Kitab (Q.S. al-Hdid (57):25) Berdasarkan huraian di atas,kita mengetahui
bahawa manusia sangat berbeza penciptaanya dari makhluk yang lain dan tidak sepatutnya
di samakan oleh makhluk yang lain kerana penctiptaan adalah sangat khas dan menarik.

KESIMPULAN
Berdasarkan perspektif Al-Quran, dapat disimpulkan bahwa manusia adalah makhluk
yang paling sempurna yang diciptakan Allah, manusia terdiri daripada jasmani dan rohani,
yang memiliki akal dan nafsu. Manusia diciptakan sebagai khalifah dan untuk beriman
kepada Allah. Ilmuan barat memandang hakikat manusia adalah sebagai benda yang dapat
dibentuk dan menafikan Allah adalah sangat berbeza memandangkan hakikat manusia
dibandingkan dengan para ilmuan Barat. Islam memandang bahwa manusia terdiri dari
jasmani dan rohani. Manusia pertama adalah berasal dari Adam dan Adam diciptakan dari
tanah, dan keturunan Adam diciptakan dari air mani yang tujuan penciptaannya adalah
sebagai khalifah dan hamba Allah.

BIBLIOGRAFI
Azmi, M. N., & Zulkifli, M. (2018). MANUSIA, AKAL DAN KEBAHAGIAAN (Pendidikan
Analisis Komparatif antara Al-Qur’an dengan Filsafat Islam). Al Qalam: Jurnal Ilmiah
Keagamaan dan Kemasyarakatan.

Kitab Al-Quran

Hakim, A. A., & Mubarok, J. (2017). Metodologi Studi Islam: Rosda.

Imam al Bukhari. Hadis Sahih Bukhari Muslim

Anda mungkin juga menyukai