Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TRIANG, 28300 TRIANG, PAHANG

KERTAS KERJA
MEMBELI KELENGKAPAN
KOKURIKULUM
MEMBELI KHEMAH UNTUK AKTIVITI LUAR PELAJAR

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit
Kokurikulum. Program ini boleh disertai oleh pelajar yang menjadi ahli-ahli yang
terpilih daripada setiap badan-badan unit beruniform dan Kem Pengawas. Aktiviti
Perkhemahann ini kerap diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Bera yang
melibatkan Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba,
Kadet Polis. Aktiviti Perkhemahan Bersepadu juga diadakan setiap tahun. Aktiviti
ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang
pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.
Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan
oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat pembelian khemah baru ini adalah bertujuan untuk menggantikan


khemah lama yang telah rosak yang dibeli pada tahun 2004. Keadaan khemah
yang sudah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi menyukarkan Unit Kokurikulum
SMK Triang menjalankan aktiviti perkhemahan. Aktiviti perkhemahan ini adalah
untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada
dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta
menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun
dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan
dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program
Perkhemahan juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina
keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan
yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam


menyertai program kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan
diri dalam setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
3.4 Menggantikan khemah lama yang sudah tidak boleh digunakan lagi
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.

4.0 TARIKH DAN AKTIVITI YANG MEMERLUKAN KHEMAH

4.1 Perkhemahan Kadet Polis ( 21/4/2015)


4.2 Perkhemahan Kadet Bomba (15/5/2015)
4.3 Kem Kepimpinan Pengawas (1/5/2015)
4.4 Perkhemahan Bersepadu (Pertengahan September)
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung : En. A
Penasihat : En. B
Ketua fasilitator : Pihak Berhulu Camp
Fasilitator : Pihak Berhulu Camp

9.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk membeli khemah:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 PAKEJ Berhulu Camp
(3h 2m)
- Penginapan (khemah)
- Makan Minum (5 kali
sehari)
- Aktiviti / program (rujuk 150 orang X RM xx Xx,xxx.xx
lampiran)
- Jurulatih / Fasilitator
- Dewan terbuka
- PA system
- Penginapan guru (chalet
2 buah)
- Hand-out
2 Cenderamata untuk pihak 10 orang X RM x xx.xx
Berhulu Camp
3 Banner 1 buah X RM x xx.xx
4 Fail 150 X RM x xxx.xx
5 Name tag peserta 150 X RM x xxx.xx
6 Pengangkutan (pergi balik) 4 buah bas X RM xxx xxxx.xx
7 Peti pertolongan cemas 1 buah X RM xxx xxx.xx
8 Elaun guru 10 orang X RM xxx xxx.xx
9 Makan minum guru 10 orang X RM xx xxx.xx
Jumlah Xx,xxx.xx
 Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program
ini ialah sebanyak RM xxx.
 Lebihan untuk sekolah dianggarkan sebanyak RM x,xxx.

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang akan disampaikan di dalam
aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. ..................................................
(Cik F ) (En. A)
Setiausaha, Pengetua,
Program Perkhemahan. SM SRI Seremban.

Anda mungkin juga menyukai